assignment - falsafah pendidikan

Upload: shamsiah-md-nasir

Post on 07-Jul-2015

755 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

FALSAFAH DAN DASAR PENDIDIKAN DI MALAYSIA

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan d iri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di Malaysia dikenali sebagai FPK. Dengan adanya FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti. FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara. Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara.

Salah satu yang terkandung dalam FPK adalah falsafah tentang manusia yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Matlamat pendidikan adalah untuk membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Berilmu dan berpendidikan harus menghasilkan budi pekerti yang baik dan akhlak yang mulia yang sekali gus menjadi ciri-ciri asasi seorang ahli keluarga, masyarakat dan warganegara yang baik dan terdidik.

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu terletak pada kebenaran

kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta masyarakat manusia. Fungsi ilmu yang boleh mengubah manusia dan masyarakat inilah yang menjadikan sesuatu yang amat tinggi nilainya. Pendidik ialah satu an proses dan aktiviti sepanjang hayat dan manusia sentiasa berada dalam keadaan memerlukan perluasan, pendalaman dan pengesahan kepada ilmu yang ada. Pengalaman bukan sahaja boleh memperkaya dan mengukuhkan ilmu tetapi juga mencabar dan mengubah ilmu yang sedia ada pada manusia

FPK juga melihat individu itu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Pendidikan bukanlah bermatlamat untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang pintar ilmu, konsep atau fakta sematamata. Pembelajaran yang terhasil daripada sistem pendidikan negara seharusnya menjanakan peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi pada diri pelajar-pelajar . Sehubungan itu, pendidikan adalah penyumbang utama kepada pembentukan sebuah Negara Bangsa. Bagi sebuah negara yang berbilang kaum seperti Malaysia, identiti nasional hanyalah boleh diterjemahkan melalui pembinaan Negara Bangsa yang tentunya memerlukan komitmen serta penglibatan semua pihak.

Oleh yang demikian, pendidikan ialah pemangkin (catalyst) kepada pembinaan Negara Bangsa terutamanya untuk menyemai semangat kenegaraan di sanubari pelajarpelajar. Mendidik pekerti dan sahsiah pelajar merupakan satu cabaran kepada para pendidik zaman globalisasi ini. Menghasilkan pelajar yang cemerlang akademik serta memiliki

keterampilan insan yang mulia merupakan cabaran yang lebih hebat kepada institusi sekolah dan tenaga pengajar. Senario dunia dan ledakan maklumat masa kini semestinya menuntut institusi sekolah dan guru menggembeling pemikiran, usaha dan kreativiti untuk menghasilkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang urikulum tetapi berpotensi menjadi modal insan yang bakal menyumbang kepada penerusan ketamadunan bangsa Malaysia.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang dilancarkan pada tahun 2006 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia menggariskan dengan jelas dasar kementerian untuk membangunkan modal insan yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran serta menghayati nilai-nilai murni. Modal insan yang dihasilkan oleh sistem pendidikan negara mesti membentuk sikap tanggung jawab dan akauntabiliti pelajar-pelajar terhadap diri sendiri dan terhadap masyarakat khususnya dan warga sejagat amnya.

Sekolah perlu membangunkan pelajar yang menunjukkan perkembangan dan pembentukan diri sendiri. Pendidikan dan bimbingan agar pelajar mempunyai sahsiah yang baik, berketerampilan, berfikiran kreatif dan rasional, berakhlak mulia, seimbang dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi dan intelektual, percaya dan patuh kepada Tuhan serta berilmu pengetahuan.

Sekolah juga perlu memperkembangkan diri pelajar-pelajar untuk berinteraksi dan bersosialisasi dalam masyarakat. Pelajar perlu diajar dan dilatih untuk menjadi warga negara yang setia kepada negara, menjaga hubungan baik sesama insan, berupaya menyumbang ke arah kemakmuran negara dan memupuk perpaduan masyarakat.

Bagi memenuhi tujuan dan matlamat FPK, melaksanakan teras ke 2 PIPP (LAMPIRAN 1) serta melahirkan insan seimbang berdasarkan elemen Ketrampilan Diri dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) seperti di LAMPIRAN 2, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat, Bandar Baru Bangi telah menjalankan satu kursus yang bertajuk Kursus Pra Kepimpinan 2011 kepada pemimpim-pemimpin unit uniform (maklumat penuh di LAMPIRAN 3).

Kursus ini bermatlamat untuk membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi, keyakinan diri serta pembentukan pelan tindakan diri dan kekuatan bekerja secara individu dan berpasukan. Ia juga bermatlamat untuk meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri untuk menjalankan kehidupan dengan lebih berkesan kepada sekolah, komuniti, keluarga dan organisasi; serta melahirkan murid yang tinggi pekerti dan taat pada disiplin dan undang-undang serta sikap bangga terhadap unit masingmasing.

Di antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk menyuntik semangat, keyakinan, kesabaran, kejujuran, amanah, kecekapan dan semangat bekerja atas dasar ibadah; memahami konsep kecemerlangan dunia dan akhirat dengan penggunaan masa yang khusus; memberi kesedaran bahawa sumbangan dan potensi diri menjadi sumber dan kejayaan serta kecemerlangan diri sendiri, agama, keluarga, masyarakat dan Negara; serta menyedari dan memahami konsep kepentingan berkomunikasi dengan berkesan dan mendedahkan muridmurid tentang kemahiran dan teknik-teknik perkhemahan yang betul.

Adalah menjadi harapan sekolah agar tujuan dan matlamat FPK, PIPP dan KSSR berjaya dicapai dalam usaha membangunkan modal insan yang seimbang dan harmonis.

LAMPIRAN 1 TERAS STRATEGIK PIPP 6 teras strategik telah dikenalpasti untuk memperkukuhkan sistem pendidikan negara seperti berikut: Teras 1 Teras 2 Teras 3 Teras 4 Teras 5 Teras 6 Teras 2 Teras 2 Membina Negara Bangsa Membangunkan Modal Insan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan Merapatkan Jurang Pendidikan Memartabatkan Profesion Keguruan Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan Membangunkan Modal Insan Membangunkan Modal Insan

Teras 2 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9.

Membangunkan Modal Insan

Mengadakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar Meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu pengetahuan Memupuk pelajar memiliki kemahiran dan keterampilan Memantapkan Program Kokurikulum dan Sukan Memantapkan sistem pentaksiran dan penilaian supaya lebih holistik Mempercepat perkhidmatan sistem aduan masalah disiplin Meningkatkan kerjasama KPM dengan pelbagai agensi Memperkukuhkan disiplin pelajar Memantapkan kurikulum

LAMPIRAN 2 6 ELEMEN DALAM KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (KSSR) Komunikasi Penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi Sains & Teknologi y Penguasaan pengetahuan sains,kemahiran dan sikap saintifik

y Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik y Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Kerohanian, Sikap & Nilai Penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai

INSAN SEIMBANG Perkembangan Fizikal & Estetika y Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri y Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi

Kemanusiaan y Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global y Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan

Keterampilan Diri Pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum

LAMPIRAN 3 SEKOLAH KENBANGSAAN JALAN EMPAT BANDAR BARU BANGI KURSUS PRA KEPIMPINAN 2011 1.0 PENDAHULUAN Pembangunan Modal Insan merupakan agenda penting negara bagi mencapai Misi Nasional Teras 2 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Ini bagi memastikan survival kemajuan dan ketamadunan negara dapat berterusan dan masa hadapan negara dilapisi oleh generasi yang mantap dan mampan dalam menempuhi alaf yang semakin mencabar Kesinambungan misi ini diteruskan oleh Sk Jalan Empat yang amat menitik beratkan kualiti pelajar samada dari sudut mental atau fizikal. Komitmen terhadap peningkatan prestasi murid menjadi agenda utama dan penting yang sentiasa diberi penumpuan dan keutamaan. Kursus Pengurusan Kepimpinan Unit Unifom menjadi satu wadah yang tepat lagi sesuai untuk mencungkil jati diri dan sifat kepemimpinan yang tertanam dalam diri murid-murid. Secara amnya, kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal terhadap murid mengenai nilai kepimpinan tulen, semangat kerjasama yang tinggi dan meningkatkan kualiti pengurusan diri yang cemerlang. 2.0 RASIONAL Jati diri dan semangat nasionalisma adalah unsur penting yang perlu ada dalam jiwa setiap warganegara bagi memastikan tahap kecintaan dan hormat kepada negara sentiasa menebal. Usaha yang berterusan bagi memastikan dua unsur ini tetap teguh di dalam jiwa seawal usia muda adalah amat penting. Kursus Pengurusan Kepimpinan adalah landasan tepat bagi memastikan pelapis generasi masa depan bersedia menghadapi sebarang cabaran dengan penerapan nilai kerjasama, taat perintah, menghargai masa dan pelbagai nilai positif. 3.0 MATLAMAT 3.1 Membentuk potensi diri serta mewujudkan sifat keikhlasan, motivasi, keyakinan diri serta pembentukan pelan tindakan diri dan kekuatan bekerja secara individu dan berpasukan; Meningkatkan kualiti diri untuk memandu dan membimbing diri untuk menjalankan kehidupan dengan lebih berkesan kepada sekolah, komuniti, keluarga dan organisasi; Melahirkan murid yang tinggi pekerti dan taat pada disiplin dan undangundang serta sikap bangga terhadap unit masing-masing.

3.2

3.3

4.0

OBJEKTIF 4.1 Menyuntik semangat, keyakinan, kesabaran, kejujuran, amanah, kecekapan dan semangat bekerja atas dasar ibadah; Memahami konsep kecemerlangan dunia dan akhirat dengan penggunaan masa yang khusus; Memberi kesedaran bahawa sumbangan dan potensi diri menjadi sumber dan kejayaan serta kecemerlangan diri sendiri, agama, keluarga, masyarakat dan Negara; Menyedari dan memahami konsep kepentingan berkomunikasi dengan berkesan dan mendedahkan murid-murid tentang kemahiran dan teknik-teknik perkhemahan yang betul.

4.2

4.3

4.4

5.0

TARIKH DAN TEMPAT Tarikh : : ::

12,13 dan 14 Mac, 2011 (Sabtu, Ahad dan Isnin) 12 Mac 2011 (6.30 pagi Bertolak ke tempat kursus) 14 Mac 2011 (12,30 tghr Bertolak pulang)Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ, Mersing, Johor.

Tempat

Penginapan

:

Dorm

6.0

SASARAN Seramai 80 murid-murid pemimpin unit uniform akan menyertai kursus ini.

7.0

ANJURAN Kursus Pengurusan Kepimpinan ini dianjurkan oleh Unit Uniform, Sekolah Kebangsaan Jalan Empat dengan kerjasama Pusat Kecemerlangan dan Pembangunan Insan YPJ.

8.0

AKTIVITI YANG DICADANGKAN 8.1 Ice-Breaking 8.2 Jungle Tracking 8.3 Abseiling 8.4 Flying Fox 8.5 Self Confidence 8.6 Night Walk 8.7 Kayak 8.8 Rafting

9.0

AHLI JAWATANKUASA 9.1 Jawatankuasa Induk Penaung : Pn Hjh Asnaniar bt Hj Alias (Guru Besar) Tn Hj Razali b Mohamad (GPK Ko-Kurikulum) Pn Rokiah bt Azhar (GPK Kurikulum) Pn Hjh Zainah bt Mohd Yunus (GPK HEM) En Mohd Najmi b Mohd Yusof En Azrizul b Yaziz

Pengerusi

:

Naib Pengerusi 1

:

Naib Pegerusi 2

:

Setiausaha Bendahari

: :

9.2

Jawatankuasa Pelaksana Kem Komandan Timb. Kem Komandan AJK Peralatan 1. En Alfarobi b Ibrahim : : En Khairul Azman b Mat Saman Cik Zarifah Yasrani bt Zulkefle AJK Makanan dan Minuman 1. En Aizi b Ab Rahman

AJK Buku Program & Dokumentasi 1. En Mohd Zaimi b Yusoff 2. En Kamarul Yunus AJK Keagamaan & Kerohanian 1. En Mohd Zaimi b Yusoff

AJK Fotografi 1. En Thamil Vaanen

AJK Program & Aktiviti 1.En Nik Abdullah b Ab Rahman

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN BIL PEROLEHAN 1 Ko Kurikulum = RM 10,400.00 PERBELANJAAN Pakej Kursus RM 5,600.00 Pengangkutan RM 4,800.00 JUMLAH: RM 10,400.00

JUMLAH : RM 10,400.00