bahagian a- compilasjxtion fpk,fpg,sgm

12
BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK (BERKUMPULAN) Negara Malaysia telah memantapkan tahap pendidikannya melalui sistem pendidikan yang baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Transformasi pendidikan ini melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun 2013-2025. Sememangnya, transformasi pendidikan yang terancang ini mampu memberi cabaran yang besar buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menghadapi cabaran di abad ke-21. Sememangnya, besar harapan buat semua agar pelan pendidikan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Jika kita lihat kebelakang, pendidikan di Malaysia sebelum kemerdekaan hanyalah sekadar untuk memenuhi keperluan bagi setiap kaum di mana pendidikan pada masa itu hanyalah menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Hal ini berlaku ekoran daripada kekangan pihak penjajah sehingga skop pendidikan pada masa itu tidak dapat diperluaskan. Namun, berbeza pula jika kita lihat pendidikan di Malaysia pada masa sekarang di mana pendidikan merupakan satu medium perpaduan. Lantaran itu, pelbagai usaha bagi memantapkan pendidikan telah dijalankan seperti menerbitkan Akta Pendidikan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Namun, bermula tahun 2013 satu laporan pendidikan yang baru telah dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Diharapkan dengan usaha yang baru ini negara Malaysia dapat meneraju tahap pendidikannya ke tahap global. Penulisan akademik ini akan membincangkan tiga jenis konsep pendidikan iaitu Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, dan Standard Guru Malaysia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan Falsafah Pendidikan Kebangsaan secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan tahap pendidikan negara Malaysia setaraf dengan negara- negara maju yang lain. Seterusnya, Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan falsafah pendidikan yang telah digubal untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara elemen-elemen penting yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara, menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik serta progresif dan berdisiplin. Manakala, Standard Guru Malaysia pula merujuk kepada satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh para guru. Perbincangan pertama mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979, dan juga Rukun Negara telah dijadikan panduan bagi menggubal Falsafah Pendidikan

Upload: naim7641867

Post on 19-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

hzjhgsGGIGIUGUU

TRANSCRIPT

Page 1: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

BAHAGIAN A: PENULISAN AKADEMIK (BERKUMPULAN)

Negara Malaysia telah memantapkan tahap pendidikannya melalui sistem pendidikan

yang baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Transformasi pendidikan ini

melibatkan tiga gelombang atau fasa yang mengambil masa tiga belas tahun bermula tahun

2013-2025. Sememangnya, transformasi pendidikan yang terancang ini mampu memberi

cabaran yang besar buat dunia profesion perguruan dan Kementerian Pendidikan Malaysia

dalam menghadapi cabaran di abad ke-21. Sememangnya, besar harapan buat semua agar

pelan pendidikan ini dapat dijalankan dengan sempurna. Jika kita lihat kebelakang,

pendidikan di Malaysia sebelum kemerdekaan hanyalah sekadar untuk memenuhi keperluan

bagi setiap kaum di mana pendidikan pada masa itu hanyalah menggunakan bahasa ibunda

masing-masing. Hal ini berlaku ekoran daripada kekangan pihak penjajah sehingga skop

pendidikan pada masa itu tidak dapat diperluaskan. Namun, berbeza pula jika kita lihat

pendidikan di Malaysia pada masa sekarang di mana pendidikan merupakan satu medium

perpaduan. Lantaran itu, pelbagai usaha bagi memantapkan pendidikan telah dijalankan

seperti menerbitkan Akta Pendidikan, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan. Namun, bermula tahun 2013 satu laporan pendidikan yang baru

telah dibentuk oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia. Diharapkan dengan usaha yang baru ini negara Malaysia dapat meneraju tahap

pendidikannya ke tahap global.

Penulisan akademik ini akan membincangkan tiga jenis konsep pendidikan iaitu

Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, dan Standard Guru Malaysia.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan falsafah pendidikan yang menjadi

panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Kewujudan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan tahap pendidikan negara

Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Seterusnya, Falsafah Pendidikan

Guru (FPG) merupakan falsafah pendidikan yang telah digubal untuk merealisasikan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Antara elemen-elemen penting yang terkandung

dalam Falsafah Pendidikan Guru ialah berpekerti mulia, berpandangan progresif dan

saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan budaya negara,

menjamin perkembangan individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,

demokratik serta progresif dan berdisiplin. Manakala, Standard Guru Malaysia pula merujuk

kepada satu standard yang menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh

para guru.

Perbincangan pertama mengenai Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan (FPK) merupakan falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi

Page 2: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

semua aktiviti pendidikan di Malaysia. Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta

Pelajaran 1961, Dasar Pelajaran Kebangsaan 1979, dan juga Rukun Negara telah dijadikan

panduan bagi menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kewujudan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan secara tidak langsung bertujuan untuk memastikan tahap

pendidikan negara Malaysia setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Falsafah

Pendidikan Kebangsaan menggariskan beberapa tujuan dan maklamat pendidikan iaitu

untuk melahirkan insan yang berilmu,berakhlak mulia dan bertanggungjawab untuk menjadi

warganegara yang baik.

Selain itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjelaskan tujuan dan matlamat

pendidikan untuk individu dan negara. Kedua-dua tujuan tersebut selaras, iaitu untuk

melahirkan insan yang berilmu, berakhlak mulia dan bertanggungjawab yang juga akan

menjadi seorang warganegara yang baik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi

beberapa perkara iaitu konsep pendidikan sebagai suatu usaha berterusan,

memperkembang potensi individu, melahirkan rakyat Malaysia yang berpengetahuan,

menguatkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, melahirkan rakyat Malaysia yang

berketerampilan, melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak mulia, membina rakyat

Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memastikan rakyat Malaysia

memberi sumbangan terhadap keluarga, masyarakat dan negara.

Sebagaimana yang kita tahu, pendidikan memainkan peranan utama dalam

memperkembang potensi individu. Jika diberikan peluang yang secukupnya,setiap potensi

yang ada pada diri seseorang individu boleh dikembangkan ke suatu tahap yang cemerlang.

Contohnya, seseorang yang selalu bermain permainan komputer sebenarnya mempunyai

potensi yang boleh diasah kerana melalui permainan komputer seseorang dilatih untuk

berfikir secara kritis dan kritikal dalam situasi yang mencemaskan. Selain itu koordinasi

tangan dan mata juga menjadi ebih cekap seterusnya membolehkan seseorang itu bermain

sesuatu sukan yang memerlukan koordinasi mata dan tangan yang baik seperti bola

keranjang. Oleh yang demikian, usaha untuk memperkembang potensi individu perlu

dirancang dan dilaksanakan dengan teratur bagi memastikan potensi seseorang individu

tersebut berada pada tahap yang optimum. Seterusnya potensi ini boleh dikembangkan bagi

mengimbangi kebolehan individu tersebut.

Amalan membaca merupakan satu amalan yang dapat memberi banyak faedah

kepada individu mahupun sesebuah masyarakat. Ini kerana melalui proses membaca kita

dapat menambahkan ilmu pengetahuan, memperkayakan maklumat, memantapkan fikiran

dan meningkatkan keyakinan seseorang ke arah kedewasaan berfikir. Melalui amalan

membaca juga, generasi yang kreatif dan inovatif dapat dilahirkan.Untuk membentuk rakyat

Page 3: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

Malaysia yang berilmu, budaya membaca hendaklah dipupuk dalam kalangan rakyat

Malaysia tanpa mengira status mahupun usia. Selain itu rakyat Malaysia hendaklah

meningkatkan ilmu pengetahuan masing-masing dengan menambah ilmu pengetahuan

mereka melalui amalan membaca buku, bertukar-tukar idea dan pandangan antara satu

sama lain serta sentiasa menimba ilmu dan belajar benda yang baru tidak kira di mana

mereka berada.

Di samping bertujuan untuk membentuk rakyat Malaysia yang berilmu, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan turut bertujuan untuk membentuk rakyat Malaysia yang berakhlak

mulia. Setiap individu hendaklah menyedari kesan dan akibat perbuatan baik dan buruk

yang mereka lakukan seperti bersedekah, mencuri dan melakukan amal ibadah. Selain itu

mereka juga hendaklah memupuk nilai murni dalam diri masing-masing serta mengawal

tingkah laku mereka dan menghindari perlakuan buruk serta budaya-budaya negative

terutamanya budaya-budaya barat yang bertentangan dengan agama dan budaya tempatan

di sekililing kita. Nilai-nilai seperti bertolak-ansur, bekerjasama, hormat-menghormati dan

sayang-menyayangi dapat diterapkan melalui aktiviti seperti ziarah-menziarahi antara satu

sama lain, gotong-royong dan melawat rumah terbuka serta kenduri kahwin para kenalan.

Seterusnya, Falsafah Pendidikan Malaysia turut mempunyai objektif bagi

membolehkan rakyat Malaysia mencapai kesejahteraan diri. Kesejahteraan diri merujuk

kepada tahap kesihatan seseorang dari segi mental dan fizikal. Kesihatan mental

memerlukan kita untuk memiliki pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri

sendiri manakala kesihatan fizikal memerlukan kita mempunyai tubuh badan yang sihat

melalui aktiviti riadah, gaya hidup yang sihat serta bebas dari sebarang penyakit yang kronik.

Rakyat Malaysia yang sejahtera boleh diwujudkan jika setiap individu mempunyai daya

ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran dalam hidup. Kesejahteraan berfungsi

untuk mewujudkan perhubungan yang baik serta mengeratkan hubungan silaturrahim

sesama masyarakat. Kesejahteraan diri juga membantu dalam membentuk fikiran yang

waras, jiwa yang tenang serta badan yang sihat.

Akhir sekali, Falsafah Pendidikan Kebangsaan digubal bagi memastikan setiap

individu dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat dan negara. Antara sumbangan yang boleh diberi ialah mengharumkan nama

Malaysia pada peringkat antarabangsa melalui beberapa cara seperti Sukan Olimpik dan

mempromosikan budaya dan tradisi rakyat Malaysia ke seluruh dunia. Antara individu yang

telah membantu mengharumkan nama Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David, Datuk Lee

Chong Wei dan Dato’ Jimmy Choo yang masing-masing menyumbang dalam bidang sukan

skuasy, sukan badminton dan rekaan fesyen kasut serta pakaian. Sumbangan juga boleh

Page 4: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

dicapai dengan memupuk perpaduan melalui semangat kerjasama, berbakti, bertoleransi,

kekitaan dan hormat-menghormati antara satu sama yang lain.

Kesimpulannya, berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, masyarakat boleh

menyumbang kepada negara dengan memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa

dan negara dengan menggunakan ilmu sains dan teknologi yang moden. Selain itu

masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk memperbaiki diri dan

melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang boleh digunakan untuk

membantu pembangunan negara kelak. Oleh itu, setiap rakyat wajib mengaplikasikan

elemen-elemen yang ada dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan cuba mengamalkan

serta menerapkan nilai-nilai murni yang ada terutamnya dalam generasi muda negara kita.

Semoga negara kita dapat membangun sejajar dengan negara maju yang lain dan mencapai

Wawasan 2020 di masa akan datang.

Seterusnya kita lihat pula kepada Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Falsafah

Pendidikan Guru merupakan dasar pendidikan yang telah dibentuk untuk menghasilkan guru

yang akan merealisasikan konsep yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara.

Kronologi kepada terbentuknya Falsafah Pendidikan Guru ini bermula pada tahun 1982 di

mana Bahagian Pendidikan Guru (BPG) telah menjalankan penyelidikan peringkat

kebangsaan fasa pertama dan kedua bagi meninjau tanggapan masyarakat terhadap guru.

Melalui penyelidikan tersebut, para penyelidik telah bersetuju untuk melaksanakan Falsafah

Pendidikan Guru. Falsafah Pendidikan Guru ini bertujuan untuk membentuk guru yang

berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menyanjung aspirasi negara

serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin pembangunan individu dan

memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Falsafah Pendidikan Guru di Malaysia telah digubal berdasarkan Model Konseptual

Pendidikan Guru yang mengandungi tiga dimensi utama iaitu ketuhanan, kemasyarakatan,

dan kendiri yang terdiri daripada aspek jasmani, emosi, rohani, dan intelek (JERI). Melalui

dimensi ketuhanan, ia akan dapat meningkatkan ilmu para guru-guru melalui penghayatan

dan amalan individu yang berteraskan kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran agama.

Manakala, dimensi kemasyarakatan pula menggariskan penekanan peranan guru sebagai

seorang pendidik, pemimpin dan agen perubahan. Selain itu, dimensi kendiri pula

menggariskan tentang pengetahuan dan penghayatan perkembangan pendidikan dalam

kehidupan, kemahiran ikhtisas iaitu kemahiran untuk menggunakan bahan-bahan bagi

meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran, dan amalan nilai murni bagi

membentuk guru yang mempunyai amalan kasih sayang dan nilai integriti yang tinggi.

Natijahnya, Falsafah Pendidikan guru yang bersandarkan kepada tiga dimensi utama ini

Page 5: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

dapat menghasilkan guru yang berkualiti dari segi personaliti sehinggalah amalan individu,

berilmu serta mempunyai nilai keguruan bagi memacu generasi kini untuk mencapai hasrat

pendidikan dalam abad ke-21.

Seterusnya, terdapat lima elemen utama yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan

Guru. Elemen-elemen ini merupakan objektif utama terbentuknya Falsafah Pendidikan guru.

Elemen pertama adalah bagi membentuk guru yang berperwatakan yang mulia. Sebagai

seorang guru, menjadi satu kewajipan kepada mereka untuk berperwatakan mulia dan selalu

berdisiplin sama ada dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah kerana guru merupakan

“role model” kepada murid-muridnya. Ini adalah kerana, para pelajar yang belum lagi matang

biasnya suka mengikut perangai orang dewasa. Oleh itu, jika guru tidak berdisplin maka

semestinya murid juga tidak berdisiplin. Melalui elemen ini juga, seorang guru haruslah

pandai menghargai murid-murid. Ini kerana, merupakan lumrah kanak-kanak bahawa setiap

daripada mereka inginkan kasih sayang. Oleh itu, guru haruslah pandai dalam mengurus

murid-murid yang berbagai ragam agar mereka tidak mudah tersinggung dengan teguran

guru.

Elemen kedua yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Guru adalah untuk

membentuk guru yang berkembang maju dan berpandangan saintifik. Seorang guru

haruslah mempunyai kemahiran yang profesional dalam menyediakan bahan pengajaran

dan pembelajaran agar ia akan dapat menarik perhatian murid. Murid-murid lebih cenderung

untuk fokus kepada sesuatu perkara jika bahan pengajaran dan pembelajaran yang

digunakan adalah mengikut kesukaan mereka. Oleh itu, guru haruslah sentiasa dekat

dengan para pelajarnya agar para guru dapat mengetahui dengan lanjut apa yang disukai

dan apa yang tidak disukai oleh murid-murid mereka. Oleh yang demikian, guru-guru

haruslah membentuk satu persekitaran pembelajaran yang dapat diikuti oleh pelajar melalui

aktiviti dalam kelas yang kreatif dan menarik. Hal ini mampu untuk menarik minat pelajar

untuk belajar di samping hal ini mampu menunjukkan bahawa guru tersebut berpengetahuan

dalam bidang tugasnya.

Seterusnya elemen ketiga adalah untuk membentuk guru yang berkomited dalam

menegakkan aspirasi negara. Komited secara ringkasnya menjelaskan tentang orang yang

boleh membuat kerja dengan baik, mempunyai pengurusan masa yang efektif, kesungguhan

dalam menyelesaikan tugas serta kesanggupan untuk berkorban. Oleh itu, seorang pendidik

haruslah sentiasa komited dalam melaksanakan tugas agar aspirasi negara untuk

memartabatkan pendidikan dapat dicapai. Oleh itu, setiap guru haruslah menyemai nilai-nilai

positif seperti jujur, boleh dipercayai, amanah, dan patuh kepada negara agar mereka dapat

mencapai aspirasi negara. Melalui nilai yang dimiliki ini semestinya setiap guru akan

Page 6: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

sentiasa komited terhadap tugas yang digalasnya sebagai seorang pendidik anak bangsa

negara.

Selain itu juga, elemen yang turut digariskan dalam Falsafah Pendidikan Guru adalah

untuk mengekalkan warisan kebudayaan. Sudah menjadi tanggungjawab seorang guru

untuk menerapkan nilai-nilai kebudayaan rakyat Malaysia terhadap anak murid mereka. Ini

adalah kerana, kita sedia maklum bahawa pelajar-pelajar zaman sekarang kurang

penerapan terhadap warisan kebudayaan Malaysia. Hal ini disebabkan kurangnya

pendedahan yang diberikan oleh guru-guru mengenai warisan kebudayaan kepada pelajar-

pelajar semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Lantaran itu, ramai pelajar

zaman sekarang terlibat dalam gejala sosial seperti rempit, hisap dadah, merokok dan

sebagainya. Bagi mengatasi masalah ini, setiap guru haruslah menyemai nilai untuk

menghargai warisan kebudayaan negara kepada setiap murid-muridnya. Contohnya,

semasa Sambutan Kemerdekaan guru-guru haruslah menceritakan kepada pelajar tentang

sejarah kemerdekaan negara. Hal ini akan dapat meningkatkan semangat patriotisme dalam

kalangan murid-murid dan seterusnya Sambutan Kemerdekaan dapat disambut dengan

penuh sifat patriotisme.

Akhir sekali, dalam Falsafah Pendidikan negara turut terdapat elemen untuk

membangunkan individu dan mengekalkan disiplin masyarakat yang bersatu. Melalui elemen

ini, guru merupakan sebagai ejen perubahan dalam membentuk disiplin pelajar. Setiap guru

haruslah menjelaskan kepada murid-murid akan kepentingan disiplin agar mereka dapat

mematuhi peraturan yang telah ditetapkan. Melaui cara ini, murid-murid akan terhindar dari

membuat kesilapan yang boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan disiplin. Selain itu,

guru juga berperanan untuk menerapkan nilai hormat-menghormati dalam kalangan murid-

murid tanpa mengira warna kulit, agama dan kaum. Ini adalah kerana, murid-murid yang

diajar sekarang merupakan generasi pemimpin di masa hadapan. Oleh itu, menjadi

kepentingan kepada seorang guru bagi menerapkan nilai hormat menghormati dalam

kalangan murid-murid agar terhindarnya daripada berlaku maslah perpecahan kaum. Secara

amnya di sini, dapat kita lihat tentang fungsi guru yang memainkan peranan sebagai agen

perubahan di mana selain fokus dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru juga turut

memainkan peranan dalam mengubah sikap-sikap anak didik mereka.

Berdasarkan lima elemen utaman yang dijelaskan tadi dapat dilihat bahawa Falsafah

Pendidikan Guru ini sangat penting terutamanya kepada setiap pendidik. Impak dari

Falsafah Pendidikan Guru ini sangat penting di mana guru memainkan peranan penting

dalam setiap tindak-tanduk pergerakan pelajar. Melalui elemen yang terdapat dalam

Falsafah Pendidikan Guru, jelas menunjukkan bahawa guru merupakan ibu bapa kedua

Page 7: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

kepada pelajar-pelajar kerana guru dapat membentuk kualiti diri yang baik dalam kalangan

pelajar. Oleh itu, profesion perguruan haruslah lebih diperluaskan di Malaysia seperti yang

digariskan dalam Pelan Pembagunan Pendidikan Malaysia dalam anjakan keempat iaitu

untuk mentransformasikan profesion perguruan kepada satu profesion pilihan.

Seterusnya, kita beralih pula kepada perbincangan tentang Standard Guru Malaysia.

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai

oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan

bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan

sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan

perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. dengan kata lain,

standard guru Malaysia merupakan tahap yang telah ditetapkan oleh kerajaan yang perlu

dilepasi oleh setiap bakal guru di Malaysia dalam usaha melestari sistem pendidikan di

Malaysia untuk menjadi sistem pendidikan bertaraf antarabangsa dan tersenarai dalam 50

negara yang mempunyai sistem pendidikan yang paling efisien di seluruh dunia. Standard

Guru Malaysia (SGM) telah dilancarkan oleh Menteri Pendidikan pada 2 Disember 2009.

Standard Guru Malaysia ini telah dilancarkan di dalam satu dokumen yang bertujuan sebagai

panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan

dalam usaha untuk melahirkan guru berkualiti.

Dalam abad ke-21 ini, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi,

liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

(TMK). Sehubungan dengan itu Malaysia memerlukan modal insan yang juga celik TMK,

progresif dan mampu bersaing di pasaran kerja global. Sehubungan dengan itu, SGM

diperkenal dengan harapan untuk mengenal pasti tahap kompetensi profesional guru dalam

aspek amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman, serta

kemahiran pengajaran dan pembelajaran. Tujuan kedua SGM diperkenal adalah untuk

mengenal pasti tahap penyediaan dan pelaksanaan keperluan latihan oleh agensi dan

institusi latihan perguruan bagi menjamin tahap kompetensi guru yang ditetapkan tercapai.

Hal ini seterusnya akan dapat meningkatkan tahap dan kualiti sistem pendidikan negara.

Sekiranya kaedah ini berjaya, maka lebih ramai anak didik yang berjaya dan seimbang dari

setiap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial akan berjaya dilahirkan kerana

segalanya bermula daripada seorang guru. Jika baik guru itu, maka baik jualah anak

didiknya. tetapi, jika buruk guru itu, maka buruk jualah anak didiknya. Orang-orang melayu

pada zaman dahulu telah mereka satu bidalan untuk menunjukkan betapa pentingnya guru

dalam memastikan tahap perkembangan bidang pendidikan dan pencapaian para pelajar

yang juga merupakan aset terpenting negara. bidalan tersebut adalah ‘Jika guru kencing

berdiri, maka anak murid kencing berlari’.

Page 8: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

Seterusnya, pengggubalan SGM adalah berteraskan kepada tiga prinsip dan proses.

Antara tiga prinsip dan proses tersebut adalah pernyataan standard dan keperluan jelas,

tepat, relevan, praktikal, adil, dan realistik. Kedua, standard dan keperluan yang

dicadangkan adalah berasaskan kajian serta penanda arasan, dan yang ketiga adalah

proses penggubalan dilaksanakan secara kolaboratif, telus, terbuka dan persetujuan

bersama dengan pihak-pihak berkepentingan. Standard guru Malaysia mempunyai dua

komponen utama yang saling berkait iaitu Standard (S) dan Keperluan (K). Gambar rajah di

bawah menjelaskan tentang kedua-dua komponen ini.

Standard pertama iaitu amalan nilai profesionalisme keguruan memperincikan

amalan nilai profesionalisme keguruan berdasarkan domain diri, profesion dan sosial, yang

patut ada pada seorang guru. Manakala, standard dua yang menyatakan berkenaan

pengetahuan dan kefahaman pula, telah memperincikan kompetensi ilmu pengetahuan dan

kefahaman tentang subjek pengkhususan, ilmu pendidikan, kurikulum dan kokurikulum yang

patut ada pada seseorang guru. Standard tiga pula yang berkaitan dengan kemahiran

pengajaran dan pembelajaran, telah memperincikan kompetensi kemahiran pengajaran dan

pembelajaran yang patut dikuasai oleh seorang guru. Oleh sebab itu, sekiranya para guru

gagal mencapai standard yang telah ditetapkan oleh kerajaan, maka para guru tersebut

perlulah meningkatkan lagi usaha agar sistem pendidikan Malaysia akan sentiasa meningkat

dan semakin cemerlang, gemilang dan terbilang dari semasa ke semasa.

Page 9: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

Rajah di atas telah diambil dan disunting daripada laman web rasmi Kementerian

Pendidikan Malaysia. Menurut rajah di atas huruf G yang terletak di tengah-tengah rajah

merupakan guru yang dihasratkan oleh Malaysia di mana mereka mempunyai kompetensi

yang tinggi dalam aspek amalan nilai profesionalisme keguruan seperti yang terkandung

dalam standard satu. Selain itu, guru-guru juga perlu berpengetahuan dan berkefahaman

seperti yang terkandung dalam standard dua, serta mempunyai kemahiran pengajaran dan

pembelajaran seperti yang terkandung dalam standard tiga. ketiga-tiga standard tersebut

digambarkan oleh tiga lingkaran kecil yang bertindan. Hal ini membawa maksud bahawa

setiap guru perlu menguasai ketiga-tiga aspek tersebut supaya mencapai tahap Standard

Guru Malaysia. Lingkaran besar putih yang melingkari ‘Standard’ menggambarkan keperluan

utama yang patut disediakan oleh agensi dan Institusi Latihan Perguruan bagi menyokong

dan membantu guru mencapai standard. Lingkaran besar yang memagari ‘keperluan’

menggambarkan asas penentuan ‘standard’ dan ‘keperluan’ iaitu Misi Nasional, Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, Tatasusila Profesion Keguruan, dan

Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia. Glob di tengah-tengah lingkaran standard

merujuk kepada kualiti guru bertaraf dunia yang dipertanggungjawab membangunkan modal

insan berminda kelas pertama, iaitu menguasai ilmu dan kemahiran tinggi, menjunjung nilai

budaya bangsa, memiliki semangat patriotisme yang utuh, mempunyai daya saing yang

tinggi dan berwibawa.

Seterusnya, Buku Standard Guru Malaysia bersama-sama dengan Buku Panduan

Standard Guru Malaysia dan Manual Instrumen Standard Guru Malaysia yang telah

diterbitkan dan diedarkan ke seluruh Malaysia dalam kuantiti yang telah ditetapkan akan

Page 10: Bahagian a- Compilasjxtion FPK,FPG,SGM

dapat memastikan guru yang dihasilkan mempunyai kompetensi yang tinggi dalam aspek

amalan nilai profesionalisme keguruan, pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran

pengajaran dan pembelajaran.

Sehubungan dengan itu, kerajaan Malaysia amnya dan Kementerian Pendidikan

Malaysia khususnya amat berharap agar para guru dapat memenuhi standard guru Malaysia

dan sekaligus akan meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia dan menaikkan nama

Malaysia ke serata dunia seperti mana nama United Kingdom yang telah terkenal dan

menjadi rebutan pelajar-pelajar di seluruh dunia untuk belajar di sana. Hal ini sekaligus akan

menjayakan falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru yang mana

kedua-duanya berhasrat untuk melahirkan pelajar yang kompeten dan guru yang kompeten

serta meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia.

Berdasarkan perbincangan mengenai ketiga-tiga konsep pendidikan, iaitu Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru, dan Standard Guru Malaysia, dapat kita

lihat ketiga-tiga konsep pendidikan ini membawa maksud dan tujuan yang berbeza namun ia

sebenarnya mempunyai satu tujuan utama yang sama iaitu untuk meningkatkan kualiti

pendidikan. Jadi, menerusi ketiga-tiga konsep ini dapat kita lihat bahawa Kementerian

Pendidikan Malaysia sangat komited untuk meningkatkan pencapaian pendidikan di

Malaysia. Oleh itu., dapat disimpulkan bahawa ketiga-tiga konsep pendidikan ini merupakan

wadah kepada transformasi pendidikan di Malaysia pada masa hadapan. Justeru itu, semua

pihak yang melibatkan pelajar, guru, masyarakat, mahupun Kementerian Pendidikan

Malaysia haruslah sentiasa bersatu teguh agar pendidikan dapat dipertingkatkan.

Mempertingkatkan kualiti pendidikan di Malaysia amat penting kerana kita ingin menuju ke

satu tahap pendidikan global iaitu pendidikan yang melibatkan semua lapisan masyarakat di

Malaysia. Oleh itu, marilah kita sama-sama bersatu hati menyokong gagasan Malaysia bagi

menjayakan transformasi pendidikan yang baru, yang digubal mengikut acuan ketiga-tiga

konsep pendidikan tadi iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia agar tahap

pendidikan di Malaysia akan diiktiraf di seantero dunia.

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD SAHARUDIN BIN SETAPA

LUQMANUL IRFAN BIN ABDUL RAZAK

MOHD SYAMI AIRI BIN MAT YUNOH