assingment kgsk

19
1.0Pendahuluan Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Ini bermakna tanpa memahami apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid Justru itu kemahiran membaca perlu dikuasai diperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara. Sekiranya seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya mereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka juga akan merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar. Justeru, itu, Program Pemulihan Bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini. Menurut Margaret et.al (1989), guru haruslah memulakan pengajaran mengikut tahap yang sesuai. Menurut Isahak Haron (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada ‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadi perkataan. Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad

Upload: anthony-low

Post on 22-Dec-2015

230 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

aaa

TRANSCRIPT

1.0 Pendahuluan

Menurut Atan Long (1976), membaca adalah proses menterjemahkan bentuk penulisan kepada

bacaan atau mendapatkan makna daripada bahan bertulis itu. Ini bermakna tanpa memahami

apa-apa yang dibaca belum dianggap mahir membaca. Menurut Dr. Koh Boh Boon, membaca

dapat membantu perkembangan kognitif dan afektif seseorang murid Justru itu kemahiran

membaca perlu dikuasai diperingkat awal persekolahan bagi membolehkan murid-murid

berkomunikasi dan menimba ilmu pengetahuan agar mereka dapat berkembang secara

menyeluruh dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, sesuai dengan Falsafah Pendidikan

Negara. Sekiranya seseorang murid tidak boleh membaca seperti rakan-rakan sebaya

mereka, mereka bukan sahaja akan ketinggalan dalam pelajaran, malah mereka juga akan

merasa rendah diri, hilang keyakinan diri dan kurang minat belajar. Justeru, itu, Program

Pemulihan Bacaan perlu dilakukan terhadap murid yang tidak dapat menguasai kemahiran ini.

Menurut Margaret et.al (1989), guru haruslah memulakan pengajaran mengikut tahap yang

sesuai.

Menurut Isahak Haron (2004) terdapat dua mazhab besar tentang cara kanak-kanak mula

membaca; Beliau mendefinisikan bacaan sebagai tentang bagaimana kanak-kanak mengenal

dan mentafsir simbol-simbol tulisan dan memberi makna kepadanya. Mazhab pertama merujuk

kepada perspektif linguistik yang berasaskan kepada anggapan bahawa bahasa terdiri daripada

‘bunyi’ dan adunan bunyi yang menjadi perkataan.

Mazhab ini mengajar kanak-kanak membaca bermula dengan menghafal simbol-simbol yang

mewakili bunyi asas ini (fonem), iaitu huruf abjad dan bunyi-bunyi huruf tersebut. Kaedah ini

juga dikenali sebagai pendekatan fonik. Di Malaysia kaedah ini sinonim dengan kaedah abjad

iaitu kaedah mengenal nama-nama huruf yang digunakan dalam tulisan bahasa Melayu.

Kaedah ini menegaskan hafalan-hafalan yang agak kurang bermakna bagi kanak-kanak.

Mazhab kedua berasaskan kepada teori psikologi kognitif yang beranggapan bahawa kanak-

kanak belajar bahasa melalui ‘perkataan-perkataan’ dan ayat yang bermakna kepadanya.

Murid-murid membaca bermula dengan melihat seluruh perkataan dan ayat yang

bermakna.Kaedah ini dikenali sebagai kaedah seluruh perkataan (whole word) atau kaedah

pandang dan sebut. Variasi lanjutan daripada kaedah ini adalah kaedah frasa, kaedah ayat dan

kaedah cerita (Isahak Harun, 1989).

Pandangan daripada mazhab-mazhab ini mencetuskan kepada kaedah pengajaran awal asas

membaca yang pelbagai di Malaysia. Antara kaedah yang telah digunakan di Malaysia ialah

kaedah campuran, Kaedah DBP, Pendekatan Bacaan Asas Pusat Perkembangan Kurikulum

(PEBAS), Kaedah Atan Long, Kaedah cerakin, kaedah fonetik, kaedah eklektik, kaedah abjad,

dan Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) .

2.0 Teori dan Konsep Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK)

Secara amnya Kaedah Gabungan Bunyi Kata merupakan satu kaedah yang sistematik,

mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan suku kata yang jelas. Proses

pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak boleh dibuat dengan

menggabungkan pengajaran bunyi beberapa huruf vokal asas ( a, i , u ) satu huruf konsonan ‘b’

untuk membentuk suku kata : b+a=ba, b+i=bi, b+u=bu, untuk membentuk perkataan seperti

babu, babi. baba dan terus dibunyikan [baba], [babi], [babu] dan bentuk frasa yang bermakna /i

bu/ + /baba/ = /ibu baba/.

Melalui pendekatan ini, murid tidak perlu menghafal semua huruf a b c hingga x y z, sebaliknya

unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan boleh digabungkan

dalam satu masa pengajaran membaca. Guru boleh memperluas gabungan huruf vokal dan

konsonan dengan memilih beberapa perkataan suku kata terbuka yang bermakna secara ansur

maju.

Penekanan kaedah ini membolehkan pembinaan dan susunan bahan pengajaran dan

pembelajaran serta peningkatan kemahiran membaca secara developmental.

Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini telah dipelopori oleh Profesor Dato’ Dr. Isahak Harun yang

dinyatakan melalui pembentangan kertas kerja di KONPEN IV anjuran Persatuan Suluh

Budiman di Kuantan, pada 8 hingga 10 Disember 1979. Beliau telah memperkenalkan kaedah

ini sebagai cadangan untuk mengatasi masalah membaca kebanyakan murid di sekolah

rendah, terutamanya murid di sekolah kebangsaan yang tidak boleh membaca. Melalui

pembentang kertas kerja ini maka kertas kerja ini telah diterbitkan dalam Jurnal Dewan Bahasa,

jilid 24 bil. 7, Julai 1980.

Kaedah ini turut menjadi salah satu kaedah pilihan (ke-4) dalam buku panduan am, kurikulum

baru sekolah rendah (KBSR) terbitan Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1981.

Seterusnya kaedah ini telah dijadikan asas untuk panduan guru Bahasa Malaysia (KBSR)

Tahun Satu untuk sekolah SRKJ Cina dan SRKJ Tamil pada Jun 1981. Namun begitu, kaedah

ini tidak digunakan di sekolah kebangsaan untuk mengajar bacaan asas pada Tahun Satu.

Selain itu juga, kaedah KGBK digunakan oleh tadika swasta di Bandar-bandar seluruh Malaysia

dengan menggunakan buku ‘Kegiatan Tadika 2 Bahasa Malaysia, Mari Membaca’ yang

diterbitkan oleh Fajar Bakti (Isahak Harun, 2004).

2.0. Asas Prinsip Kaedah Gabungan Bunyi-Kata

Menurut Azman Wan Chik (1993), kaedah abjad dianggap sebagai kaedah nama-nama huruf

yang digunakan di dalam tulisan Melayu, iaitu huruf a hingga z. Kaedah ini merupakan kaedah

yang paling biasa digunakan dalam mengajar mengeja dan membaca perkataan. Murid-murid

diajar menghafal nama-nama huruf secara mengikut turutan bermula dari a hingga z. Kemudian

kanak-kanak diajar mengenali huruf-huruf vokal a, e, i, o, u, huruf-huruf konsonan, dan diftong

ai, au, oi. Selepas itu, huruf-huruf ini digabungkan bagi membentuk suku kata dan seterusnya

perkataan. Pemulihan khas bertujuan untuk memberi ‘rawatan’ yang diharapkan dapat

‘mengubati’ pelajar lambat ini (Chua Tee Tee dan Koh Boh Boon, 1992). Seterusnya satu

kaedah yang tepat perlulah dikenalpasti bagi mengatasi masalah ini.

Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) bagi pengajaran awal Bahasa Melayu berbeza dengan

‘pendekatan fonik/abjad’ atau ‘seluruh perkataan’ dalam bahasa Inggeris. KGBK diasaskan

berdasarkan ciri-ciri istimewa yang terdapat dalam Bahasa Melayu.

a) Ia mengambil kira sistem ejaan Bahasa Melayu yang sistematik dan fonemik:

maksudnya, setiap huruf mewakili satu bunyi, kecuali huruf e, di mana terdapat dua

bunyi.Misalnya, huruf a bunyinya ‘aa’, huruf b bunyinya ‘bh’, c bunyinya ‘ch’, d bunyinya

‘dh’, m bunyi ‘mm’ dan sebagainya. Hanya e mempunyai dua bunyi, iaitu e taling seperti

dalam perkataan ‘emak’, ‘enam’ dan e pepet seperti dalam ‘ekor’ dan ‘elok’.

b) Suku kata Bahasa Melayu jelas, misalnya ‘ba tu’,‘ka ki’, ‘ma kan’, ‘ka kak’, ‘i tu’, ‘i tik’, ‘se

ko lah’, ‘jam ba tan’, ‘bu nga’, ‘ta nya’ ‘pe nyu’ ‘su ngai’ ‘pan tai’, kam pung’, ‘per ja la

nan’ dan sebagainya.

c) Tatabahasa Bahasa Melayu lebih mudah berbanding dengan tatabahasa Bahasa

Inggeris dan Bahasa Arab. Misalnya dalam Bahasa Melayu tidak ada perbezaan bentuk

bagi gender (laki- laki atau perempuan) untuk menyatakan ‘banyak’ (plural),untuk

menyatakan perbezaan waktu (past tense, present tense) seperti dalam bahasa

Inggeris.

Dengan itu pengajaran membaca Bahasa Melayu peringkat awal untuk kanak-kanak (atau

kepada sesiapa saja yang mula belajar Bahasa Melayu) boleh dibuat dengan menggabungkan :

a) pengajaran ‘bunyi’ asas (fonem) beberapa huruf vokal ‘a i u’ dan bunyi satu atau dua huruf

konsonan, misalnya bunyi ‘b’, untuk membentuk bunyi suku kata ‘ba bi bu’, dan

b) terus membaca perkataan mudah ‘baba, bibi, bubu, ubi, ibu abu’, dan frasa seperti ‘bubu

baba’, ‘ibu abu’ yang bermakna, dalam satu atau dua pelajaran saja.

Apabila suku kata digabungkan seperti bahagian (a) dan (b) di atas, iaitu mengabung ‘bunyi’

dengan terus membentuk perkataan dan membacanya, kita sudah mengguna apa yang

dipanggil kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK), Kaedah ini dinamakan Kaedah Gabungan

Bunyi Kata (KGBK), kerana dalam satu set pengajaran dan pembelajaran, ‘bunyi huruf dan

suku kata terus digabung menjadi ‘perkataan’ dan mudah untuk dibaca.

Melalui kaedah ini murid diberi asas kemahiran yang mudah dan teratur untuk

a) mengesan (attack) sesuatu perkataan, dengan melihat bunyi hurufnya dan suku katanya, jika

ia tidak tahu membacanya. Ini penting untuk memberi kemahiran atau kecekapan mereka

membaca sendiri perkataan baru. Contohnya setelah murid boleh membaca suku kata ‘ba bi bu‘

dan ‘ca ci cu’ dan boleh membaca perkataan ‘cucu, baca, cuci’ mereka sendiri akan boleh

membaca ‘cuba’ dan ‘bucu’.

b) membaca perkataan yang bermakna secara serentak dalam suatu pelajaran. Dengan ini

mereka mendapati proses belajar membaca itu memberi makna dan berguna. Kajian telah

menunjukkan bahawa kebanyakan murid bermotivasi untuk mencuba lagi membaca setelah

mereka mula tahu membaca beberapa patah perkataan begini.

Melalui kaedah Gabungan Bunyi Kata akan memberikan beberapa kelebihan, antaranya

1. murid tidak perlu diajar mengenal dan menghafal semua huruf abjad secara berturutan

dari a, b, c sampai x, y, z seperti dalam kaedah abjad/fonik. Ini mengambil masa

panjang (2, 3 bulan di setengah sekolah). Murid juga tidak perlu diajar semua suku kata

terbua seperti ba bi bu be be bo, ca ci cu ce ce co, dsb’ yang mengambil masa sebulan

lagi, sebelum murid boleh diajar membaca perkataan dan ayat.

2. murid tidak perlu diajar ‘mengecam seluruh perkataan’ (pandang dan sebut perkataan)

dan menghafal bentuknya, kemudian ‘cerakin’ perkataan untuk mengenal huruf dan

bunyi huruf, seperti dalam kaedah seluruh perkataan. Dalam KGBK kanak-kanak terus

‘membina’ dan ‘membaca perkataan’ berdasarkan suku kata yang mereka belajar dalam

satu pelajaran itu.

3. Perkembangan unit-unit pengajaran dan pembelajaran boleh dibuat secara sistematik

berturutan (sequential) berkembang, di mana pelajaran yang lalu terus diguna untuk

belajar membaca pelajaran yang baru. Setiap unit baru berkembang berasaskan unit

sebelumnya. Misalnya, setelah murid belajar membaca ‘b dan ba bi bu’ dan perkataan-

perkataan daripada suku kata ini seperti ‘ibu baba, ubi abu’, murid boleh disambung

berikutnya untuk belajar bunyi konsonan ‘k’ pula; membentuk dan membunyikan suku

kata ‘ka ki ku’ dan terus membaca perkataan atau frasa ‘kuku kaki aki’. Jika dicantum

pula dengan suku kata ‘ba bi bu’ yang dipelajari sebelumnya, murid boleh membina dan

membaca perkataan dan ayat seperti ‘buku abu; abu buka buku’. Fasa pertama kanak-

kanak menguasai membina dan membaca perktaan suku kata terbuka; fasa kedua

membina perkataan suku kata tertutup (kv +kvk seperti ‘ka sut’, ‘bu kit’ atau kvk+kv)

seperti ‘lam pu’ ‘lembu’ dan sebagainya. Fasa berikutnya murid belajar jenis-jenis

perkataan suku katanya diftong (seperti sungai, pulau) dan imbuhan seperti ber me,

mem seperti ‘berjalan’, ‘memberi’, melawan’ dan sebagainya.

4. Murid juga terus membaca ayat mudah dalam sesuatu pelajaran itu. Kaedah ini

merupakan satu kaedah yang amat bersistematik. Menurut Isahak Harun (2004)

perlunya mengambil kira perkara-perkara berikut;

a) Sistem ejaan Bahasa Melayu adalah ‘alphabetic’ dan fonemik. Hal ini menjelaskan

bahawa adanya hubungan yang rapat antara simbol atau huruf dan bunyinya. Hal ini

berbeza dengan sistem ejaan Bahasa Inggeris yang bercelaru.

b) Suku kata ejaan Bahasa Melayu adalah mudah dan jelas, jika dibandingkan dengan

bahasa-bahasa lain.

Seperti yang kita maklum, murid-murid Melayu telah mempunyai perbendaharaan kata dalam

bahasa Melayu yang mencukupi untuk mereka belajar membaca dalam Bahasa Melayu. Begitu

juga dengan murid Cina dan India. Rakyat Malaysia yang sudah mempunyai perbendaharaan

kata Bahasa Melayu terutamanya diperingkat sekolah menengah.

Seterusnya hal ini menjelaskan bahawa Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini tidak sesuai

digunakan untuk mengajar bahasa kedua seperti Bahasa Inggeris kerana ianya amat berbeza

dengan bahasa pertama. Unsur membunyikan huruf dengan membina dan membaca perkataan

boleh digabungkan dalam sesuatu pengajaran-pembelajaran membaca. Susunan bahan-bahan

adalah secara ‘developmental’, kumulatif dan sistematik. Hal ini memudahkan guru-guru

mengajar dan memudahkan murid belajar membaca dan menulis. Pendekatan gabungan dan

susunan bahan secara kumulatif tidak mungkin berlaku dalam pendekatan abjad/ fonik,

pendekatan seluruh perkataan atau pendekatan eklektik yang digunakan pada masa ini.

Gabungan mengenal bunyi huruf dengan membina dan membaca perkataan dalam satu atau

dua pelajaran, dan murid terus membaca perkataan, frasa atau ayat. Hal ini yang membezakan

KGBK dengan kaedah-kaedah lain yang berpegang kepada dua mazhab utama awal

membaca. Selain itu, KGBK dibina atas keistimewaan ejaan Bahasa Melayu yang fonemik dan

sistematik dan suku kata yang jelas. Di samping itu juga, pemilihan susunan abjad yang diajar

telah dikenalpasti melalui kajian yang menyeluruh berdasarkan kepada yang mudah, dekat

dengan kanak-kanak dan tidak mengelirukan.

Ciri-ciri Utama Kaedah Gabungan Bunyi Kata

a) Murid-murid tidak perlu diajar semua abjad dalam sistem ejaan Bahasa Melayusebelum

mereka boleh diajar membaca.

b) Menggabungkan kemahiran bunyi beberapa abjad, suku kata dan membacaperkataan/

frasa/ ayat bermakna dalam satu atau dua pelajaran.

c) Gabungan dibuat secara sistematik, dan tiap-tiap pelajaran berikutnya beransur-

ansur memperkembangkan kemahiran sebelumnya.

d) Kad imbasan amat diperlukan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran seperti

yang disarankan.

e) Untuk peneguhan kemahiran murid-murid membaca mereka perlu diberi bahan-

bahan bacaan yang berperingkat-peringkat supaya mereka dapat melatih

membacasendiri. Bahan-bahan bacaan yang sesuai perlu disediakan untuk murid-murid

sentiasa dekat dengan membaca.

3.0 Langkah-langkah menggunakan KGBK

Kaedah Gabungan Bunyi Kata bermula daripada sistem ejaan bahasa Melayu yang

berasaskan bunyi dan suku katanya jelas. Setiap huruf mewakili hanya satu bunyi, kecuali huruf

e yang mewakili dua bunyi iaitu bunyi e “pepet” dan e “taling” (é). Satu suku kata ditandai oleh

satu vokal. Huruf vokal yang mudah dan kerap digunakan ialah a, i, dan u.

Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini juga harus dirmula dengan memperkenalkan huruf vokal

kepada murid, diikuti dengan pengenalan huruf konsonan, pembentukan suku kata, dan

pembentukan perkataan yang bermakna dalam satu atau dua pelajaran sahaja. Murid akan

dapat membaca beberapa perkataan dengan cepat serta faham apa-apa yang dibaca.

Gambar rajah dibawah menunjukkan carta perlaksanaank Kaedah Gabungan Bunyi Kata :

“Sumber : http://ariedrifke.blogspot.com/2009/10/kaedah-gabungan-bunyi-kata-kgbk.html”

Langkah-langkah menggunakan Kaedah Gabungan Bunyi Kata adalah seperti yang berikut:

1. Murid diperkenalkan dengan bunyi vokal. Dua atau tiga huruf vokal diperkenalkan dalam

pelajaran pertama. Pengenalan hendaklah dilakukan berdasarkan susunan a, i, u dan dengan

pelbagai teknik latih tubi yang menarik agar murid dapat mengingat bunyi vokal itu. Vokal e dan

o hanya diperkenal setelah murid dapat membaca perkataan asas dengan menggunakan vokal

a, i, u dan beberapa konsonan.

2. Kemudian perkenalkan bunyi satu huruf konsonan. Dahulukan konsonan yang mudah dan

dapat membentuk perkataan yang bermakna seperti konsonan k yang dapat membentuk

perkataan “kaki” dan “kuku” atau konsonan b yang dapat membentuk perkataan “baba” dan

“bubu”. Lakukan latih tubi yang pelbagai agar murid dapat mengingat bunyi konsonan itu.

3. Gabungkan bunyi konsonan itu dengan huruf vokal supaya menjadi suku kata ka, ki, ku.

Lakukan latih tubi sebutan suku kata ini dengan pelbagai teknik, termasuk teknik nyanyian.

4. Cantumkan suku kata-suku kata itu supaya menjadi beberapa perkataan yang bermakna

seperti ka + ki menjadi “kaki” dan ku + ku menjadi “kuku”.

5. Adakan permainan mencantum huruf menjadi suku kata dan mencantum suku kata menjadi

perkataan. Pelbagaikan jenis permainan agar murid berasa seronok belajar.

6. Sebagai peneguhan, adakan latih tubi menulis huruf, suku kata dan perkataan dengan

pelbagai cara. Pengajaran penulisan hendaklah berdasarkan peringkat-peringkat dan teknik

yang betul, termasuk penggunaan kertas bergaris dan alat tulis yang sesuai.

7. Dalam pelajaran kedua, ulang penggunaan vokal a, i, u dan perkenalkan satu atau dua

konsonan lagi. Gunakan pola pengajaran yang sama, tetapi dengan teknik yang pelbagai, iaitu

huruf → suku kata → perkataan g aktiviti penulisan. Sebagai contoh, suku kata dan perkataan

yang berikut dapat dibaca oleh murid setelah dua konsonan diperkenalkan:

ka + ki → kaki

ku + ku → kuku

ba + ba → baba

bu + bu → bubu

ba + bi → babi

bi + bi → bibi

bu + ku → buku

u + bi → ubi

i + bu → ibu

a + bu → abu

8. Buatkan ayat dan latih tubi murid membacanya. Contohnya: ibu baba, ibu abu, bubu abu,

kuku kaki abu.

9. Murid boleh melakukan aktiviti membina perkataan tambahan berdasarkan suku kata yang

telah dipelajari. Dalam pelajaran seterusnya guru dapat mencipta beberapa ayat lagi untuk

dibaca oleh murid. Contohnya: buku abu dan abu buka buku. Jika konsonan s telah

diperkenalkan, ayat “abu suka buku” dapat dicipta. Perkataan “abu” dapat digantikan dengan

“baba”, “ibu” dan lain-lain sebagai latih tubi.

10. Seterusnya, di samping mengulang bunyi vokal guru boleh memperkenalkan dua atau tiga

konsonan lagi seperti t, m, d. Ikuti pola penyampaian pelajaran yang lalu. Antara perkataan

yang dibina dan dibaca ialah dada, muda, uda, mata, mama, titi, tadi, madu. Dengan

menggunakan perkataan-perkataan ini dan perkataan yang terdahulu, lebih banyak frasa dan

ayat dapat dibina dan dibaca oleh murid.

11. Dalam pelajaran keenam, suku kata tertutup dapat diperkenalkan. Dengan ini lebih banyak

perkataan dan ayat dapat dibentuk, dibaca dan ditulis.

12. Dalam pelajaran ketujuh, guru boleh memperkenalkan konsonan r, p, n dan melaksanakan

pengajaran seperti pola pengajaran sebelumnya.

13. Dalam pelajaran kelapan guru boleh memperkenalkan bunyi vokal e dan o. Bina suku kata

yang menggunakan vokal o dahulu. Adakan latihan perbezaan bunyi e pepet dengan e taling

dengan pasangan perkataan seperti emak-esok, emas-ekor, beras-besok. Latihan membaca

frasa dan ayat seperti “kotak besar itu di situ”. Pelbagai permainan yang berkaitan dengan

huruf, suku kata dan perkataan diadakan.

14. Pelajaran seterusnya memperkembang kemahiran murid membunyikan huruf lain seperti l,

g, h, f, j, c, y, z, w, q, dan x.

15. Seterusnya perkenalkan bunyi gabungan ng, sy, gh dan ny dalam beberapa pelajaran.

16. Nama huruf diajarkan secara tidak langsung. Penggunaan papan tulis sangat penting. Huruf

besar disisipkan dari semasa ke semasa. Latihan mengeja dilakukan sebagai pengukuhan

setelah murid boleh membaca. Latihan menulis dianggap sebagai pengukuhan.

Pendekatan ‘gabungan’ dan susunan bahan secara kumulatif seperti dalam Kaedah Gabungan

Bunyi Kata ini tidak mungkin berlaku dalam ‘pendekatan abjad/fonik’, ‘pendekatan seluruh

perkataan’, atau ‘pendekatan eklektik’ yang sering diguna oleh guru pada masa sekarang untuk

mengajar subjuk Bahasa Inggeris. Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini menyatakan

bahawa tidak perlu dipisahkan ‘sequence’ antara mengenal ‘bunyi-huruf’ dengan membina

dan membaca ‘perkataan’.

Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi Kata ini juga tidak memulakan pengajaran membaca

dengan memperkenalkan ‘perkataan’ (whole word) dahulu dan kemudian ‘mencerakinkannya’

menjadi suku kata dan ‘bunyi’ setiap huruf. Ini menyusahkan dan melambatkan kebolehan

kanak-kanak membaca . Dalam kaedah abajd / fonik, murid perlu belajar dahulu nama huruf

dan bunyi semua huruf a b c…sampai …x y z sebelum mereka diajar membaca perkataan,

frasa atau ayat. Ini juga melambatkan dan menyusahkan setengah murid dan murid ini akan

lebih mudah tercicir.

Kebanyakkan guru berpegang kepada kepercayaan bahawa jika murid ‘tidak kenal huruf abjad,

murid itu tidak boleh diajar membaca Bahasa Melayu. Begitu juga guru yang mengajar Bahasa

Inggeris. Kepercayaan ini didapati daripada pengalaman mereka diajar dan belajar membaca di

zaman kanak-kanak dahulu, iaitu mengenal huruf abjad a, b, c sehingga x, y, z dahulu sebelum

membaca. Kebanyakkan Ibu bapa juga percaya anak-anak mereka hendaklah diajar a b c

dahulu sebelum boleh diajar membaca. Maka kadang-kadang timbul konflik di antara guru

yang mengajar kanak-kanak membaca mengguna Kaedah Gabungan Bunyi Kata (dan kanak-

kanak itu boleh membaca ), tetapi ibu bapa masih tidak puas hati dan mahu anak mereka diajar

a b c Sampai x y z mengikut susunan dalam abjad. Dalam pengajaran 2M kita perlu juga

mengajar kemahiran berbahasa lain, iaitu mendengar dan bertutur.

Guru hendaklah membina keempat-empat kemahiran berbahasa ini. Walau pun terdapat

pendekatan gabung jalin sebagai ‘pendekatan am’ untuk mengajar bahasa, ada kaedah dan

teknik tertentu khusus untuk mengajar kanak-kanak ’membaca dan menulis’ pada peringkat

permulaan. Kaedah Gabungan Bunyi Kata (KGBK) ini digubal secara bersistematik untuk

mengajar kanak-kanak membaca dan menulis, supaya mereka lebih mudah membaca.

Kemahiran murid mendengar dan bertutur terselit secara informal semasa guru dan murid,

murid dan murid berbual, mendengar dan bercakap. Guru tentu sekali harus mengajar murid

menyebut sesuatu perkataan itu dengan sebutan standard. Guru hendaklah juga selang selikan

aktiviti pengajaran membaca dengan membaca kuat (read aloud) buku kepada murid, atau

menyanyi semasa mengajar membaca dan menulis, supaya murid seronok belajar.

Pendekatan Kaedah Gabungan Bunyi-Kata (KGBK) menyatakan bahawa kita boleh

menggabungkan proses mengajar ‘mengenal bunyi huruf’ dengan ‘membina dan membaca

perkataan’ dalam satu atau dua pelajaran, dan kanak-kanak terus membaca perkataan, frasa

atau ayat. Ia dibuat kerana keistimewaan yang terdapat dalam sistem ejaan Bahasa Melayu

itu sendiri, yang mana sistem ejaannya fonemik dan sistematik, suku katanya jelas, dan

tatabahasanya yang mudah berbanding dengan sistem ejaan yang celaru dan tatabahasa yang

lebih kompleks seperti yang terdapat dalam Bahasa Inggeris.

Semua pihak haruslah diingat bahawa Kaedah Gabungan Bunyi Kata adalah merupakan fasa

pertama untuk memudahkan murid mula belajar membaca. Setelah asas awal membaca

dikuasai oleh murid, dan murid boleh membaca sendiri ayat dan cerita mudah, maka fasa

seterusnya ialah murid diberi dorongan dan peluang membaca berbagai bahan bacaan: cerita,

puisi, dan buku pilihan, supaya mereka terus membaca sendiri, dan tertanam tabiat dan minat

membaca. Jika ini berlaku, ia akan menjadi bekalan dan asas untuk ‘pendidikan sepanjang

hayat’.

4.0 Kekuatan dan Kelemahan Kaedah Bunyi Kata (KGBK)

Setiap kaedah mempunyai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri. Begitu juga dengan

kaedah Bunyi Kata ini. Antara kekuatan kaedah Bunyi Kata ini yang dapat dilihat adalah :

i. Ianya amat bersesuaian dengan sistem ejaan Bahasa Melayu yang fonik dan suku kata

yang jelas.

ii. Kaedah ini juga amat membantu murid kerana murid-murid tidak terbeban untuk

menghadal huruf abjad.

iii. Selain itu susunan bahan boleh dilaksanakan secara developmental, kumulatif dan

sisitematik , pekara ini amat memudahkan guru untuk mengajar dan murid mudah untuk

belajar.

iv. Kaedah ini juga mampu menarik minat murid untuk belajar dan murid kurang berasa

jemu kerana murid belajar bunyi huruf, suku kata, perkataan dan frasa dalam satu

pelajaran. Kaedah ini amat sesuai dilaksanakan kepada murid-murid yang lemag

didalam membaca.

v. Kaedah ini tidak dimulakan dengan aras pembelajaran susah kerana murid-murid tidak

perlu mengeja dan membatang.

vi. Guru juga kurang memerlukan bahan bantu mengajar yang banyak dan bahan bantu

mengajar tidak susah untuk dibina. Ini kerana Bahan Bantu mengajar yang utama

adalah kad imbasan dan papan hitam atau keperluan ICT sahaja.

vii. Kaedah ini amat sesuai untuk murid pemulihan khas kerana ianya tidak memerlukan

hafalan.

viii. Kaedah ini juga menekankan aspek bahasa berirama yang mampu menarik minat

murid-murid untuk belajar.

ix. Kaedah ini juga boleh disesuaikan dengan lain-lain kaedah seperti kaedah bercerita.

x. Guru-guru boleh menggunakan kelebihan penggunaan ICT dengan meluas dalam mengajar menggunakan kaedah ini kerana kaedah ini tidak melibatakan penggunaan bahan bantu yang susah untuk dibina.

xi. Gabungan dengan kaedah bercerita banyak membantu penguasaan kemahiran dan ingatan murid-murid.

xii. Latih tubi adalah aspek yang perlu diutamakan.

Kelemahan kaedah ini pula adalah :

i. Murid sudah biasa menggunakan kaedah lain seperti kaedah abjad akan menyebabkan

berlakunya kekeliruan. Hal ini juga menjejaskan kebolehan murid tersebut dan terpaksa

bermula semula.

ii. Murid sukar membezakan antara bunyi abjad dengan nama abjad.

iii. Sukar menyebut bunyi abjad tertentu dan mengganggu pembelajaran.

iv. Sukar mencari contoh perkataan yang sesuai dengan konsonan yang telah diajar.

v. Murid tidak memahami maksud perkataan yang telah dibina dan memerlukan

penjelasan daripada guru. Murid-murid pemulihan khas sukar untuk memahami maksud

perkataan dan memerlukan bahan maujud atau gambar untuk membantu penerangan.

Hal ini menunjukkan bahawa murid-murid tidak mempunyai perbendaharaan yang

cukup.

vi. Kemahiran-kemahiran asas bacaan perlu diperkukuhkan terlebih dahulu sebelum murid

dapat membaca frasa.

vii. Murid-murid lebih mudah memguasai kemahiran jika diajar secara individu berbanding

secara kumpulan atau kelas.

viii. Lebih mudah mengajar murid-murid yang tidak tahu apa-apa daripada murid-murid yang

telah menguasai beberapa kemahiran asas seperti mengeja dan membatang.

Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca boleh menjejaskan potensi dalam

menguasai pelbagai kemahiran lain dalam semua mata pelajaran. Sebagai pendidik haruslah

mempunyai komitmen yang tinggi bagi mengatasi masalah ini.

Selain menggunakan kaedah fonetik, kaedah abjad dan kaedah pandang dan sebut dalam

pemulihan bacaan, penggunaan bahan bantu mengajar yang menarik minat murid boleh

digunakan untuk membantu dalam pengajaran pemulihan bacaan ini. Bahan pengajaran

merupakan aspek yang penting dalam mengajar asas kemahiran bacaan. Guru perlu

mempunyai kemahiran untuk memproses bahan, memilih bahan, mengolah bahan, membina,

menggunakan dan menilai bahan. Bahan pengajaran pula perlulah menarik, dan memenuhi

minat murid..

Pemulihan bacaan perlu diberi penekanan untuk mengatasi masalah membaca di kalangan

kanak-kanak dari peringkat awal. Ujian diagnostik bacaan perlu dijalankan unutk membantu

guru mengesan kelemahan dan tahap bacaan murid supaya guru dapat merancang aktiviti-

aktiviti yang boleh menarik minat murid dalam pengajaran pemulihan bacaan.

Guru perlu mengesan faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehbacaan murid. Pengetahuan

dan pengalaman guru dapat membantu dalam merancang dan menyediakan proses

pembelajaran murid.. Aktiviti pemulihan bacaan perlulah dilakukan dengan menggunakan

pendekatan, kaedah, dan teknik yang sesuai agar murid-murid mampu menguasai asas

kemahiran membaca.