10-bab 1 pendahuluan

19
1.0 PENDAHULUAN 1.1. Pengenalan Rajah 1 : Gambar Kompang Rajah 1 merujuk kepada Gambar Kompang yang merupakan alat muzik tradisional yang berada di dalam kumpulan ‘membranofon’ iaitu gendang satu muka dan ia menyerupai sebuah kuali serta terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulan. Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka, manakala belulang pula diperbuat daripada kulit kambing. Alat muzik ini dipercayai berasal dari Timur Tengah kerana bentuknya yang menyerupai Hadrah yang terdapat di negara Arab. Pada zaman dahulu permainan kompang ini telah digunakan oleh para 1

Upload: akif8475

Post on 26-Nov-2015

188 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

tesis kompang

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

1.1. Pengenalan

Rajah 1 : Gambar Kompang

Rajah 1 merujuk kepada Gambar Kompang yang merupakan alat muzik tradisional yang berada di dalam kumpulan membranofon iaitu gendang satu muka dan ia menyerupai sebuah kuali serta terbahagi kepada dua bahagian iaitu baluh (badan) dan belulan. Baluh bingkai kompang diperbuat daripada kayu pokok nangka, manakala belulang pula diperbuat daripada kulit kambing.

Alat muzik ini dipercayai berasal dari Timur Tengah kerana bentuknya yang menyerupai Hadrah yang terdapat di negara Arab. Pada zaman dahulu permainan kompang ini telah digunakan oleh para pedagang Arab yang datang ke nusantara untuk menarik perhatian ramai pembeli ke atas perniagaan mereka.

Di samping itu ada juga pendapat yang mengatakan bahawa permainan kompang ini telah berkembang di seluruh Tanah Melayu akibat daripada migrasi yang berlaku daripada masyarakat Jawa menurut Mohd Hassan Abdullah (1997). Sungguhpun demikian, ianya turut mengalami perkembangan mengikut peredaran masa.

Antara fungsi permainan kompang pada masa kini seperti mengiringi aktiviti vokal nyanyian solo atau berkumpulan secara ensemble (Nasyid, Marhaban), khatam Quran, upacara rasmi yang melibatkan perarakan tetamu kehormat, perarakan majlis perkahwinan, majlis berkhatan, majlis perasmian, penggabungan bersama elemen permainan lain seperti orkestra, lagu etnik kreatif, caklempong dan gamelan.

Alat muzik kompang ini terbahagi kepada beberapa jenis, antaranya seperti Kompang Hadrah (Negeri Perak), Kompang Johor/Jawa, Kompang Eizhar (Negeri Selangor), Kompang Kelalang (Negeri Melaka).

Kompang Hadrah (Negeri Perak)

Hadrah dalam konteks kesenian muzik merupakan sejenis nyanyian berbentuk dikir. Ia dinyanyikan dengan iringan sejenis alat bercorak rebana yang hampir sama dengan kompang.

Rajah 2 menunjukkan contoh Rebana Hadrah yang sering digunakan di negeri Perak

Rajah 2 : Rebana Perak

Rajah 2 merujuk kepada Kompang Hadrah (Negeri Perak) atau lebih dikenali sebagai RebanaPerak, ia merupakan salah satu daripada pelbagai jenis muzik tradisional melayu yang menjadi warisan dan kebanggaan Malaysia, terutamanya bagi orang melayu di negeri Perak. Rebana Perak dipercayai telah berada dan dimainkan di negeri Perak lebih 200 tahun yang lalu. Alat muzik Rebana Perak termasuk dalam kumpulan alat muzik jenis gendang seperti rebana, rebana ubi, kompang dan lain-lain lagi.

Rajah 3 menunjukkan ciri-ciri yang terdapat pada Rebana Perak

Rajah 3 : Ciri-ciri Rebana Perak

Rajah 3 merujuk kepada saiz yang terdapat Rebana Perak. Saiz alat ini tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil iaitu dengan diameter antara 10 inci hingga 13 inci dan tinggi 4.5 hingga 5.5 inci. Dengan saiz tersebut ianya senang dipegang dan dimainkan. Ianya boleh dimainkan sambil duduk bersila, berdiri atau berjalan (perarakan) tambahan pula alat ini tidak berat.

Rebana Perak dimainkan dalam kumpulan yang biasanya terdiri dari 8 hingga 10 orang pemain. Walaubagaimanapun bilangan ini bukanlah satu kemestian, Rebana Perak sebenarnya boleh dimainkan dengan bilangan pemain yang lebih ramai. Kumpulan ini pula terbahagi kepada tiga bahagian/peranan pemain rebana, berasaskan jenis pukulan atau talun yang dibuat.

Kompang Johor/Jawa

Kedatangan orang Jawa di negara ini telah membawa pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu. Antara peralatan muzik tradisional yang digunakan dalam kesenian masyarakat Jawa yang digunakan di negeri Johor adalah kompang.

Rajah 4 menunjukkan contoh Kompang Johor/Jawa

Rajah 4 : Kompang Johor/Jawa

Rajah 4 merujuk kepada Kompang Johor/Jawa. Ia juga turut dikenali sebagai Kempling atau Kempol. Sejak alat muzik kompang ini diperkenalkan di Nusantara, ia mendapat sambutan yang hebat dikalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang-orang Jawa.

Kompang yang dimainkan di Johor tidak mempunyai saiz yang tertentu. Ada yang mempunyai ukuran garis pusat sepanjang 22.5 sentimeter, 25 sentimeter, 27.5 sentimeter dan ada juga yang mencecah sehingga 35 sentimeter. Kebanyakan pemain di Johor menggunakan kompang yang sama saiznya. Hal ini demikian kerana kompang yang pelbagai saiz menghasilkan bunyi yang berbeza.

Di negeri Johor terdapat pelbagai bentuk kesenian yang menggunakan muzik tradisional sebagai asas persembahan. Antaranya ialah, kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, borongan, pencak silat, kempling dan cempuling.

Kompang Eizhar (Negeri Selangor)

Kesenian Ezhar pada asalnya adalah daripada Kesenian Silat yang berasal daripada Pulau Bentan Sumatera Indonesia. Mengikut sejarah, dari Pulau Bentan Kesenian Silat ini telah di bawa ke Bukit Raden Mas, Singapura oleh Allahyarham Pak Guru Kang Munaji Bin Muhammad. Dan diteruskan pula oleh Pak Guru yang kedua iaitu Allahyarham Pak Guru Kang Jasman Bin Abdul Rahman yang mengembangkan Kesenian Silat ini di Singapura.

Rajah 5 merujuk kepada Kompang Eizhar

Rajah 5 : Kompang Eizhar

Rajah 5 merujuk kepada Kompang Eizhar (Selangor). Kesenian Kompang Eizhar biasa digunakan dalam seni silat masyarakat Melayu.Diantara anak muridnya ialah Allahyarham Muhamad Bin Khalil dan Allahyarham Pak Guru Haji Ramli Bin Haji Dawam. Setelah tamat mempelajari Kesenian Silat, anak-anak murid Allahyarham Pak Guru Kang Jasman telah sepakat untuk menubuhkan satu lagi cabang seni iaitu Kesenian Kompang.

Kesenian Kompang Eizhar telah ditubuhkan setelah mendapat restu oleh Allahyarham Pak Guru Kang Jasman Bin Abdul Rahman. Pukulan yang terdapat dalam Kompang Eizhar telah diilhamkan dari pukulan-pukulan kompang yang terdapat di Singapura manakala zikir-zikir Eizhar dipetik dari sebuah kitab lama yang bernama Diwanul Hadrah.

Kesenian Eizhar pada mulanya dikenali dengan panggilan ESHA iaitu singkatan bagi perkataan Setia Hati & Suci Hati (S.H) yang di sebut dalam Bahasa Indonesia. Apabila sampai di Singapura kesenian ini telah dikenali dengan sebutan Eizhar.

Dari Singapura Kesenian Eizhar ini telah di kembangkan ke negeri Melaka oleh Allahyarham Pak Guru Haji Ramli Bin Haji Dawam di satu tempat yang bernama Kampung Sungai Duyung,Kampung Jambatan Duyung,Kampung Duyung dan seterusnya beliau mengembangkan kesenian ini ke Kampung Cendana Kuala Lumpur. Bermula daripada sini, maka berkembanglah Kesenian Kompang Eizhar ke seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor khasnya serta seluruh Malaysia amnya.

Kompang Kelalang (Negeri Melaka)

Di negeri Melaka kesenian kompang yang sering dimainkan dikenali sebagai Kelalang. Dalam permainan kompang Kelalang terdapat beberapa jenis pukulan iaitu melalu, melengkah, menganak, mengocok dan mengencat. Lirik lagu kelalang yang dimainkan pula adalah dalam bahasa Arab seperti zikir-zikir memuji Allah, Nabi Muhammad dan anak cucu Rasullullah S.A.W.

Berikut adalah contoh Kompang Kelalang yang sering digunakan di Melaka

Rajah 6 : Kompang Kelalang

Rajah 6 merujuk kepada Kompang Kelalang, difahamkan telah wujud sekitar tahun 1914 lagi. Selain daripada bersilat, anak-anak muda tempatan ketika itu menjadikan aktiviti berkompang sebagai aktiviti utama mereka. Justeru itu tidak hairanlah bahawa terdapat ramai 'orang lama' di Melaka dewasa ini masih menggemari kompang.

Di negeri Melaka telah terdapat pelbagai aliran kompang, antaranya ialah Kelalang, Eizhar, Kompang Irama, Kompang Hadrah dan lain-lain lagi. Mereka ini kebiasaannya sering diundang ke majlis-majlis seperti perkahwinan, sambutan tetamu kehormat, perasmian, berkhatan dan lain-lain lagi.

Aktiviti perarakan kompang di Melaka telah kembali segar dengan suntikan semangat baru. Kini kompang di Melaka mula disulamkan dengan pergerakan atau lebih popular dengan sebutan formasi.

18

Alat muzik tradisional Kompang, biasanya boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berlainan. Kepelbagaian saiz kompang boleh dilihat melalui rajah di bawah.

Rajah7 : Kompang Mengikut Saiz

Rajah 7 merujuk kepada kepelbagaian saiz kompang. Saiz kompang bermaksud garis pusat/diameter yang diukur dalam unit inchi. Tali simpal diikat di tengah-tengah lengkungan kompang.

Jadual 1 : Saiz Kompang Mengikut UmurSaiz (cm)Umur (Tahun)

30 cm12 tahun dan ke bawah

32.5 cm13 dan 14

35 cm15 dan 16

37.5 cm dan 40 cmOrang dewasa

Jadual 1 di atas merujuk kepada saiz kompang yang bersesuaian mengikut peringkat umur seseorang pemain. Kebiasaanya kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah lebih sesuai untuk menggunakan kompang yang bersaiz kecil iaitu 30 cm.Pada masa kini permainan kompang telah mula diajar di sekolah-sekolah serta pusat-pusat pengajian tinggi dan institusi kerajaan. Permainan kompang juga memerlukan teknik untuk memegang dan memainkannya. Pemain juga perlu fokus agar rentak yang dimainkan tidak lari kerana permainan kompang biasanya dilakukan secara berkumpulan.

Rajah 8 menunjukkan posisi dalam memegang kompang

Rajah 8 : Gambar Cara Memegang Kompang

Rajah 8 di atas menunjukkan cara bagi seorang pemain memegang kompang. Kompang biasanya dimainkan dengan menggunakan sebelah tangan untuk memegangnya manakala sebelah tangan lagi memalunya. Pada asasnya, kompang boleh dimainkan secara duduk atau berdiri dan berjalan bergantung kepada kehendak persembahan.

Walau bagaimanapun, tiada peraturan khusus yang menetapkan sebelah tangan yang mana yang perlu digunakan untuk memegang dan memukul kompang. Bermakna, pemain bebas untuk menggunakan mana-mana tangan mengikut keselesaan pemain.

Rajah 9 pula menunjukkan posisi ketika memalu kompang

Rajah 9 : Posisi Tangan Semasa Memalu Kompang

Rajah 9 di atas merujuk kepada, permainan kompang yang perlu dilakukan dengan memukul dan mengetuk kulit kompang dengan menggunakan tangan atau jari. Pada asasnya, kompang mampu menghasilkan dua bunyi iaitu bunyi pak dan bunyi bung. Pukulan pak mestilah lebih berat daripada bunyi bung. Bunyi pak dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari terbuka, manakala bunyi bung dihasilkan dengan merapatkan jari-jari dan memukul pada bahagian sisi kompang.

Kekuatan bunyi yang terbentuk adalah hasil daripada paluan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul. Bunyi bung dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipalu dengan jari.

Permainan alat muzik ini kebiasaannya dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensemble. Kebiasaannya ia dimainkan oleh 10 hingga 20 orang. Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah secara duduk atau berjalan sambil berarak.Dalam konteks persembahan, sesebuah kumpulan kompang terdiri daripada tiga kumpulan mengikut peranannya. Tiga paluan kumpulan kemudian digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang harmoni. Lihat rajah 10 berikut :

Rajah 10 : Susunan Pemain Kompang

Rajah 10 merujuk kepada susunan pemain kompang dalam sesuatu persembahan. Tiga kumpulan paluan ini dibahagikan berdasarkan kumpulan melalu, meningkah dan menyilang.

Kumpulan pertama adalah daripada beberapa orang pemain yang akan bertindak sebagai Melalu denganmenggunakan istilah lokaliti untuk memainkan pola paluan yang khusus serta spesifik secara seragam iaituin unisonsebagai pukulan dasar. Kumpulan Menyilang pula akan memainkan rentak silihan up beat kepada pukulan Melalu makala kumpulan Meningkah pula akan menjadi penghias rentak yang dimainkan melalui paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

Setiap persembahan kompang kebiasaannya terdiri daripada tiga bahagian pukulan iaitu Pukulan Mula untuk memulakan sesebuah lagu, diikuti Pukulan lagu dan Pukulan Mati untuk mengakhiri sesebuah lagu.

Alat muzik kompang yang berada di dalam simpanan seharusnya dikendurkan permukaannya terlebih dahulu, manakala sebelum memulakan permainan kompang, permukaannya perlulah ditegangkan dengan sedak. Kompang yang basah pula seharusnya dijemur hingga kering supaya tahan lama.

Semasa dalam simpanan juga, kompang perlu diletakkan dalam keadaan bertindan dengan permukaan kompang yang lain dan disusun di rak atau almari yang sesuai. Ini bagi mengelakkan kerosakan pada muka kompang apabila ditindan oleh baluh kompang yang lain.

1.2 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu

Berdasarkan kepada pengalaman penyelidik sebagai guru muzik di sebuah sekolah di negeri Melaka, ternyata ia memberikan satu pengalaman yang amat berharga. Ini dapat dilihat menerusi, penganjuran majlis-majlis rasmi yang melibatkan tetamu khas serta penglibatan murid-murid secara menyeluruh.

Sebagai contoh semasa bertugas di sekolah, pihak sekolah telah mengadakan majlis sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang dihadiri oleh wakil PIBG sekolah berkenaan, dan jemputan khas. Pasukan kompang sekolah, telah mengarak dan mengiringi guru-guru, kakitangan sekolah dan jemputan khas ke dewan terbuka sekolah dengan paluan kompang.

Begitu juga apabila diadakan Konsert Pertandingan Rekoder Ensembel Dan Koir, pasukan kompang sekolah tidak ketinggalan mengambil bahagian dalam menjayakan mini konsert tersebut. Di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik di sekolah, bidang tugas seseorang guru itu sangat meluas dan tidak hanya tertumpu kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah sahaja, sebaliknya turut terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam menjayakan sesuatu program yang berkaitan dengan kurikulum dan korikulum. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru muzik, pengkaji telah ditugaskan untuk membentuk dan juga melatih pasukan kompang sekolah di dalam memeriahkan majlis tersebut.Di dalam artikel Yamaha Educator Series, Collier (2004) dekan fakulti muzik Illinois State University, mengatakan dengan mengajar pelajar bagaimana caranya untuk memegang tali penyangkut alat muzik triangle dengan menggunakan tangan kiri manakala tangan kanan pula akan digunakan untuk memegang rod dan peranan jari di dalam mengawal kelajuan kiraan detik serta mengetuknya di tengah-tengah, ianya dapat membantu manghasilkan bunyi yang konsisten.

Kesimpulan yang diperolehi ialah untuk melaksanakan sesuatu kaedah bagi mengatasi sesuatu masalah ia perlulah dilakukan dengan cara yang betul dan seimbang dalam memastikan objektifnya tercapai. Pengiraan detik ini dapat mengukur daya penghayatan seseorang itu terhadap muzik yang diperdengarkan, oleh itu jika seseorang itu mengalami masalah tersebut ia seterusnya akan menyukarkan pengiraan dilakukan semasa bermain alat muzik. Dalam muzik, detik adalah unit denyutan . Detik ialah unit ukuran masa dalam muzik. Denyutan yang berulang dan berterusan adalah elemen fundamental dan penting dalam seni muzik. Jangka masa dari satu detik ke satu detik diukur dengan nilai not muzik. Detik muzik adalah sama dengan detik jam biasa. Detik muzik adalah sekata iaitu tidak semakin cepat atau semakin lambat. Tempo adalah istilah yang menunjukkan kecepatan detik.

Menurut Kevin (2002), tahap kebolehan seseorang kanak-kanak di dalam muzik itu diukur berdasarkan kualiti pengajaran gurunya di dalam kelas. Jika seseorang guru itu menjalankan tanggungjawabnya dengan penuh amanah dan toleransi seterusnya menyampaikan segala ilmu secukupnya, ia mampu membentuk murid yang berkebolehan.

Penyataan seorang tokoh muzik dalam pendidikan iaitu Pestalozi (1801) di dalam buku beliau How Gertrude Teaches Her Children iaitu melalui latihan yang mencukupi, sistematik dan berperingkat seseorang pelajar harus cekap dan mahir dengan setiap aspek muzik untuk membolehkan pelajar beredar kepada aspek yang seterusnya (ansur maju).

Berdasarkan kepada penyataan itu ia memperlihatkan peranan guru di dalam membentuk insan yang sempurna pada masa hadapan, kejayaan insan yang berjawatan doktor, ia dapat dilihat menerusi minat dan tumpuan terhadap subjek sains, manakala jika ingin melihat insan yang berkebolehan dalam bidang muzik pula, ia dapat dilihat menerusi minat serta kecemerlangan pelajar tersebut terhadap subjek muzik itu sendiri.

Tugas seseorang guru di sekolah, dapat diibaratkan seperti lilin yang membakar dan menyalakan api, di mana peranannya dapat dilihat di dalam menyemai serta meniup semangat kejayaan setiap muridnya.

1.3 Refleksi Nilai Pendidikan

Ternyata senarionya adalah sama ketika bertugas di salah sebuah sekolah di negeri Melaka, oleh itu pengkaji yang juga guru muzik akan mendapat tugasan yang sama daripada pihak pentadbiran sekolah.

Kadangkala tempoh masa yang diberikan oleh pihak sekolah untuk membentuk satu kumpulan kompang yang sempurna agak singkat, untuk itu satu kaedah pengajaran telah dirangka bagi memastikan bahawa segala ilmu yang merangkumi kaedah, teknik permainan kompang, dan penghayatan detik dapat disampaikan kepada murid secara menyeluruh walaupun tempoh masa yang diperuntukkan adalah terhad.

Di samping itu guru muzik juga perlulah bersedia dari pelbagai aspek termasuklah penambahbaikan dari segi penyampaian dan juga penguasaan ilmu di dalam bidang yang berkaitan. Tanpa didikan muzik, generasi muda tidak tahu mengenai budaya tradisional Malaysia.