assignment pnbm

16
1 SOALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO¶ SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH MENGEMUKAKAN SATU KONSEP IAITU ³ SATU MALAYSIA´. BERDASARKAN PEMAHAMAN ANDA, HURAIKAN SECARA KRITIS SEJAUHMANAKAH KONSEP SATU MALAYSIA DAPAT MELAHIRKAN PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

Upload: tasaratha-rajan-anamalai

Post on 09-Apr-2018

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 1/16

1

SOALAN

PERDANA MENTERI MALAYSIA YAB DATO¶ SERI NAJIB TUN RAZAK TELAH

MENGEMUKAKAN SATU KONSEP IAITU ³ SATU MALAYSIA´.

BERDASARKAN PEMAHAMAN ANDA, HURAIKAN SECARA KRITIS

SEJAUHMANAKAH KONSEP SATU MALAYSIA DAPAT MELAHIRKAN

PEMBINAAN BANGSA DAN NEGARA MALAYSIA.

Page 2: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 2/16

2

PE NG E NALAN

Persoalan pembinaan suatu bangsa Malaysia merupakan persoalan paling

penting yang terus menjadi agenda utama negara dalam perlaksanaan semua

sistem di negara ini. Perpaduan amat penting bagi sebuah negara yang berbilang

kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina perpaduan bergantung

kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting

lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas

dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,

budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara.

DEFI NIS I

Konsep Satu Malaysia menurut penjelasan YAB Dato Sri Mohd Najib Tun

Abdul Razak: ³Kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia dan

kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak semua kumpulan etnik

dalam negara kita. Ini bukan bererti kita mengetepikan dasar afirmatif, dasar untuk

menolong kaum Bumiputera asalkan dasar itu dilaksanakan dengan cara yang adil

dan memberi pertimbangan kepada golongan Bumiputera yang layak mendapat

sesuatu pertimbangan daripada kerajaan. Kita k eluar daripada cara bertindak dalam

tembok etnik yang kita amalkan sejak sekian lama´. Berdasarkan penjelasan di atas,

dapat dirumuskan kesimpulan berikut, Konsep 1 Malaysia menuntut setiapwarganegara dan pemimpin memainkan peranan masing.

Ayat yang menyebut ³Kita berdiri, berfikir dan bertindak sebagai bangsa

Malaysia. One People´ menuntut rakyat daripada pelbagai kaum dan agama berfikir

melepasi sempadan kaum masing-masing. Mereka juga di tuntut melahirkan

tindakan yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum. Justeru, bangsa

Melayu sebagai contoh, diminta tidak hanya berfikir dalam skop bangsa mereka

sahaja. Mereka juga diminta tidak hanya membataskan tindakan mereka kepada

perkara-perkara yang menjadi kepentingan mereka sahaja. Demikianlah j uga

dengan kaum-kaum yang lain, mereka dituntut melakukan perkara yang sama.

Sementara ayat ³dan kita mengambil tindakan-tindakan berdasarkan kehendak

semua kumpulan etnik dalam negara kita´ lebih menjurus dan bersangkutan dengan

Page 3: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 3/16

3

kepimpinan negara. Perenggan ini bermakna kepimpinan negara akan melayani

dan memenuhi segala keperluan dan hak semua kaum dan etnik di Malaysia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga , µpembinaan¶ bermaksud pembangunan,

µnegara¶ bermaksud sesuatu masyarakat yang menduduki kawasan tertentu dan

diperintah oleh sesebuah kerajaan dan µbangsa¶ pula bermaksud kumpulan manusia

dalam satu ikatan ketatanegaraan. Oleh itu, pembinaan negara bangsa bermaksud

pembanguan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara.

Malaysia kini memasuki fasa kedua kearah mencapai wawasan 2020 dimana

Malaysia ingin menjadi sebuah negara maju mengikut acuannya sediri, iaitu ingin

mencapai kemajuan yang seimbang dari segi ekonomi, politik,social, kerohanian,

dan kebudayaan. Malaysia juga berhasrat menjadi sebua h negara yang

masyarakatnya bwersatu padu dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi,

berpegang teguh kepada nilai agama, moral dan etika serta menikmati kehidupan

yang demokratik, liberal dan bertolak ansur, perkonsian ekonomi yang adil dan

saksama, progresif dan makmur serta menguasai ekonomi yang mampu bersaing,

dinamik, tangkas serta berdaya tahan.

B AGA IM ANAKAH KONS EP SATU M ALAYS IA DAP AT DITER AP KAN DALA M

B IDANG PE NDIDIKAN.

Aspek pendidikan turut menjadi fokus utama pengenalan gagasan 1 Malaysia.

Aspek pendidikan merupakan aspek yang penting dan aspek yang perlu diberi

pertimbangan yang kuat di negara malaysia yang berbilang kaum. Institusi -institusi

pendidikan di negara ini berlandaskan kurikulum yang telah ditetapkan oleh

kementerian pendidikan malaysia. Dasar Pendidikan Negara perlu memperkenalkan

dan menerapkan nilai-nilai 1 Malaysia dalam diri dan mentaliti pelajar agar

memahami kepentingan dan kewajaran gagasan ini diperkenalkan.

Secara definisinya, konsep 1 Malaysia dalam pendidikan merangkumipembentukan sistem pendidikan yang ideal dan sesuai untuk keseluruhan

masyarakat amnya. Penghapusan dasar pendidikan yang hanya berkepentingankan

sesebuah bangsa dan menafikan hak golongan tertentu merupakan matlamat 1

Malaysia dalam pendidikan. Persaingan yang sengit antara pelajar hari ini dalam

memperoleh peluang pendidikan yang lebih tinggi menuntut kerajaan dan Badan

Page 4: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 4/16

4

Bukan Kerajaan (NGO) bertindak bijak dan saksama agar peluang yang diwujudkan

tidak menindas mana-mana pihak atau bangsa tertentu.

Selain itu, pembentukan satu jenis sekolah sahaja yang menggunakan satu

bahasa penghantar yang rasmi iaitu bahasa Melayu mampu melahirkan bangsa

Malaysia yang mantap dari segi perhubungan antara kaumnya. Justeru itu, tindakan -

tindakan seperti ini amat membantu dalam melahirkan golongan pemimpin yang

berfikiran kreatif dan berpandangan jauh untuk masa depan negara mereka yang

tercinta.

Nilai pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana -mana

negara mencapai kejayaan. Kekuatan dan ketahanan adalah beras askan kepada

masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan mengatasi kekuatan

ketenteraan. Negara perlu memiliki masyarakat yang mengutamakan pendidikan

dan pengetahuan segala -galanya. Sebagaimana yang sedia maklum, budaya

membaca berupaya melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai minda yang

sentiasa terbuka. Di mana sekolah aliran kebangsaan telah ditakrifkan semula untuk

memasukkan sekolah vernakular dan semua aliran sama ada sekolah kebangsaan,

sekolah Cina dan sekolah India hendaklah sentiasa mencari peluang berinteraksi

dengan mengadakan aktiviti bersama. Di samping itu, kurikulum yang dibangunkan

untuk ketiga-tiga aliran hendaklah menekankan nilai-nilai bersama yang perlu

dipupuk untuk membentuk 1Malaysia.

Page 5: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 5/16

5

PER SOALAN KAJ IAN (K RI TIKAN T ER HADAP KONS EP SATU M ALAYS IA

YANG DAP AT ME LAH IR KAN PEM B INAAN B ANGSA DAN N E GA R A M ALAYS IA)

Malaysia merupakan satu Negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. 1

Malaysia merupakan satu konsep yang mana diperkenalkan oleh Perdana Menteri

Malaysia kita Datuk Seri Najib Tun Razak khasnya bertujuan untuk mengeratkan

lagi perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Konsep satu Malaysia ini

membawa makna bahawa semua rakyat dalam negara Malaysia digelar bangsa

Malaysia tanpa mengira agama, warna kulit mahupun keturunan. Konsep ini secara

tidak langsung penting untuk mengekalkan keharmonian dan kedamaian rakyat di

Malaysia kerana masyarakat yang berlainan kefahaman dan cara hidup perlu

disatukan di bawah satu konsep.

Konsep satu Malaysia adalah sebenarnya akviti sambungan daripada

pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (PTPNIN). Di

mana ia merupakan pelan yang berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun

Tangga adalah untuk mengurangkan seg regasi kaum serta kerenggangan dalam

perhubungan inter dan intra kaum serta wilayah. Pelan Lima Tahun sehingga 2010

itu turut menggariskan pemupukan dan peningkatan semangat perpaduan dan

patriotik sebagai rakyat Malaysia, di samping meningkatkan toleransi dan

keharmonian antara kaum, di samping meningkatkan toleransi dan keharmonian

antara kaum.

Satu Malaysia menekankan sikap penerimaan di kalangan rakyat berbilang

kaum, di mana sesuatu kaum menerima keunikan kaum yang lain seadanya agar

dapat kita hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati s ebagai rakyat

dalam satu negara dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.

Menjadi asas kepada semua ini adalah prinsip keadilan untuk semua kaum,

yang membawa maksud bahawa nasib semua kaum akan terbela dan tiada mana-mana pihak akan dipinggirkan. Keadilan ini mestilah mengambil kira taraf kemajuan

kaum-kaum yang berada pada tahap yang berbeza. Oleh itu, dasar -dasar kerajaan

dan peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang memberikan pembelaan kepada

golongan yang memerlukannya, akan tetap dilaksanakan.

Page 6: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 6/16

6

Satu Malaysia adalah penerusan agenda membina negara. Untuk mencapai

kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan

dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada

perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan

negara akan berjalan dengan lebih lancar.

Konsep 1Malaysia digagaskan akan terlaksana dalam dua aspek utama seperti

berikut:

Aspek Pertama ± Penerapan Teras-Teras Perpaduan

Menerapkan teras-teras perpaduan sebagai budaya dan amalan semua rakyat

Malaysia. Teras perpaduan ini adalah komponen -komponen asas yang menguatkan

semangat bersatu padu di kalangan rakyat berbilang kaum. Teras Perpaduan ini

didokongi oleh nilai-nilai murni yang seharusnya mendasari cara hidup rakyat

Malaysia.

Aspek Kedua ± Penerapan Nilai-Nilai Aspirasi

Nilai-nilai Aspirasi yang digagaskan dalam konsep 1Malaysia ialah nilai -nilai yang

perlu ada pada masyarakat progresif dan dinamik yang akan memacu negara ke

arah mencapai status negara maju. Nilai-nilai aspirasi akan membantu dalam

mewujudkan tenaga kerja yang berdaya maju dan mampu bersaing dalampersekitaran global dan ini seterusnya membantu melonjakkan kedudukan ekonomi

negara ke tahap yang lebih kukuh dan mantap.

Ini adalah kerana walaupun sudah bertahun-tahun kita mencapai

kemerdekaan namun Malaysia belum lagi benar-benar berjaya dalam usaha untuk

menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum. Kedamaian dan kesejahteraan di

kalangan masyarakat di Malaysia dapat mengelakkan daripada berlakunya

pertelingkahan dan perselisihan faham antara satu sama lain. Sikap toleransi turutada pada setiap rakyat Malaysia kerana mereka sedar bahawa sikap bertolak ansur

penting bagi mengekalkan keharmonian negara. Konsep ini turut dipertingkatkan

dengan konsep penerimaan yang turut bermaksud bahawa rakyat Malaysia perlu

menerima hakikat sejarah, dan sosiobudaya yang menjadi latar kepada konsep

negara bangsa yang dinamakan Malaysia.

Page 7: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 7/16

7

Namun begitu persoalan yang timbul adalah sejauh manakah ketelusan dan

ketulusan kesemua kaum di Malaysia. Sejauh manakah penerimaan orang Melayu

terhadap kaum lain di Malaysia sebagai rakyat Negara ini. Begitu juga timbulnya

persoalan di atas penerimaan kaum lain di ke atas masyaraka t kaum lain di Malaysia

sebagai penduduk asal di Negara ini.

Persoalan ini dapat dijawap jika rakyat di Negara ini bertutur dalam bahasa

yang sama. Walaupun termaktub dalam Perlembagaan Malaysia bahawa Bahasa

Malaysia merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Negara ini, tetapi

penghayatan terhadap bahasa ini masih lagi belum dapat dilihat. Malahan para

pemimpin juga masih tidak menghayatinya secara keseluruhan. Masing -masing leka

dengan status mereka dan bersikap prejudis terhadap kaum lain dan mendata ngkan

perselisihan. Mereka masih lagi menganggap bahawa kelainan negatif yang dapat

mereka timbulkan dalam hati semua rakyat dapat menimbulkan persaingan yang

dikatakan persaingan ³hidup mati´. Justeru itu, mereka masih lagi degil dalam

mempertahankan apa yang ada.Kelainan-kelainan seperti ini mengurangkan minat

perkongsian malahan lebih menguatkan lagi sifat perkauman setiap pihak. Adakah

ini dikira sebagai satu Malaysia. Dalam aspek bahasa pun kita tidak dapat bersatu.

Justeru itu, cadangan³ Satu Bahasa´ perlu dijadikan akar Gagasan 1 Malaysia

jika mahu melihat matlamat perpaduan tulen dalam hati setiap rakyat tercapai.

Keberkesanan cadangan ini hanya dapat dilihat keberkesananya apabila semua

rakyat dapat bertutur dalam satu bahasa. Secara psikologi, apabila terdapat dua

pihak yang sedang berbual dalam satu bahasa yang sama, dan terdapat pihak

ketiga yang mengganggu komunikasi mereka dengan menggunakan bahasa lain

yang hanya difahami oleh salah satu pihak itu, sudah tentu pihak yang satu lagi akan

terasa. Inilah merupakan salah satu punca timbulnya sikap prejudis dan seterusnya

membawa kepada kerenggangan hubungan.

Bahasa yang berfungsi sebagai alat komunikasi bagi mencapai matlamatperpaduan. Bagaimana mungkin pelbagai kaum boleh disatukan di bawah konsep

satu Malaysia jika masing-masing masih dibenarkan bercakap dalam bahasa yang

saling tidak difahami. Adakah ini membawa kepada kesatuan padahal dalam aspek

bahasa pun kita tidak bersatu. Keadaan ini mengakibatkan jurang komunikasi yang

besar dan secara tidak langsung membawa kepada kegagalan konsep 1 Malaysia

Page 8: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 8/16

8

dan mereka akan gagal untuk rapat dan bersatu padu. Bagaimana kita dapat

mengukur kefahaman seseorang rakyat jika ciri bahasa tidak dikongsi bersama?

Adakah orang india akan faham jika orang ci na bertanya ³ ni hau ma?´ atau adakah

orang Melayu akan faham jika orang india berkata ³Vanakam´. Jika sapaan rakyat di

Malaysia pun kita tidak dapat fahami kesatuan apakah yang kita bawa?

Apabila kita lihat pada kontrak sosial Negara ia menyarankan bahaw a bahasa

yang difahami oleh semua orang dijadikan sebagai bahasa kebangsaan yakni

bahasa pemersatu. Terbukti bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling

sesuai untuk ini. Walaubagaimanapun tidak semua yang dapat menerimanya

kononya kerana mereka berpegang kepada konsep toleransi dan demokrasi. Begitu

menyedihkan jika orang Melayu sendiri pun termasuk para pemimpin,masih tidak

dapat menerima jika semua kaum menggunakan Bahasa Melayu. Ini adalah untuk

mempertahankan martabat bahasa mereka.

Perkataan bangsa dalam slogan ³bahasa menunjukkan bangsa´ perlulah

dihayati dan dilihat secara menyeluruh iaitu sebagai bangsa Malaysia iaitu kaum

Melayu, Cina, India, serta kaum peribumi Semenanjung, Sabah dan Sarawak., dan

bukannya terhad kepada bangsa Melayu sahaja. Ia juga termasuk kaum minoriti

seperti Sikh, Siam, dan Portugis. Kepelbagaian kaum ini sudah tentu

memperlihatkan kepelbagaian bahasa yang digunakan di Malaysia. Malaysia

Indonesia sebagai contoh di mana mereka menggunakan bahasa Indonesia untuk

mempersatu rakyat jelatanya.

Kini tibalah masanya rakyat negara kita menghayati konsep penerimaan di

mana sebelum ini mereka sudahpun bertoleransi dalam pelbagai perkara. Bahasa

Melayu yang diubah kepada Bahasa Malaysia menunjukkan bahawa bahasa ini

bukan sahaja milik satu kaum iaitu orang melayu tetapi milik seluruh rakyat.

Pengorbanan untuk berkongsi oleh orang melayu perlulah dihayati oleh semua

rakyat demi mencapai hasrat Perdana Menteri kita demi mencapai 1 Malaysia.Gunakanlah bahasa kebangsaan dengan telus dan tulus.

Page 9: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 9/16

9

KE S IMP ULAN

Banyak pendapat telah dimajukan oleh pelbagai pihak tentang konsep 1

Malaysia yang telah perkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abdul

Razak apabila beliau mengambil alih teraju kepimpinan kerajaan pada 3 April 2009.

Matlamat konsep 1 Malaysia ini adalah murni iaitu bagi memupuk dan

mengukuhkan perpaduan nasional satu matlamat yang telah menjadi keutamaan

setiap Perdana Menteri Malaysia semenjak Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi.

Pemupukan dan pengukuhan perpaduan ini menjadi keutamaan kepada mereka

kerana mereka sedar tanpa usaha tersebut mana mungkin Malaysia yang bersifat

pelbagai kaum akan mampu mengekalkan kelangsungannya sebagai sebuah

negara yang aman dan makmur. Hari ini misi dan visi mulia ini diteruskan p ula oleh

Datuk Sri Najib.

Walaupun matlamatnya adalah murni namun ada pihak berkepentingan yang

cuba memutarbelitkan hasrat beliau dengan menyamakan konsep ini dengan

konsep Malaysian Malaysia atau Malaysia untuk orang Malaysia konsep yang

menjadi teras perjuangan parti politik yang bersayap kiri. Penyamaan ini telah

menimbulkan kegusaran kepada orang Melayu ataupun bumiputera kerana ia satu

konsep yang amat sensitif kepada mereka. Sensitiviti terhadap konsep ini terbentuk

kerana walaupun konsep Malaysia un tuk orang Malaysia ini berbunyi muluk dan

bersifat halwa telinga kepada pendengarnya namun ia tidak berpijak di bumi nyata

kerana gagal mengambil kira faktor sejarah dan realiti tempatan. Teras asas konsep

ini ialah penolakan kepada sebarang bentuk tindaka n afirmatif dan pelaksanaan

prinsip meritokrasi sepenuhnya di dalam dasar -dasar negara terutamanya dasar

sosioekonomi. Di dalam konteks Malaysia ketiadaan tindakan afirmatif dan

pelaksanaan meritokrasi yang tidak mengambil kira realiti ketidakseimbangan

sosioekonomi antara kaum akan hanya menghasilkan ketidakadilan serta

ketidaksaksamaan yang akhirnya akan mengakibatkan diskriminasi minoriti ke atas

majoriti.

Konsep 1 Malaysia berbeza dari Malaysian Malaysia kerana konsep ini

bertunjangkan kepada realiti tempatan dan sejarah negara. Memahami dan

menghayati sejarah amat penting kerana seperti mana kata seorang Ahli Falsafah

Page 10: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 10/16

10

Amerika berketurunan Sepanyol George Santayana, "Mereka yang tidak belajar dari

sejarah akan disumpah mengulanginya". Jika kita mengikuti ucapan Datuk Sri Najib

semasa merasmikan Sambutan Minggu Perpaduan 2009 Peringkat Kebangsaan,

kita akan mendapati beliau sebenarnya telah pun membezakan antara kedua -dua

konsep ini apabila memperincikan tiga teras utama konsep 1 Malaysia iaitupenerimaan, kenegaraan dan keadilan sosial.

Teras pertama 1 Malaysia yang beliau nyatakan ialah mengubah asas

perhubungan kaum di Malaysia dari konsep toleransi kepada konsep penerimaan.

Transformasi dari toleransi kepada penerimaan ini amat penting kerana untuk

Malaysia mencapai kemakmuran dan keharmonian ia memerlukan iltizam rakyat

Malaysia dari pelbagai kaum. Ini termasuklah bagi merealisasikan matlamat untuk

menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi serta bebas kemiskinan.

Untuk negara terus berada di hadapan keluk kejayaan semua rakyat Malaysia

perlu terus membina di atas persamaan yang ada dan pada masa yang sama

berlapang dada menerima perbezaan yang wujud di antara satu sama lain tanpa

bersikap menghakimi atau menilai. Kita perlu meraikan perbezaan yang wujud

sebagai sumber kekuatan bukannya terperangkap dengan polemik yang berpunca

dari perkara titik bengik sehingga melupakan matlamat besar bersama.

Teras kedua 1 Malaysia ialah kenegaraan yang bertunjangkan prinsip -prinsip

yang terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Perlembagaan Persekutuan adalah merupakan undang -undang tertinggi negara

manakala lima prinsip Rukun Negara bertindak sebagai ideologi kebangsaan adalah

asas yang terbaik untuk memupuk dan mengukuhkan Perpaduan Nas ional. Oleh

yang sedemikian janganlah mana -mana kaum menjadi gundah-gulana kerana 1

Malaysia tidak sekali-kali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Orang -

orang Melayu/bumiputera juga tidak perlu bimbang bahawa 1 Malaysia akan

menyimpang dari peruntukan yang sudah sedia ada di dalam undang -undang

tertinggi negara terutamanya Perkara 153 (Hak -hak Istimewa Melayu/bumiputera).

Teras ketiga 1 Malaysia seperti mana yang diterangkan oleh Perdana Menteri

pula ialah keadilan sosial. Tragedi hitam 13 Mei 19 69 mengejutkan rakyat Malaysia

kepada realiti bahawa perpaduan nasional tidak boleh menyubur jika

Page 11: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 11/16

11

ketidakseimbangan sosioekonomi berlaku. Bagi memastikan tragedi tersebut tidak

berulang maka Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah digubal dengan bermatlamatkan

perpaduan dengan menggunakan dua strategi, pertama membasmi kemiskinan

tanpa mengira kaum dan kedua menyusun semula masyarakat. Walaupun DEB

telah berakhir pada tahun 1990 semangatnya masih diteruskan melalui dasar -dasar pengganti sehingga hari ini. Hakikatnya tidak ada negara yang mampu maju dan

makmur jika kaum majoriti terpinggir dan ketinggalan dari segi sosioekonomi jika

adapun sejarah telah menunjukkan kemajuan dan kemakmuran tersebut bersifat

sementara kerana negara berkenaan bukanlah sebuah negara yang stabil. Ia ibarat

sebuah peti yang penuh dengan serbuk letupan yang tidak stabil dan hanya

menunggu satu percikan untuk menyebabkannya meletup.

Namun semua pihak harus memahami hakikat bahawa dasar pengagihanyang adil melalui tindakan afirmatif tidak akan berjaya di dalam kek ekonomi yang

gagal berkembang secara sihat dan mapan. Kita tidak boleh bersikap dogmatik di

dalam mengurus ekonomi sebaliknya kita perlu bersikap pragmatik dan sanggup

memikir di luar dari kotak kelaziman.

Page 12: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 12/16

1 2

R UJUKAN

http://www.docstoc.com/docs/22506433/Undergraduate -assignmentPembinaan-

Negara-Bangsa (diakses pada 24 disember 2010)

http://www.pmo.gov.my/dokumenattached/1Malaysia_B.pdf (diakses pada 24disember 2010)

http://www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf (diakses pada 24 disember

2010)

Utusan Malaysia. (26 Mei 2009). Gagasan 1 Malaysia Perlu Formula Bm=2T.

http://malaysia-perlu-formula-bm2t.htm . [Tarikh bahan diakses: 25 Disember 2010]

Indonesian Language. http://en.wikipedia.org/wiki/Indonesian_language . [Tarikh

bahan diakses: 25 Disember 2010]

Bahasa kebangsaan. http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_kebangsaan . [Tarikh

bahan diakses: 25 Disember 2010]

1 Malaysia. www.kpkk.gov.my/pdf/Booklet_1Malaysia.pdf . [Tarikh bahan diakses: 25

Disember 2010]

Memartabatkan Bahasa Melayu. http://galusbm1.blogspot.com/ . [Tarikh bahan

diakses: 25 Disember 2010]

Page 13: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 13/16

1 3

7 .0 REF LE KS I

Disediakan Oleh: Pur ani A/P Wa r ata r aj u (821209-10-5662)

Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara turut memainkan peranan yang

penting bagi mengukuhkan lagi proses pembinaan negara dan bangsa terlaksanadengan baik. Penggunaan Melayu memudahkan rakyat Malaysia yang terdiri

daripada pelbagai agama dan kaum berin teraksi dengan mudah dan berkesan. Ini

membolehkan rakyat Malaysia dapat memahami dan menghormati adat istiadat

kaum lain.

Selain daripada itu, kerajaan juga turut melancarkan Bulan Perpaduan

Peringkat Kebangsaan yang juga bertujuan untuk meningkatkan int egrasi semua

negeri di Malaysia, dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkanbangsa Malaysia. Pelbagai program yang berfaedah dianjurkan sepanjang bulan

tersebut bagi mencapai objektif tersebut. Misalnya, Karnival Anak Malaysia, Liga

Sukan Komuniti dan sebagainya. Dengan itu, kerajaan berpendapat bahawa

memastikan masalah perpecahan sesama kaum dan intra kaum akibat perbezaan

ideologi politik yang wujud dapat dihapuskan dengan sepenuhnya.

Selain itu, dasar pendidikan juga tidak ketinggalan untuk m emainkan peranan

dalam hal ini. Dasar Pendidikan senantiasa digubal agar sifat perpaduan dan

muafakat kaum dan nasional dapat disemai di kalangan para pelajar melalui guru -

guru yang berdedikasi. Contohnya, Rancangan Khidmat Negara dan penggunaan

bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains kini ditukar semula dengan

pengajaran dalam bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan dan dalam bahasa

ibunda masing-masing di sekolah jenis kebangsaan . Dengan ini, satu generasi muda

yang bersatu padu dan bersemangat pa rtriotisme tinggi dapat dilahirkan sejurus

dengan misi Wawasan 2020 yang dalam melahirkan Bangsa Malaysia yang

bersatupadu, berwawasan dan berdaya maju.

Namun begitu, perpaduan sebenarnya dapat dijengahi menerusi ciri yang

mendasari integriti itu sendiri. Umpamanya nilai kemanusiaan, bekerjasama,

tolong-menolong, rnuhibah, kekeluargaan, kasih sayang dan percintan, semangat

perpaduan menerusi kegiatan kejiranan dan permuafakatan, taat setia, kecintaan

kepada negara dan alam sekitar, menghargai nilai dan no rma hidup yang dikongsi

Page 14: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 14/16

1 4

bersama, tidak mementingkan diri sendiri menerusi semangat toleransi, hormat

pandangan dan tanggapan orang lain, mencetus pemikiran atau idea bernas tanpa

menyinggung perasaan orang lain dan kesedaran kepada pengorbanan segala -gala

daripada tenaga, buah fikiran, wang ringgit hatta nyawa sekalipun. Tetapi yang lebih

bermakna daripada itu ialah dari segi siratannya bahawa perpaduan dalam erti katasebenarnya terbentuk oleh keterikatan dari segi politik, ekonomi dan sosiobudaya.

Masing-masing pentasnya sudah ada mekanisme tersendiri yang memperkejap

kekisi perpaduan sesama kaum.

Oleh yang demikian, kebelakangan ini pihak kerajaan dan badan bukan

kerajaan berjabat tangan untuk mengajurkan beberapa sesi dialog dan diskusi yang

dihadiri oleh pihak inteleksual mengenai isu kontroversi di sebalik konsep satu

Malaysia. Justeru, penganjuran forum dan seminar akademik berkenaan diharapkandapat mencetuskan idea baik ke arah mengendurkan ketegangan hubungan

penduduk pelbagai bangsa. Dengan ini proses mewujudkan rakyat yang berinteraksi

dan menjalinkan perhubungan antara mereka di samping me wujudkan suasana

persefahaman yang mesra dan harmoni dapat dipercepatkan.

Secara kesimpulannya, semua pihak harus memainkan peranan masing -

masing agar matlamat kerajaan mewujudkan satu bangsa Malaysia bersatu dan

berpatriotik tinggi dapat dilahirkan. Kesedaran begini akan melahirkan dan memupuksemangat kekitaan dan semangat kepunyaan di kalangan mereka supaya dapat

mempertahankan perpaduan nasional demi kelangsungan negara bangsa yang

gagah perkasa, cemerlang, gemilang, lagi terbilang agar peristiwa sejar ah hitam 13

Mei 1969 tidak akan berulang lagi.

Page 15: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 15/16

1 5

Disediakan Ol eh : Nirm a la A/P Latch um anan ( 82031 7 -02-5518)

1 Malaysia atau 'Satu Malaysia' adalah satu gagasan peribadi yang

diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia keenam, Datuk Seri Najib Tun Razak

pada 2 April 2009. Intipati gagasan ini idea satu bangsa tanpa mengira kepelbagaianetnik, sub-etnik dan kebudayaan.Pelaksanaannya bukan dibuat semalaman tetapi

secara evolusi. Datuk Seri Najib Tun Razak juga menegaskan, gagasan Satu

Malaysia adalah konsep yang mempunyai pengisian jitu dan bukannya kenyataan

retorik politik semata-mata.

Ia adalah kesinambungan konsep daripada dua kepimpinan terdahulu dalam

membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.Ia adalah ramuan serta formula

pentadbiran dalam proses negara menuju Wawasan 2020 serta menjadi cemerlang,

gemilang dan terbilang seperti yang diperjuangkan perdana menteri keempat dan

kelima iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Prinsip utama yang mendasari 1Malaysia adalah kebersamaan dan kekitaan

dalam satu keluarga besar. Aspek utama konsep ini diwujudkan ialah untuk

mengeratkan lagi hubungan masyarakat majmuk di Malaysia bagi jangka masa

panjang. 1 Malaysia ini sebagai satu imperatif politik yang penting kepada

perpaduan nasional. Jadi tidak patutlah sentimen po litik jangka pendek mewarnai

cara kita berpolitik di bumi bertuah ini. Adalah satu kepelikan di negara ini di mana

terdapat parti-parti politik yang kononnya mendakwa mereka bersifat pelbagai kaum

dan memperjuangkan konsep Malaysia untuk orang Malaysia tet api pada hakikatnya

adalah jauh dari sifat kemajmukan. Jika parti -parti ini bersifat pelbagai kaum maka

sudah tentu senarai keahlian dan kepimpinan mereka akan mencerminkan fakta

tersebut. Kesimpulannya jika hampir keseluruhan ahli-ahli dan kepimpinan mereka

datang dari satu kaum sahaja maka lebih eloklah parti politik ini menukar status

mereka kepada parti satu kaum bukannya parti pelbagai kaum.

Adalah diharapkan bahawa usaha pemupukan dan pengukuhan perpaduan

nasional akan mampu bergerak secara lebih terarah kemas dan jitu melalui inisiatif

konsep 1 Malaysia. Kita semua adalah rakyat Malaysia yang lahir, mencari rezeki

dan membina kehidupan di bumi bertuah ini. di sinilah bumi dipijak dan di sinilah

juga langit dijunjung. j adi kita sebagai generasi muda harus yakin bahawa pelaburan

Page 16: assignment pnbm

8/8/2019 assignment pnbm

http://slidepdf.com/reader/full/assignment-pnbm 16/16

1 6

yang di buat dalam usaha memupuk dan mengukuhkan perpaduan nasional adalah

pelaburan yang berbaloi kerana masa depan generasi yang akan dan kelangsungan

negara kita bergantung kepadanya.