bab 1 teknologi pendidikan

28

Upload: corrine-chan

Post on 05-Oct-2015

240 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Nota Teknologi dalam pendidikan bab 1

TRANSCRIPT

  • Konsep TeknologiPerkataan teknologi berasal daripada bahasa Yunani techne yang bermakna kemahiran.Galbraith (1967) : Teknologi adalah kemahiran menggunakan pengetahuan (saintifik mahupun tidak) secara sistematik sehingga terbit satu amalan yang praktikal bagi melaksanakan sesuatu tugas.

  • Konsep TeknologiHeinich, Molenda & Rusell(1969) : Teknologi bukan semata-mata alat dan mesin sahaja. Ia merangkumi proses dan idea. Kekuatannya terletak terutamanya pada proses dan idea, manakala kejayaan untuk mencapai sesuatu maksud atau objektif terletak pada alat. Ini bermakna, dalam merancang sesuatu pengajaran, perancangan awal yang melibatkan penggunaan idea sama ada dlm bentuk teori, pendekatan, kaedah dan sebagainya adalah merupakan proses yg terpenting. Alat pula merupakan pemangkin ke arah mencapai kejayaan.

  • Konsep TeknologiEvan & Nation (2000) : Technology is not a tool it is an art or science of how to use a tool for a purpose.Teknologi itu adalah bgm kita menggunakan alat utk memenuhi sesuatu keperluan.

  • Konsep PengajaranRamsden 1993; Trigwel, Prosser & Lyons, 1997 : Pengajaran adalah proses bekerja bersama pelajar utk membantu mereka berkebolehan dan berkemungkinan utk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yg diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.

  • Konsep PengajaranRamsden (1988) - Belajar/Pembelajaran : Satu pergerakan ke arah pembentukan insan yg berupaya menyelesaikan persoalan yg kompleks, mengiktaraf kuasa dan keelokan konsep-konsep sesuatu bidang pelajar dan menggunakan ilmu yg dipelajari di dlm kelas dlm menyelesaikan masalah di luar kelas. Ertinya pembelajaran itu berguna bg mentyafsir dunia yg kita diami ini. Pembelajaran yg sebenar dapat mengubah kefahaman seseorang mengenai sesuatu.

  • Konsep Teknologi PengajaranPersatuan Teknologi Pendidikan Malaysia(1988) : Teknologi pendidikan ialah proses yg kompleks dlm menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik dan rasional bertujuan utk mereka btk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara utk mempertingkatkan keberkesanan proses P & P

  • Konsep Teknologi PengajaranBTP, KPM (1991) : Teknologi pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian P & P yang berkesan.

  • Definisi teknologi pengajaran Association for Education Communication and Technology ( AECT 1979 ) :-

    Teknologi pengajaran merupakan satu proses yang kompleks dan bersepadu yang melibatkan manusia, prosedur, idea, peralatan dan organisasi untuk menganalisis masalah-masalah serta mereka bentuk, menilai dan menguruskan penyelesaian kepada masalah-masalah dalam keadaan di mana proses pembelajaran itu adalah bermatlamat dan terkawal. (Dipetik daripada Yusuf Hashim, 1998, hlm. 253)

  • Domain teknologi pengajaran terbahagi kepada 3 fungsi:-

    Fungsi pengurusan pengajaranFungsi pengembangan pengajaran; danFungsi sumber pembelajaran

    Setiap domain mempunyai peranan, bergerak secara sistematik dan bersepadu menuju ke arah pelajarKesan positif : Pelajar menjadi lebih cemerlang dalam pembelajarannya

  • 1.4.1 Fungsi Pengembangan PengajaranFungsi domain menganalisis masalah-masalah pembelajaran serta mereka bentuk, melaksana dan menilai penyelesaian kepada masalah.

    Terdapat 6 peringkat ;

    Penyelidikan Mereka bentukPenerbitanPenilaianPenggunaanPenyebaran

  • PenyelidikanSatu proses mengkonsepsi model teoretikal bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

    Memperoleh maklumat saintifik berkenaan pelajar, pengajaran dan pembelajaran, sumber pembelajaran dan sebagainya

    Teori dan model akan dihasilkan dan diuji

  • Mereka bentuk

    Mereka bentuk pengajaran yang bersesuaian dengan model dan teori spesifikasi dan menjadi asas pembinaan pengajaranButiran yang perlu disediakan :-Analisis terhadap pelajarMenulis objektif Memilih strategi pengajaranMemilih media pengajaranMenentukan spesifikasi media

  • 3.Penerbitan

    Perkara-perkara yang dihasilkan :-

    Tulisan skrip Grafik

    Gambar

    Program pengajaran berpadunkan komputer dan pengendalian alat dan sebagainya

  • Penilaian

    Kemampuan sesuatu media pengajaran menepati kehendak objektif pengajaran

    Penilaian kualiti teknikal perlu dilakukan dan cadangan sama ada hasil penerbitan diterima, ditolak atau diterima dengan penambaikan

  • 5. Penggunaan

    Pelajar dibantu memilih sumber pembelajaran (media dsb) yang sesuai

    Kemajuan pelajar akan dipantau semasa aktiviti berjalan

    Tempat pengumpulan atau logistik perlu disediakan sumber akan dikatalog, diselenggara dan diedarkan

  • 6. PenyebaranMaklumat tentang teknologi dapat dikumpulkan dan disebarkan dengan pemberian khidmat nasihat, latihan dan pemberitaan

  • 1.4.2 Fungsi Sumber PengajaranFungsi domain penyelesaian masalah-masalah seperti mesej, manusia, bahan, peralatan, teknik dan tempat atau keadaan (settings) Sumber pembelajaran apa sahaja yang menyimpan/menghantar maklumat kepada pelajar. Contoh isi pelajaran, arahan dll

    Tidak semua sumber pembelajaran direka khusus untuk pembelajaran. Contoh iklan TV, katalog barangan pengguna, cerita dari filem atau TV, musium, zoo, internet dsb

    Guru perlu tahu menggunakan sumber yang ada

  • Terdapat 6 sumber;1. Media - maklumat yang diterima pelajar. Cont. isi pelajaran, arahan dll

    2. Manusia - penyimpan dan penghantar atau penyebar mesej ( guru, pelajar, pengetua dan ibu bapa )

    3. Bahan - penyimpan mesej yang disebarkan ( nota, buku, pita video, modul pembelajaran, careka padat dsb )

    4. Peralatan menghantar maklumat yang tersimpan di dalam bahan ( projektor, perakam audio, pemain cakera video dsb)

    5. Teknik - bagaimana bahan, peralatan dan manusia digunakan untuk menghantar maklumat ( perbincangan, lawatan, mel elektronik dll

    6.Tempat atau keadaan - persekitaran di mana mesej akan disebarkan ( bilik darjah, bilik sumber, makmal sains dan lain-lain )

  • 1.4.3 Fungsi Pengurusan Pengajaran

    Tujuan : Menyeleras dan mengawal fungsi pengembangan serta fungsi sumber pembelajaran dan lain- lain fungsi supaya teknologi pendidikan berjalan dengan berkesan Meliputi dua fungsi: Pengurusan organisasi mentadbir objek dengan mengenal pasti keperluan organisasi, menentukan matlamat dan objektif seterusnya menguruskan soal perbelanjaan, pembelian serta prosedur pentadbiran ( luar dan dalam )

    Pengurusan kakitangan mewujudkan hubungan baik serta meningkatkan keberkesanan komunikasi antara pekerja Rumusan : Teknologi Pendidikan dilaksanakan secara bersepadu di mana usaha manusia, prosedur dan idea bagi mencapai objek tertentu diintegrasikan ( semua fungsi begerak secara sistematik dan bersepadu )

  • Ianya merupakan kesinambungan daripada domain 1977Terdapat 5 domain dalam teknologi pengajaran Domain membantu unruk memahami dan memilih tajuk-tajuk seperti Kem. Berfikir, teknologi maklumat dan penilaian

  • Ianya merupakan kesinambungan daripada domain 1977Terdapat 5 domain dalam teknologi pengajaran Domain membantu unruk memahami dan memilih tajuk-tajuk seperti Kem. Berfikir, teknologi maklumat dan penilaian

  • 1.5.1 Definisi dan tafsiran Teknologi Pengajaran 1994Definisi teknologi pengajaran menurut AECT, 1994 : Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan tentang mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses serta sumber untuk pembelajaran.

    TeoriAmalanKonsep, konstruk, prinsip dan cadangan yangMenyumbang kepada bahan pengetahuan Penggunaan pengetahuan untuk menyelesaikan masalah

  • Perlaksanaan teknologi pengajaran melibatkan proses yang tersusun dan sistematik

    Proses - satu siri aktiviti yang menjurus ke arah mencapai sesuatu keputusan tertentu.

    INPUT ACTION OUTPUT Proses

    Sumber satu unsur yang menyokong pembelajaran ( contoh: bahan, peralatan, sistem dan persekitaran )

  • 1.5.2 Domain Teknologi Pengajaran 1994Ianya merupakan kesinambungan daripada domain tahun 1977Terdapat 5 domain dalam teknologi pengajaran :-TEORIAMALANPENILAIANAnalisa masalahPengukuran rujukan kriteriaPenilaian formatifPenilaian sumatifPENGURUSANPengurusan projekPengurusan sumberPengurusan sistem penyampaianPengurusan maklumatPENGGUNAANPenggunaan mediaDifusi dan inovasiPerlaksanaanPolisi dan peraturan

    REKA BENTUKReka bentuk sistem pengajaranReka bentuk mesejStrategi pengajaranCiri-ciri pelajar

    PEMBANGUNANTeknologi percetakanTeknologi audiovisualTeknologi berasaskan komputerTeknologi bersepadu

  • Menurut Abdul Rahim Mohd Saad (1996) bahawa abad ke 21 mengundang pelbagai cabaran dan perubahan berkaitan dengan keperluan pendidikan dan latihan disekolah, institusi pengajian tinggi, industri dan sektor perdaganganTerdapat 2 persoalan kesan kewujudan teknologi maklumat dan multimedia Isi kandungan yang sesuai dan relevanKesesuaian kaedah pengajaran dan pembelajaran

  • Penyelesaian persoalan melalui peranan teknologi pengajaran, antaranya :Mengubah peringkat membuat keputusan secara perancangan yang sistematikKerjasama antara perancang kurikulum dan pereka kurikulum untuk menentukan penggunaan teknologi pengajaran dalam kurikulum sekolahMengubah sistem atau pendekatan pengajaran secara lebih berkesanPenggunaan teknologi maklumat mengubah cara jadual waktu dirancang dan dilaksanakan di sekolah, maktab dan di universiti.Proses pengajaran dan pembelajaran berpusat pelajar dengan pengetahuan dan maklumatMengubah pengalaman pembelajaran termasuk kemahiran berfikir dan keperibadian muliaKemahiran berfikir berfikir secara kreatif, membuat keputusan yang wajar, menyelesaikan masalah dan membayang sesuatuCiri-ciri keperibadian mulia jujur, bertanggungjawab, mahir bergaul dan mahir mengurus ( Abdul Rahim Mohd Saad, 1996 )

  • RUMUSAN Teknologi pengajaran berperanan penting untuk menangani persoalan melalui :-

    1. Pembekalan beberpa modal pengajaran yang sesuai2. Teknik-teknik pengajaran yang maju3. Perisian yang releven4. Pengurusan yang cekap