bahan esaimen -isu integrasi nasional

8
ISU INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN KAUM Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan ini pada akhirnya akan mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di sesebuah negara. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia

Upload: shahril-faizul

Post on 21-Dec-2015

61 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

isu

TRANSCRIPT

Page 1: Bahan Esaimen -Isu Integrasi Nasional

ISU INTEGRASI NASIONAL & PERPADUAN KAUM

Integrasi antara kaum merupakan isu yang amat diberi perhatian oleh pihak kerajaan ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaannya. Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 telah menggariskan dengan jelas dasar yang berkaitan dengan nilai-nilai integrasi antara kaum ini. Faktor utama yang menjadi tunjang ke arah pembentukan sistem pendidikan negara selepas mencapai kemerdekaannya ialah perpaduan. Oleh hal yang demikian, matlamat pendidikan KBSR di sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi,bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik.

Isu integrasi nasional merupakan salah satu daripada cabaran penting dalam negara kita. Oleh hal yang demikian, cara yang paling berkesan untuk menanganinya adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk satu entiti yang mempunyai pegangan norma, sistem nilai serta mengamalkan kehidupan bersama. Penyatuan ini pada akhirnya akan mewujudkan perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di sesebuah negara. Integrasi nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia khususnya antara negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dengan Sabah dan Sarawak yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan PerlembagaanPersekutuan dan Rukun Negara.

Usaha membentuk satu bangsa Malaysia amat mencabar kerana selepas kemerdekaan, masalah perkauman tetap merupakan satu isu yang serius dan perlu diambil perhatian. Malaysia yang terdiri daripada penduduk berbilang kaum pernah menghadapi masalah dan konflik kaum, khasnya peristiwa 13 Mei 1969. Walaupun hampir lima puluh lima tahun Malaysia merdeka, penduduk berbilang kaum masih melalui pelbagai liku peristiwa pasang surut, pahit dan manis. Namun begitu, rakyat

Page 2: Bahan Esaimen -Isu Integrasi Nasional

dengan latar belakang budaya, agama, bahasa dan asal keturunan yang berbeza akan terus bergerak maju mengharungi pelbagai cabaran dan halangan dalam perhubungan sosial bagi mewujudkan persekitaran yang harmoni,damai dan selamat.   

Antara peristiwa yang tercetusnya ketegangan kaum adalah peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan yang berlaku 12 Mac 2001. Dalam pada itu, wujud juga prasangka, amalan diskriminasi dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang boleh mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik tertentu. Tambahan pula, isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan dan integrasi nasional yang sentiasa menjadi topik hangat adalah tindakan kerajaan membantu kaum bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi oleh kaum-kaum lain. Topik lain iaitu kurangnya sensitiviti dan toleransi terhadap agama-agama lain, kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat, peningkatan kes-kes gejala sosial yang dapat menjejaskan proses integrasi, pembangunan ekonomi yang tidak seimbang, fahaman politik yang melampau dan peranan media massa yang mensensasikan isu-isu perpaduan.

Justeru, banyak usaha telah dirancang dan dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah dan pihak sekolah untuk memupuk integrasi nasional dan seterusnya membentuk satu bangsa Malaysia. Usaha Malaysia untuk membentuk negara bangsa telah dinyatakan dalam wawasan 2020. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi Negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral dan etika yang kukuh, hidup secara demokratik, liberal dan bertolak ansur, penyayang, adil serta mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing.

Pembinaan negara bangsa amat penting bagi sebuah Negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme dalam kalangan rakyat. Pembinaan negara bangsa menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membuka peluang kepada pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai dan kepercayaan tanpa batasan memberikan cabaran kepada negara kita yang berusaha membentuk satu identiti terunggul untuk masyarakat kita.

Guru sememangnya dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insane dan memastikan pembentukan jati diri murid yang kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi dan berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi warganegara glokal yang mampu bersaing dengan dunia luar. Guru dengan kecekapannya melalui system pendidikan berupaya membina sebuah negara bangsa yang berjaya.  Guru harus menggalakkan pengguanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar di sekolah dan menjadikan bahasa ini sebagai bahasa perpaduan. Guru bukan sahaja harus berusaha menanam rasa cinta kepada bahasa Malaysia dalam diri murid-murid tetapi turut juga mencintai bahasa tersebut.

Dalam usaha memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP). Rancangan ini bertujuan menggalakkan penyertaan masyarakat setempat, guru dan murid serta warga sekolah dalam aktiviti sekolah. Rasional aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk  mewujudkan sikap kerjasama, tolong menolong, mewujudkan suasana muhibbah

Page 3: Bahan Esaimen -Isu Integrasi Nasional

dan hormat-menghormati, melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah dan berkongsi kemudahan peralatan, tenaga dan kepakaran untuk menjayakan kegiatan khas secara bersama-sama. Selain itu, semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar dapat dipupuk oleh para guru melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan sempena bulan kemerdekaan misalnya. Semua aktiviti yang dianjurkan bertujuan menanam rasa cinta kepada Negara, memupuk semangat perpaduan dan semangat hormat menghormati serta peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam kalangan pelajar. Di samping itu, penerapan sikap dan nilai-nilai yang murni dapat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dalam kalangan pelajar yang berbilang bangsa.

Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak merupakan konsep yang selari dengan apa jua yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prinsip-prinsip Rukun Negara. Menurut penjelasan YAB Dato’Sri Mohd Najib, konsep 1 Malaysia adalah seperti berikut:

“kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia ( one people) dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan krhrndak semua kumpulan etnik dalam negara kita.”

Ini bermaksud rakyat pelbagai kaum dan agama harus berfikir melepasi sempadan kaum masing-masing, bukan bertindak atas kepentingan kaum sendiri serta kepimpinan Negara akan melayani dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia. Konsep 1 Malaysia membawa aspirasi dan harapan untuk mengeratkan hubungan antara kaum bagi memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang erat. Konsep ini merupakan pemangkin untuk mewujudkan dan membina sebuah Negara bangsa yang mempunyai sikap kesamaan dan kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia. Antara nilai asas yang terdapat dalam semangat perpaduan terdiri daripada perasaan hormat-menghormati, keikhlasan dan sikap saling mempercayai antara kaum.

Dimanakah peranan guru dalam menyatu padukan anak bangsa?

Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A.Rashid et al

Page 4: Bahan Esaimen -Isu Integrasi Nasional

Oleh DR. AMINUDIN MANSOR

DENGAN memperkasakan peranan guru akan melahirkan modal insan berkualiti. Itulah adalah antara tujuan terpenting dalam usaha memberikan insentif kepada bidang pendidikan di negara ini.

Oleh itu, dalam melahirkan modal insan peranan kerajaan dan guru adalah menjadi tonggak utama ke arah kejayaannya.

Dalam era globalisasi guru perlu menghadapi cabaran semasa dalam proses pendidikan antaranya berkaitan integrasi nasional, pendemokrasian pendidikan, tonggak pendidikan, globalisasi dalam pendidikan, kepelbagaian budaya, pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi serta gejala sosial dalam kalangan pelajar merupakan antara cabaran terbesar yang dilalui dan diuruskan oleh pihak guru.

Justeru, kerajaan tidak mengambil mudah dan memandang ringan usaha memperkasa peranan guru dengan memberikan latihan, kursus, ceramah dan juga motivasi supaya dapat memberikan kesan kepada pelajar melalui pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah.

Usaha mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan sedang dilaksanakan dengan mengetatkan syarat kemasukan guru mulai 2013 supaya terdiri daripada kalangan graduan 30 peratus teratas.

Kajian pada 2011 menunjukkan bahawa Malaysia disenaraikan di tempat ke-11 oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) sebagai negara paling menarik dari segi perkhidmatan pendidikan.

Seterusnya, kajian itu juga mendapati kira-kira 90,000 pelajar daripada 130 negara yang sedang menyambung pengajian di negara ini. Sebahagian besar pelajar asing ini berasal dari China, Indonesia, Iran dan Nigeria. Ini membuktikan Malaysia tempat paling menarik dan sesuai untuk menyambung pengajian di peringkat tinggi.

Bagi memperkasa pendidikan negara, Melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 sebanyak RM500 juta peruntukan diluluskan meliputi program meningkatkan kemahiran guru Bahasa Kebangsaan, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains dan penubuhan Education Delivery Unit (EDU).

Sebagai guru pemahaman terhadap hasrat dan tujuan PPPM sangat penting bagi merealisasikan dan mewujudkan kecemerlangan dalam sistem pendidikan negara.

Ibu bapa meletakkan harapan tinggi dan majikan menyuarakan kebimbangan atas keupayaan sistem pendidikan melengkapkan generasi muda dengan persediaan secukupnya bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan adalah kompleks dan rencam, tempoh yang panjang diperlukan untuk melihat impak transformasi yang dilaksanakan.

Ini juga memastikan setiap murid dan pelajar menguasai kemahiran dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dan digalakkan mempelajari bahasa tambahan. Di samping itu mentransformasikan profesion keguruan menjadi profesion pilihan. Ini antara dua daripada 11 anjakan untuk transformasi sistem.

Kejayaan dan kecemerlangan murid dan pelajar banyak bergantung pada kehebatan P&P guru di dalam kelas. Jika guru dapat menyampaikan isi pengajaran dengan baik dan berkesan murid dan pelajar mudah memahaminya serta dapat menjawab soalan dalam peperiksaan dengan cemerlang.

Sebanyak 11 anjakan utama untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara dalam PPPM dan juga teras dan dasar pembangunan insan mestilah difahami oleh semua terutama guru sebagai pelaksana dalam pendidikan anak bangsa bagi memperkasa generasi muda pada masa depan.

* Melaksanakan penambahbaikan terhadap sistem penyampaian pendidikan dan latihan supaya ia berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa;

* Memperkasakan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan utama rakyat Malaysia yang berbilang kaum bagi meningkatkan perpaduan negara

* Melaksana langkah bagi merapatkan jurang prestasi antara sekolah luar bandar dan bandar, termasuk mempertingkatkan kualiti pengajaran, prasarana dan kemudahan serta menempatkan guru berpengalaman di sekolah luar bandar;

Page 5: Bahan Esaimen -Isu Integrasi Nasional

* Membangunkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertinggi memenuhi keperluan pasaran;

* Menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat;

* Membangunkan masyarakat inovatif dan kreatif, yang mempunyai pengetahuan dan keupayaan sains dan teknologi yang kukuh serta memiliki kemampuan memperoleh dan menggunakan penge-tahuan;

* Memperkukuhkan perpaduan nasional dan membangunkan masyarakat yang mempunyai perspektif progresif, budaya prestasi tinggi, sistem nilai-nilai murni serta menghargai tradisi dan warisan; dan

* Memperluaskan dan memperkemaskan forum perbincangan dan perundingan antara kerajaan, sektor swasta, ibu bapa dan masyarakat dalam pembangunan modal insan.

Oleh itu, pihak kerajaan sebagai badan perancang utama menyediakan bajet dan peruntukan untuk membangunkan modal insan. Manakala para guru adalah pihak yang akan melaksanakan tujuan ke arah membangunkan modal insan yang berkualiti untuk pemimpin negara pada masa akan datang.

Ingatlah bahawa guru yang paling baik adalah guru yang paling banyak belajar daripada muridnya. Tujuan tertinggi perguruan bukanlah semata-mata untuk mencari ilmu pengetahuan, tetapi mendidik muridnya dengan perbuatan yang baik dalam kehidupan.

PENULIS ialah Pengamal media, berkelulusan PhD Persuratan Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140514/re_07/Guru-dan-cabaran-semasa#ixzz3VMIOPa9w © Utusan Melayu (M) Bhd 

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN GURU

 

Page 6: Bahan Esaimen -Isu Integrasi Nasional

Pada abad ke-21 ini, guru menghadapi cabaran yang lebih ketara dengan

tuntutan daripada ibu bapa, masyarakat, pihak pengurusan sekolah dan

kementerian demi meningkatkan kualiti pendidikan. Suasana pengajaran dan

pembelajaran serta kualiti pengajaran guru kian dipersoalkan dan diutarakan

sebagai punca kemerosotan prestasi pelajar. Perubahan dalam sistem

pendidikan yang menuntut perubahan paradigm dalam kalangan guru akan

secara langsung atau tidak membawa kepada tekanan terhadap guru. Sama

ada guru dapat menghadapi cabaran-cabaran ini bergantung kepada cara guru

menyediakan diri untuknya.

Tekanan emosi sememangnya berlaku kerana guru berhadapan dengan

pelbagai tanggungjawab yang diamanahkan oleh pihak pengurusan selain perlu

menunaikan tugas harian atau tugas utama mereka di dalam bilik darjah. Dalam

proses melaksanakan tugas dan tanggungjawab, guru kian menemukan

halangan, kesuntukan masa dan perselisihan faham antara guru. Jika guru tidak

dapat menyelesaikan masalah atau menangani cabaran yang dihadapi, mereka

akan mengalami tekanan emosi.

Sumber: Buku Siri Pendidikan Guru, "Guru dan Cabaran Semasa" oleh, Noriati A. Rashid et

a