bab 1

37
TOPIK 1 PENGERTIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN NAMA AHLI KUMPULAN: NOORANIZA BINTI RIKUN CB130019 HAFIZAH BINTI HUSSIN CB130032 HAZRAIN SHAFIKA BINTI ROSLI CB130034 MAIHANI BINTI SHARIFF FUDIN CB130036 MAZNI BINTI MAHAMAD AJMI CB130037 BBD 10302 PEDAGOGI

Upload: sya-kila

Post on 23-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pedagogi pendidikan

TRANSCRIPT

TOPIK 1PENGERTIAN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN

NAMA AHLI KUMPULAN:NOORANIZA BINTI RIKUN CB130019HAFIZAH BINTI HUSSIN CB130032HAZRAIN SHAFIKA BINTI ROSLI CB130034MAIHANI BINTI SHARIFF FUDIN CB130036MAZNI BINTI MAHAMAD AJMI CB130037

BBD 10302 PEDAGOGI

SENARAI KANDUNGAN

1.1 Definisi Pengajaran

1.2 Pengertian Pembelajaran

1.3 Pengertian Pedagogi

1.4 Pengertian Andragogi

1.5 Pengajaran Sebagai Sains

1.6 Pengajaran Sebagai Seni

1.1 Definisi Pengajaran

1. Aktiviti yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu

• Ia meliputi perkara –perkara seperti :-

 Aktiviti perancangan

Pengelolaan (laksanakan yang dirancang)

Penyampaian

Penilaian

• Tujuannya, untuk menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan

berkesan

Sambungan Definisi Pengajaran

2. Proses memberi maklumat , pengetahuan dan kemahiran kepada murid secara langsung.

• Pengajaran melibatkan :-

Hubungan sehala atau dua hala

Komunikasi (lisan atau bukan lisan)

Pemindahan ilmu dan maklumat

3.  Satu proses, komunikasi atau interaksi, sains dan seni.

 

Sambungan Definisi Pengajaran

a) Pengajaran sebagai sesuatu proses

• Proses pengajaran harus dilaksanakan secara sistematik mengikut langkah-langkah yang sesuai

demi mencapai tujuan pengajaran• Contoh : proses pengajaran

 

   

 

 

 

 

 

 

Sambungan Definisi Pengajaran

b) Pengajaran sebagai satu bidang komunikasi

• Pengajaran merupakan proses komunikasi kerana ia meliputi aktiviti perhubungan dan

interaksi di antara guru dengan murid.

• Contoh bentuk komunikasi pada hari ini ditukar dari satu hala kepada interaksi dua hala.

 

   

 

 

 

 

 

 

Ciri-Ciri Pengajaran

i. Guru sebagai pengajar dan murid sebagai pelajar.

ii. Hanya bermakna apabila menghasilkan pembelajaran (pengajaran berkait rapat dengan

pembelajaran)

iii.  Melibatkan proses pemikiran dan penggunaan bahasa atau simbol.

iv. Boleh dijalankan dengan aktiviti berpusatkan guru, murid dan gabungan murid-murid serta

berpusatkan sumber.

v. Proses yang melibatkan interaksi dua hala atau pelbagai hala.

vi. Ada unsur sains dan seni.

   

 

 

 

 

 

 

Sambungan Ciri-Ciri Pengajaran

viii.  Pengajaran melibatkan :-

• Merancang

• Menentukan objektif pengajaran dan pembelajaran.

• Memilih strategi pengajaran.

• Menetapkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran

• Menilai keberkesanaan sesuatu pengjaran.

   

 

 

 

 

 

 

Sambungan Bahagian Pengajaran

 

Ketiga-tiga bidang ini nampaknya begitu tersendiri sifatnya, tetapi dalam keadaan pengajaran

– pembelajaran semula jadi, pengasingan ketiga ini selalunya tidak wujud.

Contohnya : apabila seorang guru ingin mengajar seorang pelajar menulis, dia perlu mengajar

pelajar itu :

i. Cara memegang pensil (bidang psikomotor)

ii. Bentuk huruf dan mkananya (bidang kognitif)

iii. Dan juga harus memupuk minat untuk belajar menulis (bidang afektif).

   

 

 

 

 

 

 

1.2 Pengertian Pembelajaran

• Mengikut mergen dan king dalam bukunya “Introduction to psychology”, pembelajaran ialah

sebarang perubahan tingkahlaku yang agak kekal akibat pengalaman yang diperolehi oleh

seseorang atau akibat latihan yang di jalaninya.

• Pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang agak tetap dan ia berlaku kerana pengalaman

atau latihan yang diteguhkan.

• Menurut guy le francis di dalam bukunya, psychological theories and human learning (1982),

pembelajaran merangkumi semua perubahan tingkah laku yang agak kekal yang dihasilkan

melalui pengalaman.

Ciri-Ciri Pembelajaran

i. Pembelajaran menunjukkan berlakunya perubahan tingkah laku.

ii. Perubahan tingkahlaku itu agak tetap dan bukan sementara dan bukan disebabkan oleh

pengaruh dadah atau penyakit.

iii. Perubahan tingkah laku itu dihasilkan melalui pengalaman latihan atau interaksi antara

individu dengan persekitarannya (pembelajaran boleh berlaku secara formal, informal atau

bukan formal)

iv. Perubahan tingkah laku hendaklah memperlihatkan peningkatan dari satu tahap yang rendah

kepada tahap yang lebih tinggi.

   

 

 

 

 

 

 

1.3 Pengertian Pedagogi

• Berasal dari perkataan yunani; paidagogia iaitu bereerti pergaulan dengan anak-anak ataupun Paidagogos;

• Paid bermaksud anak• Agogos ; memimpin atau membimbing

• Bereerti sebagai suatu ilmu dan seni dalam mengajar anak-anak. Istilah pedagogi berubah menjadi ilmu dan seni mengajar. Pedagogi juga merupakan kajian mengenai pengajaran, khususnya pengajaran dalam pendidikan formal. Dengan kata lain, ia adalah sains dan seni mengenai cara mengajar di sekolah.

Sambungan Pengertian Pedagogi

• Menurut Danilov (1978), Beliau mendefenisikan istilah pedagogi sebagai proses interaksi terus-menerus dan saling berasimilasi antara pengetahuan ilmiah dan pengembangan luaran terhadap fungsi pedagogi.

• Menurut Prof. Dr. J. Hoogveld (Belanda) pedagogi adalah ilmu yang mempelajari masalah membimbing anak ke arah tujuan tertentu, iaitu supaya mampu berdikari menyelesaikan tugas hidupnya”. Jadi pedagogi adalah ilmu untuk mendidik anak.

• Malcolm Knowles mengungkapkan istilah lain yang mirip dengan pedagogi iaitu andragogi yang merujuk pada ilmu dan seni mendidik orang dewasa. 

Sambungan Pengertian Pedagogi

• Berkenaan dengan aktiviti mental seperti kefahaman,

pengetahuan dan analisaBidang Kognitif

• Berkenaan dengan sikap dan sahsiah diriBidang Afektif

• Berkenaan dengan aktiviti fizikal seperti kemahiran

hidup, pertukangan dan sukan.Bidang Psikomotor

Sambungan Pengertian Pedagogi

Tujuan pedagogi adalah : Mengembang

kan keperibadian pelajar yang

sihat.

Membantu pelajar dalam

menaikkan keyakinan diri

dan praktik yang

mendominasi.Membentuk manusia yang

berguna dalam

menjalani kehidupan

yang mendatang.

Membantu membentuk

pelajar menjadi

dewasa bagi hidup yang

bermakna dan memuliakan kehidupan

yang positif.

Sambungan Pengertian Pedagogi

• Pedagogi merupakan ilmu yang membahas pendidikan, iaitu ilmu pendidikan kanak-kanak. Pendidikan berfungsi untuk meningkatkan mutu kehidupan manusia, baik sebagai individu, maupun sebagai kelompok dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan pendidikan atau dengan proses perkembangan masyarakat, kita akan menemukan suatu perubahan dalam cara dan kualiti kehidupan. Tidak ada masyarakat yang bersifat statik, atau yang tidak mengalami perubahan. Ilmu pendidikan sebagai teori perlu dipelajari kerana akan memberi beberapa manfaat iaitu:

• Dapat dijadikan sebagai pedoman untuk mengetahui arah tujuan mana yang akan di capai.• Untuk menghindari atau sekurang-kurangnya mengurangi kesalahan-kesalahan dalam praktik,

kerana dengan memahami teori pendidikan, seseorang akan mengetahui mana yang boleh dan yang tidak boleh di lakukan, walau teori tersebut tidak sahi

• Dapat di jadikan sebagai tolak ukur, sampai di mana seseorang telah berhasil melaksanakan tugas dalam pendidikan.

 

1.4 Pengertian Andragogi

Perkataan andragogi berasal dari bahasa Yunani ‘aner’ ertinya orang dewasa atau adult, dan ‘agogos’ ertinya memimpin atau leader.

Sambungan pengertian Adragogi :

• Menurut Malcom Knowles, Andragogi merupakan seni dan sains untuk membantu orang

dewasa belajar. Secara lebih tepat lagi andragogi boleh dinyatakan sebagai seni dan sains

untuk pembelajaran bagi orang dewasa. (Malcolm Knowles, 1970) Menulis buku “The Modern

Practise of Adult Education”.

• Menurut Dugan Laird, Andragogi mempelajari bagaimana orang dewasa belajar. Laird yakin

bahawa orang dewasa belajar dengan cara yang signifikan berbeza dengan cara-cara kanak-

kanak dalam memperoleh tingkah laku baru.

Sambungan pengertian Andragogi :

• Menurut Darkenwald dan Meriam. Menyatakan bahawa seseorang dikatakan dewasa

apabila dia telah melewati masa pendidikan dasar dan telah memasuki usia kerja, iaitu umur

16 tahun dan ke atas. Dengan demikian orang dewasa diertikan sebagai orang yang telah

memiliki kematangan fungsi-fungsi biologi, sosial dan psikologi dalam segi-segi

pertimbangan, tanggung jawab, dan peranan dalam kehidupan

Rumusan pengertian Andragogi :

Andragogi adalah suatu proses pembelajaran pelajar yang terdiri daripada orang dewasa. Andragogi disebut juga sebagai teknologi penglibatan orang dewasa dalam pembelajaran. Proses pembelajaran dapat terjadi dengan baik apabila kaedah dan teknik pembelajaran bersifat timbal balik dan saling membantu antara guru dan pelajar. Penglibatan pelajar adalah

kunci keberhasilan dalam pembelajaran orang dewasa.

1.4.1 Pendekatan Proses Andragogi

Pendekatan Andragogi Proses

Citra Diri

Pengalaman

Kesiapan Diri

Ke mana Arah

Belajar

Sambungan Penjelasan Pendekatan Proses Andragogi

1. Citra Diri

Apabila seseorang itu menjadi dewasa, terbentuk kesedaran dan merasa bahawa dia dapat

membuat keputusan untuk dirinya sendiri. Hal ini disebut sebagai pencapaian tingkat kematangan

psikologi atau tahap masa dewasa. Dengan demikian, orang yang telah mencapai masa dewasa

akan berkecil hati apabila diperlakukan sebagai anak-anak. Dalam masa dewasa ini, seseorang

telah memiliki kemauan untuk mengarahkan diri sendiri untuk belajar. Dorongan hati untuk

belajar terus berkembang dan terus melanjutkan proses belajar tanpa batas. Implikasi dari keadaan

tersebut adalah dalam hal hubungan antara guru dan pelajar. Pada proses andragogi, hubungan itu

bersifat timbal balik dan saling membantu antara guru dan pelajar.

Sambungan Penjelasan Pendekatan Proses Andragogi

3. Kesiapan Belajar

Dalam pendekatan andragogi, pelajar yang memutuskan apa yang akan dipelajarinya berdasarkan

keinginannya sendiri. Guru bertindak sebagai fasilitator.

4. Ke mana Arah Belajar

Dalam pendekatan andragogi, pembelajaran dipandang sebagai suatu proses pemecahan masalah

di mana proses pemberian mata pelajaran tertentu. Arah pencapaiannya adalah penemuan suatu

situasi yang lebih baik, suatu tujuan yang sengaja diciptakan, suatu pengalaman peribadi, suatu

pengalaman kolektif atau suatu kemungkinan pengembangan berdasarkan kenyataan yang ada

pada masa sekarang. Untuk menemukan "dimana kita sekarang" dan "kemana kita akan pergi",

itulah pusat kegiatan dalam proses andragogi.

1.4.2 Langkah-langkah pelaksanaan Andragogi

Langkah-langkah kegiatan dan pengorganisasian program pendidikan yang menggunakan asas-asas pendekatan andragogi, selalu melibatkan tujuh proses sebagai berikut :

1. Menciptakan iklim untuk belajar.

2. Menyusun suatu bentuk perencanaan kegiatan secara bersama dan saling membantu.

3. Menilai atau mengidentifikasikan minat, keperluan dan nilai-nilai.

4. Merumuskan tujuan belajar.

5. Merancang kegiatan belajar.

6. Melaksanakan kegiatan belajar.

7. Mengevaluasi hasil belajar (menilai minat, keperluan dan pencapaian nilai-nilai)

1.4.3 Andragogi dapat disimpulkan sebagai :

1. Cara untuk belajar secara langsung dari pengalaman.

2. Suatu proses pendidikan yang dapat mengurangi konflik-konflik sosial,

melalui kegiatan-kegiatan antara peribadi kepada belajar secara kelompok.

3. Suatu proses belajar yang diarahkan sendiri, di mana secara terus menerus dapat

menilai kembali keperluan belajar yang timbul dari tuntutan situasi yang selalu berubah.

1.5 Pengajaran Sebagai Sains

Proses pengajaran jelas mempunyai ciri-ciri sains kerana proses pengajaran berdasarkan penyelidikan, pemerhatian dan mempunyai rumusan-rumusan sebagaimana kebanyakan bidang sains.

Merupakan satu ciri aktiviti yang bercorak saintifik.

sambungan

Sains secara amnya dilihat sebagai satu bidang ilmu pengetahuan dan juga sebagai satu kaedah inkuiri dalam penyelesaian masalah.

Sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak atau pelajar sekolah rendah mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyisatan.

Menjadi lebih bermakna kepada pelajar jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada.

1.5.1 Model Inkuiri

Pendekatan ini membolehkan pelajar menggunakan keperluan ingin tahu mereka untuk meneroka sesuatu bidang ilmu.

Matlamat dalam pendekatan ini adalah mengembangkan kemahiran dan disiplin intelek yang perlu untuk membangkitkan soalan dan mencari jawapan yang berpunca daripada rasa ingin tahu mereka.

Sesuatu pengajaran secara inkuri dimulakan dengan menyediakan satu situasi yang membingungkan.

Individu yang menghadapai situasi sedemikian secara semulajadi bermotivasi untuk menyelesaikan masalah tersebut.

1.5.2 Lima Fasa Model Inkuiri

FASA 1 : Berhadapan dengan masalah

FASA 2 : Mengumpul data

FASA 3 : Pengumpulan data - Ujikaji

FASA 4 : Menyusun, Merumus keterangan

FASA 5 : Analisis inkuiri

1.5.3 Penerangan Fasa

FASA 1

Guru perlu mengemukakan situasi bermasalah dan menerangkan atur cara inkuiri kepada pelajar.

FASA 2

Melibatkan pemeriksaan proses iaitu murid mengumpulkan maklumat tentang kejadian yang dilihat atau alami.

FASA 3

Uji kaji dijalankan oleh murid dengan memasukkan elemen-elemen baru dalam situasi untuk melihat sama ada kejadian itu berlaku dengan cara lain.

Sambungan…

FASA 4

Guru meminta pelajar menyusun data untuk membentuk satu keterangan.

FASA 5

Pelajar diminta menganalisis corak inkuiri mereka.

1.5.4 Memperkembangkan Sikap Positif

Pengajaran sains dapat memperkembangkan sikap positif pelajar

Semangat ingin tahu

Kreativiti

Berfikiran terbuka

Ketabahan

1.6 PENGAJARAN SEBAGAI SENI

1.6.1 PERANAN SENI DALAM PENDIDIKAN

VIDEO

1) PENGAJARAN TIDAK BERKESAN

2) PENGAJARAN BERKESAN

KESIMPULAN

Secara kesimulannya seorang guru yang baik dan hebat akan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran di mana guru perlu memahami dan mendalami perasaan pelajar. Guru perlu bijak memikat pelajar untuk belajar sesuai dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut peredaran zaman.

Walaubagaimanapun guru seharusnya mengetahui peranannya sendiri, guru bukan sahaja memberikan ilmu baru kepada murid-muridnya malah guru seharusnya meningkatkan motivasi pelajar melalui kekreatifan yang sedia ada untuk menarik minat murid-muridnya terhadap subjek yang diajar. Kekreatifan seseorang guru tersebut dalam menurun ilmu pengetahuannya kepada murud-muridnya perlu diambil kira untuk menjamin masa depan masyarakat dan Negara.