assignment kurikulum 1

17
TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619) KANDUNGAN Bil. Tugasan 1 M/S 1. Pengenalan 2 2. Perubahan kurikulum pra kemerdekaan 3 3. Perubahan kurikulum era kemerdekaan 5 4. Fasa-fasa kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) 6 5. Perubahan Kurikulum Pasca Kemerdekaan 7 6. Transformasi Kurikulum Menjelang Wawasan 2020 9 7. Kesimpulan 11 Tugasan 2 8. Pengenalan 12 9. Objektif Subjek Kajian Tempatan 12 10. Organisasi Kurikulum Kajian Tempatan 13 11. Kepentingan Kurikulum Kajian Tempatan 14 12. Kesimpulan 15 13. Bibliografi 16 TUGASAN 1 1

Upload: raynold-raphael

Post on 10-Aug-2015

279 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

TZ10103

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

KANDUNGAN

Bil. Tugasan 1 M/S

1. Pengenalan 2

2. Perubahan kurikulum pra kemerdekaan 3

3. Perubahan kurikulum era kemerdekaan 5

4. Fasa-fasa kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) 6

5. Perubahan Kurikulum Pasca Kemerdekaan 7

6. Transformasi Kurikulum Menjelang Wawasan 2020 9

7. Kesimpulan 11

Tugasan 2

8. Pengenalan 12

9. Objektif Subjek Kajian Tempatan 12

10. Organisasi Kurikulum Kajian Tempatan 13

11. Kepentingan Kurikulum Kajian Tempatan 14

12. Kesimpulan 15

13. Bibliografi 16

1

Page 2: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

TUGASAN 1

1. PENGENALAN

Terdapat pelbagai definisi mengenai kurikulum. Merujuk kepada kajian Micheal Anak

Ringgit (2007), menurut Tyler (1949) menyatakan kurikulum adalah alat berfungsi

untuk pendidikan manakala Taba (1962), kurikulum adalah suatu pelan

pembelajaran. Menurut Stenhouse (1975) pula kurikulum adalah suatu bentuk

spesifikasi mengenai amalan pengajaran dan Tanner & Tanner (1975) pula

kurikulum adalah pengalaman pembelajaran dan hasil pembelajaran yang dirancang

dan dibimbing (Micheal Anak Ringgit, 2007).

Manakala Hirst (1980) dalam T. Subahan Mohd Merah et al. (2007),

menyatakan kurikulum sebagai satu program aktiviti yang disusun oleh guru untuk

membolehkan murid-murid mencapai objektif yang telah dirancang. Manakala David

Warwick mentakrifkan kurikulum sebagai struktur terancang ideal-ideal sesebuah

sekolah yang bersesuai dengan keperluan-keperluan psikologi murid-murid,

kemudahan yang sedia ada serta juga keperluan-keperluan budaya semasa (Rohani

Abdullah et al., 2003).

Merujuk kepada Laporan Kabinet 1979, kurikulum diistilahkan sebagai semua

perancangan pendidikan yang dilaksanakan oleh sekolah atau institusi pendidikan

adalah untuk mencapai matlamat pendidikan. Perubahan kurikulum yang sentiasa

berlaku ke atas sistem pendidikan negara kita adalah untuk memastikan agar kualiti

dan standard sistem pendidikan negara kita sentiasa relevan dan memenuhi

kehendak semasa dan persekitaran global yang kini semakin mencabar . Namun

begitu, perubahan kurikulum yang dilakukan hendaklah mengambil kira aspek-aspek

tertentu yang mana kurikulum yang digubal hendaklah bersesuaian dengan nilai-

nilai, dan kepercayaan serta unsur-unsur kepercayaan masyarakat majmuk di

Malaysia.Ini adalah aspek yang begitu signifikant ditekan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

2

Page 3: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

2. PERUBAHAN KURIKULUM PRA KEMERDEKAAN

Pada era pemerintahan British selepas perang dunia kedua dan menuju pra

kemerdekaan Tanah Melayu (1946 – 1956), pihak British telah melaksanakan

Rancangan Cheeseman sebagai salah satu instrumen bagi melicinkan sistem

pentadbiran di Tanah Melayu. Sistem pendidikan di Tanah Melayu yang tidak

seragam pada waktu tersebut diselaraskan. Pendidikan Vernakular menjadi

penekanan pihak British di mana sistem ini hanya bertumpu kepada kepentingan

kaum masing-masing sahaja.Senario ini jelas menunjukkan polisi atau dasar pecah

dan perintah pihak Britis terhadap kaum Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu.

Kelemahan lain yang timbul ialah keseragaman yang ingin dilaksanakan dalam

Rancangan Cheeseman hanya tertumpu kepada sekolah rendah. Salah satunya

ialah bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar tetapi pada peringkat menengah

bahasa pengantar adalah mengikut bahasa ibunda kaum masing-masing. Meskipun

pihak British menitikberatkan kebajikan setiap kaum dengan menyediakan

pendidikan percuma namun sistem ini tidak mampu memupuk perpaduan dan

intergrasi kaum-kaum tersebut.

Susulan daripada Rancangan Cheeseman, Laporan Barnes telah

dikemukakan di mana antara perkara yang dicadangkan laporan tersebut ialah; dua

jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan. Satu jenis sekolah menggunakan

bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Selain itu, subjek bahasa Cina dan

bahasa Tamil akan diajar jika terdapat 15 atau lebih orang murid yang ingin

mempelajari bahasa-bahasa tersebut.Sehubungan dengan itu, Laporan Barnes juga

mengemukakan beberapa syor dan antara ialah; sekolah-sekolah vernakular Melayu,

Cina dan India akan ditukarkan kepada sekolah kebangsaan yang akan

menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Namun demikian,

Laporan Barnes mendapat tentangan hebat daripada kaum Cina dan India kerana

fokus laporan tersebut lebih menitikberatkan kaum Melayu. Selain itu, kaum Cina

menganggap laporan tersebut bertujuan untuk menghapuskan budaya dan bahasa

kaum Cina.Dengan mengambil kira reaksi dari kaum Cina maka jawatankuasa Fenn-

Wu telah ditubuhkan pada tahun 1951, jawatankuasa tersebut bertanggungjawab

meneliti dan mengkaji kelemahan Laporan Barnes dan seterusnya mengemukakan

Laporan Fenn Wu. Laporan tersebut antaranya mencadangkan sekolah vernakular

3

Page 4: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

Melayu, Cina dan India dibenarkan beroperasi dengan bahasa ibunda masing-

masing dan penambahan bahasa kebangsaan juga diadakan dan dalam masa yang

sama sekolah kebangsaan terutamanya aliran bahasa Inggeris dikekalkan.

Rajah 1.1 Aliran carta menunjukkan polisi British yang bermula dari

rancangan Cheeman hingga ke penubuhan Jawatankuasa Barnes dan Fenn-Wu

yang mengemukakan Laporan Barnes (1950) dan laporan Fenn-Wu (1951)

sehingga tertubuhnya Ordinan Pelajaran 1952.

Impak daripada laporan Barnes dan Fenn-Wu, maka pihak British telah

menubuhkan Ordinan Pelajaran 1952 bagi mengkaji segala cadangan dan syor

yang telah dikemukakan oleh dua laporan tersebut. Ordinan tersebut juga bertujuan

mencari penyelesaian ‘win-win situation’ atau mencapai kompromi yang dapat

diterima oleh setiap kaum di Tanah Melayu.Ordinan tersebut telah menetapkan

sistem pendidikan sekolah kebangsaan dilaksanakan dengan pengenalan bahasa

Inggeris secara beransur-ansur di semua sekolah Melayu. Pada masa yang sama,

Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dikuatkuasa ke atas sekolah-sekolah Cina dan

Tamil.Selain itu, sekolah-sekolah jenis vokasional diperkembangkan. Namun,

Ordinan ini gagal terlaksana disebabkan masalah kewangan dan situasi darurat yang

berlaku di Tanah Melayu.

4

RANCANGAN

CHEESEMAN

(selepas perang dunia ke-2)

LAPORAN BARNES

(1950)

LAPORAN FENN-WU

(1951)

ORDINAN PELAJARAN 1952

(1952)

Page 5: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

3. PERUBAHAN KURIKULUM ERA KEMERDEKAAN

Setelah Kerajaan Perikatan yang terdiri daripada tiga parti utama iaitu UMNO,

MCA dan MIC memegang tampuk pemerintahan Tanah Melayu pada tahun 1955,

sebuah jawatankuasa telah dibentuk bagi mengkaji semula sistem pendidikan di

Tanah Melayu khasnya Dasar Pelajaran pihak British, seterusnya mencadangkan

satu bentuk sistem pendidikan yang baru yang boleh diterima pakai oleh

Persekutuan Tanah Melayu yang sedang menuju pemerintahan sendiri dari tangan

pihak British. Jawatankuasa tersebut yang diketuai oleh Menteri Pendidikan ketika

itu, Tun Abdul Razak bertanggungjawab mencari formula dalam pembentukan sistem

pendidikan yang mampu menyatupadukan kaum-kaum di Tanah Melayu yang masih

berpaksikan kepada ras masing-masing. Hasilnya Jawatankuasa tersebut telah

mencadangkan beberapa syor yang membawa kepada penghasilan Penyata Razak

yang diluluskan di Parlimen pada tahun 1956. Terdapat 17 cadangan yang

dikemukakan dalam penyata tersebut yang menjadi garis panduan dalam

pembentukan sistem pendidikan yang baru di Tanah Melayu.Antara yang utama

yang ditekankan adalah semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan pelajaran

yang sama. Seterusnya, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan menjadi

bahasa pengantar utama. Selain itu, bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan

di sekolah rendah dan menengah.Kesemua cadangan tersebut telah dimaktubkan ke

dalam Ordinan Pelajaran 1957.

Pada tahun 1959, satu jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa

Penyemak Pelajaran ditubuhkan bagi mengkaji semula keberkesanan Laporan

Razak dan strategi bagi melahirkan satu sistem pendidikan kebangsaan yang

mapan. Jawatankuasa tersebut diketuai oleh Abdul Rahman Talib telah

mengemukakan beberapa syor bagi penambahbaikan susulan dari Penyata Razak.

Antara syor yang dicadangkan ialah; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar

untuk sekolah rendah,menengah dan institusi pengajian tinggi. Selain itu,

peperiksaan awam dijalankan dalam bahasa Melayu dan semua calon yang

peperiksaan haruslah lulus bahasa Melayu sebelum memasuki sekolah menengah.

Syor-syor tersebut seterusnya digubal menjadi Akta Pelajaran 1961. Antara dasar

yang terkandung dalam akta ini adalah;semua sekolah menggunakan kurikulum

yang sama tanpa mengira jenis aliran. Pada masa yang sama, bahasa Melayu

5

Page 6: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

digunakan sepenuhnya dari peringkat rendah, menengah dan seterusnya institut

pengajian tinggi. Selain itu, umur minimum yang ditetapkan bagi meninggalkan

sekolah adalah 15 tahun.

4. FASA-FASA KURIKULUM LAMA SEKOLAH RENDAH

Selepas penguatkuasaan Akta Pelajaran 1961, sistem pendidikan negara

selepas kemerdekaan melalui tiga fasa dimana ketiga-ketiga fasa tersebut

merupakan era Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR). Fasa pertama (1963-

1965) merupakan fasa permulaan pelaksanaaan sistem pendidikan setelah Akta

Pelajaran 1961 berkuatkuasa. Fasa kedua (1965-1970) adalah fasa pelaksanaan

sistem pendidikan dibawah Rancangan Malaysia Pertama (RMK1). Ketika ini, fokus

sistem pendidikan bertumpu kepada mencari penyelesaian kepada kemelut ekonomi

dan sosial yang berlaku. Selain itu, aspirasi lain yang ingin dicapai ialah

memperkasakan lagi sistem pendidikan kebangsaan bagi memupuk intergrasi sosial,

kebudayaan dan politik, menyediakan prasarana pendidikan yang lebih efisien dan

selesa kepada pelajar. Seterusnya meningkatkan mutu pendidikan negara serta

melaksanakan pendemokrasian pendidikan tanpa mengira bangsa, kaum atau

agama. Fasa ketiga (1971-1975), fasa ini bertumpu kepada pengubahsuaian sistem

pendidikan dan latihan bagi memenuhi keperluan perkembangan ekonomi sekaligus

melahirkan lebih ramai tenaga pekerja mahir dalam melaksanakan Dasar Ekonomi

Baru (DEB). Antara aspek-aspek Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) yang

dapat diperhatikan ialah; dari aspek kemahiran, KLSR lebih bercorak umum dan

lebih berfokus kepada hafalan dan pada masa yang sama teknik pengajaran guru

juga lebih bertumpu kepada kaedah kelas di mana guru hanya menggunakan buku

teks sebagai sumber tanpa pengunaan sumber alternatif. Selain itu, KLSR juga

mengandungi banyak subjek dan sukatan pelajaran adalah tidak fleksibel,isi

kandungan pelajaran tidak mempunyai perkaitan antara satu sama lain. KLSR juga

tidak memberi penekanan kepada pendidikan prasekolah. Dari aspek penilaian pula

KLSR lebih bersifat sumatif, semua pelajar wajib lulus bahasa Melayu dalam

peperiksaan awam yang dijalankan.KLSR lebih berorientasikan kepada pemupukan

perpaduan dengan penggunaan bahasa Melayu serta pembasmian buta huruf.

6

Page 7: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

5. PERUBAHAN KURIKULUM PASCA KEMERDEKAAN

Setelah pelaksanaan sistem pendidikan yang berpandukan kepada Laporan

Rahman Talib berjalan untuk beberapa tahun, pihak kerajaan telah menubuhkan

Jawatankuasa Kabinet pada tahun 1974 bagi mengkaji semula dasar pendidikan

selepas berlakunya beberapa peristiwa penting dalam negara iaitu rusuhan kaum

pada 13 Mei 1969, pembentukan Rukun Negara (1970) dan Dasar Ekonomi Baru

(1970). Implikasi peristiwa-peristiwa tersebut telah mendorong kerajaan untuk lebih

menumpukan aspek perpaduan negara dan pada masa yang sama memajukan

aspek sosial, ekonomi dan politik. Susulan daripada itu, Laporan Jawatankuasa

Kabinet 1979 telah dikemukakan setelah melalui pelbagai kajian.Laporan tersebut

telah menetapkan secara tersurat dan tersirat rupa dan jenis rakyat Malaysia yang

akan dibentuk melalui sistem pendidikan Malaysia. Hasrat tersebut diterjemahkan

seperti berikut:

‘Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir dan bertindak

dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan

berpandukan punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya individu yang lahir dari

sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan

kemanusiaan’. (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979)

Laporan jawatankuasa tersebut memberi tumpuan penting kepada enam

aspek dalam menaiktarafkan mutu pendidikan negara. Antaranya ialah memberi

penegasan kepada aspek kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira). Selain

itu, penegasan terhadap pendidikan agama yang kukuh dan unsur-unsur disiplin

yang diingini serta penegasan kepada kurikulum bercirikan Malaysia. Semua syor-

syor yang dicadangkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 diterjemahkan

dengan pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada tahun 1983 dan

Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1989 bagi menggantikan

KLSR.

PERBANDINGAN KLSR DAN KBSR

7

Page 8: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

KLSR

(Kurikulum Lama Sekolah Rendah)

KBSR

(Kurikulum Baru Sekolah Rendah)

Sukatan pelajaran yang tidak fleksibel. Berbentuk pendidikan asas.

P&P berpusatkan kepada guru. Mengutamakan kemahiran 3M.

Pengajaran lebih kepada kaedah kelas. Aktiviti P&P berpusatkan murid.

Bergantung sepenuhnya kepada buku

teks, kurang pengunaan sumber lain.

Terdapat sumber rujukan, alat bantu

mengajar selain buku teks.

Terlalu banyak subjek. Penggabungjalinan antara subjek.

Jadual 2.1: Perbandingan antara Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) dan

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)

Antara objektif yang ingin dicapai dalam KBSR ialah para pelajar dapat

menguasai bahasa Melayu dan menghargainya sebagai bahasa kebangsaan serta

sebagai instrumen dalam memupuk intergrasi dan perpaduan nasional. Selain itu

menitikberatkan kepentingan penguasaan 3M. KBSR juga memberi fokus terhadap

perkembangan menyeluruh individu yang meliputi aspek JERIS (jasmani, emosi,

rohani, intelek dan sosial). Penerapan nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga

diberi perhatian dalam KBSR. KBSR juga terdiri daripada tiga komponen asas utama

iaitu komponen komunikasi, kemanusiaan dengan alam sekitar dan perkembangan

diri individu. Berdasarkan kepada objektif-objektif tersebut, jelas kelihatan matlamat

KBSR yang ingin membentuk JERIS pelajar secara total yang mana selari dengan

falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu membangunkan negara dan menyemai

perpaduan dikalangan kaum dan juga intergrasi nasional melalui sistem pendidikan

yang tersusun dan sistematik. Setelah pelaksanaan KBSR selama 10 tahun, pada

tahun 1993 Kurikulum Baru Sekolah Rendah diperkenal semula menjadi Kurikulum

Bersepadu Sekolah Rendah di mana ianya seiring dengan aspirasi Falsafah

Pendidikan Kebangsaan, Dasar Pendidikan dan Wawasan 2020. Selain itu,

globalisasi dan aplikasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) diperkenalkan.

Aspek utama yang ditekankan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ialah

unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai digabungkan bagi mewujudkan kesepaduan

dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum ini turut menitikberatkan

teori dan amali termasuk nilai murni dalam melahirkan insan yang seimbang. Selain

8

Page 9: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

itu, proses pembelajaran dan pengajaran dalam kelas diperkukuhkan dengan aktiviti

kokurikulum.

6. TRANSFORMASI KURIKULUM MENJELANG 2020

Bagi memastikan aspirasi dan matlamat sistem pendidikan negara mampu

bersaing dengan kehendak semasa, maka pada tahun 1995 pihak kerajaan telah

mengemukakan Rang Undang-undang pendidikan 1995 bagi memastikan negara

mampu menghasilkan sistem pendidikan yang mencapai taraf dunia dari segi

kualiti.Dengan termaktubnya Akta Pendidikan 1996 maka pada tahun 1999,

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang baharu telah digubal dan telah diberi

beberapa penambahbaikan. Antara seperti pengenalan Sekolah Bestari di mana

konsep pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid sebagai fokus utama.

Dalam masa yang sama, pada tahun 2000 setiap sekolah menggunakan Sukatan

Pelajaran edisi 2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan

diikuti dengan Huraian Sukatan Pelajaran pada tahun 2002. Semakan yang

dilakukan ke atas Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah pada tahun 1999 juga

adalah disebabkan oleh Dasar Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran

Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris (PPMSI).

PERBEZAAN ANTARA KBSR DAN KSSR

KBSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

3M (Membaca, Menulis, Mengira) 4M (Membaca, Menulis, Mengira,

Menaakul)

Pengunaan Sukatan Pelajaran Pengunaan Dokumen Standard

Kurikulum

Berbentuk linear Berbentuk modular

Fokus kepada 3 bidang:Komunikasi,

Manusian dan Alam Sekeliling,

Perkembangan Diri Individu

Fokus kepada 6 tunjang: Komunikasi,

Kerohanian, Sikap dan Nilai,

Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal

dan Estetika, Sains dan Teknologi,

Ketrampilan Diri

9

Page 10: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

Mengandungi elemen berfikir secara

kreatif dan kritis.

Mengandungi elemen kreativiti dan

inovasi, keusahawanan serta Teknologi

Maklumat dan Komunikasi (ICT) secara

explisit.

JADUAL 3.1: Perbezaan di antara KBSR dan KSSR

Setelah lebih kurang 53 tahun sistem pendidikan melalui pelbagai perubahan

dan asimilasi bagi menuntut kehendak masa dan implikasi globalisasi dan dunia

tanpa sempadan, maka berlaku sekali lagi transformasi dalam sistem pendidikan

negara bagi memastikan sistem pendidikan negara dapat mengadaptasikan diri

dengan perkembangan dan persekitaran global. Kurikulum Standard Sekolah

Rendah (KSSR) digubal yang mana ianya berpandukan kepada keperluan Pelan

Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). KSSR digubal kerana KBSR telah

menjadi kurang relevan dan berkesan dalam penghasilan individu cemerlang yang

mempunyai pengetahuan yang luas bersesuaian dengan warga negara masa

hadapan. Transformasi ini juga bertujuan untuk mewujudkan intergrasi dan

perpaduan yang lebih utuh di kalangan masyarakat majmuk Malaysia. KSSR

direkabentuk dan memberi fokus kepada enam tunjang yang membawa kepada

perkembangan insan secara seimbang ditambah dengan pemikiran kreatif dan kritis

serta mempunyai pemikiran inovasi yang tinggi. Tunjang –tunjang tersebut adalah

pertama Tunjang Komunikasi. Kedua adalah Tunjang Kerohanian. Ketiga, Tunjang

Kemanusiaan. Keempat, Tunjang Ketrampilan Diri. Kelima, Tunjang Fizikal dan

Estetika serta yang keenam; Tunjang Literasi Sains. KSSR digubal berorientasikan

kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Penambahbaikan yang

terkandung dalam KSSR adalah kesinambungan daripada KBSR yang sedia ada.

Penambahan seperti elemen kreativiti dan inovasi, memberi fokus utama kepada

kemahiran asas ICT, perkembangan fizikal dan kognitif, sikap dan nilai untuk Tahap

1 dan 2. Selain itu, tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan dan aplikasi

kemahiran 4M serta kemahiran yang lebih kompleks.

10

KOMUNIKASI KEROHANIAN, SIKAP DAN

NILAI

Page 11: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

RAJAH 4.1: Enam Tunjang yang terkandung dalam Kurikulum Standard

Sekolah Rendah (KSSR)

7. KESIMPULAN

Anjakan era globalisasi menuntut transformasi yang seimbang ke atas sistem

pendidikan negara ini di mana tujuan utama adalah agar murid-murid yang menjadi

pelapis untuk generasi masa hadapan tidak ketinggalan dalam arus kemajuan

perabadan dunia. Dengan pengenalan kurikulum yang terkini adalah diharapkan

supaya mampu menyahut aspirasi negara dalam menuju kepada sebuah negara

yang maju.

11

INSAN SEIMBANG

(PEMIKIRAN KRITIS, KREATIF DAN INOVATIF)

KETRAMPILAN DIRI

PERKEMBANGAN FIZIKAL DAN

ESTETIKA

SAINS DAN TEKNOLOGI

KEMANUSIAAN

Page 12: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

TUGASAN 2

8. PENGENALAN

Berdasarkan kepada struktur Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan

sejajar dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kurikulum Kajian

Tempatan mampu melahirkan individu yang berilmu dan beramal, harmonis serta

berketrampilan. Kurikulum Kajian Tempatan yang berkait-rapat dengan bidang

kemanusiaan dan kemasyarakatan bertujuan membentuk rakyat Malaysia yang

bersatu padu, hidup dalam komuniti yang mengamalkan nilai moral dan etika yang

utuh, mempraktikkan amalan demokrasi, penyayang , progresif, sejahtera serta

bersemangat patriotik. Matlamat kurikulum Kajian Tempatan adalah bagi melahirkan

murid yang patuh dan setia kepada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan

berbangga menjadi rakyat Malaysia serta mampu berinteraksi secara efektif ke arah

pewujudan masyarakat Malaysia yang bersatu padu, harmonis, demokratik, progresif

dan mensyukuri nikmat Tuhan.

9. OBJEKTIF SUBJEK KAJIAN TEMPATAN

Objektif kurikulum Kajian Tempatan sekolah rendah dapat diperhatikan seperti

berikut:

OBJEKTIF

1. Mengetahui dan memahami peranan, tanggungjawab dan hak sebagai

anggota dalam keluarga dan masyarakat;

2. Memahami dan menghargai keadaan fizikal setempat dan negara;

3. Mengenali dan memahami ciri-ciri masyarakat setempat dan negara;

4. Memahami dan menyedari perkembangan dan perubahan masyarakat

setempat dan negara;

5. mencintai dan menghargai alam sekitar;

6. Mengenali tokoh-tokoh dan menghargai sumbangan mereka dalam

memperjuangkan kedaulatan, kemerdekaan dan pembangunan;

12

Page 13: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

7. Memahami dan menghargai sejarah negara;

8. Menguasai kemahiran belajar, kemahiran sosial dan kemahiran berfikir;

9. Menghargai keperibadian bangsa dan mempunyai semangat patriotik dan;

10. Mensyukuri segala nikmat Tuhan.

JADUAL 5.1: Objektif Kurikulum Kajian Tempatan Sekolah Rendah ( Sumber

dipetik dari Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR, mukasurat 3-4)

10.ORGANISASI KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN

Organisasi sukatan pelajaran Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan mengandungi

program pembelajaran untuk tiga tahun bermula dari tahun 4 sehingga tahun 6 di

mana kandungan subjek ini mencakupi tiga ruang liput.

RAJAH 6.1: Kandungan Kurikulum Kajian Tempatan KBSR (Sumber dipetik dari

Sukatan Pelajaran Kajian Tempatan KBSR, mukasurat 4)

Ruang liput yang pertama memfokuskan kepada interaksi murid sesama

keluarga dan masyarakat serta nilai-nilai hidup berjiran dan bermasyarakat.

Manakala ruang liput yang kedua pula menyedarkan murid mengenai identiti dan

keistimewaan kawasan tempat tinggal, mukim, daerah atau jajahan, bahagian dan

13

KANDUNGAN MATAPELAJARAN KAJIAN TEMPATAN

(TAHUN 4 , 5 DAN 6)

PERTAMA (TAHUN 4)

KELUARGA, RUMAH, JIRAN DAN SEKOLAH

KEDUA (TAHUN 5)

KAWASAN TEMPAT TINGGAL , MUKIM, DAERAH/JAJAHAN, BAHAGIAN DAN

NEGERI

KETIGA (TAHUN 6)

NEGARA KITA

Page 14: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

negeri agar mereka cinta dan bangga akan persekitaran dan negeri mereka.

Seterusnya, ruang liput yang ketiga, mendedahkan murid-murid kepada sejarah,

keadaan sosial, ekonomi dan kejayaan negara. Ini akan melahirkan kesedaran

kepada para murid mengenai usaha pembinaan bangsa dan negara Malaysia.

Pengalaman pembelajaran yang diterima dari ruang liput tersebut dapat mencorak

rakyat Malaysia yang mempunyai semangat patriotik dan berbangga menjadi

warganegara Malaysia.

11.KEPENTINGAN KURIKULUM KAJIAN TEMPATAN

Subjek Kajian Tempatan adalah subjek yang membincangkan serta mengkaji

interaksi manusia dengan manusia, manusia dengan alam sekitar melalui aktiviti

kemahiran belajar, berfikir dan sosial. Subjek ini diajar pada tahap 2 iaitu tahun 4,5

dan 6 bagi memperkukuhkan lagi pengetahuan, kemahiran, pemahaman dan nilai

yang telah disepadukan secara sistematik dalam subjek lain di tahap 1 terutama

dalam subjek bahasa Melayu dan Inggeris. Proses pembelajaran subjek ini

dirancang bagi memberi pengalaman yang menyeronokkan, bermakna dan

mencabar dengan mengaplikasikan pelbagai teknik seperti teknik inkuiri penemuan,

pembelajaran koperatif dan kolaboratif untuk menanam dan memupuk semangat

kekitaan, jati diri dan berdaya tahan pada diri murid-murid. Penggunaan pelbagai

sumber khasnya teknologi maklumat adalah digalakkan untuk melatih murid-murid

supaya mahir dalam penguasaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT).

Pada peringkat sekolah rendah, subjek ini turut memberi pendedahan kepada

murid tentang pengalaman pembelajaran bagi menangani implikasi anjakan

globalisasi, ledakan ilmu serta pengetahuan dan pada masa yang sama mempunyai

wawasan merancang masa hadapan. Selain itu, mempunyai ketahanan diri yang

kuat dan bersemangat patriotik bagi memenuhi aspirasi dan matlamat negara dalam

menuju wawasan 2020 serta menjadi sebuah negara yang maju. Subjek Kajian

Tempatan menjadi instrumen utama dalam memupuk semangat patriotik pada diri

murid-murid supaya berbangga menjadi warganegara Malaysia yang cinta akan

tanahair dan sentiasa bersyukur kepada nikmat yang diberikan Tuhan.

12.KESIMPULAN

14

Page 15: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

Bagi perancangan dan pelaksanaan kurikulum Kajian Tempatan, fokus hendaklah

diberikan kepada penguasaan dan pengembangan dalam kemahiran belajar dan

berfikir bagi memastikan para murid mampu membuat keputusan dan menyelesaikan

masalah secara rasional ketika berhadapan dengan cabaran hidup yang semakin

rumit dan kompleks ini. Variasi kecerdasan murid hendaklah diambil kira bagi

mengukuh dan memperkaya pengalaman pembelajaran mereka dalam membentuk

insan yang peka kepada isu atau permasalahan. Pada masa yang sama, mereka

juga mampu meramal, menjangka implikasi serta mengendalikannya ke arah

kecemerlangan dan keharmonian hidup. Selain itu, para murid juga haruslah mampu

menguasai kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) agar mereka kelak

menjadi generasi yang celik akan teknologi seterusnya berupaya memanfaat

sepenuhnya dengan penuh tanggungjawab demi aspirasi dan kesejahteraan semua.

BIBLIOGRAFI

15

Page 16: Assignment Kurikulum 1

TZ10103 RAYNOLD RAPHAEL (CT10210619)

Azizi Ahmad (2007). Definsi, Konsep dan Model Kurikulum Pendidikan. Jabatan Ilmu

Pendidikan : IPG Kampus Bahasa Antarabangsa.

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses. Shah Alam : Fajar Bakti.

Kamaruddin Hj. Husin (1994). Asas Pendidikan III : Perkembangan dan

Perlaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2003). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah

Micheal Anak Ringgit (2007). Analisis Teori, Falsafah dan Model Pembentukan

Kurikulum Prasekolah. Tesis : Univerisiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Daud Hamzah (1995). Perkembangan Kurikulum Sekolah. Kuala Lumpur :

Dewan Bahasa Pustaka.

16