psv bab 1(1)

Upload: misszdy

Post on 04-Apr-2018

257 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    1/20

    TAJUK 1 PENGERTIAN DAN KONSEP KURIKULUM PSV SERTAKONSEP SUKATAN PELAJARAN PSV KBSR

    SINOPSIS

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk

    melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi pemupukan Asas

    Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu guru meningkatkan rasa

    kesedaran serta tanggungjawab terhadap keperluan bidang seni yang selaras dengan

    hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, guru itu sendiri perlu memahami

    perkembangan serta kronologi perkembangan kurikulum yang berlaku sebelum dan

    selepas Merdeka agar dapat mentafsir pengertian dan konsep kurikulum PendidikanSeni di negara serta kesannya yang dicorakkan menerusi struktur dan keperluan murid-

    murid di sekolah.

    HASIL PEMBELAJARAN

    Menerangkan perkembangan kurikulum Pendidikan Seni Visual (PSV), Sukatan

    Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran(HSP) PSV KBSR

    Mengaplikasikan konsep 5P, KBSR

    Mengaitkan kepentingan perkembangan Kurikulum

    Merancang danmereka bentuk aktiviti seni visual dalam pengajaran dan

    pembelajaran

    Mengintegrasikan aktiviti PSV dalam mata pelajaran lain

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    2/20

    1.0 Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual di Malaysia

    Jadual 1 :

    Kronologi Perkembangan Kurikulum Pendidikan Seni Visual

    Jadual 2 :

    Transisi merentasi Pendidikan Seni Visual

    Transisi merentasikurikulum PSV

    Pendidikan Institusi

    Penerbitan Penubuhan kelab seni

    SebelumMerdeka

    AwalMerdeka Sekarang

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    3/20

    a) Perkembangan Kurikulum Pendidikan Di Malaysia

    1.1 Laporan Winstedt- Zaman British

    Tujuan sekolah Melayu menurut Penyata Pelajaran tahunan Neger- negeri

    Selat 1885 adalah; Cukup untuk kehendak-kehendak biasa budak-budak

    Melayu, yang kelak akan menjadi pemandu kereta lembu, penanam padi dan

    nelayan. Tujuan kerajaan bukanlah untuk mewujudkan segelintir pemuda

    yang berpendidikan baik. Pelajaran untuk orang Melayu tidak boleh melewatibatasan, kerana ia hanya akan menimbulkan kesulitan nanti

    1.2 1916Laporan Winstedt memperkemas sistem pendidikan rendah di

    Tanah Melayu-Sekolah Melayu dan maktab mengajar mata pelajaran lukisan.

    Anyaman diletakkan di bawah mata pelajaran sains pertanian

    1.3 Laporan Winstedt (Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-negeri Selat dan

    Negeri-negeri Melayu Bersekutu) mencadangkan:-Lukisan adalah mustahakuntuk Latihan yang amat baik memerhati alam yang didapati darinya, dan

    ia dapat menimbulkan minat dan kecerdasan murid-murid, dan melatih mereka

    ketepatan dan kecermatan. Dan ia menyesuaikan mereka dengan kerja-

    kerja mandur. Ia patut dimestikan dalam darjah 3 dan 4. Menyediakan

    matapelajaran Kerjatangan seperti membuat bakul.

    1.4 Pada tahun 1930 sistem persekolahan berjalan 4 jam sehari, dari jam 8.00

    pagi hingga 12.00 tgh

    Mata pelajaran :-Karangan, Ilmu Kira-kira, Ilmu Alam, Sejarah Melayu,

    Kesihatan, Lukisan, Menganyam dan berkebun, Kesihatan, Senaman,

    Anyaman dan berkebun adalah untuk menjadikan sistem Persekolahan Melayu

    lebih mirip kepada kampung-anjuran R.O.Winstedt

    1.5 Penyata Rahman Talib

    Pada tahun 1960 satu jawatankuasa bagi mengkaji semula implementasi

    dasar pendidikan di bawah ordinan pendidikan 1957 yang dipengerusikan

    oleh Abdul Rahman Talib

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    4/20

    Antara syor yang dikemukakan:

    Menyediakan pendidikan universal selama 9 tahun dan menaikkan had

    umur berhenti sekolah dari 9-15 tahun. Memberi pelajaran percuma kepada kanak-

    kanak di semua aliran sekolah mulai 1962. Memperbanyakkan kemudahan

    pendidikan teknik dan vokesional. Mengadakan pendidikan agama Islam.

    Bahasa Melayu dijadikan bahasa teras seiring dengan kedudukannya

    sebagai bahasa kebangsaan.

    1.6 Akta Pelajaran 1961 telah dijadikan dasar kepada sistem pendidikan di

    negara ini. Justeru itu Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) telah

    diperkenalkan. Mata pelajaran yang diajar oleh guru-guru dana dipelajari oleh murid-

    murid dalam KLSR antaranya ialah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris,

    Matematik, Sains, Tawarikh, Ilmu Alam, Hal Ehwal Tempatan, Tata Rakyat,

    Jawi,Pendidikan Agama Islam, Lukisan dan Pertukangan Tangan, Pendidikan

    Jasmani dan lain-lain.

    1.7 Persekolahan peringkat rendah di negara ini berterusan mengikut

    kehendak KLSR sehinggalah kajian dibuat pada tahun 1974 hingga 1979

    oleh jawatankuasa diketuai Dr.Mahathir Mohamad bagi melihat kesesuaian

    KLSR ini.

    1.8 Laporan kajian yang dikeluarkan pada tahun 1979 mendapati bahawa KLSR

    sudah tidak relevan lagi dan perlu diganti dengan kurikulum yang baru. Implikasi

    daripada laporan ini ialah pengenalan kepada Kurikulum Baru Sekolah Rendah

    (KBSR) pada tahun 1982.

    1.9 Pada tahun 1988 KBSR telah disemak semula bagi mengenal pasti

    kelemahan dan kekuatannya. Lanjutan itu, KBSR yang dikenali pada

    asasnya sebagai Kurikulum Baru Sekolah Rendah ditukar menjadi

    Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah. Dari segi kurikulum, mata

    pelajaran-mata pelajaran yang telah sedia ada mengalami perubahan

    bagi membantu murid menghadapi cabaran masa depan termasuklah

    Pendidikan Seni Visual.1.10 Kementerian Pendidikan Malaysia telah memainkan peranan yang

    positif dalam membangunkan dan memperkembangkan kurikulum

    Pendidikan Seni Visual. Hal ini dapat dilihat berdasarkan semakan

    terhadap Kurikulum Pendidikan Seni Visual itu sendiri yang telah

    beberapa kali melalui proses perubahan. Perubahan-perubahan

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    5/20

    tersebut meliputi aspek falsafah, matlamat, objektif, pendekatan,

    kaedah dan isi kandungan mata pelajaran tersebut. Perkembangan

    kurikulum ini dapat dilihat seawal pertengahan abad ke-19 apabila

    kurikulum seni mula diperkenalkan di Penang Free School dengan

    memberikan penekanan kepada penglahiran pelajaryang mahir dalam

    kraf (Carline, (1968) dalam Ibrahim Hassan melalui karya Md Nasir bin Hj. Ibrahim-

    Isu dan Permasalahan Kurikulum Pendidikan Seni Visual).

    1.11 Selepas merdeka, bermula dari tahun 1965 Kementerian Pelajaran

    Malaysia telah menggubal dasar baru pendidikan. Melalui dasar baru ini,

    murid-murid daripada darjah 1 hingga tingkatan 3 akan belajar dua kumpulan

    mata pelajaran yang dikenali sebagai mata pelajaran wajib dan mata pelajaran

    elektif.

    1.12 Kini, sekali lagi kurikulum Pendidikan Seni berubah dengan penekanan

    kepada melengkapkan perkembangan diri seseorang individu melalui nilai peribadi

    individu dan pemupukan kesedaran terhadap seni dalam kehidupan sehari-hari serta

    sikap dalam menghargai hasilan seni sebagai sumbangan kepada warisan budaya

    dan identiti bangsa. Perubahan-perubahan ini melibatkan falsafah,

    matlamat, objektif, pendekatan, kaedah dan isi kandungan yang lebih

    mantap dan akan dapat menarik minat lebih ramai pelajar.

    1.13 Dalam KBSR, Pendidikan Seni Visual merupakan mata pelajaran wajib yang

    mesti dipelajari oleh semua murid. Mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

    digubal selaras dengan perkembangan terkini ke arah mencapai hasrat FPK.

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah sebagaimana

    yang digariskan oleh PPK pada tahun 2000 adalah untuk melahirkan insan yang

    harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual.

    Kandungan kurikulum berupaya membnatu murid meningkatkan rasa

    kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

    keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

    pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan Negara, selaras dengan hasrat

    FPK.Terdapat empat bidang yang terkandung di dalam mata pelajaran

    Pendidikan Seni Visual seperti berikut :

    (a) Melukis dan membuat gambar

    (b) Membuat corak dan rekaan

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    6/20

    (c) Membentuk dan membuat binaan

    (d) Mengenal kraf tradisional

    1.14 Fokus yang diberikan kepada setiap bidang pula ialah pemerhatian aktif,

    interaksi yang kreatif dengan alat dan bahan, serta aprisiasi aspek seni.

    Pendidikan Seni Visual memainkan peranan sebagai pengimbang kepada mata

    pelajaran lain yang ditawarkan di sekolah- sekolah kerajaan. Mata pelajaran ini

    menyumbangkan ke arah perkembangan murid-murid melalui peningkatan daya

    persepsi, estetika dan kraetiviti. Manakala aktiviti seni yang dijalankan semasa

    pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam konteks peranan seni

    sebagai media komunikasi, seni dalam kehidupan dan persekitaran, dan

    seni sebagai warisan budaya dan identiti bangsa. (Mazlan Mohamad.1996)

    1.15 Perkembangan Sukatan Pelajaran Seni Visual peringkat menengah.

    Sukatan Pelajaran Seni Visual telah diperkenalkan di peringkat Sijil

    Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pada tahun 2002 bagi

    menggantikan Kertas Peperiksaan Lukisan yang digubal oleh

    University of Cambridge Local Examintin Syndicatetahun 1982.

    1.16 Kertas Peperiksaan Lukisan tidak bercirikan kepada pembelajaran yang

    berteraskan kepada pengajaran dan pembelajaran. ianya lebih berorientasikan

    kepada peperiksaan semata-mata bagi menguji kemahiran calon dari aspek melukis

    dan pertukangan menerusi enam kertas peperiksaan yang ditawarkan tanpa sukatan

    pelajaran.

    1.17 Kertas Peperiksaan Lukisan STPM juga telah tidak mengalami sebarang

    perubahan selama 20 tahun dan dilihat tidak cukup kuat bagi dijadikan syarat

    kemasukan ke universiti. Keadaan ini lebih tidak memberansangkan apabila persepsi

    yang direndah dan salah khususnya dikalangan pihak sekolah dan masyarakat yang

    melihat matapelajaran ini sebagai tidak relevan untuk dipelajari, tidak

    mempunyai prospek serta dipertikai dari aspek nilai komersialnya.

    1.18 Melalui perbincangan Jawatankuasa yang diketuai Prof Madya Dr

    Mohd Mustafa Mohd Ghazali serta ahli-ahli jawatankuasa telah

    membahaskan dengan panjang lebar, di mana ahli jawatankuasa dan MPM

    bersetuju supaya Kertas Peperiksaan Lukisan di gantikan dengan

    Sukatan Pelajaran Seni Visual. Ianya merupakan satu kesinambungan dari

    Matapelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat Penilaian

    Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    7/20

    menjadi jambatan ilmu ke program-program seni lukis dan seni reka serta yang

    berkaitan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Pemurniaan sukatan pelajaran sekali

    lagi mengalami perubahan apabila rombakan selepas tiga (3) tahun dilaksanakan.

    Maka pada tahun 2005 pemurniaan oleh jawatankuasa yang sama

    menggubal beberapa aspek utama. Iaitu apresiasi seni visual dan

    penghasilan seni visual. Sukatan ini terdiri daripada tiga komponen

    iaitu (a) Teori Seni Visual, (b) Lukisan, dan (c) Projek Penghasilan Karya

    b) Kelahiran Institusi Seni

    1.1 1922 Penubuhan Maktab Perguruan Sultan Idris-Memberi latihan

    perguruan dan semua wajib mempelajari kesemua mata pelajaran

    AspekPendidikan Sebelum

    MerdekaPendidikan Selepas

    Merdeka

    Matlamat danObjektif

    Isi kandungan

    Pendekatan

    Latihan 1

    Cuba buat perbandingan Kurikulum PSV sebelum Merdeka danselepas Merdeka berdasarkan aspek yang dikemukakan.

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    8/20

    termasuk lukisan, pertanian dan pertukangan. Melahirkan tokoh pelukisan

    yang mempunyai sudut pandangan Melayu

    Mengetengahkan hal benda tempatan. Anatara tokoh seperti Mohd. Said Hj.

    Hussain dan Idris Hj. Salam

    Antara matapelajaran :Pekerjaan tangan- kerja membuat raga dianggap

    paling sesuai kerana: Seni pertukangan asli

    Bahan-bahan mudah didapati. Perkakasan tidak banyak dan mudah, Bahan-

    bahan untuk kegiatan itu ditanam di sekitar maktab

    1.2 Sukatan Pelajaran Tahun pertama

    * penuntut dikehendaki menggunakan mengkuang. Mereka juga dikehendaki

    mencipta corak-corak baru dengan menggunakan rotan dan buluh. Tahun Kedua,

    sambungan kerja tahun pertama.

    Tahun Ketiga, penggunaan rotan dan buluh dengan lebih meluas

    1.3 1960-Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur

    Dibuka untuk membentuk guru-guru pakar dalam bidang masing- masing

    antaranya menawarkan kursus Pendidikan seni, Pendidikan jasmani. Selain itu,

    Pendidikan guru kelas buta dan cacat pendengaran, Kaunseling dan kerjaya,

    Teknologi pendidikan dan sebagainya Peter Harris mengendalikan kurikulum

    Jabatan Pendidikan Seni bagi latihan guru dan antara kakitangan awal MPIK

    adalah Syed Ahmad, Jamal, Yeoh Jin Leng, Anthony Lau, Lee Joo For,

    Cheong Lai Tong, Jolly Koh. Aspek-aspek kepakaran seni halus, seni grafik dan

    kraftangan diberi penekanan. Sukatan mata pelajaran yang ditawarkan adalah

    seperti Catan, Seni halus, Seni arca, Seni seramik, Seni tekstil (batik), Seni

    anyaman/tenunan Kursus wajib lukisan, grafik, sejarah seni, pedagogi pendidikan

    Seni, Latihan praktikum. Antara guru dan pelukis keluaran MPIK adalah seperti Ahmad

    Khalid, Redza Piyadasa, Othman Mansur, Ismail Hashim

    Bagi guru yang cemerlang akan ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke

    peringkat ijazah di luar negara (sekitar -60an).

    1.4 1962 -Maktab PerguruanTeknik ditubuhkan melalui Laporan Rahman Talib.Sukatan pelajaran termasuk pertukangan kayu, logam, seni bina dan lukisan teknik

    dimasukkan ke dalam kursus seni

    1.5 1967-Institut Teknologi Mara (Universiti Teknologi MARA)

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    9/20

    Kursus-kursus yang ditawarkan Seni halus, Seni grafik, Seni logam, Seni

    tekstil, Seni foto, Seni reka fesyen, Seni reka industri, Seni reka tembikar, Seni reka

    kasut.

    1.6 Uitm juga menawarkan Diploma perguruan untuk guru pendidikan

    seni. Tenaga pengajar seperti Sulaiman Esa, Redza Piyadasa, Chong Kam

    Kau, Tan Keong Eng dan Joseph Tan. Kakitangan ini telah mengambil

    alih peranan kakitangan MPIK yang sebelum ini memainkan peranan

    penting dalam bidang seni lukis avant-garde negara. Mereka telah

    menanamkan semangat yang memberangsangkan di kalangan

    pelukis muda serta memupuk kewujudan masyarakat seni secara

    keseluruhannya pada tahun-tahun 1970-an.Antara pelukis yang mencipta

    nama ialah Syarifah Fatimah Syed Zubir, Zakaria Awang, Bayu Utomo, Dzulkifli

    Buyong dan ramai lagi.

    1.7 1971-Universiti Sains Malaysia

    Di bawah pengajian Ilmu Kemanusiaan yanga menawarkan bidang Seni

    lakon, Seni Muzik dan Seni Halus. Menawarkan kursus grafik, arca, fotografi,

    sejarah seni, kritikan seni dan teori-teori seni. Melahirkan tokoh-tokoh seperti

    Ismail Hashim, Zakaria Ali, dan Reza Piyadasa.

    Latihan 2Berdasarkan kurikulum Pendidikan Seni yang dibuat keatas institusi-institusi seni yang ditubuhkan pada masa itu,

    apakah peranan utama yang dimainkan oleh tenaga pengajarterhadap penguasaan kemahiran yang dikuasai olehpelajar?

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    10/20

    c) Kemunculan Pertubuhan Seni Lukis

    1.1 1906-Chong Hua Confucius Pulau Pinang -Memperkenalkan mata

    pelajaran seni kaligrafi dan anyaman yang diajar dalam bahasa Cina

    1.2 1949 : Pengerusi bagi Kesatuan kesenian Guru Pulau

    Pinang dan ahli Penang Impressionist

    1.3 1951-Wednesday Art Group. Peter Harris seorang

    pengawas seni lukis di Kementerian Pelajaran. Berkelulusan

    sekolah seni dari United Kingdom. Beliau telah

    memperkenalkan konsep estetika dan teknik seni. Penglibatan guru

    sebagai pelukis banyak membantu perkembangan pendidikan

    seni di sekolah-sekolah tanah air.Terus berkembang dengan

    penubuhan sekolah kelab melukis antara perkara yang

    diajar :Antaranya Kelas potret Mohd. Hossein Enas, Kelas Arca Idris

    Salam, Kelas Grafik Zakaria Nor dan Kelas seni dalaman Habibah

    Baharudin

    1.4 1954Malay Teachers Union-Perkembangan seni visual

    Pulau Pinang mempengaruhi guru-guru seni. Pada 21.04.54 hingga

    29.04.54 telah diadakan pameran oleh guru-guru Melayu telah

    diadakan di 23 Jalan Northam dan dirasmikan oleh J.N. Davies, Pengarah

    Pelajaran Pulau Pinang disertai 20 orang guru seni.

    1.5 1956-Majlis Kesenian Malaya

    Pengasas : Tan Sri Mubin Sheppard dan Datuk Zainal Abidin

    Hj. Abbas. Tujuan penubuhan untuk memberi sokongan

    kepada aktiviti seni muzik, drama dan seni rupa demi menjaga

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    11/20

    kredibiliti seni di samping menambahkan pengetahuan,

    kefahaman dan amalan seni yang meluas Ahli-ahli terdiri

    daripada Nik Ahmad kamal, Puan P.G. Lim, Peter Harris

    1.6 1957- Thursday Art GroupRentetan dari penubuhan WAG

    dengan impian yang sama. Pengerusi : Hoessin Enas. Aktiviti banyak

    berbentuk potret yang disesuaikan dengan budaya dan identiti kebangsaan

    melalui pakaian, adat resam, kebudayaan dan kerjaya.

    1.7 1966-Penang Teachers Art Circle-Latihan pendidikan seni di luar

    negara. Terdiri daripada guru-guru seni tujuan : membetulkan kaedah

    dan tatacara pembelajaran pendidikan seni.

    d) Penerbitan

    1.1 Buku Teks-1925-R.O.Winstedt -Menghasilkan buku Art and

    Crafts iaitu buku pertama mengenai sejarah seni dan seni

    pertukangan.

    1.2 1928-Kitab Pedoman Guru Penggal Pertama - Memperihalkan

    kaedah-kaedah pengajaran Lukisan dan kerja tangan

    1.3 1929-Kitab Pedoman Guru Penggal Kedua telah digunakan oleh

    guru-guru Melayu untuk mengajar pelbagai mata pelajaran termasuk

    Lukisan dan Pertukangan Tangan di sekolah-sekolah Melayu di seluruh

    tanah air pada masa itu. Kitab Pedoman Guru Penggal II disusun oleh O.T.

    Dussek dan Muhammad Hashim bin Haji Taib adalah buku pertama yang

    ditulis di negara ini mengenai kaedah mengajar mata pelajaran

    Lukisan dan Pertukangan Tangan. Buku ini sangat penting

    digunakan oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran ini di

    sekolah-sekolah Melayu di Malaya etika itu.

    1.4 1932-Buku Craft Work, Third Year Practical Work For Senior

    Schools-Ditulis oleh Taylor and Snell. Digunakan di sekolah-

    sekolah di Malaya khusus di St. Xavier Institution, Pulau Pinang.

    Merupakan buku teks Lukisan dan Pertukangan Tangan. Bab-

    bab yang terkandung di didalam buku Craft Work antaranya ialah Corak

    pada kulit buku, Jenis-jenis tulisan / kaligrafi, Ilustrasi figura, Cetakan

    stensil, Cetakan lino, Cara- cara menjilid buku dan alat yang digunakan.

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    12/20

    1.5 Kitab Rajah-Rajah Anyaman oleh guru anyaman

    Mr.W.Olaguera. Antaranya para penuntut boleh memilih

    kemahiran seperti berikut; pertukangan kayu: dilatih membuat

    perabot-perabot seperti meja kecil, almari buku, tongkat dan

    sebagainya. Mejilid buku: untuk penuntut tahun tiga.

    Menganyam jaring: membuat jaring untuk kegunaan permainan

    bola sepak, hoki dan volleyball, Pertukangan tanah liat: penuntut terpilih

    1.6 1957- Buku Panduan Guru Kementerian Pelajaran

    Persekutuan Tanah Melayu / DBP-Perincian mengenai

    Mengajar Lukisan dan Pekerjaan Tangan. Bertujuan untuk

    membangunkan sepenuhnya keupayaan rasa indah kanak- kanak,

    menyuburkan kuasa-rasa, kuasa-gerak dan kecerdasan

    kanak-kanak serta membaiki budi pekerti mereka. Selain itu, objektifnya

    menjurus kepada pembinaan kebolehan menghargakan dan

    menciptakan keindahan, Penyuburan kuasa-rasa dan kuasa-gerak,

    Penyuburan kecerdasan dan Asuhan budi pekerti. Antara aktiviti

    yang terkandung dalam buku tersebut ialah tentang aktiviti

    lukisan biasa dan lukisan warna yang terbahagi kepada 3 bahagian

    iaitu pemandangan, ingatan, rekaan, Membuat gambar,

    Corak , Pekerjaan tangan dan Penghargaan.

    1.7 1958- The Art Paper.Ditulis oleh Marjorie Clark (guru kanan

    seni lukis SekolahVictoria,Singapura) dan W.T.Swinbanks

    (pensyarah seni di Teachers Training College, Singapura).

    Diterbitkan oleh Donald Moore, Singapura. Mengandungi siri teknik

    menghadapi peperiksaan lukisan untuk School

    Certificate.

    1.8 1990-Geometrical Drawing Part 1. Diterbitkan oleh Cambridge

    Series for Schools and Training Colleges oleh Blythe yang

    menjelaskan konsep visual yang luas meliputi bentuk-bentuk

    geometrik dan buku ini digunakan di sekolah-sekolah seluruh Malaya.

    Latihan 3

    Berdasarkan perubahan kurikulum Pendidikan Seni zaman sebelumMerdeka dan selepas Merdeka, sila bincang bersama rakan andatentang bagaimanakah corak kurikulum Pendidikan Seni Visual

    pada hari ini yang telah dibentuk?

    Sediakan esei tidak kurang 1000 patah perkataan secara individu.

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    13/20

    2.0 Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual

    a) Matlamat Pendidikan Seni Visual

    Rancangan kurikulum Pendidikan Seni Visual sekolah di Malaysia telah disusun

    semula supaya selaras dengan perkembangan terkini agar dapat mencapai

    hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tujuannya untuk melengkapkan

    kamahiran murid ke aras pencapaian keilmuan yang tinggi dari aspek kesenian,reka bentuk, teknologi, dan alam kehidupan selepas persekolahan.

    Kandungan kurikulum digubal dengan memastikan keseimbangan penekanan

    kepada kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual, beberapa

    kemahiran generik, perkembangan potensi diri dan keupayaan diri sebagai

    seorang murid yang inovatif dan produktif dalam seni visual. Contoh modul yang

    dihasilkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan

    Malaysia adalah menjadi rujukan kepada guru-guru di sekolah.

    Tiga aspek utama modul telah dikenalpasti iaitu;

    1. Perkembangan nilai diri dan kesediaan menceburi alam pendidikan

    dengan aktif.

    2. Penguasaan kemahiran dan teknologi buatan serta penghasilan seni

    visual.

    3. Perkembangan daya cipta dan nilai seni dan budaya menerusi

    sejarah dan apresiasi seni visual.

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni visual Sekolah Rendah adalah untuk

    melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi

    pemupukan Asas Seni Visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    14/20

    meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam

    persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke

    arah pembangunan diri, keluarga, mayarakat, dan negara, selaras dengan hasrat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Rajah 2.1 :

    Matlamat Pendidikan Seni Visual

    Pengertian PSV - Proses penghasilan karya seni dengan melibatkan aspek

    pemahaman,penghayatan dan kritikan mengenai perasaan estetik dan daya

    kreativiti melalui imaginasi dan konsepsi murid.

    Matlamat mata pelajaran Pendidikan Seni Visual Sekolah Rendah adalah untuk

    melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif, dan produktif menerusi

    pemupukan Asas Seni Visual.

    Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa

    kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran,

    keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah

    pembangunan diri, keluarga, masyarakat, dan negara, selaras dengan hasrat

    Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    Pendidikan Seni Visual bertujuan memberi peluang kepada murid :

    CelikBudaya/harmonis

    Nilai estatik tinggi Kreatif

    Inovatif

    Inventif/produktif

    Imaginatif

    Kritis

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    15/20

    - Memupuk minat

    - Memperkembang keperibadian

    - Memberi kesedaran dan kepekaan terhadap nilai-nilai kesenian dan alam

    sekitar.

    b) Objektif Pendidikan Seni Visual

    * Setelah mengikuti kurikulum Pendidikan Seni di

    kreatif dan menyeronokkan

    - Menajamkan daya persepsi melalui pancaindera

    - Mengenali asas seni reka dan olahannya serta dapat

    menggunakannya

    - Mengembangkan kemahiran asas dalam pelbagai

    kegiatan seni visual

    c) Organisasi Kurikulum Pendidikan Seni Visual

    - Organisasi kurikulum merangkumi 4 aspek utama seperti

    berikut

    a) pemerhatian secara aktif

    b) interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat

    dan bahan

    c) apresiasi Seni Visual secara mudah; dan

    b) menghargai nilai baik dalam semua aspek

    kehidupan

    i. Pemerhatian secara aktif

    Aspek ini melibatkan senitiviti deria. Semasa menyediakan

    aktiviti, perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;

    Pengetahuan sedia ada murid

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    16/20

    Benda yang konkrit

    Minat, kecenderungan dan latar belakang murid

    Bahan, bunyi, pergerakan, dan aksi; dan

    Mencetus idea dan imaginasi

    ii. Interaksi yang kristis dan kreatif dengan alat dan bahan

    Aspek yang melibatkan penerokaan dan penghasilan atau

    pembuatan. Aktiviti penerokaan dijalankan sebelum aktiviti

    penghasilan. Semasa menyediakan aktiviti, anda perlu beri

    perhatian kepada perkara berikut;

    penerokaan

    - aktiviti kecil mudah ringkas;

    - cuba mencuba, suaikenal dengan

    bahan;

    - mencari alternatif, variasi dan kemungkinan

    lain;

    - bebas daripada jawapan tetap, murid

    senang dan ingin mmencuba;

    - aktif melibatkan pelbagai kecerdasan;

    dan

    - menggunakan kemahiran berfikir dan

    pengurusan grafik

    penghasilan/membuat

    - Penggunaan alat bahan dan teknik;

    - Tatacara, langkah dan proses

    membuat;

    - Amalan tertib kerja;

    - Keselamatan semasa bekerja; dan

    - Penyampaian kandungan subjek, idea, halbenda

    dengan bentuk hasil.

    iii. Apresiasi Seni Visual secara mudah;

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    17/20

    Aspek ini melibatkan penyataan dan unsur afektif, terdapat

    dua jenis utama aktiviti Apresiasi. Aktiviti yang dirancang khas

    untuk projek apresiasi dan aktiviti mudah yang dirancang di

    akhir setiap pelajaran. Semasa menyediakan aktiviti mudah,

    perhatian perlu diberi kepada perkara berikut ;

    Aspek bahasa yang berkaitan dengan istilah seni

    seperti sifat garisan, jalinan, warna, ton, rupabentuk

    dan bentuk;

    Aspek bahasa yang berkaitan dengan manipulasi, alat

    bahan dan teknik;

    Penghargaan hasil kerja dan menghormati pembuat

    karya;

    Perasaan, penghargaan dan refleksi diri;

    dan

    Penyerapan pengetahuan dan penerapan nilai yang

    berkaitan dengan kandungan

    iv. Menghargai nilai baik dalam semua aspek kehidupan

    Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan

    perkara lain di dalam kegiatan;

    Nilai, idea dan kandungan dikaitkan selanjutnya dengan

    perkara lain di luar kegiatan dalam kehidupan seharian;

    Tindakan susulan;

    Mbut dihuraikan secara lebih terperinci dalam Huraian

    Sukatan Pelajaran; dan mencintai alam kehidupan;

    Nilai patriotisme dan nilai murni lain;

    Kemahiran perlakuan, pengetahuan budaya dan

    perkembangan persepsi yang terkandung dalam 4

    aspek dalam organisasi kandungan tersebut dihuraikan

    secara lebih terperinci dalam Huraian Sukatan Pelajaran;

    dan

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    18/20

    Kritikan seni: huraian, analisis, interpretasi, dan

    penilaian

    Organisasi Kurikulum

    PENANG FREE SCHOO MenPENANG FREE SCHOOgajar mata pelajaran seni mengikut dunia pendidikan barat

    Murid

    Pelbagai

    kegiatan seni

    visual

    4 bidang

    Membuat

    corak dan

    rekaan

    membantuk

    dan membuat

    binaan

    mengenal kraf

    tradisional

    Memperkembang dan menyelaras persepsi dankonsepsi visual murid untuk menggalakkan

    pemikiran kritis dan kreatif

    menggambar

    Selaras perkembangan peringkat kesediaan dan

    penerimaan murid dari segi sosioemosi, psikomotor,

    mental yang merengkumi perasaan, koordinasi,

    manipulasi dan persepsi visual

    Pengetahuan yang dapat dimiliki:

    *Mengenal bahan, alat dan teknik,

    *Pengetahuan mengenai sumber motif dalam persekitaran,

    kraf tradisional, unsur seni dan prinsip rekaan, proses

    pembuatan, kaedah dokumentasi intergrasi maklumat dan

    aplikasi perisian komputer

    Yang dipentingkan:

    *pemerhatian secara aktif

    *interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    19/20

    Carta 2.2 :Carta Organisasi Kurikulum

  • 7/30/2019 PSV BAB 1(1)

    20/20

    Carta 2.3:

    Struktur Kandungan Organisasi Kurikulum PSV