pembangunan ruangan kesenian dan isu semasa … · perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis...

26
PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’ MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vandang

Post on 29-May-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU

SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB

DINAMIK ’DUNIA MATEMATIK’

SESI PENGAJIAN : 2008/2009

Saya : MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian mereka. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/

badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap : POS 179, KG PT TUNGGUL, PROF MADYA DR. ZALEHA ISMAIL JLN MUAR-BP, PT JAWA

84150, MUAR, JOHOR

Tarikh : 6 MEI 2009 Tarikh : 6 MEI 2009

CATATAN : * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah san Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

(NAMA PENYELIA)

Page 3: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

PENGAKUAN

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)”

Tandatangan :

Nama Penyelia : PM Dr Zaleha Binti Ismail

Tarikh : 6 MEI 2009

Page 4: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA MATEMATIK DALAM MAJALAH WEB DINAMIK ’DUNIA

MATEMATIK’

MOHD KHAIRIL ANUAR B MOHD ADNAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

April 2009

Page 5: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

PENGAKUAN

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : Mohd Khairil Anuar b Mohd Adnan

Tarikh : 6 MEI 2009

Page 6: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

DEDIKASI

TERISTIMEWA BUAT,

Patimah bte Sujak, Ibu yang amat Disayangi dan Dikasihi,

Adik-beradik Tersayang,

Segala Doa, Pengorbanan, Dorongan, Kesabaran Serta Kasih Sayang

Dari Kalian Amatlah Ku Sanjungi dan Ku Hargai…

KHAS BUAT,

Pembimbing yang dikasihi,

Segala bimbingan, Tunjuk Ajar dan Jasamu Tidak akan Ku Lupai …..

Teman-teman Seperjuangan

khasnya

Arinah bte Zaidan

Terima Kasih yang teramat

Di atas Sokongan dan Semangat yang diberi disepanjang Perkenalan.

Tanpamu segalanya tidak akan sempurna.

Page 7: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

iv  

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T. dan salam sejahtera

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang dan buat

junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Syukur Alhamdullilah kerana dengan

kudrat yang diberiNYA dapat saya menyiapkan projek ini. Segalanya adalah

keranaNYA.

Sekalung penghargaan buat penyelia yang dihormati, PM Dr Zaleha Binti

Ismail dan Encik Mohd Khalid b Kasmin yang telah banyak memberikan tunjuk ajar

dan sokongan bagi menyelesaikan projek ini. Segala dorongan, ilmu dan nasihat

yang diberikan banyak membantu dan sentiasa menjadi pedoman.

Jutaan terima kasih juga saya ucapkan kepada keluarga tercinta serta rakan-

rakan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung diatas kerjasama yang

diberikan. Jasa kalian amat dihargai.

Wassalam.

Page 8: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

v

ABSTRAK

Pandangan tentang matematik tercemar berikutan cara ia diajar disekolah.

Sistem persekolahan zaman sekarang berasaskan peperiksaan dimana pembelajaran

terlalu menumpukan kepada perkiraan dan penggunaan rumus manakala kaedah

pembelajaran terbatas kepada latih tubi. Oleh itu, pelajar mempunyai sikap yang

negatif terhadap matematik. Dalam realiti, matematik merupakan ilmu yang sangat

berguna untuk menjalani kehidupan seharian, menarik dan menyeronokkan. Dengan

mengaplikasikan teknologi e-pembelajaran, Dunia Matematik bertujuan untuk

mendedahkan sifat matematik sebenar menjangkaui matematik di bilik darjah kepada

masyarakat Malaysia terutamanya pendidik, pelajar serta ibu bapa. Ia menekankan

pembelajaran terbuka, pembelajaran kendiri dan pembelajaran kolaboratif dimana ia

membenarkan pelajar untuk belajar secara sendiri selain berinteraksi dengan objek

pembelajaran, guru dan rakan sebaya. Ruangan menu utama menonjolkan artikel

berkaitan matematik manakala ruangan menu aktiviti menonjolkan permainan

interaktif, kuiz atas talian dan soal selidik. Ruangan e-forum, komen dan

penghantaran artikel membenarkan pengguna berinteraksi dengan komuniti majalah

ini. Projek ini dibangunkan menggunakan sistem pengurusan kandungan Joomla dan

sistem pengurusan kursus Moodle dimana kedua-duanya merupakan perisian sumber

terbuka. Penulisan ini hanya menumpukan kepada ruangan Isu Semasa dan

Kesenian. Ruangan kesenian menerangkan tentang kesenian yang terdapat dalam

matematik, antaranya ketinggian menara, rekaan duit, jenaka dalam matematik, dan

keajaiban nombor. Manakala Isu Semasa pula menghuraikan tentang isu-isu yang

mempunyai perkaitan dengan matematik, antaranya isu PPSMI, harga minyak, dan

juga hiburan dalam matematik. Persekitaran pembelajaran dimantapkan dengan

grafik, audio dan video. Oleh itu, diharapkan kewujudan Dunia Matematik dapat

menerapkan sikap positif dan penghargaan terhadap matematik dalam komuniti

Malaysia.

Page 9: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

vi

ABSTRACT

The view about mathematics is distorted due to the way it is presented in

schools. Our schools have been exam oriented such that mathematics is considered

simply doing calculations and applying formulas in drill and practice setting.

Consequently, students have negative attitudes towards mathematics. In reality,

mathematics is useful in any walk of life, interesting and fun. Dunia Matematik is a

dynamic mathematics web magazine that applies e-learning technology as a means to

expose Malaysians, particularly, educators, learners and parents to the true nature of

mathematics beyond the classroom mathematics. It emphasizes on open learning,

independent learning and collaborative learning as it allows learners to learn

individually as well as through interactions with the learning objects, teachers and

peers. The main menu section features articles of current interest while the activity

features hands-on games, and online quizzes and survey. The e-forum, comment box

and article submission corner allow users to interact within the web magazine

community. This project runs on content management system Joomla and course

management system Moodle which are both open sourced. This writing is focused on

only two sections which are Isu Semasa dan Kesenian. The Kesenian section

describes the beauty of mathematics such as tower, money design, mathematical

humor and the magic number. while the Isu Semasa section describe on issues

related to mathematics such as PPSMI, world’s oil price and entertainment in

mathematics. The learning environment is enriched with graphic, audio and also

video. Finally it is hoped that the presence of Dunia Matematik will instill positive

attitude and appreciation towards mathematics in our community.

Page 10: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

vii

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PELAJAR ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI RAJAH xii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xv

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 7

1.4 Objektif Projek 8

1.5 Kepentingan Projek 8

1.5.1 Pelajar 8

1.5.2 Guru 9

Page 11: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

viii

1.5.3 Sekolah 9

1.5.4 Ibu bapa dan Masyarakat 9

1.6 Skop Dan Batasan Projek 10

1.7 Kerangka Teori Projek 11

1.8 Definisi Istilah 11

1.8.1 Pelajar 11

1.8.2 Majalah Web Matematik 13

1.8.3 Penggunaan 13

1.8.4 e-Pembelajaran 13

1.8.5 Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) 13

1.8.6 Internet 14

1.8.7 Laman Web 14

1.8.8 Pengajaran 14

1.8.9 Kesenian 15

1.8.10 Pentaksiran 15

1.9 Penutup 16

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 17

2.2 Sikap Terhadap Matematik 18

2.3 E-Pembelajaran 19

2.3.1 Kelebihan E-Pembelajaran 21

2.3.2 Kelemahan E-Pembelajaran 23

2.4 Laman Web Matematik yang Lain 24

2.4.1 www.math.com (math.com) 24

2.4.2 www.mathematicsmagazine.com (mathmag) 25

2.4.3 +plus Math 26

2.5 Sosial Konstruktivism 29

2.6 Kesenian Matematik 30

2.7 Isu Semasa 30

2.8 Perisian Sumber Terbuka 31

2.8.1 Kelebihan Perisian Sumber Terbuka 33

Page 12: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

ix

2.9 Joomla 34

2.9.1 Kelebihan Joomla! 35

2.10 Penutup 36

BAB 3 PROSEDUR PEMBANGUNAN

3.1 Pengenalan 37

3.2 Kaedah Pelaksanaan 37

3.2.1 Fasa Analisis (Analysis) 38

3.2.1.1 Kumpulan Sasaran 39

3.2.1.2 Topik 40

3.2.1.3 Strategi 41

3.2.2 Fasa Rekabentuk (Design) 41

3.2.3 Fasa Pembangunan (Development) 42

3.2.3.1 Pengurusan Media (Media Manager) 44

3.2.3.2 Pengurusan Seksyen (Section Manager) 46

3.2.3.3 Pengurusan Kategori (Category Manager) 48

3.2.3.4 Penulisan Artikel (Add New Article) 51

3.2.3.5 Pengurusan Pengguna (User Manager) 53

3.2.3.6 Pengurusan Menu (Menu Manager) 55

3.2.3.7 Pengurusan Bahasa (Language Manager) 57

3.2.3.8 Pengurusan Halaman Utama

(Front Page Manager) 58

3.2.3.9 Poll Manager 59

3.2.3.10 Template Manager 61

3.2.3.11 Pembangunan Bahan Kesenian Matematik 61

3.2.3.12 Pembangunan Bahan Isu Semasa dalam

Matematik 62

3.2.4 Fasa Pelaksanaan (Implementation) 62

3.2.5 Fasa Penilaian (Evaluation) 63

3.3 Penutup 63

Page 13: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

x

BAB 4 HASIL PEMBANGUNAN MAJALAH WEB MATEMATIK

4.1 Pengenalan 64

4.2 Carta Alir Majalah Web Matematik yang Dibangunkan 65

4.3 Bahan Pembelajaran 66

4.4 Paparan Hasil Majalah Web Dunia Matematik 66

4.4.1 Paparan Daftar Masuk 67

4.4.2 Paparan Halaman Utama 68

4.4.3 Paparan Bahan Pembelajaran 69

4.4.3.1 Isu Semasa dalam Matematik 69

4.4.3.2 Kesenian Matematik 76

4.4.4 Paparan Komen 82

4.4.5 Paparan Keluaran Lepas 82

4.4.6 Paparan Dunia Matematik 83

4.4.7 Paparan e-Forum 84

4.4.8 Paparan Komuniti 85

4.5 Ciri-ciri Majalah Web Matematik 86

4.5.1 Interaktif 86

4.5.2 Mesra Pengguna 86

4.5.3 Grafik 87

4.5.4 Teks 87

4.5.5 Animasi 88

4.6 Penutup 88

BAB 5 PERBINCANGAN, CADANGAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan 89

5.2 Perbincangan 89

5.2.1 Pembinaan Majalah Web Dunia Matematik

Berasaskan Objektif 90

5.2.2 Pembangunan Majalah Web Berasaskan

Model ADDIE 90

5.2.3 Pembangunan Majalah Web Berasaskan

Page 14: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

xi

Teori Sosial Konstruktivisme 91

5.3 Kelebihan Majalah Web Matematik 91

5.4 Kelemahan Majalah Web Dunia Matematik 92

5.5 Masalah – masalah yang dihadapi 92

5.5.1 Kekurangan Kepakaran dan Pengalaman 93

5.5.2 Kekangan Masa 93

5.5.3 Bahan dan Sumber Rujukan 93

5.5.4 Capaian Internet 94

5.6 Cadangan 94

5.7 Penutup 95

RUJUKAN 101

LAMPIRAN 105

Page 15: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

xii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN

1.1 Kerangka Teori Projek 12

2.1 Paparan skrin halaman utama math.com 25

2.2 Paparan skrin halaman utama mathmag 26

2.3 Paparan krin halaman utama +plus magazine 27

3.1 Aliran fasa berdasarkan Model ADDIE 38

3.2 Carta alir penulisan artikel. 42

3.3 Carta proses pembangunan majalah web

Dunia Matematik 43

3.4 Carta alir proses ‘upload’ gambar 44

3.5 Paparan skrin media manager 45

3.6 Paparan skrin proses upload media 45

3.7 Carta alir memasukkan grafik / video 46

3.8 Paparan skrin Section Manager 47

3.9 Paparan skrin menambah seksyen 47

3.10 Paparan skrin Category Manager 48

3.11 Paparan skrin menambah kategori 49

3.12 Carta alir proses pengurusan kategori 50

3.13 Paparan skrin menambah artikel

(pemilihan seksyen) 52

3.14 Paparan skrin menambah artikel

(pemilihan kategori) 52

3.15 Carta alir bagi proses penulisan artikel 53

3.16 Paparan skrin User Manager 54

Page 16: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

xiii

3.17 Paparan skrin menambah pengguna 55

3.18 Paparan skrin Menu Manager 56

3.19 Paparan skrin menambah menu 56

3.20 Carta alir proses mewujudkan ruangan bagi

menu utama dan top menu 57

3.21 Paparan skrin Language Manager 58

3.22 Paparan skrin Front Page Manager 59

3.23 Paparan skrin menambah polls 60

3.24 Paparan skrin Polls Manager 60

3.25 Paparan skrin Template Manager 61

4.1 Carta alir majalah web dinamik ‘Dunia

Matematik’ yang dibangunkan 65

4.2 Paparan pendaftaran pengguna baru. 67

4.3 Paparan Home 69

4.4 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

pertama 70

4.5 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

kedua 70

4.6 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

ketiga 71

4.7 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

keempat 72

4.8 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

kelima 72

4.9 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

keenam 73

4.10 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

ketujuh 74

4.11 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

kelapan 74

4.12 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

kesembilan 75

4.13 Paparan artikel isu semasa matematik keluaran

kesepuluh 75

Page 17: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

xiv

4.14 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

pertama 76

4.15 Paparan artikel kesenian matematik keluaran kedua 77

4.16 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

ketiga 77

4.17 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

keempat 78

4.18 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

kelima 78

4.19 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

keenam 79

4.20 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

ketujuh 80

4.21 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

kelapan 80

4.22 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

kesembilan 81

4.23 Paparan artikel kesenian matematik keluaran

kesepuluh 81

4.24 Paparan contoh – contoh komen oleh pengguna 82

4.25 Paparan Keluaran Lepas 83

4.26 Paparan Dunia Matematik 84

4.27 Paparan e-Forum 85

4.28 Paparan Komuniti 85

Page 18: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

xv

SENARAI JADUAL

NO. RAJAH TAJUK HALAMAN 2.1 Perbezaan antara Dunia Matematik dengan

majalah web yang lain. 28

Page 19: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

xvi

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK HALAMAN

A NRIC 2008 100

B Jenaka Matematik 103

Page 20: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, perkembangan teknologi semakin berkembang dengan pesat.

Perkembangan teknologi ini melibatkan kesemua sektor seperti perniagaan, sosial dan lain-

lain. Sektor pendidikan juga tidak dapat lari dari bergerak seiringan dengan kepesatan

perkembangan teknologi pada masa kini.

Bidang pendidikan yang suatu masa dahulu banyak bergantung kepada pensil dan

kertas sahaja, kini mula menerokai bidang yang baru. Bermula dengan terciptanya marker

dan papan putih, peranan kapur dan papan hitam mula dikurangkan. Teknologi marker dan

papan putih lebih mudah digunakan kerana kurangnya habuk semasa memadam tulisan.

Seterusnya tercipta pula OHP dimana ia mengurangkan masa guru menulis didalam kelas

tetapi isi pembelajaran tetap sama. Dari OHP, datang pula teknologi LCD dan juga komputer.

Pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dimana guru dapat menambah elemen

tambahan seperti media untuk menarik perhatian para pelajar.

Selain perkembangan teknologi dalam peralatan yang digunakan, kerajaan juga mula

memperkenalkan cara pembelajaran atau sistem persekolahan yang dapat menyaingi

perkembangan teknologi pada zaman kini. Sekolah Bestari, sebuah institusi pembelajaran

yang direka semula secara sistematik dari segi amalan pembelajaran-pengajaran dan

pengurusan sekolah untuk membantu para pelajar menghadapi Zaman Teknologi Maklumat.

Sekolah ini memfokuskan usaha melahirkan pelajar yang kreatif dan berupaya menjana idea-

Page 21: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

2

idea baru. Selain itu, dapat melahirkan golongan pemikir yang bukan hanya mampu

mengeluarkan ilmu pengetahuan yang sedia ada, malah mampu menjana minda ke arah

pengetahuan yang baru. Keistimewaan sekolah bestari ialah pendedahan dari peringkat awal

kepada semua pelajarnya tentang penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran.

Disamping itu, pihak kerajaan perlu menyediakan fasiliti yang mencukupi kepada

pihak sekolah supaya cara pengajaran yang yang digunakan dapat mengoptimumkan

penggunaan teknologi pada zaman sekarang. Selain itu, pihak yang berkenaan juga perlulah

merangka satu sistem pengajaran yang bersesuaian dengan penggunaan teknologi kerana

kaedah pengajaran konvensional dan kaedah pengajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan

Komunikasi (ICT) mempunyai perbezaan yang ketara dari segi pedagoginya. Di awal tahun

90-an apabila multimedia kerap dibincangkan, maka di situlah bermulanya idea untuk

membangunkan perisian yang menggunakan grafik, audio, dan animasi yang berorentasikan

kepada alam yang sebenarnya. (Abd Aziz Kulop, 2000)

Selain itu, e-pembelajaran juga mendapat tempat dalam dunia pendidikan pada masa

kini. Menurut Maslim Masrom (2007) :

Concept e-learning is the use of ICTs (e.g. Internet, computer, telephone,

radio, video, and others) to support teaching and learning activities. E-

learning is also known as online learning. The pedagogical thinking around e-

learning is closely related to the computer-based training. The point is to

deliver courses for students.

Seharusnya e-pembelajaran merupakan suatu pembelajaran yang membolehkan

pembelajaran kendiri dijalankan dengan lebih berkesan. Pelajar dapat memilih masa dan

tempat yang dirasakan paling bersesuaian untuk belajar. Oleh itu, pelajar akan lebih

berpeluang menguasai setiap topik yang terdapat dalam kurikulum disebabkan keselesaan

semasa pembelajaran.

Page 22: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

3

Dewasa ini, pendidikan matematik lebih memberi tumpuan kepada penggunaan ICT

dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk membolehkan pelajar dapat menguasai

matapelajaran dengan sepenuhnya, satu usaha perlu dilakukan supaya pelajar dapat

menguasai kemahiran menggunakan komputer terlebih dahulu. Majalah web matematik

dilihat sebagai salah satu alternatif yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam

matematik.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kebanyakan masyarakat sering menganggap matematik sebagai satu benda yang

terasing daripada kehidupan sebenar. Subjek matematik selalunya salah difahami oleh pelajar

bahawa ia terlalu akademik dan berpusatkan peperiksaan. Kebanyakan proses pengajaran dan

pembelajaran lebih menumpukan kepada isi kandungan dalam buku teks dan hanya mengejar

tarikh peperiksaan. Konsep yang berasaskan peperiksaan ini adalah bercanggah dengan

falsafah pendidikan negara yang mana pendidikan adalah bertujuan membantu pelajar dalam

memperkembangkan potensi mereka dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani secara

menyeluruh dan bersepadu.

Menurut Wan Zah Wan Ali (2005), matematik merupakan salah satu mata pelajaran

yang penting. Bidang kejuruteraan mahupun kedoktoran juga tetap memerlukan asas

matematik sebelum boleh melangkah lebih jauh. Maka sebab itu, subjek ini diajar di semua

peringkat pendidikan kerana ia sangat diperlukan dalam kehidupan seharian. Namun, kepada

mereka yang tidak menghargai matematik dan mampu menghayati keindahan matematik,

subjek ini juga terkenal sebagai tidak menarik, kering dan membosankan. Anggapan seperti

ini timbul adalah berpunca daripada cara pelajar melihat matematik. Matematik dilihat

sebagai tiada kaitan dengan alam sekitar dan kehidupan seharian pada sebilangan mereka.

Andaian seperti ini yang menyebabkan perbincangan sama proses pengajaran dan

pembelajaran, menjadi sangat kaku. Fakta yang dibincangkan juga dianggap asing oleh

mereka.

Page 23: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

4

Apabila matematik dipelajari hanya untuk peperiksaan, maka keindahan matematik

yang sebenar tidak dapat dirasai. Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran yang

dijalankan dapat membantu pelajar mengaplikasikan apa yang telah dipelajari di sekolah ke

dalam kehidupan seharian mereka. Di samping menggunakan matematik dalam

menyelesaikan masalah. Maka pembentukan insan yang mempunyai sahsiah yang baik dan

seimbang dapat dijayakan. Jika mentaliti pelajar menganggap matematik hanya untuk

peperiksaaan, maka proses pembelajaran yang berlaku adalah secara hafalan. Ini

menyebabkan minda pelajar tidak dapat dilatih. Maka terhasillah pelajar yang tidak

berkembang maju dan tidak berfikiran terbuka.

Para pelajar juga sebahagiannya sukar memahami dan mempelajari subjek matematik

ini. Mereka menghadapi masalah dengan subjek ini, lalu terus menganggap bahawa subjek ini

adalah satu mata pelajaran yang sukar. Justeru pelajar gagal mendapat keputusan yang baik

terutamanya pelajar-pelajar di kawasan luar bandar. Maka pelbagai kaedah pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan bagi mengatasi masalah. Sesetengah sekolah mendapat

kemudahan pendidikan yang serba kekurangan dan ini mungkin menyebabkan pelajar fobia

dan sukar menguasai bidang matematik ketika di peringkat pengajian tinggi. Terdapat

masalah-masalah yang dapat dikenalpasti dalam pendidikan matematik di Malaysia.

Antaranya ialah pendekatan latih tubi tanpa pendedahan konsep yang mencukupi, kaedah

pembelajaran yang membosankan, dan kekurangan kemudahan pembelajaran yang terkini.

(Mohammad Khatim 2003)

Kebanyakan pembelajaran di sekolah hanya dilakukan secara pembelajaran

tradisional. Hanya disekolah-sekolah bestari dan beberapa sekolah lain yang terletak di

Bandar sahaja yang dibekalkan dengan kemudahan komputer. Terdapat juga sekolah yang

sehingga kini tidak mempunyai kemudahan perpustakaan apatah lagi kemudahan teknologi

komputer. Menurut Nik Aziz Nik Pa (1995), guru seharusnya bukan sekadar berperanan

menyampaikan maklumat yang terdapat dalam buku teks kepada pelajar, tetapi mereka

berperanan untuk mewujudkan komunikasi antara pelajar. Maka, penggunaan elemen seperti

e-pembelajaran boleh mewujudkan komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar

dengan bahan pengajaran melalui ruangan forum, komen, latihan dan sebagainya.

Page 24: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

5

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), dalam usaha memantapkan sistem

pendidikan negara telah mewujudkan PIPP iaitu Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-

2010. PIPP akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh

sepanjang tempoh lima tahun dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9). Teknologi

Maklumat dan Komunikasi atau Information and Communication Technology (ICT)

merupakan antara aspek yang ditekankan dalam sistem pendidikan. Sasaran KPM adalah

dapat melahirkan masyarakat yang progresif dan saintifik, serta berilmu dalam membentuk

warganegara yang kreatif dan kritis serta berketrampilan dalam mengamalkannya.

Seharusnya proses pengajaran dan pembelajaran matematik khususnya, menumpukan

kepada matematik sebagai proses inkuiri penemuan berasaskan konstruktivisma,

pembelajaran masteri, pembelajaran kontekstual dan penerapan modal insan. Kaedah

pengajaran dan pembelajaran seharusnya dipelbagaikan dan lebih berpusat kepada pelajar.

Kaedah e-pembelajaran dilihat sebagai suatu langkah yang bersesuaian dengan objektif

tersebut. Kemudahan e-pembelajaran yang terdapat dalam rangkaian teknologi maklumat,

sistem telekomunikasi dan pangkalan data membolehkan segala maklumat terkini disalurkan

dengan mudah dan pantas. Justeru itu, pembangunan majalah web matematik akan menjadi

saluran maklumat dan penghubung antara pelajar tanpa kekangan masa dan tempat serta

menjadi pendorong ke arah pelajar yang berdaya saing.

Sehubungan dengan itu, kemahiran menggunakan komputer seharusnya diterapkan

terlebih dahulu kedalam diri para pelajar. Disebabkan hal tersebut, KPM telah menggariskan

tiga dasar utama dalam pembudayaan ICT dalam pendidikan. Dasar pertama ialah

mengutamakan peranan dan fungsi ICT sebagai mata pelajaran dalam proses pengajaran dan

pembelajaran di sekolah. Seterusnya memastikan semua pelajar celik ICT. Dan yang terakhir

ialah menggalakkan penggunaan ICT dalam meningkatkan produktiviti, kecemerlangan dan

keberkesanan dalam sistem pengurusan. Beberapa program juga dirangka oleh KPM untuk

menerapkan ICT dalam diri pelajar, antaranya ialah projek pengkomputeran dan makmal

komputer, projek Sekolah Bestari, penyediaan infrastruktur dan rangkaian jalur lebar

Schoolnet, dan TV pendidikan.

Page 25: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

6

Seiring dengan hasrat kerajaan dalam pembudayaan komputer, kewujudan majalah

web matematik dilihat bertepatan. Pengaplikasian majalah web matematik berpusatkan

pelajar dan ia juga menggalakkan pembelajaran secara konstruktivisma. Disamping itu,

majalah web matematik juga menggalakkan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam

pembelajaran. Pelajar akan berpeluang meneroka majalah web dengan sendiri dan mendapat

pengalaman secara ‘hands on’. Pelajar juga dapat membuat rujukan dalam pembelajaran

matematik, membaca informasi berkenaan aplikasi matematik dalam pelbagai bidang,

mengetahui isu semasa berkaitan aktiviti-aktiviti matematik dan pendedahan sejarah

matematik bagi meningkatkan tahap kefahaman serta pengetahuan para pelajar.

Pendekatan pengajaran tradisi yang berasaskan “chalk and talk” tidak berapa menarik

minat atau merangsang proses pembelajaran kerana tidak melibatkan kesemua panca indera

(Megat Aman Zahri, 2000). Tetapi dengan e-pembelajaran, guru dapat menambah elemen

media ke dalam bahan pengajaran. Oleh itu, para pelajar akan lebih tertarik untuk mengikuti

pembelajaran dan lebih seronok menghayati topik yang yang disampaikan.

Selain itu, jika terdapat pelajar yang kurang memahami isi pengajaran pada hari

tertentu, pelajar tersebut cenderung mendiamkan diri kerana malu dan takut diketawakan jika

bertanya soalan. Tetapi masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan e-pembelajaran.

Pertanyaan yang dilakukan dalam bentuk dua hala dan tidak diketahui oleh orang lain.

Oleh yang demikian, penggunaan e-pembelajaran sebagai bahan dalam pengajaran

dan pembelajaran matematik merupakan satu alternatif untuk meringankan beban guru bagi

menangani pelajar-pelajar yang terdiri dari pelbagai tahap pemikiran. Berdasarkan kepada

penerangan yang diberikan, pembangunan majalah web matematik sejajar dengan kehendak

pendidikan masa kini yang dapat memberi manfaat kepada pelajar dan guru. Justeru itu, guru

perlu menggabungjalinkan penggunaannya dalam pengajaran agar proses pembelajaran akan

lebih bermakna.

Page 26: PEMBANGUNAN RUANGAN KESENIAN DAN ISU SEMASA … · Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan ... * Potong yang tidak ... Pandangan tentang matematik tercemar

7

1.3 Pernyataan Masalah

Mentaliti para guru dan pelajar bahawa pengajaran dan pembelajaran pada hari ini

lebih bertumpukan kepada peperiksaan telah menyumbang kepada kaedah pengajaran

sebegini. Pernyataan ini juga disokong oleh Peter Grootenboer (2004) yang membuat kajian

tentang persepsi pelajar tentang pembelajaran matematik. Kaedah ini dikatakan lebih senang

dan tidak perlu menyediakan bahan bantu mengajar. Namun pengajaran seperti ini tidak

dapat menggalakkan pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat. Bagi

melahirkan pelajar yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif serta berkemahiran generik

yang tinggi, e-pembelajaran merupakan antara langkah yang boleh diambil.

Perkembangan e-pembelajaran dalam dunia pendidikan merupakan satu cabang

teknologi maklumat yang mampu memperbaiki masalah-masalah dalam sistem pendidikan

matematik negara dewasa kini. Justeru, dengan wujudnya majalah web ‘Dunia Matematik’

ini, diharap ianya dapat menyediakan bahan pengetahuan matematik yang komprehensif

menjangkau matematik di sekolah supaya pelajar dapat mendalami aplikasi perisian

matematik dan mengenali fakta-fakta menarik yang berkaitan dengan matematik.

1.4 Objektif Projek

Objektif bagi projek Majalah Web Matematik ini ialah :-

i. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan kursus

topik ‘kesenian matematik’.

ii. Membangunkan majalah web matematik menggunakan sistem pengurusan kursus

topik ‘isu semasa dalam matematik’.