assignment pj 1-kh

Upload: chan-yinglin

Post on 20-Jul-2015

393 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

INSTITUT GURU KAMPUS SARAWAK,MIRI

PENDIDIKAN

Tajuk Tugasan: Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR)

Nama Kursus Kod Kursus Nama Pelajar

: Kurikulum Pendidikan Jasmani Di Sekolah Rendah : PJ2311P5 : KONG HUI

Nombor Kad Pengenalan :930721-13-5898 No.Matrik Kumpulan Ambilan Nama Pensyarah Jabatan Tarikh Hantar :2011022310008 :PPISMP BAHASA CINA (SK) SEMESTER 2 :JUNE 2011 :Encik Sain ak Datok :Pendidikan Jasmani dan Kesihatan :9 April 2012

Pengakuan

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

:_____________________________________________________ :KONG HUI :8 April 2012

Halaman Judul

Pendidikan Jasmani Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Institut pendidikan Guru Kampus Sarawak, Miri.

Penghargaan

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Akhirnya, kerja kursus berasaskan ilmu ini berjaya dilaksanakan.

Dengan kesempatan ini, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada iaitu Encik Sain ak Datok yang telah banyak memberi bantuan kepada saya dalam menjayakan kerja kursus ini. Encik Sain, pensyarah kami telah banyak memberi bantuan kepada saya semasa kerja kursus ini dijalankan. Beliau telah memberi penerangan yang teliti agar saya dapat menyempurnakan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya kerana mereka memberikan sokongan moral dan dorongan kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan yang turut memberikan elaun dari segi kewangan supaya saya dapat membeli bahan-bahan yang diperlukan seperti kertas untuk menjalankan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang sentiasa membantu dan memberi bimbingan kepada saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada senior yang telah memberi tunjuk ajar kepada saya semasa pelaksanaan kerja kursus ini.

Senarai Kandungan

Perkara Borang Pengakuan

Muka Surat i

Halaman Judul Penghargaan Senarai Kandungan Soalan Tugasan Pengenalan Dapatan Kajian (soalan a) Dapatan Kajian (soalan b) Rumusan Bibliografi Lampiran Borang Kolaborasi

ii iii iv 1 2-3 4-18 19-20 21 22 23-56 57-58

Soalan Tugasan

Soalan Tugasan Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan kurikulum baru, KSSR ( Kurikulum Standard Sekolah Rendah) Tahun 1 mulai tahun 2011. Kurikulum Pendidikan Jasmani menekankan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif serta berupaya memenuhi keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Jawab soalan-soalan berikut.(esei)

a)

Anda dikehendaki membuat penafsiran terhadap 3 aspek pembelajaran dalam pendidikan jasmani KSSR dan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam setiap aspek tersebut.Kenalpasti aspek pembelajaran yang terdapat dalam komponen kemahiran bagi Tahun 1. Senaraikan komponen tersebut serta huraian bagi setiap komponen.(15 m)

b)

Sebagai Ketua Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK), anda diminta untuk menyediakan satu brosur untuk memaklumkan ibu bapa murid-murid Tahun 1 tentang perubahan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah rendah. (15 m)

Pengenalan

Pengenalan

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah sehingga Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) diperkenalkan.

KBSR digubal untuk memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu bagi membentuk masyarakat yang cergas, sejahtera dan produktif. Kurikulum ini dibahagikan kepada tiga tunjang pembelajaran iaitu Kecergasan,Kemahiran dan Kesukanan. Tiga tunjang ini membantu mencapai matlamat dan objektif Pendidikan Jasmani. Murid perlu memahami dan menghayati pengetahuan, kemahiran dan pengalaman Pendidikan Jasmani agar dapat mengamalkan gaya hidup cergas sebagai budaya Malaysia. Murid diorientasikan dengan ilmu dan amalan Pendidikan Jasmani bagi membentuk sahsiah dan sikap untuk menghadapi cabaran hidup. Kurikulum Pendidikan Jasmani yang terancang dan persekitaran yang kondusif dapat menggalakkan pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan potensi murid ke tahap optimum. Oleh yang demikian,Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan kurikulum baru, Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Tahun 1 mulai tahun 2011. Kurikulum Pendidikan Jasmani menekankan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif serta berupaya memenuhi keperluan perkembangan dan pertumbuhan murid. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani pula digubal berasaskan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu murid kuasai dan capai. Standard kandungan ialah pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi kemahiran, pengetahuan dan nilai. Standard pembelajaran merupakan penetapan kriteria atau indikator pencapaian setiap standard kandungan. Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani juga digubal dengan mengekalkan prinsip-prinsip Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) Pendidikan Jasmani dan menggunakan Standard Antarabangsa Pendidikan Jasmani dan Sukan Untuk Murid Sekolah oleh International Council for Health, Physical Education, Recreational-Sports And Dance (ICHPER-SD) sebagai panduan. Kandungan kurikulum ini juga masih mengekalkan tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan afektif.

Penggubalan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani adalah bertujuan memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi, rohani, dan jasmani. Kurikulum ini menyediakan murid ke arah pembinaan modal insan yang sihat dan cergas. Kajian yang dibuat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menunjukkan 60.1% rakyat Malaysia tidak melakukan aktiviti yang aktif dan menghadapi pelbagai risiko gejala penyakit kronik dan penyakit tidak berjangkit seperti sakit jantung, kencing manis dan tekanan darah tinggi (Noncommunicable Disease Section- Disease Control Divison, 2006). Justeru itu, tahap kecergasan murid ditingkatkan melalui amalan dan pengetahuan Pendidikan Jasmani sejak dari awal lagi. Guru yang mengajar Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan berdasarkan disiplin ilmu Pendidikan Jasmani. Antaranya melibatkan pembelajaran motor, perkembangan motor, biomekanik, suaian fizikal, fisiologi senam, psikologi sukan, sosiologi sukan, estetika dan nilai. Pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani seharusnya dilaksanakan dalam suasana yang menyeronokkan dengan menekankan aspek keselamatan.

Dapatan Kajian (Soalan a)

1.0 Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah(KBSR) Sebelum KSSR diperkenalkan, KBSR telah digunakan dalam 1.1 Matlamat KBSR Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.1.2 Objektif KBSR

Murid boleh : 1. mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor; 2. menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri; 3. melakukan senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian; 4. mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa menyertai pelbagai kegiatan fizikal; 5. membentuk sahsiah dan disiplin diri; dan

6. membuat keputusan bijak dalam kehidupan. 1.3 Aspek pembelajaran dalam KBSR Kandungan mata pelajaran ini menekankan kepada kecergasan sesuai dengan ciri dan keperluan murid. Pendekatan yang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui aktiviti. Murid perlu diberi peluang mempelajari pengetahuan, kemahiran dan nilai berkaitan mata pelajaran dengan melakukan aktiviti, eksperimen dan amalan rutin. Penyertaan aktif setiap murid dalam kelas Pendidikan Jasmani adalah diwajibkan. Murid perlu diberi peluang untuk meluahkan emosi, memperkembangkan proses mental, membentuk perhubungan yang sihat dan melakukan kegiatan fizikal dalam suasana yang membina dan selamat.

Pengalaman Pendidikan Jasmani merangkumi tiga aspek penting, iaitu : i. Penglibatan murid secara aktif dan selamat. ii. Interaksi yang kreatif dengan bahan, alat dan rakan. iii. Penyimpanan rekod kegiatan murid sebagai bukti bahawa pembelajaran telah berlaku.

2.0 Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Mulai tahun 2011, KSSR telah diperkenalkan dan dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dalam sekolah rendah. 2.1 Matlamat KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran, berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup. 2.2 Objektif KSSR Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani berkebolehan untuk melakukan kemahiran asas dengan lakuan yang betul mengikut konsep pergerakan. Selain itu, murid juga dapat mengembangkan kebolehannya dalam pergerakan dan kemahiran motor serta mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan. Melalui KSSR, murid juga dapat mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan dan mengetahui kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala.

Murid juga boleh mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal dan melaksanakan aktiviti fizikal dalam suasana yang seronok dan persekitaran yang selamat. Murid juga hendaklah mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal. Murid juga berkeupayaan mengamalkan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan. Dalam kurikulum baru yang diperkenalkan iaitu KSSR, terdapat tiga fokus Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani bagi murid Tahun Satu iaitu: membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor; memperkenalkan konsep kecergasan berdasarkan kesihatan; dan memupuk elemen keselamatan, tanggungjawab kendiri, dan interaksi sosial semasa melakukan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, kita akan membincangkan aspek pembelajaran dalam pendidikan jasmani KSSR dan tajuk-tajuk yang terdapat di dalam setiap aspek tersebut mengikut tiga fokus mata pelajaran Pendidikan Jasmani tersebut. 2.3 Aspek pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani KSSR Terdapat 5 aspek pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani KSSR. Antara aspek pembelajaran adalah seperti berikut: a) Aspek 1 : Kemahiran pergerakan b) Aspek 2 : Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan c) Aspek 3: Kecergasan meningkatkan kesihatan d) Aspek 4: Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan kecergasan e) Aspek 5: Kesukanan Kandungan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun Satu adalah setara dengan pencapaian objektif psikomotor, kognitif dan afektif dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Jasmani. Susunan kurikulum ini adalah bertujuan memudahkan kandungan kurikulum ini dilaksanakan. Setiap aspek dalam dokumen Kurikulum Standard Sekolah Rendah

Pendidikan Jasmani Tahun Satu yang hendak dicapai dinyatakan dalam lajur utama iaitu Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Lajur Standard Kandungan mengandungi kandungan yang perlu dipelajari oleh murid. Manakala lajur Standard Pembelajaran menunjukkan apa yang murid perlu kuasai dan capai. Bagi tujuan pengajaran kemahiran, guru menggunakan Modul Kemahiran yang terdiri daripada Aspek 1, Aspek 2 dan Aspek 5 secara serentak. Manakala untuk pengajaran kecergasan, guru menggunakan Modul Kecergasan yang terdiri darpada Aspek 3, Aspek 4 dan Aspek 5 secara serentak. Guru boleh membuat pilihan sama ada mengajar kemahiran atau kecergasan terlebih dahulu tanpa mengabaikan gabungan aspek yang telah ditetapkan. Secara ringkasnya, aspek pembelajaran yang terkandung dalam Modul Kemahiran dan Modul Kecergasan adalah jadual berikut:

Modul Kemahiran

Aspek 1 Aspek 2 Aspek 5

Kemahiran pergerakan Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan Kesukanan

Modul Kecergasan

A Aspek 3 K Kecergasan meningkatkan kesihatan A Aspek 4 A Aplikasi pengetahuan dalam meningkatkan K kecergasan A Aspek 5 K Kesukanan

Dalam pelaksanaan kerja kursus ini, modul kemahiran akan dibincangkan. Oleh yang demikian, 3 aspek dalam modul kemahiran akan dibincangkan secara dalam kerja kursus berasaskan ilmu ini.

2.3.1 Aspek 1: Kemahiran Pergerakan

Melalui Aspek 1, murid menguasai pelbagai corak pergerakan dan kemahiran motor yang diperlukan untuk melakukan pelbagai aktiviti fizikal melalui komponen kemahiran seperti berikut:-

1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan

Melalui konsep pergerakan, murid haruslah berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan berdasarkan konsep pergerakan. Melalui konsep pergerakan ini, murid harus berkeupayaan melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan. Murid juga harus berkeupayaan melakukan pergerakan yang melibatkan kesedaran ruang diri, ruang am dan batasan ruang dalam pelbagai arah dan aras yang berbeza. Di samping itu, murid juga boleh melakukan pergerakan mengikut arah depan dan belakang, sisi kiri dan kanan berdasarkan isyarat. Murid juga harus berkebolehan menukar arah dari hadapan ke belakang dan kiri ke kanan mengikut tempo, irama dan isyarat serta melakukan pergerakan dalam laluan lurus, berlengkok dan zig- zag. Dalam Aspek 1 ini, murid juga harus berupaya untuk melakukan pergerakan yang berbeza kelajuan berdasarkan tempo, irama dan isyarat. Guru juga harus mengajar murid melakukan pergerakan yang

berbeza antara perlahan dengan pantas, ringan dengan berat dan lembut dengan kuat sehingga murid pandai.

Selain konsep pergerakan, komponen kemahiran mengenai pergerakan asas juga terkandung dalam Aspek 1 ini. Pengajaran mengenai pergerakan asas ini sebenarnya melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama,

Selepas pengajaran pergerakan lokomotor dalam pergerakan asas, murid harus berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan lokomotor dengan lakuan yang betul. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan semasa waktu kuliah, guru boleh mengadakan aktiviti seperti melakukan pergerakan berjalan, berlari, mencongklang (galloping), menggelongsor, melompat, melompat sebelah kaki (hopping), berskip dan melonjak (leaping). Selain daripada itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti agar murid melakukan pergerakan melompat dengan menggunakan kedua-dua belah kaki atau sebelah kaki dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki dengan lutut difleksi. Murid juga harus berkeupayaan melakukan pergerakan lokomotor dalam pelbagai arah, aras, laluan, satah, dan kelajuan dengan rakan dan alatan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini. Guru juga boleh mengadakan aktiviti dengan melakukan lompat tali yang diayun berulang-ulang oleh dua orang rakan. Guru juga boleh mengadakan aktiviti supaya setiap murid dapat melakukan pergerakan lokomotor mengikut irama.

Dari segi pergerakan bukan lokomotor dalam pergerakan asas, murid harus berkebolehan melakukan pelbagai pergerakan bukan lokomotor dengan lakuan yang betul di akhir pembelajaran untuk Pendidikan Jasmani KSSR ini. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk Pendidikan Jasmani, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti juga agar semua murid dapat melakukan pergerakan bukan lokomotor

di peringkat akhir pembelajaran untuk topik ini. Sebagai contohnya, guru boleh mengadakan aktiviti melakukan pergerakan fleksi badan (membongkok), meregang, meringkuk, mengilas, memusing, menolak, menarik, mengayun, dan mengimbang. Bukan begitu sahaja, murid juga boleh melakukan pergerakan bukan lokomotor dalam pelbagai satah, aras, aliran dan daya dengan rakan dan alatan. Setiap murid juga harus berkebolehan melakukan pergerakan bukan lokomotor mengikut irama di peringkat akhir proses pembelajaran ini.

Dari segi kemahiran manipulasi alatan untuk melakukan pergerakan asas, setiap murid harus berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. Oleh yang demikian, guru boleh mengadakan aktiviti seperti melakukan balingan bawah tangan dan melakukan balingan atas kepala. Selepas itu, guru juga boleh mengadakan aktiviti menangkap atau menerima alatan yang dilontar secara perlahan dengan lakuan yang betul. Sebagai contohnya, guru boleh mengajar murid untuk menangkap bola yang dilambung sendiri dan menendang bola yang digolek serta menendang bola dan seterusnya berlari ke hadapan. Bertitik-tolak dari situ, guru juga boleh mengajar murid untuk memukul belon ke atas secara berterusan dengan menggunakan badan kita sama ada menggunakan tangan, lengan dan kaki. Guru juga boleh mengajar murid untuk memukul belon dengan alatan. Murid juga boleh mempelajari kemahiran manipulasi alatan dengan mengelecek bola ke hadapan menggunakan kaki dan mengelecek bola berterusan menggunakan satu tangan. Hal ini dapat menjamin semua murid telah menguasai kemahiran menipulasi alatan dalam melakukan pergerakan asas.

Dari segi pergerakan berirama pula, setiap murid telah dikehendaki agar berkebolehan melakukan pelbagai kemahiran pergerakan mengikut irama. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah rendah, guru boleh mengadakan aktiviti meniru pergerakan pelbagai watak

mengikut irama dan muzik. Hal ini dapat melatih murid di sekolah rendah supaya dapat melakukan pelbagai pergerakan asas mengikut irama.

Di samping pergerakan asas yang telah ditekankan dalam aspek ini, komponen kemahiran lain seperti gimnastik asas yang telah menggunakan teknik hambur dan pendaratan, kawalan badan dan sokongan, serta putaran sebenarnya juga telah ditekankan dalam aspek ini.

Dalam Aspek 1 ini, teknik hambur dan pendaratan telah diajar agar setiap murid berkebolehan melakukan kemahiran hambur dan pendaratan dengan lakuan yang betul. Oleh yang demikian, guru sepatutnya melakukan aktiviti seperti melakukan hambur ke hadapan menggunakan kaki. Selepas semua murid telah menguasai kemahiran hambur dan pendaratan untuk peringkat awal, guru boleh meningkatkan kesusahan aktiviti dengan melakukan hambur pelbagai arah menggunakan kaki.

Selain teknik hambur dan pendaratan yang perlu dipelajari semasa pengajaran mengenai gimnastik asas, teknik kawalan badan dan sokongan juga ditekankan dalam pengajaran gimnastik asas. Setiap murid haruslah berkebolehan melakukan pergerakan yang memerlukan imbangan dan sokongan badan. Aktiviti yang boleh diadakan adalah seperti melakukan imbangan dan sokongan menggunakan bahagian badan secara statik. Selepas semua murid telah menguasai teknik kawalan badan dan sokongan dengan aktiviti ini, guru boleh meningkatkan kesukaran aktiviti ini dengan melakukan imbangan dengan tiga, dua dan satu tapak sokongan menggunakan bahagian badan.

Bertitik-tolak dari situ, teknik putaran juga dipentingkan dalam pengajaran gimnastik asas ini. Setiap murid sepatutnya berkebolehan melakukan kemahiran putaran dengan lakuan yang betul. Aktiviti seperti putaran menegak, guling balak

berterusan dan putaran telur boleh dilakukan agar semua murid menguasai teknik putaran dalam proses pengajaran gimnastik asas ini.

Akuatik asas pula sebenarnya juga merupakan salah satu komponen kemahiran yang telah ditekankan dalam aspek ini agar semua murid mempunyai keyakinan dan keselamatan dalam air. Sebelum melakukan sebarang aktiviti dalam air, guru perlu mengajar murid-muridnya mengenai peraturan dalam air supaya keselamatan setiap murid terjamin semasa aktiviti dalam air dijalankan. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan, aktiviti untuk membelajari kemahiran keyakinan dalam air boleh dijalankan dengan masuk ke dalam air, berdiri, berjalan, bobbing, mengapung tiarap, meluncur (glide), dan berdiri dalam air dari posisi apungan tiarap

Komponen kemahiran yang terakhir sekali dalam aspek ini ialah rekreasi dan kesenggangan. Komponen kemahiran diajar oleh para guru kepada setiap murid agar setiap murid berkebolehan melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Setiap murid sepatutnya dapat menggunakan kemahiran berlari, mengelak, melambung dan menyambut semasa melakukan permainan tradisional dan aktiviti kesenggangan yang melibatkan permainan seperti Datuk Harimau dan Batu Seremban. Selain itu, setiap murid sepatutnya juga boleh menggunakan kemahiran motor halus dalam permainan rekreasi yang melibatkan aktiviti seperti membina istana pasir, dan mereka cipta objek menggunakan plastisin atau blok mainan pada peringkat akhir pembelajaran ini.

2.3.2 Aspek 2 : Aplikasi pengetahuan dalam pergerakan Melalui Aspek 2, murid dapat mengaplikasi pengetahuan mengenai konsep, prinsip dan strategi pergerakan dalam pembelajaran serta mengembangkan kemahiran motor dalam melaksanakan aktiviti fizikal yang melibatkan:-

1. konsep pergerakan, 2. pergerakan asas yang melibatkan pergerakan lokomotor, bukan lokomotor, manipulasi alatan dan pergerakan berirama, 3. gimnastik asas, 4. akuatik asas, dan 5. rekreasi dan kesenggangan. .

Dalam pengajaran konsep pergerakan untuk Aspek 2 ini, setiap murid perlu mengenal pasti dan melakukan konsep asas pergerakan. Guru perlu mengadakan aktiviti agar semua murid dapat mempelajari untuk mengenal pasti kesedaran tubuh badan dari segi bentuk, imbangan, pemindahan berat badan dan layangan. Selain itu, murid juga dikehendaki mengenal pasti ruang diri, ruang am dan arah pergerakan kiri, kanan, hadapan, belakang, atas dan bawah.

Pengajaran pergerakan asas termasuk pengajaran mengenai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor, kemahiran manipulasi alatan, dan kemahiran berirama.

Selepas pengajaran mengenai pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dijalankan, setiap murid dikehendaki memahami dan membezakan pergerakan lokomotor dengan bukan lokomotor. Di akhir pembelajaran ini, setiap murid sepatutnya dapat menyatakan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor. Setiap murid juga sepatutnya berupaya mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta membezakan tempo dalam pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor.

Kemahiran manipulasi alatan juga diajar dalam pengajaran pergerakan asas. Setiap murid perlu mengetahui konsep dan prinsip asas kemahiran manipulasi alatan pada peringkat akhir pembelajaran ini. Demi meningkatkan pemahaman setiap murid mengenai kemahiran manipulasi alatan, guru boleh mengadakan aktiviti mengenal pasti corak pergerakan yang melibatkan kemahiran balingan bawah tangan dan atas kepala. Selain itu, murid juga perlu berupaya menyatakan kedudukan badan semasa melambung dan membaling alatan serta menyatakan peranan tangan yang tidak membaling sebagai imbangan kepada pergerakan. Setiap murid juga dikehendaki untuk menyatakan kedudukan jari dan tangan yang betul semasa menangkap atau menerima bola serta mengenal pasti kedudukan kaki semasa menendang bola. Bukan begitu sahaja, setiap murid juga perlu mengenal pasti pergerakan jari tangan dan kedudukan kaki semasa mengelecek bola. Para murid juga perlu mengenal pasti titik kontak pada alatan yang dipukul.

Bagi pengajaran kemahiran berirama pula, setiap murid perlu memahami konsep gerak edar mengikut irama pada akhir pembelajaran ini. Para guru perlu mengajar murid mengenal pasti pergerakan yang ditiru daripada pergerakan pelbagai watak mengikut irama.

Pengajaran komponen kemahiran yang seterusnya ialah gimnastik asas yang merangkumi teknik hambur dan pendaratan, teknik kawalan badan dan sokongan dan teknik putaran.

Semasa teknik hambur dan pendaratan diajar oleh para guru, para murid dikendaki memahami konsep hambur dan pendaratan. Selepas semua murid mempelajari mengenai teknik ini, semua murid sepatutnya berupaya mengenal pasti pergerakan serta merta serta dapat melakukan mendarat yang betul.

Bertitik-tolak dari situ, para murid harus berkebolehan mengetahui konsep kawalan badan dalam pergerakan selepas teknik kawalan badan dan sokongan diajar oleh para guru. Setiap murid harus berupaya mengenal pasti tapak sokongan. Pengajaran teknik putaran pula adalah bertujuan agar semua murid dapat memahami konsep putaran dalam pergerakan. Setiap murid harus berkeupayaan untuk menyatakan bahagian anggota badan yang boleh digunakan untuk melakukan putaran menegak serta mengenal pasti kedudukan anggota badan semasa melakukan guling balak. Para murid juga harus berupaya menyatakan kedudukan anggota badan untuk menghasilkan putaran telur. Dalam pengajaran komponen kemahiran yang seterusnya iaitu akuatik asas, para guru sebenarnya harus memastikan setiap pelajar dapat mengaplikasikan konsep keyakinan dan keselamatan di air. Oleh yang demikian, para guru perlu mengajar para murid untuk mengenal pasti peraturan dalam air, kemahiran bobbing yang betul, kemahiran apungan tiarap yang betul serta kemahiran luncur yang betul. Akhir sekali, komponen kemahiran yang terkandung dalam aspek ini ialah rekreasi dan kesenggangan. Dalam pengajaran komponen kemahiran ini, setiap murid harus berupaya menjana kreativiti dalam aktiviti rekreasi dan kesenggangan. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, guru hendaklah mengajar setiap murid supaya setiap murid dapat mengenal pasti cara bermain permainan tradisional. Setiap murid juga harus mempunyai kebolehan untuk menjana idea kreatif semasa melakukan aktiviti seperti membina istana pasir dan mereka cipta objek yang menggunakan plastisin dan blok mainan. 2.3.3 Aspek 5: Kesukanan

Melalui Aspek 5 murid berkeupayaan mengukuhkan amalan Pendidikan Jasmani menerusi elemen keselamatan, konsep sosiologi dan psikologi, prinsip dan strategi untuk melakukan aktiviti fizikal dengan berkesan yang melibatkan:-

1. keselamatan dan pengurusan, 2. tanggungjawab kendiri, 3. interaksi sosial, dan 4. kumpulan dinamik.

Dalam aspek ini, murid sepatutnya dapat menjaga keselamatan dan pengurusan diri dengan mematuhi dan mengamalkan elemen pengurusan dan keselamatan diri. Setiap pelajar seharusnya membuat persediaan diri sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Para murid seharusnya juga menggunakan alatan bersama-sama dan menunggu giliran semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Yang paling penting sekali, setiap murid sepatutnya mematuhi arahan guru semasa melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani. Murid juga dikehendaki mengenali dan mematuhi peraturan keselamatan di tempat melakukan aktiviti Pendidikan Jasmani.

Tanggungjawab kendiri juga dipentingkan dalam aspek ini. Setiap murid seharusnya mempunyai keyakinan, dan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal.Hal ini demikian agar semua murid memperlihatkan rasa seronok melakukan aktiviti baru dalam Pendidikan Jasmani dan sanggup menerima cabaran, kemenangan dan kekalahan dalam permainan.

Bukan begitu sahaja, interaksi sosial juga merupakan ciri yang penting dalam aspek ini. Setiap murid haruslah berkebolehan berkomunikasi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal. Oleh yang demikian, guru harus mengajar murid mengenai teknik berkomunikasi secara berkesan semasa melakukan aktiviti fizikal.

Akhir sekali, dinamika kumpulan juga dipentingkan dalam aspek ini. Setiap murid sepatutnya berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan. Demi memupuk semangat bekerjasama, guru boleh mengadakan aktiviti secara berpasangan. Hal ini secara tidak langsung juga memperlihatkan rasa seronok semasa melakukan aktiviti dalam kumpulan.

3.0 Perbandingan antara KBSR dengan KSSR Setelah kurikulum baru diperkenalkan, banyak perubahan telah dilakukan. Jadual berikut telah menunjukkan perbezaan antara KBSR dengan KSSR.

KBSR Berasaskan 3 bidang: Komunikasi

Aspek Asas Reka bentuk kurikulum

KSSR Berasaskan 6 tunjang: Komunikasi

Manusia dan alam sekeliling Perkembang diri Individu

Kerohanian, sikap dan nilai Kemanusiaan, Perkembangan fizikal dan estetika Sains dan teknologi Ketrampilan diri Dokumen Standard Kurikulum Modular

Sukataan pelajaran Linear Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaran Teras, Wajib dan Tambahan Memahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

Bahan kurikulum Reka bentuk

kurikulum Organisasi kurikulum Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Modul Teras Asas, Modul Teras tema dan Elektif. Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaraan Teras dan Elemen Elektif Kreativiti dan inovasi, keusahawanan serta teknologi Maklumat dan komunikasi (ICT) secara explicit. 4M (Membaca, menulis dan menaakul) modul

3M (Membaca, menulis dan mengira)

Fokus

Dapatan Kajian (Soalan b)

Sebagai ketua panitia Pendidikan jasmani dan kesihatan(PJK), saya akan menyediakan satu brosur untuk memaklumkan para ibu bapa semua murid Tahun 1 tentang perubahan dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani (PJ) di sekolah rendah seperti brosur berikut.

Rumusan

RumusanKurikulum baru yang telah diperkenalkan sebenarnya merupakan usaha kerajaan untuk meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dalam sekolah. Dalam kajian ini, tiga aspek penting dalam modul kemahiran pula ialah kemahiran pergerakan, aplikasi pengetahuan dalam pergerakan, dan kesukanan.

Ketiga-tiga aspek ini adalah bertujuan untuk membina kemahiran asas pergerakan dan kemahiran motor.

Dalam modul kemahiran, kemahiran yang telah ditekankan adalah termasuk konsep pergerakan, pergerakan asas, pergerakan berirama, gimnastik asas, akuatik serta rekreasi dan kesenggangan. Jumlah bilangan waktu yang dicadangkan untuk kemahiran yang ditekankan pula adalah sebanyak 44 waktu untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Akhir sekali, brosur juga hendaklah dibuat dengan ringkas tetapi isinya padat supaya semua ibu bapa para murid di sekolah dapat mengetahui perubahan kurikulum dalam sekolah. Saya berharap agar semua murid dapat belajar dalam keadaan yang selesa dan seterusnya dapat melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang, dan terbilang.

Bibliografi

Bibliografi Pusat Perkembangan Kurikulum(1995). Huraian Sukatan Pelajaran KBSR Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tahap 1. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum(1999). Sukatan Pelajaran Rendah dan Menengah. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia Pusat Perkembangan Kurikulum(2010). Kurikulum Standard Sekolah Rendah Pendidikan Jasmani Tahun 1. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Borang Kolaborasi

Borang Kolaborasi Nama Pelajar No. Matrik Kumpulan Semester Mata Pelajaran :Kong Hui :2011022310008 :PPISMP BC(SK) :2 :Pendidikan Jasmani

Pensyarah Pembimbing :Encik Sain ak Datok

Tarikh 23/3/2012

Perkara Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran.

Catatan Tugasan perlu dihantar selewat-lewatnya pada 9 April 2012.

Tandatangan

(Encik Sain ak Datok) ___________ (Kong Hui) 23/3/2012 Memahami kehendak soalan tugasan. Membuat jadual kerja. (Kong Hui) 24/3/2012 Mencari maklumat dari internet/Pusat Sumber. Menyediakan draf. *Mencetakan maklumat internet. *Membuat nota ringkas. *Membuat catatan bibiografi. *Menyusun maklumat. *Menganalisis maklumat berdasarkan kehendak soalan tugasan. *Menghubungkait maklumat yang relevan. *Membuat huraian terperinci. *Menaip draf.

(Kong Hui)

25/3/20123/4/2012

(Kong Hui)

4/4/2012

Lengkapkan tugasan yang telah dibuat. Pembetulan telah dibuat.

*Segala maklumat telah dilengkapkan. (Kong Hui) *Membetulkan ejaan. *Menyusun maklumat mengikut keutamaan. *Memperincikan huraian. *Memperbaiki cara penulisan bibliografi. *Lampiran yang perlu telah dimasukkan. *Tugasan telah dijilid dengan kemas. Diterima dan direkodkan.

5/4/20128/4/2012

(Kong Hui)

9/4/2012

Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing.

(Encik Sain ak Datok)

(Kong Hui)