assingment psv

9
1. PENGENALANKurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaituBidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-duabahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagaikemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan senivisual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasisecara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiranmencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dankemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran- kemahiranini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran danpembelajaran.Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan,pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaanteknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan senimengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Inibertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusanterutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberiimpak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual disesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/StudioPendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visualdijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepadakebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu,pengetahuan, kemahiran dan nilai.Bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran danpembelajaran seni visual. Dengan penyusunan suasana dan keadaan bilik seni yangmenarik, kemas, bersih dan lengkap dengan kemudahan mampu merangsangkekreatifan hasilan karya murid. Selaras dengan itu, saya bercadang untukmewujudkan bilik seni yang merangkumi aspek fizikal, sosial dan emosi supayabukan sahaja guru atau murid malah pelawat luar

Upload: jaysri

Post on 18-Nov-2015

220 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

psv

TRANSCRIPT

1. PENGENALANKurikulum Pendidikan Seni Visual disusun berdasarkan dua bidang iaituBidang Penghasilan Seni Visual serta Sejarah dan Apresiasi Seni Visual. Kedua-duabahagian ini diharapkan dapat membantu murid dalam menguasai pelbagaikemahiran. Antara kemahiran yang akan dikuasai murid melalui pendidikan senivisual ialah kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, kemahiran berkomunikasisecara berkesan, kemahiran membuat pilihan dan keputusan yang tepat, kemahiranmencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bekerjasama dankemahiran pengurusan. Bagi membolehkan murid menguasai kemahiran-kemahiranini guru perlu mengintegrasikan kedua-dua bidang ini dalam pengajaran danpembelajaran.Dalam penghasilan seni visual, kegiatan harus melibatkan penerokaan,pewujudan idea, perkembangan idea, pembelajaran secara terancang, penggunaanteknologi, alat dan bahan melalui teknik tertentu. Semua kegiatan senimengutamakan kajian-kajian sebelum, semasa dan selepas proses penghasilan. Inibertujuan menerapkan budaya penyelidikan di kalangan murid.Dalam mencapai matlamat Pendidikan Seni Visual dan juga matlamatFalsafah Pendidikan Kebangsaan ini, peranan guru amat penting dalam pengurusanterutamanya dalam menghasilkan ruang atau bilik studio khusus yang memberiimpak yang maksimum kepada murid. Ini kerana kekuatan Pendidikan Seni Visual disesebuah sekolah terletak kepada guru dan tempat operasi iaitu Bilik/StudioPendidikan Seni Visual. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visualdijalankan dalam bentuk teori dan praktikal tetapi pendekatannya bergantung kepadakebijaksanaan guru untuk mengendalikannya asalkan meliputi tiga domain iaitu,pengetahuan, kemahiran dan nilai.Bilik seni merupakan satu aspek utama dalam konteks proses pengajaran danpembelajaran seni visual. Dengan penyusunan suasana dan keadaan bilik seni yangmenarik, kemas, bersih dan lengkap dengan kemudahan mampu merangsangkekreatifan hasilan karya murid. Selaras dengan itu, saya bercadang untukmewujudkan bilik seni yang merangkumi aspek fizikal, sosial dan emosi supayabukan sahaja guru atau murid malah pelawat luar yang memasuki bilik seni ini akantertarik dan mendapat ilham dalam penghasilan karya seni.(a) Aspek fizikalDari aspek fizikal, guru seni hendaklah berusaha menentukan bahawa bilik darjahatau bilik seni adalah bersih, susunan perabot adalah teratur dan sesuai untuk aktivitiyang akan dijalankan. Sudut seni untuk pameran contoh-contoh hasil kerja pelajarperlu ada dan diuruskan dengan menarik dan kemaskini. Ianya dapat dilakukandengan cara-cara berikut: (i) Penyusunan meja kerusi murid mengikut kumpulan. (ii)Suasana di studio Pendidikan Seni yang dihiasi dan diatur kemas dengan carta,gambar, rak pameran dan alat bantu mengajar yang mengalakkan aktiviti pengajarandan pembelajaran. (iii) Saiz studio yang mempunyai ruang yang cukup untukbergerak dapat memberi keselesaan kepada murid-murid menjalankan aktivitikumpulan dan permainan.(b) Aspek SosialSuasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara muriddengan murid, khasnya dalam bilik darjah. Murid yang dapat berinteraksi dalampembelajarannya akan mudah menguasai ilmu yang dipelajari. Mereka akan melaluisosiometri dalam penguasaan berinteraksi dalam sesuatu kumpulan dan disinilahproses pengajaran dan pembelajaran akan berlaku. Aspek emosi ini akan dapat:(i) menarik minat murid, masyarakat dan guru-guru;(ii) berfungsi sebagai pemangkin untuk mengembangkan minat, bakat, kreativiti daninovatif;(iii) mewujudkan suasana interaksi sesama murid;(c) Aspek emosiSuasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.Suasana emosi ini akan menimbulkan jenis-jenis tingkah laku murid yang ditentukanoleh sifat guru dan gaya mengajarnya. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjahyang kondusif biasanya ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat penyayang,bertimbang rasa, peramah dan lucu serta menjalankan tugas dengan adil,bertanggungjawab, mengamalkan sikap demokrasi dan tidak memilih kasih. Andaboleh mewujudkan suasana rapport dan disenangi oleh murid dengan:(i) memenuhi kehendak fisiologi iaitu memuaskan deria;(ii) memenuhi kehendak mental, untuk keperluan berfikir;iii) membentuk suasana yang meransang kreativiti; dan 2. PERANAN ASPEK FIZIKAL, SOSIAL DAN EMOSI DALAM BILIK SENI2.1 Aspek FizikalSuasana fizikal Menurut Marland (1975), suasana fizikal bilik darjah mungkinmerupakan kawanataumusuh dalam pengajaran dan pembelajaran.Perancangan dan penyusunan suasana fizikal sesebuah bilik seni melibatkankegiatan mengorganisasi, merancang dan menggunakan perkara yang berkaitandengan tempat duduk pelajar, bahan bantu mengajar, sudut aktiviti, pameran, papantulis, perabot dan lain-lain lagi. Suasana fizikal merangkumi segala bentukkemudahan dan peralatan yang terdapat disekolah.

Bilik seni saya ini seperti yang telah dinyatakan adalah berkonsepkan minimise.Konsep ini sesuai kerana ruangan yang agak terhad. Oleh itu penggunaan bilangan perabot seperti sebuah almari dan meja jepun berbentuk hesagon dalam bilanganyang sedikit supaya bilik tidak sesak dan ruangan bergerak tidak menjadi sempit. Didalam bilik ini saya bercadang untuk memperagakan hasil bidang membina danmembentuk sahaja yang diletakan di dalam almari kaca bertingkat. Bagi hasil keryayang lain boleh ditampal pada papan kenyataan bertutup di sepanjang lorong diluarbilik seni.Di dalam bilik ini saya bercadang meletakan sebuah teliveison 42 inci yangdilekatkankan pada dinding utama bersama pemain video. Saya juga bercadangmeletakan dua buah komputer dan sebuah radio di dalam bilik ini kelak untuk tujuanpengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual.2.2 Suasana emosiSuasana emosi merujuk kepada perasaan murid-murid terhadap guru mereka.Suasna emosi menimbulkan pelbagai tingkah laku murid yang ditentukan oleh sifatguru dan gaya guru mengajar. Mengikut kajian, suasana emosi bilik darjah yangkondusif ditimbulkan oleh guru yang mempunyai sifat-sifat penyayang, bertimbangrasa, peramah, lucu dan adil. Suasana emosi juga dipengaruhi oleh gaya kepimpinanguru dalam proses pengajaran dan pengajaran. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aspek emosi memainkan peranan yangpenting bagi mengalakankan tumpuan, kerjasama dan percambahan idea murid.Daripada pemilihan warna cat dinding saya bercadang menggunakan ton warnalembut dengan satu dinding utama berwarna lembut tua supaya ruangan tampakluas dan selesa. Memandangkan tingkap yang terdapat di dalam bilik ini terdiridaripada 3 panel sahaja, pemilihan kain langsir mestilah bercorak bunga kecildengan gabungan kain warna lembut sesuai dengan warna dinding. Pontonganlangsir ini kelak adalah ringkas sesuai dengan konsep minimise. Ini penting supayabilik ini mendapat cukup cahaya dan udara untuk mewujudkan aspek emosi yangdiingini di dalam pengajaran dan pembelajaran.2.3 Suasana sosialSuasana sosial merujuk kepada perhubungan dan corak interaksi di antara muriddengan murid khasnya di dalam bilik seni. Mok Soon Sang (2008), mengatakanbahawa guru perlu bijak dalam merangsang dan mengalakkan perkembangan sosialmurid-muridnya dengan menunjukkan sikap yang adil semasa melaksanakanperaturan kelas. Suasana sosial dalam bilik seni penting untuk mewujudkan iklimpembelajaran yang berkesan. Tanpa interaksi dan komunikasi, suasana sosial didalam bilik seni akan menjadi muram dan pelajar akan cepat berasa bosan.Seperti yang disyorkan bagi menggalakkan interaksi murid, bilik seni mestilah luas.Namum memandangkan bilik seni yang yang cadangkan ini tidak berapa luas nanummasalah ini tidak dapat menghalang saya memwujukan interaksi antara muriddengan murid serta guru. Saya bercadang akan menggunakan konsep minimise bagimenghias bilik seni saya ini kelak. Oleh itu saya bercadang untuk meletakan mejahesagon berkaki pendek supaya murid-murid dapat melakukan karya seni tanpagangguan kerusi. Ini dapat menggalakkan interaksi di antara murid dan juga guruseni itu sendiri. Secara tidak langsung susunan ini dapat menjayakan aktivitikumpulan bagi mewujudkan aspek sosial yang dipelajari.3. PELAKSANAAN EMPAT KOMPONEN PENDIDIKAN SENI VISUAL DALAM BILIKSENIBidang atau kompenan mengamabr, membina, mencorak dan tradisionalmerupakan 4 kompenan dalam pendidikan seni visual. Aktiviti kempat-empatkompenan ini lebih sesuai diadakan di bilik seni yang dicadangkan. Penggunaanbilik seni ini dapat menggalakan murid-murid menhasilkan karya seni yang menarik.Ini terjadi kerana di dalam bilik seni terdapat :3.1 Ruangan InteraksiWalupun ruang agak terhad, murid-murid dapat berinteraksi dengan selesa keranasusun atur meja jepon yang menarik. Muridmurid selesa menghsailkan karyamereka tanpa ganguan kerusi dan duduk berkumpulan.3.2 Sudut Idea SayaSudut ini digunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitanmenggambar, memebina , mencorak dan kraf tradisional yang dikehendaki olehmurid-murid. Sudut ini boleh memuatkan antara 5 hingga 10 orang pada satu-satumasa. Mereka boleh menggunakan kmputer untuk mencari maklumat mengenaisesuatu tajuk dalam aktiviti-aktiviti empat komponen tersebut.Sudut Idea Saya mempunyai dua buah komputer yang dilengkapi dengankemudahan internet dan pencetak. Murid-murid boleh menggunakan komputer inisecara berkumpulan untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan karya yangakan mereka jelmakan. Sebagai contoh, dalam tajuk arca timbul, murid akan mencarimaklumat berkaitan arca timbul dengan menggunakan komputer. Mereka akanmenemuai pelbagai jenis arca timbul dan media yang mudah dan murah sepertisabun yang boleh digunakan untuk hasil kerja mereka nanti3.3 StorStor berada bersebelahan dengan ruang interaksi seni. Stor ini digunakan untukmenyimpan pelbagai barangan yang diperlukan sewaktu sebarang proses membuataktiviti yang diperlukan. Stor penyimpanan alatan amat diperlukan sama sekali. Inikerana di dalam bilik seni ini guru perlu menyediakan pelbagai stok alatan sertabahan-bahan keperluan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu juga terdapatpelbagai jenis alatan serta bahan untuk kegunaan pelajar contohnya ialah berusdalam pelbagai saiz, cat dalam pelbagai warna dan jenis seperti cat minyak, cat air,cat paster, lilin, gunting, pisau dan sebagainya. Oleh itu alat dan bahan ini perludiasingkan dan disimpan ditempat yang selamat. Untuk menjaga kebersihan stor inisupaya sentiasa kemas, jadual tugasan disediakan supaya setiap kali stor inidigunakan kekemasan stor akan sentiasa terpelihara. Stor yang tidak dijaga denganrapi akan menyebabkan penggunaannya terganggu kerana sudah pasti ada habuk,kotoran dan yang seumpamanya.3.4 Sudut Palitan SeniSudut ini terletak didalam stor seni yang bersebelahan dengan bilik seni.SudutPalitan seni juga penting untuk melaksanakan aktiviti pengkeranian. Ianya jugaberfungsi sebagai tempat untuk melaksanakan penerimaan, merekod,penyelenggaraan, pengendalian dan pengeluaran stok. Di sudut ini juga digunakansebagai tempat menerima, mengesah dan memperakukan barang yang diterimadaripada pembekal.3.5 Ruang BasahRuangan ini sangat penting dalam keempat-empat komponen pendidikan seni visualkhususnya dalam komponen mengambar. Aktiviti menggambar terutamanya aktiviticatan memerlurkan penggunaan air. Oleh itu Ruang basah dibina diluar bilik seniuntuk memastikan bilik seni sentiasa kering dan selamat buat murid-murid ketikaberinteraksi3.6 Sudut Mari MenontonPenghasilan karya dalam pendidikan seni visual amatlah mencabar. Bagi melahirkansesuatu karya, murid-murid perlu mempunyai pemikiran yang kreatif dan kritis dalammenghasilkan sesuatu karya seni. Sebagai contoh penghasilan karya kmponenbinaan seperti arca, model, hiasan diri, dan sebagainya. Pelaksanaan pengajarandan pembelajaran pendidikan seni visual dalam bilik seni yang saya cadangkan inidapat membantu murid-murid dari segi mendapatkan idea yang kreatif melalui sudutMari Menonton.Sudut ini akan saya letakan sebuah telivsion yang berukuran 42 inciyang dilekatkan pada dinding demi keselesaan dan supaya ruang tidak sempit.Murid-murid dapat menonton tayangan dari tempat dududk mereka dengan jelas.Tayangan akan disiarkan bagi tontonan murid- murid supaya mereka lebihmemahami langkah-lanagkah membuat binaan dan menghayati keindahan hasilanbianaan yang ditayangakan. Sebagai contoh tanyang membuat labu sayung. Murid-murid akan mengetahui bagaimana langkah-langkah labu sayaung dibuat tanpaperlu pergi ke Perak. Selain itu murid akan lebih menghargai hasil seni yangditinggalkan.3. 7 Sudut Halwa Telinga.Menghasilakan sesuatu karya seni meerlukan suasana yang ceria, tenteram danmenghiburkan. Oleh itu, saya akan menguwujdkan sudut halwa telinga buat anak-anak murid saya nanti. Mereka boleh membuat karya seni mereka sambil mendengaralunan lagu yang perlahan dan mengiburkan. Murid-murid tidak akan berasa bosanketika membuat hasil seni mereka kelak.3.8 Anjung SeniAnjung seni ini terletak dihadapan bilik seni yang saya cadangankan. Di Anjung Seniini hasil-hasil seni dari kempat-epat kompenan boleh dipamaerkan untuk tatapanmurid-murid, guru-guru dan juga pelawat. Secara tidak langsung dengan adanyaanjung seni ini, murid-murid akan bersemangat untuk menghasilakan karya senimereka untuk diletakankan di Anjung Seni ini.4 PENUTUPPersekitaran kelas atau studio seni juga memberi pengaruh. Ada sekolah yang tidakmempunyai Bilik Pendidikan Seni Visualnya sendiri. Ketiadaan kelas atau studio inimenyukarkan murid-murid untuk melakukan kerja-kerja seni di dalam kelas.Sesetengah sekolah walaupun ada bilik seninya sendiri tetapi kekurangan dari segikelengkapan kemudahan asasnya. Dalam kelas seni, kemudahan yang harus adaantaranya ialah paip (untuk membasuh berus cat), apron, alatan seni yang sukardiperolehi oleh murid (pahat ukir, mesin pemutar tanah liat dan lain-lain), dansebagainya. Ketiadaan alatan ini akan menyebabkan murid sukar melakukantugasan seni yang diarahkan oleh guru lalu mematikan minat mereka dalam subjekini.Oleh itu, bilik seni mempunyai pengaruh yang tersendiri kepada murid-murid dalampengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual. Persekitaran dan suasanayang teraputik dalam bilik seni dapat merangsang murid-murid dalam pengajarandan pembelajaran pendidikan seni visual lalu melahirkan insan yang harmonis.

RUJUKANKamarudin Hj Husin. (1993).Sekolah dan Perkembangan Kanak-Kanak. Utusan Publication. KualaLumpurKamus Dewan Edisi Keempat. (2005). Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1995).Buku Panduan Khas Pendidikan Seni Visual KBSR. DewanBahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Kementerian Pendidikan Malaysia. (1998).Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual KBSR.DewanBahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur.Mazlan Othman, Ruzitah Tapah, Hassan Mohd Ghazali. (2005).Teks Lengkap Pendidikan Seni Visual.Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor.Md. Nasir, Iberahim Hassan. ( 2003).Pendidikan Seni Untuk Maktab dan Universiti.Universiti Perguruan Sultan Idris. Tanjung Malim, Perak.Modul Kajian Tindakan. (1998). Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan KementerianPendidikan Malaysia. Kuala Lumpur.Mohd Johari Hamid. (2006).Asas Seni Visual. Penerbitan Universiti Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak.Sharifah Alwiah Alsagoff. (1983).Pedagogi Pengajaran dan Pembelajaran. Dewan Bahasa danPustaka. Kuala Lumpur.