sumbangan seorang tokoh pemuziuman : prof. dato’ … seorang... · 2017. 10. 20. · warisan seni...

24
SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ DR. OTHMAN YATIM Mohd Azman Bin Md Zakaria Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian (Pengurusan Seni) 2015

Upload: others

Post on 09-Jun-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN :

PROF. DATO’ DR. OTHMAN YATIM

Mohd Azman Bin Md Zakaria

Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian

(Pengurusan Seni)

2015

Page 2: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN :

PROF. DATO’ DR. OTHMAN YATIM

MOHD AZMAN BIN MD ZAKARIA

Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk

Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Program Pengurusan Seni)

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

2015

Page 3: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ DR.

OTHMAN YATIM

SESI PENGAJIAN : 2014 / 2015

Saya MOHD AZMAN BIN MD ZAKARIA

mengaku membenarkan Tesis/Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik,

Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis/Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak.

2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan

Tempatan.

4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan

membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian

tinggi.

5. *sila tandakan

SUL SULIT

TERHA TERHAD

TIDAK TIDAK TERHAD

Disahkan oleh:

_________________________ __________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Tarikh : ___________________ Tarikh : __________________

Alamat tetap:

201, Blok 9,

Felda Lok Heng Selatan,

Kota Tinggi, 81900,

Johor Darul Takzim.

Catatan:* Tesis/Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Sarjana Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda

*jika Tesis/Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT

atau TERHAD.

(mengandungi maklumat yang berdarjah

keselamatan atau kepentingan seperti

termaktub di dalam AKTA RAHSIA

RASMI 1972)

(mengandungi maklumat terhad yang telah

ditentukan oleh organisasi/badan di mana

penyelidikan dijalankan)

Page 4: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

i

PENGESAHAN

Projek bertajuk “Sumbangan Seorang Tokoh Pemuziuman: Prof. Dato’ Dr. Othman

Yatim” telah disediakan oleh Mohd Azman Bin Md Zakaria dan telah diserahkan kepada

Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni

Gunaan dengan Kepujian (Pengurusan Seni).

Diterima untuk diperiksa oleh:

....................................................

(En.Alexander Anak Chelum)

Penyelia Program Pengurusan Seni

Tarikh: ......................................

Page 5: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

ii

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa

tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya. Terdahulu saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang

banyak memberikan sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan Tesis

Penyelidikan Tahun Akhir.

Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah

saya, En.Alexander Anak Chelum kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada

beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan baiknya. Beliau juga

banyak memberikan pendapat, idea, cadangan dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada, Prof. Dato’ Dr. Othman Yatim” yang

merupakan informan utama saya dalam menjayakan hasil penyelidikan yang saya kaji.

Tidak lupa juga kepada Dr. Noria Anak Tugang dan Dr.Anna Durin yang banyak

membantu saya dalam mendapatkan hasil kajian dan menyokong penulisan saya mengenai

sumbangan seorang tokoh pemuziuman. Ucapan jutaan terima kasih juga ditujukan kepada

bapa saya Md Zakaria bin Hasshim dan ibu saya Normah Binti Mian, adik-beradik saya

serta rakan-rakan yang banyak memberi kata-kata semangat dan kekuatan untuk

meneruskan kajian ini. Terima kasih kepada semua yang banyak memberikan sokongan

dan tunjuk ajar kepada saya dalam menyiapkan tesis ini.

Sekian, Wassalam

Page 6: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

iii

ABSTRAK

Kajian ini adalah sebuah kajian berkenaan sumbangan seorang tokoh terhadap muzium.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sumbangan dari segi kajian dan penyelidikan yang

telah dijalankan oleh seorang tokoh pemuziuman tanah air kita, dan meneliti kesan kajian

yang telah dibuat oleh beliau terhadap pemuliharaan warisan seni dan budaya, serta

mendokumentasikan sumbangan beliau dalam memartabatkan seni budaya dan warisan.

Hal ini dapat diterjemahkan melalui temubual yang dilakukan keatas Prof. Dato’ Dr

Othman Bin Md Yatim sendiri yang merupakan tokoh pilihan pengkaji dan disokong oleh

fakta-fakta yang diperolehi hasil daripada temubual bersama informan lain selain daripada

itu, buku tulisan beliau dan juga sokongan fakta daripada keratan akhbar yang berkisarkan

tentang penyelidikan yang telah beliau lakukan juga merupakan sumber sokongan

pengkaji. Hasil daripada kajian ini mendapati bahawa kajian yang telah dilakukan oleh

tokoh pilihan pengkaji menjurus kepada kepakaran beliau didalam bidang pemeliharaan

warisan dan budaya yang dapat dilihat daripada hasil penemuan beliau tentang batu nisan,

meriam dan juga kubur Orang Kaya Ngah Ibrahim. Untuk memperlihatkan kesan kajian

yang telah dilakukan oleh tokoh pemuziuman ini kepada masyarakat umum, terdapat

ratusan buku dan bahan bacaan ilmiah yang telah diterbitkan untuk menjaga sejarah seni

warisan dan budaya ini agar kekal dan tidak dilupakan oleh masyarakat setempat. Selain

dari itu, ratusan seminar yang telah di hadiri oleh beliau juga turut memberi kesan dan

penambahbaikan terhadap perkembangan muzium pada masa kini. Hasil kajian ini turut

memberi implikasi kepada muzium kerana kajian ini menunjukkan hasil perjuangan yang

telah dilakukan oleh seorang tokoh pemuzium. Kajian ini juga turut memberi implikasi

kepada pengkaji akan datang kerana kajian ini merupakan penulisan yang pertama keatas

Prof. Dato’ Dr. Othman Yatim. Selain itu kajian ini juga merupakan sebuah penghargaan

keatas sumbangan yang telah dilakukan oleh beliau sebagai seorang tokoh pemuziuman.

Page 7: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

iv

Abstract

This study is a contribution to the study of a character to the museum. This study was

conducted to investigate the contribution in terms of research and studies that have been

carried out by a manifest character of our country, and examine the impact assessments

that have been made by him to the preservation of our heritage and culture, as well as

documenting his contributions to the country's arts and heritage. This can be translated

through an interview conducted on Prof. Dato’ Dr. Othman Bin Mohd Yatim orphans

themselves are the leaders researchers and options supported by the facts gathered from

interviews with other informants as well as writing his book and also support the fact that

depictions of newspaper articles about the research he has done. Results of the study found

that the studies that have been conducted by prominent researcher’s choices lead to his

expertise in the field of preservation of heritage and culture which can be seen from the

results of his findings on the gravestones, cannons and also the graves of Orang Kaya

Ngah Ibrahim. Other than that, to show the impact studies that have been done by the

leaders of this manifest to the general public, there are hundreds of books and scientific

literature that has been published to keep the history of art and cultural heritage in order

to remain and not be forgotten by the locals. In addition, hundreds of seminars which were

attended by him also have an effect on the development and improvement of the current

museum. The results of this study also have implications for the museum because the study

shows results that have been done by a figure manifest. These studies also have

implications for future research because this research is the first writing on Prof. Dato' Dr.

Othman orphans. In addition, this study also represents recognition on the contribution

made by him as a figure manifest.

Page 8: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

v

ISI KANDUNGAN

PENGESAHAN i

PENGHARGAAN ii

ABSTRAK iii

ABSTRACT vi

KANDUNGAN v

SENARAI RAJAH DAN JADUAL viii

BAB 1 PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

1

1.1 Latar Belakang 2

1.2 Latar Belakang Kajian

1.2.1 Definisi Muzium

1.2.2 Sejarah Muzium Dunia

1.2.3 Sejarah Muzium di Malaysia

4

4

6

8

1.3 Permasalahan Kajian 9

1.4 Hipotesis Kajian 9

1.5 Objektif Kajian 10

1.6 Persoalan Kajian 10

1.7 Signifikasi Kajian 11

1.8 Skop Kajian 13

1.9 Sedikit Tentang Latar Belakang Tokoh yang Dikaji

1.9.1 Biografi Tokoh

1.9.2 Kelulusan Akademik

14

14

16

1.10 Rumusan 17

Page 9: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

vi

BAB 2 SOROTAN KESUSASTERAAN

2.0 Pengenalan

19

2.1 Fungsi Muzium

2.1.1 Aset

2.1.2 Aktiviti

20

21

23

2.2 Peranan Muzium 27

2.3 Definisi Tokoh 32

2.4 Contoh-Contoh Tokoh Secara Umum

2.4.1 Tokoh Pendidikan

2.4.2 Tokoh Kemerdekaan

2.4.3 Tokoh Usahawan

33

34

34

35

2.5 Contoh-Contoh Pengiktiran Tokoh Dari Perspektif Seni

2.5.1 Tokoh Kraf Negara

2.5.2 Adiguru Kraf

38

38

39

2.6 Hubungan Proses Perolehan Muzium Dengan Tokoh 40

2.7 Rumusan 43

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.0 Pengenalan

44

3.1 Kajian Rintis 45

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.2.1 Sumber Data

45

46

3.3 Kerangka Kerja 50

3.4 Instrumen Kajian 51

3.5 Rumusan 53

Page 10: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

vii

BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

54

4.1 Hasil Dapatan Kajian

4.1.1 Kajian Dan Penyelidikan yang telah Dijalankan oleh

Prof. Dato’ Dr. Othman Yatim

4.1.2 Meneliti Kesan Kajian yang telah Dijalankan oleh

Prof. Dato’ Dr Othman Yatim Terhadap Pemeliharaan

Warisan Seni dan Budaya.

55

55

84

4.2 Pemerhatian 106

4.3 Rumusan 107

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN

KESIMPULAN

5.0 Pendahuluan 108

5.1 Perbincangan 109

5.2 Penemuan Kajian 112

5.3 Cadangan 113

5.4 Implikasi 117

5.5 Kesimpulan 119

Bibliografi 121

Lampiran 124

Page 11: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

viii

SENARAI RAJAH DAN JADUAL

BAB 2

Jadual 2.1 :- Fungi Muzium 16

Rajah 2.2 : Fungsi Muzium Terhadap 3 Aspek Utama. 20

Rajah 2.3 : Carta Aliran Perolehan Koleksi Surat Persendirian 32

BAB 3

Rajah 3.1 : Pembolehubah Kerangka Kerja 40

BAB 4

Rajah 4.1 : Sistem Tipologi Jenis Othman A-N 47

Rajah 4.1 : Sistem Tipologi Jenis Othman A-N 48

Rajah 4.2 : Sistem Tipologi Jenis Othman A-N 49

Rajah 4.3 : Sistem Tipologi Jenis Othman A-N 50

Rajah 4.4 : Sistem Tipologi Jenis Othman A-N 51

Rajah 4.5: Senarai bilangan tempat Batu Aceh Di Malaysia 53

Rajah 4.6: Senarai bilangan tempat Batu Aceh Di Malaysia 54

Rajah 4.7: Senarai bilangan tempat Batu Aceh Di Malaysia 55

Rajah 4.7 : Tempat yang Masih Terdapat Meriam-Meriam

Lama Di Nusantara

59

Rajah 4.8 : Tempat yang Masih Terdapat Meriam-Meriam

Lama Di Malaysia.

60

Rajah 4.9 : Ilustrasi Lukisan Jenis Lela 61

Rajah 4.9 : Ilustrasi Lukisan Jenis Lela 62

Rajah 4.11 : Ilustrasi Lukisan Meriam Jenis Ekor Lutong 63

Page 12: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

ix

Rajah 4.12 : Ilustrasi Lukisan Meriam dan Rentaka 64

Rajah 4.13: Gambar meriam yang terdapat di Malaysia juga

di Thailand

67

Jadual 4.14 : Senarai Buku Yang Diterbitkan Oleh Prof.Dato’

Dr. Othman Yatim

87

Page 13: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

1

BAB SATU

PENGENALAN

1.0 PENDAHULUAN

Di dalam bab pengenalan ini pengkaji akan menerangkan serba sedikit tentang definisi

dan latar belakang kajian yang berkisarkan tentang muzium dan tokoh pilihan pengkaji

yang bersesuaian dengan tajuk kajian ini. Selain itu, pengkaji telah meletakkan beberapa

garis panduan untuk mencapai hala-tuju kajian ini dengan menjelaskannya di dalam

objektif, persoalan kajian serta ramalan awal bagi kajian ini untuk menguji teori yang

ditetapkan. Selain itu, pengkaji juga akan menerangkan beberapa kepentingan dan skop

kajian supaya kajian ini lebih berfungsi dengan baik kepada pihak yang berkaitan dan juga

pembaca dapat menerima objektif kajian ini dengan lebih jelas.

Page 14: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

2

1.1 LATAR BELAKANG

Muzium merupakan sebuah tempat penyimpanan tinggalan sejarah yang mempunyai

nilai estetika yang sangat tinggi. Muzium juga merupakan salah satu simbolik bagi sesuatu

kawasan kerana ia berfungsi sebagai pusat pameran seperti pengumpulan warisan, budaya

dan juga sejarah bagi sesuatu tempat. Hal ini bersesuaian dengan takrifan George Brown

Goode, (1983) yang menyatakan bahawa muzium adalah sebuah institusi yang memelihara

objek yang terbaik daripada fenomena budaya dan hasil kerja manusia, serta muzium juga

mampu untuk meningkatkan pengetahuan manusia dan budaya melalui penerangan

mengenai cara hidup mereka.

'An institution for the preservation of those objects which best illustrate the phenomena of

nature and the work of man, and utilization of these to increase knowledge and for the

culture and the enlightenment of the people'

George Brown Goode, (1983)

Page 15: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

3

Namun begitu, terdapat banyak kajian yang dijalankan kajian ke atas muzium bagi

meningkatkan mutu muzium dan memperkenalkan lagi muzium tersebut sehingga diangkat

dan disanjung sehingga dikenali di merata dunia. Kajian demi kajian telah giat dijalankan

serta pembangunan dan pembaharuan juga dilakukan bagi memastikan muzium adalah

tempat yang berfungsi dan memberikan impak kepada orang ramai. Pembangunan

pengunjung, pelan perancangan strategik, pelan perangkaan kewangan serta sumber

dapatan koleksi telah diperkemas dan dibangunkan untuk memastikan muzium adalah

sebuah pusat atau gedung ilmu yang benar-benar berguna kepada masyarakat mahupun

orang luar.

Namun begitu, kesinambungan ini tidak bererti apa-apa sekiranya tidak disokong

dengan sumbangan ahli pengkaji serta ahli cari gali artifak dan monumen yang telah

dilakukan untuk menyumbang kepada dapatan koleksi muzium yang kurang diketahui oleh

orang ramai. Justeru itu, kajian ini kajian ini dijalankan bagi menerangkan sumbangan dan

kajian yang pernah dijalankan oleh seorang tokoh.

Page 16: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

4

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

1.2.1 Definisi Muzium

Perkataan Muzium yang diguna pakai pada hari ini dipetik daripada

perkataan Inggeris. Bagaimanapun perkataan Museum dalam bahasa Inggeris

berasal daripada perkataan Yunani atau Greek iaitu Mouseion yang bermaksud

rumah suci „Muses‟ iaitu tuhan atau kumpulan sembilan dewi yang melambangkan

ilmu dan kesenian serta ada juga daripada pengkaji yang mengatakan Mouseion

sebagai tempat ibadat tuhan seni.

Sembilan dewi itu ialah berfungsi untuk menjaga bidang masing-masing

antaranya adalah dimitoskan epik, muzik, puisi, pengucapan, sejarah, tragedi,

komedi, tarian dan astronomi. Muses dalam bahasa Yunani juga bermaksud

gembira atau dalam bahasa Inggerisnya Amusement yang membawa maksud

hiburan.

Page 17: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

5

Melalui Majlis Muzium Antarabangsa ( ICOM ), di dalam Persidangan

Agung ke-21 di Vienna, Austria, pada tahun 2007 telah mendefinisikan muzium

sebagai sebuah institusi yang bukan mencari keuntungan, namun muzium

merupakan institusi kekal yang memberi perkhidmatan kepada masyarakat dan

perkembangannya yang dibuka kepada orang ramai untuk memperoleh,

memulihara, menyelidik, berkomunikasi dan mempamerkan warisan yang ketara

dan tidak ketara kepada manusia dan alam sekitar untuk tujuan pendidikan, kajian

dan hiburan.

„A museum is a non-profit, permanent institution in the service of society and its

development, open to the public, which acquires, conserves, researches,

communicates and exhibits the tangible and intangible heritage of humanity and its

environment for the purposes of education, study and enjoyment.‟

ICOM,( 2010-2014)

Page 18: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

6

1.2.2 Sejarah Muzium Dunia

Muzium pertama dipercayai telah dibina oleh Ptolomey Soter di Alexandria,

Mesir pada tahun 280 Sebelum Masihi. Muzium ini juga dibina bagi memaparkan

kehebatan kerajaan Firaun, piramid dan Sphinx pada kerajaan Mesir masa itu.

Muzium mula berkembang pada Zaman Perang Salib Renaissance pada abad ke-14

Masihi dengan menumpukan kepada aspek kemanusiaan dan kemudiannya mula ke

peringkat global. Di Itali pula, Florence merupakan ilmuan pertama yang

menggunakan perkataan Museum bagi pameran koleksi Medici pada zaman

Lorenzo the Magnificient pada abad ke-16 Masihi.

Perkembangan selanjutnya ialah apabila wujudnya muzium awam pertama

di Oxford, England iaitu Museum Ashmolean (1683) dan diikuti oleh Museum The

Louvre (1789). Muzium mula berkembang di Amerika Syarikat pada sekitar kurun

ke-18 Masihi. Namun begitu, undang-undang muzium pula telah mula dibuat dan

diluluskan serta Institut Smithsonian pula ditubuhkan serta menawarkan

penyelidikan pemuziuman hingga ke peringkat PhD sekitar pertengahan kurun ke-

19 Masihi.

Page 19: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

7

Ekoran daripada definisi ini, beberapa aktiviti dan bidang dikaitkan sama

sebagai sokongan. Antaranya Muzium ditakrifkan juga sebagai institusi yang

terlibat dengan :-

i. Pemuliharaan, pameran dan Pusat Arkib

ii. Pemuliharaan dan pengekalan alam semulajadi

iii. Arkeologi, Ethnologi, Monumen dan Tapak Tanah bersejarah

iv. Pameran benda hidup seperti Taman Botani, Zoologi,Akuarium dan

sebagainya.

v. Pusat Sains dan Planetarium

Berdasarkan definisi dan perkembangan tersebut jelaslah bahawa muzium

memberi impak dan kepentingan kepada masyarakat setempat kerana muzium juga

menjadi penghubung kepada zaman sejarah dahulu dan masa kini. Sehubungan itu,

pada 1989 Kesatuan Muzium Great Britain (MAGB) telah mendefinisikan Muzium

dalam bentuk yang lebih mudah untuk difahami. Institusi Muzium ditakrifkan

sebagai :-

Page 20: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

8

'An institution which collects, documents, preserves, exhibits and interprets

material evidence and associated information for public benefit'.

1.2.3 Sejarah Muzium di Malaysia

Di Malaysia, muzium pada peringkat awalnya dikenali sebagai 'Sekolah

Gambar' kerana selain artifak arkeologi, gambar-gambar bersejarah turut

dipamerkan dengan banyak di dalam bangunan Muzium. Muzium pertama yang

ditubuhkan ialah di Taiping oleh Residen Negeri Perak iaitu Sir Hugh Low pada

tahun 1883 dengan nama „Muzium Perak‟ manakala pada masa itu Leonard Wray

Junior yang merupakan Penyelia Taman Bukit Larut telah dilantik sebagai Kurator.

Pada tahun 1904 Muzium Selangor mula ditubuhkan di Kuala Lumpur

dengan mempamerkan pameran mengenai zologi, entimologi dan botani. Muzium

Perak dan Muzium Selangor digabungkan dibawah satu pentadbiran yang

dinamakan Muzium Negeri-Negeri Bersekutu pada awal kurun ke- 20 Masihi.

Biarpun terdapat berbagai-bagai bentuk tanggapan dan definisi yang berbeza

terhadap institusi Muzium, namun fungsi asal muzium yang terdapat diseluruh

dunia adalah sama iaitu berlandaskan pemeliharaan dan pemuliharaan khazanah

Page 21: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

9

yang terdapat di kawasan sekitar yang bertujuan untuk memelihara budaya dan

warisan agar tidak ditelan zaman.

1.3 PERMASALAHAN KAJIAN

Di dalam kajian ini pengkaji dapat menyatakan beberapa alasan mengapakah kajian ini

dijalankan. Pertamanya adalah untuk melihat sejauhmanakah kesedaran masyarakat umum

dalam dan luar negara terhadap kajian yang telah dijalankan oleh seseorang tokoh

pemuziuman tempatan serta mengkaji sejauhmanakah sumbangan tokoh tersebut terhadap

peranan muzium yang berada di Malaysia.

1.4 HIPOTESIS KAJIAN

Berdasarkan permasalahan kajian, pengkaji dapat mengandaikan beberapa gambaran

akhir kepada kajian ini. Antaranya ialah sekiranya pendokumentasian terhadap seseorang

tokoh pemuziuman ini dijalankan, maka ia akan memudahkan lagi para pengkaji pada

masa akan datang untuk membuat rujukan tentang kajian yang telah dijalankan oleh tokoh

pemuziuman tersebut. Kajian dan penyelidikan yang telah dijalankan oleh tokoh

pemuziuman ini agak meluas, maka pengkaji beranggapan ia merupakan satu saluran untuk

menyebarkan maklumat tersebut.

Page 22: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

10

1.5 OBJEKTIF KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini pengkaji meletakkan sebuah matlamat yang hendak

dicapai bagi menjelaskan garis panduan yang perlu diikuti sepanjang kajian ini berlansung

antaranya ialah:-

1.5.1 Mengkaji sumbangan dari segi kajian dan penyelidikan yang telah

dijalankan oleh seorang tokoh pemuziuman tanah air kita ini.

1.5.2 Meneliti kesan kajian yang telah dibuat oleh seorang tokoh pemuziuman

terhadap pemuliharaan warisan seni dan budaya.

1.6 PERSOALAN KAJIAN

1.6.1 Sejauhmanakah sumbangan dari segi kajian dan penyelidikan yang telah

dijalankan oleh seorang ahli peneraju muzium?

1.6.2 Apakah kesan kajian yang telah dibuat oleh seorang tokoh pemuziuman

terhadap pemuliharaan warisan dan budaya?

Page 23: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

11

1.7 SIGNIFIKASI KAJIAN

Kajian ini penting kerana sebagai sebuah muzium yang juga merupakan sebuah

institusi penyebaran maklumat mengenai sejarah dan budaya bagi masyarakat setempat

mahupun pengunjung yang mengunjungi ke muzium tersebut. Justeru, menerusi kajian

yang dijalankan ini pengkaji merasakan bahawa kajian ini akan memberi impak yang

sangat berguna secara menyeluruh kepada jaringan pembangunan bersepadu bagi

meningkatkan lagi tahap sensitiviti masyarakat terhadap sumbangan seorang tokoh dan

peranan muzium diseluruh Malaysia.

Oleh itu pengkaji mengklasifikasikan beberapa kepentingan bagi kajian ini sebaik

sahaja kajian ini berakhir. Antara kepentingan kajian ini adalah :-

a. Muzium

Kajian ini akan memberi sedikit sebanyak nilai tambah kepada Muzium di

seluruh Malaysia kerana mungkin dapat memberi ruang jawapan secara

lebih jelas bagi penemuan-penemuan yang telah dikaji dan dijumpai oleh

seorang ahli pemuziuman yang mungkin tidak diketahui sebelum ini.

Page 24: SUMBANGAN SEORANG TOKOH PEMUZIUMAN : PROF. DATO’ … seorang... · 2017. 10. 20. · Warisan Seni dan Budaya. 55 55 84 4.2 Pemerhatian 106 4.3 Rumusan 107 BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN

12

b. Pendidikan dan Masyarakat Umum

Selain itu, kajian ini juga akan memberi manfaat dan nilai tambah kepada

mereka yang suka menimba ilmu pengetahuan tentang asal usul bagi

sesebuah penemuan dan juga yang telah memberi impak kepada masyarakat

umum yang mengaitkan sumbangan seseorang pengkaji tertentu.

c. Pengkaji akan datang

Kajian ini juga mungkin akan memberi panduan dan menjadi rujukan

kepadapara pengkaji yang akan datang yang bakal mengkaji tentang

tinggalan sejarah dan warisan budaya yang terdapat di Malaysia dan ia juga

akan memudahkan para pengkaji yang berada di Malaysia khususnya

lantaran kajian ini ditulis dalam bahasa Melayu.