bab 1 pendahuluan

16
GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011 BAB 1 PENGENALAN 1.1 PENDAHULUAN Pepatah Melayu mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah juga dengan manusia, sekiranya ingin membentuk satu hasil yang berkualiti perlulah dibentuk dari awal lagi. Oleh yang demikian pendidikan awal haruslah diberi pada semua supaya sebarang penambahbaikan demi melahirkan generasi muda yang berkualiti bukan sahaja dari segi pencapaian tetapi semua aspek yang melingkupi ciri-ciri modal insan. Demikian jugalah apabila kita membincangkan permasalahan yang berkaitan alam sekitar. Pencemaran, pemanasan global dan bencana alam merupakan masalah yang dihadapi manusia pada masa kini dimana ia menjadi gangguan dan ancaman terhadap kemandirian spesis yang hidup di atas muka bumi ini. Walau bagaimanapun permasalahan ini bermula dari sikap dan tindakan manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga kelestarian alam sejagat seperti yang ternyata dalam Al-Quran: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia.. (Al-Quran, 30:41) FAKULTI PENDIDIKAN UKM PENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 1

Upload: umrah-muin

Post on 19-Jan-2016

21 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Penulisan akademik

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

BAB 1 PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Pepatah Melayu mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah

juga dengan manusia, sekiranya ingin membentuk satu hasil yang berkualiti perlulah

dibentuk dari awal lagi. Oleh yang demikian pendidikan awal haruslah diberi pada semua

supaya sebarang penambahbaikan demi melahirkan generasi muda yang berkualiti bukan

sahaja dari segi pencapaian tetapi semua aspek yang melingkupi ciri-ciri modal insan.

Demikian jugalah apabila kita membincangkan permasalahan yang berkaitan alam

sekitar. Pencemaran, pemanasan global dan bencana alam merupakan masalah yang dihadapi

manusia pada masa kini dimana ia menjadi gangguan dan ancaman terhadap kemandirian

spesis yang hidup di atas muka bumi ini. Walau bagaimanapun permasalahan ini bermula

dari sikap dan tindakan manusia sendiri yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga

kelestarian alam sejagat seperti yang ternyata dalam Al-Quran:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab

apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia..

(Al-Quran, 30:41)

Oleh yang demikian, pengetahuan dan kesedaran tentang alam sekitar perlulah

ditingkatkan semula dalam diri setiap individu bagi membantu menangani permasalahan

alam sekitar. Sehubungan dengan itu pendidikan dilihat sebagai satu titik permulaan dalam

membentuk individu yang mampu memelihara dan memulihara alam sekitar yang semakin

tenat . Berdasarkan kesedaran ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengambil langkah

untuk mengintegrasikan pendidikan alam sekitar ke dalam pendidikan di Malaysia merentas

kurikulum sama ada melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) atau pun

Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) bagi memberikan pengetahuan yang

kukuh tentang alam sekitar pada semua generasi muda negara. Khusus bagi mata pelajaran

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 1

Page 2: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

Sains di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah, isi kandungan atau huraian

pelajarannya dilihat berkait rapat dengan pengetahuan alam sekitar.

Bagi matlamat Falsafah Pendidikan Sains Negara ialah menekankan ke arah melahirkan

individu yang celik terhadap pengetahuan ilmu Sains dan perkembangan teknologi bagi

memupuk individu yang mampu berdaya saing dalam mencapai kemakmuran diri dan

sumbangan kepada negara (KPM 2010). Sehubungan dengan itu individu yang celik terhadap

pengetahuan sains mampu memberikan sikap yang positif dalam menguasai pengetahuan dan

memiliki nilai-nilai sains dalam setiap elemen kehidupannya. Ini sejajar dengan kehendak

Falsafah pendidikan Negara dalam membentuk potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu (KPM 2010).

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Pengetahuan tentang alam sekitar dan sikap saintifik merupakan dua asas yang penting

bagi menghasilkan individu yang menyeluruh dan bersepadu seperti yang dikehendaki oleh

Falsafah pendidikan Negara. Pengetahuan yang diterima perlulah disampaikan melalui

pengajaran yang berkesan seperti yang didasari oleh Teori Pembelajaran Bermakna Ausubel

(1968). Menurut beliau, pembelajaran yang bermakna perlu mempunyai tiga elemen penting

iaitu pengetahuan sedia ada pelajar, penggunaan bahan atau strategi pembelajaran yang betul

dan kesanggupan pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dalam pengajaran dan

pembelajaran bermakna. Walau bagaimanapun, sistem pendidikan di Malaysia yang

berorientasikan peperiksaan tidak menyediakan persekitaran yang kondusif terhadap para

pelajar. Penekanan dalam menjawab soalan lebih diberi keutamaan dalam pengajaran dan

pembelajaran sains. Guru- guru juga terpaksa menghabiskan sukatan pelajaran yang telah

ditetapkan mengikut kerangka masa persekolahan. Oleh yang demikian penguasaan terhadap

pengetahuan melalui pendekatan inkuiri atau konstruktivisme; di mana kedua – dua

pendekatan tersebut telah membuktikan boleh memupuk minat murid untuk mempelajari

sains serta menanam sikap saintifik yang positif dalam diri, tidak dapat dilaksanakan

walaupun pemindahan fakta atau maklumat masih berlaku (Chiappetta, Koballa & Collette

1998).

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 2

Page 3: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

Sehubungan dengan itu, pandangan dan minat murid terhadap sains menjadi negatif.

Penurunan minat murid terhadap mata pelajaran sains telah menjadi kajian banyak penyelidik

dan pelbagai pandangan telah diberikan seperti yang telah dilaporkan oleh Razila (1998)

yang menyatakan bahawa mata pelajaran sains yang bukan hanya membosankan tetapi

terlalu abstrak. Subahan (1997) dan Ruhizan (1999) juga menyatakan bahawa murid juga

beranggapan mata pelajaran sains adalah satu subjek yang susah dan abstrak. Berdasarkan

kajian- kajian yang telah dilakukan menunjukkkan persepsi murid terhadap sains adalah

negatif atau rendah yang menjadikan alasan pada mereka untuk tidak meneruskan pengajian

di dalam bidang sains. Bagi menangkis sikap negatif murid ini pelbagai usaha dan aktiviti

dijalankan oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memperbaiki kekurangan ini. Antara

usaha- usaha tersebut ialah aktiviti pameran yang dijalankan oleh Pusat Sains Negara bagi

memupuk kesedaran dan minat terhadap sains, Murid Tahun 1 2002 diperkenalkan dengan

subjek sains serta kemasukan ke aliran sains dilonggarkan syarat kemasukannya (Hani 2001).

Selain itu, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia juga memperkenalkan Pendidikan

Alam Sekitar merentas kurikulum bagi mendekatkan jurang antara manusia dengan alam

seterusnya meningkatkan pengetahuan, minat serta keseronokan belajar dalam mata pelajaran

sains. Kebiasaannya mata pelajaran Sains merupakan subjek yang berkaitan dengan

fenomena kejadian tentang sesuatu perkara yang melibatkan manusia, tumbuhan, haiwan dan

persekitaran. Pengetahuan tentang alam ini boleh diterapkan melalui kaedah atau aktiviti

yang menyeronokkan serta menarik serta berpusatkan kepada murid seperti kerja amali,

demonstrasi, kempen alam sekitar ataupun memerhati dan memeriksa spesies, objek dan

gambar foto. Pemindahan maklumat dan pengetahuan tentang alam ini secara langsung dapat

meningkatkan kemahiran saintifik dan sikap saintifik seperti mana yang disarankan oleh

Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kemahiran saintifik terdiri daripada kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif

yang menjadi tunjang utama bagi menjalankan sebarang aktiviti mengikut kaedah saintifik.

Kemahiran – kemahiran ini membolehkan murid membuat persoalan tentang sesuatu perkara,

mencari jawapan secara bersistem dan memberi kemahiran psikomotor dalam penyiasatan

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 3

Page 4: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

sains (KPM 2010). Lanjutan itu kebiasaannya murid-murid yang memperoleh pencapaian

yang baik dalam mata pelajaran sains dapat memperlihatkan sikap yang positif ini. Walau

bagaimana pun sikap positif terhadap pengetahuan ini masih kurang menunjukkan sikap yang

positif terhadap sikap saintifik dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, negara kita sedang

menuju ke arah wawasan 2020. Pembangunan dan teknologi yang pesat membuktikan sikap

yang positif terhadap pengetahuan individu. Walau bagaimana pun, permasalahan yang

serius seperti pencemaran udara oleh kenderaan bermotor, banjir kilat di kawasan bandar,

merebaknya penyakit berjangkit akibat kekurangan penjagaan kebersihan dan peningkatan

masalah sampah sarap yang masih belum mencapai penyelesaian yang memberangsangkan

(Hasni Jaafar 2001)

Namun begitu tidak dinafikan sikap mempengaruhi reaksi seseorang terhadap sesuatu

fenomena yang berlaku dalam kehidupannya. Menurut Harlen (1996) sikap bukan hanya

mempengaruhi apa yang dipelajari tetapi juga mempengaruhi usaha yang akan diberikan

dalam melakukan sesuatu tugas yang mana usaha itu akan memberi kesan terhadap kejayaan

yang dicapai. Rentetan itu, bagi menggalakkan pembelajaran sains yang lebih efektif,

amatlah penting untuk menanamkan sikap saintifik yang positif ke dalam diri setiap murid.

Pelbagai usaha juga dijalankan oleh pihak tertentu bagi membantu menanamkan sikap positif

ini dengan menganjurkan program memelihara alam sekitar bersama murid di sekolah seperti

yang dijalankan oleh Lanskap Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan

beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha memupuk semangat kanak-kanak

untuk lebih menghargai alam serta memelihara sifat ingin tahu yang sihat .

Dalam kajian lepas, Shoeberi, Omidvar dan Prahallada (2007) telah menyatakan bahawa

kesedaran tentang alam sekitar yang ditunjukkan oleh murid masih kurang dan memerlukan

komitmen yang tinggi dari semua pihak untuk menangani masalah ini. Dapatan kajian ini

diperoleh daripada kajian perbandingan yang melihat fenomena kesedaran murid di dua buah

negara. Walau bagaimanapun terdapat juga kajian-kajian lepas yang dilakukan di Malaysia

bagi melihat tahap kesedaran murid tentang alam sekitar melalui pengajaran dan

pembelajaran. Namun begitu terdapat kelompangan dari segi kurangnya kajian mengenai

sikap yang ditunjukkan oleh murid terhadap pendidikan alam sekitar yang diterapkan dalam

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 4

Page 5: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

mata pelajaran sains dan sikap saintifik. Oleh demikian, kajian ini dilakukan bagi mengisi

kelompangan ini.

Perencatan usaha pemupukan sikap terhadap pengetahuan alam sekitar dan sikap saintifik

disebabkan oleh kebanyakan masyarakat beranggapan bahawa pemupukan nilai- nilai

tertentu menyemai ‘brainwashing’ minda di kalangan murid-murid. Selain itu Yeh (1996)

menyatakan dalam masyarakat Malaysia, kanak-kanak telah ditanamkan dengan nilai-nilai

muka ‘face value’ dan kebanyakannya bersifat nomatif iaitu budaya ‘buat ini salah, itu

salah,jangan buat itu’ (Ibrahim & Hani 2001). Perilaku sedemikian membawa kepada

perencatan perkembangan dan peningkatan kemahiran penakulan seterusnya menjana

pemikiran yang kreatif dan kritis. Situasi ini juga ditambah dengan kekurangan kaedah dan

pengajaran yang pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dalam mengisi

kelompangan ini sekali gus membantu usaha penambahbaikan penglibatan murid secara aktif

dalam meningkatkan pengetahuan alam sekitar dan sikap saintifik, kajian ini direka bentuk

untuk mengukur sikap terhadap pengetahuan alam sekitar dan sikap saintifik murid- murid di

peringkat rendah. Dapatan kajian akan dapat menyediakan maklumat empirikal sejauh

manakah perubahan sikap terhadap pengetahuan alam sekitar dan sikap saintifik murid –

murid sekolah rendah.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Haiwan, tumbuhan, alam semester dan pembentukan proses semula jadi adalah

pengetahuan asas berkaitan dengan alam sekitar yang menjadi isi kandungan kepada huraian

pelajaran mata pelajaran sains sekolah rendah. Pengetahuan asas ini dilihat mampu menjadi

sumber teras kepada pengaplikasian penyelesaian masalah yang berkaitan kehidupan

seharian sekali gus menanamkan rasa cintakan alam sejagat. Namun begitu, pendidikan yang

berorientasikan peperiksaan telah melatih murid sejak dari permulaan lagi untuk menerima

pengetahuan ini sekadar untuk lulus peperiksaan. Akibatnya, terhasillah seorang pelajar yang

pandai tetapi membuang sampah sarap secara terbuka tanpa rasa bersalah.

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 5

Page 6: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

Sikap saintifik adalah satu kemahiran yang diintegrasikan melalui kemahiran saintifik

dan kemahiran berfikir. Kemahiran saintifik dan berfikir ini mampu menghasilkan individu

yang berketerampilan sebagai seorang saintis dan berpengetahuan sains yang tinggi. Namun

begitu, tidak semua yang berkemahiran saintifik mempunyai sikap saintifik yang tinggi.

Kegagalan guru dalam menerapkan domain afektif ini dalam pengajaran dan kegagalan

murid sendiri untuk mengamalkan sikap saintifik dalam pembelajaran adalah sesuatu yang

perlu di perbaiki dengan segera. Murid pada hari ini secara puratanya menunjukkan

pencapaian akademik yang memberangsangkan terutama bagi pencapaian ‘A’ bagi mata

pelajaran Sains dalam ujian berprestij di Malaysia iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah

(UPSR). Walaubagaimanapun jumlah murid yang memperoleh A ini masih kurang

memberikan tindakan yang positif terhadap perlakuan positif dalam memelihara dan

memulihara alam sekitar. Oleh yang demikian, tujuan kajian ini dilakukan ialah untuk

meninjau sejauh mana sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik di kalangan

murid berdasarkan tahap pendidikan.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan bagi mengkaji:

a) Tahap sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik di kalangan murid tahun

5 dan 6

b) Perbezaan sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik di kalangan murid

tahun 5 dan 6

c) Hubungan antara sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik di kalangan

murid tahun 5 dan 6

1.5 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan –persoalan yang ingin dikaji ialah:

1. Apakah tahap sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik di kalangan

murid tahun 5 dan 6?

2. Adakah terdapat perbezaan sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik di

kalangan murid tahun 5 dan 6?

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 6

Page 7: Bab 1 Pendahuluan

KNOWLEDGE

AWARENESS/ATTITUDE

ACTION

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

3. Adakah terdapat perkaitan antara sikap terhadap pendidikan alam sekitar dan sikap

saintifik di kalangan murid tahun 5 dan 6

1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Berdasarkan ‘Theory of Responsible Environmental Behaviour’ yang telah diadaptasi

oleh Hungerford H.R dan T.Volk (1990), pengetahuan tentang alam sekitar akan

mempengaruhi tingkah laku seseorang seperti yang ditunjukkan dalam bentuk grafik di

bawah:

Rajah 1: Theory of Responsible Environmental Behaviour (Hungerford & Volk 1990)

Berdasarkan carta alir di atas, dapat dilihat bahawa pengetahuan menjadi elemen asas yang

pertama dalam pendidikan alam sekitar. Pengetahuan yang kukuh serta pemahaman yang

jelas akan mewujudkan kesedaran atau sikap yang positif terhadap pengetahuan tersebut.

Seterusnya melalui pengetahuan yang mantap dan kesedaran yang tinggi, perlakuan atau

tingkah laku yang berkesan akan terlaksana secara langsung. Walau bagaimana pun ramai

penyelidik yang membuat penyelidikan mengenai tingkah laku persekitaran tidak

menyokong teori ini.

Oleh yang demikian, satu kerangka konseptual yang digunakan dalam kebanyakan kajian

telah dibina dan diguna pakai. Kerangka konseptual ini merupakan sumber dari Finger

(1994:142) ;

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 7

Page 8: Bab 1 Pendahuluan

Maklumat Pengetahuan Perhatian Kesedaran

KepercayaanSikapOrientasi nilaiTingkah laku

Pendidikan Alam Sekitar

Sikap Saintifik

Celik alam sekitar

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

Education Sociological factors

Rajah 2 : Dominan kerangka dalam pendidikan alam sekitar oleh Finger (1994:142)

Walau bagaimanapun, kajian ini dilakukan dengan matlamat untuk melihat sikap terhadap

pendidikan alam sekitar dan sikap saintifik yang diperolehi dari responden berdasarkan tahap

pendidikan. Oleh itu, kerangka konseptual yang bersesuaian dengan objektif kajian ini telah

dibina seperti dibawah;

Rajah 3: Kerangka konseptual yang digunakan dalam kajian

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 8

Value Orientation Beliefs Attitudes Behaviour

Awareness Concern Knowledge Information

Psychological structure and their development

Page 9: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

Melalui kerangka konsep ini dapat dilihat bahawa pendidikan memainkan peranan penting

dalam mewujudkan maklumat dan pengetahuan asas tentang alam sekitar kepada individu

seterusnya menggalakkan sikap dan melahirkan tingkah laku terhadap persekitaran.

Maklumat dan pengetahuan tentang alam sekitar boleh diterapkan dan disemai di dalam mata

pelajaran sains yang menjadi tunjang kepada ilmu pengkajian tentang alam semula jadi.

Bagi kajian ini model pengetahuan-sikap-tingkah laku ini memberi pemahaman bahawa

pengetahuan tentang alam sekitar melalui mata pelajaran sains dapat membantu

meningkatkan kesedaran dan sikap murid terhadap ilmu yang diterima dengan kehidupan.

Perkaitan antara pengetahuan dan sikap ini telah pun dibuktikan oleh banyak penyelidik

(Lyon & Breakwell 1994). Rentetan itu , kesedaran dan sikap ini merupakan satu gambaran

kepada sikap saintifik yang perlu wujud disamping penguasaan kemahiran saintifik dan

kemahiran berfikir murid dalam pembelajaran di sekolah.

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Bagi para guru, kajian ini diharap dapat membantu meningkatkan kemahiran dan strategi

pengajaran yang menjadi teras dalam pengajaran dan pembelajaran yang berkesan supaya

lebih praktikal. Guru – guru juga boleh menggunakan kajian ini sebagai satu jambatan bagi

memperkukuhkan lagi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains di sekolah rendah

bagi tujuan pemahaman konsep yang lebih jelas tentang alam sekitar. Bagi murid- murid,

kajian ini diharap dapat memperbaiki dan menyedarkan mereka tentang alam sekitar.

Dapatan kajian ini juga diharapkan boleh memberi kesedaran yang tinggi pada bakal- bakal

pendidik bagi membuka mata tentang fenomena sebenar murid terhadap pengetahuan alam

sekitar dan sikap saintifik yang dipamerkan dalam mata pelajaran sains. Pengharapan yang

tinggi juga diharapkan agar guru- guru dapat memikirkan penyelesaian yang baik dan

difikirkan sesuai dalam penerapan pengetahuan alam sekitar dan sikap saintifik yang lebih

berkesan supaya setiap individu murid itu seimbang bukan sahaja berkemahiran tinggi dalam

kemahiran proses sains malah boleh mengintegrasikan sikap saintifik dengan efektif.

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 9

Page 10: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

1.8 BATASAN KAJIAN

Melalui kajian ini, sampel yang digunakan ialah di kalangan murid Tahun 5 dan 6 di

daerah Hulu Selangor sahaja. Sampel yang lebih besar boleh digunakan untuk kajian

seterusnya. Penggunaan instrumen bagi kajian ini pula terhad kepada soal selidik kepada

murid dan hanya mempunyai 4 dimensi yang dikenalpasti untuk memahami objektif kajian

ini. Had kesahan dan kebolehpercayaan kajian ini mempertimbangkan nilai sisihan piawai

bagi instrument yang dibina.

1.9 DEFINISI OPERATIONAL

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2011), sikap boleh didefinisikan sebagai perbuatan

atau pandangan yang berdasarkan sesuatu pendapat. Perkataan sikap yang digunakan dalam

kajian juga merujuk kepada perbuatan atau pandangan murid terhadap pengetahuan alam

sekitar yang diperolehi dalam mata pelajaran sains. Pendidikan mengikut Dewan Bahasa dan

Pustaka (2011) pula, berasal daripada perkataan didik yang bermaksud pelihara,jaga, ilmu.

Oleh itu bagi perkataan pendidikan pula merujuk pada perihal mendidik bagi menyampaikan

ilmu pengetahuan. Daripada kajian ini ilmu yang disampaikan diperoleh secara pemerhatian,

pengalaman dan penggunaan pancaindera secara saintifik dan sistematik. Manakala bagi

perkataan alam sekitar dihuraikan maksudnya sebagai meliputi, mempengaruhi atau

mengenai seluruh alam sejagat. Oleh itu dapat dirumuskan bahawa maksud keseluruhan ayat

‘sikap terhadap pendidikan alam sekitar’ boleh didefinisikan sebagai pandangan atau

perbuatan terhadap didikan yang diperoleh secara pemerhatian, pengalaman dan penggunaan

pancaindera secara saintifik dan sistematik mengenai seluruh alam sejagat.

Saintis dan pakar dalam bidang sains mengatakan perkataan ‘saintifik’ itu pula merujuk

kepada kebolehan ilmu sains moden untuk menghuraikan dan menjangkakan sesuatu

kejadian atau proses yang berlaku dalam dunia ini melalui pengaplikasian idea dan langkah-

langkah atau kaedah yang spesifik. Seorang individu yang mengaplikasikan dan menjalankan

kajian seperti saintis sedang membina saintifik domain dalam diri apabila sikap saintifik

digunakan bersama (Grinnell, 92: 2-3). Bagi Kozlow and Nay (1976) pula mengkategorikan

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 10

Page 11: Bab 1 Pendahuluan

GB6013 KAEDAH PENYELIDIKAN 1 (2011) SEMESTER I SESI 2010/2011

sikap saintifik sebagai pemikiran kritikal, pengadilan yang ditangguhkan mengutamakan

bukti, kejujuran, objektif, kesediaan untuk mengubah pandangan, keterbukaan pemikiran dan

mempunyai sikap untuk bertanya (dalam Kamisah, Zanaton dan Lilia 2007). Dengan kata

lain, dapat dilihat bahawa pembinaan tingkah laku yang seperti ahli sains memerlukan

pengamalan sikap saintifik sebagai prasyaratnya.

FAKULTI PENDIDIKAN UKMPENDIDIKAN SAINS (P59118) Page 11