bab iii pgd revised

17
BAB III PANDANGAN DARI SUDUT AGAMA DALAM PENGGUNAAN TEKNIK “PREIMPLANTATION GENETIC DIAGNOSIS” (PGD) 3.1 PENGENALAN Selepas meneliti perbincangan isu-isu etika yang bakal timbul akibat penggunaan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD), BAB III ini akan membincangkan pandangan dari sudut agama dalam penggunaan teknik PGD di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai latar belakang yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada kaum dan agama yang berlainan. Oleh itu, ia adalah agak penting untuk memberikan perhatian terhadap pandangan yang diberikan oleh setiap agama seperti agama Islam, agama Buddha, agama Hindu dan agama Kristian yang merupakan agama-agama yang paling banyak dianuti oleh golongan masyarakat di Malaysia. 3.2 AGAMA ISLAM Apakah sudut pandangan daripada perspektif agama Islam terhadap penggunaan teknik PGD yang mesti diikuti dengan teknik IVF terlebih dahulu berdasarkan isu-isu etika yang telah dibincangkan dalam BAB II? Adakah tindakan memusnahkan embrio yang dihasilkan melalui teknik IVF dikatogerikan sebagai tindakan membunuh seorang

Upload: rong-hui

Post on 14-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

pgd

TRANSCRIPT

BAB III

PANDANGAN DARI SUDUT AGAMA DALAM PENGGUNAAN TEKNIK PREIMPLANTATION GENETIC DIAGNOSIS (PGD)

3.1PENGENALAN

Selepas meneliti perbincangan isu-isu etika yang bakal timbul akibat penggunaan teknik Preimplantation Genetic Diagnosis (PGD), BAB III ini akan membincangkan pandangan dari sudut agama dalam penggunaan teknik PGD di mana Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai latar belakang yang unik kerana rakyatnya terdiri daripada kaum dan agama yang berlainan. Oleh itu, ia adalah agak penting untuk memberikan perhatian terhadap pandangan yang diberikan oleh setiap agama seperti agama Islam, agama Buddha, agama Hindu dan agama Kristian yang merupakan agama-agama yang paling banyak dianuti oleh golongan masyarakat di Malaysia.

3.2AGAMA ISLAM

41

Apakah sudut pandangan daripada perspektif agama Islam terhadap penggunaan teknik PGD yang mesti diikuti dengan teknik IVF terlebih dahulu berdasarkan isu-isu etika yang telah dibincangkan dalam BAB II? Adakah tindakan memusnahkan embrio yang dihasilkan melalui teknik IVF dikatogerikan sebagai tindakan membunuh seorangmanusia? Persoalan-persoalan yang dinyatakan di atas merupakan isu yang dihadapi oleh masyarakat beragama Islam pada hari ini, disebabkan tiadanya garis panduan yang jelas berkenaan dengan penggunaan teknik IVF dan PGD yang dibekalkan berdasarkan kepada sumber-sumber utama agama Islam iaitu, Al-Quran dan Al-Sunnah. Walaupun bidang teknologi dan ciptaan Sains kian berkembang dan memberikan cabaran-cabaran baharu, namun golongan juris Islam masih boleh menggunakan pendekatan lain seperti Usul al-Fiqh bagi menyelesaikan masalah yang semakin rumit ini.Sebelum meneliti kepada pandangan golongan ulama Islam terhadap penggunaan teknik IVF dan PGD, terdapat satu hadis di mana Nabi Muhammad s.a.w pernah mengatakan bahawanya:Allah mencipta penyakit dan kaedah merawatnya. Allah telah menyediakan setiap kaedah rawatan bagi setiap penyakit. Jadi, sesungguhnya anda hendaklah merawat penyakit dengan ubat-ubatan dan bukan ubat-ubatan yang dilarang[footnoteRef:2] [2: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014). ]

Berdasarkan kepada hadis di atas, terdapat dua pandangan yang boleh disimpulkan. Pertama, Allah telah mencipta rawatan bagi setiap penyakit, maka manusia mestilah meneruskan penyelidikan dalam bidang perubatan bagi menyelesaikan cabaran dalam penyakit genetik seperti penyakit Huntington. Kedua, ketika menjalankan penyelidikan perubatan, para penyelidik mestilah tidak menggunakan ubatan atau bahan larangan bagi mencari rawatan yang sah dan berkesan. Teknik IVF (in vitro fertilisation) merupakan salah satu teknik di bawah bidang teknologi reproduktif yang digunakan pada abad ke-21 ini. Teknik IVF merupakan satu teknik Sains di mana pasangan yang tidak berjaya dalam penghamilan akan menjalani satu proses di mana sel telur yang matang akan diekstrak daripada ovari perempuan dan dicampur dengan air mani lelaki bagi membolehkan proses persenyawaan berlaku.[footnoteRef:3] Apabila sel telur yang disenyawakan telah mula membahagi, sel tersebut akan dipindahkan ke dalam rahim perempuan tersebut. Menerusi penjelasan proses teknik IVF secara ringkas di atas, kelihatan tiadanya prinsip atau larangan yang jelas dalam peruntukan al-Quran dan al-Sunnah mengenai teknik IVF.[footnoteRef:4] Namun demikian, merujuk kepada persamaan antara IVF dan beberapa aspek, terutamanya dalam elemen reproduktif iaitu menerusi persetubuhan, hukum agama Islam yang melarang perbuatan zina atau persetubuhan yang haram mestilah dipertimbangkan bagi menentukan sama ada teknik IVF merupakan satu rawatan perubatan yang sah atau tidak dalam konteks agama Islam. Menurut para Juris Muslim, Qiyas mempunyai empat elemen asas iaitu asl (kes asal yang telah mempunyai penetapan prinsip dan hukum yang jelas), far(kes baru yang memerlukan prinsip dan hukum), illah (sebab yang efektif di mana ia merupakan satu prinsip yang umum bagi kes asal dan kes baru), dan hukm (prinsip dalam kes asal yang boleh dilanjutkan kepada kes lain).[footnoteRef:5] Menerusi penggunaan kaedah Qiyas untuk mentafsir teknik IVF, ia merupakan satu kes baharu dan kes asalnya ialah persetubuhan. Alasan umum bagi teknik IVF merangkumi kesihatan bayi dan kesihatan ibu bapa serta perlindungan keturunan. Secara ringkasnya, apabila teknik IVF adalah bersamaan dengan konsep persetubuhan haram atau zina, hukumnya ialah haram dan jika teknik IVF bersamaan dengan persetubuhan antara pasangan suami isteri yang sah, hukumnya ialah halal. [3: Warnock, M., A Question of Life: The Warnock Report on Human Fertilisation and Embryology, (1985), hlm 29. ] [4: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).] [5: Al-Zarqa, Mustafa Ahmad, Al-Fiqh Al-Islami fi Thawbihi Al-Jadid, Al-Madkhal Al-Fiqhi Al-Adam, Dar Al-Fikr Liltibaah, Damascus (1967), Jilid 1, perenggan 10.]

Majma Al-Fiqh Al-Islam (Majlis Fiqh Islam) telah mengatakan bahawanya teknik IVF adalah dilarang mengikut konteks Syariah Islam atas sebab persamaannya dengan elemen persetubuhan haram.[footnoteRef:6] Namun demikian, majlis tersebut masih membenarkan teknik IVF digunakan dengan syarat bahawanya, sperma suami dan sel telur isteri yang telah berjaya disenyawakan mestilah dipindahkan ke dalam rahim isteri yang sama. Sebagai kesimpulan kecil bagi perbincangan teknik IVF dalam konteks agama Islam, teknik ini dibenarkan selagi ia tidak mengelirukan keturunan seseorang dan penggunaannya tidak mempunyai elemen persetubuhan haram, maka hukumnya ialah halal dan harus. Hukuman di bawah teknik IVF adalah sangat penting untuk diketahui kerana jikalau teknik IVF adalah haram dilaksanakan di bawah pandangan agama Islam, maka teknik PGD adalah mustahil dikendalikan disebabkan seperti yang telah dibincangkan dalam BAB I, teknik PGD memerlukan lebih daripada satu embrio untuk menjalani proses pemeriksaan penyakit genetik. Oleh itu, buat masa ini sehingga tahun 2014 hanyalah teknik IVF sahaja yang mampu menghasikan embrio dalam kuantiti yang banyak bagi menjayakan teknik PGD. [6: Question #3474: Test-tube babies, Islam Q&A website, Al-Majma Al-Fiqhi, http://www.islam-qa.com (17 May 2014).]

Selain daripada teknik IVF, teknik PGD juga harus dikupas secara terperinci menurut perspektif agama Islam. Secara umumnya, teknik PGD membantu menambah peluang kejayaan dalam proses teknik IVF dalam membendung peristiwa pengguguran akibat embrio yang tidak normal. Menurut ulama-ulama Islam, teknik PGD haruslah digalakkan kerana teknik ini membantu menyelamatkan janin daripada mewarisi penyakit genetik seperti penyakit Tay-Sachs dan ia juga mengurangkan kebarangkalian untuk memilih menghentikan penghamilan atas dasar dikenalpasti menghamil bayi yang mewarisi penyakit genetik.[footnoteRef:7] Menurut Profesor Abou Al-Serour, pakar dalam bidang obstetrik dan ginekologi serta pengarah bagi Pusat Islam Antarabangsa Pengajian dan Penyelidikan Populasi di Universiti Al-Azhar, teknik PGD haruslah digalakkan atas alasan teknik ini boleh membantu mengurangkan risiko kebarangkalian bayi yang mewarisi penyakit genetik yang ada pada ibubapanya.[footnoteRef:8] Terdapat tiga hadis yang dirujuk oleh Profesor Abou Al-Serour bagi mengukuhkan pendapat beliau bahawanya agama Islam memandang berat terhadap isu mencegah kecacatan semulajadi sejak dilahirkan. Hadis pertama yang dirujuk oleh beliau menurut Nabi Muhammad ialah: [7: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014). ] [8: Al-Serour, Gamal A (2000), Ethical Implication of Human Embryo Research in Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), http://www.isesco.org.ma (17 May 2014).]

Pilihlah isteri anda secara berhati-hati dalam perkara bagi mendapatkan zuriat kerana hal keturunan merupakan perkara yang penting[footnoteRef:9] [9: Al-Ghazali, Abi Hamid, Ihya Ulum Al-Din, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Jilid 2, hlm 47]

Hadis kedua oleh Nabi pula membawa maksud:Janganlah berkahwin dengan saudara-mara yang dekat kerana perbuatan ini akan melemahkan kesihatan bakal zuriat anda[footnoteRef:10] [10: Al-Ghazali, Abi Hamid, Ihya Ulum Al-Din, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Jilid 2, hlm 47.]

Hadis ketiga yang dirujuk berbunyi:Anda akan melemahkan cucu-cicit anda. Sesungguhnya anda patut berkahwin dengan orang asing[footnoteRef:11] [11: Al-Ghazali, Abi Hamid, Ihya Ulum Al-Din, Beirut, Dar Al-Kutub Al-Ilmiyyah, Jilid 2, hlm 47.]

Secara kesimpulannya, menerusi rujukan ketiga-tiga hadis di atas, Profesor Abou Al-Serour berpendapat bahawanya penggunaan teknik PGD yang bakal memanfaatkan golongan masyarakat Muslim dengan melahirkan insan yang bebas daripada penyakit genetik haruslah diteruskan dan hukumnya ialah halal.[footnoteRef:12] [12: Al-Serour, Gamal A (2000), Ethical Implication of Human Embryo Research in Islamic Educational, Scientific and Cultural Organization (ISESCO), http://www.isesco.org.ma (17 May 2014). ]

Tambahan lagi, satu bengkel antarabangsa yang dianjurkan oleh Pusat Islam Antarabangsa Pengajian dan Penyelidikan Populasi, Universiti Al-Azhar, yang bertema Ethical Implications of the Use of ART for Treatment of Infertility Update telah dilangsungkan pada November 2000 di Cairo.[footnoteRef:13] Menerusi perbincangan dalam bengkel ini, ia telah mencadangkan bahawanya penggunaan teknik PGD haruslah bermanfaat dengan memfokuskan kepada isu penyelesaian masalah penyakit genetik serta keadaan patologi sahaja dan bukannya kepada unsur selain daripada penyakit genetik seperti ketinggian dan kecerdikan.[footnoteRef:14]Secara dasarnya, agama Islam telah membenarkan penggunaan teknik PGD digunakan untuk memanfaatkan kesihatan golongan manusia daripada penyeksaan penyakit genetik. Namun demikian, ajaran agama Islam menekankan kepentingan nyawa manusia daripada diancam dan ekoran daripada penekanan tersebut, status embrio manusia haruslah dibincangkan mengikut konteks Syariah Islam juga. [13: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).] [14: Serour, Gamal I, Attitudes and cultural perspectives on infertility and its alleviation in the Middle East area, http://www.who.int/reproductive-health/infertility/8.pdf, hlm 47 (17 May 2014).]

Teknik IVF dan PGD merupakan teknik yang menggunakan paling banyak embrio untuk dibuat penyelidikan bagi membolehkan kedua-dua teknik ini mencapai peluang kejayaan yang tinggi. Namun demikian, terdapat persoalan-persoalan yang timbul apabila status embrio dibangkitkan iaitu, sama ada embrio diiktiraf sebagai manusia atau tidak dan adakah pembuangan embrio yang menghidapi penyakit genetik bersamaan dengan tindakan membunuh seorang manusia? Oleh hal yang demikian itu, apakah status yang diperuntukkan dalam ajaran agama Islam terhadap embrio yang digunakan sebagai bahan penyelidikan? Menurut Al-Quran, Surah Al-Hajj: 5 berbunyi:Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak tentang kebangkitan makhluk, maka kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya Berdasarkan kepada surah di atas, ulama Islam yang terkenal seperti Al-Bouti dan Al-Zuhayli telah membincangkan pandangan majoriti daripada sekolah jurispruden Islam terhadap perkara berkaitan dengan status embrio.[footnoteRef:15] Pandangan daripada sekolah jurispruden Islam tersebut adalah berdasarkan kepada tiga hadis riwayat Nabi Muhammad dan empat kriteria yang dicadangkan oleh Al-Bouti. Antara kriteria yang dicadangkan ialah: (1) sel sperma tidak mempunyai status sebagai insan yang hidup maka pembinasaannya bukan haram, melainkan ia bercantum dengan sel telur dan bertukar menjadi alaqah, (2) jika kehidupan tersebut diiktiraf, maka nyawa tersebut mestilah dilindungi dan sebarang tindakan yang mengugat nyawa seperti pengguguran atau sebagainya mestilah dilarang kecuali atas dasar keadilan, (3) bagi menentukan elemen pengguguran, tiga hak yang relevan haruslah dipertimbangkan iaitu hak embrio sendiri, hak ibubapa serta hak masyarakat termasuk Allah, dan (4) elemen yang boleh disimpulkan menerusi tiga hadis yang dirujuk seperti di bawah.[footnoteRef:16] [15: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014). ] [16: Al-Bouti, M.Said Ramadan, Masalat Tahdid Al-Nasl Wiqayatan Wa Ilajan, Damascus Maktabat Al-Farabi, Edisi Ke-4, 1988, hlm 69-72. ]

Hadis pertama berbunyi:Ciptaan semua manusia terbentuk dalam rahim ibu selama 40 hari sebagai nutfah kemudian alaqah bagi tempoh waktu yang sama, seterusnya mudghah bagi satu tempoh sebelum Jibril dihantar untuk memberikan roh Hadis kedua berbunyi:Jika 42 malam telah lepas terhadap janin tersebut, Allah akan menghantar Jibril kepadanya untuk membentuk dan mencipta pendengaran, penglihatan, kulit, daging, dan tulang. Kemudian, ia bertanya, Ya Allah, adakah ia lelaki atau perempuan? Maka, Allah akan menentukannya mengikut kehendaknyaHadis ketiga berbunyi:Dua wanita dari Bani Hadhil telah bergaduh; satu daripadanya membuang batu terhadap satu yang lain dan mengakibatkannya mati bersama janin dalam rahimnya. Pertelingkahan ini dibawa kepada Nabi di mana Baginda mengatakan bahawa diyyah untuk janin ialah ghurrah dan diyyah penuh untuk wanita tersebut dan dibayar oleh wanita yang bersalah itu Berdasarkan kepada hadis dan kriteria di atas, para juris Islam telah membentuk tiga pandangan umum.[footnoteRef:17] Pertamanya, golongan Maliki dan Al-Ghazali daripada sekolah Shafiie, berpendapat bahawa embrio ialah kehidupan yang suci sejak sel sperma dan sel telur bercantuman. Oleh itu, apa-apa serangan terhadap embrio pada bila-bila masa adalah disifatkan sebagai jenayah.[footnoteRef:18] Pandangan kedua merupakan pandangan majoriti di mana pandangan ini membabitkan golongan Hanafi, Shafiie, Zahiris dan segolongan daripada pengikut Hanbali. Pandangan kedua ini mengatakan bahawanya status embrio akan mendapat status sebagai manusia selepas 40 hari ia dikandung dalam rahim kerana pada masa itulah cirri-ciri fizikal manusia terbentuk. Oleh demikian itu, peninggalan atau pembuangan embrio yang kurang daripada 40 hari tidaklah disifatkan sebagai jenayah.[footnoteRef:19] Pandangan ketiga melibatkan segolongan pengikut Hanbali berpendapat bahawa embrio mendapat statusnya sebagai manusia selepas mencecah 120 hari kehamilan di mana pada waktu itulah embrio tersebut memiliki roh dan boleh menjadi manusia. Oleh itu, serangan terhadap embrio yang kurang daripada 120 hari tidaklah dikatogerikan sebagai jenayah menurut pandangan ketiga ini.[footnoteRef:20] Dengan merujuk kepada ketiga-tiga pandangan ini, embrio sememangnya layak diberikan perlindungan ibarat manusia biasa yang hidup atas tanah. Namun demikian, konsep yang lebih tepat mengikut Mahrdi Zahraa dan Shaniza Shafie adalah berdasarkan pandangan kedua kerana sel daging yang tidak mempunyai cirri-ciri fizikal manusia tidaklah akan dikatogerikan sebagai manusia kerana pembentukannya mungkin akan terhenti pada bila-bila masa.[footnoteRef:21] [17: Boukhari, Sophie, Religion, Genetics and the Embro in UNESCO Courier Sept 1999, hlm 24, http://www.unesco.org/courier/1999_09/ (17 May 2014).] [18: Al-Shaqfah, M.Bashir, Al-Fiqh Al Maliki fi Thawbihi Al-Jadid, Damascus: Dar Al-Qalam (2001), Edisi Ke-2, Jilid 3, hlm 58-60.] [19: Al-Bouti, M.Said Ramadan, Masalat Tahdid Al-Nasl Wiqayatan Wa Ilajan, Damascus Maktabat Al-Farabi, Edisi Ke-4, 1988, hlm 72-78. ] [20: Al-Bouti, M.Said Ramadan, Masalat Tahdid Al-Nasl Wiqayatan Wa Ilajan, Damascus Maktabat Al-Farabi, Edisi Ke-4, 1988, hlm 78-80.] [21: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014). ]

Secara kesimpulannya, mengikut konteks pandangan agama Islam terhadap penggunaan teknik PGD ialah teknik ini dibenarkan tetapi mesti mengikuti syarat-syarat tertentu seperti yang dikemukakan dalam perbincangan sebelum ini. Terdapat satu Usual Al-Fiqh Islam yang menyatakan bahawanya, semua perkara adalah dibenarkan melainkan dilarang dibawah hukum syarak Islam. Maka dengan merujuk kepada Usul Al-Fiqh ini, teknik PGD adalah halal dan dibenarkan selagi penggunaan tidak terlibat dalam elemen persetubuhan haram, pembunuhan embrio yang mempunyai sifat-sifat manusia dan kegiatan melakukan teknik PGD bukan atas kesihatan generasi baru.[footnoteRef:22] Oleh itu, teknik PGD adalah harus dijalankan berdasarkan konsep agama Islam yang mementingkan kesihatan golongan penganutnya. [22: Mahdi Zahraa and Shaniza Shafie, An Islamic Perspective on IVF and PGD, With Particular Reference To Zain Hashmi, And Other Similar Cases, http://www.jstor.org/discover/10.2307/27650544?uid=3738672&uid=2&uid=4&sid=21103533481473 (17 May 2014).]

3.3AGAMA BUDDHA Agama Buddha merupakan satu ajaran agama yang tidak melihat penciptaan nyawa manusia sebagai sesuatu benda yang suci daripada Tuhan. Namun demikian, ajaran agama Buddha sangat memandang berat terhadap isu etika dan larangan kezaliman serta niat tidak membahayakan nyawa seseorang.[footnoteRef:23] Menurut agama Buddha, isu berkaitan bilakah embrio mendapat taraf perlindungan seperti manusia biasa bukanlah satu permasalahan yang perlu didebatkan kerana agama Buddha mengiktiraf bahawa embrio merupakan satu benda yang bernyawa, maka embrio berhak dilindungi dan tidak boleh dibahayakan secara sewenang-wenangnya.[footnoteRef:24] Oleh hal yang demikian, ajaran agama Buddha melihat serius tentang isu pengguguran di mana perbuatan tersebut dikatogerikan sebagai perbuatan yang tidak bermoral menurut agama Buddha. [23: Peter Harvey, A Buddhist Perspective on Pre-implantation Genetic Diagnosis, http://www.bionews.org.uk/page_38031.asp (17 May 2014). ] [24: Helen Twokov, Anti-abortion/Pro-choice: Taking Both Sides, Tricycle: The Buddhist Review, 1(3), 1992, hlm60-69, http://www.tricycle.com/node/31928 (17 May 2014).]

Perbincangan tentang perlaksanaan teknik PGD menurut pandangan ajaran agama Buddha bermula dengan niat umum yang digunakan semasa teknik tersebut dijalankan. Niat pertama yang dibentangkan ialah membolehkan pasangan suami isteri mendapat anak tetapi tidak membebankan mereka dengan anak yang mengalami kecacatan atau menghidapi penyakit genetik. Niat kedua yang diutarakan pula mengatakan bahawanya, teknik PGD boleh membendung atau menghalang membawa kanak-kanak yang menghidapi penyakit genetik ke dunia. Ajaran agama Buddha lebih memfokuskan kepada isu moral berkaitan niat kedua berbanding niat pertama di mana agama Buddha lebih mengutamakan perkara yang membendung manusia daripada diseksa oleh penyakit genetik seperti penyakit talasemia jikalau pengetahuan tentang kewujudan penyakit waris ini ada pada embrio tersebut.[footnoteRef:25] [25: Peter Harvey, A Buddhist Perspective on Pre-implantation Genetic Diagnosis, http://www.bionews.org.uk/page_38031.asp (17 May 2014).]

Tambahan lagi, ajaran agama Buddha juga mempunyai pandangan berbeza dengan ajaran agama Islam mengenai teknik IVF (in vitro fertilisation). Berdasarkan ajaran agama Buddha, teknik IVF merupakan teknik yang tidak dipersetujui dalam agama Buddha di mana ajaran agama Buddha berpendapat bahawanya embrio memiliki status sebagai benda yang bernyawa, maka embrio-embrio lain yang hidup berhak untuk meneruskan kehidupannya dalam rahim wanita sehingga dilahirkan. Namun, demikian, terdapat kecualian jikalau dalam proses teknik IVF dilakukan, embrio yang dihasilkan mengalami kecacatan, maka pasangan suami isteri tersebut mempunyai pilihan untuk menamatkan nyawa embrio tersebut dengan syarat pasangan suami isteri tersebut faham tentang karma yang mungkin dihadapi oleh mereka pada masa depan.[footnoteRef:26] Secara dasarnya, agama Buddha melihat teknik PGD sebagai satu instrumen Sains yang berfaedah di mana PGD membolehkan seseorang dilahirkan dalam keadaan yang sihat dan cergas.[footnoteRef:27] [26: Peter Harvey, A Buddhist Perspective on Pre-implantation Genetic Diagnosis, http://www.bionews.org.uk/page_38031.asp (17 May 2014).] [27: Prof Suwanda H.J. Sugunasiri (Canada), Designer Babies Welcome in Buddhism, http://www.island.lk/index.php?page_cat=article-details&page=article-details&code_title=44144 (17 May 2014). ]

Selain daripada perbincangan di atas, ajaran agama Buddha juga mempunyai pandangan yang berbeza apabila menyentuh isu rawatan kemandulan dan juga isu kejuruteraan genetik. Sebagai contohnya, ajaran agama Buddha menitikberat tentang isu melegakan kesakitan, maka segala rawatan atau penyelidikan kejuruteraan genetik yang bermotif untuk melegakan kesakitan adalah dibenarkan.[footnoteRef:28] Tambahan lagi, agama Buddha yang menekankan undang-undang atau prinsip karma yang mengatakan bahawa segala tindakan manusia akan menghasilkan kesan kepada masa depan berdasarkan kepada apa tindakan yang dibuat. Maka menerusi tindakan melegakan kesihatan atau membendung kesakitan daripada berlaku, agama Buddha melihatnya sebagai karma yang positif, maka hukumnya adalah harus dan dibenarkan.[footnoteRef:29] [28: Katharine Porter, Buddhist Perspectives on Contemporary Religious and Moral Issues, Practical Resources for GSCE, 2009, http://www.farmington.ac.uk/documents/new_reports/WR63.pdf (17 May 2014).] [29: Katharine Porter, Buddhist Perspectives on Contemporary Religious and Moral Issues, Practical Resources for GSCE, 2009, http://www.farmington.ac.uk/documents/new_reports/WR63.pdf (17 May 2014).]

Terdapat juga pandangan yang menyokong bahawa teknik PGD adalah dibenarkan asalkan niat menjalankan teknik tersebut adalah bermoral. Menurut Persekutuan Agama Buddha Singapura (The Singapore Buddhist Federation), konsep asas ajaran agama Buddha ialah tidak membahayakan atau membunuh segala benda yang hidup di bumi, namun apabila agama Buddha berurusan dengan isu teknik PGD, niat kenapa teknik PGD dilakukan haruslah dirujuk sebagai rujukan utama. Oleh hal yang demikian itu, Persekutuan Agama Buddha Singapura berpendapat bahawanya selagi teknik PGD dilakukan adalah untuk kebaikan manusia dan bukan untuk mengaut keuntungan dari segi kewangan, maka perlaksanaan teknik ini adalah dibenarkan kerana factor niat adalah lebih relevan dirujuk berbanding dengan perbuatannya untuk dinilai sama ada bermoral atau tidak.[footnoteRef:30] [30: Laman Web: Singapore Buddhist Federation, http://www.buddhist.org.sg/ (17 May 2014).]

Kesimpulannya, ajaran agama Buddha membenarkan teknik PGD digunakan dengan syarat hanya untuk memanfaatkan golongan manusia daripada diseksa oleh penyakit genetik sahaja. Walaupun agama Buddha memegang prinsip yang teguh tentang tidak membahayakan nyawa atau membunuh segala kehidupan yang ada di bumi, namun niat tindakan yang diambil dalam perlaksaan PGD berkaitan dengan pemusnahan embrio yang mewarisi penyakit genetik adalah dibenarkan kerana agama Buddha menitikberat tentang isu kelegaan daripada seksaan penyakit genetik dalam kalangan penganutnya. Oleh hal yang demikian ini, bolehlah disimpulkan bahawa ajaran agama Buddha lebih memfokuskan niat seseorang sebelum menentukan sama ada tindakannya bermoral atau tidak.

3.4AGAMA HINDU Agama Hindu merangkumi pelbagai ideologi agama dan sistem falsafah. Manusia yang menganuti agama Hindu mempercayai dalam perkara dharma dan karma di mana karma yang dirujuk dalam agama Hindu adalah sama dalam agama Buddha. Agama Hindu tidak mempunyai satu buku agama yang lengkap seperti Bible yang digunakan sebagai sumber utama dalam pemberian doktrin atau prinsip yang menyumbangkan dalam ajaran agama Hindu. Namun demikian, agama Hindu mempunyai mempunyai pelbagai jenis bahan ilmiah, di mana bahan-bahan tersebut telah berjaya menyumbang dalam pembentukan prinsip-prinsip dalam agama Hindu. Agama Hindu Vedas menjelaskan bahawa kesemua hidupan yang ada atas bumi adalah suci termasuk binatang dan tumbuhan.[footnoteRef:31] Oleh itu, menurut penjelasan ini, agama ini mewajibkan penganutnya menghormati setiap nyawa yang wujud di bumi ini. [31: Anil Bhanot, The ethics of stem cell research: a Hindu view, http://www.bionews.org.uk/page_38022.asp (17 May 2014).]

Secara umumnya, agama Hindu berpendapat bahawa pemusnahan embrio secara sengaja merupakan satu tindakan membunuh kerana agama ini berpendapat bahawa pemusnahan tersebut akan mengganggu proses penjelmaan semula atas sebab roh dahuluan bakal dilahirkan semasa embrio dibentuk.[footnoteRef:32] Tambahan lagi, agama tersebut mengatakan bahawanya roh tidak akan mati dan isu berkaitan dengan reproduktif, agama Hindu memberikan penekanan untuk mendapatkan satu anak lelaki berbanding dengan sekadar mempunyai anak sahaja. Oleh yang demikian, agama Hindu membenarkan teknologi reproduktif dalam penyelesaian perkara untuk mendapatkan sekurang-kurangnya satu anak lelaki dengan syarat sel telur dan sperma itu mestilah datang daripada pasangan suami isteri yang sama. Namun begitu, amalan agama Hindu membenarkan sperma yang disumbangkan oleh orang lain dalam proses menjalankan teknik teknologi reproduktif seperti IVF dengan keadaan bahawanya penyumbang sperma mestilah merupakan saudara dekat pasangan suami tersebut[footnoteRef:33]. Selain itu, Hindu Endowments Board of Singapore membenarkan penyelidikan dijalankan di atas embrio sebelum pembentukannya mencapai 14 hari jikalau perbuatan ini dibuat atas dasar menjaga atau meningkatkan kualiti kehidupan manusia dari segi pencegahan penyakit.[footnoteRef:34] [32: The Status of the Human Embryo, Key Facts-Embryo and Religion, http://embryo-ethics.smd.qmul.ac.uk/key-facts/embryo-and-religion/ (17 May 2014).] [33: Laman Web: IVF Worldwide-Research & Education, http://www.ivf worldwide.com/education/introduction/ivf-global-perspective-religious/ivf-hindu.html (17 May 2014).] [34: Laman Web: Hindu Endowments Board of Singapore, http://www.heb.gov.sg/ (17 May 2014).]

Natijahnya, kita boleh menyimpulkan bahawanya agama Hindu merupakan satu ajaran agama yang melihat segala kehidupan yang ada di bumi sebagai kehidupan yang suci. Walaupun agama Hindu melarang pemusnahan embrio pada peringkat awal atas alasan unsur karma dan dharma yang akan ditemui oleh individu yang mengizinkan penyelidikan teknik PGD atau memusnahkan embrio tersebut sama ada secara langsung atau tidak. Namun demikian, agama Hindu tetap memberikan keizinan teknik PGD dan teknik IVF dijalankan dengan syarat niat semasa menggunakan embrio tersebut untuk penyelidikan mestilah bersifat bagi kebaikan bersama golongan manusia dan bukan untuk tujuan komersial. Kenyataan yang diberikan oleh Hindu Endowments Board of Singapore merupakan salah satu autoriti yang paling baik digunakan untuk menjelaskan bahawanya agama Hindu lebih melihat kepada konteks niat dan kesan penggunaan teknik PGD terhadap golongan manusia berbanding dengan mentakrif sama ada pemusnahan atau pembuangan embrio dikatogerikan sebagai pembunuhan atau tidak. Oleh demikian, agama Hindu boleh dikatakan membenarkan teknik teknologi reproduktif digunakan secara umum.

3.5AGAMA KRISTIAN

Agama Kristian merupakan salah satu agama yang mempunyai pellbagai jenis aliran seperti Vatican, Eastern Orthodox, Protestant, Anglican, Methodist dan sebagainya. Kesemua-semua aliran agama Kristian ini mempunyai pandangan yang berbeza terhadap perlaksanaan teknik PGD. Berdasarkan kepada pandangan agama Kristian tradisional, embrio memperolehi taraf sebagai seorang manusia bermula apabila sel telur bercantum dengan sperma. Oleh yang demikian, kebanyakan teknik teknologi reproduktif adalah dilarang atas prinsip embrio berhak dilindungi seperti sesorang manusia biasa.[footnoteRef:35] Aliran Vatican mempunyai prinsip yang teguh terhadap teknologi reproduktif sejak 1956, di mana Pop Pius XII mentakrifkan teknik teknologi reproduktif adalah tidak bermoral dan tidak sah kerana teknik tersebut akan menyebabkan manusia memisahkan isu reproduktif secara berasingan dengan persetubuhan antara lelaki perempuan yang asalnya bertujuan untuk menghasikan zuriat. Oleh hal itu, mengikut aliran Vatican, teknologi reproduktif seperti IVF dan PGD adalah dilarang sama sekali dalam isu berkenaan reproduktif kerana gereja Katholik memberikan perlindungan terhadap keselamatan manusia dan oleh kerana embrio mempunyai taraf seperti manusia, maka embrio tersebut tidak boleh diancam oleh sesiapa pun.[footnoteRef:36] Pada masa yang sama, bagi aliran Kristian yang lain seperti Anglican dan Protestant serta yang lain-lain mempunyai pendekatan yang lebih liberal terhadap penggunaan teknologi reproduktif. Aliran Protestant merupakan aliran agama Kristian yang membenarkan pengguguran awal kerana aliran ini tidak memandang bahawanya embrio disifatkan sebagai manusia maka proses penyelidikan yang dijalankan atas embrio adalah sah dan dibenarkan untuk kebaikan manusia.[footnoteRef:37] [35: Laman Web: IVF Worldwide Research & Education, http://www.ivf-worldwide.com/education/introduction/ivf-global-perspective-religious/ivf-christianity.html (17 May 2014). ] [36: Laman Web: IVF Worldwide-Research & Education, http://www.ivf-worldwide.com/education/introduction/ivf-global-perspective-religious/ivf-christianity.html (17 May 2014).] [37: Sozos J.Fasouliotis and Joseph G.Schenker, Preimplantation genetic diagnosis principles and ethics, Human Reproduction jilid.13 no.8 hlm2238-2245 http://humrep.oxfordjournals.org/content/13/8/2238.full.pdf (17 May 2014). ]

Menurut Profesor David Jones[footnoteRef:38] dari Kolej St. Mary, Twickenham mengatakan bahawanya gereja Kristian tidak pernah mendefinisikan perbuatan pengguguran sebagai membunuh secara rasmi. Menurutnya lagi, perbuatan pengguguran yang memusnahkan embrio secara umumnya adalah salah dari segi moral kerana tanpa mengambil pertimbangan sama ada perbuatan tersebut seiras dengan membunuh atau tidak, ia masih digolongkan sebagai suatu tindakan yang kejam terhadap masyarakat manusia. Tambahan lagi, menurut beliau agama Kristian tradisional hanyalah menekankan unsur hormat kepada nyawa manusia yang bermula daripada embrio. Tambahan lagi, menurut Majlis Gereja Kebangsaan Singapura, majlis tersebut memberikan pandangan bahawanya teknik PGD tidak harus dilaksanakan atas alasan bahawa teknik tersebut mengehendaki penciptaan embrio yang banyak bagi penyelidikan dan kebarangkalian isu pemusnahan embrio yang menghidapi penyakit genetik yang bakal dimusnahkan akan timbul.[footnoteRef:39] [38: Laman Web: Do Souls Matter? http://www.theguardian.com/commentisfree/andrewbrown/2008/nov/20/religion-embryo-research-souls (17 May 2014). ] [39: Laman Web: National Council of Churches of Singapore, http://info.nccs.org.sg/joom837/ (17 May 2014).]

Secara kesimpulannya, aliran yang berlainan dalam agama Kristian memberikan pandangan yang berbeza terhadap penggunaan teknik PGD kerana sesetengah aliran membenarkannya dan sesetengah lagi melarangnya. Namun demikian, semua aliran mempunyai satu persamaan iaitu agama tersebut mewajibkan penganut-penganutnya menghormati embrio sebagai sesuatu benda yang bernyawa. Pada masa yang sama, kita boleh melihat bahawanya agama Kristian sebenarnya masih memperuntukan sedikit ruang untuk perlaksanaan teknik PGD apabila ajaran aliran Protestant melihat penggunaan teknik ini dari sudut untuk memanfaatkan golongan manusia. Bagi membolehkan teknik PGD diterima secara hati terbuka dalam konteks agama Kristian, para penyelidik teknik PGD seharusnya lebih berhati-hati ketika menggunakan teknik IVF dalam penciptaan embrio bagi penyelidikan. Hal ini adalah sangat penting atas dasar agama Kristian melarang manusia berkelakuan zalim terhadap benda yang bernyawa.

3.6KESIMPULAN

Secara rumusan, kesemua agama yang dibincangkan di atas mempunyai pendapat yang berbeza dalam konteks mengiktiraf status embrio bagi mengenalpasti teknik PGD boleh dikendalikan atau tidak. Tetapi, menerusi perbincangan di atas terdapat satu persamaan yang boleh dikesan iaitu semua agama memberikan pengiktirafan dan menghormati status moral embrio. Setelah meneliti pandangan agama terhadap penggunaan teknik PGD, bab yang seterusnya akan mengupas tentang isu-isu perundangan yang wujud akibat penggunaan teknik tersebut secara terperinci.