bab 4 (1).docx

14
BAB 4 ASAS 4.1 PENGENALAN Asas ialah sebahagian daripada struktur yang mana terus menyentuh tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya serta menyebarkan ke dalam tanah dengan selamatnya. Pembinaan asas ini memerlukan perhatian khususnya supaya ia cukup dan kekal. Penentuan jenis asas sesuatu bangunan bergantung kepada jenis bangunan dan saiz. Pemerhatian dan ketelitian perlu diambil kira semasa pembinaan asas supaya ia cukup kukuh dan kekal buat selamanya. Sesuatu struktur dianggap mempunyai dua bahagian iaitu 22

Upload: nursakmawani

Post on 23-Dec-2015

296 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: bab 4 (1).docx

BAB 4

ASAS

4.1 PENGENALAN

Asas ialah sebahagian daripada struktur yang mana terus menyentuh

tanah. Asas menerima beban dari tiang, rasuk, lantai dan sebagainya serta

menyebarkan ke dalam tanah dengan selamatnya. Pembinaan asas ini

memerlukan perhatian khususnya supaya ia cukup dan kekal. Penentuan jenis

asas sesuatu bangunan bergantung kepada jenis bangunan dan saiz. Pemerhatian

dan ketelitian perlu diambil kira semasa pembinaan asas supaya ia cukup kukuh

dan kekal buat selamanya. Sesuatu struktur dianggap mempunyai dua bahagian

iaitu ‘Sub-Struire’ yang memindahkan beban kepada tanah dan ‘Super-Struire’

merupakan binaan di atas permukaan tanah seperti rasuk bawah tanah.

22

Page 2: bab 4 (1).docx

4.2 FUNGSI-FUNGSI ASAS

Menambahkan kestabilan bangunan dengan merendahkan pusat graviti

iaitu dengan caramenanam asas ini ke dalam tanah dan memindahkan semua

beban struktur sama ada beban hidup atau beban mati daripada bangunan ke

tanah dengan selamatnya. Di antara beban tersebut ialah beban daripada tiang,

bumbung, balak, manusia serta peralatan yang terdapat di dalam sebuah

bangunan. Bagi menyediakan satu permukaan yang rata untuk kerja-kerja

pembinaan yang sedang dijalankan. Sebagai pemegang kerangka bangunan yang

kuat dan selamat serta mengagihkan beban ke tanah agar bangunan yang dibina

tidak mudah runtuh atau mengalami pergerakan akibat daya yang bertindak

keatasnya seperti daya tolakan angin.

Oleh kerana asas mempunyai fungsi yang penting iaitu menanggung

segala beban di atasnya, maka perkara-perkara berikut mestilah diketahui

sebelum penentuan ukuran asas. Tekanan galas pada dasaran asas tidak melebihi

tekanan yang dibenarkan. Ini bermakna sebelum sesuatu asas digunakan, jumlah

tekanan bangunan perlu diketahui terlebih dahulu dan asas adalah

mampumenanggung tekanan tersebut. Pengenapan yang tidak seimbang mestilah

dielakkan agar tidak berlaku sebarang kerosakan pada bahagian struktur. Jika

berlaku pengenapan yang tidak seimbang contohnya bangunan condong sebelah,

ini akan menyebabkan berlaku kerosakan dan keretakan pada lantai, dinding

bangunan, bumbung dan sebagainya. Pengenapan asas adalah dalam had

bersesuaian. Selepas segala pembinaan siap dibina, mestilah berlaku pengenapan.

Pengenapan ini mestilah dalam kadar bersesuaian bagi mengelak sebarang

kerosakan pada struktur.

23

Page 3: bab 4 (1).docx

4.3 KATEGORI ASAS

Asas boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu asas cetek dan asas

dalam. Asas cetek mengagihkan beban ke tanah secara melebar dan berdekatan

dengan permukaan tanah di sekitarnya. Manakala asas dalam pula, pengagihan

beban yang jauh dari permukaan tanah. Beban dari atas akan ditahan oleh asas ini

dengan dua cara iaitu adanya himpitan tanah ke atas cerucuk dan juga apabila

bahagian hujung sebelah bawah cerucuk telah berada di atas satu lapisan bumi

yang keras.

Terdapat empat jenis asas yang utama digunakan seperti asas papak/pad

(pad foundation), asas jalur (strip footing), asas rakit (raft foundation) dan asas

cerucuk.

4.3.1 Asas rakit

Bagi projek pembinaan Perumahan 44 Unit Rumah Teres Blok H, asas

yang digunakan adalah asas rakit kerana asas ini diperlukan apabila keupayaan

galas tanah bawah adalah rendah atau dalam kes tiang-tiang struktur dijarakkan

tersangat dekat antara satu sama lain dalam kedua-dua arah membujur dan

memanjang. Selain itu, keadaan cuaca yang tidak menentu akan menyukarkan

kerja penggalian asas jika asas ‘pad footing’ dipilih untuk projek pembinaan

perumahan ini. Asas jenis ini juga berguna untuk mengurangkan enapan

kebezaan yang sangat besar atau dalam keadaan terdapatnya perbezaan yang

sangat besar dalam pembebanan tiang-tiang struktur.

Asas rakit ini juga digunakan kerana pembinaannya senang, menjimatkan

kos dan masa serta berfungsi sebagai lantai bagi memudahkan kerja-kerja

pembinaan. Ianya memudahkan kerja-kerja bagi struktur-struktur yang sangat

rapat dan di tanah yang mempunyai daya keupayaan tanggung rendah (low

24

Page 4: bab 4 (1).docx

bearing capacity) dimana tekanan yang sama daripada asas boleh disebarkan

kepada tanah seberapa luas yang boleh. Asas rakit dapat mengelakkan halangan

di tapak bangunan daripada lubang-lubang korekan yang rapat. Pemendapan dan

keretakan di satu-satu bahagian dapat dielakkan.

Rajah 4.3.1 : Contoh asas rakit

4.3.2 Penandaan asas rakit.

Penandaan asas rakit dimulakan dengan penyediaan tapak. Tapak akan

dipancang terlebih dahulu menggunakan kayu disekeliling tapak yang akan

dikorek. Penandaan akan dibuat dengan menggunakan kayu pancang diaman

kayu tersebut akan dibuat ukuran terlebih dahulu dan ditanda dengan jelas

menggunakan paku. Kemudian benang akan diikat pada paku tersebut dan

kemudian benang akan ditarik dan ditegangkan bagi membuat tandaan asas

untuk kerja pengorekan rasuk tanah (ground beam). Selepas itu benang akan

ditarik semula sehingga mencecah ke tanah dan akan ditahan menggunakan

kayu. Kemudian simen akan ditabur mengikut benang tersebut. Ini bertujuan

untuk penandaan bagi kerja-kerja pengorekan rasuk tanah.

25

Page 5: bab 4 (1).docx

Rajah 4.3.2: Kerja-kerja penandaan asas rakit.

4.3.3 Pembinaan asas rakit

Pembinaan asas rakit akan dimulakan selepas kerja-kerja penandaan

dibuat. Tapak yang telah dibuat penandaan dan digali menggunakan jengkaut.

Korekan akan dibuat berdasarkan pada saiz rasuk tanah yang telah ditetapkan.

Selepas itu, para pekerja akan meratakan bahagian yang telah dikorek.

Seterusnya permukaan tanah akan dipadatkan menggunakan jentera pemadat.

Kemudian pekerja paip akan memasang polietilena yang digunakan untuk

saluran paip dan paip salir UPVC yang berlainan saiz untuk saliran air sisa dan

air najis.

Kemudian kotak acuan (formwork) menggunakna kayu akan dipasang

disekeliling kawasan tapak yang akan dituang konkrit. Acuan konkrit ini akan

ditupang dimana kayu yang pertama akan ditegakkan 90˚ berdekatan dengan

acuan konkrit tersebut. Kemudian satu lagi kayu akan ditegakkan pada arah

condong dan dipakukan pada kayu yang tadi. Selepas itu, kerja pemasangan

jejaring BRC akan dipasang oleh pekerja. Jejaring BRC yang bersaiz 65 akan

diletakkan di dalam peparit asas. Manakala jejaring BRC bersaiz 610 akan

dihamparkan pada tapak.

26

Page 6: bab 4 (1).docx

Rajah 4.3..3 Kerja-kerja pembinaan asas rakit

4.4 PEMILIHAN JENIS ASAS BANGUNAN

Asas bangunan, struktur bawah tanah dan superstruktur adalah berkaitan

bergantung antara satu sama lain. Untuk mendapatkan kekuatan maksimum dan

ekonomi bagi keseluruhan struktur asas haruslah diambil kira dan direka bentuk

secara menyeluruh. Asas bangunan akan memainkan peranan yang lebih penting

lagi apabila bangunan-bangunan yang hendak didirikan itu lebih besar dan tinggi.

Pemilihan asas bangunan bergantung kepada beberapa faktor seperti

keadaan dan kekuatan tanah. Jenis asas dipilih dengan diambil kira dari segi

ekonomi asas dan struktur bangunan keseluruhannya. Sifat dan jenis bangunan.

Agihan beban daripada superstruktur dan jumlah beban bangunan termasuk

keseluruhan bahagiannya.

4.5 KEGAGALAN ASAS

Kejuruteraan asas menghadapi dua masalah utama iaitu menilai

kebolehan atau keupayaan tanah untuk menanggung sesuatu binaan dengan

27

Page 7: bab 4 (1).docx

selamat dan mereka bentuk elemen asas dengan betul bagi memindahkan beban

dari binaan ke tanah.

Secara amnya, kegagalan asas terjadi akibat berlakunya kegagalan ricih

am dimana-mana bahagian asas. Berlakunya kegagalan ricih tempatan iaitu

berlaku disesuatu tempat tertentu dan mengakibatkan pengenapan tekanan.

Jumlah enapan adalah berlebihan dan ‘Gemor fros’ yang berlaku disebabkan oleh

salji (biasanya berlaku pada asas jalan raya)

4.6 PEMENDAPAN ASAS

Gerakan menegak ke bawah oleh struktur bawah bangunan dinamakan

pemendapan (settlement) dan kesannya terhadap struktur bangunan tersebut

bergantung kepada faktor-faktor yang tertentu seperti besar atau luasnya

pemendapan yang berlaku. Keseragaman atau kesamaan pemendapan. Masa

yang diambil bagi pemendapan dan keadaan struktur.

Sekiranya pemendapan tersebut mempunyai ciri-ciri keseragaman bagi

keseluruhan tapak bangunan dan tidak keterlaluan, gerakan tanah tersebut tidak

mendatang kerosakan yang teruk terhadap bangunan. Sebaliknya jika

pemendapan tersebut akan mengakibatkan tegasan (stress) kepada struktur

bangunan tersebut dan ini memerlukan pemilihan jenis dan rekaan bentuk asas

yang teliti.

4.7 FAKTOR-FAKTOR PEMENDAPAN ASAS

Pemendapan asas boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti tekanan

bebanan struktur ke tanah. Perubahan kandungan kelembapan tanah. Kejadian

28

Page 8: bab 4 (1).docx

terbenam disebabkan operasi perlombongan yang berhampiran dengan tapak

pembinaan serta gerakan tanah secara semulajadi.

29

Page 9: bab 4 (1).docx

30

Page 10: bab 4 (1).docx

31