falsafah pendidikan kebangsaan

32
PENGHARGAAN Bismillahirrahmanirahim.. Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa, dan tenaga yang di anugerahakan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Pertamanya saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang amat saya hormati Professor Madya Mohd Noor Azhar Bin Yusof, kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya Berjaya menyiapkan menghabiskan tugasan ini. Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi perigatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih. 1

Upload: hayatun-mustapha

Post on 26-May-2015

1.667 views

Category:

Education


9 download

DESCRIPTION

pengenalan falsafah pendidikan kebangsaan (FPK)

TRANSCRIPT

Page 1: Falsafah pendidikan kebangsaan

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirahim..

Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa,

dan tenaga yang di anugerahakan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Pertamanya saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang

amat saya hormati Professor Madya Mohd Noor Azhar Bin Yusof, kerana dengan tunjuk ajar

serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini dengan

jayanya.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya

yang memberi saya pemudahcara untuk saya untuk menyiapkan tugasan ini. Mereka telah

memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya

Berjaya menyiapkan menghabiskan tugasan ini.

Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi

perigatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab

setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.

Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara

langsung atau sebaliknya dalam pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih.

1

Page 2: Falsafah pendidikan kebangsaan

PENGENALAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah satu usaha kerajaan untuk membangunkan lagi taraf

pendidikan rakyat Malaysia. Falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau

pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis, berlandaskan daripada

ideologi Negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam laporan dan dasar pendidikan,

termasuk rukun Negara.falsafah pendidikan Negara ini akan menjadi suluh yang member pedoman

dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan tau di luar institusi

pendidikan. Sehubungan dengan ini falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti

oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek berkaitan dengan keperluan-

keperluan individu masyarakat dan Negara.

Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas laporan Akta pendidikan, Rukun

Negara dan ciri-ciri ideolgi serta kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan

Negara yang dinyatakan berikut adalah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.

“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan

potensi individu secara meneyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan

harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI) berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak mulia, bertangungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri

serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyrakat dan Negara.

Falsafah pendidikan kebangsaan dahulunya dikenali sebagai Falsafah pendidikan Negara.

Falsafah pendidikan kebangsaan digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah

pendidikan kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi

kepada usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan.

2

Page 3: Falsafah pendidikan kebangsaan

MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Kebangsaan (FPK) maka matlamatnya

adalah untuk melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari pelbagai aspek iaitu jasmani,

emosi,rohani, intelek dan sosial supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik dan berguna.

Dengan kata lain matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia

yang sempurna serta menghayati cirri-ciri berikut :

1. Percaya dan patuh kepada Tuhan.

2. Berilmu pengetahuan .

3. Berakhlak mulia.

4. Bertanggungjawab kepada diri, masyrakat ,agama dan negara.

5. Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

6. Memupuk perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum.

Matlamat lain Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan rakyat yang

bertanggungjawab dan boleh memenuhi kewajibannya sebagai seorang warganegara. Malaysia

adalah Negara hampir maju dan penduduknya semakin bertambah dari hari ke hari. Oleh itu

warganegara yang bertanggungjawab adalah diperlukan bagi membina warganegara Malaysia

Matlamat kedua ialah ingin menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksankan tugas secara produktif serta sempurna. Rakyat yang mahir

serta progresif mampu untuk membantu menaikkan taraf ekonomi Negara. Matlamat yang ketiga

ialah melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cinta kepada Negara. Taat setia kepada raja

adalah penting kerana akan dapat mengelakkan dari berlakunya pembelotan dan Malaysia tidak akan

dicerboh kerana penghianatan rakyatya.

3

Page 4: Falsafah pendidikan kebangsaan

Matlamat lain ialah melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip

Rukun Negara dan bersikap toleransi sesama rakyat untuk mewujudkan perpaduan berbilang

kaum.rakyat yang seniasa bertolak ansur adalah rakyat yang membawa perpaduan di dalam

Malaysia. Rakyat inilah yang dapat membentuk Negara Malaysia yang aman serta selamat. Rukun

Negara mempunyai lima pinsip yang menjadi teras kepada perpaduan Negara iaitu, kepercayaan

kepada Tuhan keprcayaan kepada Raja dan Negara, kepercayaan kepada perlembagaan, kepercayaan

kepada undang-undang dan kesopanan dan kesusilaan.

Selain itu, matlamat FPK ialah mengurangkan jurang perbezaan dari segi ekonomi sosial dan

peluan diantara kaum. Pada zaman dahulu terdapat jurang perbezaan yang besar antara kaum di

Malaysia. Perbezaan yang amat ketara dalam pendidikan antara kaum melayu,cina dan india. Kaum

cina lebih maju berbanding kaum lain di Malaysia. Oleh itu, sekolah amat berperanan penting dalam

merapatkan jurang antara kaum ini dalam menerapkan nilai-nilai murni kepada murid-murid.

4

Page 5: Falsafah pendidikan kebangsaan

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FALSAFAH

PENDIDIKAN KEBAGSAAN

Falsafah pendidikan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan.

Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk

merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat

pendidikan Negara.

Sehubungan ini, falsafah pendidikan kebangsaan digubal secara rapi dan telilti oleh pakar-

pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan

individu masyarakat dan Negara.untuk menggubal falsafah pendidikan kebangsaan yang boleh

memberi panduan dan bimbingan yang bermanfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor

berkaitan hendaklah dipertimbangkan dahulu. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi

pertimbangan asas semasa menggubal falsafah pendidikan kebangsaan ialah, faktor

agama,politik,ekonomi,sosial,individu dan sejagat.

Faktor pertama ialah faktor Agama, agama Islam merupakan agama rasmi bagi Negara

Malaysia. Di samping itu agama kristian, agama budha, agama hindu dan sebagainya juga bebas

dianuti mengikut undang-undang Negara. Agama-agama ini khasnya agama islam merupakan

faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam prosese penggubalan falsafah

pendidikan Negara. Unsure agama ini dapat dihayati daripada penyataan iaitu

“mewujudkan insane yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek (JERI)

berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan.”

Faktor seterusnya ialah faktor politik, sebagaimana yang telah diketahui umum Falsafah

Pendidikan Kebangsaan digubal berlandaskan kepada ideologi Negara yang dicerminkan dalam

dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di

dalam usaha memebentuk ideologi Negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam

menentukan dasar pendidikan Negara sehubungan ini matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi

pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Negara. Matlamat ini dapat

diperlihatkan daripada penyataan Falsafah Pendidikan Negara.

5

Page 6: Falsafah pendidikan kebangsaan

Selain itu, ekonomi juga adalah salah satu daripada faktor yang mempengaruhi

pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai

kemahiran dapat membantu Negara memperkembangkan ekonomi dengan meningkatkan daya

pegeluarannya. Tujuan ini dapat dicapai dengan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketerampilan, bertangungjawab,dan bekeupayaan untuk member sumbangan

terhadap kemakmuran Negara. Cita-cita memperkembangkan ekonomi Malaysia telah menjadi salah

satu matlamat pendidikan Negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Negara.

“melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab, dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.”

Seterusnya ialah faktor sosial, masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum.

Keharmonian dan kemakmuran Negara bergantung kepada amalan sikap toleransi,berkerjasama dan

hormat menghormati antara satu sama lain. Sikap yang positif ini adalah amat penting dalam usaha

mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan

sosial yang stabil. Tujuan mencapai perpaduan kaum telah menjadi salah satu matlamat pendidikan

yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu :

“melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia , bertanggungjawab,

berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”

Faktor individu juga adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pembentukan Falasfah

Pendidikan Kebangsaan. Potensi individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi

individu ini meliputi aspek-aspek jasmani,emosi,rohani dan intelek. Perkembangan potensi individu

secara menyeluruh dan bersepadu akan menjadi insane yang seimbang dan harmnis. insan yang

seimbang dan harmonis. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur,

sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang.

Cita-cita melahirkan individu yang seimbang dan harmonis merupakan pernyataan utama dalam

kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Faktor sejagat adalah faktor yang terakhir sekali yang termaktub dalam kandungan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan. Penggubalan Falsafah Pendidkan Kebangsaan pula tidak terpisah daripada

pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa. Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan

daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya keatas Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Contohnya, program pendemokrsian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan

6

Page 7: Falsafah pendidikan kebangsaan

pendidikan seumur hidup dirancang oleh UNESCO dalam tahun 1980-an telah dimanifestasikan

dalam penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu pendidikan di Malaysia merupakan usaha

yanga berterusan. Hal ini jelas mencerminkan konsep pendidikan seumur hidup.

Warganegara yang berketrampilan dan berilmu pengetahuan dapat direalisasikan andainya

diberi pendedahan awal tentang ilmu semasa di sekolah lagi. Oleh itu, sisitem pendidikan di

Malaysia perlu merangkumi aspek sejagat yang boleh melahirkan warganegara yang bertaraf

antarabangsa setaraf dengan Negara maju yang lain.

7

Page 8: Falsafah pendidikan kebangsaan

PERANAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Terdapat beberapa peranan yang digariskan dalam Falsafah pendidikan kebangsaan

antaranya ialah, peranan FPK di sekolah. Peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan murid dan guru yang cemerlang sekolah

merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas,

sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan

selanjutnya memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Peranan seterusnya ialah peranan FPK dalam aspek kepimpinan. Aspek pertama yang

perlu diambil perhatian ialah kepimpinan, pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang

penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam

pengurusan dan berhubung dengan guru dan juga murid, mereka bertanggungjawab

menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah membentuk visi dan misi sekolah

yang berlandaskan FPK. Selain itu pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti

budaya disekolah aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan

dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat fpk dapat direalisasikan. Perkembangan semasa

memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah- sekolah.

Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah

perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi

perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi,

kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan

menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu

mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah

menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan

pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah

mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta

kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan

pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational

leader..iaitu..sebagai..agen..transformasi..perubahan.

   Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan

yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia. Pemimpin sekolah

mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk 8

Page 9: Falsafah pendidikan kebangsaan

menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan

yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru

besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap..sesuatu

perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak

kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti

sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil

sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga

merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian

akademik murid..(Rutter..et..al,1979).

Peranan FPK dalam aspek budaya sekolah juga penting aspek kedua ini perlu diberi penekanan.

Budaya sekolah kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang

penting dalam merealisasikan FPK. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkam murid bebas

berinterkasi diantara murid dengan murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam

pelabagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra berasa tenteram

serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.

       Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim

ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih

berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan

berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi

empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek

penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan

sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap,

keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga..keindahan..sekolah. Dari

aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara

anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama,

rasa tanggungjawab,perpaduan,.kemesraan..dan..keadilan. 

9

Page 10: Falsafah pendidikan kebangsaan

Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti

semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai

contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti

Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya.

Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis

atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat

yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan

tabiat..membaca..yang..berterusan.

          Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa

secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk

meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan,

syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa.

Penggunaan bahasa kedua – Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat

FPK yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global.

Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan

menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek

jasmani, emosi, rohani dan intelek

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam merealisasikan FPK

termasuklah FPG yang digubal untuk guru. Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi

murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,

emosi dan jasmani. Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di

sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,

pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator,

iaitu..orang..yang..mendatangkan..pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti

menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu

pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan

disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid

mempunyai minat terhadap pelajaran itu.

Aspek terakhir ialah disiplin, sekolah sebagai egen sosialisasi utama bertanggungjawab

untuk membanteras maslah disiplin sehingga keperingkat akar umbi. Aklim dan persekitaran

sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek

10

Page 11: Falsafah pendidikan kebangsaan

jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan kemahuan FPK. Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai

kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada

disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri; juga kesanggupan seseorang

bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain,

mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai

semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang

membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.

11

Page 12: Falsafah pendidikan kebangsaan

ELEMEN-ELEMEN DAN UNSUR-UNS12-UR PENTING DALAM

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Antara elemen-elemen dan unsure-unsur penting dalam falsafah pendidikan kebangsaan

ialah pendidikan ialah satu usaha berterusan. Pendidikan adalah satu proses pemerolehan dan

pemindahan ilmu, kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlaku

secara berterusan bermula dari kecil sehingga ke akhir hayat. Pendidikan awal kanak-kanakyang

berda dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang dibentuk akan terus

berkembang sepanjang tempoh perseklahan. Setelah tamat persekolahan, setiap individu masih

terus meningkatkan ilmu, kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan bagi

membantu individu menyesuaikan diri dengan pelabagi perubahan. Elemen yang kedua ialah

perkembangan potensi individu. Setiap individu telah diberkati tuhan dengan bakat, potensi dan

kebolehan yang mungkin terpendam. Bakat, potensi,seelok-elknya dicungkil, dipupuk,

dikembangkan dan dipertingkatkan. Bakat, potensi dan kebolehan akan menjelma melalui

interaksi sosial denagan orang lain dan alam sekeliling. Pendidikan seharusnya member peluang

individu untuk berkembang bakat, potensi dan kebolehan mereka. Elemen yang ketiga ialah

perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu. Bakat poten dan kebolehan tidak

boleh dikembangkan secara berasingan sebaliknya dihubungkait atau diselarsakan bagi

mengelakkan pertentangan antara satu sama lain. Perkembangan dan peningkatan seelok-eloknya

merangkumi empat aspek iaitu jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).

Seterusnya elemen yang keempat ialah insane yang seimbang dan harmonis. Amat

penting bagi individu, memiliki ilmu,(intelek), sahsiah yang baik (emosi), percya kepada tuhan

serta mempunyai akhlak yang baik(rohani) dan kesihatan diri yang baik (jasmani), keseimbangan

antara keempat-empat aspek di atas akan menghasilkan individu yang mampu hidup secara

harmonisa dengan diri dan orang lain. Individu sedemikian memiliki ketahanan untuk

menghadapi segala cabaran hidup serta sanggup berhadapan dengan apa jua masaalah yang

timbul. Elemen kelima ialah unsur intelek, unsur intelek mempunyai kemahiran asas 3M,

membaca, menulis dan mengira,ianya berkemahiranuntuk berfikir secara kreatif, kritikal dan

reflektif, implikasinya, pelajar sanggup berkongsi ilmu dengan orang lain dan persekitaran.

Unsur rohani ialah elemen keenam.implikasinya, individuakan menyedari dan percaya pada

tuhan pada tuha selain bersyukur dengan pemberian tuhan. Individu juga akan berakhlak mulia

dan berpegang kepada nilai-nilai murni. Unsur emosi pula menyebabkan individu mempunyai

12

Page 13: Falsafah pendidikan kebangsaan

emosi yang matang dan stabil, individu itu juga akan memiliki dan memupuk perasaan kasih

sayang.

Elemen kelapan ialah unsur jasmani, individu akan menyedari tentang kepentingan

kesihatan fizikal, mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal disamping menggunakan

kemahiran kecergasan fizikal untuk memanfaatkan masyarakat. Kepercayaan dan kepatuhan

kepada tuhan ialah elemen kesembilan, elemen ini membantu individu untuk mengakui tentang

kewujudan tuhan dan menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakanperaturan yang

ditetapkan oleh tuhan, mengamalkan segala ajaran agama yang dianuti. Elemen seterusnya ialah

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, cintai ilmu pengetahuan dan berusaha memupuk

budaya ilmu dan budaya membaca, mempunyai fikiran yang luas dan terbuka.

Rakyat Malaysia yang berketrampilan ialah elemen yang kesebelas ia mempunyai

kecekapan dan kompetensi diri dan berkebolehan untuk menjalankan tugas dengan sempurna,

individu juga akan berpandangan jauh dan berinisiatif. Seterusnya ialah rakyat Malaysia yang

bertanggungjawab iaitu boleh dipercayai dan menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab

merupakan amanah dan harus dilaksanakan dengan baik. Menjalankan tugas dengan amanah,

bersih,dan cekap, mematuhi peraturan dan undang-undang Negara. Elemen yang ketiga belas

ialah rakyat Malaysia yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri berfikiran waras dan

berjiwa tenang, mempunyai ketahanan yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup. Elemen yang

keempat belas pula ialah rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian

masyarakat dan kemakmuran masyarakat dan Negara, individu akan berusaha untuk memupuk

perpaduan rakyat melalui sifat toleransi,bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan

sebagainya. Berusaha untuk memajukan ekonomi Negara berdasarkan dasar-dasar yang

ditetapkan.sering mengekalkan kestabilan politik dan keamanan Negara, mematuhi

paerlembagaan dan peraturan Negara. Meampertahankan maruah diri, profesion agama, bangsa

dan Negara.

Elemen yang keliam belas ialah berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Individu

mempunyai daya tahan fizikal dan mental yang tinggi dan berkebolehan untuk mengharungi

liku-liku hidup. Elemen yang terakhir ialah sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat,dan Negara. Individu akan menjadikan Rukun Negara sebagai amalan

hidup dan memupuk persefahaman keluarga. Mematuhi norma masyarakat dan cintakan Negara.

13

Page 14: Falsafah pendidikan kebangsaan

IMPLIKASI FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Elemen-elemen dan unsur penting dalam FPK ini member implikasi terhadap sisitem

pendidikan Negara. Antara implikasi yang telah digariskan ialah FPK adalah satu dokumen

rasmi yang menggariskan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan Negara ini serta matlamat

pendidikan yang jelas. Oleh itu, kandungan FPK hendaklah dihayati dan diusahakan oleh kaum

pendidik bagi memastikan kerajaan dan matlamat pendidikan tercapai. Dalam pada itu, amat

penting agar FPK dijadikan satu garis panduan dan rujukan kaum pendidik semasa mereka

melaksanakan tugas-tugas pendidikan serta fungsi-fungsi pendidikan masing-masing. Para

pendidikan juga hendaklah memainkan peranan dalam merealisasikan FPK. Dalam hal tersebut,

mereka hendaklah, bersifat terbuka terhadap perubahan yang pesat dalam bidang sains dan

teknologi terutamanya dalam bidang Teknlogi Maklumat dan Komunikasi. Sehubungan itu,

mereka seharusnya bersedia untuk membina ilmu dan kemahiran-kemahiran baru berkaitan

dengan pengajaran dan pembelajaran, kemudian berani dan sanggup melaksanakan inovasi

dalam proses pengajaran dan pembelajaran bilik darjah bagi mata pelajaran yang di ajar.

Selain itu, para pendidik perlu menyedari hakikat bahawa tugas dan tanggungjawab

mereka bukan hanya terbatas dan tertumpu kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja.

Malahan pembentukan modal insan itu juga perlu diberi perhatian yang serius. Adalah

diharapkan agar generasi muda menjadi individu yang berkembang secara menyeluruh dan

seterusnya berupaya menyumbangkan ilmu, kemahiran, masa dan tenaga mereka demi keluarga,

masyarakat dan Negara. Sebagai rumusan, jelas terbukti bahawa sekiranya setiap pendidik

berpegang kepada FPK dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab professional mereka, sudah

pasti matlamat dasar pendidikan Negara akan menjadi satu kenyataan, dan bukan satu impian

sahaja. Falsafah pendidikan kebangsaan dapat membantu sekolah dalam proses mewujudkan

sekolah berkesan. Sekolah rendah adalah tempat pendidikan awal anak-anak secara formal. Pada

zaman moden ini, sekolah menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan pendidikan yang

baik dan sempurna berbanding dengan rumah tangga dan keluarga. Di sekolah bermulanya

pembinaan peribadi dan kecermelangan seseorang pelajar. Menerusi pendidikan di sekolah,

terdapat perancangan dan pelaksanaan aktiviti pendidikan yang tersusun rapi bagi mencipta

kecermelangan bagi setiap pelajar.

14

Page 15: Falsafah pendidikan kebangsaan

STRATEGI MEREALISASIKAN FALSAFAH PENDIDIKAN

KEBANGSAAN

Strategi merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan memerlukan usaha daripada

kementerian pendidikan dan kaum guru.

Peranan kementeriaan pelajaran ialah, pendekatan strategi untuk merealisasikan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dinyatakan dalam buku dasar pembangunan pendidikan kebangsaan,

strategi ini merangkumi tiga bidang, iaitu pembangunan insan, pembagunan sumber pendidikan

dan penyelidikan dan pembangunan.

Pembangunan insan. Matlamat pembangunan insan ialah memperkembangkan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi pembangunan insan ini memberi penekanan-

penekanan berikut:

Penyediaan kurikulum yang relevan dengan mengubahsuai kandungan mengikut

keperluan semasa.

Penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan memperkenalkan sistem

teknologi yang canggih seperti ICT.

Penekanan kepada pendidikan agama dan moral dengan proses penerangan nilai-

nilai agama dan moral dalam semua peringkat persekolahan dan dalam semua

mata pelajaran.

Penekanan kepada sains dan teknologi dengan melahirkan lebih ramai tenaga

kerja dalam bidang ini.

Peningkatan peluang pendidikan melalui pelbagai bidangdan pendekatan

alternatif,misalnya pendidikan jarak jauh dan kursus profesional.

Pemupukan semanagat patriotisme melalaui penyerapan unsurnya dalam semua

mata pelajaran, di samping melalui aktiviti kokurikulum khidmat masyarakat.

Peranan seterusnya ialah pembangunan sumber pendidikan. Tujuan utama pembangunan

sumber pendidikan ialah menghasilkan sistem pendidikan yang berkualiti. Pembangunan

sumber pendidikan ini memberi penekanan-penekanan seperti, penyediaan input pendidikan

yang mencukupi, lengkap dan terkini dengan mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru,

prasarana serta program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa.

15

Page 16: Falsafah pendidikan kebangsaan

Seterusnya ialah pelaksanaan program pendidikan mengikut perancanagan dengan memastikan

bahawa Matlamat Pendidikan dan Rancangan Malaysia tentang keperluan tenaga mahir dapat

dicapai. Dan yang terakhir, peningkatan keberkesanan proses pengajaryang berkualiti serta

persekitaran pembelajaran yang kondusif,termasuk kemudahan internet dan bahan multimedia.

Peranan yang terakhir ialah, penyelidikan dan pembangunan (R&D). Tujuan ialah

menggalakkan usaha penyelidikan dan pembangunan adalah mengemas ilmu, membaiki serta

mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan dari semasa ke semasa. Sehubungan ini,

strategi menggalakkan penyelidikan dan pembagunan adalah memberi tumpuan kepada,

penyediaan tenaga pakar untuk penyelidikan dengan mengajar program latihan bagi guru

pakardan pegawai pendidikan untuk meningkatkan kemahiran menjalankan penyelidikan dalam

pendidikan. Selain itu, mencari sumber kewangan untuk membiayai projek penyelidikan dan

pembangunan dalam pendidikan. Seterusnyanya ialah merangka dasar pendidikan untuk

menggalakkan penyelidikan pendidikan.

16

Page 17: Falsafah pendidikan kebangsaan

PERANAN GURU DALAM MEREALISASIKAN STRATEGI

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Sewajarya, guru memainkan peranan penting dalam merealisasikan strategi kementerian

pelajaran Malaysia, demi dapat mencapai matlamat falsafah pendidikan kebangsaan dan misi

membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia serta menjadinya sebagai pusat kecermelangan

pendidikan di serantau.

Sehubungan ini, usaha guru dalam merelisasikan strategi kementeriaan pelajaran adalah

ditumpukan kepada penekanan-penekanan seperti, pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum

yang dapat berjaya memperkembangkan potensi murid dari aspek jasmani,emosi,rohani,dan

intelek (JERI) secara keseluruhan.dan bersepadu.

Selain itu, pelaksaan pengurusan dan pentadbiran dengan penyelengaraan prasarana

supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat digunakan secara licin dan optimum,

serta dalam keadaan yang baik dan selamat.

Pelaksanaan perhubungan dengan masyarakat melalui usaha mewujudkan perkongsian

pintar (smart partnership) di antara sekolah dengan masyarakat supaya melahirkan semangat

kerjasama demi dapat membantu pemabangunan sekolah, baik dalam sumber kewangan

mahupun tenaga yang diperlukan.

Sesungguhnya misi kementerian pelajaran malaysia selaras dengan matlamat pendidikan

kebangsaan, iaitu memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu, serta

membangunkan sistem pendidikan negara supaya menjadi pusat kecermalangan pendidikan

serantau dan bertaraf dunia meliputi komponen-komponen berikut :

Prasarana yang berkualiti.

Aplikasi teknologi yang canggih (ICT)

Warga pendidikan yang proaktif.

Kurikulum yang kemas kini dan bersesuaian dengan perkembangan terkini.

Peluang diadakan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D)

Ada dasar pendidikan terbuka.

17

Page 18: Falsafah pendidikan kebangsaan

Konklusinya, untuk mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan misi

kementeriaan pelajaran Malaysia, guru memainkan pearanan penting dalam perlaksanaan

strategi-strategiyang ditentukan seperti dihuraikan di atas.

18

Page 19: Falsafah pendidikan kebangsaan

RUMUSAN

Falsafah Pendidikan Kebangsaan matlamat dan misi kementerian pelajaran Malaysia

memberi tumpuan kepada perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan seimbang.

Penyataan-penyataan ini juga menggambarkan hasrat negara untuk mewujudkan satu sistem

pendidikan kebangsaan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. Justeru, usaha daripada semua

golongan pendidik harus berfokus kearah merealisasikan kehendak negara ini. Sebagai seorang

pendidik yang melaksanakan dasar pendidikan kebangsaan pada peringkat sekolah, guru harus

sentiasa berusaha meningkatkan taraf profesional dan mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran mereka untuk merancang dan menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang

boleh memanfaatkan murid. Kualiti murid yang dihasilkan oleh institusi pendidikan kita menjadi

petunjuk kepada kejayaan ataut kegagalan pendidikan kebangsaan.

19

Page 20: Falsafah pendidikan kebangsaan

RUJUKAN

Falsafah pendidikan di Malaysia (mok soon sang)

http://pelangipetang89.blogspot.com/2009/12/faktor-faktor-dalam-pembentukan.html

http://upu.mohe.gov.my/portal/arkib/fpk.php

http://amirgassi.blogspot.com/2011/05/falsafah-pendidikan-kebangsaan-matlamat.html

20

Page 21: Falsafah pendidikan kebangsaan

LAMPIRAN

21

Page 22: Falsafah pendidikan kebangsaan

22