assignment hsm 116

Upload: penglipur-lara

Post on 29-May-2018

227 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    1/19

    1

    Pengenalan

    Pensejarahan China serta tamadunnya bukanlah sama seperti yang kita lihat pada zaman ini

    tetapi China dan sejarahnya telah berkembang sejak zaman silam lagi serta mengambil masa

    selama 40000 tahun sejarah perkembangannya.Selanjutnya sepanjang evolusi sejarah China

    yang ingin dikaji ini terutamanya yang berkaitan dengan sejarah kemaharajaan atau wangsa

    yang ditukar ganti, sudah pastinya terdapat suatu dasar yang menjadi amalan dalam

    pemerintahan sesebuah wangsa itu selagi wangsa terus wujud dengan mandat yang telah

    diberikan oleh tien atau kerajaan langit yang mengangkat seseorang itu sebagai Maharaja

    bagi sesebuah wangsa tersebut.Selalunya, kita sering mengganggap bahawa asas

    pemerintahan China tradisional adalah berasaskan ajaran Buddha semata-mata tetapi tanpa

    sedar terdapat juga aliran lain yang turut membentuk pengaruhnya dalam sesebuah wangsa

    dalam zaman kemaharajaan China tersebut. Aliran itu adalah aliran Kungfutzelisme dan

    aliran undang-undang atau Fa Jia merupakan aliran yang muncul hasil tindakbalas para Tung

    Shih ataupun lebih mudah lagi kita boleh menganggap mereka sebagai pemikir China

    terhadap masalah yang dihadpi oleh China pada zaman Chun Chiu(zaman musim bunga) dan

    zaman Chan Kuo(zaman negeri-negeri berperang) serta mencari jalan penyelesaian terhadap

    krsis yang dihadapi oleh Chang Kuo(Kerajaan Tengah) pada zaman tersebut. Dengan itu,

    berlaku suatu perkara menarik dalam sejarah China iaitu muncul juga beberapa buah aliran

    lain yang mempunyai matlamat yang sama seperti aliran kungfuze dan Fa iaitu mencari jalan

    bagi menyelamatkan kerajaan tengah daripada kekacauan.Tetapi kebanyakan aliran tersebut

    hilang selepas zaman kegelapan China iaitu zaman Chun Chiu dan Chan Kuo berakhir

    kecuali beberapa aliran terutamanya aliran Fa dan Kungfutze yang terus kekal dalam politik

    dan pemerintahan China malah meresapi cara hidup masyarakat China tradisional.Oleh itu,

    esei ini ingin menilai pengaruh kedua-dua aliran tersebut dalam pemerintahan zaman

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    2/19

    2

    kemaharajaan dan kita akan merujuk kepada zaman Chin sehingga zaman Tang dan tempoh

    masa yang dikaji adalah daripada tahun 220sm sehingga tahun 618 mashi.

    Pengaruh Kungfutzeisme dan Aliran Fa dalam Pemer intahan Chin dan

    Han.

    Kemunculan kerajaan Chin di China adalah merupakan suatu tanda perubahan dalam

    pemerintahan kerajaan di China kerana sebelum ini, kerajaan terdahulu iaitu kerajaan Hsia,

    Shang dan Chou yang dianggap kerajaan feudalisme di China.kerajaan Chin diasaskan oleh

    Shih Huang ti pada 221sm-206sm setelah berjaya menyatukan semua kerajaan kecil yang

    menjadi saingan kepada kerajaan Chin lalu kerajaan yang mulanya hanyalah sebuah kerajaan

    orang gasar di barat laut Sungai Kuning telah menjadi sebuah kerajaan yang besar serta kuat

    serta menjadi sebuah kerajaan kemaharajaan pertama dalam tamadun China yang baru

    ini.1

    Kerajaan kemaharajaan ini secara dasarnya menerima ajaran Fa dalam corak

    pemerintahan mereka serta menolak ajaran lain dalam pemerintahan khususnya ajaran

    kunfutze yang dianggap perosak kepada kerajaan Chin pada masa itu.

    Kerajaan Chin dan Maharajanya iaitu Shih Huang Ti(220sm-207sm) telah mengamalkan

    suatu corak pemeritahan yang keras dalam menjalankan pentadbiran negara sesuai dengan

    matlamat aliran Fa iaitu mengawal manusia melalui undang-undang seperti yang diterangkan

    oleh Kuan Tzi iaitu ahli falsafah Neo kunfutzeisme yang menganggap manusia adalah jahat

    dan serta tidak bermoral secara semulajadinya.2

    Hanya undang-undang yang keras dapat

    mengawal tingkahlaku manusia.Apabila kita menganalisis perkara ini, kita akan lihat terdapat

    ramai anak murid kuan Tze telah menjadi pegawai penting dalam kerajaan Chin seperti Li

    Ssu, Shang Yang dan sebagainya.Oleh itu, kita lihat punca kepada pengamalan dasar ini

    adalah disebabkan oleh pegawai yang terlibat dalam kerajaan Chin adalah daripada golongan

    1Conrad Schirokauer,A Brief History of Chinese Civilization , New York: Harcourt Jovanovish Publisher, 1991.hlm

    512Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    3/19

    3

    pemikir Fa tersebut. Para pegawai tersebut yang dipilih oleh Maharaja melalui sistem

    kepegawaian telah mengaturkan suatu tindakan pemerintahan yang sesuai mengikut falsafah

    mereka.Tambahan pula, Maharaja Shih Huang Ti juga turut merestui tindakan yang

    dilakukan oleh para pegawai dari aliran ini kerana baginda merasakan bahawa aliran ini

    sesuai bagi mengukuhkan kuasa baginda dan ini dibuktikan apabila kerajaan Chin telah

    berjaya menguasai seluruh China dan berjaya menubuhkan sebuah wangsa pertama China

    iaitu wangsa Chin pada tahun 220sm.3

    Pengaruh yang boleh dilihat dalam soal pemerintahan negara Chin adalah daripada soal

    ketenteraan.Kerajaan Chin amat mementingkan soal ketenteraan dan soal ini dititikberatkan

    kerana bagi mereka tentera yang kuat penting agar tiada sesiapa yang dapat menganggu gugat

    kemakmuran negara.mereka telah mewajibkan rakyat agar mengikuti tentera dan mendapat

    anugerah didalam aktiviti peperangan yang disertai mereka jika berjaya4.Tetapi amat malang

    sekali bagi mereka yang gagal dalam peperangan tersebut mereka akan berdepan hukuman

    yang teruk daripada kerajaan. Hal ini menunjukkan bahawa aliran Fa menunjukkan unsur

    ketakutan kepada rakyat agar takut kepada pemerintah.Dengan rasa takut terhadap

    pemerintahan.Mereka akan berusaha untuk bersikap keras dalam peperangan dan

    membawakan kemenangan bagi kerajaan dalam tindakan-tindakan kerajaan.Misalnya,

    terdapat suatu rekod yang menunjukkan bahawa tentera Chin telah membunuh seramai

    400000 orang tentera Chou yang menyerah diri.5Hal ini turut membuatkan rakyat biasa takut

    kepada pemerintah dan tidak melawan kerajaan.

    Tindakan ala aliran Fa juga dapat dilihat daripada cara mereka mengendalikan hubungan

    luar dengan orang-orang bukan China seperti Jurchen, Hsung-Nu dan sebagainya.Bagi

    3Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2005.hlm 34

    4W.J.F.Jenner, The Tyranny of History The Roots Of China Crisis ,London:Peguin Book Ltd.1992.hlm 20

    5Abdul Rahman Haji Ismail, Aliran kanun dan kekerasan Pemerintah di China, dalam kekerasan dalam

    Senjarah, Masyarakat dan Pemerintah, senggeraan oleh Qasim Ahmad,Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan

    Pustaka,1992.hlm 242

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    4/19

    4

    kerajaan Chin, mereka menganggap bahawa golongan orang bukan China sebagai manusia

    yang rendah martabat dan bagi mententeramkan orang gasar ini, amalan yang sesuai menurut

    wangsa Chin berpandukan aliran Fa ialah dengan memberikan hukuman berbentuk perang

    keatas orang gasar yang dianggap mengganggu ketamadunan China yang unggul itu.

    Misalnya, mereka telah mengerahkan tentera untuk menguasai dan menghalau orang

    barbarian diutara china serta menundukkann orang China Selatan.Malah terdapat rekod yang

    menunjukkan terdapat pergerakkan tentera Chin diselatan Sungai Kuning. Hal ini

    membuktikan bahawa polisi kekerasan dianggap wajar sekalipun akan menyebabkan korban

    tentera yang banyak.bagi mereka, kekuatan ketenteraan dapat membantu kekuatan ekonomi

    negara itu sendiri.

    Kita juga boleh melihat cara kerajaan Chin melayani rakyat serta berusaha untuk menjaga

    kebajikan rakyat negara Chin yang rata-ratanya terdiri daripada golongan petani dan

    bangsawan tetapi mereka menggunakan aliran Fa sebagai medium utama dalam

    mengendalikan rakyat tersebut.Bagi aliran Fa, mereka mempunyai rasa kecurigaan yang

    tinggi terhadap orang lain.Malahan dalam catatan Kerajaan Chin terdapat kisah yang

    menunujukkan bahawa Maharaja tidak wajar mempercayai keluarga sendiri. Keluarga

    dianggap sebagai musuh dalam selimut serta boleh dimanfaatkan oleh pihak musuh kerajaan6.

    Disamping itu, aliran Fa juga merasakan bahawa niat seseorang itu tidak baik iaitu seseorang

    itu ingin mendapatkan kekayaan melalui perkara yang berlaku kepada orang lain. Contohnya,

    jika seseorang itu mati, para pengurus pengkebumian bukan benci terhadap kematian tetapi

    keuntungan yang diperolehi itu lebih penting kerana terdapat keuntungan ekonomi peribadi

    disebalik hal-hal yang berlaku keatas orang lain.7

    Kesannya, kerajaan Chin telah

    66

    Conrad Schirokauer,A Brief History of Chinese Civilization , New York: Harcourt Jovanovish Publisher,

    1991.hlm 547

    Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    5/19

    5

    mengerahkan Shang Yang agar mengerahkan tenaga rakyat bagi menjalankan aktiviti

    kerajaan seperti membina tembok pertahanan,terusan dan sebagainya.

    Kerajaan Han pula adalah kerajaan yang menguasai negara China pada tahun 202sm ekoran

    daripada peristiwa-peristiwa yang berlaku pada zaman akhir wangsa Chin. Kerajaan baru ini

    sememangnya merupakan zaman keemasan bagi China kerana pada zaman Han telah

    mewujudkan suatu zaman wangsa yang lebih panjang berbanding dengan zaman

    kemaharajaan sebelumnya. Kerajaan Han ini diasaskan oleh seorang anak petani biasa yang

    bernama Liu Pang dan beliau dianggap sebagai seorang yang baik hati serta bersifat lembut

    kepada orang lain dan beliau sebagai seorang yang dianggap sebagai mendapat mandat dari

    Tien bagi menubuhkan kerajaan Han dan memakai gelaran Han Kao Tsu(247-195 sm).8

    Zaman pemerintahan Han merupakan suatu zaman yang berbeza daripada zaman

    sebelumnya. Pemerintahan wangsa Han telah mengubah dasar pemerintahan kerajaan

    kemaharajaan diChina daripada penggunaan fahaman Fa yang keras itu kepada fahaman yang

    lebih lembut iaitu fahaman Kungfutzeisme. Penggunaan pengaruh daripada ajaran

    Kungfutzeisme ini berlaku kerana ajaran Fa dilihat terlalu menekan golongan bawahan serta

    menyebabkan kebencian kepada kerajaan dan wangsa Han amat menyedari keadaan tersebut

    kerana pengasas wangsa Han iaitu Liu Pang juga pernah menjadi rakyat Chin pastinya pernah

    mengalami kesan buruk amalan Fa tersebut.Oleh itu, secara beransur ansur fahaman

    kungfutzeisme itu menjadi teras pemerintahan Han seterusnya memantapkan pengaruhnya

    dalam pemerintahan Han selama 400 tahun itu.

    Dari segi dasar pemerintahan, Kerajaan Han telah memperlihatkan dasar Kungfutze yang

    ketara terutamanya dalam pemerintahan kemaharajaan.Misalnya, pengasas wangsa Han iaitu

    Liu Pang adalah dianggap sebagai seorang Cheng Ming atau orang budiman dan sikap beliau

    8Michael Leowe, Everyday Life In Early Imperial China During The Han period 202BC-AD 220, London: B.T

    Basford Ltd, 1968.hlm 25.

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    6/19

    6

    yang ditonjolkan aadalah sebagai seorang yang baik sesuai dengan ajaran Kung Fu Tze iaitu

    seorang manusia budiman akan mampu menjadi pemimpin yang baik bagi sesebuah kerajaan.

    Sikap beliau yang baik hati,merendah diri dan sifat lemah lembut baginda telah menyebabkan

    wujudnya keadaan yang bagus bagi kerajaan Han untuk hidup selama 400 tahun. 9

    Kerajaan Han juga telah memperlihatkan pengaruh Kungfutzeisme dalam memerintah

    kerajaan Han melalui sistem pelantikkan pegawai. Para pegawai China pada zaman Han telah

    dipilih daripada kalangan golongan terpelajar serta memahami ajaran kungfutzeisme secara

    mendalam dan bagi memilih seseorang yang dapat memahami ajaran kungfutze adalah

    dengan melalui peperiksaan awam China. Hal ini beerti bahawa pada zaman Han para

    pegawai Han yang dipilih hendaklah melalui beberapa sistem peperiksaan dari peringkat

    daerah, wilayah dan peringkat tertinggi yang kita boleh anggap hampir serupa dengan sistem

    pendidikan moden pada hari ini.10 Kandungan bagi kuriukulum bagi peperiksaan awam China

    adalah beradsaskan Kungfutzeisme iaitu mereka haruslah membaca kitab-kitab lama . buku

    buku sejarah dan kesusasteraan klasik China. Teras kepada semua ini adalah kerana ajaran

    Kungfutzeisme adalah ajaran yang mementingkan moral dan berusaha membawa kebaikan

    kepada manusia melalui teras hubungan lima perkara tersebut.Melaluinya, kerajaan Han amat

    mengharapkan agar ajaran ini dan para pegawai yang terdidik dengan ajaran kungfutzeisme

    itu akan mampu membawa kebaikan kepada negara serta melindungi rakyat serta taat kepada

    pemerintah dengan wajar.tambahan pula nanti, dapat membentuk moral yang tinggi

    berasaskan Kungfutzeisme. Namun begitu, ironinya, sistem peperiksaan awam ini terhad

    kepada golongan atasan sahaja dan golongan miskin jarang sekali diberi peluang dalam

    menduduki peperiksaan awam.Mungkin kerana golongan yang menduduki peperiksaan awam

    ini mempunyai hubungan rapat dengan para pegawai tinggi kerajaan dan dengan hubungan

    9Michael Leowe, Everyday Life In Early Imperial China During The Han period 202BC-AD 220, London: B.T

    Basford Ltd, 1968.hlm 2610

    Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    7/19

    7

    baik ini, mudah bagi mereka menduduki peperiksaan lalu menjadi pegawai tinggi dalam

    sistem kepegawaian wangsa Han itu sendiri.11

    Selanjutnya dari aspek ekonomi, pemerintahan Han adalah lebih cenderung kepada

    penilaian berasaskan ajaran Kungfutze iaitu mereka mengganggap bahawa golongan

    pedagang adalah golongan terendah dalam masyarakat China. Oleh sebab itulah ada

    sesetengah maharaja Han telah bertindak menjalankan dasar monopoli terhadap barangan

    atau industry tertentu dalam negara seperti Garam, emas dan sebagainya.Tindakan monopoli

    itu telah dilakukan oleh Maharaja Wen Ti(180-157sm) yang melihat bahawa dasar monopoli

    akan membantu negara serta mampu melindungi rakyat daripada golongan pedagang yang

    dianggap sebagai penipu, pemeras terhadap rakyat dan sebagainya. Kesan daripada dasar ini,

    Monopoli seakan-akan telah menjadikan negara China pada zaman tersebut seperti sebuah

    kerajaan Sosialis yang mengawal ekonomi rakyatnya dan membantu rakyat dalam

    menghadapi golongan yang tidak bertanggungjawab kepada negara.Hal ini juga amat

    bertepatan dengan teras utama dalam struktur hubungan ajaran kungfutzeisme iaitu hubungan

    antara pemerintah dengan rakyat pada tingkat pertama dalam lima teras hubungan manusiawi

    dalam ajarannya yang terkandung dalam bukunya iaitu Analekta. Hubungan baik antara raja

    dan rakyat dalam sesebuah negara akan mampu memakmurkan dan mengamankan negara

    lantas melalui monopoli ini, rakyat dapat dibantu oleh kerajaan Han dengan lebih berkesan.12

    Sungguhpun kerajaan Han mengamalkan ajaran Kungfutzeisme dalam pemerintahan

    mereka, namun begitu, dalam sesetengah aspek, wangsa Han juga turut mengamalkan

    doktrin kekerasan dalam menghadapi ancaman yang mengancam negara seperti serangan

    kaum bukan China, pemberontakan dan sebagainya dan dasar aliran Fa itu sendiri adalah

    terselindung disebalik pengamalan Kungfutzeisme dalam kerajaan Han. Oleh itu, Wangsa

    11Michael Leowe, Everyday Life In Early Imperial China During The Han period 202BC-AD 220, London: B.T

    Basford Ltd, 1968.hlm 4912

    Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    8/19

    8

    Han telah menjalankan beberapa dasar yang sesuai bagi menghadapi penentangan orang

    Gasar terhadap Wangsa Han.Antara dengan menyerang kedudukan golongan Hsiung Nu,

    Jurchen serta menakluki lembah Tarim.hal Ini dilakukan semasa pemerintahan Wu Ti,telah

    berlaku peperangan besar-besaran yang dilakukan oleh Han terhadap dan menurut rekod

    kerajaan Han, terdapat 14 kempen peperangan yang dijalankan oleh tentera Han terhadap

    pihak musuh dibeberapa kawasan seperti diKorea, Manchuria,Vietnam dan lain lain kawasan

    yang menjadi milik golongan gasar.13

    Antara kempen peperangan yang terbesar sekali dalam

    kerajaan Han adalah kempen ketenteraan pada 133sm. Yang melibatkan tentera seramai

    300000 orang. Kempen ini telah berjaya menundukkan orang Hsiung Nu itu. Tindakan ini

    sebenarnya amat bertepatan dengan aliran Fa yang menekankan kekerasan kepada mereka

    yang tidak tunduk kepada kerajaan. Tambahan pula, pada masa itu, tindakan tersebut amat

    wajar kerana kerajaan Han akan hancur jika golongan gasar ini tidak dihancurkan terlebih

    dahulu. Secara kasarnya, disebalik aliran Fa itu, terdapat kebaikan yang terselindung

    disebaliknya terutamanya dari aspek keselamatan pemerintahan itu sendiri.14

    Sungguhpun dasar dan hubungann luar kerajaan Han agak keras terhadap golongan

    barbarian yang menjadi ancaman terhadap wangsa Han, tidak dinafikan juga terdapat juga

    tindakan yang agak baik dalam menghadapi golongan gasar ini. Antaranya dengan dasar

    memberikan hadiah, anugerah dan harta benda kepada kerajaan orang gasar itu agar tidak

    menyerang kerajaan Han. Dasar ini mirip dengan saranan kungfutze iaitu peperangan hanya

    wajar dilakukan jika perlu dan kungfutzeisme menganjurkan agar jalan damai sebagai jalan

    utama dalam menghadapi sesuatu ancaman. Kerajaan Han telah mengambil pendekatan

    dengan mengadakan perkahwinan campur antara puteri Maharaja China dengan pemimpin

    puak atau anak raja gasar.Tindakan itu nanti akan menyebabkan orang-orang gasar dicinakan

    dan secara tidak langsung akan dikungfutzeismekan lantas terserap kedalam jiwa orang

    13Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,2005 hlm 80

    14ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    9/19

    9

    gasar.Hal ini akhirnya akan menyebabkan hubungan dengan orang gasar menjadi lebih baik

    dan orang gasar berjaya dijinakkan.15

    Sungguhpun tidak serpenuhnya.

    Wangsa Hsin dan ZamanWangsa Han akhir.

    Perkembangan sejarah China tradisional seterusnya berkembang dengan lebih lanjut lagi

    dengan kemunculan sebuah wangsa yang dinamakan sebagai Hsin atau Wangsa baru oleh

    seorang pegawai dalam kerajaan Han Awal iaitu Wang An Shih atau Wang Mang pada tahun

    9 masihi. Tetapi kerajaan ini berakhir pada tahun 23masihi dan jangkamasa pemerintahan

    kerajaan Hsin adalah selama 23tahun. Kerajaan baru juga turut mengamalkan doktrin

    kungfutzeisme dalam pemerintahannya sama seperti kerajaan Han sebelum ini. Kerajaan baru

    ini muncul akibat daripada keadaan kerajaan Han yang dianggap sebagai lemah dan tidak

    berdaya memerintah.Kerajaan Han selepas kematian Wen Ti telah digantikan oleh beberapa

    orang wangsa yang muda dan kesemuanya mati dalam usia yang muda juga.Hal ini

    menyebabkan timbul suatu perasaan dalam kalangan pegawai sarjana Han pada waktu itu

    tentang masalah yang berlaku dalam kerajaan Han lantas menyebabkan Wang Mang

    memanipulasikan keadaan itu dengan mengambilalih kuasa daripada kerajaan Han awal.16

    Tambahan pula, dalam masyarakat China dan ajaran kungfutzeisme sendiri, kewajipan

    melahirkan anak lelaki adalah penting kerana anak lelaki akan mengambilalih legasi keluarga

    dan memakai nama keluarga manakala anak perempuan akan menguikut suaminya dan

    memakai nama keluarga suaminya. Keadaan ini menimbulkan masalah kerana dengan

    kematian putera-putera yang menjadi maharaja Han seperti Ping Ti dan Liu Ping ini, tiada

    15Conrad Schirokauer,A Brief History of Chinese Civilization , New York: Harcourt Jovanovish Publisher,

    1991.hlm 62

    16Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005 81-82

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    10/19

    10

    siapa dapat memerintah Negara dan Negara akan kucar kacir dan boleh menjadi sebab

    musabab keruntuhan sesebuah wangsa itu sendiri.17

    Wang Mang sebagai seorang yang terpelajar dan terdidik dengan fahaman kungfutzeisme

    amat menyedari bahawa hubungan antara rakyat dan pemerintah sangat penting .Dalam

    ajaran kungfutzeisme sendiri telah menekankan bahawa terdapat lima bentuk penting dalam

    pemerintahan iaitu manusia mempunyai moral yang sempurna, kewujudan Negara dan

    pemerintah itu adalah untuk kebajikan masyaraskat, manusia mesti digalakkan melakukan

    kebaikan bberdasarkan pendidikan dan contoh baik , undang-undang penting tetapi tidak

    digalakkan terlalu memerintah dengan undang-undang dan para pegawai mestilah bermoral,

    setia kepada pemerintah adalah tanggungjawab utama dan tempat terakhir adalah mendapat

    restu syurga atau tien. 18 Daripada kesedaran itu, belliau telah mengadakan beberapa

    trransformasi dalam pemerintahan Wangsa Hsin agar tanggungjawab kerajaan bagi

    melaksanakan kebajikan rakyat dapat dipelihara dengan lebih rapi lagi sesuai dengan ajaran

    Kungfutzeisme. Antarnya,baginda telah menyusun semula sistem pembayaran gaji para

    pegawai China, pemilikan hamba pada jumlah yang tertentu, keluasan tanah bagi setiap orang

    diChina dihadkan serta memansuhkan sistem monopoli yang dijalankan semasa pemerintahan

    Maharaja Wen Ti.Tindakan ini amat bertepatan dengan matlamat kebajikan rakyat yang

    diutamakan. Malah tidak keterlaluan juga bahawa Wang Mang juga mempunyai sifat orang

    budiman yang digariskan oleh Kungfutzeisme. Tindakan beliau memang berjaya memastikan

    kebajikan rakyat. Dalam hal ini, pengaruh Kungfutzeisme kelihatan jelas terutamanya pada

    bahagian ekonomi masyarakat yang dibangunkan serta secara tidak langsung hubungan

    antara pemerintah dan rakyat dapat dihubungkan dengan lebih baik.19

    17ibid

    18Charles O Hucker,Confucianism And The Chinese Censorial System, dalam Confucianism And Chinese

    Civilization, diselenggarakan oleh Arthur F. Wright, Stanford: Stanford University Press. 1959 hlm 5419

    Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    11/19

    11

    Namun begitu,disebalik kekuatan yang wujud pada zaman wang mang dabn beliau telah

    berjaya membawa transformasi kepada rakyat jelata, tetapi, beliau juga akhirnya dijatuhkan

    oleh pemberontak pada tahun 23masihi dan pemberontak telah menggantikan Wang Mang

    dan membunuhnya di Chang-An. Faktor yang membawa kepada kejatuhannya ialah beliau

    telah dianggap terlalu tergesa-gesa dalam menjalankan perubahan dalam Negara yang

    akhirnya menyebabkan timbul rasa tidak puas hati para pembesar China tehadap

    beliau.Tambahan pula, berlaku bencana alam yang merencatkan lagi proses transformasi

    yang ingin dijalankan oleh beliau.Kematian beliau telah menamatkan sama sekali

    pemerintahan Hsin dalam zaman kemaharaharajaan China.20

    Selanjutnya adalah wangsa Han kemudian yang muncul semula setelah dinafikan haknya

    oleh Wang Mang selama 23tahun melalui penubuhan wangsa Hsin. Pemerintahan yang baru

    ini diasakan oleh Kuang Wu Ti dan berlanjutan pemerintahannya sehingga tahun 220masihi

    dengan maharaja terakhir turun takhta bagi memberi laluan kepada wangsa

    Wei.Pemerintahan kerajaan ini terus melegatimasikan pemerintahan berasaskan

    Kungfutzeisme tanpa mengabaikan keperluan tentang aliran Fa yang kadangkala digunakan

    bagi mengatasi sesuatu yang mendesak terhadap kerajaan kemaharajaan di China.Dalam

    sudut pengaruh Kungfutzeisme dalam pemerintahan Han kemudiaan ini, Kita akan lihat

    ramai sarjana Kungfutzeisme yang menjadi orang penting kepada Maharaja Han ini.mereka

    berperanan dalam urusan pengendalian pentadbiran yang cekap dan mereka terdidik oleh

    corak pendidikan Kungfutzeisme lantas mereka juga mempunyai rasa kebaktian yang tinggi

    kepada Negara kerana ajaran Kungfutzeisme juga banyak menekankan soal ketaatan kepada

    yang tinggi, misalnya anak taat kepada ayah dan sebagainya.Hal ini, menekankan pula

    ketaatannya kepada Maharaja pula.Tambahan pula, kerajaan Han kemudian ini juga turut

    mempunyai persamaan dengan kerajaan Han yang terdahulu iaitu kerajaan Han awal yang

    20Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005 hlm 63

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    12/19

    12

    diasakan oleh Liu Pang pada 206sm serta berasal daripada keluarga yang sama iaitu keluarga

    Liu.21

    Pengamalan aliran Fa juga tidak dinafikan wujud dalam pemerintahan Han kemudian

    ini.Antarnya ialah dengan dasar mereka dalam menghadapi pemberontakan.Kerajaan Han

    telah membunuh ramai orang yang disyaki sebagai penentang utama kerajaan seperti sarjana,

    bangsawandan sebagainya yang dituduh akan dikenakan tindakan ganas oleh kerajaan kerana

    kaerajaan pihak kerajaan mengesyaki bahawa penetangan telah wujud dari dalam.Antara

    tindakan yang diambil bagi mengendalikan mereka adalah melalui kekerasan. Contohnya,

    pada 189, seramai 2000 orang mati dihukum bunuh kerana melawan kerajaan.Sebelum itu

    pula, pada tahun 172 masihi pula, ribuan orang telah ditahan oleh kerajaan atas tuduhan

    membantu pemberontakan.Malah, pada tahun 184 masihi pula, pemberontakan Serban

    Kuning telah dipatahkan oleh Kerajaan Han kemudian dengan kejamnya.Tindakan keras ini

    berlaku kerana kerajaan amat risau tentang kedudukan mereka dan tindakan ini amat wajar

    selaras dengan ajaran Fa iaitu dengan menguatkan tentera, tentera boleh mengawal Negara

    dan melalui kawalan itu, kemakmuran negara dapat dicapai.22

    Zaman Tiga Kerajaan dan Enam BelasWangsa

    Kejatuhan kerajaan Han kemudian selanjutnya telah membawa kepada keadaan yang kucar

    kacir dalam kerajaan kemaharajaan China iaitu zaman perpecahan. Pada zaman ini, Kerajaan

    kemaharajaan di China tidak mempunyai satu wangsa yang dapat menyatukan seluruh China,

    Pembahagian kerajaan adalah seperti Wei(220-265), Shu Han(221-224) dan kerajaan

    Wu(220-280). 23 Penubuhan kerajaan ini berlaku kerana tiada kerajaan yang dapat

    21Conrad Schirokauer,A Brief History of Chinese Civilization, New York: Harcourt Jovanovish Publisher,

    1991.hlm 101

    22ibid

    23Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    13/19

    13

    memusatkan pentadbiran dan politik China selepas Han jatuh pada 220 masihi. Hal ini

    diburukkan lagi dengan tindakan golongan gasar yang mengambilalih kekuasaan dibeberapa

    kawasan di China serta menubuhkan kerajaan sendiri.dan membentuk pula beberapa buah

    wangsa yang berjumlah 14 buah kerajaan terutamanya dibahagian utara China.

    Seterusnya wangsa-wangsa kecil ini juga turut memperkenalkan pengaruh Kungfutzeisme

    dan pengaruh aliran Fa dalam pemerintahan mereka. Hal ini kerana, sungguhpun 14 buah

    wangsa tersebut adalah adalah puak gasar, tetapi kebanyakannya berbudaya China serta

    dicinakan melalui proses penyerapan budaya.24

    Serta menerima unsur-unsur kecinaan dalam

    kerajaan mereka.Misalnya, wangsa Wei sendiri yang telah mengerahkan rakyat agar menjadi

    petani serta menjadi seorang askar untuk peperangan.Keadaan ini merupakan suatu perkara

    yang amat wajar kerana kebaktian seseorang individu ttu amat penting dan soal ketaatan dan

    hubungan amat penting dalam kerajaan mengikut ajaran kungfutzeisme. Tambahan pula,

    pada zaman ini, zaman perang dan perpecahan ini adalah zaman yang penuh dengan

    keganasan dan kekerasan serta persaingan kuasa antara kerajaan-kerajaan ini.25

    Oleh

    itu,amalan aliran Fa terpakai disini kerana dalam aspek pemerintahann dan pertahanan

    mereka pasti akan mempunyai kecurigaan terhadap orang lain lalu menjalankan pengintipan,

    menghukum berat orang yang dianggap anti kerajaan serta subversif. Semuanya dilakukan

    agar kemakmuran Negara dapat dicapai serta survival sesuatu kerajaan itu terus bertahan

    dalam tempoh yang lama.26

    24Abdul Rahman Haji Ismail, China: Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

    Pustaka,2001.hlm 9725

    Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005 hlm 8526

    Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    14/19

    14

    Wangsa Sui dan Tang

    Perkembangan kerajaan seterusnya ialah melalui pemerintahan zaman wangsa Sui yang

    diasaskan oleh keluarga Yang dan bermula pada tahun 581masihi hingga tahun

    618masihi.Kerajaan baru ini adalah boleh dianggap sebagai jelamaan bagi wangsa Chin

    kerana kerajaan ini mewarisi China daripada suatu zaman huru hara selama 500 tahun yang

    bermula sejak kejatuhan kerajaan Han lagi. Pengaruh pemerintahan ini adalah hampir serupa

    dengan kerajaan Chin iaitu aliran Fa tetapi juga memasukkan sekali unsur-unsur

    kungfutzeisme.. Kerajaan ini mewarisi suatu keadaan yang kucar-kacir dan penuh masalah

    lalu kerajaan ini telah menyatukan kembali negara China yang berpecah belah

    itu.Pemerintahan kerajaan ini memperlihatkan pengaruh pemikiran Buddha, Kungfutzeisme

    dan juga aliran Fa serta kepercayaan masyarakat China pada masa itu.27

    Kerajaan Sui yang bermula pada 581 dan pemerintah yang pertama Yang Ti(581-604m)

    telah memperkenalkan model aliran Fa dalam pemerintahan mereka. Hal ini kerana,

    pemerintahan kerajaan Sui terpaksa menghadapi peperangan dalam menyatukan China

    seperti peperangan dengan Ryukyu pada tahun 605 serta mengahadapi pemberontakan seperti

    pemberontakan kuguryo dan sebagainya. DIsamping itu, Tindakan kerajaan Sui yang telah

    mengerahkan rakyat dalam aktiviti peperangan, pembinaan terusan seperti pembinaan terusan

    penghubung Sungai Kuning dan Sungai Yantze atau Great Canal sudah pastinya akan

    melibatkan penderitaan kepada rakyat melalui kerahan tenaga bagi membina infrastruktur .

    Tindakan keras pasti akan berlaku apabila mereka cuba untuk memaksa rakyat untuk tunduk

    kepada kemahuan dan cita-cita besar kerajaan itu. 28 Ironinya, terdapat beberapa perkara

    menarik yang boleh dilihat tentang kerajaan ini iaitu toleransi agama juga berlaku apabila

    27Conrad Schirokauer, A Brief History of Chinese Civilization, New York: Harcourt Jovanovish Publisher,

    1991.hlm 101

    28Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    15/19

    15

    kerajaan Sui membenarkan ajaran Buddha,Kungfutzeisme dan lain-lain lagi serta membina

    semula sistem peperiksaan yang tidak dijalankan selama 500 tahun akibat peperangan .Disini

    kita lihat ada juga pengaruh daripada pemikiran lain tetapi pemikiran lain itu tidak tertonjol

    sepenuhnya kerana tumpuan utama kerajaan Sui adalah lebih kepada ajaran Kungfutzeisme

    dan aliran Fa yang menjadi teras pemerintahan negara Sui itu sendiri.29

    Pemerintahan wangsa Tang pula adalah kesinambungan daripada zaman kemaharajaan yang

    menjadi skop perbincangan kita.Oleh itu , Kerajaan Tang ini diasaskan oleh Li Shih Min dan

    memakai gelaran Tai Tsung(624-649m) pada tahun 618masihi dan berpusat di Chang An

    serta merupakan wangsa yang dapat bertahan lebih lama berbanding Wangsa Sui yang hanya

    dapat bertahan selama 29 tahun sahaja. Kerajaan Tang yang dianggap sebagai jelmaan

    semula kerajaan Han yang hancur sebelum ini adalah sebuah kerajaan yang berpaksikan

    Kungfutzeisme dahn juga mengamalakan doktrin Buddhaisme dalam pemerintahannya.Hal

    ini kerana, mulai kurun ke 5masihi ini, kerajaan Tang mula melihat pengaruh asing dalam

    pemerintahannya dan ini bermakna kerajaan Tang tidak hanya menumpukan kepada aliran

    pemikiran Kungfutze semata-mata tetapi juga memeprlihatkan kemampuannya untuk

    menerima pemgaruh lain dalam kerajaan Tang itu sendiri.Kerajaan Tang, seperti kerajaan

    Han adalah mengambilalih China yang sudah disatukan oleh wangsa terdahulu dan ini

    membuka kerajaan Tang kepada pengekalan kuasa selama 300 tahun .30

    Dasar dan corak pemerintahan yang dijalankan oleh Tang adalah melalui perlantikan

    pegawai dalam mentadbir negara dan jabatan-jabatan kerajaan pada zaman Tang. Para

    pegawai ini mestilah mematuhi prinsip serta ajaran Kungfutzeisme dalam

    pemerintahannya.Hal ini kerana, dengan pematuhan kepada ajaran kungfutzeisme, para

    pegawai kerajaan Tang akan dapat meluaskan lagi unsur moral yang baik dan ini sesuai

    29Ibid.hlm 102

    30Bingham, The Founding Of The Tang Dynasty.,The Fall Of Sui And rise Of Tang, New York:Octagon

    Books,1975.hlm 119.

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    16/19

    16

    dengan prinsip kedua ajaran Kungfutzeisme iaitu kerajaan yang ada hendaklah menggalakkan

    unsur-unsur kebaikan kepada rakyat31

    . Pemerintahan kerajaan Tang yang amat

    mementingkan unsur ini telah berusaha memastikan hanya pegawai Kungfutzeisme sahaja

    yang boleh menjadi pentadbir wangsa Tang. Dengan pegawai yang mematuhi ajaran

    Kungfutze, suatu bentuk pemerintahan yang baik dapat diterapkan kepada masyarakat China

    zaman Tang keseluruhannya.32

    Tambahan, dalam tamadun China, unsur- unsur moral dalam

    masyarakat adalah teras penting kepada keharmonian serta rasa kasih sayang itu akan

    membawa kemakmuran kepada masyarakat mengikut doktrin Kungfutzeisme.

    Selain itu, Kerajaan Tang juga berusaha untuk memastikan bahawa kebajikan rakyat

    sentiasa terpelihara dan hak-hak rakyat dapat dilindungi dengan baik oleh kerajaan.Antaranya

    ialah dengan menghentikan kerja-kerja buruh yang dijalankan oleh kerajaan sebelumnya iaitu

    kerajaan Sui yang cenderung kepada kekerasan dengan memaksa kerja paksa sebaliknya telah

    menggantikan kerja buruh dengan tekstil dan wang sebagai ganti kerja buruh kepada petani

    itu.Tindakan ini bukan sahaja dapat membawakan kebajikan kepada rakyat, tetapi juga dapat

    meningkatkan hunbungan baik dengan rakyat selaras dengan ajaran lima teras hubungan

    kungfutzeisme dalam soal pemerintahan yang pertama iaitu kewujudan negara dan

    masyarakat adalah untuk kebaikan rakyat.33

    Selain itu, kerajaan Tang juga turut menekankan tentang soal pendidikan dalam kerajaan

    Tang itu sendiri.Oleh itu, mereka telah mengadakan suatu sistem peperiksaan awam yang

    bertujuan untuk membentuk pegawai yang dapat menjadi sarjana dan guru dalam masyarakat

    China.Tambahan pula, masyarakat China amat mementingkan pendidikan terutamanya

    daripada golongan bangsawan.Oleh itu, pada zaman Tang juga telah berlakunya suatu sistem

    peperiksaan awam yang seakan-akan sistem peperiksaan moden pada hari ini. Sistem

    31Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,2005 hlm 100

    32Ibid

    33Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    17/19

    17

    peperiksaan ini pada asasnya adalah berteraskan Kungfutzeisme iaitu individu yang ingin

    menduduki peperiksaan awam China hendaklah mempelajari segala macam aspek yang

    menjadi teras kepada ajaran kungfutzeisme itu sebelum dapat menduduki peperiksaan awam

    dan lulus dalam peperiksaan awam Tang tersebut, kita akan dapati mereka akan dapat

    menjadi para pegawai tinggi kerajaan dan dapat menjadi penasihat kepada maharaja dengan

    berpandukan kepada ajaran Kungfutzeisme tersebut.34

    Tindakan ini memaparkan tentang

    pengaruh Kungfutzeisme melalui sistem pendidikan serta peperiksaan awam China yang

    dikagumi oleh dunia kini.

    Sungguhpun terdapat pengaruh Kungfutzeisme dan Fa dalam pemerintahan wangsa Tang

    tetapi pengaruh ajaran Buddha mula ketara terutamanya dalam pemerintahan Tang akhir

    terutamanya selepas kebangkitan An Lushan yang membahagikan Tang kepada dua iaitu

    Tang Awal dan Tang kemudian. Dari aspek ini, pengaruh Buddha yang seakan-akan

    tenggelam pada zaman sebelumnya serta dibayangi kungfutzeisme telah menjadi dasar yang

    penting dalam pemerintahan kerajaan Tang akhir. Selain itu, Dalam hal ini, kerajaan Tang

    akhir juga memperlihatkan pengaruh antara Kungfutzeisme dan Buddhaisme iaitu terdapat

    campuran antara dua jenis kuasa ajaran tersebut.35

    Kerajaan Tang seperti wangsa-wangsa lain turut mengamalkan aliran Fa dalam urusan

    negara terutamanya daripada soal keselamatan sungguhpun dasar utama negara Tang adalah

    penggunaan alran Kungfutzeisme samada Kerajaan Tang Awal atau akhir. Hal ini kerana,

    aliran Fa juga turut mempunyai kepentingannya dalam pentadbiran negara terutamanya

    34Conrad Schirokauer, A Brief History Of Chinese Civilization . New York: Harcourt Brace Jovanovich

    INC.1991.hlm 105

    35Ibid.

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    18/19

    18

    dalam mengawal negara daripada ancaman pemberontakan dalaman, perang dengan golongan

    bukan China dan sebagainya.36

    Kesimpulan.

    Kesimpulannya, Pengaruh Kungfutzeisme sememangnya menjadi teras utama dalam

    pemerintahan Kerajaan kemaharajaan di China dan terus mengukuhkan pengaruhnya dalam

    pemerintahan sejak daripada zaman Han sehinggalah pada zaman Tang serta menjadi

    panduan bagi pemerintahan wangsa wangsa tersebut dalam mengaturkan pemerintahan

    negara agar mencapai kegemilangannya. Namun begitu, disebaliknya, aliran Fa juga turut

    melegitimasikan kedudukan pengaruhnya dalam kerajaan-kerajaan kemaharajaan Chin

    sehingga wangsa Tang berakhir dengan turut menyelindungkan pengaruhnya disebalik

    kekuatan pengaruh Kungfutzeisme dalam pemerintahan wangsa wangsa yang kita

    bincangkan tadi. Secara keseluruhnnya, aliran pemikiran Kungfutzeisme dan aliran Fa

    banyak mempengaruhi pemerintahan Chin sehinggalah Tang sungguhpun pada zaman Tang

    itu pengruh Buddhaisme mulai meresap kedalam pemerintahan Tang. Malah, ajaran

    Kungfutzeisme dan Fa terus melegitimasikan pengaruhnya keatas kerajaan selepas Tang

    kemudiannya sehinggalah kurun ke 20.

    36Ibid

  • 8/9/2019 Assignment HSM 116

    19/19

    19

    Bibliografi

    Abdul Rahman Haji Ismail, Aliran Kanun dan Kekerasan Pemerintah di China , dalam

    Kekerasan Dalam Sejarah, Masyarakat dan Pemerintah, diselenggarakan oleh Qasim Ahmad.

    Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993

    Abdul Rahman Haji Ismail, China, Pensejarahan dan Pembinaan Tamadun, Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka. 2001.

    Balasz, China Civilization And Bureaucracy, New Heavan and London: Yale University

    Press, 1964.

    Bingham, The Founding Of The Tang Dynasty, The Fall Of Sui And rise Of Tang, New York:

    Octagon Books. 1975.

    Charles O Hucker, Confunianism and Chinese Censoreal System, dalam Confunianism and

    Chinese Civilization, diselenggarakan oleh Arthur F. Wright, Stanford: Stanford University

    Press, 1959.

    Conrad Schirokauer, A Brief History Of Chinese Civilization. New York: Harcourt Brace

    Jovanovich INC.1991.

    Herrlee G Kreel, China Thought From Confucius to Mao Tse-tung,London; The University

    Of Chicago Press, 1953.

    Micheal Leowe, Everyday Life In Early Imperial China, During The Han Period 202 BC-

    220 AD , London: B.T Batsford LTD. 1968.

    Suffian Mansor, Tamadun China, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.2005

    W.J.F. Jenner, The Tyranny Of History,The Roots Of China Crisis, London: Penguin Books.1991.