bab 1 pendahuluan 1.1 pengenalan pembelajaran

21
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran secara tradisional seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah pembelajaran yang pasif. Mereka menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru (Elizabeth et al., 2002). Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran. Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru. Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan (Khoo, 2003).

Upload: dangthuan

Post on 12-Jan-2017

243 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Pembelajaran merupakan kaedah memperoleh ilmu pengetahuan atau kemahiran melalui

pengalaman, amalan yang dipelajari atau yang diajarkan. Pembelajaran secara tradisional

seperti yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar adalah pembelajaran yang pasif. Mereka

menghabiskan kebanyakan masa persekolahannya dalam suasana pembelajaran yang pasif

dengan menghafal semua maklumat yang disampaikan oleh guru secara syarahan tanpa ada

penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan mengingati

fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan guru

(Elizabeth et al., 2002).

Pembelajaran yang pasif ini perlu berubah kepada kaedah pembelajaran dan

pengajaran yang aktif untuk membolehkan pelajar memberi tumpuan dalam pembelajaran.

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang aktif dapat merangsang pelajar dengan

mengaktifkan pengetahuan yang sedia ada dan dihubungkaitkan dengan pengetahuan baru.

Pengetahuan yang baru diperolehi ini pula terus boleh diguna pakai pada masa hadapan

(Khoo, 2003).

Page 2: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Salah satu kaedah pembelajaran yang boleh menyediakan pelajar supaya berkebolehan

dalam menyelesaikan masalah secara kritis, berpengetahuan, aktif dan sedia menghadapi

cabaran dunia hari ini adalah kaedah pembelajaran berdasarkan masalah yang menggunakan

masalah kehidupan sebenar sebagai titik permulaan terhadap pembelajaran (William, 2001;

Dunlap, 2005). Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan di negara barat menunjukkan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu kaedah alternatif dalam

menyediakan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis, mengutamakan

pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari ini. Hasil kajian

juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat menambahkan pengetahuan,

perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).

1.2 LATAR BELAKANG KAJIAN

Senario pembelajaran masa kini menunjukkan pelajar tidak dapat melihat dengan jelas akan

kepentingan pengetahuan yang mereka pelajari di dalam bilik darjah yang boleh membawa

kejayaan kepada mereka dalam kehidupan dunia sebenar nanti. Sesungguhnya, pembelajaran

yang berlaku di dalam bilik darjah bukannya hanya terhad kepada isi kandungan yang diajar

dalam sehari atau silibus yang perlu dihabiskan dalam semester. Pembelajaran akan berlaku

secara semulajadi kerana pengetahuan yang didapati itu datang bersama dengan lain-lain

kemahiran seperti kemahiran generik.

Pembelajaran secara tradisional membuatkan pelajar merasa bosan dan tidak berminat

untuk belajar kerana mereka pergi ke kelas dan balik ke rumah dengan membawa banyak

maklumat dan fakta untuk dihafal dan diingati dan ini merupakan suatu aktiviti yang kurang

menyediakan kehidupan dunia sebenar di luar bilik darjah. Pembelajaran secara tradisional ini

Page 3: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

selalunya menyebabkan pembelajaran berlaku secara cetek atau tidak mendalam dan pelajar

mendapati isi kandungan pembelajaran sangat abstrak, membosankan dan amat susah untuk

mengaitkan masalah dengan dunia yang nyata (Christopher, 2006). Sikap negatif pelajar

terhadap proses pembelajaran yang pasif ini dapat dilihat melalui jumlah kehadiran yang

menurun dan pencapaian akademik yang lemah (Ahlfedt, 2004; Zhonglei, 2004).

Banyak kajian telah menunjukkan pentingnya peranan pembelajaran berdasarkan

masalah dalam memberi motivasi kepada pelajar untuk belajar dan kebolehan pelajar

menghadapi kehidupan dunia sebenar di luar sana. Melalui pembelajaran berdasarkan

masalah, pelajar belajar secara kendiri dan pelajar juga digalakkan mencari jalan untuk

menyelesaikan masalah yang diberi (Mardziah, 1988).

Menurut Barbara (2003), hasil kajian yang dijalankannya menunjukkan kesan

daripada pembelajaran berdasarkan masalah ini, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar,

kehadiran pelajar ke kelas meningkat kerana mereka seronok untuk belajar, meningkatkan

kerjasama dalam kalangan ahli kumpulan, dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam

jangka masa yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati dan hal ini akan

mendorong pada pembelajaran sepanjang hayat (Schimdt et al., 2006).

1.3 PENYATAAN MASALAH

Pendidikan dalam bidang kejururawatan kini mempunyai hala tuju baru dengan fokus untuk

memperoleh kemahiran, pengetahuan dan sikap berbanding pembelajaran berasaskan fakta.

Pembelajaran dalam bidang kejururawatan adalah suatu proses pembelajaran yang aktif

untuk mendapatkan pengetahuan, bukannya suatu proses mengingati fakta yang pasif.

Page 4: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Kini telah banyak bukti yang menyatakan bahawa permasalahan dalam dunia yang

nyata dan aktiviti pembelajaran yang berpusatkan pelajar lebih bernilai daripada pembelajaran

tradisional yang lebih berpusatkan guru. Matlamat pembelajaran berdasarkan masalah

menyediakan pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat dengan melibatkan mereka dengan

aktiviti pembelajaran kerana pelajar bertanggungjawab untuk mendapatkan fakta dan konsep

(Newman, 2003).

Kursus Diploma Kejururawatan dibangunkan untuk mengeluarkan para jururawat

yang mahir dalam menjalankan perawatan dan dapat berfikir secara kritis, berkebolehan

untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran perawatan dalam mempromosikan

penjagaan kesihatan seperti yang diperlukan di hospital dan dalam komuniti serta pelajar

berupaya menangani dan membuat keputusan dalam penyelesaian masalah. Para pelajar

jururawat perlu dilengkapkan dengan pengetahuan, nilai-nilai dan sikap yang profesional

selama tiga tahun dalam latihan untuk membolehkan mereka berfungsi sebagai jururawat

yang penyayang yang sentiasa mengambil berat terhadap kebajikan pesakit dan selamat

menjalankan tugas seperti menjalankan prosedur memberi suntikan, melakukan dressing dan

prosedur kejururawatan yang lain (KKM, 2005). Kecemerlangan dalam bidang kejururawatan

merupakan kecemerlangan melalui latihan kejururawatan secara evidence-based nursing.

Oleh yang demikian kurikulum kejururawatan perlu juga turut berubah kerana pembelajaran

yang mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan berfikiran secara kritis dapat

menjadikan jururawat lebih cemerlang (Distler, 2007; LeMone, 2002).

Kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kini semakin popular dalam kalangan

pengajar jururawat dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang kejururawatan. Para

Page 5: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

pengajar jururawat mendapati kaedah pembelajaran berdasarkan masalah ialah kaedah yang

paling sesuai untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bidang

kejururawatan hari ini. (Virginia et al., 2006). Terdapat banyak hasil kajian yang dijalankan

di negara barat menunjukkan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah merupakan suatu

kaedah alternatif dalam menyediakan pelajar yang boleh menyelesaikan masalah secara kritis,

mengutamakan pembelajaran secara kendiri dan aktif dalam menghadapi cabaran dunia hari

ini. Hasil kajian juga mendapati pembelajaran berdasarkan masalah dapat meningkatkan

pengetahuan, perubahan sikap dan amalan pelajar (William, 2001).

Walau bagaimanapun kaedah pembelajaran yang dilaksanakan di sebuah kolej

kejururawatan yang terletak di negeri Kelantan masih menggunakan kaedah tradisional iaitu

kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan. Kaedah pembelajaran berdasarkan syarahan amat

pasif, tiada penglibatan pelajar dalam pembelajaran. Pelajar hanya mendengar syarahan dan

mengingati fakta yang diberikan oleh guru. Kaedah ini lebih pada pembelajaran berpusatkan

guru. Guru tidak berusaha untuk menggalakkan pelajar berbincang sesama mereka, malah

guru lebih tergesa-gesa memberikan maklumat demi maklumat melalui syarahan. Secara

amnya hanya sedikit sahaja penekanan tentang menganalisis maklumat secara kritis,

pembelajaran secara kendiri atau menyelesaikan masalah dilakukan oleh pelajar dalam

pembelajarannya (Elizabeth et al., 2002). Mengikut Dochy et al. (2003) pelajar yang

mengikuti pembelajaran secara tradisional tidak dapat mengekalkan ingatan fakta dalam masa

yang lama, amat pasif kerana tiada interaksi dengan teman-teman dalam kumpulan untuk

berbincang mengenai pelajaran dan pemikiran tidak kritis kerana semua fakta diberi oleh

guru.

Mengikut maklumat yang terdapat pada rekod akademik pelajar, didapati pencapaian

akademik pelajar jururawat di kolej kejururawatan ini tidak memuaskan. Peratus kelulusan

Page 6: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

dalam peperiksaan akhir setiap semester tidak mencapai piawai yang telah ditetapkan iaitu

85% dalam subjek medikal-surgikal IV (perawatan sistem genitourinari), medikal-surgikal V

(perawatan pediatrik) dan medikal-surgikal VI (perawatan saraf pusat ) (HEA, 2007).

Mengikut laporan ketua pemeriksa skrip jawapan Modified Essay Question sepanjang tahun

2007, kebanyakan pelajar jururawat tidak dapat menghuraikan fakta dalam jawapan yang

diberikan dan tidak boleh mengaplikasikan pemikiran kritis (UP, 2007).

Pelajar-pelajar kurang inisiatif dan kurang bertanggungjawab terhadap pembelajaran

mereka. Para pelajar tidak peka dengan kemudahan internet yang disediakan di makmal

teknologi maklumat dan kurang menggunakan sumber rujukan di perpustakaan. Sehubungan

itu, satu perubahan strategi pembelajaran yang lebih sesuai dengan suasana pengajaran dan

pembelajaran telah dilaksanakan di Kolej Kejururawatan ini supaya proses pengajaran dan

pembelajaran menjadi lebih aktif dan berkesan iaitu kaedah pembelajaran berdasarkan

masalah. Kaedah ini dijalankan supaya para pelajar kejururawatan dapat belajar secara aktif,

berfikiran kritis dan bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka.

Visi dan misi kolej kejururawatan ini adalah untuk menghasilkan jururawat yang

berfikiran secara kritis dalam menjalankan tugas seharian, berkemahiran menyelesaikan

masalah serta pembelajaran sepanjang hayat. Bertepatan dengan visi dan misi kolej

kejururawatan ini, kaedah pembelajaran berdasarkan masalah amat sesuai dijadikan salah satu

pendekatan dan latihan yang berkesan dalam pembelajaran untuk melahirkan jururawat yang

mempunyai jati diri yang kuat, berwawasan tinggi, mengamalkan cara berkomunikasi yang

berkesan, berkemahiran membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan tepat.

Page 7: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Sebagai permulaan, pembelajaran berdasarkan masalah telah dijalankan pada sesi

pembelajaran Januari 2008 untuk pelajar jururawat tahun 2 iaitu semester 4 bagi subjek

medikal-surgikal IV (perawatan sistem genitourinari), semester 5 bagi subjek medikal-

surgikal V (perawatan pediatrik) dan semester 6 bagi subjek medikal-surgikal VI (perawatan

saraf pusat). Subjek-subjek lain masih lagi menggunakan pembelajaran secara tradisional.

Justeru itu, kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti persepsi pengajar dan pelajar

jururawat terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah setelah setahun

pembelajaran berdasarkan masalah dilaksanakan di kolej ini.

1.4. KERANGKA KONSEP KAJIAN

Pembelajaran merupakan suatu proses yang berlaku dalam akal fikiran atau lebih dikenali

sebagai kognitif dan kesan daripada proses ini akan dapat dilihat melalui perubahan dalam

tingkah laku dan percakapan. Pemahaman pelajar terhadap masalah yang dikemukakan

merupakan aktiviti kognitif di mana pelajar perlu bersikap aktif untuk berfikir dan ini adalah

hasil sumbangan daripada pengalaman atau pengetahuan sedia ada pelajar.

Phillips (2000) mengatakan dalam proses pembelajaran, pelbagai kaedah serta teori telah

diutarakan bagi memastikan proses pembelajaran akan lebih berkesan kepada para pelajar.

Menurut Graaff & Kolmos (2003), konsep pembelajaran berdasarkan masalah bersandarkan

kepada pelbagai teori seperti Teori Kolb yang memperkenalkan teori pembelajaran

berasaskan pengalaman dan Schon yang memperkenalkan teori pembelajaran berdasarkan

refleksi manakala Jean Piaget, Vygotsky, Lave dan Wenger pula memperkenalkan teori

konstruktivisme dan teori pembelajaran sosial.

Page 8: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Bertitik tolak daripada teori-teori ini, maka konsep pembelajaran berdasarkan masalah

dibentuk. Salah satu teori yang yang menyokong pembelajaran berdasarkan masalah ialah

teori konstruktivism. Persekitaran pembelajaran secara konstraktivis akan diambilkira dalam

pembelajaran bidang kejururawatan kerana dalam persekitaran pembelajaran konstruktivis

ianya menyokong pembelajaran secara aktif, menyokong pembinaan pengetahuan dan

menyokong kaedah pembelajaran melalui pengetahuan (Jonassen, 1994).

Di dalam pembelajaran yang menggunakan teori konstruktif, terdapat prinsip tertentu

yang perlu diikuti dan kebanyakan prinsip tersebut menepati dengan ciri-ciri utama

pembelajaran berdasarkan masalah. Antaranya pengajaran mestilah berdasarkan kepada

pengalaman pelajar serta menyediakan persekitaran yang melahirkan suasana ingin belajar.

Selain itu pembelajaran haruslah mempunyai perspektif yang pelbagai serta menggunakan

aktiviti autentik serta berpusatkan kepada pelajar dan menggalakkan strategi penemuan di

dalamnya. Ini perlu dilakukan kerana dibimbangi pelajar akan sesat (terkeluar dari konteks

yang ingin dikuasai) jika tiada panduan diberikan.

Rajah 1.1 di bawah merupakan kerangka konsep kajian ini.

Page 9: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Rajah 1.1: Kerangka Konsep Kajian (Prinsip Teori Konstrustivisme)

Pengetahuan sedia ada melalui:

- Pengamatan/ pemerhatian - Pengalaman - Pancaindera

PRINSIP KONSTRUKTIVISM

- Pembelajaran adalah

bersifat aktif

- Pembelajaran berterusan sepanjang hayat

- Pembelajaran melibatkan bahasa

- Pembelajaran adalah suatu aktiviti sosial

- Pembelajaran adalah berbentuk perhubungan

- Pembelajaran memerlukan ilmu pengetahuan

- Pembelajaran memerlukan masa

Pengetahuan yang dibina:

- Pengetahuan (cognitive)

- berfikir secara kritis

- Afektif (affective) - pembelajaran

kendiri dan pembelajaran sepanjang hayat

- Kemahiran (psychomotor)

- perawatan berasaskan bukti (evidence- based practice)

Page 10: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Pembelajaran dan pengajaran berdasarkan teori ini menyeimbangkan peranan guru

dengan pelajar untuk saling bersandar antara satu sama lain. Peranan guru dilihat sebagai

pembimbing dan fasilitator yang menerima pelajar sebagai individu yang mempunyai ciri-ciri

perlakuan yang berbeza. Melalui teori ini ia dapat membuka ruang serta peluang kepada guru

untuk memilih kaedah yang sesuai dalam memperolehi sesuatu konsep dan pengetahuan

untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

Dalam konteks pembelajaran, teori konstruktivism menganggap bahawa ilmu

pengetahuan tidak boleh wujud di luar minda tetapi dibina dalam minda berdasarkan

pengalaman sebenar iaitu pengetahuan dibina melalui proses pengaruh antara pembelajaran

terdahulu dengan pembelajaran terbaru yang berkaitan. Para pelajar membina ilmu

pengetahuan dengan aktif dalam merialisasikan teori ini.

Pendekatan teori konstruktivism adalah dengan memberikan hak dan peluang untuk

pelajar-pelajar belajar cara belajar (learn how to learn) dengan membina makna dan

kefahaman yang tinggi dalam kerangka minda masing-masing berdasarkan pengalaman dan

persekitaran yang sedia ada (Colliver, 2000). Keadaan ini menuntut agar guru lebih prihatin

terhadap keperluan dan kehendak pelajar secara individu. Teori konstruktivism merupakan

suatu anjakan yang perlu diaplikasikan dalam pembelajaran kerana ia memberikan peluang

dan membuka ruang kepada pelajar dalam merialisasikan kehidupan seharian mereka.

Keadaan ini secara tidak langsung menjadi penyokong kepada minat pelajar dalam

pembelajaran dan akan terhapusnya situasi keterasingan dalam kalangan pelajar. Kefahaman

pelajar terhadap fakta akan lebih berkesan dan mantap dengan menggabung serta menjalinkan

pengalaman sedia ada dan fakta yang sedang dibina (Colliver, 2000). Selain itu, guru perlu

Page 11: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

mengelakkan diri daripada beranggapan bahawa minda pelajar sebagai tin kosong yang hanya

cukup diisi dengan fakta dan pengetahuan baru, sebaliknya guru perlu mengambil kira,

menilai, mengukur keterlibatan dan kefahaman pelajar dalam mengembangkan maklumat

yang disampaikan sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru sebagai

pembimbing dan fasilitator juga dapat membantu dalam mengawal disiplin para pelajar

dengan baik. Dalam menghadapi situasi kewujudan pelajar yang enggan melibatkan diri

dalam aktiviti pembelajaran, golongan pendidik seharusnya lebih kreatif dalam

mempelbagaikan aktiviti serta mengajukan pelbagai persoalan atau masalah sebagai

ransangan terbaik sebagai jaminan keterlibatan aktif pelajar dalam menemukan idea terbaru.

Teori konstruktivism ini juga menyatakan bahawa pelajar tidak menganggap guru

hanya sebagai pembekal maklumat tetapi sebagai tempat sumber pengetahuan untuk

membantu mereka mencari maklumat dan peransang bagi mereka berfikir dan berkomunikasi.

Ilmu baru yang terbentuk ialah ilmu berasaskan inisiatif diri individu itu sendiri dan

perkongsian pandangan dalam kalangan mereka selain mengadaptasi setiap pengalaman yang

dilalui dengan alam sekeliling sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan. Dengan

wujudnya idea baru dan pengalaman pelajar ini secara tidak langsung akan membuatkan

suasana pembelajaran menjadi lebih aktif dalam kalangan pelajar itu sendiri (Atherton, 2009).

Teori konstruktivism seiring dengan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dan

amat sesuai diaplikasi dalam latihan kejururawatan yang memerlukan pelajar belajar berfikir

secara kritis dan menjalankan perawatan berasaskan bukti (evidence-based nursing) (LeMone,

2002). Setiap pelajar mempunyai pengetahuan yang sedia ada (pre-requisite knowledge) hasil

daripada pengamatan atau pemerhatian, pengalaman dan pancaindera sejak dari kecil hingga

mereka menjadi remaja. Dalam latihan kejururawatan, pengetahuan yang sedia ada amat

Page 12: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

penting untuk proses pembelajaran. Mengikut teori konstruktivism, pembelajaran akan lebih

berkesan dengan pembelajaran secara aktif, melakukan aktiviti, pembelajaran dalam

kumpulan, sentiasa berhubung dengan kumpulan yang lain, sama-sama berusaha untuk

mendapatkan pengetahuan baru dalam tempoh masa yang telah ditetapkan seperti dalam

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah. Hasil daripada pembelajaran ini, pelajar akan

mendapat pengetahuan yang dibina iaitu dari segi pengetahuan (cognitive), kemahiran

(psychomotor) dan afektif (affective). Kesan pada pembelajaran yang aktif ini, pelajar dapat

berfikir secara kritis, menjalankan perawatan dengan berasaskan bukti, pembelajaran kendiri

dan pembelajaran sepanjang hayat (Theodora, 2005).

1.5 TUJUAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti persepsi tenaga pengajar dan pelajar jururawat

terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja

kumpulan, sikap untuk belajar dan kemenjadian pelajar. Selain daripada itu kajian ini juga

bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza

pengalaman dan taraf pendidikan serta juga berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang

berbeza semester pengajian dan umur.

Page 13: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

1.6 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk;

i. Mengenalpasti tahap persetujuan pengajar jururawat terhadap kebergunaan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar.

ii. Mengenalpasti tahap persetujuan pelajar jururawat terhadap kebergunaan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah mengikut aspek:

a. Kerja kumpulan

b. Sikap untuk belajar

c. Kemenjadian pelajar

iii. Mengenalpasti tahap persetujuan pelajar terhadap perlaksanaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah.

iv. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap

kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar

jururawat berdasarkan pengalaman mengajar.

v. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap

kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar

jururawat berdasarkan taraf pendidikan.

vi. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat

terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh,

berdasarkan semester pengajian.

vii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat

terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah dalam

meningkatkan kerja kumpulan, meningkatkan sikap untuk belajar dan

meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan semester pengajian.

Page 14: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

viii. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat

terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh,

berdasarkan peringkat umur.

ix. Mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat

terhadap kebergunaan pembelajaran berdasarkan masalah dalam

meningkatkan kerja kumpulan, meningkatkan sikap untuk belajar dan

meningkatkan kemenjadian pelajar berdasarkan peringkat umur.

1.7 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kajian ini adalah seperti berikut;

i. Apakah tahap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada

pelajar berdasarkan persepsi tenaga pengajar?

ii. Apakah tahap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada

pelajar berdasarkan persepsi pelajar jururawat dalam aspek meningkat:

a. Kerja kumpulan

b. Sikap untuk belajar

c. Kemenjadian pelajar

iii. Apakah tahap perlaksanaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah

berdasarkan persepsi pelajar jururawat?

iv. Adakah terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap kebergunaan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar jururawat

berdasarkan pengalaman mengajar?

Page 15: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

v. Adakah terdapat perbezaan persepsi tenaga pengajar terhadap kebergunaan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah kepada pelajar jururawat

berdasarkan taraf pendidikan.

vi. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan

pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh, berdasarkan semester

pengajian?

vii. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan,

meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkatkan kemenjadian pelajar

berdasarkan semester pengajian.

viii. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan

pembelajaran berdasarkan masalah secara menyeluruh, berdasarkan peringkat

umur.

ix. Adakah terdapat perbezaan persepsi pelajar jururawat terhadap kebergunaan

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan,

meningkatkan sikap untuk belajar dan meningkatkan kemenjadian pelajar

berdasarkan peringkat umur.

1.8 HIPOTESIS KAJIAN

Persoalan kajian iv hingga ix dijawab melalui pengujian hipotesis berikut:

Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah pembelajaran

berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza tahap

pengalaman.

Page 16: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah pembelajaran

berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza tahap

pendidikan.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan secara keseluruhan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi pelajar jururawat

yang berbeza semester pengajian.

Ho3a: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan

berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.

Ho3b: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan sikap untuk belajar

berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.

Ho3c: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kemenjadian pelajar

berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza semester pengajian.

Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan secara

keseluruhan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi

pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.

Page 17: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Ho4a: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan

berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.

Ho4b: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan sikap untuk belajar

berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.

Ho4c: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kemenjadian pelajar

berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang berbeza peringkat umur.

1.9 KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi tenaga pengajar dan pelajar jururawat

terhadap kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja

kumpulan, sikap untuk belajar dan kemenjadian pelajar. Selain daripada itu kajian ini juga

bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan dari segi kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah berdasarkan persepsi tenaga pengajar yang berbeza

pengalaman dan taraf pendidikan serta juga berdasarkan persepsi pelajar jururawat yang

berbeza semester pengajian dan umur.

Maklumat yang diperoleh daripada kajian ini adalah sangat penting kepada pihak

tenaga pengajar kolej kejururawatan ini dalam merancang dan mengambil tindakan

Page 18: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

penambahbaikan agar pelaksanaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah dapat mencapai

matlamat yang diharapkan.

Maklumat yang diperolehi juga penting kepada pihak pengurusan kolej kejururawatan

ini dalam merancang tindakan strategik bagi mencapai visi dan misi iaitu untuk menghasilkan

jururawat yang berfikiran secara kritis dalam menjalankan tugas seharian, berkemahiran

menyelesaikan masalah serta pembelajaran sepanjang hayat.

Selain daripada itu, dapatan kajian ini juga boleh dijadikan asas kepada pihak-pihak

yang berkepentingan dalam merancang dan melaksanakan kaedah pembelajaran berdasarkan

masalah dalam usaha untuk melahirkan pelajar yang berfikiran kritis.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

Berikut merupakan definisi operasional yang digunapakai dalam kajian ini:

1.10.1 Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah

Dalam pembelajaran berdasarkan masalah, pelajar dibahagikan kepada kumpulan kecil

seramai 10 orang untuk setiap kumpulan yang mengandungi ketua kumpulan serta pencatat.

Taklimat mengenai peraturan diterangkan oleh fasilitator serta masalah diberikan kepada

pelajar. Pelajar perlu mengenal pasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan

masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenal pasti masalah

melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji yang dikenali

sebagai trigger yang akan membuatkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan

memberikan petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut.

Page 19: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Pelajar mengeluarkan idea-idea serta mendapatkan bantuan dari fasilitor, mendapatkan

jawapan dengan pergi ke perpustakaan, mencari maklumat dari media massa atau media

eletronik serta daripada pakar yang berkemahiran dalam satu-satu subjek yang dapat

membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.

Pelajar perlu mengenal pasti perkara yang perlu dipelajari dan mencari isu yang dapat

membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui langkah-langkah yang

perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenal pasti

tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.

Pelajar akan mencari dan merumuskan informasi yang relevan dan logik dengan

masalah yang diberikan daripada berbagai-bagai sumber tersebut. Pelajar akan mula

berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi

untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan

penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.

Pelajar akan memberikan tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu,

penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan

dalam kumpulan masing-masing dengan bimbingan daripada fasilitator dan akhirnya

membuat laporan untuk pembelajaran mereka.

1.10.2 Kebergunaan Kaedah Pembelajaran Berdasarkan Masalah

Page 20: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

Kebergunaan kaedah pembelajaran berdasarkan masalah adalah merujuk kepada kepentingan

kaedah pembelajaran berdasarkan masalah di mana pelajar-pelajar dapat meningkatkan daya

ingatan dalam pembelajaran, mudah memahami topik yang dipelajari, meningkatkan

pembelajaran kendiri, meningkatkan penglibatan dalam kerja berpasukan, meningkatkan

pemikiran kritis, meningkatkan dalam berkomunikasi, meningkatkan motivasi untuk belajar,

meningkatkan keyakinan diri dan menjadikan pelajar lebih berdisiplin. Kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dilihat dari tiga aspek iaitu kebergunaan kaedah

pembelajaran berdasarkan masalah dalam meningkatkan kerja kumpulan, meningkatkan sikap

untuk belajar dan meningkat kemenjadian pelajar.

1.10.2.1 Kerja Kumpulan

Kerja Kumpulan merujuk kepada pelajar berada dalam kumpulan kecil lebih kurang 10 orang,

bersama-sama membincangkan isu pembelajaran dalam menyelesaikan masalah yang

diberikan dengan diselia oleh fasilitator. Setiap ahli kumpulan mempunyai tugasan yang

tersendiri. Ada yang bertugas sebagai ketua kumpulan, pencatit, mencari bahan dari

perpustakaan, internet atau mendapatkan bantuan pakar. Ahli kumpulan sentiasa bekerjasama

dan saling membantu untuk mendapatkan maklumat dalam menyelesaikan masalah.

1.10.2.2 Sikap Untuk Belajar

Pembelajaran berdasarkan masalah dapat meningkatkan pengekalan maklumat dalam masa

yang lama, mengembangkan maklumat yang didapati, mendorong pembelajaran sepanjang

hayat, pendedahan yang sebenar terhadap pengalaman klinikal, meningkatkan perhubungan

pelajar dengan alam persekitaran dan meningkatkan motivasi pelajar secara keseluruhan

(Schimdt et al., 2006). Pelajar yang mengikuti program pembelajaran berdasarkan masalah

Page 21: BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Pembelajaran

menunjukkan kadar kehadiran ke kelas meningkat dan lebih tekun belajar kerana mereka

seronok untuk belajar (Mitchel et al., 2002).

1.10.2.3 Kemenjadian Pelajar

Faktor kemenjadian pelajar penting dalam menentukan keberkesanan sesebuah sekolah atau

institusi. Pelajar perlu cemerlang dalam pelbagai bidang akademik, kurikulum dan sahsiah

diri. Stoll & Fink (1996) merumuskan sekolah atau institusi yang berkesan adalah

peningkatan berterusan para pelajar dari segi kecemerlangan akademik, penguasaan

kemahiran asas, keberkesanan pembelajaran dan kawalan disiplin yang berkesan.

1.10.3 Pelajar Diploma Kejururawatan

Pelajar jururawat yang mengikuti kursus Diploma Kejururawatan dari Semester 1 hingga

Semester 9 selama 3 tahun di kolej kejururawatan di negeri Kelantan. Dalam konteks kajian

ini, pelajar Diploma Kejururawatan yang menjadi sampel kajian ini ialah pelajar semester 4, 5

dan 6.