seni notes

Upload: adam-firdaus

Post on 17-Oct-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

BIDANG 1

BIDANG 1

Teknik Menggambar

Kanak-kanak adalah unik dan berbakat dalam seni. Guru yang berperanan sebagai pembolehubah perlu kreatif dan mempunyai tahap sensitif yang tinggi dalam menyediakan pengalaman seni untuk kanak-kanak. Disamping itu, guru juga perlu berupaya meletakkan diri mereka dalam diri kanak-kanak bagi memahami keperluan kanak-kanak tersebut dalam memperkembangkan pemahaman kanak-kanak melalui pemikiran dan pengalaman.

Mengikut Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual KBSR, bidang menggambar adalah satu bidang yang menegaskan perkembangan persepsi dan kemahiran seseorang murid. Bidang ini melihat kemampuan murid terhadap aspek serta kegiatan mereka dalam membuat gambar dengan menggunakan pelbagai media dan teknik disamping itu, ia menekankan aspek ruang, struktur, imbangan dan komposisi dalam sesuatu karya. Antara kegiatan yang dijalankan dalam bidang ini ialah lukisan, catan, kolaj, montaj, cetakan, resis, gosokan, stensilan, percikan, gurisan, capan dan mozek .

Bidang ini menekankan perkembangan imaginasi, kreativiti dan ekspresi diri seseorang murid. Bidang menggambar meliputi penerokaan kesan seni serta mengenali pelbagai alat bahan dan kegunaannya. Kegiatan menggambar membolehkan murid mengenali dengan lebih dekat lagi pelbagai kemahiran asas dan teknik dalam proses rekaan. Kesedaran murid terhadap alam sekitar melalui pemerhatiannya menjadi fokus utama bidang menggambar ini.

1) Teknik lukisan.Lukisan merupakan hasil kerja seni yang dibuat untuk meluahkan perasaan berbentuk imej dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna yang paling sedikit yang dihasilkan diatas sesuatu permukaan rata dengan aplikasi garisan, rupa, bentuk, saiz warna dan jalinan. Penggunaan alat dalam sesebuah lukisan terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, pen dan dakwat. Setiap proses melakukan garisan, melorek ton dan menggosok juga dinamakan lukisan dan diaplikasikan melalui garisan, rupa, bentuk, saiz, warna dan jalinan ke atas sesuatu hasil kerja dengan pelbagai teknik yang boleh dihasilkan bergantung kepada kesan jalinan sesuatu permukaan dari aras mudah ke aras sukar.

Rajah: Teknik lukisan.2) Teknik Catan

Catan adalah satu proses menyapu warna atau cat ke atas sesuatu permukaan rata yang mewakili gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus. Ianya merupakan satu ciptaan gambar yang berwarna yang diaplikasikan pigmen dari satu media ke atas permukaan seperti media ke atas permukaan seperti kertas, kanvas dan dinding dengan mengaplikasikan warna basah ke atas permukaan 2D dengan teknik menyapu warna basah .Ianya banyak menggunakan warna sebagai bahan pewarna untuk menghasilkan gambar seperti cat poster, cat air, cat minyak, cat tempera, cat gouache dan cat akrilik dengan pelbagai . jenis warna dan cara-cara mewarna dengan betul.

Rajah: Teknik Catan3) Teknik Kolaj

Kolaj bermakna potong, koyak, gunting, gam dan tampal sesuatu bahan ke atas sesuatu permukaan seperti cebisan kertas-kertas, kain atau bahan lain di atas permukaan 2D yang mengandungi sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menjadi satu komposisi. Berbagai jenis bahan dilekat disatu permukaan khas daripada imej yang berlainan dan daripada berbagai media. Ia juga dapat menghasilkan satu komposisi artis daripada imej atau gambar yang berlainan, latarbelakang yang berbeza dan daripada berbagai warna dan corak berjalinan dihasilkan secara superimpose di antara satu sama lain dengan menggam berbagai elemen supaya menjadi satu gambar bagi sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Rajah: Teknik Kolaj.4) Teknik Montaj

Montaj itu adalah satu teknik menampal dan melekatkan gambar-gambar pada suatu permukaan untuk menimbulkan mesej pengajaran, kecintaan, kecuaian, peperangan. Alam sekitar. Menggunakan potongan gambar-gambar yang berkaitan dari mana-mana media cetak untuk menghasilkan satu tajuk atau tema. Ia mengandungi sebahagian daripada imej yang ada seperti dalam gambar foto, majalah, cetakan yang disusun supaya bercantum, bertindih, diubahsuai untuk menghasilkan satu imej dengan menggunakan teknik superimpose dengan menyusun berbagai cebisan gambar dengan cara yang kreatif untuk menghasilkan satu hasil karya montaj yang disusun menjadi satu hasil kerja seni.

Rajah: Teknik Montaj5) Teknik Cetakan

Cetakan ialah satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan . Seseorang pelukis biasanya akan menetukan berapa banyak cetakan yang hendak dihasilkan dalam sesuatu edisi. Merupakan satu proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Proses dimana satu hasil kerja seni dicipta dalam beberapa kuantiti . Imej atau gambar yang dihasilkan dengan menggunakan acuan plat yang dilakukan pada permukaan rata. Proses penerapan blok, plat atau skrin ke atas sesuatu permukaan yang lain. Ianya menggunakan acuan cetakan untk menghasilkan satu atau beberapa siri cetakan. Perpindahan imej yang berdakwat daripada satu permukaan blok kepada permukaan lain seperti kertas atau kain atau bahan lain.

Rajah: Tekn6) Teknik Resis

Resis atau dalam perkataan inggeris resis ialah satu aktiviti menggambar yang dihasilkan dari warna basah dan contengan lilin. Ianya satu aktiviti dalam kegiatan menggambar yang menggunakan warna-warna basah dan contengan lilin. Lilin digunakan untuk menutup kawasan permukaan kertas atau kain. Ini menyebabkan permukaan kertas yang diliputi lilin tidak akan menyerap warna dan dalam keadaan warna asal. Resis juga boleh dijalankan dengan cara menggunakan tindihan-tindihan lilin dan menyapu warna dari peringkat warna terang ke peringkat warna gelap. Teknik ini membolehkan murid meneroka dengan lebih jauh lagi tentang alatan dan bahan dalam kegiatan menggambar.

Rajah: Teknik Resis7) Teknik Gosokan

Gosokan adalah satu proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan. Ia adalah satu psoses penerokaan murid mula menggambar melalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Gosokan adalah satu cara paling mudah dan terbaik untuk merakamkan berbagai jalinan pada sesuatu permukaan. Apabila salah satu atau kedua-dua objek digerakkan di antara satu sama lain, maka gosokan akan terhasil. Hasil cetakan dibuat dengan menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalin. Satu representasi yang mengandungi salinan dibuat supaya dapat mengembangkan pemahaman dalam penggunaan jalinan dan ton.

Rajah: Teknik Gosokan8) Teknik stensilan

Bagi teknik ini, rupa bentuk gambar dikeluarkan dari alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut. Apabila bahan warna disapu atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang yang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Rajah: Teknik Stansil.9) Teknik percikan

Percikan adalah salah satu teknik hiasan catan dengan mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan a speckled granite- style finish yang akan kelihatan lebih moden daripada kesan warna yang lain. Percikan-percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik. Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pula percikan ialah titik-titik air atau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Alatan penting yang digunakan ialah berus dari pelbagai jenis, warna-warna basah dan kertas. Ianya boleh dihasilkan dengan menggunakan berbagai jenis warna dengan kaedah yang berlainan.

Rajah: Teknik Percikan.10) Teknik Gurisan.

Gurisan ini merupakan satu karya yang dihasilkan dengan teknik gurisan dengan menggunakan sesuatu objek atau alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal melekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau plastik boleh digunakan untuk mengguris pada krayon tebal itu supaya menghasilkan gambar. Berbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi berbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

Rajah: Teknik Gurisan11) Teknik Capan

Secara amnya, teknik capan juga boleh digolongkan dibawah kategori cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air atau poster) dan dicatkan ke atas sesuatu permukaan. Capan boleh dihasilkan dengan berbagai rupa bentuk dengan menggunakan berbagai jenis bahan. Contohnya adalah seperti capan bahan buangan, capan bahan alam semulajadi ( sayuran, cengkerang). Jalinan berbagai bahan itu akan memberi berbagai kesan jalinan pada hasil capan.

Rajah: Tekni Capan.12) Teknik Mozek Mengikut rujukan dari kamus Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bantuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu , marmar atau pecahan tembikar. Mengikut sejarah lama mozek telah diperkenalkan oleh orang Greek. Pada asalnya mereka mencipta mozek untuk tujuan menghias permukaan lantai. Kini teknik mozek luas digunakan dalam pembinaan bangunan dan aktivtiti seni disekolah. Diperingkat sekolah rendah aktiviti mozek dipserkenalkan dalam subjek pendidikan seni. Aktiviti mozek ini sesuai dijalankan secara berkumpulan di dalam kelas dimana berlainan kumpulan menghasilkan tema yang sama tetapi menggunakan teknik yang berlainan.

Rajah: Teknik MozekBIDANG 2:

MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, stuktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek-aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk atau membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang Kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti berikut: Arca Asemblaj Mobail Stabail Model Diorama Boneka Topeng Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran.

Arca.Pernahkah anda melihatnya?

Maksud:Arca adalah suatu bentuk dalam susunan tiga dimensi. Permukaannya dapat dirasai serta dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian arca berasal daripada bahasa latin iaitu sculpere bermakna satu proses mengukir, melarik , mencungkil dan menguris.

Di mana?

Selalunya arca dapat dilihat di galeri, Taman permainan,Dan tempat tempat yang menjadi tarikan pelancong seperti di muzium dan Tugu Peringatan.

Tahukah anda jenis jenis arca?

Arca bersifat realis atau abstrak. Arca realis menampilkanobjek sebenar yang difahami kewujudannya seperti ukiran dan acuan patung manusia. Arca abstrak pula adalah bersifat konseptual dan memerlukan daya pemikirkan yang tinggi untuk menginterpretasikan betuk dan maksud arca tersebut. Ini sesuai dengan peranan pengarca itu sendiri dalam merakam segala pengalaman dalam kehidupan melalui perluahan rasanya ke dalam bentuk arca. Arca terbahagi kepada dua kategori yang besar iaitu arca estetik dan arca berfungsi.

Arca AsemblajArca ini adalah cantuman daripada pelbagai bahan buangan yang berbeza dan digabungkan menjadisebuah arca serta mendapat perhatian di Amerika sekitar tahun 1950-60. Arca tiga dimensi ini dilihat sebagai junk sculpture, iaitu arca barangan terpakai atau buruk dan rosak. Arca Asemblaj yang terkenal ialah Homeege to New York, karya Jean Tinguely

Arca BinaanArca ini ialah pembinaan cantuman daripada bahan-bahan yang sama. Misalnya jika besi maka cantumannya juga besi. Sekiranya bahan kayu maka canumannya juga adalah kayu. Arca jenis ini boleh dibina berasaskan teknik kerangka atau tidak berkerangka. Untuk teknik kerangka, ia digunakan sebagai struktur asa atau bahagian dalaman biasanya diperbuat daripada dawai, keluli dan sebagainya. Bahagian luar mengandngi lapisan lain seperti bancuhan simen. Arca tanpa kerangka pula dibina berasaskan cantuman bahan-bahan seperti logam yang dicantum samada secara pateri atau kimpalan.

Arca LuakanPembinaan arca melalui teknik ukiran dan membuang mana-mana bahagian batu atau kayu. Biasanya bahan pembinaan arca ini ialah batu atau kayu, batu marmar, plaster of paris, lilin, tanah liat dan sebagainya. Pelbagai alat digunakan bergantung pada jenis dan kekerasan bahan. Contohnya, jika menggunakan alatan tajam untuk proses memotong, memahat, mengikis dan sebagainya. Contoh arca luakan antarabangsa yang terkenal ialah patung David karya Mochelangelo

Arca TimbulanArca ini jga dikenali sebagai arca relief, dibina daripada hasil karya dua dimensi yang kemudian ditimulkan menjadi imej tiga dimensi. Arca ini adalah kombinasi antara cirri-ciri catan dan arca. Manusia pada zaman dahulu menghasilkan arca dengan memotong, memahat atau mengorek keluar latar belakang yang mengelilingi figura atau binatang akan menjadi fgura tersebut timbul dari permukaan dan kelihatan menarik. Henri Matisse (1869-1954) dan Jacques Lipcitz (1891-1973) adalah antara tokoh pengarca barat yang menampilkan aliran dan pengaruh kiubisme dalam arca timbulan ini.

Arca TambahanPembinaan arca tambahan dilakukan dengan menggunakan baha-bahan lembut seperti tanah liat dan bahan-bahan rapuh. Terdapat juga bahan cecair yang kemdiannya dkeraskan melalui acuan seperti plaster paris, tanah liat, lilin dan sebagainya. Setelah acuan disediakan, cairan akan dituang ke dalam acuan. Seterusnya cairan tersebut akan membeku dan menjadi arca. Contoh arca tambahan / acuan ialah Tugu Negara.

Arca MobailArca ini boleh bergerak sendiri, berputar, berombak, dan biasanya terawang-awang. Pemindahannya berasaskan seni yang boleh bergerak. Mobail ini digantung di atas syiling. Arca ini dipelopori oleh Alexender Calder (188-1976), iaitu seorang pengarca dan jurutera Amerika dan diperkenalkan pada awal tahun 1930an. Arca stabail boleh bergerak tetapi pergerkannya terhad dan tidak seperti arca mobail yang boleh terawang-awang.

Arca StabailBerbeza dengan mobail, ia tidak terawang tetapi boleh bergerak kerana kedudukan yang boleh bergerak.

Arca GabunganArca gabungan ialah pengabungan beberapa jenis arca dalam menghasilkan karya. Gabungan ini bukan sahaja dari segi jenis malah teknik penghasilannya yang diserap dan dipengaruhi oleh disiplin lain seperti catan, cetakan dan sebagainya. Arca ini mempunyai pengaruh instalasi apabila penonton menikmati karya dengan berada dalam ruang persembahan arca tersebut dan bukan hanya di hadapan arca itu sahaja. Ini disebabkan ruang galeri telah menjadi sebahagian daripada karya. Tambahan pula, arca gabungan ini merupakan kombinasi daripada disiplin arca binaan, timbulan dan asemblaj

Arca DindingArca dinding diperkenalkan oleh pelukis Abdul Latiff Mohidin. Arca ini adalah integrasi antara catan dan arca yang dihasilkan di atas permukaan kayu dan terlekat di dinding. Biasanya arca dinding dihasilkan di atas kepingan kayu atau bangunan dan sebagai hiasan di meja, dinding atau digantung pada syiling . di Malaysia antara arca dinding yang terkenal adalah Langkawi 1977 daripada Abdul Latiff Mohidin.

Tahukah anda ciri ciri arca?

DIORAMADiorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi.Objek yang hendak disusun boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak/bekas tersebut. Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

STABAILStabail ialah satu binaan seperti mobail yang boleh bergerak tapi tidak terawang-awang kerana kedudukan kakinya sengaja boleh bergerak. Bahan atau bahagaian dicantum dengan tali/benang pada satu palang yang tidak boleh bergerak. Stabail tidak mempunyai sendi-sendi dimana bahan atau bahagian yang dicantum boleh bergerak secara terawang-awang.Rekaan stabail boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti murid dengan menggunakan bahan-bahan yang ada dan mudah didapati. Stabail boleh digantung di dinding, tingkap , atau pintu siling.

MOBAILMobail merupakan hasil cantuman dari pelbagai bahan atau bahagian untuk membolehkannya bergerak dan dibangunkan menjadi sebuah arca. Mobail juga dikenali sebagai Acra bergerak atau Arca Kinetik . Mobail biasanya digantung di atas siling.Bahagian mobail dicantumkan pada sendi untuk membolehkannya bergerak , berputar atau berombak. Mobail mula dipelopor oleh Alexander Calder dari Amerika bahan yang digantung mempunyai imbangan yang sesuai dan dicantum pada sendi untuk membolehkannya bebas bergerak.

ASEMBLAJAsemblaj adalah himpunan bahan-bahan yang disusun dan mempunyai daya estetik ataupun cara perletakan yang menimbulkan suatu makna. Walaupun pada kebiasaannya aktiviti ini dikaitkan pada himpunan bentuk-bentuk dua dimensi, ianya juga boleh dihasilkan dalam bentuk tiga dimensi.

Apakah bahan yang digunakan dalam menghasilkan arca?

DIORAMABahanKotak kosong, gam, pengokot , pita pelekat, plastisin, kertas warna, plastik lutsinar, benang dan bahan hiasan yang sesuai

MOBAILBahanDawai , tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantung.

MODELBahanGam, pin, dawai kokot, pita pelekat , kadbod, kertas warna dan bahan kutipan

STABAILBahanDawai, tali, penyangkut baju, kayu dan bahan ringan yang sesuai digantungBONEKA.

Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen.Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde, "Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi."

Rajah: Boneka. Rajah: Model Rajah: Topeng.Topeng merupakan artifak yang kebiasaannya dipakai di muka untuk perlindungan, persembunyian, persembahan, atau menghiburkan. Topeng telah dipakai sejak dahulu untuk majlis dan acara. Topeng biasanya, namun bukan selalu dipakai pada muka, walaupun ia ditempatkan untuk tindak balas di tempat lain dalam gubungan dengan kepala si pemakai.

Asemblaj

INCLUDEPICTURE "http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcS73Vvmq1yHh9Pu1aU2XlCehb84--ZIqPgMw_tp7GlzW17ttbIH" \* MERGEFORMATINET BIDANG 3.

Membuat Corak DanRekaan

Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada manamana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antaranya melalui kegiatan seperti:

Corak tidak terancang secara:1. Pualaman2. Tiupan3. Titisan4. Ikatan dan celupan5. Renjisan dan percikan

Corak terancang secara:1. Lukisan2. Catan3. Cetakan4. Capan5. Lipatan dan guntingan6. Resis7. Kolaj8. Kaligrafi

Bidang ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Bahagian ini menegaskan kegiatan mengenal motif dan olahannya untuk menghasilkan rekaan corak tertentu. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan

BIDANG 4:

Mengenal kraf tangan tradisional

Definisi Kraf

"Kraf adalah barangan yang dihasil dengan menggunakan kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang dijalankan secara sendiri atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf".

"Keluaran Kraftangan" ertinya apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya tarikan kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan dan termasuklah apa-apa barang, walau bagaimanapun dihasilkan, yang mempunyai rekabentuk batik pada atau di mana-mana bahagiannya.

Definisi Anyaman

Anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Sejarah dan Perkembangan

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil Tikar Raja yang diperbuat daripada pohon bemban.Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.

Jenis-jenis Anyaman

Jenis AnyamanBahanHasil anyaman

Anyaman MengkuangDaun mengkuangTikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain

Anyaman pandanDaun pandan duriTikar sembahyang, hiasan dinding,

Anyaman BuluhJenis-jenis buluh yang sesuaiBakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain

Anyaman RotanRotan yang telah diprosesBakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain

Anyaman LidiLidi kelapaLekar, bekas buah, bekas telor.

Anyaman ribu-ribuPaku pakis ribu-ribu.Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.