assignment soalan 1 perniagaan dan keusahawanan t

13
Assignment Soalan 1 Perniagaan dan Keusahawanan Perniagaan yang kompetitif lahir dari usahawan yang dinamik, peka kepada perubahan persekitaran, bijak mengambil peluang dan pengurusan yang mantap.

Upload: faiz-yasin

Post on 15-Nov-2015

302 views

Category:

Documents


68 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Assignment Soalan 1 Perniagaan dan KeusahawananPerniagaan yang kompetitif lahir dari usahawan yang dinamik, peka kepada perubahan persekitaran, bijak mengambil peluang dan pengurusan yang mantap.

Pengenalan

Keusahawanan sudah lama wujud sebagai satu pilihan kerjaya. Kebanyakan orang bagaimanapun lupa akan hakikat ini kerana mereka sentiasa menganggap bahawa kerjaya hanya melibatkan pekerjaan yang ada majikan yang memberi gaji. Keusahawanan tidak melibatkan majikan yang memberi gaji, tetapi usahawan bekerja sendiri dan menjadi majikan kepada dirinya.Usaha melahirkan usahawan yang berjaya bukanlah suatu tugas yang mudah. Ia perlukan komitmen, dedikasi, ketegasan, dan amalan yang berterusan ke arah mempraktikkan roh keusahawanan dalam setiap urusan harian. Hal ini dikatakan sebagai pembudayaan keusahawanan. Budaya keusahawanan individu boleh diasuh dan dididik sehingga ia melekat seperti aur dengan tebing.

Dalam projek mengenalpasti entiti perniagaan ini, saya telah memilih perniagaan Pn. Syuhada yang merupakan seorang perniaga produk kecantikan dan kesihatan . Saya memilih kedai Pn Syuhada oleh kerana saya mengenali pemilik kedai tersebut dan sekali gus memudahkan saya untuk menemu ramah beliau tanpa rasa malu. Melalui kajian saya mengenai perniagaan beliau, saya memperoleh oleh banyak maklumat yang berguna untuk melengkapkan kajian saya pada kali ini .Bagi memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh soalan seperti persekitaran perniagaan, fungsi pengurusan, bantuan dan sokongan perniagaan serta etika perniagaan telah ditanya kepada pemilik kedai.

Perniagaannya dikenali sebagai SYUHADA E SHOP ENTERPRISE yang bertempat di Alai Melaka dan ianya juga menjalankan perniagaan secara online. Perniagaan ini memiliki lesen pernigaan yang sah bagi memenuhi syarat perniagaan pihak berkuasa. Perniagaan ini dibuka pada tahun 2010.Pada asalnya Pn Syuhada merupakan seorang penganggur yang sepatutunya bekerja sebagai seorang jurutera elektrik tetapi apabila sedar setelah sekian lama tidak bekerja maka Pn Syuhada telah mencuba untuk berniaga secara kecil-kecilan. Pada permulaan perniagaan Pn Syuhada mengalami kerugian yang amat tinggi sehingga bertekat ingin berhenti berniaga. Tekat nasihat daripada keluarga dan suaminya dia teruskan perniagaan sehingga berjaya menjadi pengedar tunggal negeri Melaka. Pada asalnya Pn Syuhada hanya menempatkan segala produk jualannya dan segala urusan jual-beli di rumahnya sahaja tetapi kini akibat daripada memiliki ramai pelanggan Pn Syuhada telah membina sebuah kedai yang baru untuk menampung permintaan pelaggan yang banyak. Perniagaan Pn Syuhada dibuka bermula pada pukul 10.00 pagi hingga 11 tengah malam pada setiap hari dan pukul 12 hingga 3 petang waktu rehat. Untuk perniagaan online 24 jam dan barang di post pada setiap waktu tengahari .Akibat daripada kurangnya saingan perniagaannya dapat maju dan memperoleh keuntungan dalam masa yang singkat. Ini kerana di negeri Melaka hanya ada beberapa buah kedai sahaja produk kecantikan maka pelanggan lebih memilih SYUHADA E SHOP ENTERPRISE atas sebab tertentu.

Persekitaran Perniagaan

Dalam konsep persekitaran perniagaan terbahagi kepada dua iaitu persekitaran umum dan persekitaran tugas. Melalui persekiran ini mampu mempengaruhi dan memperoleh faedah bagi kepentingan perniagaan tersebut. Melalui perniagaan Pn Syuhada saya telah dapat mengenalpasti bahawa perniagaan tugas merupakan yang memberi kesan langsung pada perniagaan SYUHADA E SHOP ENTERPRISE. Oleh itu, persekitaran tugas merujuk kepada pihak-pihak yang mempunyai pengaruh terhadap operasi dan prestasi perniagaan secara langsung dalam setiap tindakan pengurusan. Antara pihak yang berkepentingan dalam perniagaan ini ialah pelanggan ,pembekal ,pembiaya atau pemodal,pekerja ,pesaing,kerajaan dan masyarakat.

Persekitaran perniagaan Pn Syuhada yang memberi pengaruh kepada prestasi perniagaan ialah pelaggan ,pekerja,pembekal,pesaing dan masyarakat. Dalam perniagaan pelanggan merupakan golongan yang amat penting sekali bagi sebuah intiti perniagaan . Dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap pelanggan, pengusaha atau pekerja perlu menjaga perhubungan dengan pelanggan dengan mengeluarkan barangan yang tidak rosak dan bermutu. Perhubungan antara pengusaha atau pekerja dengan pelanggan banyak berlaku dalam usaha pemasaran. Dalam pemasaran, harga yang ditawarkan mestilah berpatutan dan tidak membebankan pelaggan sehingga pelanggan mencari penjual lain.Bagi perniagaan SYUHADA E SHOP ENTERPRISE golongan pelanggan yang terlibat ialah golongan remaja dan keatas ini kerana produk kecantikan yang dijual di monopoli oleh golongan remaja dan produk kesihatan di monopoli golongan berusia.Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan agar perniagaannya mendapat sambutan dan terus berkembang oleh itu Pn Syuhada serta pekerjanya telah menjaga baik segala tutur bicara dan memenuhi segala permintaan pelanggan . Pn Syuhada juga tidak mengabaikan semua pelaggannya malah terus menghubungi pelaggannya untuk meeminta testimoni bagi setiap produk yang dijualnya. Melalui apa yang diberithu kepada saya semua pelanggannya memberikan maklumbalas yang gembira dan positif terhadap layanan yang diberi oleh pihak SYUHADA E SHOP begitu juga terhadap produknya yang membuahkaan hasil yang menggembirakan.

Seterusnya, pembekal turut memberi pengaruh terhadap corak perniagaan ini kerana pembekal merupakan orang yang membekalkan produk jualan kecantikan dan kesihatan bagi kedai Pn Syuhada. Oleh kerana pembekal merupakan orang tengah antara peniaga dan pelanggan maka Pn Syuhada telah mencari pembekal yang baik. Pembekal yang digunakan merupakan seorang pembekal yang memastikan bekalan yang dihantar dihantar dengan kadar segera dan tidak berlaku kelewatan penghantaran dan barang yang dibekalkan adalah barang yang berkualiti. Pn Syuhada juga telah mengambil langkah kanan dengan memastikan bayaran yang dibuat pada pembekal adalah tepat pada masanya ini bagi menjamin bekalan berterusan. Untuk menjayakan perkara tersebut Pn Syuhada dan pihak pengusaha perniagaan telah menetapkan tarikh untuk penghantaran barangan agar sampai tepat pada masanya oleh kerana permintaan tinggi dari pelanggan. Di samping itu, pembayaran juga akan dibuat dengan cepat bagi membolehkan harga yang pembekal tetapkan lebih kompetitif.

Pesaing ialah firma lain dalam industri sama yang mengeluarkan barang atau perkhidmatan yang hampir sama.Namun begitu, dalam konteks perniagaan Pn Syuhada dilihatkan aspek pesaing tidak memberi impak dalam persekitaran perniagaannya ini kerana Pn Syuhada merupakan peniagga tunggal di negeri Melaka bagi produk kecantikan dan kesihatan yang dijual. Bagi produk kecantikan jenama lain ada dijual di mana-mana kedai yang lain tetapi kedai SYUHADA E SHOP ENTERPRISE lebih menjadi tumpuan kerana antara produk yang dijual ialah AuraWhite,Felinda beauty, herbalife dan banyak lagi yang merupakan produk yang kini hangat dipasaran dimana produk tersebut digunakan oleh artis dan orang-orang ternama dalam dan luar negara.Oleh kerana produk yang dijual merupakan produk yang berkualiti dan amat terkenal diserata tempat maka disebabkan kurangnya penjual produk-produk tersebut maka SYUHADA E SHOP ENTERPRISE berjaya memonopoli kawasan sekitar tersebut. Di samping itu, pekerja juga memainkan peranan terhadap persekitaran perniagaan ini. Bilangan pekerjanya hanya empat orang sahaja. Oleh kerana ada pekerja yang cukup maka aktiviti perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Oleh itu,pekerja kedai tersebut harus peka apabila melaksanakan tugas agar produktiviti kerja mereka tidak terjejas. Pn Syuhada telah memberikan gaji yang berpatutan dan tepat pada masanya kepada pekerjanya bagi memastikan pekerjanya melaksanakan tugas dengan betul. . Pn Syuhada juga telah menyediakan kemudahan fasiliti yang selamat dan selesa kepada pekerja-pekerjanya agar produktiviti pekerja ditingkatkan. Pn Syuhada turut membenarkan pekerjanya mengambil cuti rehat lima kali dalam sebulan tanpa mengira hari. Melalui cuti rehat, pekerja dapat bersantai bersama keluarga ataupun menyelesaikan hal-hal peribadinya. Bonus juga akan diberikan kepada setiap pekerja pada setiap hujung tahun tetapi semuanya bergantung pada nilai keuntungan SYUHADA E SHOP.

Akhir sekali , masyarakat merupakan kumpulan yang dapat memberi kesan kepada keupayaan organisasi yang ditetapkan . Ini kerana imej perniagaan harus dijaga daripada tercemar di sisi masyarakat bagi memastikan masalah kerugian dapat dielakkan. Masyarakat memerlukan barang dan perkhidmatan yang berkualiti dari perniaga. Oleh itu Pn Syuhada telah melakukan perbagai cara bagi menarik pelaggannya seperti mencari pembekal yang baik demi menjaga prestasi kedainya. Mengenakan harga yang berpatutan dan menyediakan poster beserta risalah dilakukan bagi mempromosi SYUHADA E SHOP di mata semua. Maklum balas yang dilihat oleh masyarakat ialah mereka dapat menerima perniagaan kami kerana sehiap hari perniagaan kami tidak pernah putus menerima pelanggan katanya Pn Syuhada.

Fungsi Pengurusan Dan Kesannya Kepada Perniagaan

Pengurusan biasanya didefinisikan sebagai satu proses mencapai matlamat menerusi usaha seseorang. Oleh itu, pengurus perlu bijak dalam melakukan setiap tugas supaya matlamat dapat dicapai. Sehubungan itu, dalam konteks perniagaan Pn Syuhada fungsi pengurusan boleh dibahagikan kepada dua iaitu sumber manusia dan kewangan. Kewangan meliputi segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan wang seperti penyediaan penyata kewangan, pengurusan dana dan pelaburan individu, perniagaan atau syarikat. Oleh itu ,bagi kedai Pn Syuhada dia telah melatik seorang daripada pekerjanya yang mahir dalam komputer untuk menguruskan segala urusan kewangan dan kira-kira bagi memudahkan proses perniagaan dijalankan. Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah, polisi, prosedur dan amalan-amalan yang berkaitan dengan pengurusan pekerja dalam sesebuah organisasi. Pengurusan sumber manusia juga melibatkan aktiviti memilih,melatih dan membangunkan pekerja-pekerja dalam organisasi. Fungsi pengurusan manusia terbahagi kepada lima iaitu perancang,fasilitator, penyelaras, penilai prestasi dan pengantara. Perancngan perlu diadakan dalam sebuah organisasi perniagaan sebagai contoh dengan memilih pekerja. Pn Syuhada telah mengambil empat orang pekerja dan setiap pekerja melakukan kerja yang berbeza mengikut kemahiran seperti yang pandai menggunakan komputer menguruskan aktiviti kira-kira yang mahir dan petah berbicara dijadikan sebagai jurujual. Fasilitator merupakan program latihan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pekerja.Bagi menjaga keselamatan pelanggan dan pekerja Pn Syuhada telah menyediakan segala jenis alatan yang selamat didalam kedainya bagi mengelakkan perkara membahaya berlaku kepada pekerja,pembeli dan diri Pn Syuhada sendiri. Produk-produk disusun dengan rapi dan meletakkan tanda harga bagi semua produk bagi memudahkan proses penjualan. Penilai prestasi merujuk kepada memantau prestasi dan penawaran seperti ganjaran dan faedah kepada pekerja. Sepertimana yang dilakukan oleh Pn Syuhada dia sentiasa menepati waktu pembayaran gaji kepada pekeja dan lebih menggembirakan lagi Pn Syuhada seringkali memberikan ganjaran kepada pekerjanya setiap hujung tahun agar dapat meningkatkan keupayaan para pekerja dengan lebih cekap serta menjaga kebajikan pekerja melalui ganjaran.Dari segi pengantar ialah Pn Syuhada bertindak sebagai orang tengah dalam isu seperti disiplin pekerjanya .

Melalui pengurusan yang dijalan Pn Syuhada dapat melihat bahawa produktiviti pekerjanya dapat ditingkatkan dan kemahiran pekerjanya dapat diasah sehingga segala proses perniagaan dapat berjalan dengan lancar. Kesan yang paling mendalam yang dikesaan Pn Syuhada terhadap perniagaannnya ialah hasil keuntungan bulanannya meningkat sangat mendadak apabila ada organisasi yang sempurna.

Bantuan Dan Sokongan Perniagaan

Perniagaan Pn Syuhada menggunakan modal sendiri dan juga bantuan dari keluarga untuk memulakan perniagaan. Mengggunakan modal sendiri amatlah sukar bagi mempertahankan perniagaannya akan tetapi atas usaha dan bantuan dari pelbagaai pihak Pn Syuhada telah berjaya memperolah keuntungan yang banyak. Pn Syuhada juga ada meminta pinjaman daripada bank tetapi dalam kadar yang sedikit dengan alasan bahawa beliau lebih senang jika menggunakan modal sendiri kerana tidak perlu memikirkan hutang yang bakal ditanggung setiap bulan. Keuntungan yang diperolah setiap bulan digunakan untuk membayar hutang dari bank. Dalam masa satu tahun sahaja Pn Syuhadaa telah melangsaikan semua hutangnya dengan bank dan telah membina sebuah kedai baru melalui hasil penjualannya.Sebanarnya masalah kewangan tidak menjadi masalah bagi Pn Syuhada kerana keluarganya merupakan golongan berada termasuk suaminya sendiri. Jadi tidak hairanlah Pn Syuhada tidak meminta bantuan daripada mana-mana badan usahawan di Malaysia ini. Oleh itu,kata Pn Syuhada, semua hasil daripada perniagaannya akan terus digunakan untuk modal bulan hadapan tanpa memikirkan hutang yang akan dibayar oleh sebab itu perniagaan Pn Syuhada masih kekal dan maju sehingga kini.

Etika Perniagaan Yang Diamalkan dan Kesannya

Etika perniagaan merupakan sifat moral dan kelakuan standard perniagaan yang dapat diterima oleh komuniti peniaga dan dunia perniagaan . Hasil daripada pemerhatian yang saya lakukan terhadap perniagaan Pn Syuhada tidak terdapat masalah daripada dari segi etika perniagaaan. Ini dapat dilihat daripada maklum balas daripada pengguna produk jualannya dan semuanya memberikan maklumbalas yang positif Tambahan pula,apabila Pn Syuhada mengambil tempahan secara online iaitu di blognya www.cantiksihatdanceria.blogsport.comataupunwww.facebook.com/SYUHADASHOPFANFAGE ini lebih memudahkan pelanggan kerana pelaggan tidak perlu pergi ke kedainya dengan hanya menekan beberapa butang semua sudah siap dan proses penghantaran adalah sangat cepat dilakukan. Oleh itu, etika pekerjaan dijaga oleh Pn Syuhada maka setiap hari Pn Syuhada telah menerima lebih 20 unit produk pembelian sehari. Harga yang berpatutan dan boleh dirunding menyebabkan pelanggan tidak beralih arah kepada peniaga lain. Sikap Pn Syuhada yang peka pada permintaan pelaggan telah menyebabkan sebarang masalah seperti tidak ada produk untuk pelaggan masih belum pernah berlaku. Tambahan pula, mereka melayan pelanggan tanpa mengira umur dan lapisan masyarakat dengan layanan yang sama rata. Semasa pelanggan memasuki premis perniagaan, mereka turut melemparkan senyuman dan menawarkan pertolongan untuk mencari barangan yang pelanggan inginkan. Susunan produk yang teratur dan meletakkan tanda harga ini memudahkan pelanggan untuk membuat pilihan.Jalasnya atas sikap dan usaha yang ditunjukkan oleh Pn Syuhada dan pekerjanya menyebabkan kedainya lebih dikenali ramai dan memperoleh keuntungan berlipat ganda atas kerjasama yang baik pihak bagi menjayakan SYUHADA E SHOP ENTERPRISE.