assignment oum.docx

Upload: nur-zakirah

Post on 14-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    1/11

    1.0 PENGENALAN

    Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang amat penting untuk dikuasai

    dengan baik oleh pelajar dalam aspek penguasaan bahasa. Hasil penulisan yang baik adalah

    penulisan yang mengandungi wacana yang mantap dan tidak mengandungi sebarang

    kesalahan dalam penghasilan bahan penulisan tersebut. Hal ini dapat membantu pembaca agar

    lebih mudah untuk memahami dan menerima maklumat melalui hasil penulisan tersebut.

    Wacana yang mantap dapat ditakrifkan sebagai satu kesatuan perenggan-perenggan, setiap

    perenggan menumpukan kepada satu isi dan setiap ayat dalam perenggan tersebut adalah

    bertautan antara satu sama lain. Seseorang pelajar perlu menguasai kemahiran menulis dan

    penguasaan tatabahasa yang baik agar dapat menghasilkan bahan penulisan dengan

    penggunaan wacana yang mantap.

    Penulisan karangan merupakan salah satu komponen penting dalam kemahiran bahasa

    sehingga ia dijadikan satu gerak kerja utama dalam mata pelajaran bahasa elayu sama ada

    pada peringkat sekolah rendah mahupun sekolah menengah. !arnow "#$%$& mengutarakan

    pendapat beliau bahawa penulisan merupakan salah satu cara untuk melahirkan idea dan

    pandangan manusia melalui simbol-simbol yang dapat dilihat. Smith "#$'$& pula berpendapatbahawa penulisan merupakan satu proses penghasilan wacana bertulis dengan ketepatan dan

    formaliti yang berbe(a-be(a berdasarkan tujuan dan keperluan penulisan.

    erujuk kepada pendapat dua tokoh bahasa tersebut, dapat dilihat secara umumnya

    penulisan merupakan suatu proses yang merangkumi pembentangan idea-idea serta

    penyusunan yang dilakukan oleh penulis berkaitan dengan sesuatu isu untuk dipersembahkan

    kepada pembaca. Setiap idea yang diutarakan oleh penulis hendaklah jelas maksudnya

    melalui penggunaan bahasa yang tepat dan teknik penulisan yang sesuai seterusnya mampu

    menyalurkan idea kepada pembaca.

    Kurikulum sekolah di alaysia terutamanya bagi tujuan peperiksaan umum seperti

    )jian Penilaian Sekolah *endah ")PS*&, Pentaksiran +ingkatan +iga "P+& dan Sijil

    Pelajaran alaysia "SP& telah memberi penekanan kepada aspek penulisan. +ujuan

    penulisan adalah untuk menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan

    bahasa yang gramatis dan laras yang tepat serta memperlihatkan pertautan idea dan wacana

    yang kemas dengan pemikiran kritis dan analitis.

    1

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    2/11

    elalui penulisan, kemahiran berfikir dapat dikukuhkan pada peringkat tinggi iaitu

    peringkat menganalisis, mengaplikasi dan menilai maklumat. Selain itu, penulisan juga

    merupakan satu kaedah untuk pelajar berkomunikasi, mengorganisasikan fikiran dan

    maklumat, menyampaikan idea dan perasaan serta memperlihatkan kefahaman tentang

    sesuatu mata pelajaran.

    enurut . hellamal !aga/athy "0112&, guru-guru bahasa kerap menghadapi masalah

    dalam pengajaran bahasa elayu kerana murid-murid agak sukar untuk memahami penulisan

    bahasa elayu. Sementara itu, pencapaian murid-murid dalam penulisan karangan masih

    kurang memuaskan lantaran beberapa faktor yang mempengaruhi. ntaranya ialah,

    kelemahan murid sendiri, sikap negatif murid iaitu kurang berminat terhadap pelajaran,

    kelemahan strategi pengajaran guru, kesilapan memilih tajuk dan banyak lagi.

    3usteru, dalam tugasan ini, penulis akan cuba menghuraikan secara ringkas tentang konsep

    dan definisi wacana penulisan oleh kebanyakan tokoh-tokoh bahasa sama ada tokoh tempatan

    mahupun ahli-ahli bahasa di seantero dunia. Selain itu, strategi pengajaran kemahiran wacana

    dalam penulisan akan dihuraikan dengan lebih jelas agar dapat dimanfaatkan sebagai usahauntuk mempertingkatkan kemahiran wacana penulisan murid. !eberapa cadangan

    penambahbaikan yang difikirkan sesuai dan logik turut diutarakan bagi membantu mengatasi

    kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran wacana penulisan.

    2

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    3/11

    2.0 KONSEP DAN DEFINISI WACANA DALAM PENULISAN

    Wacana merupakan suatu bahagian atau unit yang paling tinggi yang melampaui sebaris

    ayat yang lengkap. 4leh yang demikian, wacana dapat dijelmakan dalam pelbagai bentuk

    sehinggalah meliputi peristiwa bahasa. enurut Kamus 5ewan "0116&, wacana membawa

    maksud keseluruhan tutur kata yang merupakan suatu kesatuan, ucapan, pertuturan serta

    percakapan. oeliono "#$$2& dalam denan "01#& pula mendefinisikan wacana sebagai

    rentetan kalimat yang berkaitan sehingga terbentuk makna yang serasi antara kalimat tersebut.

    Harimurthi "#$%0& dalam Sharifah "0116& menyatakan bahawa wacana ialah unit bahasa

    melebihi batas ayat. Wacana merupakan satuan bahasa yang lengkap kerana sesuatu wacana

    mungkin terdiri daripada dua atau beberapa gabungan ayat, satu perenggan, satu bab, sebuah

    buku atau satu siri buku. Wacana juga turut menunjukkan perkembangan fikiran yang

    berturutan dan disusun secara sempurna seterusnya menghasilkan satu pemikiran yang utuh.

    Wacana terletak pada hierarki tertinggi dalam binaan tatabahasa selepas ayat, klausa, frasa

    dan kata. Kamarudin "0110& mengatakan bahawa konsep pengajaran tatabahasa wacana dalam

    penulisan karangan bagi pelajar sekolah rendah merangkumi perbendaharaan kata, struktur

    ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca dan ejaan. Stubbs dalam +arigan "#$$& juga telah

    mengutarakan definisi yang hampir sama iaitu wacana sebagai satu organisasi bahasa yang

    berada di atas klausa.

    *aminah Hj. Sabran "#$%2& mendefinisikan wacana sebagai unit bahasa yang melebihi

    batas ayat, kerana itu ia boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, bab, buku, dialog,

    siri buku dan sebagainya yang di dalamnya memperlihatkan hubungan-hubungan dan

    perkembangan fikiran yang berturutan. anakala menurut Harimurthi "#$%0&, wacana

    merupakan unit bahasa yang melebihi batas ayat.

    enurut Schiffrin et.al "011&, wacana mempunyai makna yang berbe(a kepada setiap

    pakar mengikut bidang masing-masing. 7a(imnya, bagi ahli bahasa, wacana didefinisikan

    sebagai apa sahaja yang melampaui ayat. alah, definisi wacana dapat dirangkumkan kepada

    tiga kategori besar, iaitu yang melampaui ayat, penggunaan bahasa dan amalan sosial yang

    meliputi bukan linguistik dan bukan tentu bahasa. 3usteru, dapatlah disimpulkan di sini

    bahawa wacana sebagai unit tertinggi bahasa yang melampaui ayat dan kajian tentang unit

    tersebut. 5engan kata lain, apabila terdapat unit-unit linguistik lebih besar daripada klausa,

    maka ianya akan disebut sebagai wacana.

    3

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    4/11

    3.0 STRATEGI PENGAJARAN BERKESAN KEMAHIRAN WACANA PENULISAN

    DI PERINGKAT SEKOLAH RENDAH

    8shak Haron "#$6$& dalam Hasyim 4thman "0111& menyatakan pandangan beliau bahawa

    karangan bukanlah sekadar hasil kepandaian atau kemahiran mengubah atau menyusun kata-

    kata, frasa dan ayat, bahkan melibatkan kemahiran penyampaian idea, fakta dan sebagainya

    secara lisan dan bukan lisan dengan menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi. 3usteru,

    strategi pengajaran penulisan yang berkesan perlu diaplikasikan oleh guru kerana ianya akan

    memberikan kesan yang amat besar kepada keupayaan murid dalam menghasilkan penulisan

    yang baik dan gramatis.

    Kamarudin Husin "#$%%& telah mengemukakan tiga peringkat strategi penulisan sebagai

    usaha mempertingkatkan kemahiran penulisan murid, selaras dengan objektif yang

    terkandung dalam Kurikulum !ahasa elayu iaitu menyediakan murid yang menguasai

    kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara

    betul dan tepat. +iga peringkat strategi penulisan tersebut merangkumi peringkat sebelum,

    semasa dan selepas penulisan. Setiap peringkat strategi penulisan tersebut dihuraikan seperti

    yang berikut9

    3.1 Peringkat sebelum penulisan

    Sebelum memulakan proses penulisan, sewajarnya amat penting bagi murid

    memahami dengan jelas arahan dan kehendak soalan serta format penulisan yang dikehendaki

    bagi menghasilkan sesebuah penulisan. Setelah itu, murid perlu menggariskan kata kunci bagi

    soalan tersebut bagi memudahkan proses penghasilkan idea. Setelah murid berhasil

    mendapatkan kata kunci, murid perlu membuat rangka penulisan mengikut pemerengganan

    yang betul merangkumi perenggan pendahuluan, isi dan penutup. !eberapa cara yang

    berkesan boleh digunakan untuk mencatat isi-isi penting sebagai proses percambahan idea,

    iaitu dengan menggunakan sistem penomboran, peta minda dan sebagainya.

    4

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    5/11

    3.2 Peringkat semasa penulisan

    Pada peringkat ini, proses penulisan perlu dilakukan dengan menumpukan kepada

    bahagian isi atau kerangka penulisan yang telah dibuat pada peringkat sebelum proses

    menulis. Perlu diingat bahawa perenggan pendahuluan hanya ditulis secara ringkas tetapi

    mengandungi ayat tesis, ayat topik, ayat sokongan dan kesimpulan agar pembaca lebih mudah

    untuk memahami idea yang ditulis atau yang ingin disampaikan.

    Pendahuluan yang dibuat la(imnya dapat memberi gambaran awal dan

    memperkenalkan sesuatu perkara atau tajuk yang mungkin belum diketahui atau difahami

    oleh pembaca. Pendahuluan yang baik akan dapat menarik minat pembaca supaya membaca

    sesebuah penulisan sehingga pada perenggan penutup.

    !erdasarkan rangka penulisan, murid berupaya untuk mengembangkan idea dan isi-isi

    penting sehingga membentuk perenggan demi perenggan yang bermakna dan saling bertautan.

    Setiap isi dalam penulisan perlu dinyatakan dan diikuti dengan penjelasan atau keterangan

    lanjut yang disertakan dengan contoh.

    8si yang diutarakan hendaklah menepati kehendak tajuk sesebuah penulisan. iri-ciri

    penulisan yang baik sekurang-kurangnya mengandungi empat isi dan disusun dengan teratur

    serta saling berkaitan antara satu dengan yang lain. Setiap isi perlu dibahagikan dan disusun

    dalam perenggan yang khusus dan isi yang utama mestilah didahulukan dalam penulisan

    tersebut. urid juga perlu memastikan semasa mengolah ayat, isi yang dimasukkan tidak

    tersasar daripada tajuk yang dibincangkan.

    +ambahan pula, keaslian isi penulisan juga perlu dititikberatkan kerana ianya amatpenting dalam menghasilkan sesebuah penulisan yang bermutu iaitu dengan tidak melakukan

    peniruan langsung daripada penulisan pihak lain. !agi menghasilkan isi yang saling berkaitan,

    terdapat enam kata tanya yang boleh digunakan untuk mengenal pasti isi iaitu apa:, siapa:,

    bila:, mengapa:, di mana: dan bagaimana:.

    Selain itu, bahagian penutup dalam sesebuah penulisan juga perlu dibuat secara

    ringkas sebagai kesimpulan atau rumusan keseluruhan sesebuah hasil penulisan. Semasa

    proses penulisan dilakukan juga perlulah menitikberatkan penggunaan sistem ejaan, tanda

    5

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    6/11

    baca, tatabahasa, kosa kata dan wacana yang betul dan sesuai mengikut konteks penceritaan

    atau penulisan.

    3.3 Peringkat selepas penulisan

    Setelah selesai proses menulis, guru perlu membimbing murid meluangkan sedikit

    masa untuk menyemak semula karangan yang telah dibina iaitu dengan mengambil kira

    format, isi dan huraian, imbuhan, struktur ayat, ejaan, tanda baca dan perbendaharaan kata

    yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan karangan mereka.

    Semasa proses meyemak karangan dilakukan, murid boleh memperbaiki kesalahan

    atau menambah baik kekurangan yang telah dikenal pasti. Sekiranya terdapat isi-isi penting

    yang tidak disertakan dengan huraian dan contoh yang bernas, maka murid boleh menambah

    contoh-contoh yang logik sebagai hujah untuk meyakinkan pembaca mengenai isi-isi yang

    cuba diketengahkan oleh penulis.

    Hasilnya, penulisan yang disunting dengan baik akan memudahkan seseorang

    pembaca memahami dan mengesan isi yang cuba disampaikan oleh pengarang dan seterusnya

    dapat menghasilkan sebuah penulisan yang mengandungi wacana yang mantap dan berkesan.

    Selain daripada tiga peringkat strategi penulisan yang dihuraikan di atas yang

    merangkumi peringkat sebelum, semasa dan selepas penulisan, terdapat empat pendekatan

    pengajaran penulisan wacana yang dikemukakan oleh *aimes dalam 3uriah 7ong "#$$1& iaitu

    antaranya pendekatan terkawal, pendekatan bebas, pendekatan pola-perenggan dan

    pendekatan komunikatif. Keempat-empat pendekatan ini boleh diaplikasikan oleh guru dalam

    mengajarkan kemahiran wacana penulisan kepada murid.

    5alam tugasan ini, dihuraikan secara ringkas antara dua pendekatan yang bolehdigunakan dalam pengajaran kemahiran wacana penulisan iaitu pendekatan bebas dan

    pendekatan pola-perenggan.

    Pendekatan bebas adalah satu pendekatan pengajaran yang memberi kebebasan kepada

    pelajar untuk menyuarakan pendapat mereka tentang sesuatu topik penulisan. ;amun begitu,

    pendekatan ini hanya sesuai diaplikasikan kepada murid yang sudah dapat menguasai bahasa

    dengan baik. isalnya, dalam pengajaran penulisan wacana yang berhubung kait dengan

    masalah gejala sosial dalam kalangan remaja, guru boleh menggunakan keratan-keratan

    akhbar untuk ditunjukkan kepada murid. !erdasarkan bahan rangsangan yang diberikan, guru

    6

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    7/11

    boleh meminta murid memberikan pendapat melalui akti/iti sumbang saran. elalui cara ini,

    murid akan lebih berminat, aktif dan dapat meningkatkan moti/asi dan keyakinan diri murid.

    Pendekatan seterusnya iaitu pendekatan pola-perenggan. Pendekatan ini

    mengutamakan ciri-ciri pembentukan perenggan yang baik. Hal ini dapat melatih murid

    supaya berkeupayaan untuk memberikan pendapat dan menyusun isi dalam perenggan dengan

    kemas dan teratur. Selain itu, pendekatan ini juga dapat membantu murid mengetahui cara-

    cara meringkaskan penulisan dengan baik.

    !eberapa latihan boleh dijalankan seperti latihan mengkaji contoh-contoh perenggan

    yang baik, menyusun ayat-ayat yang disarankan guru dalam sebuah perenggan yang kemas,

    murid mengenal pasti, memilih dan meninggalkan isi-isi untuk dimasukkan dalam satu

    perenggan serta mencari isi penting dan isi sampingan dalam sesuatu perenggan.

    7

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    8/11

    4.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN KELEMAHAN MURID DALAM

    KEMAHIRAN WACANA PENULISAN

    Salah satu faktor yang turut mempengaruhi kegagalan murid dalam menguasai kemahiran

    wacana penulisan adalah disebabkan oleh sikap guru itu sendiri. 3usteru, guru mempunyai

    peranan yang amat besar untuk membantu murid mengatasi kelemahan yang mereka hadapi

    dalam menguasai kemahiran wacana penulisan.

    Kelemahan murid dalam penulisan karangan tidak dapat dinafikan sedikit sebanyak

    adalah berpunca daripada kaedah yang digunakan oleh guru semasa mengajar menulis di

    dalam kelas. Kaedah pengajaran yang diaplikasikan oleh guru dalam mengajarkan kemahiran

    wacana penulisan turut berupaya mempengaruhi pencapaian murid dalam penguasaan

    kemahiran wacana penulisan. !erdasarkan pendapat *oselan !aki "011& yang menyatakan

    bahawa, kaedah pengajaran yang digunakan dalam kelas menjadi salah satu faktor yang

    membuatkan murid menjadi pasif dan kurang berinteraksi sesama rakan dalam melakukan

    tugasan.

    4leh yang demikian, guru perlu memastikan semua murid dapat melibatkan diri secara

    aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran penulisan karangan yang dijalankan di dalambilik darjah.

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    9/11

    pendedahan yang lebih tentang kemahiran, teknik dan strategi menulis karangan dalam kelas

    bagi menyediakan murid yang bersedia untuk menulis.

    5alam penghasilan sesebuah penulisan, pelajar perlu menyampaikan idea secara jelas,

    tepat dan berkesan. Pemilihan kata perlu disesuaikan dengan tujuan penulisan karangan sama

    ada untuk perbahasan, memujuk, memberi pendapat atau untuk bercerita. Perkembangan isi

    dan huraian juga dibuat dalam bentuk perenggan yang mencirikan kesatuan sesebuah

    karangan. 4leh itu, seharusnya murid dibimbing untuk menguasai teknik menulis yang baik

    bermula di bangku sekolah rendah lagi.

    Selain itu, pengajaran tatabahasa di sekolah membolehkan pelajar berkomunikasi dalam

    bahasa elayu dengan baik "(i(i bd +alib, 0111&. elalui pengajaran tatabahasa dalam

    penulisan murid akan dapat menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis

    penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah

    dilalui. Penekanan perlu diberikan kepada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan

    ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. 4leh itu, dapat dinyatakan di sini bahawa

    pengajaran tatabahasa wacana penting bagi membantu pelajar agar dapat menggunakan sistembahasa yang sesuai, menghasilkan ayat yang gramatis dan berkomunikasi dengan berkesan.

    +untasnya, pelbagai cara dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi

    mengatasi kelemahan murid dalam penguasaan kemahiran wacana penulisan. !eberapa

    cadangan penambahbaikan telah diutarakan seperti yang di atas dan diharap dapat membantu

    memperbaiki kelemahan murid khususnya di peringkat sekolah rendah.

    9

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    10/11

    5.0 RUMUSAN

    elalui penulisan tugasan ini, jelaslah bahawa penggunaan wacana amat penting

    untuk diterjemahkan dalam penulisan karangan kerana mampu mempengaruhi cara

    pengolahan, penyusunan struktur ayat, pembahagian perenggan, penggunaan kosa kata dan

    bahasa. Hasil penulisan yang baik mengandungi penggunaan wacana yang mantap dan tidak

    disertai dengan sebarang kesalahan yang ringan sama ada dalam aspek tatabahasa, kosa kata,

    mahupun ejaan.

    Penguasaan kemahiran menulis sememangnya dapat membantu memantapkan

    penggunaan bahasa yang mengandungi nilai estetika seperti yang ditonjolkan dalam penulisan

    karangan fakta, naratif, sajak, pantun dan sebagainya. ;amun, kegagalan dalam menguasai

    kemahiran menulis mengakibatkan kesukaran bagi murid menyatakan mesej dalam bentuk

    tulisan.

    4leh yang demikian, guru perlu menguasai strategi pengajaran kemahiran wacana dan kaedah

    yang lebih praktikal, realistik dan berasaskan keupayaan murid serta persekitaran sekolah. Kaedah

    penulisan yang dicadangkan haruslah mengambil kira prinsip semasa yang berkaitan dengan

    pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan keperluan peperiksaan. Strategi atau kaedah yang diambil

    mungkin sahaja tidak dapat memenuhi keperluan, minat dan cita rasa murid secara keseluruhannya,

    tetapi masih mampu membawa perubahan kepada murid-murid yang lain.

    Kebijaksanaan guru dalam mengolah strategi dan merancang bahan pengajaran adalah amat

    penting agar murid dapat turut serta dan melibatkan diri secara aktif dalam akti/iti-akti/iti yang

    dilaksanakan di dalam bilik darjah. Kaedah pengajaran yang digunakan haruslah berpusatkan murid

    dan peranan guru sebagai pemudah cara dalam sesebuah sesi pengajaran dan pembelajaran yang

    dijalankan dilihat amat penting agar murid dapat melibatkan diri dengan aktif serta mempelajari isi

    pelajaran dengan lebih baik dan bermakna.

    Kesimpulannya, proses mengarang bukanlah suatu proses yang hanya menumpukan

    kepada jumlah idea atau isi yang diutarakan, ejaan, tanda baca dan struktur binaan ayat

    semata-mata, bahkan proses mengarang memerlukan kemahiran dalam membina dan

    10

  • 7/23/2019 Assignment OUM.docx

    11/11

    membentuk perenggan yang mengandungi idea atau isi yang sempurna dari segi

    pengolahannya menggunakan ayat yang gramatis dan memiliki wacana yang berkesan.

    "020$ patah perkataan&

    11