assignment edu cco

9
1. Sejauh manakah teori-teori Kaunseling Kanak-kanak yang dipelajari di dalam mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak dapat membantu guru- guru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi murid- murid secara menyeluruh dan bersepadu. Mengikut Shertzer dan Stone(1968), kaunseling merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. atterson dan !isenberg (198") menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan se#ara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang memba$a perubahan klien pada akhirnya. ada pandangan saya, kaunseling merupakan merupakan proses pertemuan antara seorang kaunselor dengan seorang murid yang menghadapi masalah peribadi atau akedemik, dengan tu%uan membantu murid tersebut menyelesaikan masalah. &eori merupakan asas'asas kasar yang men%adi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. ( ee eok *heong, + 1+). Maka, saya boleh men%elaskan teori kaunseling sebagai rangka ru%ukan yang digunakan guru bimbingan dan kaunseling untuk memahami tingkahlakuklien, seterusnya meran#ang tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah klien. -alam penulisan akademik ini, saya hanya tertum kepada tiga teori saha%a iaitu teori ehavioris, &eori emusatan erseorangan dan &eo &erapi /asional !moti0. Menurut kamus de$an edisi keempat, potensi memba$a maksud kemampuan (men#apai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan dan keupayaan untuk berkembang ma%u. otensi murid'murid diperkembangkan se#ara menyeluruh dan bersepadu dapat dilihat melalui alsa0 endidikan ebangsaan (1988) yang memberi tumpuan serta menitikberatkan kepada lima aspek iaitu %asmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 2nsur %asmani ialah unsur 0izikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. erkembangan dan ke#erd 0izikal amat penting untuk ke#erdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. 2nsur emosi pula ialah berkaitan dengan %i$a individu yang mana memberi ka$alan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. erkembangan emosi yang sempurna mampu untuk menga$al tingkah laku yang baik. 2nsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan pen#iptanya. 2nsur rohani ini lebih men%urus kepada amalan keagamaan. 2nsur intelek berkaitan dengan daya ber0ikir. 3ntelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. 2nsur yang teakhir ialah sosial yang

Upload: chong-own

Post on 04-Nov-2015

20 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

re

TRANSCRIPT

1. Sejauh manakah teori-teori Kaunseling Kanak-kanak yang dipelajari di dalam mata pelajaran Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak dapat membantu guru-guru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu. Mengikut Shertzer dan Stone(1968), kaunseling merupakan proses interaksi yang membolehkan individu memahami diri dan situasinya. Patterson dan Eisenberg (1983) menghuraikan kaunseling sebagai proses pertemuan secara bersemuka di antara seorang kaunselor dengan kliennya yang membawa perubahan klien pada akhirnya. Pada pandangan saya, kaunseling merupakan merupakan proses pertemuan antara seorang kaunselor dengan seorang murid yang menghadapi masalah peribadi atau akedemik, dengan tujuan membantu murid tersebut menyelesaikan masalah. Teori merupakan asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. (Lee Keok Cheong, 2012). Maka, saya boleh menjelaskan teori kaunseling sebagai rangka rujukan yang digunakan guru bimbingan dan kaunseling untuk memahami tingkahlaku klien, seterusnya merancang tindakan yang bersesuaian untuk menyelesaikan masalah klien. Dalam penulisan akademik ini, saya hanya tertumpu kepada tiga teori sahaja iaitu teori Behavioris, Teori Pemusatan Perseorangan dan Teori Terapi Rasional Emotif. Menurut kamus dewan edisi keempat, potensi membawa maksud kemampuan (mencapai, menghasilkan, atau melakukan sesuatu), kebolehan, kekuatan, kesanggupan dan keupayaan untuk berkembang maju. Potensi murid-murid diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu dapat dilihat melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan (1988) yang memberi tumpuan serta menitikberatkan kepada lima aspek iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Unsur jasmani ialah unsur fizikal individu iaitu berkaitan anggota tubuh badan. Perkembangan dan kecerdasan fizikal amat penting untuk kecerdsan mental kerana ianya merupakan satu perkara yang amat berkait rapat. Unsur emosi pula ialah berkaitan dengan jiwa individu yang mana memberi kawalan kuat kepada semangat perpaduan dan sebagainya. Perkembangan emosi yang sempurna mampu untuk mengawal tingkah laku yang baik. Unsur rohani pula merangkumi unsur berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan penciptanya. Unsur rohani ini lebih menjurus kepada amalan keagamaan. Unsur intelek berkaitan dengan daya berfikir. Intelek penting kerana dengan unsur intelek, pelbagai masalah sukar dapat diselesaikan dengan tepat. Unsur yang teakhir ialah sosial yang berkaitan dengan kemahiran berinteraksi. Sosial penting kerana dengan adanya unsur sosial, murid dapat berkongsi pendapat dan melatih keyakinan diri. Semua unsur-unsur ini membantu dalam perkembangan potensi individu dan akan membawa kepada perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu. Jadi, sejauh manakah teori-teori Kaunseling Kanak-kanak dapat membantu guru-guru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi murid-murid secara menyeluruh dan bersepadu? Teori Humanistik yang diperkenalkan oleh Carl Rogers (1952-1987) percaya bahawa setiap individu mempunyai sumber bakat untuk mengurus diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menagani pelbagai masalah yang berlaku. Pada pandangan saya, saya berpendapat bahawa Teori Humanistik dapat memperkembangkan potensi murid dari segi intelek. Teori yang diperkenalkan oleh Carl Rogers ini tidak berpusatkan kepada kaunselor malah memberi sepenuh tumpuan kepada keupayaan klien untuk memikul tanggungjawab membuat keputusan. Oleh itu, kaunselor tidak menyoal, atau memberi nasihat, atau mentafsir pemikiran, perasaan dan tingkahlaku klien. Sebaliknya, kaunselor hanya mendengar secara aktif dan memberi dorongan yang wajar sepanjang sesi kauseling. Sebagai contoh ada seorang murid tahun 6 sedang mengalami tekanan diri dan konfik dengan kawan-kawannya. Kaunselor akan mengamalkan penerimaan positif tanpa syarat terhadap klien. Kaunselor cuba memahami dunia klien, perasaan-perasaan klien perlu dihayati dan dikomunikasikan kembali kepada klien supaya klien menyedari bahawa ada orang yang sedang mendengarnya dan memahaminya walaupun murid kelasnya tidak mendengar kepadanya. Suasana yang selamat dan aman ini akan menggalakan klien bercerita dengan lebih mendalam dan juga menerokai punca-punca yang meyebabkan beliau tidak ada ramai kawan dan seterusnya mencari langkah-langkah yang sesuai untuk mebina perhubungan baru dengan kawan-kawan sedarjah.Jadi, semasa proses mencari dan memikir langkah-langkah yang sesuai, murid akan memikir langkah penyelesaian yang paling sesuai. Ini secara tidak langsung juga telah memperkembangkan intelek murid. Selain itu, Selain itu, Teori Humanistik juga dapat memperkembangkan potensi murid-murid dari segi emosi dan sosial. Carl Rogers menjelaskan bahawa manusia berkebolehan untuk menangani perasaan, pemikiran dan tingkah laku masing-masing.Sifat negatif seperti marah dan benci memang wujud akibat daripada penafian keperluan seperti kasih sayang, keselamatan dan penerimaan. Sebagai contoh seorang murid tahun 5 berjumpa dengan kaunselor dan menyatakan masalahnya, guru perlu mengamalkan penerimaan positif tanpa syarat terhadap klien. Terlebih dahulu guru perlu memandang serius kepada kebimbangan dan perasaan murid. Selepas itu, kaunselor perlu mewujudkan suasana yang aman damai dan selesa untuk membolehkan murid tersebut menenangkan perasaan mereka sebelum sesi kaunseling dimulakan. Dengan adanya suasana yang selesa, murid dapat menyatakan masalahnya secara terbuka dan menyuarakan perasaan mereka dengan sepenuhnya tanpa menyimpan apa-apa rahsia mereka dan guru dapat mencuba untuk memberi cadangan kepada murid tersebut. Selain itu, kaunselor tidak boleh menghukum muridnya dan perlu mengganggap mereka sebagai seorang yang berhak diberi layanan yang sepatutnya. Melalui interaksi antara kaunselor dan murid, murid telah belajar bagainama untuk meluahkan perasaan sendiri dengan kaedah yang betul. Mereka mengetahui bahawa marah dan nangis bukan merupakan cara penyelesaian yang betul. Ini secara tidak langsung telah memperkembangkan potensi murid dari unsur emosi dan sosial. Bagi Teori Behavioris pula, potensi murid-murid juga dapat diperkembangkan secara menyeluruh dan bersepadu. Bagi ahli behavioris, manusia dilahirkan neutral dan mempunyai potensi yang sama untuk menjadikan baik atau jahat, bersifat rasional atau tidak rasional. Manusia juga mampu memberi respon terhadap ransangan yang sesuai dan apa yang telah mereka pelajari sahaja. Teori Pembelajaran Behavioris terbahagi kepada dua bahagian iaitu Teori Pelaziman Operan dan Teori Pelaziman Klasik. Teori Pelaziman Operan dipelapori oleh dua orang pengasas iaitu Thorndike dan Skinner manakala Teori Pelaziman Klasik dipelopori Pavlov dan Watson. Pada pandangan saya, saya berpendapat bahawa Teori Behavioris dapat memperkembangkan potensi murid dari segi intelek. Menurut Thorndike (1913), pembelajaran merupakan proses cuba-ralat atau memilih dan menghubungait. Dalam proses ini, oleh kerana latihan dilakukan secara berulang-ulang, gerak balas yang salah dihasilkan pada peringkat permulaan akan semakin berkurangan, perhubungan di antara rangsangan dengan gerak balasnya akan semakin bertambah kukuh. Sebagai contoh guru mengajar murid bagaimana untuk membuat soalan matematik yang melibatkan darab. Pada mulanya murid akan banyak melakukan kesalahan kerana masih belum menguasai kemahiran tersebut. Kaunselor atau guru perlu banyak memberi aktiviti latihan, ulangkaji, aplikasi serta pengukuhan dalam keadaan yang menyeronokkan sehinggalah murid dapat menguasai kemahiran tersebut. Dalam proses ini, potensi murid akan meningkat secara langsung dari segi intelek kerana mereka sudah menguasai kemahiran tersebut. Selain itu, Teori Behavioris juga dapat memperkembangkan potensi murid dari segi emosi. Menurut J.B Watson (1878-1958) yang terkenal dengan kajian emosi kanak-kanak dengan menggunakan Model Pelaziman Klasik, manusia mewarisi tiga jenis emosi semula jadi, iaitu takut, marah dan kasih sayang. Emosi manusia atau perubahannya dipelajari melalui proses pelaziman. Oleh itu, guru boleh memperkembangkan emosi murid dengan memupuk tingkah laku positif dengan rangsangan yang sesuai. Guru juga hendaklah menggunakan rangsangan yang boleh momotivasikan murid supaya berminat belajar, dan menggelakkan penggunaan rangsangan yang membawa kesan negatif. Sebagai contoh sebelum pelaziman, guru bahasa cina mengajar berpandukan buku sahaja. Murid menunjukkan gerak balas yang tak terlazim iaitu hanya dapat menunpukan perhatian bagi tempoh masa yang tertentu sahaja. Semasa pelaziman, guru mengajar dengan cara menarik (main peranan,penggunaan smartboard) untuk manarik perhatian murid. Selepas pelaziman, murid akan menumpukan perhatian secara automatik semasa kehadiran guru. Di sini guru telah berjaya memperkembangkan emosi murid supaya minat terhadap pembelajaran. Di samping itu, Teori Behavioris juga dapat memperkembangkan potensi murid dari segi rohani. Skinner (1904-1990) mengatakan bahawa apabila sesuatu gerak balas atau tingkah laku yang dihasilkan adalah memuaskan, peluang mengulang tingkah laku operan ini akan bertambah. Tingkah laku operan ini boleh diajar melalui peneguhan. Peneguhan positif ialah memberikan sesuatu ganjaran setelah perlakuan itu ditunjukkan yang menyebabkan perlakuan itu diulangi atau diperkuatkan lagi manakala peneguhan negatif ialah rangsangan serta merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberikan selepas sesuatu tingkah laku ditunjukkan. Semasa peneguhan diberi, potensi murid dari aspek rohani dapat diperkembangkan kerana nilai-nilai murni telah diberikan semasa peneguhan positif dan peneguhan negatif. Sebagai contoh, apabila murid membantu rakannya yang menghadapi masalah pembelajaran, guru akan memuji murid dan memberi ganjaran berbentuk sticker kepada murid tersebut. Murid-murid lain akan menunjukkan tindakan yang sama untuk membantu rakan mereka yang bermasalah untuk mendapat pujian dan ganjaran. Pada ketika itu nilai murni seperti saling membantu akan diterapkan dalam diri murid. Sebaliknya, guru akan menegur murid yang tidak membuat kerja rumah dan mengurangkan bilangan sticker murid tersebut. Dengan berbuat demikian, murid akan membuat kerja rumah setiap hari dan hantar tepat pada masanya untuk mengelakkan sticker yang mereka kumpul diambil oleh guru. Semasa guru menegur murid, guru menerapkan nilai kerajinan dan bertanggungjawab kepada murid. Ini secara langsung juga telah memperkembangkan potensi murid dari unsur rohani. Teori Rasional Emotif Tingkahlaku atau REBT dibentuk oleh Albert Ellies (1962) adalah berdasarkan kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya membetulkan fikiran yang tidak rasional. Menurut Ellis, manusia rasional dilahirkan ke dalam dunia yang tidak rasional. Manusia menjadi semakin tidak rasional apabila menerapkan idea-idea yang tidak rasional ke dalam sistem kepercayaan mereka. Proses kaunseling Rasional Emotif Tingkahlaku yang pertama ialah membina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar dan membina iklim yang kondusif. Proses yang kedua ialah kaunselor membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem model ABC. Proses yang ketiga ialah kaunselor membantu klien membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional dan kesannya.Proses yang terakhir ialah menggunakan teknik pertikai dari semasa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya. Jadi, pada pandangan saya, terapi rasional-emotif dapat memperkembangkan potensi murid dari segi intelek. Sebagai contoh pemikiran Richard tidak rasional. Dia seorang yang benci pada diri sendiri dan suka melakukan perbuatan yang merosakkan dirinya. Richard juga benci pada orang lain. Ini telah mengakibatkan reaksi orang lain terhadap Richard juga bersifat tidak rasional. Kaunselor memainkan peranan dengan membina iklm yang kondusif supaya kliennya mendedahkan tingkahlakunya di bawah sistem Model ABC. Pada masa ini, kaunselor membimbing klien untuk membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional. Di sini intelek murid dapat dikembangkan kerana mereka telah belajar bagaimana untuk membuat perbezaan dan mengetahui kesan negatif jika percayaan tidak rasional diteruskan. Selain itu, Teori Rasional Emotif Tingkahlaku juga dapat memperkembangkan potensi murid dari segi emosi. Sebagai contoh apabila Timothy gagal dalam UPSR, dia merasa bahawa dirinya sudah gagal dalam kehidupan. Akan tetapi dengan bantuan kaunselor yang membimbingnya menstruktur semula pemikirannya, maka Timothy akan cuba untuk mengatasi perasaan kecewa, dan cuba tumpukan perhatian kepada latihan dan ulangkaji. Dengan bantuan kaunselor, Timothy berjaya mempertingkatkan potensinya dalam pengawalan emosi dan mengurus emosi. Berdasarkan perbincangan di atas, amat jelas bahawa Teori-Teori kaunseling dapat membantu guru-guru sekolah di Malaysia pada hari ini untuk memperkembangkan potensi murid-murid secara meyeluruh dan bersepadu. Guru bimbingan dan kaunseling di sekolah disarankan untuk berpegang kepada teori kaunseling sebagai asas teoretikal dan rangka rujukan.

2. Jelaskan kepentingan kemahiran-kemahiran asas kaunseling yang boleh dilaksanakan di sekolah di Malaysia. Menurut kamus dewan edisi keempat, kemahiran boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan kepandaian melakukan sesuatu. Kaunselor yang ingin memberikan perkhidmatan kaunseling yang baik perlu menguasai serta menggaplikasikan beberapa kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kecekapan menguasai kemahiran-kemahiran ini sangat berguna ketika berhadapan dengan klien yang berada dalam ketidakseimbangan dalam psikologi. Dalam penulisan akademik ini, saya akan berfokus dalam menghuraikan kepentingan kemahiran-kemahiran asas kaunseling. Kemahiran pertama yang sering digunakan di sekolah ialah kemahiran memberi perhatian. Hasil Mehrabian (1971) mengatakan bahawa komunikasi bukan lisan menyokong apa yang diucap dan telah dibuktikan bahawa komunikasi bukan lisan menggambarkan situasi lebih tepat daripada komunikasi lisan. Antara komponen-komponen kemahiran memberi perhatian ialah gaya badan, tentangan mata, ekspresi muka dan gerak isyarat. Antara kepentingan kemahiran memberi perhatian ialah dapat menjalin hubungan dengan klien. Apabila seseorang murid mendapati kaunselor boleh memahaminya, maka dia akan meluahkan masalah dengan mudah. Selain itu, murid dapat merasakan bahawa kaunselor berminat untuk mendengar, dengan itu barulah murid akan memberitahu masalahnya kepada kaunselor. Di samping itu, murid juga boleh berasa selamat untuk meluahkan perasaan kepada kaunselor. Kontak mata antara kaunselor dengan murid memberi isyarat kepada klien bahawa kaunselor akan membantunya untuk menyelesaikan masalah. Tambahan pula, kemahiran memberi perhatian juga penting untuk menyemak permahaman dengan klien. Kaunselor boleh memerhati gerak isyarat yang ditunjukkan oleh kliennya. Sekiranya klien menunjukkan gerak isyarat yang negatif, maka guru perlu segera memperbetulkan atau menukar kaedah bimbingan. Sebagai contoh semasa Ahmad datang menjalankan sesi kaunseling. Pertama sekali kaunselor perlu menunjukkan muka yang berseri dan peramah dengan meminta Ahmad untuk duduk di kerusi. Kaunselor duduk condong ke hadapan dan membimbing murid untuk menyatakan masalahnya. Semasa Ahmad menyatakan masalahnya, kaunselor menggunakan kontak mata dengannya, sekiranya Ahmad berasa malu, maka kaunselor mengelakkan pertembungan mata. Semasa Ahmad menyatakan masalahnya, kaunselor perlu memerhati gerak isyarat yang ditunjukkan oleh Ahmad. Sewaktu situasi kaunseling, masa digunakan untuk mendengar berlaku lebih banyak daripada berucap dan respons, terutamanya di dalam peringkat awal sesi kaunseling. Justeru, kita seharusnya belajar kemahiran mendengar dengan berkesan sebelum bertindak membantu murid menyelesaikan masalahnya. Cara untuk mendengar ialah mendengar secara aktif dengan memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor seharusnya berusaha untuk merasakan apa yang dirasai oleh klien. Kaunselor perlu memastikan tiada sebarang gangguan wujud sehinggalah kliennya habis bercakap. Egan (1975) menyatakan kaunselor perlu mendengar setiap perkataan yang diberitahu oleh klien supaya memperolehi struktur empati yang tepat. Antara kepentingan-kepentingan kemahiran mendengar ialah dapat membekalkan lebih banyak maklumat untuk perbincangan dan tindakan lanjutan. Ini kerana mendengar merupakan saluran yang paling penting untuk mendapatkan maklumat mengenai masalah yang dihadapi oleh klien. Selain itu, kemahiran mendengar juga mempunyai kesan terapeutik. Murid akan memberitahu masalah dan perasaannya kepada seorang kaunselor yang mendengar dengan aktif. Sebagai contoh semasa sesi kaunseling dijalankan, kaunselor menumpukan sepenuh perhatian untuk mendengar masalah Raju dan menunjukkan sikap empati terhadapnya,maka Raju pun memberitahu kaunselor bahawa dia sangat sedih kerana memperolehi keputusan yang tidak memuaskan dalam peperiksaana akhir tahun. Dia takut akan dimarah oleh ibu bapa dan mengharapkan bantuan daripada kaunselor untuk membantunya. Di samping itu, kemahiran mendengar juga dapat merangsang penerokaan diri. Murid akan mula menerokai masalah yang dihadapinya dengan lebih mendalam setelah kaunselor memberi respons empati. Tambahan pula, kemahiran mendengar penting supaya kaunselor dapat menganalisis masalah dengan betul dan seterusnya memilih teori kaunseling yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi murid. Seterusnya marilah kita membincangkan tentang kemahiran konfrontasi. Kebanyakan murid suka dipuji daripada dikonfrontasi, terutamanya tentang perkara-perkara seperti tepat masa, kerja rumah dan tingkahlaku seseorang individu. Menurut Patterson & Welfel (2000), kemahiran konfrantasi merupakan satu kemahiran yang yang paling kontroversial kerana secara terminologinya ia merujuk kepada konflik atau serangan terhadap percanggahan yang nyata. Oleh itu, kaunselor perlu berhati-hati semasa menggunakan konfrontasi supaya klien dapat menerimanya. Antara kepentingan-kepentingan menggunakan konfrontasi ialah dapat mempercepatkan proses kaunseling kerana dapat menimbulkan kesedaran dalam diri murid dengan cepat. Kaunselor tidak perlu membuat persediaan seperti menyediakan persekitaran yang kondusif dan sebagainya. Selain itu, anyak murid pada masa kini mempunyai masalah tingkah laku tidak setimpal dengan kata-kata mereka. Oleh itu, konfrontasi penting untuk mendorong murid supaya mengubah tingkah laku agar setimpal dengan kata-katanya. Sebagai contoh guru tersempak dengan Wai Teck dan menyoal Tadi anda kata anda ingin berjaya, tetapi nampaknya anda langsung tiada persediaan untuk berjaya. Dengan berkata demikian, maka Wai Teck pun berasa segan lalu balik ke rumah untuk belajar supaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Kemahiran asas yang keempat ialah kemahiran memberi maklumat. Kemahiran ini sangat penting dalam proses kaunseling dan komunikasi. Klien bersedia untuk mendengar dan memahami keberkesanan maklumat yang disampaikan amat penting. Oleh itu, kaunselor wajar mempelajari kemahiran memberi maklumat supaya maklumat dapat disampaikan dengan tepat, jelas dan bersesuaian dengan situasi klien. Terdapat beberapa keadaan yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu maklumat itu disampaikan. Antaranya ialah kelayakan memberi maklumat, bentuk maklumat yang perlu disampaikan, bila maklumat perlu diberikan dan jumlah maklumat yang perlu disampaikan. Antara kepentingan kemahiran menyampai maklumat ialah murid yang lemah dalam kelas lebih berkeyakinan kerana kaunselor banyak memberi mereka maklumat dan nasihat. Selain itu, kemahiran menyampaikan maklumat penting kerana murid akan dapat memahami semua maklumat yang diterima. Ini kerana maklumat yang hendak disampaikan kepada murid akan melalui beberapa pertimbangan seperti penggunaan bahasa, kesediaan murid dan sebagainya supaya sesuai dengan tahap murid. Sebagai contoh sebelum kaunselor memberitahu Siti cadangan untuk menyelesaikan masalah, kaunselor perlu memastikan dia sudah bersedia untuk menerima maklumat dan tidak menunjukkan ekspresi muka yang tidak selesa. Sekiranya ada, maka kaunselor perlu mencari masa yang lain untuk menyampaikan maklumat tersebut. Kelima ialah kemahiran berempati yang bermaksud kaunselor dapat membayangkan kebimbingan klien, merasai pengalaman dan perasaan klien tanpa mengalami pengalaman klien yang sebenarnya (Hogan ,1991; Sepora Sipon 2003). Apabila seseorang berasa sedih atau tertekan, kita hendaklah cuba berempati dengannya. Kemahiran ini penting kerana bukan sahaja dapat membantu guru kaunselor memahami perkara yang dinyatakan oleh klien tetapi dia juga merasai perasaan yang dialaminya. Selain itu, kaunselor yang menunjukkan empati dapat membina hubungan dengan klien. Ini kerana apabila murid atau klien mendapati kaunselor berusaha untuk memahaminya, maka dia akan meluahkan masalahnya dengan mudah. Di samping itu, kemahiran berempati penting kerana memberi peluang kepada murid untuk meneroka situasi yang dihadapinya dengan lebih mendalam. Dengan itu, masalah yang dihadapi oleh murid dapat diselesaikan dengan mudah dan berkesan. Tambahan pula, kemahiran empati dapat melicinkan komunikasi kerana empati menggalakkan klien berakap dengan lebih lanjut kerana dia berasa kaunselor telah memahaminya. Selain itu, kemahiran empati melambatkan kaunselor untuk memberi nasihat terlalu awal, dengan itu klien berpeluang untuk memikir strategi yang boleh digunakan dalam penyelesaian masalah. Murid bukan sahaja dapat menyelesaikan masalah dengan kebolehan diri sediri, malah dapat meningkatkan kemahiran berfikir dan tahap kognitif murid. Sebagai contoh, semasa Shellien datang untuk berjumpa dengan kaunselor untuk menyatakan bahawa dia dibuli oleh rakannya, kaunselor menunjukkan empati terhadap keadaannya dan cuba untuk mamahami dan merasai apa-apa yang dirasai oleh klien. Pada masa ini klien diberi masa untuk memikir cara penyelesaian. Kaunselor memberi bimbingan yang wajar supaya masalah klien tersebut dapat diselesaikan dengan kebolehan klien itu sendiri. Kesimpulannya, agak jelas bahawa sesi kaunseling merupakan satu proses yang berdasarkan tahap-tahap tertentu. Guru bimbingan dan kaunseling perlu menggunakan kemahiran-kemahiran asas yang sesuai mengikut dinamika yang berlaku dalam setiap tahap. Dengan itu maka perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang ditawarkan di sekolah rendah akan mencapai kecemerlangan sepertimana yang dihasratkan oleh semua.