assignment hbms 1203 pengajaran muzik 1

23
ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012 PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA MEI / 2012 HBMS1203 PENGAJARAN MUZIK 1 MATRICULATION NO : 750620126206001 IDENTITY CARD NO. : 750620-12-6206 TELEPHONE NO : 0135571200 E-MAIL : [email protected] LEARNING CENTRE : SANDAKAN BRANCH HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 1

Upload: asrahamid138156072

Post on 02-Aug-2015

476 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASANASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

MEI / 2012

HBMS1203

PENGAJARAN MUZIK 1

MATRICULATION NO : 750620126206001

IDENTITY CARD NO. : 750620-12-6206

TELEPHONE NO : 0135571200

E-MAIL : [email protected]

LEARNING CENTRE : SANDAKAN BRANCH

NAME : ROHANA BT HJ JUKARNA

TUTOR : PATRUS MATING

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 1

Page 2: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pendahuluan 3

2.0 Pemilihan Lagu Kanak-Kanak 4

3.0 Lima Sebab Pemilihan Lagu 5

4.0 Kaedah Pengajaran 6

5.0 Rancangan Pengajaran 7 - 10

6.0 Analisis Skor Lagu 11 - 12

7.0 Corak Irama Tiga Alat Perkusi 13

8.0 Penutup 14

Rujukan 15

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 2

Page 3: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

1.0 Pendahuluan

Menyanyi merupakan cara mudah untuk melahirkan perasaan . Secara tidak langsung,

aktiviti menyanyi memenuhi keperluan untuk menyalurkan perasaan dan fikiran . Sejak

zaman dahulu lagi, menyanyi menjadi medium untuk melahirkan perasaan dan berkongsi

pengalaman seseorang . Lagu adalah komunikator yang hebat terutama bagi kanak-kanak

(Phillips, 1990). Proses menyanyi melibatkan tiga bentuk major pembelajaran iaitu

kognitif (pengetahuan), psikomotor (kemahiran), dan afektif (perasaan dan sikap).

Bagi kanak-kanak , menyanyi adalah satu aktiviti semulajadi yang boleh dilakukan

secara spontan seperti bertutur. Menyanyi adalah kemahiran yang kompleks kerana ia

memerlukan masa untuk membentuk respon kedua-dua koordinasi psikologikal dan motor

dalam menghasilkan vokal yang baik

Perkusi pula secara definisinya adalah alat muzik yang boleh diketuk , dipalu atau

digoncang , digarik atau yang mempunyai dua atau lebih ciri-ciri di atas. Perkusi merupakan

alat muzik yang paling asas, digunakan oleh manusia sejak 6000 tahun sebelum Masehi.

Tidak hairanlah jika ia dikatakan sebagai ‘tulang belakang’ kepada sesuatu susunan muzik.

Terdapat tiga jenis alat perkusi iaitu membranophone, metalonophone dan

idiophone. Membranophone adalah alat perkusi yang menggunakan kulit atau apa-apa

medium yang membentuk membran untuk menghasilkan bunyi, seperti kompang, gendang

jawa atau conga. Metalonophone pula mengkhususkan permainan alat perkusi yang

berasaskan logam pejal yang sudah dilaraskan bunyinya mengikut nota-nota muzik yang

tertentu seperti gamelan, caklempong, dan xylophone. Alat perkusi yang boleh menghasilkan

bunyinya sendiri tanpa sebarang medium dipanggil idiophone. Ia mempunyai ciri-ciri yang

tersendiri untuk menghasilkan bunyi contohnya angklung, tamborin , shaker dan simbal.

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 3

Page 4: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

2.0 Pemilihan Lagu Kanak-Kanak

Lagu yang saya pilih ialah lagu kanak-kanak yang bertajuk “ Ajaran Baik “ . Lagu ini

mempunyai dua rangkap dan setiap rangkap mempunyai lapan bar .

2.1 Lirik Lagu

Marilah kita sama bekerja ,

Bergotong –royong bersama-sama,

Tolong-menolong di mana saja ,

Bantu- membantu tandanya jaya .

Waktu dipadang kita bermain,

Kejar-mengejar sihatkan badan,

Janganlah ingat pada yang lain,

Ajaran baik buat teladan .

2.2 Skor Lagu

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 4

Page 5: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

3.0 Lima Sebab Pemilihan Lagu

1. Lagu yang sesuai dengan renj suara para pelajar yang berumur sembilan tahun .

2. Lagu ini mempunyai perkaitan tentang kehidupan pelajar .Contohnya , amalan

bekerjasama , bergotong-royong,bantu-membantu dan amalan menyihatkan badan .

3. Iramanya lagu ini juga mudah , menarik dan berulang . Contohnya , walaupun lagu ini

mempunyai dua rangkap,tetapi irama di rangkap yang pertama di ulang pada rangkap

yang kedua .

4. Nada yang terdapat dalam lagu ini tidak terlalu tinggi dan tidak tidak terlalu rendah .

Nada yang rendah ialah not C dan nada yang paling paling tinggi ialah not D

5. Senikatanya yang menceritakan tentang kegembiraan dan mengandungi nilai murni .

4.0 Kaedah Pengajaran

Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar lagu semasa proses

pengajaran dan pembelajaran muzik di sekolah . Kaedah - kaedah yang dimaksudkan

adalah bagi pembelajaran secara hafalan (rote learning) . Melalui kaedah ini, murid

mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada

daya ingatan aural (aural memory) murid .

 Kaedah yang lazim digunakan untuk mengajar lagu adalah seperti berikut :

a. Kaedah Keseluruhan Lagu

b. Kaedah Baris Demi Baris

c. Kaedah Solfege dengan Isyarat Tangan Curven

d. Kaedah Menggunakan Carta Bola Pingpong

e. Kaedah Solfa

f. Kaedah Melakar Bertema

41. Kaedah Pengajaran yang Dipilih

Kaedah pengajaran lagu yang saya pilih dalam pengajaran saya ialah kaedah melakar bertema .

Kaedah ini saya pilih kerana teknik ini sangat sesuai untuk mengajar murid tahap 1 . Walaupun

pelajar yang saya ajar sudah di Tahun 3 ,tetapi mereka dari kelas yang mempunyai tahap

sederhana kerana belum begitu lancar membaca .

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 5

Page 6: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

Oleh yang demikian , lagu yang sesuai untuk diajar mengikut cara ini mesti mempunyai

tema yang menarik dan boleh membuat gambar . Sebagai contoh , lagu “ Ajaran Baik “ guru

boleh menunjukkan gambar – gambar yang berkaitan dengan amalan baik dalam kehidupan

seharian .

Langkah – Langkah mengajar lagu “ Ajaran Baik “ adalah seperti berikut :

i. Guru bercerita mengenai isi lagu kepada

ii. Guru menunjukkan carta yang telah diajar kepada murid dengan gambar – gambar

yang menarik dan tersusun mengikut cerita lagu,iaitu rangkailagu satu gambar .

iii. Guru bertanya soalan mengikut gambar sambil mengajar murid membaca lirik lagu

secara gambar demi gambar dan baris demi baris .

iv. Guru memperdengarkan lagu kepada murid sambil menunjukkan gambar – gambar di

carta kepada murid .

v. Murid diajar menyanyi sambil menunjukkan gambar demi gambar atau rangkai demi

rangkai .

vi. Murid menyanyi seluruh lagu dengan iringan muzik

vii. Menggabungjalinkan nyanyian dengan gerakan dan alat perkusi .

5.0 Rancangan Pengajaran

Mata Pelajaran Pendidikan Muzik

Kelas Tahun 3 Cendikiawan

Bilangan murid 28 orang

Tarikh/Hari 20 Jun 2012 / Rabu

Masa 10.30 – 11.00 ( 30 Minit )

Aspek 2.1 Pengalaman Muzikal

2.1.1 Menyanyi :

- irama

- melodi

- ekspresi

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 6

Page 7: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

2.2 Permainan alat

2.2.1 Bermain alat perkusi secara muzikal

meter tekanan empatan .

Hasil Pembelajaran Di akhir pelajaran ini,80% daripada pelajar dapat :

i. Menyanyikan lagu dengan teknik yang

betul mengikut irama, melodi dan

ekspresi.

ii. Bermain alat-alat perkusi dengan betul.

Pengetahuan Sedia Ada Murid pernah menyanyi beberapa buah lagu dengan

pic yang betul secara berpandu.

Tajuk Lagu Ajaran Baik

Aktiviti Pelajaran 1. Latihan pernafasan menggunakan penyedut

minuman.

2. Latihan menepuk irama lagu yang didengar.

3. Guru membaca lirik secara lakaran bertema dan

murid mengajuk.

4. Latihan menyanyi lagu sambil menepuk corak

irama lagu.

5. Latihan menyanyi melodi lagu mengikut pic

yang ditetapkan.

6. Latihan menyanyikan lagu mengikut ekspresi

yang ditetapkan dan menyanyikan semula

dengan cara yang sama.

7. Ujian menyanyi lagu mengikut corak irama

melodi dan ekspresi yang ditetapkan

Nilai Bekerjasama,Kebersihan Fizikal dan Mental

KBKK Membanding beza , Mengecam

Bahan dan Media Pengajaran Carta lagu , imbasan corak irama , gambar

bertema ,kayu tik-tok , kerincing , dan

tamborin ,straw , LCD ,komputer

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 7

Page 8: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

Langkah Pelaksanaan

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti P& P Catatan/Bahan

Permulaan

Set Induksi

( 3 Minit )

1. Gambar majlis kenduri dan

membersihkan kawasan

rumah.

2. Latihan pernafasan

Menggunakan straw

1. Guru bertanya tentang aktiviti yang

terdapat dalam gambar.

2. Sebagai rangsangan untuk menyanyi.

BBB : Gambar

Nilai : Tolong-menolong

Perkembangan

Langkah 1

( 7 Minit )

1. Carta lagu

2. Gambar Lakaran bertema

mengikut rangkailagu.

( Konsep Irama )

1. Guru menunjukkan carta lagu yang

hendak di ajar

2. Guru menayangkan lakaran bertema

dan menyanyikan rangkailagu

mengikut gambar yang ditunjukkan

.

3. Murid mengajuk nyanyian guru

BBB : Carta lagu,

tayangan LCD

lakaran bertema

Kecerdasan Pelbagai :

1. Muzikal

2. Kinestetik

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 8

Page 9: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

Langkah 2

( 7 Minit )

1. Mengecam dan

mengenal pasti bunyi alat

perkusi.

( Konsep Warna Ton )

1. Guru memainkan alat-alat perkusi

mengikut detik lagu.

2. Guru meminta murid mengajuk bunyi

alat-alat tersebut sambil menepuk

detik.

3. Murid-murid mengikut arahan guru.

BBB : kayu tik -tok

,kerincing dan

tamborin

KBKK : Membanding

beza

Langkah 3

( 10 Minit )

1. Menyanyikan lagu

‘ Ajaran Baik “

2. Menyanyi sambil

menepuk detik lagu.

3. Bermain alat-alat

perkusi mengiringi

lagu ‘Ajaran Baik’

1. Guru memaparkan slaid lirik lagu

‘Ajaran Baik’ dan memperdengarkan

lagu tersebut.

2. Murid mendengar sambil membaca

lirik lagu.

3. Guru meminta murid menyanyikan

lagu ‘Ajaran Baik ’ dengan iringan

muzik

4. Murid menyanyi lagu tersebut dengan

iringan muzik .

5. Guru membimbing murid bermain alat

perkusi mengikut kumpulan iaitu :

Kump. 1- Kayu tik-tok

Kump. 2- Kerincing

Kump. 3- Tamborin

6. Murid-murid bermain alat-alat tersebut

BBM :Slaid lirik lagu

‘Ajaran Baik“

Komputer ,LCD ,

Audio

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 9

Page 10: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

dalam kumpulan dengan bimbingan

guru.

7. Guru meminta semua murid bermain

alat perkusi secara serentak mengiringi

lagu ‘Ajaran Baik ‘.

8. Murid-murid bermain alat-alat tersebut

secara serentak dengan bimbingan

guru

Penutup

( 3 Minit )

1. Rumusan

2. Lembaran Kerja

1. Guru membuat rumusan tentang isi

pelajaran.

2. Murid-murid diberi lembaran kerja

sebagai

kerja rumah

BBM : Lembaran Kerja

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 10

Page 11: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

6.0 Analisis Skor Lagu

Lagu ‘Ajaran Baik’ ini mempunyai empat baris dalam satu rangkap dan di mulakan

dengan kod C Major . Terdapat tiga kod asas dalam kod C Major iaitu I ( C ) , IV ( F )

dan V7/V ( G7 / G ) . Kod – kod yang saya gunakan dalam lagu ini ialah dimulakan

dengan kod C iaitu dengan menekan key CEG , diikuti dengan kod G7 iaitu dengan

menekan key GBDF . Pada rangkaikata seterusnya saya menggunakan kod F dengan

menekan key FAC kemudian kod C pada baris lagu yang seterusnya . Di baris yang

ketiga saya menggunakan kod G dengan menekan key GBD dan kod F . Di baris yang

ketiga saya menggunakan semula kod G , C , G7 dan di akhiri dengan kod C .

Perisian yang saya gunakan dalam menulis skor lagu ini ialah Perisian Encore .

i. Penjarian Tangan Kiri Kod C Major

5 2 1

ii. Penjarian Tangan Kiri Kod F

4 2 1

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 11

Page 12: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

iii. Penjarian Tangan Kiri Kod G7

5 3 1

iv. Penjarian Tangan Kiri Kod G

i.ii.

5 3 1

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 12

Page 13: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

7.0 Corak Irama Tiga Alat Perkusi

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 13

Page 14: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

8.0 Penutup

Dalam konteks Pendidikan Muzik KBSR, Bahasa Muzik adalah perkara-perkara yang

berkaitan dengan pengetahuan dan kefahaman tentang elemen muzik, konsep-konsep

berhubung dengan elemen muzik, kosa kata dan istilah muzik, dan konvensi penulisan

muzik.

Pengetahuan dan kefahaman tentang perkara tersebut seterusnya membawa

kepada kemahiran membaca, menulis, menganalisis dan menilai karya muzik. Terdapat

tujuh konsep muzik iaitu irama,melodi,harmoni,tekstur ,warna ton,bentuk dan ekspresi

Konsep muzik ini wajib dikuasai oleh seseorang pelajar menjelang tamatnya

persekolahan mereka di sekolah rendah.

Kaedah-kaedah pengajaran pula dapat membantu guru membuat perancangan dan

rancangan pelajaran muzik ataupun nyanyian secara berperingkat - berperingkat

mengikut perkembangan pelajar serta mengambil kira kebolehan mereka .Kepelbagaian

kaedah mengajar , pendekatan dan teknik pengajaran dan pembelajaran menepati gaya

pembelajaran pelajar yang berbeza dan unik untuk pembelajaran yang efektif , menarik

dan bermakna .

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 14

Page 15: Assignment Hbms 1203 Pengajaran Muzik 1

ROHANA BINTI HJ JUKARNA 750620126206001 OPEN UNIVERSITY MALAYSIA 2012

7.0 Rujukan

Buku

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR .Pusat Perkembangan Kurikulum.

Fakulti Pendidikan dan Bahasa . ( 2011 ) HBMS 1203 Pengajaran Muzik 1 : Open

University Malaysia .

Kementerian Pendidikan Malaysia . ( 2003 ).Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Tahun

3 .Kuala Lumpur : PPK

Laman Web http://cikgumuzik.com/index.php?

option=com_content&view=article&id=178&Itemid=201&limitstart=2

http://sohailahakim.blogspot.com/2011/12/alat-perkusi.html

http://www.all-about-pianos.com/piano-chords.html

http://cikgumuzik.com/rancanganpengajaranharian/muzik/RPHTH3.pdf

HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK 1 Page 15