teacher's notes

42
Cadangan Aktiviti dan Kemahiran Pendidikan Keselamatan Jalan Raya dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia 2 Tahun

Upload: mimi-ko

Post on 29-Dec-2015

263 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

PKJR tahun2

TRANSCRIPT

Page 1: Teacher's Notes

Cadangan Aktiviti danKemahiran Pendidikan

Keselamatan Jalan Rayadalam Mata Pelajaran

Bahasa Malaysia

2Tahun

Page 2: Teacher's Notes

17

Tajuk 1 : Mengenali Pengguna Jalan Raya Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 7.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.7.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang ditunjukkan pada poster dengan bahasa yang sesuai.

2) membaca perkataan yang disenaraikan dengan sebutan yang betul.

3) menyebut jenis-jenis pengguna jalan raya yang berbeza.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 18 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am Kosa kata – pejalan kaki – penumpang kereta – pembonceng motosikal – penunggang motosikal – pemandu kereta – penumpang pengangkutan awam – penunggang basikal – pengguna kerusi roda

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berhati-hati rasional kerjasama KBT – KB : menghubung kait – TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya ) • Media 1.2 ( Kad imbasan gambar dan perkataan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 1 ( Mengenal pasti dan menulis ayat berkaitan pengguna jalan raya ) • Aktiviti 2 ( Mengenal pasti pengguna jalan raya yang terlibat dalam satu-satu perjalanan ) • Aktiviti 3 ( Mengisi tempat kosong dengan nama pengguna jalan raya yang betul )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 3: Teacher's Notes

18

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 Mengenali Pengguna Jalan Raya

1. Murid melihat poster jalan raya (Media 1.1) dan menyatakan perkara-perkara yang terdapat dalam poster tersebut.

2. Murid berbual tentang perlakuan pengguna jalan raya yang dilihat dalam poster dan menyebutnya berdasarkan kad imbasan yang ditunjukkan oleh guru. (Contoh : berjalan kaki = pejalan kaki, menunggang basikal = penunggang basikal)

3. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan diberikan kad imbasan (Media 1.2). Kemudian murid membaca perkataan mengikut kumpulan.

4. Murid mengukuhkan lagi pengetahuan mereka dengan melengkapkan aktiviti 1 dan 2.

5. Murid melengkapkan aktiviti 3 sebagai pemulihan dan pengayaan.

Catatan/Media/BBM

Media 1.1Poster Pengguna Jalan Raya

Media 1.2Kad imbasan gambar dan perkataan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 1 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 2 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 3 )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 4: Teacher's Notes

24

Tajuk 2 : Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza Kemahiran : Fokus Utama : 2.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.7.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bercerita tentang sesuatu perkara dengan menggunakan ayat yang betul.

2) menulis perkataan berkaitan pengguna jalan raya.

3) menjelaskan semua pengguna jalan raya ialah pejalan kaki pada sesuatu masa dan keselamatan pejalan kaki adalah penting.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 25 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am Kosa kata – pimpin tangan – tali pinggang keledar – bebendul jalan Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – rasional KBT – TKP : interpersonal – Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada

Media Pengajaran : • Media 1.1 ( Poster Pengguna Jalan Raya ) Buku Aktiviti : • Aktiviti 4 ( Melengkapkan peta minda untuk perjalanan yang selamat ke sekolah )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 5: Teacher's Notes

25

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 Menjadi Pengguna Jalan Raya yang Berbeza

1. Murid melihat poster (Media 1.1) yang dipamerkan. Murid bersoal jawab berkaitan dengan pengguna jalan raya yang terdapat dalam poster.

2. Murid bercerita tentang pengalaman mereka menjadi pengguna jalan raya yang berbeza dalam perjalanan mereka ke sekolah. Contohnya, mereka berjalan kaki ke kereta dan menjadi penumpang untuk ke sekolah. Kemudian setelah sampai di sekolah mereka keluar dari kereta dan berjalan ke dalam kawasan sekolah.

3. Murid menjelaskan dalam setiap perjalanan, mereka boleh menjadi tiga pengguna jalan raya yang berbeza dan nyatakan tentang keselamatan diri mereka.

4. Murid bersoal jawab tentang aspek keselamatan yang perlu difikirkan dalam setiap perjalanan berdasarkan peta minda. • Apakah aspek keselamatan yang perlu anda fikirkan? • Apakah perlakukan yang selamat sebelum, selepas dan antara perjalanan itu?

5. Murid diminta melengkapkan aktiviti 4 – aktiviti ini boleh dibincangkan dalam kumpulan kecil sebelum dicatatkan ke dalam buku aktiviti.

Catatan/Media/BBM

Media 1.1Poster Pengguna Jalan Raya

Buku Aktiviti ( Aktiviti 4 )

Pimpin tangan – minta bantuan orang dewasa

Lihat kereta yang mengundur – lihat kanan, kiri,kanan dan belakang

Perhatikan kenderaanyang lalu-lalangsebelum keluar

Pakai tali pinggang keledar

Masuk daribebendul jalan

Jangan ganggu pemandu

Tunggu orang dewasa untukmembantu anda keluar darikereta ke bebendul jalan

Pejalankaki

Penumpang

Pejalankaki

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 6: Teacher's Notes

27

Tajuk 3 : Semua Orang Pejalan Kaki Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 7.2.2, 7.2.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan lima langkah melintas dengan betul menggunakan perkataan dan frasa yang jelas.

2) menulis perkataan dan ayat tunggal tentang langkah-langkah melintas jalan raya yang betul dengan tulisan yang cantik.

3) menyatakan lima langkah melintas dengan selamat.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 28 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata kerja Kosa kata – berhenti – melihat – mendengar – berfikir – berwaspada

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Muzik Nilai – kerjasama KBT – KB : menyusun maklumat

Media Pengajaran : • Media 1.3 ( Lirik lagu “Melintas Jalan” ) Buku Aktiviti : • Aktiviti 5 ( Menyenaraikan lima langkah melintas dengan penerangan yang betul ) • Aktiviti 6 ( Menjawab soalan berdasarkan petikan yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 7: Teacher's Notes

28

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3 Semua Orang Pejalan Kaki

1. Murid menyanyikan lagu “Melintas Jalan” (Media 1.3).

2. Murid menyatakan lima langkah melintas dengan selamat berdasarkan lirik lagu.

3. Murid melakukan simulasi prosedur melintas jalan dengan selamat. • Beberapa orang murid dipilih untuk menjadi orang dewasa dan kanak-kanak yang hendak melintas jalan raya. • Murid lain boleh menjadi pemerhati dan menilai sama ada lima langkah melintas dilakukan dengan betul.

4. Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru. • Mengapakah kita perlu melintas dengan orang dewasa? • Mengapakah kita berhenti sebelum melintas? • Di manakah kita perlu berhenti? • Apakah yang perlu kita lihat sebelum melintas? • Arah manakah yang perlu kita lihat? • Apakah yang perlu kita dengar sebelum melintas? • Bagaimanakah bunyi dapat membantu kita melintas dengan selamat? • Apakah yang kita fikirkan sebelum melintas? • Apakah yang perlu kita fikirkan sebelum mula melintas? • Mengapakah kita perlu berwaspada semasa melintas? • Apakah yang mungkin berlaku?

5. Murid menulis ayat tunggal yang betul dengan tulisan yang cantik (Aktiviti 5 dan Aktiviti 6)

Catatan/Media/BBM

Media 1.3Lirik lagu “Melintas Jalan”

Buku Aktiviti ( Aktiviti 5 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 6 )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 8: Teacher's Notes

32

Tajuk 4 : Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 3 (i) PKJR : 1.7.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang sesuatu perkara berdasarkan topik yang diberi.

2) menulis ayat dalam bentuk perenggan berdasarkan gambar bersiri.

3) menyatakan perlakuan yang selamat di tempat letak kereta.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 33 – 34 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat tunggal dan ayat majmuk Kosa kata – mengundur – bernyala – kaki lima – tempat letak kereta

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berhemah KBT – TKP : visual ruang – Kontekstual : Pengetahuan Sedia Ada

Media Pengajaran : • Media 1.4 ( Poster Tempat Letak Kereta ) Buku Aktiviti : • Aktiviti 7 ( Menulis semula ayat yang diberi berdasarkan gambar )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 9: Teacher's Notes

33

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

4 Berjalan dengan Selamat di Tempat Letak Kereta

1. Murid melihat gambar ilustrasi kawasan tempat letak kereta (Media 1.4) dan bersoal jawab dengan rakan berkaitan gambar tersebut dengan bimbingan guru.

• Siapakah pengguna jalan raya yang berkongsi tempat letak kereta? 4 Hampir semua jenis pengguna jalan raya – pemandu, penunggang motosikal, pejalan kaki

• Apakah bahaya yang boleh dihadapi oleh pejalan kaki di kawasan tempat letak kereta? 4 Kenderaan sentiasa mengundur di tempat letak kereta dan pemandu mempunyai tahap penglihatan yang terhad terhadap pejalan kaki dan kenderaan yang berada di belakangnya. 4 Kebiasaannya tidak terdapat laluan pejalan kaki dan tiada tempat yang selamat untuk menunggu semasa masuk dan keluar dari kereta.

• Bagaimanakah anda boleh mengetahui bahawa sebuah kereta sedang mengundur? 4 Dengar bunyi enjin dan sensor undur. 4 Lampu mengundur bernyala. 4 Kereta mengundur perlahan-lahan.

• Dari arah manakah kenderaan akan datang di kawasan tempat letak kereta? Bagaimanakah anda boleh mengetahuinya?

• Adakah semua pemandu melakukan perkara yang sepatutnya semasa berada di kawasan tempat letak kereta? Apakah yang anda boleh jangkakan?

• Apakah yang anda harus lakukan jika anda melihat ibu bapa anda sedang menunggu di dalam kereta ketika keluar dari sekolah?

2. Jika berkesempatan, bawa murid keluar ke kawasan tempat letak kereta dan lakukan demonstrasi berikut;

• prosedur masuk dan keluar dari kereta di kawasan tempat letak kereta • prosedur selamat ketika melintas di kawasan tempat letak kereta • mengenal pasti kereta mengundur di kawasan tempat letak kereta (lampu undur, sensor undur) ( Beri keutamaan kepada aspek keselamatan dan pastikan semua prosedur dilaksanakan sebelum aktiviti di atas dijalankan.)

Catatan/Media/BBM

Media 1.4Poster Tempat Letak Kereta

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 10: Teacher's Notes

34

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3. Jika aktiviti luar kelas tidak dapat dilakukan, bahagikan kelas kepada beberapa kumpulan kecil dan murid dikehendaki berbincang cara mereka boleh menjaga keselamatan di tempat letak kereta. Contoh: • Tunggu hingga kereta berhenti sepenuhnya sebelum membuka pintu. • Lihat sekeliling untuk melihat jika ada kenderaan yang bergerak sebelum membuka pintu. • Berhati-hati semasa membuka dan menutup pintu. • Tunggu orang dewasa datang dan membantu anda keluar dari kenderaan. • Pimpin tangan orang dewasa apabila berjalan di tempat letak kereta. • Jika ibu bapa menunggu anda di dalam kereta yang berada dalam keadaan diparkir, berdiri di kaki lima dan tunggu sehingga mereka datang menjemput anda.

4. Murid dibimbing untuk menyusun pernyataan dan menulis (Aktiviti 7) tentang ciri-ciri keselamatan semasa berada di kawasan tempat letak kereta berdasarkan maklumat yang diberikan. 5. Murid membuat rumusan bahawa mereka perlu mengamalkan langkah-langkah keselamatan di kawasan tempat letak kereta, sama seperti ketika berada berdekatan dengan jalan raya. Hal ini kerana kenderaan boleh bergerak dengan laju dari semua arah yang sukar untuk dijangka.

Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 7 )

Unit 1 Tahun 2Pelbagai Pengguna Jalan Raya

Page 11: Teacher's Notes

37

Tajuk 1 : Patuhi Peraturan Jalan Raya Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 4.1 Aras 2 (ii) PKJR : 3.1.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pendapat tentang kepentingan mematuhi peraturan jalan raya dengan bahasa yang betul.

2) menyusun perkataan menjadi ayat yang betul.

3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 38 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat perintah Kosa kata – peraturan – situasi – berbahaya – memimpin

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berwaspada KBT – KB : membanding beza – TKP : interpersonal

Media Pengajaran : • Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 8 ( Menyusun perkataan menjadi pernyataan yang betul dan membina ayat )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 12: Teacher's Notes

38

Catatan/Media/BBM

Media 2.1Poster Peraturan Jalan Raya

Buku Aktiviti ( Aktiviti 8 )

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 Patuhi Peraturan Jalan Raya

1. Guru berbincang dengan murid tentang kepentingan peraturan, contohnya: • di sekolah • di rumah

2. Murid menyatakan kepentingan mematuhi peraturan dan mengaitkannya dengan peraturan jalan raya; • memastikan semua selamat. • memastikan kita tidak membahayakan orang lain.

3. Murid menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster (Media 2.1).

4. Murid berbincang tentang kesan yang mungkin berlaku sekiranya peraturan tidak dipatuhi berdasarkan poster.

5. Murid menyenaraikan contoh peraturan jalan raya berkaitan dengan melintas. Contoh: • Mengamalkan lima langkah melintas. • Melintas dengan orang dewasa. • Pimpin tangan orang dewasa sebelum melintas. • Menggunakan lintasan pejalan kaki.

6. Murid menyenaraikan peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi oleh pembonceng motosikal dan penumpang.

7. Guru meminta murid menyiapkan aktiviti 8.

8. Guru menerangkan dan memberi penekanan tentang peraturan jalan raya yang perlu dipatuhi supaya lebih selamat semasa di jalan raya.

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 13: Teacher's Notes

41

Tajuk 2 : Amalkan Peraturan Jalan Raya Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 3.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan peraturan jalan raya berdasarkan poster dengan menggunakan ayat yang betul.

2) menulis karangan pendek berdasarkan tajuk.

3) membezakan peraturan jalan raya untuk pengguna jalan raya yang berbeza.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 42 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat majmuk Kosa kata – pejalan kaki – penumpang kereta – pembonceng motosikal

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berwaspada KBT – KB : membanding beza – BCB : perbincangan

Media Pengajaran : • Media 2.1 ( Poster Peraturan Jalan Raya ) • Media 2.2 ( Kad pernyataan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 9 ( Memadan peraturan jalan raya dengan pengguna jalan raya yang betul ) • Aktiviti 10 ( Menulis karangan tentang pengguna dan peraturan jalan raya )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 14: Teacher's Notes

42

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 Amalkan Peraturan Jalan Raya

1. Guru mempamerkan Media 2.1 dan meminta murid menyenaraikan peraturan jalan raya berdasarkan media tersebut.

2. Beberapa orang murid melakonkan perlakuan yang selamat di jalan raya seperti yang ditunjukkan dalam poster.

3. Murid lain meneka lakonan tentang peraturan jalan raya yang ditunjukkan dan jenis pengguna yang terlibat.

4. Setiap kumpulan akan memilih set kad pernyataan berdasarkan kumpulan pejalan kaki, penumpang kereta dan pembonceng motosikal.

5. Wakil kumpulan diminta menyatakan maklumat yang diperolehi di hadapan kelas.

6. Murid melengkapkan aktiviti 9.

7. Murid menulis karangan berdasarkan aktiviti 9 ( Pilih satu pengguna jalan raya )

Catatan/Media/BBM

Media 2.1Poster Peraturan Jalan Raya

Media 2.2Kad Pernyataan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 9 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 10 )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 15: Teacher's Notes

46

Tajuk 3 : Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 7.1 Aras 2 (i) PKJR : 3.1.4

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan jalan raya.

2) membaca ayat dan memadankan gambar situasi peraturan jalan raya yang dibincangkan dengan betul.

3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 47 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata perintah Kosa kata – jangan – tunggu – sila

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berwaspada KBT – KB : membanding beza – TKP : interpersonal

Media Pengajaran : • Media 2.3 ( Kad imbasan gambar )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 11 ( Padankan gambar situasi dengan peraturan yang sesuai )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 16: Teacher's Notes

47

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3 Kenal Pasti Peraturan Jalan Raya di Kawasan Kamu

1. Murid bersoal jawab tentang peraturan jalan raya yang perlu diamalkan berdasarkan kad imbasan gambar (Media 2.3). • Tempat letak kereta/ – tunggu sehingga pusat beli-belah orang dewasa membuka pintu dan memimpin anda • Hentian bas – jangan melintas jalan sehingga bas telah meninggalkan hentian bas • Kawasan perumahan – jangan bermain di laluan kenderaan – beri perhatian kepada kenderaan yang mengundur. • Perjalanan dari rumah – mematuhi peraturan jalan raya ke bandar • Ketika membonceng – sentiasa memakai topi keledar walaupun jarak perjalanan yang dekat.

2. Murid menyenaraikan jawapan pada papan tulis mengikut kategori yang telah dibincangkan.

3. Murid membaca dan memadankan gambar situasi dengan peraturan yang dibincangkan. (Aktiviti 11)

Catatan/Media/BBM

Media 2.3Kad imbasan gambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 11 )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 17: Teacher's Notes

50

Tajuk 4 : Patuhi Peraturan Jalan Raya Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 3.1.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang perkara yang menarik berdasarkan peraturan jalan raya dengan ayat yang betul.

2) menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik.

3) menyatakan peraturan asas jalan raya dan kepentingannya kepada pejalan kaki, pembonceng motosikal dan penumpang.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 51 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am, ayat perintah Kosa kata – jejantas – tali pinggang keledar – kereta – topi keledar – bebendul jalan – lintasan pejalan kaki – hentian bas

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berwaspada KBT – KB : membanding beza – TKP : interpersonal

Media Pengajaran : • Media 2.4 ( Poster Pekarangan Sekolah )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 12 ( Menulis ayat perintah tentang peraturan sebagai penumpang kenderaan )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 18: Teacher's Notes

51

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

4 Patuhi Peraturan Jalan Raya

1. Murid meneliti poster (Media 2.4) dan bersoal jawab tentang hubung kait peraturan jalan raya yang terdapat dalam poster dengan frasa yang diberi. Contoh perkataan atau frasa adalah seperti: • Warden lalu lintas (dengar dan patuhi) • Jejantas (guna jika ada) • Tali pinggang keledar ( sentiasa pakai apabila berada di dalam kereta ) • Masuk dan keluar dari kereta (bebendul jalan) • Melintas (gunakan lima langkah untuk melintas dengan selamat) • Orang dewasa (berpimpin tangan dengan orang dewasa untuk melintas) • Menghadap lalu lintas (berjalan menghadap lalu lintas jika tidak terdapat laluan pejalan kaki) • Topi keledar (pakai dengan betul dan kancingkan) • Lima langkah melintas dengan selamat (gunakan lintasan pejalan kaki) • Hentian bas (jangan bermain di sekitar hentian bas)

2. Murid berbincang tentang peraturan jalan raya yang diguna pakai semasa turun dan naik dari kenderaan di sekolah.

3. Murid menulis ayat perintah dengan tulisan yang cantik dalam aktiviti 12. Contoh: • Ikut arahan warden trafik. • Gunakan tempat melintas atau jejantas. • Jangan berlari semasa melintas. • Amalkan lima langkah melintas.

Catatan/Media/BBM

Media 2.4Poster Pekarangan Sekolah

Buku Aktiviti ( Aktiviti 12 )

Unit 2 Tahun 2Peraturan Jalan Raya

Page 19: Teacher's Notes

55

Tajuk 1 : Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2) menamakan papan tanda dan mewarnakan dengan betul.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 56 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – perkataan dan frasa Kosa kata – persimpangan – selekoh – bonggol – jalur derum – dibenarkan berpusing balik – had laju

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berdisiplin hemah tinggi KBT – KB : menjana idea membanding beza mencirikan – TKP : verbal linguistik, visual ruang

Media Pengajaran : • Buku Bergambar

Buku Aktiviti : • Aktiviti 13 ( Mewarna dan menamakan papan tanda jalan ) • Aktiviti 14 ( Mengenal pasti sistem jalan raya dan mencari perkataan berkaitan )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 20: Teacher's Notes

56

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 Kenali Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

1. Murid menyatakan pelbagai papan tanda yang terdapat di kawasan sekolah.

2. Bersoal jawab tentang maksud papan tanda yang disebut oleh murid.

3. Murid membaca perkataan dan frasa yang ditunjukkan. (Senarai perkataan atau frasa berdasarkan aktiviti 13)

4. Murid berbincang tentang perbezaan antara: • papan tanda • isyarat • penanda jalan

5. Murid diperkenalkan dengan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang lain seperti: • lorong motosikal sahaja • lampu isyarat di hadapan • jalur derum • bonggol • had laju • dibenarkan berpusing balik • selekoh

6. Bersoal jawab tentang maksud dan tujuan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipelajari. • Kepada siapa papan tanda, isyarat dan penanda jalan ditujukan? • Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

7. Murid mewarna dan menulis nama papan tanda jalan pada ruang yang disediakan. (Aktiviti 13 dan 14)

Catatan/Media/BBM

Buku Bergambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 13 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 14 )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 21: Teacher's Notes

59

Tajuk 2 : Kategori Papan Tanda Jalan Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (i), (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membaca perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2) menulis ayat tunggal berdasarkan gambar dengan tulisan yang kemas dan cantik.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 60 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata – pematuhan – wajib – amaran – larangan – panduan – lintasan – melintas – respons

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berdisiplin – hemah tinggi KBT – KB : menjana idea membanding beza mencirikan – TKP : verbal linguistik

Media Pengajaran : • Buku Bergambar

Buku Aktiviti : • Aktiviti 15 ( Membina ayat mengunakan frasa dan mewarna ) • Aktiviti 16 ( Menulis mesej bagi setiap sistem jalan raya yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 22: Teacher's Notes

60

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 Kategori Papan Tanda Jalan

1. Murid membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa pelbagai pengguna jalan raya yang terdapat dalam buku bergambar.

2. Murid mendengar penjelasan guru tentang tanda jalan mengikut kategori pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan.

3. Murid dibahagi kepada kumpulan pengguna jalan raya yang berikut: • Pejalan kaki • Pemandu • Penunggang motosikal • Penunggang basikal Setiap kumpulan dikehendaki mengasingkan tanda jalan mengikut tiga kategori tersebut berdasarkan bahan Buku Bergambar.

4. Setiap kumpulan membentangkan hasil perbincangan.

5. Murid melakar satu papan tanda jalan bagi kategori pematuhan (wajib dan larangan), amaran dan panduan.

6. Murid menulis ayat tunggal berdasarkan frasa yang berkaitan papan tanda, isyarat dan penanda jalan. Murid melengkapkan aktiviti 15 dan 16.

Catatan/Media/BBM

Buku Bergambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 15 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 16 )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 23: Teacher's Notes

63

Tajuk 3 : Ambil Langkah Bijak Kemahiran : Fokus Utama : 7.1 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.6, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) membaca dan menyatakan maksud perkataan dan frasa dengan sebutan yang jelas.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk menggunakan frasa yang diberi.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 64 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata majmuk, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata – perlakuan – bijak – langkah – tindakan – berhemah

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berdisiplin berhemah KBT – KB : menjana idea membanding beza mencirikan – KMD : meramal – TKP : verbal linguistik visual ruang

Media Pengajaran : • Buku Bergambar

Buku Aktiviti : • Aktiviti 17 ( Menamakan dan menulis penerangan ringkas fungsi sistem jalan raya yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 24: Teacher's Notes

64

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3 Ambil Langkah Bijak

1. Murid menyenaraikan dan membaca nama dan maksud papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang telah dipelajari.

2. Murid melakukan aktiviti permainan kotak beracun menggunakan buku bergambar. • Murid memilih sekeping gambar dan mempamerkannya kepada rakan sekelas. • Murid lain membaca dan menyatakan maksud papan tanda yang dipamerkan. • Murid bersoal jawab tentang tindakan yang perlu dilakukan berdasarkan papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dipamerkan.

3. Beberapa orang murid menjalankan aktiviti simulasi di dalam bilik darjah. • Sekumpulan murid akan melakonkan watak sebagai pengguna jalan raya. • Beberapa orang murid memegang simbol dan berperanan sebagai papan tanda jalan. • Pengguna jalan raya akan bergerak melalui stesen-stesen yang mempunyai papan tanda.

4. Murid lain memerhati tindakan pengguna jalan raya yang melalui beberapa papan tanda dan isyarat serta memberi respons terhadap aksi yang dilihat.

5. Murid melengkapkan aktiviti 17.

Catatan/Media/BBM

Buku Bergambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 17 )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 25: Teacher's Notes

66

Tajuk 4 : Jom, Jalan-Jalan Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 10.1 Aras 3 (i) PKJR : 1.4.1, 1.4.8

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) bersoal jawab tentang papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat dengan menggunakan ayat yang betul.

2) menulis karangan berdasarkan isi-isi yang diberi.

3) menyatakan maksud dan memberi respons terhadap papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

4) menyatakan kepentingan mematuhi papan tanda, isyarat dan penanda jalan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 67 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata – penanda jalan – garisan kuning – jalur derum – lawatan – perhatikan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berdisiplin hemah tinggi KBT – KB : menjana idea mencirikan – BCB : perbincangan

Buku Aktiviti : • Aktiviti 18 ( Mengenal pasti sistem jalan raya ) • Aktiviti 19 ( Menulis karangan tentang pemerhatian yang telah dilakukan )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 26: Teacher's Notes

67

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

4 Jom, Jalan-Jalan

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. • Setiap kumpulan akan melakukan aktiviti luar bilik darjah dan melengkapkan borang grafik yang diberi (Aktiviti 18).

2. Setiap murid diminta memerhati dan mencatat papan tanda, isyarat dan penanda jalan yang dilihat.

3. Murid bersoal jawab tentang penanda jalan yang dilihat semasa aktiviti lawatan dan berbincang secara asas tentang fungsi penanda jalan tersebut. Contoh: • Garis putus-putus • Garis lurus • Garis berkembar • Warna garisan putih dan kuning

4. Murid menulis karangan berdasarkan aksi pengguna jalan raya yang dilihat semasa melakukan aktiviti luar kelas dengan bimbingan guru (Aktiviti 19).

Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 18 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 19 )

Unit 3 Tahun 2Papan Tanda, Isyarat dan Penanda Jalan

Page 27: Teacher's Notes

71

Tajuk 1 : Boleh Dilihat dan Lebih Selamat Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 2.1.5, 4.3.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) berbual tentang tajuk yang dipelajari dengan menggunakan bahasa yang sesuai.

2) membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi.

3) menyatakan sebab-sebab mereka sukar dilihat di jalan raya.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 72 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat tunggal Kosa kata – perabot jalan – jalur pemantul cahaya – pakaian pemantul cahaya – ves pemantul cahaya – penyelenggara

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Seni Visual – Sains – Kemahiran Hidup Nilai – berhati-hati berdikari rasional KBT – KB : menjana idea membuat kesimpulan – TKP : intrapersonal

Media Pengajaran : • Media 4.1 ( Poster Kebolehlihatan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 20 ( Membina ayat dari perkataan dan frasa yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 28: Teacher's Notes

72

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 Boleh Dilihat dan Lebih Selamat

1. Seorang murid dipakaikan dengan baju berwarna hijau dan seorang lagi berwarna putih.

2. Kedua-duanya diminta berdiri berhampiran dengan pokok atau di hadapan papan hitam. Murid ditanya dengan soalan: • Siapakah yang paling mudah dilihat? • Mengapakah dia mudah dilihat?

3. Murid diterangkan tentang konsep penyamaran yang bermaksud berpadu dengan alam sekitar dan menyebabkan sesuatu objek sukar untuk dilihat.

4. Murid berbual tentang faktor yang menyebabkan pejalan kaki sukar dilihat di persekitaran jalan raya.

5. Murid menyatakan kepentingan bagi pengguna jalan raya mudah dilihat supaya mereka lebih selamat.

6. Murid dipamerkan dengan poster (Media 4.1) dan bersoal jawab tentang kebolehlihatan pemantul cahaya dalam poster yang dilihat.

7. Murid membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau frasa yang diberi. (Aktiviti 20)

Catatan/Media/BBM

Media 4.1Poster Kebolehlihatan

Buku Aktiviti ( Aktiviti 20 )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 29: Teacher's Notes

75

Tajuk 2 : Cuaca dan Waktu Kemahiran : Fokus Utama : 2.2 Aras 2 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 4.3.2, 4.3.3, 2.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pendapat berdasarkan eksperimen yang dilakukan.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan pemerhatian yang dilakukan.

3) menyatakan keadaan cuaca dan waktu yang berbeza mempengaruhi kebolehlihatan melalui uji kaji.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 76 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata adjektif, ayat tunggal/ayat majmuk Kosa kata – cuaca – waktu – cahaya – warna – objek – plastik lut sinar

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Sains Nilai – berhati-hati KBT – KB : menganalisis membuat kesimpulan – Konstruktivisme : mengembang idea

Media Pengajaran : • Media 4.2 ( Poster Hari Hujan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 21 ( Menulis kesimpulan berdasarkan pemerhatian )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 30: Teacher's Notes

76

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

2 Cuaca dan Waktu

1. Murid dipamerkan dengan Media 4.2 yang menunjukkan gambar pejalan kaki melintas jalan raya di kawasan yang gelap semasa hujan.

2. Dengan bimbingan guru, murid membincangkan kesan cahaya dan cuaca terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Contoh: • cuaca mendung, jerebu dan hujan • awal pagi dan lewat petang • pakaian berwarna gelap • aspek keselamatan semasa hujan • pemandu kurang jelas penglihatan pada waktu hujan.

3. Murid dibahagikan kepada 3 kumpulan dan menjalankan uji kaji di bawah: Kumpulan A Objektif : Untuk menunjukkan kesan hari hujan terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Bahan : 1 gelas berisi air, 1 gelas kosong dan 1 objek seperti pensel atau pemadam. Cara : • Letakkan objek di hadapan gelas yang kosong dan lihat melalui gelas dari sudut yang bertentangan. • Kemudian, letakkan objek di hadapan gelas yang berisi air dan lihat melalui gelas dari sudut yang bertentangan. Kumpulan B Objektif : Untuk menunjukkan kesan pencahayaan dan waktu terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Bahan : Sehelai plastik lut sinar tidak berwarna, sehelai plastik lut sinar berwarna, 1 objek seperti pensel atau pemadam. Cara : • Letakkan objek hadapan plastik lut sinar tidak berwarna dan lihat dari sudut yang bertentangan dengan objek. • Letakkan objek di hadapan plastik lut sinar berwarna dan lihat menerusinya dari sudut yang bertentangan dengan objek. Kumpulan C Objektif: Untuk menunjukkan kesan pakaian berwarna gelap terhadap kebolehlihatan pejalan kaki. Bahan: Sehelai baju T putih dan sehelai baju T warna gelap. Cara: • Letakkan baju tersebut bersebelahan satu sama lain dan perhatikan kedua-duanya dari jarak yang berbeza. • Lakukan pemerhatian dengan menggunakan latar belakang yang berbeza.

4. Setiap kumpulan akan berbincang dan mengemukakan hasil uji kaji kepada kelas.

5. Murid melengkapkan borang uji kaji dalam aktiviti 21.

Catatan/Media/BBM

Media 4.2Poster Hari Hujan

BBMBahan-bahan untuk uji kaji tidak disediakan.

Bahan uji kajia) Cuaca hujan: • 2 biji gelas • Objek (pensel/pemadam)

b) Waktu dan cahaya • Plastik lut sinar berwarna • Plastik lut sinar tidak berwarna • Objek (pensel/pemadam)

c) Warna • 1 helai baju T putih • 1 helai baju T berwarna gelap • Sekeping kad putih (saiz manila kad) • Sekeping kad warna gelap (saiz manila kad)

Buku Aktiviti ( Aktiviti 21 )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 31: Teacher's Notes

79

Tajuk 3 : Perabot Jalan Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1 (i) PKJR : 1.3.1, 1.3.2, 2.1.5, 4.3.2

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) memerihalkan tentang perabot jalan berdasarkan pemerhatian dan maklumat yang diterima.

2) membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata yang diberi.

3) menyatakan perabot jalan yang boleh menghalang kebolehlihatan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 80 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata majmuk, ayat tunggal Kosa kata – peti surat – pasu bunga – lampu jalan – tong sampah

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Seni Visual – Kemahiran Hidup Nilai – rasional KBT – KB : menjana idea – Konstruktivisme : mengembang idea

Media Pengajaran : • Media 4.3 ( Kad imbasan gambar )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 22 ( Melengkapkan perkataan ) • Aktiviti 23 ( Melengkapkan pernyataan dan mencari perkataan ) • Aktiviti 24 ( Membina ayat berdasarkan rangkai kata )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 32: Teacher's Notes

80

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

3 Perabot Jalan

1. Murid melihat dan menamakan gambar perabot jalan yang terdapat pada kad imbasan.

2. Murid dan guru bersoal jawab: • Apakah perabot jalan? ( Murid menyenaraikan ) • Nyatakan kebaikan perabot jalan. Contoh keselesaan, kemudahan, perhiasan • Nyatakan keburukan perabot jalan. Contoh: i) Pejalan kaki akan terlindung jika saiznya hampir sama dengan saiz perabot jalan. ii) Warna pakaian pejalan kaki seakan-akan sama dengan perabot jalan. iii) Perabot jalan juga boleh menghalang penglihatan pejalan kaki.

3. Murid dibawa ke persekitaran kawasan sekolah dan menamakan perabot jalan yang ada.

4. Murid mengenal pasti perabot jalan yang mungkin menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain atau sebaliknya.

5. Simulasi: Beberapa orang murid diminta berdiri di belakang mana-mana perabot jalan yang mungkin menghalang pejalan kaki daripada dilihat oleh pengguna jalan raya yang lain atau sebaliknya.

6. Murid menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan pejalan kaki sukar dilihat.

7. Murid membuat kesimpulan daripada aktiviti simulasi. Contoh: Pejalan kaki tidak boleh berada di belakang perabot jalan yang boleh menghalang mereka daripada dilihat.

8. Murid melengkapkan aktiviti 22 dan 23 dengan bimbingan guru.

9. Murid membina ayat tunggal menggunakan rangkai kata (Aktiviti 24).

Catatan/Media/BBM

Media 4.3Kad imbasan gambar

Buku Aktiviti ( Aktiviti 22 )Buku Aktiviti ( Aktiviti 23 )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 24 )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 33: Teacher's Notes

85

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Tajuk 4 : Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan Kemahiran : Fokus Utama : 1.1 Aras 1 (i) Fokus Sampingan : 5.1 Aras 2 (i) PKJR : 4.3.1, 4.3.2, 2.1.5

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) berbual tentang perkara yang dipertontonkan dalam tayangan video dengan menggunakan bahasa yang sesuai. 2) membaca kuat ayat-ayat yang diberikan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

3) menyatakan situasi bahaya yang boleh mempengaruhi kebolehlihatan di antara dua buah kereta yang diletakkan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 86 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata adjektif Kosa kata – cerun bukit – berpadu – but kereta – saiz

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Sains Nilai – berhati-hati berdikari KBT – KB : merumus – BCB : bacaan mekanis

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap1 Segmen : ‘Kebolehlihatan’ ( 07.39 – 08.42 minit )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 25 ( Menulis kata-kata nasihat )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Page 34: Teacher's Notes

86

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

4 Kebolehlihatan di antara Dua Buah Kereta yang Diletakkan

1. Murid dipertontonkan dengan tayangan video teknikal serta menyenaraikan bahaya yang dapat dikenal pasti melalui tayangan video tersebut. Contoh : • Kanak-kanak melintas jalan di antara kenderaan. • Warna pakaian kanak-kanak kelihatan berpadu dengan keadaan sekeliling. • Pemandu tidak nampak pejalan kaki melintas di cerun bukit. • Kanak-kanak kecil sukar dilihat.

2. Secara berpasangan, murid diminta berbual tentang bahaya yang terdapat dalam video yang dipertontonkan.

3. Murid membaca kuat ayat-ayat yang telah disenaraikan di atas secara kelas dan kumpulan.

4. Murid dibawa ke tempat letak kereta dan mendemonstrasikan situasi berdiri di antara 2 buah kereta yang diletakkan.

5. Murid membuat pemerhatian untuk memahami situasi yang menyebabkan mereka terlindung di antara dua buah kereta yang diletakkan.

6. Dengan bimbingan guru, murid berbincang dan membuat kesimpulan berdasarkan keadaan bahaya berdiri di antara dua buah kereta yang diletakkan.

7. Murid menulis kata-kata nasihat kepada pejalan kaki. (Aktiviti 25)

Catatan/Media/BBM

VideoKemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap1 Segmen : ‘Kebolehlihatan’( 07.39 – 08.42 minit )

Buku Aktiviti ( Aktiviti 25 )

Unit 4 Tahun 2Kebolehlihatan di Jalan Raya

Page 35: Teacher's Notes

89

Tajuk 1 : Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 2 (i) PKJR : 1.1.1, 1.5.1, 7.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan jawapan yang sesuai berdasarkan soalan yang dikemukakan. 2) membina sekurang-kurangnya dua ayat majmuk berdasarkan kosa kata yang diberikan.

3) menyatakan bahawa jalan raya ialah tempat yang kompleks dan berbahaya.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 90 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – ayat majmuk, kata adjektif Kosa kata – jalan lurus – jalan sempit, lalu lintas sehala – lalu lintas dua hala – jalan lebar – pembahagi jalan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berhati-hati rasional kerjasama KBT – KB : membanding beza – TKP : kinestetik

Media Pengajaran : • Media 5.1 ( Poster Pantun Nasihat ) • Media 5.2 ( Poster Blok Pertengahan ) • Media 5.3 ( Kad imbasan gambar dan kad imbasan perkataan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 26 ( Membina ayat majmuk berdasarkan situasi melintas )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 5 Tahun 2Mengimbas Lalu Lintas

Page 36: Teacher's Notes

90

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

1 Jalan Raya adalah Kompleks dan Berbahaya

1. Murid membaca serangkap pantun nasihat yang dipamerkan dengan sebutan dan intonasi yang betul.

2. Murid bersoal jawab tentang mesej pantun yang dibaca.

3. Murid menjawab soalan berkaitan mesej yang terdapat dalam pantun.

4. Murid dipamerkan dengan ilustrasi persimpangan “Blok Pertengahan” (Media 5.2) yang ada garisan lorong. Murid diminta membayangkan mereka berdiri di X dan hendak melintas ke Y. Murid bersoal jawab dengan guru tentang: • Arah datangnya kenderaan? • Sebelum dan semasa melintas jalan, arah mana pejalan kaki perlu perhatikan kenderaan?

5. Murid diperkenalkan kepada jenis-jenis jalan raya berdasarkan gambar dan kad perkataan (Media 5.3) yang ditunjukkan oleh guru seperti: • Jalan sempit lalu lintas sehala • Jalan sempit, lalu lintas dua hala • Jalan lebar, lalu lintas dua hala • Jalan lebar, lalu lintas dua hala dengan pembahagi jalan

6. Murid menjalankan aktiviti permainan “tag” dengan bimbingan guru: • Bawa murid ke luar kelas dan cari kawasan lapang untuk mereka berlari. (Jika ruang atau waktu tidak mengizinkan, memadai dengan memanggil 2 atau 3 orang murid untuk mendemonstrasikannya di dalam kelas) • Lukis dua garisan selari untuk dijadikan contoh jalan raya. • Pilih beberapa orang murid untuk menjadi pasukan ‘pengejar’ dan ‘pelari’. Pasukan ‘pengejar’ akan berdiri di antara dua garisan dan pasukan ‘pelari’ pula berdiri secara rawak di tepi garisan. • Apabila isyarat diberi, mereka akan cuba menyeberang ‘jalan’ sambil mengelak pasukan ‘pengejar’ dari menyentuh mereka. • Permainan ini dimainkan dua pusingan, satu dengan ‘jalan’ yang sempit dan satu lagi dengan ‘jalan’ yang lebar.

Catatan/Media/BBM

Media 5.1Poster Pantun Nasihat

Media 5.2Poster Blok Pertengahan

Media 5.3Kad imbasan gambar Kad imbasan perkataan

Unit 5 Tahun 2Mengimbas Lalu Lintas

Page 37: Teacher's Notes

91

Tajuk Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

a) Jalan sempit:

b) Jalan lebar:

● pasukan ‘pelari’ ● pasukan ‘pengejar’

7. Di dalam kelas, bincangkan kesimpulan permainan dan cabaran yang dilalui untuk menyeberang jalan:

• Apakah yang perlu dilihat atau diperhatikan oleh setiap murid yang melintas jalan? (pengguna jalan raya yang lain) • Arah manakah mereka perlu lihat? (sekeliling, termasuk belakang) • Apakah langkah-langkah lain yang perlu diambil semasa melintas? (tidak terjatuh atau berlanggar dengan orang lain) • Yang manakah lebih mudah untuk melintas sama ada jalan lebar atau sempit? Mengapa? • Adakah lebih mudah untuk melintas jika terdapat lebih atau kurang ‘pengejar’ (sibuk/lengang) atau pasukan ‘pengejar’ berlari secara perlahan (laju/perlahan)?

8. Murid membuat rumusan dalam aktiviti 26.

Catatan/Media/BBM

Buku Aktiviti ( Aktiviti 26 )

Unit 5 Tahun 2Mengimbas Lalu Lintas

Page 38: Teacher's Notes

96

Tajuk 2 : Mengimbas Lalu Lintas Kemahiran : Fokus Utama : 1.2 Aras 1 (ii) Fokus Sampingan : 8.1 Aras 2 (i) PKJR : 7.3.1

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) menyatakan maklumat kenderaan yang ditayangkan menggunakan ayat yang betul. 2) menulis perkataan yang sesuai untuk melengkapkan ayat yang diberikan.

3) menyatakan tujuan mengimbas lalu lintas untuk mengenal pasti risiko dan bahaya.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 97 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata arah Kosa kata – video – mengimbas – memerhati – kenderaan – melihat

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – berhati-hati rasional KBT – KB : mengitlak – TKP : visual ruang

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen: ‘Pengenalan’ ( 00.04-00.15 )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 27 ( Menjawab soalan berdasarkan video ) • Aktiviti 28 ( Mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul dan melengkapkan ayat yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 5 Tahun 2Mengimbas Lalu Lintas

Page 39: Teacher's Notes

107

Tajuk 1 : Tali Pinggang Keledar Kemahiran : Fokus Utama : 4.2 Aras 3 (i) Fokus Sampingan : 8.2 Aras 1(i) PKJR : 6.1.1 , 6.2.4, 6.2.6, 10.1.3

Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat ;

1) mengemukakan pandangan yang membina tentang kepentingan memakai tali pinggang keledar.

2) membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan dan frasa yang diberi.

3) menyatakan kepentingan memakai tali pinggang keledar untuk keselamatan.

Aktiviti : ( Rujuk muka surat 108 )

Sistem Bahasa : Tatabahasa – kata nama am Kosa kata – tali pinggang keledar – pita pelekat – keselamatan

Pengisian Kurikulum : Ilmu – Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai – kasih sayang KBT – KB : menyusun maklumat – BCB : mencatat nota – TKP : kinestetik

Media Pengajaran : • Video Kemahiran Asas Keselamatan Jalan Raya Tahap 1 Segmen : “Tali pinggang keledar” ( 08.44 - 09.13 minit )

BBM : • Bahan-bahan untuk uji kaji ( tidak disediakan )

Buku Aktiviti : • Aktiviti 32 ( Membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan perkataan yang diberi )

Refleksi : ( Berdasarkan penilaian guru selepas pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan )

Unit 6 Tahun 2Menjadi Penumpang yang Selamat dan Bertanggungjawab