assignment hitler

14
ISI KANDUNGAN Bil . PERKARA MUKA SURAT 1 Isi Kandungan 1 2 Pendahuluan 2 3 Isi Perbincangan 3-8 4 Analisis Perbincangan 8 7 Penutup 9 8 Bibiliografi 10 1

Upload: eika-sempoi

Post on 02-Feb-2016

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Hitler

ISI KANDUNGAN

Bil. PERKARA MUKA SURAT

1 Isi Kandungan 1

2 Pendahuluan 2

3 Isi Perbincangan 3-8

4 Analisis Perbincangan 8

7 Penutup 9

8 Bibiliografi 10

1

Page 2: Assignment Hitler

1.0 Pendahuluan

Adolf Hitler telah dilahirkan pada 20 April 1889, beliau merupakan seorang pelajar

dalam bidang arkitek di Austria namun telah gagal dalam pelajarannya. Beliau pernah

berkhidmat sebagai tentera barisan pertama Jerman semasa Perang Dunia Pertama. Karier

politik beliau bermula di Munich dengan bertindak sebagai penghasut dalam pihak penolak

revolusi selepas kejatuhan Republik Soviet Bavaria.1 Hitler telah dilantik menjadi Canselor

Jerman pada 30 Januari 1933 dengan perancangan yang telah dilakukan oleh mantan

Canselor Jerman sebelum ini iaitu Franz Von Papen dan Presiden Jerman pada ketika itu iaitu

Paul Von Hindenburg. Hanya selepas beberapa minggu dilantik, Hitler telah menyuarakan

hasrat beliau untuk melaksanakan Lebensraum, iaitu proses menerapkan unsur-unsur negara

Jerman di seluruh Eropah Timur.2

Selepas berjaya menjadi Canselor, Hitler telah melaksanakan beberapa dasar dan

perkara dalam tempoh 1933 hingga 1934 dengan tujuan untuk menyatukan dan menguatkan

lagi kekuasaan beliau serta kepimpinan Nazi di bawah beliau. Dalam penulisan ini, penulis

akan membincangkan perubahan-perubahan yang telah dilakukan oleh Hitler sepanjang

tempoh tersebut. Selain itu, penulis juga akan menjelaskan bagaimanakah usaha-usaha

tersebut mempunyai signifikan dan keberkesanannya dalam usaha Hitler menyatu dan

mengukuhkan kuasa, sehingga berjaya menjadi pemerintah tertinggi Jerman pada 1934.

2.0 Isi Perbincangan

1 Martin Broszat, Hitler and the Collapse of Weimar Germany (New York: Berg, 1987), ms. 1.2 Michael Laffan, “Weimar and Versailles: German Foreign Policy, 1919-33”, The Burden of German History 1919-45, disunting oleh Michael Laffan (London: Methuen London, 1988), ms. 98.

2

Page 3: Assignment Hitler

Perkara terawal yang dilaksanakan oleh Adolf Hitler di awal pemerintahan beliau

adalah untuk menuntut supaya satu pilihanraya Reichstag untuk menambah bilangan ahli

daripada Parti pimpinan beliau, National Social German Workers Party (NSDAP). Parti

inilah yang telah menjadi salah satu nadi kepada pergerakan Hitler di Jerman pada ketika itu.3

Pilihan raya yang dituntut tersebut telah dijadualkan untuk dijalankan pada 5 Mac 1933.

Walau bagaimanapun, sebelum pilihan raya tersebut sempat dijalankan, satu peristiwa

penting telah berlaku yang menjadi salah satu pemangkin kepada penyatuan kuasa oleh

Hitler.

Peristiwa yang dimaksudkan ialah kebakaran yang berlaku di ruang debat bangunan

Reichstag pada malam 27 Februari 1933. Ramai ahli sejarah yang berpendapat bahawa

kebakaran tersebut telah dilakukan sendiri ole pihak Nazi yang hendak menjatuhkan pakatan

musuh mereka menjelang pilihan raya akan datang. Hitler pula sebaliknya telah menuduh

pihak komunis yang telah memulakan kebakaran tersebut. Seoarang pemuda Belanda yang

juga merupakan ahli komunis, Marinus Van Der Lubbe telah mengakui kesalahan beliau

yang telah membakar bangunan tersebut pada malam kejadian. Beliau akhirnya telah

dijatuhkan hukuman pancung.4 Menurut Barghahn, peristiwa pembakaran Reichstag

sesungguhnya telah membuka peluang kepada pihaknya untuk mengeksploitasi situasi pada

masa itu menjelang pilihanraya 5 Mac 1933.5 Hal ini demikian kerana beliau berpendapat

bahawa penentangan daripada pihak komunis akan merosot akibat impak daripada kejadian

itu.

Selepas kebakaran Reichstag, Hitler tidak memikirkan secara mendalam siapa

sebenarnya yang menjadi dalang kepada peristiwa tersebut, sebaliknya persoalan yang beliau

timbulkan adalah bagaimana kejadian tersebut boleh membantu beliau dan pihak Nazi untuk

3 Theodore Abel, Why Hitler Came Into Power (New York: Prentice-Hall, 1938), ms. 170.4 David Childs, Germany Since 1918 (London: B. T. Batsford, 1971), ms. 53.5 V. R. Berghahn, Modern Germany Society, Economy and Politics in the Twentieth Century (Cambridge: Cambridge University Press, 1987), ms. 130.

3

Page 4: Assignment Hitler

menyatu dan megukuhkan kuasa.6 Maka beliau telah bertindak meminta Presiden Hidenburg

meluluskan beberapa dikri yang sebenarnya boleh menjamin kekuasaan beliau. Salah satu

dikri yang paling penting ialah dikri yang memansuhkan hak asas persatuan, kebebasan

berhimpun dan media serta membolehkan regim tentera untuk menghukum musuh dan

komunis.7

Pada pilihanraya 5 Mac 1933, Hitler dan parti NSDAP tetap tidak memperoleh

kemenangan majoriti. Hanya tiga daripada sebelas jawatan kabinet yang dipegang oleh Nazi.8

Pihak Hitler mendapat 44 peratus daripada jumlah keseluruhan kerusi. Namun hal tersebut

sudah cukup untuk membolehkan parti Hitler mendapat tempat dalam Reichstag. Semasa

persidangan baru Reichstag pada 24 Mac 1933, satu akta yang dikenali sebagai Enabling Act

telah dicadangkan. Akta tersebut akan membolehkan kerajaan Hitler untuk memiliki kuasa

mutlak untuk tempoh empat tahun. Namun bagi membolehkan akta tersebut dipraktikkan,

persetujuan majoriti dua per tiga dewan perlu dicapai terlebih dahulu. Parti Demokratik

Sosial di bawah pimpinan Otto Wels membuat keputusan untuk tidak terlibat dengan

sebarang persetujuan akta tersebut. Hitler telah mengambil inisiatif dengan cuba memujuk

gereja Katolik agar menyuarakan sokongan. Pihak gereja akhirnya termakan dengan pujukan

tersebut selepas Hitler menjanjikan kebebasan kepada gereja-gereja.9 Tindakan Hitler telah

membolehkan beliau memperoleh kekuasaan penuh dalam pemerintahan. Hal ini merupakan

satu cara yang menjadi cara penyatuan kuasa Hitler di Jerman.

Pelaksanaan The Enabling Act pada bulan Mac 1933 telah manjadi asas kepada

beberapa tindakan drastik yang telah dilakukan oleh pemerintahan Hitler. Antara perkara

tersebut ialah pemansuhan kesatuan sekerja, pengharaman semua jenis parti kecuali parti

Nazi, pemerintahan berasaskan keganasan dan banyak lagi perkara yang sejajar dengan polisi 6 K. Hildebrand, The Third Reich (London: Allen & Unwin, 1984), ms. 5.7 Jost Dulffer, Nazi Germany 1933-1945 Faith and Annihilation (London: Arnold, 1996), ms. 33.8 Alan Bullock, Hitler A Study in Tyranny (Middlesex: Penguin Books, 1952), ms.2569 David Childs, Germany Since 1918, ms. 54-55.

4

Page 5: Assignment Hitler

Gleichschaltung atau penyeragaman.10 Penyeragaman ini merupakan satu langkah yang telah

dijalankan bagi mewujudkan satu pentadbiran yang seragam di bawah kepimpinan Hitler agar

kekuasaan beliau tidak dapat disaingi. Dalam tempoh 15 bulan pelaksanaan akta ini,

perubahan-perubahan yang berlaku ternyata berjaya menyatu dan mengukuhkan kuasa Adolf

Hitler selaku Canselor Jerman, seterusnya membawa beliau di atas landasan yang betul ke

arah menjadi pemerintah tertinggi Jerman.

Langkah pemansuhan semua kesatuan sekerja merupakan perkara signifikan dalam

usaha beliau mengukuhkan kuasa. Kesatuan kerja di Jerman mempunyai unsur-unsur

Marxisme dan menjadi asas kepada pembentukan Parti Demokratik Sosial negara tersebut.11

Hitler tidak mahu kesatuan-kesatuan ini menjadi punca kepada tercetusnya pemberontakan

atau demonstrasi menentang kerajaan pada masa akan datang. Sebaliknya, pemerintahan

Hitler telah menekan para pekerja untuk mnyertai German Labour Front (DAF), sebuah karti

kesatuan kerja bertunjangkan Nazi yang diasaskan pada Mei 1933 dan dipimpin oleh Robert

Ley.12 DAF bertindak memantau organisasi pekerja di Jerman. Pertubuhan ini mendapati

golongan pekerja masih lagi kurang memberi sokongan terhadap pemerintahan kerajaan

Hitler ketika itu. Ley bertindak dengan memperbaiki kemudahan di kilang-kilang dan

memberi ganti rugi bagi meningkatkan populariti regim tersebut. Akhirnya DAF telah

menubuhkan pula sebuah organisasi yang digelar Strength Through Joy (KdF).

Seterusnya, dalam usaha Hitler menyatukan dan megukuhkan kuasa beliau, beliau

telah mengarahkan pengharaman semua jenis parti politik kecuali parti Nazi sendiri. Pada 14

Julai 1933, kerajaan Jerman telah menggazetkan satu peraturan yang telah ditandatangani

oleh Adolf Hitler selaku Canselor, Frick selaku Menteri Dalam Negeri dan Dr. Gurtner

selaku Menteri Kehakiman. Peraturan tersebut menyatakan bahawa mana-mana pihak yang

10 V. R. Berghahn, Modern Germany, ms. 127. 11 Alan Bullock, Hitler A Study in Tyranny, ms. 272.12 V. R. Berghahn, Modern Germany, ms. 141.

5

Page 6: Assignment Hitler

didapati menubuhkan parti politik yang baru atau sedia ada akan dipenjarakan sehingga

tempoh tiga tahun.13 Dalam tempoh beberapa minggu sahaja, Hitler telah bertindak

mengaharamkan komunis dan parti demokratik sosial, membubarkan pusat Katolik dan

nasionalis berhaluan kanan serta mengambil alih Stahlhelm dan kesatuan sekerja. Keenam-

enam ini merupakan organisasi penentang terkuat yang berjaya dikawal dan dihentikan oleh

Hitler.14 Hal ini menunjukkan betapa beliau telah melaksanakan langkah-langkah yang cukup

proaktif dalam memastikan kekuasaan beliau kekal dan menjadi semakin berpengaruh.

Pemerintahan oleh Hitler dikenali sebagai pemerintahan yang penuh dengan

keganasan dan kekejaman. Hal ini sebenarnya dilakukan oleh Hitler bagi mengukuhkan kuasa

beliau. Sturmabteilung (SA) yang juga dikenali sebagai Strom Troopers atau Brownshirts

merupakan sejenis organisasi ketenteraan parti Nazi yang ditubuhkan pada tahun 1921. SA

telah diarahkan untuk bergerak bebas di seluruh negara untuk menyelesaikan permasalahan

dengan musuh politik yang lama. SA telah bertindak kejam dengan memukul orang awam,

bangunan diambil alih dan digeledah, tingkap-tingkap kedai dipecahkan. Perkara yang lebih

parah adalah apabila hanya segelintir daripada SA yang telah dibawa ke muka pengadilan dan

dijatuhkan hukuman.15 Sekiranya terdapat individu yang didapati melaporkan kekejaman SA

kepada balai polis, tidak ada tindakan akan dilakukan. Sebaliknya pelapor tersebut biasanya

bakal menerima “kunjungan” daripada pihak SA pada waktu malam dan menerima akibat

yang padah.

Satu lagi perkara penting yang telah dilakukan oleh Hitler dalam proses menyatukan

kuasa berlaku dalam peristiwa “Night of Long Knives”. Dalam kejadian ini, sekali lagi pihak

SA terlibat. Pada musm panas 1933, mereka menuntut supaya Hitler melaksanakan revolusi

kedua bagi menyelesaikan permasalahan dengan golongan kapitalis dan konservatif. Individu

13 Alan Bullock, Hitler A Study in Tyranny, ms. 274-275.14 Alan Bullock, Hitler A Study in Tyranny, ms. 276.15 V. R. Berghahn, Modern Germany, ms. 141.

6

Page 7: Assignment Hitler

yang mengetuai tuntutan ini ialah komander SA yang juga merupakan kawan baik Hitler

dalam gerakan Nazi, Ernst Rohm. Namun Hitler tidak boleh memenuhi tuntutan tersebut

kerana beliau perlu menjaga hubungan baik dengan kapitalis bagi mengelak kekacauan

terhadap ekonomi Jerman. Maka sebagai langkah penyelesaian, Hitler telah meminta Goring

dan Himmler, ketua polis rahsia persekutuan atau Gestapo, untuk mengetuai Schutzstaffel

(SS) dan menghapuskan pemimpin SA yang enggan menurut perintah beliau. SS turut

dikenali sebagai Blackshirts dan merupakan organisasi polis ketenteraan yang bertugas

sebagai pengawal peribadi Hitler. Peristiwa serangan SS terhadap SA dikenali sebagai “Night

of Long Knives” telah berlaku pada 30 Jun 1934 dan telah mengorbankan sehingga 1,000

nyawa termasuk pemimpinnya, Rohm.16 Daripada peristiwa ini dapat dilihat bagaimana Hitler

sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha beliau mengukuhkan kuasa.

Akhirnya, Adolf Hitler telah berjaya menyatukan kuasa sepenuhnya pada 19 Ogos

1934. Hal ini berlaku apabila Presiden Hidenburg meninggal dunia dan Hitler secara

langsung telah mengambil alih ketua negara dan komander tertinggi dalam angkatan tentera

Jerman. Hitler telah menghapuskan gelaran “presiden” dan menggantikannya dengan gelaran

Fuhrer iaitu pemimpin dan Canselor Reich. Semua pegawai kerajaan dan tentera telah

mengangkat sumpah di hadapan Hitler sebagai tanda mengiktiraf kesetiaan terhadap beliau.17

3.0 Analisis Perbincangan

Melalui perbicangan di atas, penulis dapat memberi analisis bahawa pada peringkat

menjelang Adolf Hitler diangkat sebagai Canselor pada Januari 1933, Papen dan Hidenburg

telah memberi sokongan kerana mereka berpendapat bahawa mereka mampu mengatasi

radikalisme Hitler dan kepimpinan beliau. Namun perkara yang sebaliknya berlaku apabila

16 David Childs, Germany Since 1918, ms. 57.17 David Childs, Germany Since 1918, ms. 58.

7

Page 8: Assignment Hitler

Hitler telah bertindak dengan cukup cemerlang dalam melaksanakan dasar-dasar yang

membolehkan beliau meyatukan kuasa dan menjadai pemerintah tertinggi di Jerman. Beliau

hanya mengambil tempoh 15 bulan untuk melakukan perkara tersebut. Kejayaan Hitler

didorong oleh karisma dan pengalaman beliau selaku seorang pempimpin. Pengalaman

menyertai Pertama Dunia Pertama menjadikan beliau lebih bersedia khususnya dalam aspek

melakukan kekeajaman. Beliau turut mengambil langkah berjaga-jaga walaupun bergaul

dengan kenalan rapat sendiri, beliau mampu untuk membezakan perkara peribadi di samping

memfokuskan matlamat beliau untuk menjadi penguasa tertinggi Jerman.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, Adolf Hitler telah berjaya menyatukan kuasa di Jerman semasa

tempoh pemerintahannya sebagai Canselor pada tahun 1933 sehingga 1934. Melalui dasar-

dasar yang telah dijalankan oleh beliau, Hitler secara perlahan-lahan meningkatkan

kekuasaan beliau ke arah menjadi pemimpin tertinggi Jerman. Beliau membawa satu

kesedaran bahawa dalam mencapai kekuasaan yang mutlak, seorang pemimpin harus

mempunya perancangan dan starategi yang berkesan serta sanggup melakukan apa sahaja

yang dirasakan perlu termasuk kekerasan. Namun kejayaan Hitler ini sememangnnya

dibayangi oleh pelbagai penentangan daripada pelbagai pihak.18 Hal ini demikian kerana

18 V. R. Berghahn, Modern Germany, ms. 127-128.

8

Page 9: Assignment Hitler

kekejaman pihak SA di bawah pemerintahan Nazi Hitler yang banyak menyusahkan

kehidupan orang awam. Perkara ini juga perlu dijadikan iktibar kepada pemimpin masa kini

agar jangan sesekali melaksanakan dasar yang membawa kepada penindasan kebajikan

rakyat.

Bibliografi

Abel, Theodore. 1938. Why Hitler Came Into Power. New York.

Berghahn, V. R. 1987. Modern Germany Society, Economy and Politics in the Twentieth

Century. Cambridge: Cambridge University Press.

Broszat, Martin. 1987. Hitler and the Collapse of Weimar Germany. New York: Berg.

Bullock, Alan. 1952. Hitler A Study in Tyranny. Middelesex: Penguin Books.

Childs, David 1971. Germany Since 1918. London: B. T. Batsford.

Dulffer, Jost. 1996. Nazi Germany 1933-1945 Faith and Annihilation. London: Arnold.

Hildebrand, K. 1984. The Third Reich. London: Allen and Unwin.

9

Page 10: Assignment Hitler

Laffan, Micahel. 1988. “Weimar and Versailles: German Foreign Policy, 1919-33”. Ms. 95-

108. Dalam: The Burden of German History 1919-45. Disunting oleh Michael Laffan.

London: Mathuen London.

10