b6d4e1 sains folio

8
Pencemaran Air Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana- mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air. Kaedah Pengawalan Pencemaran Air a) Pencegahan - Kitar semula bahan buangan - Merawat kumbahan - Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur

Upload: baburam-kumaraswaran

Post on 30-Nov-2015

270 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

pbs sains

TRANSCRIPT

Page 1: B6D4E1 Sains Folio

Pencemaran AirMenurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Kaedah Pengawalan Pencemaran Aira) Pencegahan- Kitar semula bahan buangan- Merawat kumbahan- Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur

Page 2: B6D4E1 Sains Folio

b) Kuatkuasa Undang-undang- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang, peraturan dan garis panduan berkenaan pencemaran air

c) Pemantauan- Pengawasan udara dan air untuk tumpahan minyak atau pembuangan sisa di kawasan larangan

Page 3: B6D4E1 Sains Folio

Pembersihan Air Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang datang

Page 4: B6D4E1 Sains Folio

daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

a) Penurasan Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan, pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

Kebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampaiKeburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut

Page 5: B6D4E1 Sains Folio

b) PendidihanPendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga mencapai takat didih, 100 C.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidupKeburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

c) PengklorinanPengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidupKeburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

Page 6: B6D4E1 Sains Folio

d) PenyulinganPenyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarutKeburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan # INFO EXTRA : Sistem Bekalan Air ke kediaman

Cara Penjimatan Penggunaan Aira) Mandi dengan air pancuran

b) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badan

Page 7: B6D4E1 Sains Folio

c) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili air d) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi

e) Pasang tangki curahan air tandas dwisistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin dan curahan penuh untuk najisf) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh g) Baiki pili air atau paip yang bocor h) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman