asgnmnet falsafah pendidikan

Upload: chezzy-wedges

Post on 14-Jul-2015

628 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

BAB 1: PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN DAN KURIKULUM Rumusan Tajuk

FALSAFAH,

PENDIDIKAN,

FALSAFAH

Falsafah dan pendidikan merupakan dua disiplin ilmu yang berbeza tetapi mempunyai perkaitan yang sangat erat. Perkataan falsafah dalam bahasa Melayu sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu philosophy yang berakar umbi dari perkataan Yunani iaitu philosophia. Herakleitos merupakan tokoh awal yang menggunakan perkataan falsafah yang bermakna mencintai kebijaksanaan. Kebijaksanaan mempunyai hubungan langsung dengan

kebenaran.Selepas itu ramai lagi tokoh lain yang memberi pengertian kepada falsafah, namun dari segi intipatinya masih sama dengan mencintai kebijaksanaan. Dalam Islam, falsafah lebih dikenali sebagai hikmah. Persoalan hikmah menyentuh tentang kebijaksanaan manusia dan Ketuhanan. Kamus Dewan Edisi IV (2005) memberikan pengertian hikmah sebagai kebijaksanaan/ kecerdikan kurniaan Allah. Falsafah juga mencakupi undang-undang, iaitu apa yang seharusnya dilakukan oleh setiap orang dalam hubungannya dengan keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada beberapa pengertian falsafah yang dikemukakan dapat dirumuskan bahawa falsafah sangat berkait rapat dengan kehidupan manusia sendiri.

Memahami falsafah samalah seperti melihat sebuah rumah. Rumah ialah binaan yang mempunyai pelbagai ruangan dengan fungsi-fungsi yang berbeza. Sebagai contoh ruang tamu adalah untuk menerima kunjungan tetamu yang datang ke rumah. Manakala ruang makan adalah untuk tempat keluarga berkumpul dan menjamu selera. Ruang dapur sudah pasti menjadi tempat untuk menyediakan makanan dan bilik tidur pula menjadi tempat untuk berehat. Walaupun berbeza fungsi namun kesemua ruangan itu sama pentingnya dan saling diperlukan untuk menjadikannya sebuah rumah. Falsafah adalah bidang ilmu yang mempunyai empat cabang metafizik, epistemologi, aksiologi dan logik. Setiap cabang falsafah berfungsi untuk menyelesaikan persoalan yang berbeza. Metafizik membincangkan persoalan realiti, kesejagatan dan ketuhanan yang menyentuh tentang kebenaran dan kewujudan. Epistemologi membincangkan persoalan ilmu dari segi perolehan, jenis, sumber dan kesahan. Aksiologi membincangkan persoalan nilai yang terdiri dari etika dan estetika untuk keharmonian dan keseimbangan kehidupan manusia. Logik membincangkan persoalan membuat keputusan yang perlu diambil secara tepat dan berkesan yang membabitkan logik induktif dan logik deduktif.

Persoalan Falsafah pula membincangkan fungsi setiap cabang falsafah bagi menyelesaikan persoalan berkaitan untuk memahami dan mengungkap hakikat kebenaran. Penyelesaian kepada persoalan falsafah boleh diselesaikan dengan membahaskannya mengikut perspektif agama dan pemikiran. Perspektif agama meliputi Islam, Yahudi, Kristian, Hindu dan Budha. Manakala perspektif pemikiran berlandaskan pemikiran barat, timur dan Nusantara dan Melayu.

Penjelasan Istilah/konsep Bil Konsep Penjelasan berasal dari kata dasar rabba yang bermaksud mengasuh, memelihara atau memimpin. Ia diseertikan dengan makna memiliki, menguasai selain mendidik. Oleh itu perkataan tarbiah membawa makna yang luas kerana realitinya pengertian tersebut meliputi manusia dan semua makhluk Allah s.w.t.

Tarbiah

Tadib

berasal dari kata dasar addaba yang bermaksud mendidik adab atau membentuk akhlak. Dari segi terminologinya ta dib bermakna dalam proses mendidik atau membentuk, individu yang terdidik itu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan potensinya untuk membentuk peribadi, sikap dan sahsiah yang selaras dengan acuan yang ditetapkan oleh Allah s.w.t. Oleh itu perkataan ta dib hanya difokuskan kepada manusia sahaja.

Talim

berasal dari kata dasar allama yang bermaksud proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berkaitan dengan proses penterjemahan ilmu dalam bentuk teori dan praktik dari pendidik kepada pelajar.

Ilmu Wahyu

Kategori ilmu yang diturunkan oleh Tuna Pencipta yang maha kuasa untuk panduan kehidupan manusia yang menjadi umatnya menerusi orang perantaraan yang terpilih menerusi kitab-kitab dan risalahNya. Ilmu wahyu ini untuk mengenal Tuhan dan beribadah kepadaNya dan mencipta keharmonian dalam menguruskan dunia. Contoh: Kitab alQuran, Kitab Injil, Kitab Zabur dan Kitab Taurat.

Ilmu Akal

Kategori ilmu perolehan manusia menerusi keupayaan akal/ intelek berlandaskan ilmu wahyu untuk faedah kehidupan yang lebih sempurna dan bersesuaian dengan zamannya. Diciptakan manusia dengan kelebihan darjatnya kerana mampu berfikir. Ilmu Aqli ini terbahagi kepada pengetahuan empirikal, pengetahuan rasional, pengetahuan autoritatif, pengetahuan intuisi.

4. Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda Falsafah pendidikan tidak sekadar bertanyakan tentang asas metafizik, epistemologi dan aksiologi malah ia juga akan membincangkan berkaitan dengan pendidikan. Disamping itu, ia juga cuba memberi makna kepada konsep-konsep sejagat yang mendefinasikan proses pendidikan, konsep pendidikan, tujuan pendidikan, kurikulum, pembelajaran dan sebagainya. Tujuan atau matlamat pendidikan ialah untuk mengembangkan potensi individu dan mencapai kesedaran kendiri. Falsafah pendidikan merupakan pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi penyuluh dan pedoman kepada segala usaha mengembang dan memajukan pendidikan. Ia juga menjadi dasar dan pertimbangan asas untuk menentukan matlamat pendidikan Negara dan sebagai rujukan untuk membantu pendidik memahami sistem pendidikan Negara serta menghapuskan salah faham dan keraguan dalam melaksanakan tugasan pendidikan. Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dengan jelas menyatakan bahawa proses pendidikan merupakan satu usaha untuk membangunkan keseluruhan potensi individu yang merangkumi aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual berasaskan kepercayaan dan keyakinan kepada Tuhan (Rohana,2010). FPK berhasrat melahirkan insan yang berpegang teguh kepada agama (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1988). Dengan berpandukan FPK, segala usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada akan dapat dirancang, direformasi dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat pendidikan

Pendapat Anda Tentang Tajuk

Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengandungi idea dan pandangan yang rasional terhadap pendidikan. Fungsi asas falsafah pendidikan ialah memberi panduan dan haluan kepada pakar pendidikan untuk merancang atau mereformasikan sistem pendidikan berlandaskan idea, konsep dan matlamat pendidikan negara kita Malaysia.

Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan dengan mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara.Untuk menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbingan yang manfaat kepada segala usaha pendidikan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor( Mok Soon Sang:2000:89) yang mempengaruhi pertimbangan asas semasa menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah :-

1. Faktor agama yang dianuti oleh rakyat negara (Malaysia) 2. Faktor sosial yang meliputi struktur masyarakat dan kebudayaannya. 3. Faktor politik yang menentukan idealogi negara, dan seterusnya mempengaruhi dasar pendidikan. 4. Faktor ekonomi yang mempengaruhi matlamat pendidikan dalam usaha membawa pembangunan dan kemajuan negara. 5. Faktor individu yang berkaitan dengan keperluan-keperluan asas seperti keselamatan, perkembangan potensi dan penyempurnaan kendiri. 6. Faktor sejagat yang berkaitan dengan pandangan dan visi sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa.

Faktor Agama.

Agama Islam ialah agama rasmi bagi negara Malaysia.Di samping itu, Agama Kristian, Agama Buddha, Agama Hindu dan sebagainya juga bebas dianuti mengikut undang-undang negara.Agama-agama ini, khasnya agama Islam merupakan faktor-faktor yang penting sebagai pertimbangan asas dalam proses penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

2. Faktor Sosial. Masyarakat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Keharmonian dan kemakmuran negara bergantung kepada amalan sikap toleransi, bekerjasama dan hormat-menghormati antara satu sama lain.Sikap positif ini adalah amat penting dalam usaha mencapai perpaduan kaum yang merupakan kriteria yang paling penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil.

3. Faktor Politik Sebagaimana yang diketahui umum, Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan Pendidikan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara. Di dalam usaha membentuk idealogi negara, pengaruh politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan negara.Sehubungan ini, matlamat pencapaian perpaduan kaum menjadi pertimbangan asas dalam penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

4. Faktor Ekonomi. Rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai kemahiran dapat membantu negara memperkembang ekonomi dengan meningkatkan daya pengeluarannya.Cita-cita memperkembangkankan ekonomi Malaysia telah menjadi salah satu matlamat pendidikan negara yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).

5. Faktor Individu Potensi Individu dapat dikembangkan melalui proses pendidikan. Potensi individu ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani,emosi dan jasmani. Insan yang seimbang dan harmonis sentiasa mengamalkan sikap bersyukur, sentiasa menikmati ketenteraman jiwa serta bersedia menghadapi cabaran hidup dengan tenang. Ini merupakan pernyataan utama dalam kandungan FPK.

6. Faktor Sejagat

Penggubalan Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) pula tidak terpisah daripada pengaruh perkembangan sistem pendidikan antarabangsa.Sehubungan itu, idea-idea yang dihasilkan daripada seminar pendidikan antarabangsa pula membawa pengaruhnya ke atas Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK).Faktor sejagat yang berkaitan dengan pendangan dan visi

sedunia, perkembangan pendidikan antarabangsa dan keupayaan warganegara memberi sumbangan ke arah yang dapat membawa persefahaman antarabangsa. Misalnya, program pendemokrasian pendidikan, pensarwajagatan pendidikan dan pendidikan seumur hidup yang dirancangkan oleh UNESCO 1980-an.

BAB 2: ALIRAN FALSAFAH PENDIDIKAN SEBAGAI ASAS PEMBENTUKAN FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Rumusan Tajuk

Pendidikan tidak berdiri dengan sendirinya. Pendidikan merupakan interaksi di antara beberapa komponen dalam satu sistem untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Suatu bangsa yang bercita-cita besar dan luhur merupakan bangsa yang mulia dan bermaruah. Kemuliaan, keluhuran dan ketinggian martabat tidak mungkin dapat dicapai tanpa perjuangan dan idealisme. Idealisme pula tidak mungkin akan terpancar tanpa falsafah. Falsafah yang didokong oleh sesuatu bangsa merakamkan cita rasa, visi dan pandangan hidup yang ingin dicapai dan dijayakan. Falsafah hidup dan kehidupan cemerlang yang diidamkan tidak mungkin terserlah dan terlaksana tanpa pendidikan. Pendidikan yang sempurna dan berkualiti dapat menjamin pembentukan individu yang unggul. Dari individu yang unggul pastinya terbina keluarga, masyarakat dan negara yang gemilang. Demikianlah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang dibentuk pada tahun 1988 yang mengungkapkan cita-cita rakyat Malaysia secara keseluruhannya. Dari sudut sejarah, FPK lahir daripada proses yang panjang iaitu satu proses pembinaan bangsa dan negara Malaysia semenjak merdeka lagi. Hala tuju pendidikan perlu melihat ke hadapan kerana pendidikan itu sendiri adalah masa depan negara. Dengan syorsyor dari beberapa laporan dan penyata (Penyata Razak 1956, Laporan Rahman Talib 1961 dan Jawatankuasa Kabinet 1979) dan dasar-dasar kerajaan semasa (seperti Akta Pelajaran 1961, Rukun Negara dan Dasar Ekonomi Baru) maka satu bentuk falsafah pendidikan diformulasikan dan didokumentasikan pada tahun 1988 yang dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Negara (FPN). FPN tersebut kemudiannya disebut sebagi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dalam Akta Pendidikan 1996. FPK ini mengambil inspirasi daripada proses pembangunan bangsa dan negara. Apa yang digariskan dalam falsafah ini juga berkait rapat dengan perkembangan dunia dan pembangunan negara Malaysia yang berpaksikan kepada agama Islam. FPK tidak dibina secara tersendiri tetapi mempunyai acuannya. Acuan yang digunakan mengambil unsur-unsur yang terbaik dari aliran falsafah pendidikan barat iaitu perenialisme, progresivisme, esendialisme dan rekonstruksionisme yang mana setiap satunya berteraskan falsafah umum atau mazhab falsafah dari idealism, realism, pragmatism dan eksistensilisme

Peta MindaTokoh: R.M Hutchins, Mortimer Adler Prinsip: 1.pendidikan untuk mendapatkan kebenaran dan mencari kebanaran. 2.pendidikan adalah latihan untuk membentuk mental & intelektual 3.kebanaran diperoleh daripada karya agung sepanjang tamadun manusia Konservatif & tradisional Pegangan: ilmu yang terkumpul sejak awal peradaban manusiadijadikan asas pendidikan

Parenialisme

Tokoh: William Bagley, Thomas Briggs

Prinsip y y y Menyampaikan warisan budaya dan sejarah Diamalkan agar individu menjadi produktif Untuk menjadi insan yang baik pengaruh masyarakat penting Ilmu yang diperoleh bergantung kepada kerajinan pelajar

Pegangan y Esensialisme y Pengetahuan melalui teras yang terkumpul dan berkekalan buat beberapa lama Penetahuan bersamasama kemahiran, sikap, nilai perlu diketengahkan

y

Tokoh: Dewey, Kilpatrick, Johnson Prinsip Pegangan 1. pendidikan ialah proses yang mencorakkan manusia mengikut persekitaran 2. kanak-kanak bebas membesar 3.minat daripada pengalaman langsung adalah rangsangan yang baik 4.kerjasama yang erat antara sekolah & masyarakat 1. kelahiran manusia adalah suci Progresivisme 2. corak individu manusia bergantung kepada persekitaran dan masyarakat.

Sekolah 1.gerakkan perubahan sosial,politik, ekonomi 2.lahirkan warga yang dapat ubah & bangunkan masyarakat Pegangan: pembentukan semula masyarakat perlu dilakukan

Rekonstruksionalism e Prinsip: untuk pembaharuan perkara-perkara yang terdapat dalam sistem sosial

Guru 1.Agen perubahan dan penyelesaian maslah sosial 2.aktiviti pembelajaran membantu pelajar mengenalpasti bentuk masyarakat

Kurikulum: sains sosial, ekonomi

Penjelasan konsep/istilah Bil 1 2 3 4 5 Istilah/konsep Penjelasan/keterangan

4. Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda Sumbangan kurikulum essensialisme yang dapat dilihat dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia ialah guru sebagai model, penerapan nilai-nilai murni dalam setiap mata pelajaran, mata pelajaran di bahagikan kepada teras dan elektif dimana menggambarkan mata pelajaran penting dan kurang penting seperti pelaksanaan KBSM dan penekanan 3M dalam pelaksanaan KBSR. Pendidikan di Malaysia mempunyai matlamat untuk

menyatupadukan rakyat dan dapat membekalkan pekerja-pekerja mahir untuk pembangunan ekonomi Negara serta melahirkan rakyat yang berdisiplin. Ketiga-tiga matlamat ini merupakan kesan daripada fahaman essensialisme yang menganggap individu sebagai alat demi kepentingan pembangunan Negara daripada kepentingan individu.

5. Pendapat Anda Tentang Tajuk

Pendapat saya tentang tajuk aliran falsafah pendidikan sebagai asas pembentukan falsafah pendidikan kebangsaan ialah kerana sejarah dan perubahan yang berlaku dalam aliran-aliran falsafah pendidikan cukup menarik dan indah untuk dipelajari dan diambil iktibar. Ini membuktikan bahawa peranan pendidikan cukup besar dalam pembangunan manusia dan tamadun. Asas pemikiran aliran-aliran falsafah ini terdapat banyak perkaitan dengan falsafah pendidikan kebangsaan. Artikel ini membincangkan falsafah barat yang dijadikan sebagai asas kepada falsafah pendidikan. Oleh itu, persoalan yang ingin dijawab melalui penulisan ini ialah apakah implikasi-implikasi falsafah barat ke atas falsafah pendidikan kebangsaan kita. Apakah jenis implikasi falsafah barat yang boleh membawa kepada asas penggubalan falsafah pendidikan Negara. Ekoran daripada itu, satu analisis deskriptif berkenaan dengan implikasi falsafah barat ke atas falsafah pendidikan kebangsaan diberikan dengan lebih lanjut. Biar apapun aliran falsafah yang diikuti, yang pasti dan jelas matlamat falsafah pendidikan kebangsaan adalah dapat mendidik pelajar menjadi insan yang benar-benar baik dan sesuai dengan statusnya sebagai khalifah.

Falsafah barat memainkan peranan penting terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia. Falsafah pendidikan Kebangsaan mempunyai beberapa ciri-ciri yang diterapkan dari falsafah barat. Falsafah pendidikan barat terbahagi kepada dua bahagian iaitu falsafah tradisional dan falsafah barat. Falsafah tradisional pula diri daripada essensialisme dan parennialisme manakala falsafah moden terdiri daripada progressivisme dan eksistensialisme. Kedua-dua bahagian ini mempunyai mazhab-mazhab tertentu dan secara keseluruhannya penumpuan kesemua mazhab berdasarkan faktor kurikulum, peranan guru, kaedah mengajar dan peranan murid. Di dalam falsafah pendidikan barat terdapat mazhab yang memberikan penumpuan pembinaan insan yang berketerampilan dan aspek ini juga terdapat dalam falsafah pendidikan kita. Keempat-empat falsafah yang telah dibincangkan ini boleh dikatakan sebagai asas kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Walaubagaimanapun, falsafah-falsafah ini digabungkan dan diubahsuai mengikut keperluan Negara kita. Hanya mengambil aspek-aspek yang penting dan berguna sahaja yang diambil kira dalam penggubalan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan kebangsaan juga meletakkan kembali asas kepada perkembangan insan berjiwa kemerdekaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

BAB 4: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK): AMALAN DAN HURAIANNYA Rumusan Tajuk Falsafah pendidikan merupakan perkara penting dalam pelaksanaan sesuatu sistem pendidikan. Menurut Abd. Fatah Hasan (2001), falsafah pendidikan ialah suatu sistem kepercayaan, pegangan atau prinsip am yang membincangkan pelbagai hal mengenai pendidikan dan pengajaran yang patut dijalankan di sekolah atau di bilik-bilik darjah. Di Malaysia falsafah pendidikan menjadi nadi kepada pelaksanaan pendidikan kebangsaan iaitu sebagai dasar, hala tuju dan panduan kepada segala usaha yang dilakukan dalam sistem pendidikan, seterusnya bagi peningkatan mutu pendidikan negara setaraf dengan negara luar. Sehubungan itu Falsafah Pendidikan Negara (FPN) telah ditulis pada 1988 dan menjadi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) pada 1996 selaras dengan pewartaan Akta Pendidikan 1996. FPK juga menjadi teras kepada sistem pendidikan kebangsaan. FPK juga merupakan gambaran cita-cita serta hala tuju kepada semua usaha dan perjuangan rakyat Malaysia melalui proses pendidikan. Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang diberi perhatian ialah perpaduan kerana Malaysia merupakan negara yang unik kerana mempunyai rakyatnya dari kalangan berbilang kaum yang meliputi etnik pribumi iaitu Melayu, Iban, Kadazan serta lain-lain etnik pribumi. Selain ini kedatangan imigran dari egara luat ketika penjajahan telah menyebabkan kemajmukan rakyat Malaysia semakin ketara yang meliputi kaum Cina dan India. Agenda perpaduan ini terutamanya dilaksanakan melalui sistem pendidikan. Tragedi yang berlaku pada 13 Mei 1969 menjadikan usaha untuk merealisasikan perpaduan antara kaum di Malaysia semakin mendesak. Ekoran peristiwa berkenaan, beberapa langkah telah dilakukan oleh kerajaan seperti melaksanakan Dasar Ekonomi Baru yang bertujuan untuk menghapuskan kemiskinan dalam kalangan rakyat. Satu jawatankuasa telah ditubuhkan pada September 1974 bertujuan untuk mengkaji sistem pendidikan kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka. Jawatankuasa ini yang dinamakan sebagai Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan telah menyiapkan laporannya pada 1979 atau lebih dikenali sebagai Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Ekoran dari hasil laporan berkenaan, sistem pendidikan negara telah mengalami perubahan di mana Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah diperkenalkan. Pada peringkat awalnya, falsafah pendidikan yang dilaksanakan di Malaysia hanyalah dalam bentuk yang tersirat. Matlamat dan hala tuju pendidikan Negara

hanya berpaksikan kepada syor-syor yang terkandung di dalam Penyata Razak 1956, laporan Rahman Talib 1960 dan Akta Pendidikan 1961. Selepas Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, barulah falsafah pendidikan Negara yang tersurat dan tersirat dimaktubkan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) secara bertulis telah digubal pada tahun 1987 dan diperkenalkan pada tahun 1988. Pada tahun 1996 FPN telah disemak dan dimurnikan dan dinyatakan dalam Akta Pendidikan 1996 sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). FPK merupakan dokumen yang mempunyai agenda besar kepada negara. Apa yang hendak dicapai oleh negara pada masa depan terpapar secara tersurat dan tersirat di dalam FPK. Pendidikan secara berterusan berkaitan dengan sistem pendidikan yang dibina. Pelaksanaan pendidikan pula bergantung kepada struktur pendidikan yang disediakan. Pengisian pendidikan pula terkandung di dalam kurikulum yang dibentuk. Keberkesanan pendidikan berganting kepada pengurusan dan pentadbiran pendidikan dan kejayaan pelaksanaan pula terletak pada profesionalisme keguruan. Kejayaan menghadapi cabaran tersebut akan membolehkan pendidikan negara mampu keluar dari kepompong komuniti setempat kepada komuniti antarabangsa. Matmalat yang terkandung dalam FPK hanya boleh dicapai menerusi penglibatan dan komitmen para guru yang menjadi pelaksana. Secara Ringkas, peranan guru dalam melaksanakan FPK boleh dikategorikan kepada lima komponen yang saling berkaitan di antara satu sama lain iaitu komponen ketuhanan, komponen profesional, komponen pengajaran, komponen perundingan dan komponen penyelidikan. Berdasarkan pernyataan FPK, dapatlah dirumuskan bahawa proses pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan negara. Justeru itu, kesan akhir pendidikan adalah untuk pembangunan diri insan secara menyeluruh dan seimbang agar menjadi individu, ahli keluarga, ahli masyarakat dan warganegara yang berilmu, bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berbakti ke arah keluarga, masyarakat dan negara yang aman damai dan bersatu padu.

Peta MindaEmosi

Intelek

Potensi individu

Rohani

Jasmani

Riadah Menjaga Kesihatan badan Mengembangkan bakat dan kemahiran teknikal dan manipulatif Jasmani Memanfaatkan tenaga fizikal untuk berdikari Berusaha meningkatkan daya pengeluaran Gunakan tenaga fizikal bagi kepentingan masyarakat

Perasaan tenang dan tinglaku terkawal

Memiliki semangat dan perpaduan kekitaan

Emosi

Memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang

Menghargai serta menilai keindahan dan kesenian

Menyedari dan menginsafi

Menyedari dan menginsafi tanggungjawab

Rohani

Menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta

Membentuk akhlak mulia

Memupuk dan membina displin kendiri

Asas 3M

Mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu

Intelek

Manfaatkan ilmu untuk diri dan oranglain

Berfikir secara kritis dan kreatif

Penjelasan Istilah/konsep Bil 1 2 3 4 5 Konsep/Istilah Penjelasan

Impak Tajuk Ke Atas Perkembangan Ilmu Perguruan Anda Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaik mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Namun, kurangnya penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyebabkan sesuatu

pembelajaran itu tidak dapat disampaikan dengan baik di mana ilmu yang disampaikan itu tidak dapat diberi secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Ini turut mempengaruhi prestasi kerja seseorang guru itu kerana hasil pelajar yang dididik adalah penentu aras kepada prestasi kerja seseorang guru itu. Ini kerana apabila anak didiknya itu tidak terdidik secara menyeluruh, maka ilmu yang disampaikan itu gagal diterima oleh pelajarnya menyebabkan pelajar tersebut tidak seimbang diantara akademik, emosi, fizikal serta moralnya dan gagal mematuhi kehendak FPK. Oleh disebabkan demikian, guruguru yang kurang memahami FPK haruslah diberi perhatian. Pelbagai tindakan boleh diambil seperti mengadakan kursus serta penyeliaan berkala

Pendapat Anda Tentang Tajuk Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. " Daripada Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, dapat dihuraikan bahawa pendidikan di Malaysia adalah bagi memperkembangkan potensi di dalam individu secara menyeluruh dan bersepadu. Ini bermaksud, terdapat pelbagai potensi yang berbeza di dalam diri individu masing-masing yang boleh di gilap. Ini kerana, setiap makhluk yang diciptakan diatas muka bumi ini mempunyai keistimewaannya tersendiri. Namun usaha mengembangkan potensi seseorang itu haruslah dilakukan secara menyeluruh dan tergabung antara satu sama lain. Tujuan pengembangan ini adalah bertujuan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Intelek, rohani, emosi serta jasmani ini haruslah seimbang di dalam diri seseorang individu. Ini kerana, kepandaian intelektual seseorang itu tidak memadai jika akhlaknya rosak, emosinya terganggu serta kesihatannya terjejas. Pendidikan merupakan satu perjalanan bagi mencari kebenaran di mana guru itulah penyuluh kepada ilmu yang kabur di dalam nyata. Semasa proses ini, ianya akan membawa pelajar mengenal mana satu yang betul, mana yang salah. Ianya akan membuat pelajar serta guru itu faham akan ilmu logikal. Proses ini akan melahirkan rasa keindahan dikalangan pelajar dan guru dalam mencorak dunia selari dengan tugas manusia sebagai khalifah. Oleh yang demikian, bagi mencapai keseimbangan tersebut, manusia haruslah kembali mendampingi kepada Penciptanya serta alam semester iaitu Tuhan. Kerana kebenaran yang dicari datang daripadaNya. Apabila wujud insan yang seimbang intelek, rohani, emosi serta jasmaninya, maka lahirlah rakyat yang berilmu, bertanggungjawab mencapai kesejahteraan diri serta dapat menyumbang kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara. Apabila masyarakat sesebuah Negara berilmu, maka ilmu yang diperolehi itu boleh dimanfaatkan pada diri sendiri dan masyarakat sekitar sekaligus dapat mempertahankan kedaulatan dan kemakmuran Negara.

BAB 5: FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEBAGAI ASAS KEPADA PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN MALAYSIA Rumusan Tajuk Falsafah menetapkan matlamat, pendidikan merupakan proses dan pengisiannya adalah kurikulum. Kurikulum mengandungi ilmu untuk diwariskan yang meliputi pengetahuan, kemahiran, nilai dan budaya. Sebenarnya usaha mendefinisikan kurikulum telah berlaku sekian lama, bersama-sama munculnya istilah kurikulum itu sendiri. Pelbagai tokoh dan ilmuan memberikan definisi yang berbeza-beza dari segi penggunaan istilah, maksud, kategori, skop dan lapangan. Perkataan kurikulum sebenarnya diambil dari bahasa Inggeris iaitu curriculum. Manakala perkataan curriculum pula terbit dari perkataan Latin iaitu curir yang bererti pelari dan curere yang bererti laluan/ tempat berpacu. Hal ini bermakna kurikulum pada asalnya berkaitan dengan lapangan lumba kuda yang mana pelumba yang mengawal akan memacu kudanya dari awal hingga akhir mengikut laluan yang telah ditetapkan. Laluan tersebut kemudiannya digunakan dalam konteks pendidikan sebagai: Jurusan/program/aliran pengajian yang diikuti, Ruang tempat di mana pengajaran dan pembelajaran berlaku. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) memainkan peranan penting dalam pembangunan dan perkembangan kurikulum kebangsaan. Di sekolah pula Jawatankuasa Kurikulum Sekolah (dipengerusikan oleh Pengetuan/Guru Besar dan dianggotai oleh Penolong Kanan Kurikulum, Ketua Jabatan dan Ketua Panitia) memainkan peranan penting dalam merancang dan melaksanakan pelan tindakan ke arah peningkatan pencapaian dalam bidang akademik para pelajar. Bagi guru mata pelajaran, kurikulum dimengertikan sebagai mata pelajaran yang diajar berpandukan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) yang didasarkan kepada Sukatan Pelajaran yang dibekalkan oleh KPM. Kebanyakkan tokoh akademik membuat interpretasi sendiri tentang maksud kurikulum. Berdasarkan daripada pandangan beberapa orang tokoh dapat dijelaskan kurikulum ialah. Kebanyakkan tokoh akademik yang mentafsir kurikulum mengkelaskan kurikulum kepada skop dan kategori iaitu setiap kurikulum harus mempunyai matlamat atau objektif,kandungan, kaedah dan penilaian. Dapatlah dirumuskan bahawa definisi kurikulum yang ada mencakupi kandungan mata pelajaran yang perlu diajarkan kepada murid, kaedah yang berkesan untuk menyampaikan akan yang menjadi kandungan mata pelajaran dan penilaian terhadap sejauhmanakah apa yang diajar kepada murid benar-benar telah dikuasai.

Bagi mempastikan kurikulum berjaya dilaksanakan aspek perancangan merupakan intipati kejayaan. Kurikulum mestilah dirancang dan didokumenkan dalam bentuk maklumat dan prosedur pelaksanaan. Perancangan bermula dari peringkat mengadakan silibus hinggalah kepada peringkat implimentasinya di dalam bilik darjah meneruis Rancangan Pengajaran Harian. Kurikulum hanyalah dokumen jika tidak dilaksanakan menerusi pendekatan, kaedah, strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Isi kandungan mesti diketahui, difahami dan dihayati oleh murid-murid. Penyampaian ilmu, nilai dan budaya inilah dikenali sebagai proses penterjemahan terhadap perkara yang dirancang ke arah mencapai matlamat. Hasil dari apa yang dirancang dan proses yang dilaksanakan adalah kemenjadian insan mengikut apa yang dihasratkan. Terdapat empat jenis kurikulum kebangsaan di Malaysia iaitu Kurikulum Pra-sekolah, KBSR yang ditukar kepada KSSR mulai 2010, KBSM dan kurikulum Pendidikan Khas. Usaha mentranformasi kurikulum kebangsaan sudah bermula sejak 2007 apabila Kementerian Pelajaran mengambil inisiatif bagi menyediakan rakyat dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperlukan menerusi system pendidikan kebangsaan bagi mengupayakan pembangunan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu dan berimbang. Bermula tahun 2011, KSSR diperkenalkan dan mengisi proses tranformasi oleh KPM bagi memastikan sistem pelajaran Malaysia setanding dengan piawaian antarabangsa. Kurikulum baru ini diharapkan berupaya mencorak dan membentuk generasi yang memenuhi tuntutan FPK bagi menjamin kejayaan Negara menjadi sebuah negara maju mengikut acuan sendiri pada tahun 2020. Serentak dengan tranformasi kurikulum kebangsaan yang berlaku, sistem pentaksiran juga mengalami tranformasi. Pentaaksiran baru ini tidak lagi bergantung kepada peperiksaan berpusat semata-mata tetapi merangkumi pencapaian murid-murid secara total dan holistik. fungsi KSSR yang memberi fokus terhadap 4 kemahiran iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M). Dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, guru-guru disaran menggunakan pendekatan didik-hibur yang berpusatkan kepada murid agar menjadikan suasana pembelajaran menjadi sangat menyeronokkan. Pendidikan yang berkesan mestilah mempunyai hala tuju yang jelas dan bagaimana pelaksanaan dapat dioperasikan. FPK memberikan panduan bagaimana pendidikan negara mesti beroperasi mengikut bentuk dan proses-proses yang ditentukan ke arah matlamat yang hendak dicapai.

Peta MindaPERKEMBANGAN KURIKULUM

PERANCANG

PELAKSANA

PENILAI

Merancang dan menyediakan kurikulum.

Melaksanakan kurikulum melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Menilai keberkesanan kurikulum.

Objektif

Penilaian

Kandungan

Kaedah

Rajah 8: Model CIPP.

PENILAIAN KONTEKS

PENILAIAN INPUT

PENILAIAN PROSES

PENILAIAN PRODUK

PENYEDIAAN DAN PENSTURKTURAN KURIKULUM

PELAKSANAAN KURIKULUM

Rajah 2: Proses Rancangan Pengajaran.

KURIKULUM

:

rancangan pendidikan yang mengandungi subjek / kursus dalam sesuatu program.

SILIBUS ATAU MAKLUMAT KURSUS

:

rancangan bagi sesuatu subjek / kursus.

RANCANGAN KERJA

:

maklumat terperinci silibus / maklumat kursus.

RANCANGAN PENGAJARAN

:

rancangan bagi satu pelajaran / syarahan.

Penjelasan Istilah/Konsep Bil 1 Istilah/konsep Kurikulum PenjelasanSatu rancangan pendidikan yang dibentuk untuk suatu kumpulan pelajar bagi mencapai yang telah ditentukan. matlamat

2 3 4 5

KBSR KSSR KBSM Didik-Hibur Pendekatan didik-hibur yang digunakan dapat menjadi dorongan untuk murid terlibat aktif dalam setiap waktu pembelajaran selain menyerlahkan semangat kerjasama dan menghayati nilai-nilai murni ketika melakukan aktiviti kelas

Impak Tajuk Terhadap Perkembangan Ilmu Perguruan Anda Dari segi perkembangan kurikulum, peranan guru sekolah lazimnya dilihat lebih kepada pelaksana kurikulum atau 'curriculum implementor.' Ini kerana, kurikulum dan silibus telah disediakan oleh PPK dan tugas guru adalah menjalankan tugas pengajaran dengan berpandukan kepada kurikulum dan silibus yang telah disediakan oleh PPK. Perlaksanaan kurikulum sebegini adalah penting kerana bilangan sekolah yang banyak dan murid yang begitu ramai dan pada masa yang sama memastikan Falsafah dan Matlamat Pendidikan Negara tercapai.

Pendapat Anda Tentang TajukJenis kurikulum

Di samping kurikulum yang telah dinyatakan, tiga lagi bentuk kurikulum perlu diketahui oleh setiap pendidik iaitu ko-kurikulum (co-curriculum), kurikulum tambahan (extra curriculum) dan kurikulum tersembunyi (hidden curriculum).

1. Ko-Kurikulum

Aktiviti untuk menyokong kurikulum lazimnya dilakukan di luar kuliah. Aktiviti ko-kurikulum bertujuan membentuk personaliti dan sahsiah pelajar. Aktiviti kokurikulum adalah seperti pasukan beruniform, berbagai-bagai jenis sukan, persatuan dan sebagainya. Lazimnya aktiviti ko-kurikulum adalah diwajibkan kepada setiap pelajar.

2. Kurikulum Tambahan

Aktiviti yang dilakukan di luar kelas sebagai tambahan yang boleh menyokong kurikulum dan ko-kurikulum. Aktiviti yang lazim dilakukan seperti pertandingan bahas, drama, lawatan, perkhemahan dan sebagainya.

3. Kurikulum Tersembunyi

Sesuatu yang dipelajari atau diperolehi oleh pelajar secara tersirat dan tidak dinyatakan secara bertulis. 2.4. Perkembangan kurikulum

Perkembangan kurikulum melibatkan tiga proses utama iaitu Perancangan, Pelaksanaan dan Penilaian. Ini dapat dijelaskan seperti dalam Rajah 3.

Rajah 3: Perkembangan Kurikulum.

Perancangan

Perkembangan Kurikulum

Pelaksanaan

Penilaian

1. Perancangan

Perancangan kurikulum melibatkan tiga aktiviti utama iaitu: y y y menetapkan Falsafah, Visi, Misi institusi/ program. menentukan Matlamat dan Objektif. merekabentuk kurikulum.

2. Pelaksanaan

y

pelaksanaan ialah proses melaksanakan kurikulum yang telah dibentuk melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

y

pengurusan sumber dalam melaksanakan kurikulum berkenaan.

3. Penilaian

y y

melakukan penilaian terhadap keberkesanan kurikulum. merekabentuk semula atau menambahbaik kurikulum.

Rajah 5: Proses Perkembangan Kurikulum.

OBJEKTIF

KANDUNGAN

KAEDAH

PENILAIAN

2.6

Menentukan Objektif

Berdasarkan Model Tyler, langkah pertama dalam perkembangan kurikulum ialah menentukan matlamat dan objektif yang ingin dicapai, hasil daripada proses pendidikan.

Menurut Tyler, objektifnya hendaklah selaras dengan: y y y keperluan pelajar. keperluan semasa masyarakat. pandangan pakar dalam berbagai bidang berkenaan.

Bagi menentukan objektif yang dibentuk bersesuaian, ianya hendaklah dibentuk berdasarkan kepada: y y falsafah dan matlamat pendidikan yang dibentuk atau telah sedia ada. psikologi pelajar dari segi teori pembelajaran, kematangan pelajar dan sebagainya.

Objektif yang dibentuk pula perlu menerangkan dengan jelas: y y apakah yang hendak dicapai, bagi memudahkan proses penilaian. apakah perubahan yang ingin diperolehi oleh pelajar, bagi menentukan pencapaian objektif.

2.7

Pemilihan Kandungan

Menurut Tyler, pemilihan kandungan merupakan proses yang kreatif. Perancang kurikulum perlu memilih subjek, kandungan atau pengalaman pembelajaran yang perlu didedahkan kepada pelajar bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.

2.8

Kaedah Penyusunan Kandungan

Kandungan kurikulum yang telah dipilih hendaklah disusun dengan teliti agar dapat menghasilkan pembelajaran yang menyeluruh dan berkesan. Untuk tujuan ini, Tyler mencadangkan tiga prinsip dalam penyusunan kandungan:

y

Prinsip Kesinambungan Prinsip Kesinambungan atau Principle of Continuity bermaksud objektif atau kandungan yang penting hendaklah sentiasa diulang dan didedahkan secara berterusan dengan berbagai-bagai kaedah dan cara bagi menentukan ia dipelajari dengan menyeluruh.

y

Prinsip Ketertiban Prinsip Ketertiban atau Principle of Sequence menyarankan

pembelajaran hendaklah berterusan dan berturutan dengan berdasarkan pengalaman lalu, supaya pelajar berpeluang mempelajari sesuatu dengan lebih luas dan mendalam.

y

Prinsip Kesepaduan Prinsip Kesepaduan atau Principle of Integration menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna dan menyeluruh.

Pengalaman pembelajaran yang disusun berdasarkan ketiga-tiga prinsip tersebut akan dapat memastikan pengetahuan yang dipelajari kekal dan berkesan.

2.9

Penentuan Penilaian

Peringkat seterusnya ialah menentukan kaedah penilaian yang boleh digunakan untuk menentukan pencapaian objektif iaitu menentukan setakat mana objektif yang telah dibentuk tercapai. Penilaian boleh dilakukan dengan berbagai kaedah dan pada berbagai peringkat untuk mendapatkan bukti keberkesanan pembelajaran dan pencapaian objektif yang telah dinyatakan.

Maklumat yang diperolehi daripada proses penilaian boleh digunakan untuk menambahbaik kurikulum berkenaan.

Model Tyler merupakan model yang popular dan banyak digunakan dalam perkembangan kurikulum kerana; sistematik dan mudah digunakan. Ianya melibatkan empat langkah iaitu penetapan objektif,

pemilihan kandungan, penentuan kaedah penyusunan dan penyampaian, dan menentukan kaedah penilaian. Selain daripada itu model ini dianggap logikal kerana dimulakan dengan penentuan objektif

BAB

6:

PENGURUSAN

DAN

PERKEMBANGAN

KURIKULUM:

MEREALISASIKAN HASRAT FPK MENERUSI SUKATAN PELAJARAN DAN RANCANGAN PELAJARAN