bab 1

10
BAB 1 KONSEP DAN DEFINISI LEMBANGAN SALIRAN 1.1 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran ini pelajar dapat: a) Memahami dengan jelas definisi lembangan saliran. b) Mengenal pasti fungsi bagi lembangan saliran. c) Menyatakan kepentingan lembangan saliran sebagai sistem kegunaan manusia. 1.2 PENGENALAN Air merupakan bahan asas kepada kejadian semua benda hidup. Sebagai asas pembentukan kejadian, manusia mengandungi 70% air manakala bahan organik memerlukan air antara 60 70%. Sebagai suatu keperluan untuk semua benda-benda hidup yang terdapat di alam semesta ini, air merupakan suatu elemen yang seiringan dengan perkembangan tamadun manusia kerana pembangunan dan perkembangan masyarakat manusia sangat berkait rapat dengan peredaran dan ketersampaian air kepada mereka. Ahli sains percaya bahawa manusia silam pada satu ketika dahulu adalah semiaquatic kerana kecenderungannya untuk tinggal berhampiran dengan air. Hal ini terbukti apabila banyak tamadun lama yang terkenal dijumpai di sepanjang sungai. Contohnya, Tamadun Sumerian terbentuk di sepanjang Sungai Tigris (Euphrates), Tamadun Egypt di sepanjang Sungai Nil, Tamadun Indus-India di sepanjang Sungai Indus (India), Tamadun China di sepanjang Sungai Huang Ho iaitu Yellow River (China) dan sebagainya. Air merupakan satu sumber (resources) yang menjadi perhatian ahli geografi. Dalam konteks umum, kajian air merujuk kepada istilah hidrologi yang memberi fokus kepada kajian ke atas kewujudan/taburan, ciri-ciri dan pergerakan air di dalam atau di antara komponen-komponen fizikal dan biologi dalam alam sekitar. Taburan air yang unik mengikut ruang dan masa disebabkan oleh satu proses alam sekitar yang dikenali sebagai kitaran hidrologi. Enjin raksaksa ini berperanan mengerakkan air dalam bentuk kitaran tanpa henti daripada lautan ke atmosfera, ke tumbuhan dan permukaan daratan, ke dalam tanih, ke dalam alur-alur atau reservoir dan balik semula ke lautan. Pergerakan-pergerakan ini dapat menghubung dan 1

Upload: sylvister-yong

Post on 14-Nov-2015

231 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

lembangan saliran

TRANSCRIPT

BAB 1KONSEP DAN DEFINISI LEMBANGAN SALIRAN

1.1 OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANPada akhir pengajaran ini pelajar dapat:a) Memahami dengan jelas definisi lembangan saliran.b) Mengenal pasti fungsi bagi lembangan saliran.c) Menyatakan kepentingan lembangan saliran sebagai sistem kegunaan manusia.

1.2 PENGENALAN Air merupakan bahan asas kepada kejadian semua benda hidup. Sebagai asas pembentukan kejadian, manusia mengandungi 70% air manakala bahan organik memerlukan air antara 60 70%. Sebagai suatu keperluan untuk semua benda-benda hidup yang terdapat di alam semesta ini, air merupakan suatu elemen yang seiringan dengan perkembangan tamadun manusia kerana pembangunan dan perkembangan masyarakat manusia sangat berkait rapat dengan peredaran dan ketersampaian air kepada mereka. Ahli sains percaya bahawa manusia silam pada satu ketika dahulu adalah semiaquatic kerana kecenderungannya untuk tinggal berhampiran dengan air. Hal ini terbukti apabila banyak tamadun lama yang terkenal dijumpai di sepanjang sungai. Contohnya, Tamadun Sumerian terbentuk di sepanjang Sungai Tigris (Euphrates), Tamadun Egypt di sepanjang Sungai Nil, Tamadun Indus-India di sepanjang Sungai Indus (India), Tamadun China di sepanjang Sungai Huang Ho iaitu Yellow River (China) dan sebagainya.Air merupakan satu sumber (resources) yang menjadi perhatian ahli geografi. Dalam konteks umum, kajian air merujuk kepada istilah hidrologi yang memberi fokus kepada kajian ke atas kewujudan/taburan, ciri-ciri dan pergerakan air di dalam atau di antara komponen-komponen fizikal dan biologi dalam alam sekitar. Taburan air yang unik mengikut ruang dan masa disebabkan oleh satu proses alam sekitar yang dikenali sebagai kitaran hidrologi. Enjin raksaksa ini berperanan mengerakkan air dalam bentuk kitaran tanpa henti daripada lautan ke atmosfera, ke tumbuhan dan permukaan daratan, ke dalam tanih, ke dalam alur-alur atau reservoir dan balik semula ke lautan. Pergerakan-pergerakan ini dapat menghubung dan memindahkan bahan dan tenaga kepada semua komponen-komponen alam sekitar (bumi) agar ia menjadi satu sistem yang hidup dan dinamik. Interaksi yang tidak pernah putus antara semua komponen alam sekitar dijalankan melalui proses-proses penting seperti kerpasan, sejatan dan perpeluhan, susupan dan larian permukaan. 1.3KONSEP LEMBANGAN SALIRANSecara umumnya permukaan bumi tinggi dan rendah adalah wujud kesan daripada proses tektonik, lipatan dan juga gelinciran. Permukaan tinggi dan rendah tersebut pula akan membentuk jaringan lurah-lurah yang menghubungkan kawasan tinggi dengan kawasan rendah. Justeru itu, jaringan lurah tersebut akan membentuk alur-alur sungai dinamik yang dinamakan sebagai kawasan lembangan saliran. Oleh itu lembangan saliran ditakrifkan sebagai lingkungan kawasan yang menyediakan pergerakan air disebabkan oleh tarikan graviti. Banyak istilah yangg berbeza digunakan bagi menggambarkan lembangan saliran, antaranya seperti berikut: IstilahKeterangan

river basin, drainage basinMerujuk kepada sistem pengawalan sungai

watershedMerujuk kepada usaha-usaha pengurusan sumber air

catchmentMerujuk kepada mana-mana titik dalam suatu landskap di mana landskap tersebut menyediakan air ke point melalui aliran lateral di atas permukaan dan bawah permukaan

Selain daripada itu, definisi lembangan saliran juga ditinjau melalui 3 pendekatan utama iaitu :Pendekatan Ruang HidrologiWatershed/ Drainnage Basin point terendah dalam sesuatu kawasan lembangan River Basin keseluruhan kawasan yang menyediakan larian air untuk menampung keseluruhan aliran sungai utama dan cawangannya.

Pendekatan Sistem Bekalan AirKawasan Tadahan (Catchment Area) kawasan yang diairi oleh hujan, disempadani sistem bukit dan diakhiri oleh loji rawatan air.Pendekatan Ekologi Suatu sempadan sistem hidrologi di daratan yang dalamnnya wujud benda hidup yang saling bergantung sehingga mewujudkan suatu komuniti.1.4 KAEDAH PENJELASAN KONSEP LEMBANGAN SALIRAN1.4.1Lembangan Topografi Permukaan air yang menyediakan air larian di mana legeh (ridge) menjadi unit pemisah atau sempadan kawasan.1.4.2 Lembangan SebenarMerujuk kepada pergerakan air yang sama seperti lembangan topografi namun ianya mengambil kira komponen batuan telap air bawah tanah yang menjadi pemisah kepada pergerakan air ke point terendah.Bagi lembangan sebenar, penentuan sempadan bergantung kepada dari lokasi atau point mana air yang diterima oleh sesuatu outlet.Keadaan pertamaApabila semua air hujan yg jatuh ke permukaan akan disusupkan. Dalam kes ini, penentuan sempadan bergantung kepada ciri-ciri keterlapan sesuatu tanih, sudut tegak batuan dan paras water table kawasan tersebut.Keadaan keduaMerujuk kepada lapisan permukaan daratan tersumbat dan susupan tidak berlaku. Dalam kes ini, kesemua air yg turun akan mengalir secara larian permukaan. Dalam konteks ini juga, sempadan lembangan merujuk kepada sempadan topografi

Keadaan ketigaMerujuk kepada keadaan hujan lebat di mana proses susupan dan larian permukaan berlaku serentak. Dalam keadaan ini persempadanan keadaan pertama & kedua perlu digunakan serentak. Air yg mengalir di permukaan dan masuk ke outlet, sempadannya pula merujuk kepada sempadan topografi .Manakala air yg mengalir di permukaan & menyusup ke dalam tanih bergerak akan bergerak mengikut batuan tidak telap air (sempadan berdasarkan bahan tidak telap air digunakan).Dari segi skala keluasan, pembahagian sesuaatu lembangan saliran dilakukan berdasarkan order atau tertib sesuatu sungai. Pentertiban sungai ini merujuk kepada proses pemberian pangkat atau nombor bagi setiap segmen sungai yang berjaring dengan segmen-segmen yang lain. Antara sarjana yg terlibat dalam pembangunan pentertiban sungai seperti Gravelius (1914), Horton (1945), Strahler (1952), Shreve (1957), Scheidegger (1965) & Lewin (1970) Namun daripada banyak pentertiban, pentertiban Strahler yg diubahsuai daripada Horton secara meluas digunakan hingga ke hari ini. Menurut kaedah ini, semua segmen yang tidak mempunyai cabang di atasnya, diberikan pangkat 1. Pemangkatan yang seterusnya iaitu mana-mana segmen bertemu dan mempunyai nilai pangkat atau tertib yang sama, segmen seterusnya hendaklah ditambah 1. Bagi segmen yang tidak yang bertemu dgn segmen yg tidak sama nilai tertibnya, segmen seterusnya hendaklah dikekalkan nilai tertib tertinggi di antara dua segmen sebelumnya. Pengkelasan Sistem Lembangan Saliran (Meybeck)BilKelas SungaiPurata Aliran (ms)Keluasan(Km)Kedalaman[N (m)]Tertib

1Sangat besar (very large rivers) >10,000>106,000>1500>10

2Sungai besar (large rivers) 1000-10,000100,000-106,000800-15007-11

3Sungai(rivers) 100-100010,000-100,000200-8006-9

4Sungai kecil (small rivers) 10-1001000-10,00040-2004-7

5Sungai-sungai kecil (streams) 1-10100-10008-403-6

6Sungai-sungai kecil (small streams) 0.1-110-1001-82-5

7Anak sungai-sungai kecil (Brooks)