assignment qiraat1

Upload: wira-b-ramli

Post on 14-Apr-2018

344 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    1/11

    Pendahuluan

    Ilmu Qiraat adalah ilmu yang mengenal pasti kaedah sebutan bagi setiapkalimah al-Quran dan cara menyempurnaknnya sama ada disepakati atau

    sebaliknya bersandarkan bentuk penyampaiannya. Ilmu Qiraat adalah kata jamak yang berasal daripada kalimah Qiraah yang bermaksud bentuk kalimah al-Quran yang dibaca.

    Menurut Muhammad Ali As-Sobuni pengertian Qiraat dari sudut istilahmembawa maksud : suatu mazhab daripada mazhab-mazhab penuturan dalamal-Quran yang dipegang oleh seseorang Imam daipada imam-imam Qiraatsebagai satu mazhab (pegangan) yang menyalahi selainnya di dalam sebutan(penuturan) ayat al Quran dan ianya adalah sabit dari segi sanadnya hinggakepada Rasulullah s.a.w.

    Manakala bagi Ibnu Al-Jazari pula mentakrifkan Qiraat ialah satu ilmuyang membicarakan tentang bagaimana penyebutan kalimah-kalimah al-Qurandan perselisihannya yang dinisbahkan kepada yang memindahkannya.

    Az-Zarqani pula mengistilahkan qira`at dengan Suatu mazhab yang

    dianut oleh seorang imam dari para imam qurra yang berbeza dengan yanglainnya dalam pengucapan al-Quran al-Karim dengan kesesuaian riwayat danthuruq darinya. Baiknya itu perbezaan dalam pengucapan huruf-huruf ataupunpengucapan bentuknya.

    Dalam membincangkan definisi konsep qira`at, para ulama menggunakanpelbagai definisi yang pelbagai sesuai dengan paradigma yang dipakai. Namunperbezaan cara pendefinisian sebenarnya berada pada satu kerangka yang

    sama, iaitu bahawa ada beberapa cara menghafaz al-Quran walaupun sama-sama berasal dari satu sumber, iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

    Kesimpulannya, Ilmu Qiraat ialah satu ilmu yang membicarakanberkenaan wajah-wajah di dalam penyebutan al-Quran yang merangkumi aspek

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    2/11

    bahasa, suara dan menjadi satu kemudahan yang dikurniakan oleh Allah untukhamba-hambanya yang membaca al- Quran.

    SEJARAH PERKEMBANGAN ILMU QIRAAT DI MALAYSIA DAN PERANAN

    INSTITUSI-INSTITUSI YANG TERLIBAT

    Ilmu Qiraat dianggap asing oleh masyarakat melayu kerana ia tidakdiperkenalkan secara meluas di negara kita, sedangkan ia berkembang denganmeluasnya pada zaman Rasullullah s.a.w dan selepasnya. Tetapi hakikatnya,ilmu Qiraat bukannya suatu ilmu yang asing bagi umat Islam di Malaysia, malahal-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraat itusendiri.

    Pengajian tilawah al-Quran di Malaysia berjalan seiring denganperkembangan dakwah Islam yang telah sampai ke gugusan nusantara sejaksekian lama dahulu. Ketika itu, pengajian tilawah al-Quran hanya diajar olehpara ulama dan guru-guru agama melalui institusi pondok, madrasah ataurumah kediaman mereka.

    Setelah negara mencapai kemerdekaan sekolah-sekolah rasmi kerajaanpula turut menyediakan pengajian yang berhubung dengan tilawah al-Quran danperkara yang melibatkan ilmu Qiraat tidak di perluaskan. Ini adalah keranakeutamaan dalam mempelajari bacaan al-Quran adalah membaca besertadengan tajwid dan menjadi kewajipan bagi guru-guru al-Quran memberipenekanan serta tumpuan kepada kaedah bacaan al-Quran beserta tajwid.seperti mana yang di utarakan oleh Imam Ibnu al-Jazari.

    Al-Quran yang dibaca sekarang adalah sebahagian daripada ilmu Qiraatitu sendiri , tetapi masyarakat tidak mengetahuinya. Sebagaimana Al-Quran danQiraat adalah satu kombinasi yang tidak dapat dipisahkan, begitu juga pada IlmuTajwid. Ini bermakna Al-Quran itu adalah Qiraat dan Tajwid itu adalah Al-Quran.

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    3/11

    Maksudnya jika seseorang itu membaca Al-Quran tanpa bertajwid ia tidakdinamakan Al-Quran, juga tidak menjadi suatu ibadat, bahkan ia berdosa disisisyara'.

    Masyarakat Malaysia lebih senang menggunakan satu jenis qiraat sahajayang telah dipelopori oleh nenek moyang mereka. Di Malaysia, pembacaan al-Quran pada masa sekarang adalah mengikut Rasm Uthmani, yang telah ditulisdan dibukukan semasa pemerintahan Saidina Othman bin Affan r.a. Sementarabacaannya adalah mengikut riwayat Hafs bin Sulaiman melalui Toriq Asy-Syatibiyyah dan ianya diambil dari Qiraat Imam Asim.

    Masyarakat Islam di Malaysia mula memahami bahawa bacaan yangmereka pelajari selama ini adalah bacaan daripada riwayat Hafs bin Sulaiman al-Khufi melalui majlis-majlis dan pertandingan-pertandingan yang melibatkantilawah al-Quran yang sebahagian besarnya menonjolkan identiti bacaan inisekaligus memperkenalkan kepada masyarakat Islam di Malaysia bahawabacaan yang dipersembahkan adalah mengikut bacaan riwayat Hafs binSulaiman al-Khufi sepertimana yang mereka amalkan sebelum ini.

    Disamping itu, dengan timbulnya beberapa Maahad Tahfiz samada dibawahkerajaan atau pun swasta yang mengambil sukatan pelajaran daripada Universiti

    Al-Azhar, Kaherah, telah membuka sedikit ruang kefahaman masyarakat Islamdi Malaysia tentang ilmu Qiraat yang mana sebelum ini pengetahuan sebegituhanya tertumpu kepada individu-individu tertentu sahaja.

    Sukatan pelajaran yang diambil di antaranya ialah mempelajari bacaan Qiraatmelalui aliran al-Syatibiah dengan menggunakan matan al-Hirzu al-Amaani Waal-Wajhu al-Tahaani. Justeru itu, penggunaan aliran al-Syatibiah bagi riwayatHafs bin Sulaiman al-Khufi ini semakin popular dan terkenal dengan adanyasistem pelajaran yang sebegini dan ramainya lepasan-lepasan pelajar darimaahad-maahad tahfiz. Hakikatnya, sebelum aliran al-Syathibiah ini dikenali oleh

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    4/11

    masyarakat Islam di Malaysia dan sememangnya mereka sudah pun membacamengikut aliran ini tanpa mereka sedari.

    Institusi-Institusi yang terlibat dalam Ilmu Qiraat di Malaysia Dan

    Peranannya Dalam Perkembangan Ilmu Qiraat Di Malaysia

    Antara contoh institusi- institusi yang terlibat dalam Ilmu Qiraat di Malaysiaialah Maahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong, Maahad Tahfiz al-Quran wal-Qiraat ADDIN di Kg. Tualang Sekah, Malim Nawar.Perak., MaahadTahfiz Al-Quran Wal Qiraat Shah Alam, Darul Quran, Jabatan Kemajuan IslamMalaysia, Kuala Kubu Baru,Selangor dan lain-lain. Institusi-Institusi lain yang

    terlibat seperti Institut Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan, Jakim, ILIMdan Sekolah-sekolah Pondok.

    Darul Quran

    Darul Quran berperanan melahirkan para huffaz dan du'at yangberkemahiran dalam bidang Al-Quran, berwibawa dan berketerampilan dalamkerangka membina ummah yang berkualiti. Darul Quran mempunyai visinyatersendiri iaitu melahirkan generasi Al-Quran yang bertaqwa, berilmu danbermanfaat kepada pembangunan negara dan ummah. Manakala misinya pulaahla mendidik dan melatih pelajar dalam bidang Tahfiz Al-Quran dan Qiraat.

    Di antara objektif dan peranan Darul Quran ahla mensepadukan ilmuduniawi dan ukhrawi untuk melahirkan golongan professional yang hafiz, mahir lagi berketerampilan selaras dengan keperluan dan aspirasi ummah dan negara.Darul Quran juga menyediakan asas penjanaan ke arah melahirkan cendikiawanyang berkemampuan mengembalikan tradisi zaman kegemilangan keilmuanIslam.

    Oleh itu, Darul Quran lah yang memainkan peranan penting dalammenyediakan landasan dan memberi peluang kepada para hafiz dan hafizah

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    5/11

    melanjutkan pelajaran di bidang yang lebih tinggi. Jelaslah di sini, Darul Quranbukan sahaja berperanan untuk melahirkan hafiz dan hafizah yang layak menjadiimam dan guru-guru agama, malah layak menjadi ahli sains dan ahli-ahliprofesional yang lain. Inilah sebenarnya yang telah berjaya dilahirkan semasaera kegemilangan tamadun Islam seperti Ibn Sina, al Kindi, al Khawarizmi, IbnKhaldun, Ibn Rushd dan ramai lagi.

    JAKIM

    JAKIM adalah sebuah lagi institusi yang banyak menyumbang ke arahperkembangan ilmu qiraat di negara ini. JAKIM telah menyediakan pakar-pakar

    dari negara luar sebagai pendidik kepada generasi baru. Selain itu pihakkerajaan juga menyediakan pusat-pusat pengajian di setiap negeri. Kini, cumanegeri tertentu sahaja yang menyediakan pengajian Ilmu al-Qiraat sepertiKelantan, Johor,Perak dan Kedah.

    Kementerian Pelajaran

    Peranan pihak Kementerian Pelajaran pula tidak kurang pentingnya dimana pihak Kementerian Pelajaran telah menyediakan guru-guru pakar dalambidang al-Qiraat di sekolah-sekolah aliran agama selain memasukkan sukatanilmu al-Qiraat dalam kurikulum dan menjadikannya sebahagian daripada matapelajaran wajib. Pengenalan program perdana pemantapan dan pengukuhanpenulisan jawi , Al-Quran, bahasa Arab dan Fardu ain (j-QAF) di sekolah rendah

    juga telah dapat memartabatkan ilmu Qiraat.

    Oleh yang demikian itulah Kementerian Pelajaran Malaysia di bawahJabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM) telah mewujudkan KelasKemahiran al-Quran (KKQ). KKQ telah di laksanakan di sekolah menengahkebangsaan agama (SMKA) sejak tahun 1986 sebagai sebahagian aktiviti ko-kurikulum di sekolah. Pelaksanaan ini berdasarkan keputusan jawatankuasa

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    6/11

    perancangan pelajaran (JPP) pada tahun 1985. Kelas ini di perluaskan ke kelasaliran agama (KAA) di sekolah menengah kebangsaan (SMK) mengikut sukatanpelajaran yang di tetapkan.

    Kelas kemahiran membaca dan menghafaz al-Quran juga adalahmerupakan salah satu aktiviti kokurikulum di SMKA dan KAA berdasarkanpekeliling KP(BPPP)Sulit/03/9/JPP/M(87). Kelas ini hendaklah dilaksanakan disekolah tertentu. Untuk merealisasikan perjalanan kelas ini jawatan guru al-Quran di SMKA dan KAA telah diperuntukkan di bawah senarai perjawatan tahun2002. JAPIM dari masa ke semasa sentiasa mengadakan kursus-kursus khaskepada guru-guru yang mengajar KKQ di SMKA dan SMK yang mempunyai

    aliran KAA bagi menambah atau melengkapkan guru-guru dengan pengetahuandan kemahiran dalam bidang berkaitan.

    Status murid yang dipilih untuk mengikuti kelas ini dari kalangan murid yang baikdan lancar membaca al-Quran. Pelajar-pelajar kelas ini akan mengikutipeperiksaan khas yang dijalankan semasa tingkatan tiga dan tingkatan lima.Peperiksaan dilaksanakan dalam bentuk lisan dan juga objektif (aneka pilihan)meliputi aspek tafsir, hafazan, tajwid, tarannum, ulum al-Quran dan qiraat al-

    sab,ie.

    Institusi Pengajian Tinggi

    Kebanyakkan IPTA dalam negara sejak dari duhulu lagi telah menyediakankusus tentang Qiraat kepada pelajar-pelajar. Antara IPTA tersebut seperti UKM,UIA, UM dan Kolej Universiti Insaniah demi untuk memartabatkan Ilmu Qiraat

    supaya tidak hilang begitu sahaja.

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    7/11

    Insitut Latihan Islam Malaysia (ILIM)

    Pusat al-Quran dan Ilmu Teras (PQIT) telah ditubuhkan pada tahun 2008.Sebelum itu ia dikenali sebagai Pusat Pengajian Ilmu Teras. PQIT

    mengendalikan kursus-kursus berkaitan pengajian al-Quran serta ilmu-ilmu terasdalam Islam yang melibatkan bacaan dan tafsir al-Quran, aqidah, politik,pemikiran, falak, faraid dan sebagainya. Sebahagian besar kursus yangdilaksanakan adalah berkait rapat dengan kehendak dan keperluan semasaumat Islam. Matlamat penubuhan PQIT adalah untuk memberi latihan kepadapegawai dan kakitangan Hal Ehwal Islam dari semua agensi agama berkaitanilmu-ilmu teras dalam Islam bagi membina kemahiran mengendali isu-isu

    semasa dan hukum hakam yang berkait dengan pemikiran dan kehidupan umatIslam. Selaras dengan matlamat di atas, PQIT telah merancang kursus-kursusyang berkaitan dengan Tahsin dan Tarannum al-Quran.

    PERANAN ILMU QIRAAT DALAM PEMAHAMAN AL-QURAN

    Secara amnya, ilmu al-Qiraat merupakan satu bidang ilmu yang berkaitrapat dengan al-Quran. Ia memfokuskan perbahasan mengenai kaedahpembacaan al- Quran daripada pelbagai riwayat yang mutawatir di manasanadnya sampai kepada Rasulullah s.a.w.

    Jelasnya, hubungan di antara kedua-duanya (al-Quran dan al-Qiraat)adalah saling melengkapi iaitu al-Quran itu adalah al-Qiraat dan kedua-duanyadituntut kepada umat Islam mempelajarinya. Jadi, membaca al-Quran dengan

    Qiraat yang tidak mutawatir adalah satu kesalahan dan di anggap berdosa di sisisyarak. Ini bertujuan bagi memelihara kemurnian dan kesucian kalam Allah darisebarang penyelewangan sama ada dari segi bacaan mahupun maknanya.

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    8/11

    Ilmu Qiraat juga sangat penting kerana denganya seseorang itu dapatmengetahui cara-cara mengucapkan lafaz-lafaz Al-Quran dan dapat pulamemilih bacaan yang lebih kuat di antara berbagai jenis bacaan yang ada, malahqiraat juga dapat memastikan maksud yang sebenarnya apabila terjadiperselisihan.

    Secara umum, tafsir dari sudut Bahasa Arab ialah keterangan dankenyataan. Manakala dari sudut istilahnya pula ialah suatu ilmu yangmembicarakan perihal al-Quran berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dantujuan Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengahulaman memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang

    berhubung dengan kedudukan kalam Allah s.w.t yang dimulai dari sudut sanadatau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatuhukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatukejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah olehahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat), yanglengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah,bayan, badi' dan sebagainya.

    Qiraat Mutawatirah merupakan pra syarat utama dalam membolehkanSesutu bacaan al-Quran diamalkan dan dijadikan hujah di samping dua rukunQiraat yang lain iaitu bertepatan dengan Bahasa Arab dan Rasm `Uthmani.Ulama bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh Qiraat Mutawatirahdalam ilmu tafsir. Kepelbagaian bentuk bacaan yang sah sanadnya adalahmerupakan satu rahmat kepada umat Islam khususnya dalam bidangpensyariatan hukum-hakam. Ini kerana kepelbagaian tersebut bukanlahbermaksud wujud pertentangan makna mahupun pada aspek pentafsiran secaratotal, bahkan ianya merupakan pelengkap di antara satu sama lain yangmempunyai hubung kait.

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    9/11

    Dalam perbincangan mengenai peranan Qiraat Mutawatirah dalam ilmutafsirini, kita akan didedahkan dengan beberapa contoh potongan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai kepelbagaian bentuk bacaannya.

    USUL-USUL IMAM QIRAAT

    PERAWI-PERAWI QURRA DAN USUl BACAAN

    PERAWI IMAM NAFEI

    Periwayat yang masyhur dari Imam Nafei ialah Qalun dan Warsy. Ialah :

    (i) Qalun ialah Abu Musa Isa Ibn Mina al-Nabwi. Ia dipanggil Qalun keranakelunakan suaranya dan makna qalun ialah bagus, baik. Beliau membaca dihadapan Nafei pada tahun 150 hijrah pada masa pemerintahan al-Mansur.

    Apabila ditanya berapa kalikah kamu membaca di hadapan Imam Nafei, beliauberkata Aku membaca al- Quran dihadapan Nafei banyak kali dan aku masihmembaca di hadapanya selepas 20 tahun. Qalun meninggal pada tahun 220Hijrah. Bacaan riwayat Qalun masih diamalkan pada hari ini di negara Libya.Penduduk islam disana membaca al-Quran dengan riwayat Qalun dan jugamencetak al-Quran dengan riwayat tersebut.

    Antara usul riwayat Qalun ialah seperti berikut:Bil Usul Riwayat Qalun1 Mim al-Jam ( Sukun/Silah)2 Mad Wajib ( 4 Harakat)3 Mad Jaiz ( 2/4 Harakat)

    4 Hamzatan Fi Kalimah (Tashil berserta Idkhal)

    (ii) Warsy ialah Othman Ibn Suida al-Misri. Ia dipanggil Warsy kerana warnakulitnya terlalu putih. Beliau telah bermusafir ke Madinah dan membaca al-Qurandihadapan Nafei dengan beberapa kali khatam iaitu pada tahun 155 Hijrah.

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    10/11

    Kemudian beliau pulang ke Mesir dan mengetuai pengajian Qiraat di sana.Mempunyai suara yang bagus dan bacaan yang elok. Beliau meninggal padatahun 197 Hijrah. Bacaan riwayat Warsy banyak diamalkan di negara-negarabenua Afrika seperti Moroko, Algeria, Senegal, Chad dan lain-lain.

    Antara usul bacaan riwayat Warsy ialah seperti berikut:

    Bil Usul Riwayat Warsy

    1 Mim al-Jam (silah jika selepasnya Hamzah al-Qat)2 Mad Wajib (6 Harakat)3 Mad Jaiz (6 Harakat)4 Mad Badal (2,4,6 Harakat)5 Mad Lin Mahmuz (4/6 Harakat)6 Hamzatan Fi Kalimah (Tashil)

    b) PERAWI IMAM IBN KATHIR

    Dua perawi yang masyhur dari Ibn Khatir, tetapi mengambil bacaan Ibn Kathir melalui sahabatnya ialah al-Bazi dan Qunbul.

    (i) Al-Bazi ialah Abu al-Hassan Ahmad Ibn Muhamad Ibn Abdullah Ibn al-QasimIbn Nafei Ibn Abi Bazzab. Al-Bazi adalah nisbah kepada Bazzah iaitu datuknyayang tertua. Beliau merupakan seorang imam yang tajam ingatannya sertadipercayai seluruh permasalahan qiraat akan kembali kepadanya. Dalam qiraatal-Bazi meriwayatkan bacaan Ibn Kathir melalui ikrimah Ibn Sulaiman yangmengambil dari Syibil Ibn Ubbad dan Ismail Ibn Abdullah yang mengambil dariIbn Kathir. Al-Bazi adalah imam dan bilal di Masjid al-Haram Makkah. Meninggalpada tahun 250 Hijrah.

    (ii) Qunbul ialah Mohamad Ibn Abdul Rahman Ibn Khalid Ibn Mohamadal-Makhzuni al-Mekki. Mempelajari qiraat Ibn Kathir dari Abi al- Hasan Ahmad al-Qawwas yang mengambil dari wahab yangKedua-duanya mempelajari dari Ibn Kathir. Qunbul meninggal padatahun 291 Hijrah. Bacaan Ibn Kathir melalui dua perawinya al-Bazzi dan Qunbultidak diamalkan secara meluas pada masa kini. Namun begitu bacaan IbnKathir masih diamalkan di perguruan pengajian Qiraat seperti di Syubra, Mesir dan tempat-tempat lain. Antara Usul bacaan Ibn Kathir adalah seperti berikut:

    Bil Usul Qiraat Ibn Kathir 1 Mim al-Jam (Silah)2 Ha al-Kinayah (Silah)3 Mad Wajib (4 Harakat)4 Mad Jaiz (2 Harakat)5 Hamzatan Fi Kalimah (Tashil)

  • 7/27/2019 Assignment Qiraat1

    11/11