bahan matematik

38
1.bustamkamri.blogspot.com/.../kanak-kanak-di- pering Kanak-Kanak Di Peringkat Praoperasi Praoperasi merupakan peringkat pertama operasi konkrit di antara usia dua tahun hingga tujuh atau lapan tahun. Kanak-kanak di peringkat ini membina perkembangan prakonsep. Kanak-kanak boleh manipulasi simbol atau sesuatu yang mewakili fizikal alam. Pada masa ini kanak-kanak belajar pengekalan. Kanak-kanak membina kefahaman bahawa bahan atau objek kekal sama biarpun akan berubah dalam bentuk atau di susun cara berlainan di dalam ruang. Kanak- kanak boleh belajar kemahiran matematik yang mudah atau pengiraan rutin tanpa mengunakan pengekalan. Tanpa kemahiran pengekalan kanak-kanak sukar membina kefahaman matematik dan tidak akan berupaya untuk menyelesaikan masalah komplek dan tugasan. 2. psikologimuzik.blogspot.com/.../peringkat-perkemban 3.2 PERINGKAT PRAOPERASI (umur dua hingga tujuh tahun) “Praoperasi” bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Walau bagaimanapun,kanak-kanak mula mempraktikan kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini juga disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada peringkat praoperasi ini biasanya kanak kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih

Upload: comel83

Post on 27-Sep-2015

293 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BAHAN MATEMATIK

TRANSCRIPT

1.bustamkamri.blogspot.com/.../kanak-kanak-di-peringKanak-Kanak Di Peringkat Praoperasi

Praoperasi merupakan peringkat pertama operasi konkrit di antara usia dua tahun hingga tujuh atau lapan tahun. Kanak-kanak di peringkat ini membina perkembangan prakonsep. Kanak-kanak boleh manipulasi simbol atau sesuatu yang mewakili fizikal alam. Pada masa ini kanak-kanak belajar pengekalan. Kanak-kanak membina kefahaman bahawa bahan atau objek kekal sama biarpun akan berubah dalam bentuk atau di susun cara berlainan di dalam ruang. Kanak-kanak boleh belajar kemahiran matematik yang mudah atau pengiraan rutin tanpa mengunakan pengekalan. Tanpa kemahiran pengekalan kanak-kanak sukar membina kefahaman matematik dan tidak akan berupaya untuk menyelesaikan masalah komplek dan tugasan.

2. psikologimuzik.blogspot.com/.../peringkat-perkemban3.2 PERINGKAT PRAOPERASI (umur dua hingga tujuh tahun)

Praoperasi bermaksud kanak-kanak mula berfikir secara logik tetapi belum dapat menguasai kebolehan memproseskan pemikiran mengikut peraturan-peraturan yang logik. Walau bagaimanapun,kanak-kanak mula mempraktikan kemahiran yang baru diperolehi dengan menggunakan simbol untuk mewakili objek. Ini dapat dilihat dari sifat pemikiran simbolik melalui permainan olok-olok, animisme dan egosentrik. Salah satu bentuk aktiviti pemikiran simbol ialah lakonan drama yang pelbagai pengalaman hidup. Sebagai contoh, kanak-kanak prasekolah suka bermain masak-masak, berlagak memandu kereta atau berlagak sebagai seorang doktor. Lakonan begini juga disebutkan sebagai permainan olok-olok. Pada peringkat praoperasi ini biasanya kanak kanak semakin maju dalam penguasaan dan penggunaan bahasa. Akan tetapi ia masih belum boleh lagi membezakan antara sifat-sifat benda hidup dengan benda bukan hidup. Kanak kanak mempunyai imaginasi bahawa batu adalah hidup dan pokok boleh berfikir seperti manusia. Piaget menyebut keadaan ini sebagai animisme. Di samping itu, kanak-kanak masih belum dapat membezakan antara pandangan diri sendiri dengan pandangan orang lain. Piaget menyebut keadaan ini sebagai egosentrisme. Orang yang mempunyai sifat egosentrisme terlalu memusat kepada kepentingan diri sendiri dan sukar menerima pendapat orang lain. Pemikiran mereka lebih bergantung kepada persepsi logik, misalnya ketika berjalan, bulan sentiasa mengekori mereka. Kanak-kanak tidak dapat membayangkan atau menerima perspektif orang lain. Mereka percaya bahawa persepsi atau fikiran orang lain adalah sama dengan diri sendiri. Sebagai contoh, pemahaman mengenai ruang, lambing, tanda dan objek bertambah baik pada umur empat tahun, walaubagaimanapun kanak-kanak tidak dapat berfikir sesuatu perkara yang mengelirukan, bersifat pembalikan dan yang bersifat lebih kurang. Dengan perkataan lain, pemikiran kanak-kanak ialah berdasarkan sesuatu sudut atau penglihatan yang mudah. Sesungguhnya pada permulaan peringkat praoperasi, kanak-kanak menghadapi kesukaran mengoperasi konsep, misalnya walaupun mereka boleh mengira secara urutan satu hingga sepuluh, mereka tidak memahami operasi bilangan seperti (1+1) adalah sama dengan (2-1). Contoh lain kanak-kanak tidak boleh menyusun objek yang mempunyai urutan yang tertentu dalam siri yang sempurna. Ini adalah disebabkan kanak kanak di peringkat ini kekurangan fleksibiliti dalam susunan pemikiran mereka. Mereka pada tahap ini juga mempunyai penakulan yang transduktif, iaitu tidak boleh membuat kesimpulan dengan tepat. Kanak-kanak pada peringkat ini juga tidak boleh memahami perubahan yang dinamik. Mereka juga kurang berkemampuan untuk mengklasifikasi sesuatu secara hieraki. Oleh kerana kanak-kanak di tadika atau di tahap awal sekolah rendah mempunyai pemikiran praoperasi, guru seharusnya mengambil langkah-langkah pengajaran yang sesuai dengan peringkat perkembangan mental mereka. Oleh sebab itulah,guru tadika biasanya menyediakan banyak aktiviti yang berbentuk lakonan drama. Selanjutnya, kanak-kanak digalakkan berkongsi dan bekerjasama dalam pembelajaran mereka. Ketiga, alat bantu mengajar amat perlu digunakan untuk membantu pengajaran guru. Adalah diingatkan, guru mengurangkan arahan pengajaran dalam bentuk lisan malah perlu memperbanyakkan menunjuk ajar (demonstrasi) kerana ia lebih bermakna.

TEORI BRUNER

3. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=9487.0

PENGENALAN

Bayi yang baru lahir mewarisi berbagai-bagai bentuk gerakan pantulan. Contohnya apabila sesuatu objek menyentuh bibirnya, bayi terus menghisap objek tersebut tanpa perlu diajar kepadanya. Ini bererti wujud satu atur cara genetis semula jadi dalam diri bayi untuk menyerapkan kewujudan sesuatu objek. Hari demi hari, maklumat dalam ingatan bayi semakin bertambah selaras dengan peningkatan fizikalnya daripada seorang bayi ke dunia kanak-kanak seterusnya menjadi dewasa. Maklumat-maklumat yang diterima akan dipecah-pecahkan menjadi pengetahuan dan memperkembangkan keupayaan kognitifnya.

Menurut Mohd Daud Hamzah (1996), kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian tertentu. Ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal matematik iaitu aktiviti padanan (matching), penjenisan (sorting), reguan (pairing), dan susunan aturan (ordering). Padanan ialah kegiatan memilih sifat tertentu dan membuat perbandingan. Penjenisan pula adalah kegiatan memilih sifat umum di kalangan bentuk-bentuk. Reguan merupakan kegiatan menyatakan keselarian objek-objek secara satu lawan satu. Manakala susunan aturan adalah kegiatan meletakkan perkara sepanjang satu barisan.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa teori daripada pakar-pakar pembelajaran bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik dan jenis matematik yang boleh dipelajari pada peringkat yang berbeza dalam perkembangan kognitifnya. Antaranya ialah Teori Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes.

TEORI PIAGET Teori ini diperkenalkan oleh Jean Piaget, berasal daripada Switzerland, merupakan ahli psikologi yang banyak menyumbang kepada pemahaman bagaiman kanak-kanak belajar. Dari kajain dan permerhatiannya, Piaget mendapati bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza dan berubah melalaui empat peringkat iaitu peringkat deria motor (0 2 tahun), pra-operasi ( 2 7 tahun), operasi konkrit (7 11 tahun) dan operasi formal ( 11 tahun ke dewasa). Walau bagaimana, usia ini tidak tetap kerana ia mengikut kemampuan pelajar itu sendiri.

Menurut Jere Confrey (1999), Piagetian theory kindled my intense enjoyment of children and deep respect for their capabilities. Sebagai seorang guru matematik sekolah rendah, kita harus memberi tumpuan terhadap perkembangan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit. Ketika usia sebegini kanak-kanak hanya boleh memahami konsep matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, alat bantuan mengajar dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Paiget berpendapat bahawa asas pada semua pembelajaran ialah aktiviti kanak-kanak itu sendiri. Beliau juga menegaskan kepentingan interaksi idea-idea antara kanak-kanak tersebut dengan kawan-kawan sejawatnnya penting untuk perkembangan mental.

Permainan kad seperti ini adalah salah satu daripada alat bantuan mengajar yang dapat membantu murid-murid memahami konsep matematik. Klik untuk mendapatkan keterangan lanjut.

TEORI BRUNER Jerome Bruner, seorang ahli psikologi yang terkenal telah banyak menyumbang dalam penulisan teori pembelajaran, proses pengajaran dan falsafah pendidikan. Bruner bersetuju dengan Piaget bahawa perkembangan kognitif kanak-kanak adalah melalui peringkat-peringkat tertentu. Walau bagaimanapun, Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang diketahui pelajar itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip konstruktivisme).

Menurut kajian dan pemerhatian yang telah dibuat oleh Bruner dan pembantunya, Kenney, pada tahun 1963 mereka berjaya membina empat teorem pembelajaran matematik ( Mok Soon Sang, 1996) iaitu:

Teorem PembinaanCara yang paling berkesan bagi kanak-kanak mempelajari konsep, prinsip atau hukum matematik ialah membina perwakilan dan menjalankan aktiviti yang konkrit.

Teorem TatatandaTatatanda matematik yang diperkenalkan harus mengikut perkembangan kognitif murid tersebut.

Teorem Kontras dan VariasiKonsep yang diterangkan kepada murid harus berbeza dan pelbagai supaya murid dapat membezakan konsep-konsep matematik tersebut.

Teorem PerhubunganSetiap konsep, prinsip dan kemahiran matematik hendaklah dikaitkan dengan konsep, prinsip dan kemahiran matematik yang lain.

Selain daripada kajian tersebut, Bruner percaya bahawa kanak-kanak lebih dimotivasikan oleh masalah yang menarik yang tidak mampu diselesaikan oleh mereka dengan mudah seandainya tidak menguasai isi kandungan mata pelajaran dan kemahiran tertentu.

TEORI GAGNE Robert M. Gagne, seorang professor dan ahli psikologi yang telah banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian pembelajaran dan jenis pembelajaran matematik. Teori pembelajaran Gagne berbeza dengan Teori Piaget dan Bruner. Menurut Gagne, terdapat empat kategori yang harus dipelajari oleh kanak-kanak dalam matematik iaitu fakta, kemahiran, konsep dan prinsip.

Gagne mempunyai hierarki pembelajaran. Antaranya ialah pembelajaran melalui isyarat, pembelajaran tindak balas rangsangan, pembelajaran melalui rantaian, pembelajaran melalui pembezaan dan sebagainya. Menurut Gagne, peringkat yang tertinggi dalam pembelajaran ialah penyelesaian masalah. Pada peringkat ini, pelajar menggunakan konsep dan prinsip-prinsip matematik yang telah dipelajari untuk menyelesaikan masalah yang belum pernah dialami.

TEORI DIENES Professor Zolton P. Dienes, seorang ahli matematik, ahli psikologi dan pendidik, pernah memberi banyak sumbangan dalam teori pembelajaran. Beliau telah merancang satu sistem yang berkesan untuk pengajaran matematik untuk menjadikan matematik lebih mudah dan berminat untuk mempelajari. Mengikut Dienes konsep matematik boleh dipelajari melalui enam peringkat iaitu permainan bebas, permainan berstruktur, mencari ciri-ciri, perwakilan gambar, perwakilan simbol dan akhirnya formalisasi.

Teori Dienes mengariskan beberapa prinsip bagaimana kanak-kanak mempelajari matematik iaitu:

Prinsip KonstruktivitiPelajar haruslah memahami konsep sebelum memahaminya dengan analisa yang logik.

Prinsip Perubahan PerspeptualKanak-kanak didedahkan pelbagai keadaan supaya dapat memaksimakan konsep Matematik.

Prinsip DinamikKanak-kanak mempelajari sesuatu melalui pendedahan dan eksperimen untuk membentuk satu konsep.

KANAK-KANAK BELAJAR MATEMATIK Setelah melihat teori-teori yang digariskan oleh Piaget, Bruner, Gagne dan Dienes kita dapat melihat ia ada kaitan dengan konsep konstruktivisme. Konstruktisvisme merupakan satu teori mengenai pengetahuan dan pembelajaran yang menarik minat, memotivasikan serta memudahkan pemahaman pelajar. Di samping itu, konstruktivisme menyarankan kanak-kanak membina pengetahuan secara aktif berdasarkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak tersebut. Pembinaan pengetahuan tersebut boleh dihasilkan melalui permainan dan eksperimentasi di samping pembelajaran koperatif. Apabila kanak-kanak bekerjasama, mereka berkongsi dalam proses pembinaan idea. Secara tidak langsung, kanak-kanak tersebut dapat membina pengetahuan baru hasil daripada pembelajaran secara kendiri.

Dalam pendekatan konstruktivisme ini, persekitaran pembelajaran berpusatkan kanak-kanak menjadi asas yang penting dan guru bertindak sebagai fasilitator. Kanak-kanak juga didorong untuk mengemukakan idea dan teori bagi menyelesaikan masalah. Dalam pendidikan matematik, kanak-kanak biasanya akan diajar dengan menggunakan benda-benda konkrit supaya mereka memperolehi pengalaman yang akan digunakan untuk dikaitkan dengan pembelajaran matematik yang dipelajari akan datang.

Secara kesimpulannya, kanak-kanak belajar matematik melalui pengalaman dan pengamatan sesuatu perkara. Selain daripada itu, kanak-kanak juga dapat meningkatkan pemikiran dengan menghasilkan konsep baru. Ini bermakna pengetahuan boleh dianggap sebagai koleksi konsep-konsep dan tindakan-tindakan berguna berpandukan kepada keadaan dan masa yang diperlukan.

PENUTUP Kanak-kanak itu ibarat bekas yang kosong dan guru berperanan untuk memenuhkan bekas tersebut dengan ilmu pengetahuan. Guru juga berperanan untuk membimbing kanak-kanak untuk menghadapi cabaran pada masa hadapan. Seharusnya kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan membentuk ilmu pengetahuan berdasarkan permainan dan eksperimen dan tidak bergantung sepenuhnya dengan guru. Guru hanyalah seorang fasilitator yang akan memantau perkembangan kanak-kanak dalam mempelajari sesuatu konsep.

Menurut pandangan konstruktivime, kanak-kanak membina pengetahuan barunya dengan sendiri dengan menyesuaikan pengetahuan sedia ada. Melalui konsep konstruktivisme ianya mungkin akan sedikit sebanyak membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam pendidikan matematik masa kini. Matlamat pendidikan matematik adalah untuk melahirkan warga yang bukan sahaja berupaya untuk mengaplikasikan apa yang mereka telah pelajari dalam situasi dunia sebenar tetapi juga berupaya menyelesaikan masalah yang belum pernah mereka temui sebelum ini.

Sesungguhnya, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pembelajaran secara konstruktivisme dan koperatif. Selain daripada itu, guru juga harus bersedia dengan pelbagai kaedah pengajaran supaya dapat membuka minda kanak-kanak tentang keindahan dan kepentingan pendidikan matematik dalam kehidupan seharian.

AKTIVITI PdPTajuk : Wang dalam matematik pra sekolah

Permainan Simpan Wang

Tajuk : Simpan WangObjektif : Diakhir permainan murid dapata. Memahami hubungan sen dan ringgit. b. Menukar sen kepada ringgit Bahan : 2 kad mainan, dadu, contoh wang siling 10sen, RM1, RM5, dan RM10Pengetahuan sedia ada murid: Murid mengenal rupa bentuk dan nilai wang. Walaupun kanak-kanak telah mengenal konsep wang sejak umur 4 tahun, bagi murid tahun 3, mereka merasa sukar menguasai kemahiran dalam topik wang. Menurut Borich dan Tombari (1997), konstruktivime adalah pendekatan pembelajaran yang menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap perkara yang dipelajari dengan mewujudkan jaringan atau hubungan dalam minda antara idea dan fakta yang sedang dipelajari. Daripada petikan ini, saya mencipta permainan yang diberi nama simpan wang sebagai cara untuk murid dapat mewujudkan hubungan dalam minda antara idea dan fakta mengenai wang. Objektif pembelajaran matematik yang ingin dicapai dalam permainan ini ialah murid dapat memahami hubungan sen dan ringgit. Dengan memahami hubungan ini, murid akan dapat menukar sen kepada ringgit dan ringgit kepada sen.Gambar dibawah adalah kad mainan Simpan Wang yang saya cipta.

Antara bahan mainan yang diperlukan untuk bermain permainan ini ialah sejumlah wang 10sen, RM1, RM5, RM10 dan dadu. Bilangan pemain yang diperlukan dalam permainan ini ialah dua orang atau lebih. Saya cadangkan ia dimain oleh dua hingga empat orang pemain. 3.2.1 Cara bermain permainan Simpan Wang.1. Setiap pemain diberi kad mainan. 2. Setelah giliran ditentukan, murid pertama memusingkan dadu. 3. Murid pertama memasukan sejumlah wang 10sen didalam kolum RM0.10. sebagai contoh Jika dadu menunjukan 6, maka murid memasukan 6keping wang syiling 10sen didalam kolum yang disediakan seperti gambar rajah dibawah.

4. Giliran diberi pula pada peserta ke-2 dan peserta ke-2 melakukan aktiviti seperti peserta pertama.5. Apabila kolum sen telah penuh kesemua wang syiling itu dibuang dari kad mainan dan diganti dengan sekeping wang RM1 di kolum RM1.00.6. Kesemua aktiviti diatas diulang sehinggalah mencapai nilai RM100 dan ia dikira sebagai pemenang.

3.2.2 Objektif Permainan Simpan WangObjektif permainan ini adalah supaya murid dapat memahami bahawa;a. 10 keping wang syiling 10sen adalah bersamaan dengan RM1.00, b. 5 keping wang RM1 adalah bersamaan RM5.00 c. 2 keping RM5 adalah bersamaan RM10.00 d. 10 keping RM 10 adalah bersamaan dengan RM100.00

3.2.3 Kesan Permainan Simpan Wang Terhadap Pembelajaran Pelajar.Menurut Piaget, bermain bukan saja mencerminkan tahap perkembangan kognitif kanak-kanak, tetapi juga memberikan sumbangan terhadap perkembangan kognitif itu sendiri (Mayke S. Tedjasaputra 2001). Daripada petikan ini, daripada petikan ini saya yakin, melalui permainan Simpan Wang, walaupun di kad mainan hanya mengetahui dan mempelajari bahawa 5 keping wang RM1 adalah bersamaan RM5 tetapi akan ada murid yang akan nampak hubungan bahawa 10 keping RM1 adalah bersamaan dengan sekeping RM10.5 keping RM1 = RM5, 2 keping RM5= RM10, 2 keping RM5 = 10 keping RM1 bermakna 10 keping RM1 = RM10.Begitu juga dengan hubungan 100 keping RM1 bersamaan RM100 dan sebagainya. Walaupun ada sebilangan murid yang mungkin tidak nampak hubungan tersebut. Saya yakin, murid akan mudah memahami apabila guru mengajar hubungan itu pada masa yang akan datang. Melalui permainan ini juga, murid didedahkan secara tidak langsung dengan kemahiran membanding beza, menambah dan menganggar. Contohnya, apabila murid memperolehi 6 keping wang syiling 10sen, dia akan tahu bahawa dia perlukan lagi 4 keping wang syiling. Ini bermakna dalam proses pemikirannya telah melakukan operasi penolakan. Begitu juga dengan kemahiran tambah, murid akan mempelajari dan konsep penambahan akan berlaku dalam pemikirannya setiap kali dia mendapat mata. Dengan melihat semua kedudukan rakan sepermainan, murid secara tidak langsung akan membuat pelbagai andaian serta anggaran, dan itu adalah salah satu kemahiran berfikir secara kritis (KBKK) yang mereka pelajari. Selain itu seperti permainan catur operasi, permainan Simpan Wang juga dapat memperkembangkan kordinasi motor halus mereka seperti pergerakan jari dan mata. Dalam aspek perkembangan sosial sosial pula murid akan dapat belajar hidup bersosialisasi berkomunikasi, toleransi, berkerjasama dan hormat menghormati.

Kelas :Tarikh :Masa : 60 minitBil. Murid : (5tahun)Modul : AsasTema : MatematikSubtema : Konsep NomborTunjang : Sains dan Teknologi-Awal MatematikST 9.0 Nilai WangStandard Kandungan : ST 9.1 Mengecam duit yang berlainan nilai.Standard Pembelajaran : ST 9.1.1 Mengecam duit yang berlainan nilai.Kesepaduan Tunjang : KTI 1.2 Melahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya(Ekspresi Kreatif).Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:1) Mengenal pasti duit dan nilainya dengan tepat.2) Melengkapkan lembaran kerja yang diberi.Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid telah didedahkan dengan konsep wang dalamtunjang komunikasi.Kemahiran Berfikir : Menggunakan kemahiran tugas harian selesaikanmasalah.Penerapan nilai : BekerjasamaBahan Bantu Mengajar : Wang kertas (Jutaria), nilai wang (kertas A4) dan lembarankerjaFokus MI : Verbal-linguistikKosa Kata : Wang kertas MASA/LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI PNPCATATANSet Induksi(5 minit)Gurumemperkenalkanwang kertas kepadamurid.Guru menunjukkan beberapakeping wang kertas kepada murid.Guru melaksanakan sesi soal-jawabbersama murid.Kemahiran :verbal-linguistikABM :Wang kertas(palsu)Langkah 1(15Minit)Aktiviti 1Mengenali nilaiwang kertas.Aktiviti 2Mengenalpasti nilaiwang kertas yangdiberi.Guru memperkenalkan nilai bagisetiap wang kertas yangditunjukkan kepada murid.Guru melakukan teknik ulanganbagi meningkatkan ingatan muridterhadap nilai wang kertas.Setiap murid dikehendaki mencariwang kertas (palsu) yang ditampaldi bawah kerusi mereka.Murid dikehendaki mengenalpastiniai wang kertas tersebut.Guru memberi ulasan.Kemahiran:Verbal-linguistikABM:Wang kertas(palsu)Langkah 2(15 minit)Aktiviti 1Murid memadankannilai wang denganwang kertas denganbetul melaluipermainan.Guru memberi 2 nilai wang yangberbeza-beza kepada setiap murid.Murid dikehendaki mencari wangkertas yang bertepatan dengan nilaiwang yang diberi.Guru memberi ulasan terhadaptugasan murid.Kemahiran:Verbal-linguistikABM:Wang palsuNilai wang(kertas A4)Langkah 3(20 minit)Mempamerkanhasil kerja danGuru mengedarkan lembaran kerjakepada setiap murid.Kemahiran:Kinestatik

membuat ulasan.Murid dikehendaki melengkapkanlembaran kerja tersebut.Murid mempamerkan hasil kerjadan diulas oleh guru.(motor halus )ABM:LembarankerjaPenutup(5 minit)AktivitipengukuhanMurid diminta membuatkesimpulan mengenai tajukpembelajaran pada hari ini denganbantuan guru.Kemahiran :Verbal-linguistik

LEMBARAN KERJA(AKTIVITI 1)Tunjang : Sains dan Teknologi-Awal MatematikST 9.0 Nilai WangStandard Kandungan : ST 9.1 Mengecam duit yang berlainan nilai.Standard Pembelajaran : ST 9.1.1 Mengecam duit yang berlainan nlai.Padankan.1.)2.)3.)RM 1RM 10RM 5

Kelas :Tarikh :Masa :Bil. Murid : (5tahun)Modul : AsasTema : MatematikSubtema : Konsep NomborTunjang : Sains dan Teknologi-Awal MatematikST 9.0 Nilai WangStandard Kandungan : ST 9.1 Mengecam duit yang berlainan nilai.Standard Pembelajaran : ST 9.1.2 Menyusun nilai wang mengikut tertib menaik danmenurun.Kesepaduan Tunjang : KTI 1.2 Melahirkan idea kreatif dalam penghasilan karya(Ekspresi Kreatif).Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid akan dapat:1) Menyusun wang mengikut wang kertas mengikut tertibmenaik dan menurun.2) Melengkapkan lembaran kerja yang diberi.Pengetahuan Sedia Ada : i) Murid telah didedahkan dengan nilai wang pada pelajaranyang lepas.Kemahiran Berfikir : Menggunakan kemahiran tugas harian selesaikanmasalah.Penerapan nilai : BekerjasamaBahan Bantu Mengajar : Wang kertas (Jutaria), nilai wang (kertas A4) dan lembarankerjaFokus MI : Verbal-linguistikKosa Kata : Wang kertas MASA/LANGKAHISI PELAJARANAKTIVITI PNPCATATANSet Induksi(5 minit)Guru bersoal-jawabdengan muridberkenaan pelajaranyang lepas.Guru menunjukkan beberapakeping wang kertas kepada murid.Guru melaksanakan sesi soal-jawabbersama murid.Kemahiran :verbal-linguistikABM :Wang kertas(palsu)Langkah 1(15Minit)Aktiviti 1Menyusun wangmengikut tertibmenaikAktiviti 2Menyusun wangmengikut tertibmenurun.Guru memperkenalkan konsepmenyusun nilai wang mengikuttertib menaik kepada murid.Guru melakukan teknik ulanganbagi meningkatkan ingatan muridterhadap urutan tersebut.Guru memperkenalkan konsepmenyusun nilai wang mengikuttertib menurun kepada murid.Guru melakukan teknik ulanganbagi meningkatkan ingatan muridterhadap urutan tersebut.Kemahiran:Verbal-linguistikABM:Wang kertas(palsu)Langkah 2(15 minit)Aktiviti 1Murid menyusunnilai wangmengikut tertibmenaik danmenurun.Guru membahagikan murid kepadabeberapa kumpulan.Setiap kumpulan diberi, kadmanila, gam dan juga satu set wangpalsu yang perlu disusun mengikuttertib menaik serta menurun.Setiap kumpulan memaparkan hasilkerja mereka.Guru mengulas hasil kerja setiapkumpulan.Kemahiran:Verbal-linguistikABM:Wang kertas(palsu)Kad manilaGamLangkah 3(20 minit)Mempamerkanhasil kerja danGuru mengedarkan lembaran kerjakepada setiap murid.Kemahiran:Kinestatik

membuat ulasan.Murid dikehendaki melengkapkanlembaran kerja tersebut.Murid mempamerkan hasil kerjadan diulas oleh guru.(motor halus )ABM:LembarankerjaPenutup(5 minit)AktivitipengukuhanMurid diminta membuatkesimpulan mengenai tajukpembelajaran pada hari ini denganbantuan guru.Kemahiran :Verbal-linguistik

LEMBARAN KERJA(AKTIVITI 2)Tunjang : Sains dan Teknologi-Awal MatematikST 9.0 Nilai WangStandard Kandungan : ST 9.1 Mengecam duit yang berlainan nilai.Standard Pembelajaran : ST 9.1.1 Menyusun nilai wang mengikut tertib menaik danmenurun.Bahagian A : Susun wang dari nilai BESAR ke KECIL.Bahagian B: Susun wang dari nilai KECIL ke BESAR.

http://cikgumac.blogspot.com/2012_11_01_archive.htmlSTANDARD PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

STANDARD P&P PERTAMA:Guru prasekolah perlu membuat perancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keperluan kurikulum dan keperluan kanak- kanak.

guru perlu membuat perancangan jangkamasa panjang (Rancangan Tahunan) dan jangkamasa pendek (Rancangan Harian) berdasarkan KSPKguru merancang p&p yang dapat menyokong perkembangan murid dalam aspek berikut :okreativitiopemikiran logicalokemahiran menaakuloperkembangan rohaniopembentukan sikap dan nilai murnioperkembangan fizikal dan kesihatanokreativiti dan estetikaguru memilih kandungan, bahan dan kaedah kandungan pengajaran yang bersesuaian dengan minat, tahap kebolehan, pengalaman dan pengetahuan muridguru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:omengenalpasti dan memberi respons kepada diversiti murid dan menggalakkan semua murid berfikir secara kritis dan kreatifomemodelkan proses berfikir kritis dan kreatifguru menggunakan pendekatan p&p yang menyokong pembangunan komuniti murid yang kreatif dan berfikiran terbuka dengan:omenunjukkan sikap positif terhadap idea baru muridomemberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam proses membuat keputusanomemberi tanggungkawab kepada murid terhadap pembelajaran mereka sendiri

STANDARD P&P KEDUA:Guru prasekolah perlu menggunakan pendekatan yang bersesuaian dengan tahap perkembangan kanak- kanak (developementally appropriate) supaya pembelajaran berkesan dan membawa makna kepada kanak- kanak.

menggunakan pendekatan berikut mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang hendak dicapai:opembelajaran berpusatkan muridoinkuiri penemuanobelajar melalui bermainopendekatan bersepaduopendekatan bertemaopembelajaran berasaskan projekopembelajaran masteri (penguasaan bahasa dan komunikasi)opembelajaran kontekstual (pengalaman murid, alam persekitaran murid)opembelajaran berdasarkan kepelbagaian kecerdasan (Multiple Intelligence)menjalankan p&p yang mengambilkira:okebolehan dan aras perkembangan kognitif kanak- kanakoteori perkembangan kanak- kanakokeadaan setempatokeperluan individu kanak- kanakmengendalikan p&p dalam bentuk kumpulan, individu dan kelasmerancang aktiviti harian berpandukan kepada aktiviti yang dirancangmengendalikan perbualan pagi dan refleksi setiap harimemastikan rutin harian dikendalikan dengan baiksentiasa berinteraksi dengan murid dan menggalakkan interaksi antara muridmenggalakkan murid terlibat aktif dalam aktiviti p&pmenggalakkan murid untuk kemukan idea mereka, bersikap inquisitive dan bersikap terbuka

STANDARD P&P KETIGA:Guru prasekolah menjalankan pentaksiran secara berterusan menggunakan pelbagai kaedah seperti yang dinyatakan di Standard Pentaksiran.

STANDARD P&P EMPAT:Guru prasekolah perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif di dalam bilik prasekolah.

menyediakan persekitaran yang selamat, ceria, selesa dan mesra dalam kelasmewujudkan pusat2 pembelajaran di dalam kelasmelengkapkan pusat pembelajaran dengan bahan yang bersesuaian, mencukupi dan updatedmemastikan pusat pembelajaran sentiasa kemasmelibatkan murid dalam merekabentuk pusat pembelajaran

STANDARD P&P LIMA:Penglibatan ibu bapa dan komuniti setempat amat penting dalam pendidikan awal kanak- kanak. Guru memainkan peranan penting dalam membina perhubungan antara sekolah dan ibu bapa murid.

pihak pengurusan sekolah dan guru perlu cuba menjalinkan perhubungan yang baik dengan ibu bapa/ penjaga melalui pelbagai caraguru perlu membantu pihak pengurusan sekolah membentuk jawatankuasa yang melibatkan waris/ ibu bapa dan penjaga muridguru perlu mengaturkan perjumpaan dengan ibu bapa/ penjaga secara berkala, sekurang- kurangnya dua kali setahunpihak sekolah dan guru perlu melibatkan ibu bapa dalam program dan aktiviti sekolahguru perlu memberi penerangan tentang kurikulum prasekolah termasuk kaedah pentaksiran kepada ibu bapapihak pengurusan dan guru membuat lawatan ke rumah murid yang bermasalah jika perluguru perlu berusaha mewujudkan kesinambungan p&p dari sekolah ke rumah

STANDARD P&P ENAM:Guru prasekolah menghadapi keadaan di mana terdapat murid keperluan khas dalam kelas mereka. Guru prasekolah perlu membantu mengenalpasti murid keperluan khas ini dan memberi nasihat yang bersesuaian kepada ibu bapa.

guru perlu mengenalpasti murid keperluan khas menggunakan borang pengesahan yang telah disediakanpihak pengurusan dan guru perlu menasihatkan ibubapa untuk menghantar murid tersebut ke sekolah pendidikan khas jika perlu

STAGES OF CONCEPTUAL DEVELOPMENT

A main hypothesis tested in this was that a childs concept of money developes in a consistent and cumulative manner. As in the previous study, three sample aspects of this concept were singled out for investigation: coin recognition (naming coin by various criteria); comparative value (which money is worth more); and equivalence (making change). Three schedules were employed to bring out features of concept development, and the scalogram was used to determine whether this development was cumulative.

TAHAP PEMBANGUNAN KONSEP

Hipotesis utama diuji dalam hal ini adalah bahawa konsep ini Childe wang mengembangkan model dalam cara yang konsisten dan kumulatif. Seperti dalam kajian sebelum ini, tiga aspek sampel konsep ini dipilih untuk penyelidikan: pengiktirafan koin (penamaan syiling dengan berbagai kriteria); nilai perbandingan (yang wang bernilai lebih); dan kesetaraan (membuat perubahan). Tiga jadual yang bekerja untuk membawa keluar ciri-ciri pembangunan konsep, dan scalogram itu digunakan untuk menentukan sama ada perkembangan ini adalah kumulatif.