bab 10 sinopsis

6
BAB 10: HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA Sinopsis Dan Peristiwa-peristiwa Penting Bab ini mengisahkan tentang Hang Tuah berusaha kembali ke Melaka dan memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka agar kesalahannya diampunkan. Oleh sebab Raja Melaka ingin beristerikan Tun Teja, mka Hang Tuah berusaha membawa Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka. Terdapat beberapa peristiwa penting dalam usaha Hang Tuah hendak melarikan Tun Teja ke Melaka iaiut: 1- Hang Tuah berpura-pura cintakan Tun Teja dan menyuruh ibu angkatya, Dang Ratna iaitu inang tua Tun Teja menyampaikan hasratnya tersebut kepada Tun Teja. Pada mulanya Dang Ratna tidak berani menyatakan hasrat Hang Tuah tersebut. Akan tetapi kerana kasihankan kepada Hang Tuah, Dang Ratna sanggup menyampaikan hasrat hati Hang Tuah kepada Tun Teja. 2- Tun Teja berasa amat marah kepada Dang Ratna tatkala Dang Ratna menyampaikan hasrat Hang Tuah kerana kedudukannya tidak setaraf. Dang Ratna digocoh dengan tempurung bebulu menyebabkan muka dan mulutnya

Upload: didamin

Post on 23-Jun-2015

439 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 10   sinopsis

BAB 10: HANG TUAH MELARIKAN TUN TEJA

Sinopsis Dan Peristiwa-peristiwa Penting

Bab ini mengisahkan tentang Hang Tuah berusaha kembali ke Melaka dan

memperhambakan dirinya kepada Raja Melaka agar kesalahannya diampunkan.

Oleh sebab Raja Melaka ingin beristerikan Tun Teja, mka Hang Tuah berusaha

membawa Tun Teja ke Melaka untuk dipersembahkan kepada Raja Melaka.

Terdapat beberapa peristiwa penting dalam usaha Hang Tuah hendak melarikan

Tun Teja ke Melaka iaiut:

1- Hang Tuah berpura-pura cintakan Tun Teja dan menyuruh ibu angkatya, Dang

Ratna iaitu inang tua Tun Teja menyampaikan hasratnya tersebut kepada Tun Teja.

Pada mulanya Dang Ratna tidak berani menyatakan hasrat Hang Tuah tersebut.

Akan tetapi kerana kasihankan kepada Hang Tuah, Dang Ratna sanggup

menyampaikan hasrat hati Hang Tuah kepada Tun Teja.

2- Tun Teja berasa amat marah kepada Dang Ratna tatkala Dang Ratna

menyampaikan hasrat Hang Tuah kerana kedudukannya tidak setaraf. Dang Ratna

digocoh dengan tempurung bebulu menyebabkan muka dan mulutnya berdarah.

Dang Ratna memberitahu Hang Tuah perkara yang sebenarnya. Keadaan ini

menimbulkan kemarahan Hang Tuah yang menyebabkan Hang Tuah berusaha

menghapuskan arang (malu) di muka Dang Ratna.

3- Hang Tuah telah membuat ubat guna-guna untuk dilumurkan kepada Tun Teja

supaya Tun Teja tergila-gilakannya. Ubat guna-guna itu diberikan kepada Dang

Ratna untuk dilumurkan kepada Tun Teja.

4- Dengan hati yang cekal dan ingin membalas dendam atas perbuatan Tun Teja

terhadap dirinya, Dang Ratna melumurkan ubat guna-guna pada badan Tun Teja.

Page 2: Bab 10   sinopsis

akibat ubat guna-guna itu, Tun Teja mula mencintai Hang Tuah. Tun Teja

memberitahu Dang Ratna supaya menyekat Hang Tuah yang berpura-pura hendak

kembali ke Melaka kerana Tun Teja ingin bertemu dengannya.

5- Tun Teja diiringi oleh dayang-dayang menyamar keluar dari istana ke rumah

Dang Ratna untuk bertemu dengan Hang Tuah. dalam pertemuan itu, masing-

masing mencurahkan isi hatinya. Dari sinilah lahirnya cinta suci Hang Tuah

terhadap Tun Teja. Tetapi disebabkan niatnya untuk membawa Tun Teja kepada

Raja Melaka, akhirnya timbul konflik dalam diri Hang Tuah. Bagi diri Hng Tuah

tiadsa raja lain di duia yang diperhambakan selain daripada Raja Melaka.

6- Keinginan Hang Tuah untuk melarikan Tun Teja ke Melaka telah diterima oleh

Tun Teja. hal ini terjadi kerana Tun Teja ingin melarikan diri dari dikahwinkan

denga Megat Panji Alam Terengganu.

7- Tatkala Hang Tuah berusaha untuk melarikan Tun Teja ke Melaka, Hang Tuah

bertemu dengan Tun Ratna Diraja dan Tun Bija Sura yang singgah di Inderapura.

Hang Tuah menceritakan perihal dirinya yang difitnah dan usahanya untuk

membawa Tun Teja ke Melaka untuk Raja Melaka. Dengan bantuan Tun Ratna

Diraja dan Tun Bija Sura, Hang Tuah telah berjaya melarikan Tun Teja bersama-

sama dengan Dang Ratna ke Melaka.

8- Bendahara Seri Buana menghantar angkatan perang di bawah pimpinan Seri

Maharaja Lela, Tun Jena dan Tun Pekerma untuk menyerang Hng Tuah yang

berlabuh di Pulau Tinggi. Tetapi angkatan itu telah dapat dikalahkan oleh Hang

Tuah dengan bantuan Tun Bija Sura dan Tun Rana Diraja.

9- Semasa Melaka menyambut rombongan, yang membawa gajah dari siam, Raja

Melaka terpandang Hang Tuah di dalam perahu tersebut. Di sini Raja Melaka

mulai menyesal dengan tindakannya. Hang Tuah memberitahu bahawa dia

Page 3: Bab 10   sinopsis

menetap di Inderapura dan tidak akan bertuan selain daripada Raja Melaka dan

memberitahu bahawa dia membawa Tun Teja dari Inderapura yang menjadi

idaman Raja Melaka. Raja Melaka terlalu sukacita dan menghadiahkan

sepersalinan kepada Hang Tuah seperti Raja Melaka sendiri yang mengenakan

pakaian kepada Hang Tuah. Raja Melaka memerintahkan Bendahara Paduka Raja

membuat persiapan kedatangan Tun Teja.

10- Sekali lagi Hang Tuah menghadapi dilemma dan konflik kerana Tun Teja tidak

mahu berkahwin dengan Raja Melaka. Hatinya adalah untuk Hang Tuah dan

kedatangannya ke Melaka sebab ingin bersama-sama dengan Hang Tuah. Oleh

kerana cintanya terhadap Hang Tuah, Tun Teja sanggup memakan ubat pembenci

yang dibuat oleh Hnag Tuah agar hatinya akan membenci Hnag Tuah . Akhirnya,

Tun Teja telah dikahwinkan dengan Raja Melaka.

11- Atas jasa bakti Hang Tuah, beliau telah dianugerahkan pangkat oleh Raja

Melaka iaitu Laksamana, ketua segala hulubalang Melaka. Manakala Dang Ratna

dianugerahkan pangkat yang membawa gelaran Paduka Maha Dewi. Dengan ini,

Laksamana Hang Tuah semakin disayangi oleh Raja Melaka dan segala kata-kata

Hang Tuah hanya digiakan sahaja oleh Raja Melaka.

Watak

- Hang Tuah (Laksamana)

- Tun Teja

- Dang Ratna (Paduka Maha Dewi)

- Tun Ratna Diraja

- Tun Bija Sura

- Bendahara Seri Buana

Page 4: Bab 10   sinopsis

- Seri Maharaja Lela

- Tun Jenal

- Tun Pekerma

- Bendahara Paduka Raja

- Raja Melaka

Latar Tempat

- Inderapura

- Pulau Tinggi

- Melaka