assignment buruh

33
GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia 1.0 Pengenalan Kesatuan sekerja merupakan suatu bentuk pertubuhan dalam tred, pekerjaan atau industri tertentu yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi pekerja atau anggotanya melalui perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja dam memainkan peranan yang penting dalam perhubungan industri. Ianya pertubuhan yang tidak sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Secara umumnya, kesatuan sekerja ini berfungsi sebagai ‘orang tengah’ untuk mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan tuntutan perkeja dan majikan sekaligus mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja. Selain itu, melalui kesatuan sekerja, pekerja juga akan menikmati faedah-faedah tertentu yang dituntut oleh kesatuan seperti mana persetujuan yang dicapai dalam perjanjian bersama tanpa mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak. 2.0 Definisi Kesatuan Sekerja 1 194707

Upload: sharfielaz

Post on 22-Jan-2016

1.801 views

Category:

Documents


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

1.0 Pengenalan

Kesatuan sekerja merupakan suatu bentuk pertubuhan dalam tred, pekerjaan atau industri tertentu

yang berfungsi sebagai badan yang menjaga dan melindungi pekerja atau anggotanya melalui

perundingan dan perjanjian bersama dengan majikan demi menjamin hak dan faedah pekerja

dam memainkan peranan yang penting dalam perhubungan industri. Ianya pertubuhan yang tidak

sahaja terhad kepada pekerja-pekerja biasa malahan termasuk mereka yang berada dalam

kategori pengurusan, penyelia, eksekutif dan sebagainya. Secara umumnya, kesatuan sekerja ini

berfungsi sebagai ‘orang tengah’ untuk mengatasi pelbagai masalah yang melibatkan tuntutan

perkeja dan majikan sekaligus mengimbangi perbezaan kedudukan antara majikan dan pekerja.

Selain itu, melalui kesatuan sekerja, pekerja juga akan menikmati faedah-faedah tertentu yang

dituntut oleh kesatuan seperti mana persetujuan yang dicapai dalam perjanjian bersama tanpa

mengira sama ada dia adalah ahli kesatuan ataupun tidak.  

2.0 Definisi Kesatuan Sekerja

Seksyen 2(1) Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bermaksud seperti berikut:

"…apa-apa perhubungan atau gabungan pekerja-pekerja atau majikan-majikan yang menjadi

pekerja di mana tempat pekerjanya adalah di Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak mengikut

mana yang berkenaan."

a) dalam mana-mana pertubuhan, tret, pekerjaan atau industri yang tertentu atau dalam apa-

apa industri yang serupa;

b) sama ada secara sementara atau tetap; dan

1 194707

Page 2: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

c) yang mempunyai antara tujuan-tujuannya satu atau lebih daripada tujuan-tujuan

berikut…….”

Akta-akta yang berkaitan pula ialah:

1. Perkara 10(1)(c) Perlembangaan Persekutuan menjamin hak warganegara untuk

menyertai persatuan.

2. Akta Perhubungan Perusahaan (APP) 1967 seksyen 4 dan 5 yang memperuntukkan

jaminan hak pekerja. Seksyen 4 menjamin kebebasan kedua belah pihak iaitu tidak boleh

ada campur tangan atau ancaman daripada pihak yang satu lagi berhubung hak untuk

menubuhkan atau menyertai atau terlibat dalam aktiviti kesatuan pekerja. Seksyen 5(1)

(a), 5(1)(b), 5(1)(c), 5(1)(d) dan 5(1)(e).

3.0 Sejarah Penubuhan Kesatuan Sekerja

Sejarah penubuhan kesatuan sekerja bermula di Britain semasa revolusi industry berlaku hasil

daripada perkembangan pesat pembukaan kilang dalam pelbagai bidang dan cabang industri.

Kesatuan sekerja mula mendapat hak pada tahun 1915 seterusnya menjadi ikutan di seluruh

dunia sehingga kini.

Perkembangan undang-undang perindustrian di Malaysia berlaku dalam dua peringkat iaitu

sebelum tahun 1940 dan selepas perang dunia ke-2. Tiada undang-undang buruh atau kesatuan

sekerja diperkenalkan walaupun pada masa itu Parlimen England telah pun menggubal Akta

Kesatuan Sekerja sendiri. Para pekerja ladang getah dan pelombong bijih timah yang terdiri

daripada masyarakat India dan Cina sekitar 1920-an tidak mengambil berat berkenaan kesatuan

sekerja kerana kurangnya pendedahan terhadap penglibatan dalam kesatuan sekerja disamping

taraf penempatan mereka di Tanah Melayu pada waktu itu hanyalah sementara. Walau

2 194707

Page 3: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

bagaimanapun, keadaan menunjukkan perubahan apabila pekerja Cina mula melibatkan diri

dalam berbagai-bagai persatuan dan petubuhan yang dipengaruhi oleh komunis di China.

Penglibatan kaum Cina dalam berbagai-bagai persatuan secara tidak langsung menghasilkan

suatu bentuk kerjasama dengan komunis. mewujudkan pergerakan buruh yang mula menuntut

hak-hak tertentu melalui beberapa peristiwa mogok yang berlaku pada masa itu. Sungguhpun

undang-undang kesatuan sekerja yang pertama telah diluluskan pada tahun 1940 di Negeri-

negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu, ianya tidak dapat dilaksanakan kerana

berlakunya pemerintahan Jepun.

Undang-undang dan pergerakan buruh mula menunjukkan perubahan selepas perang dunia

berlaku. Pertikaian dan mogok buruh semakin menjadi jadi akibat kekurangan makanan, inflasi,

kemiskinan. Mereka menuntut makanan, beras, kenaikan harga bijih, getah dan lain-lain. Pada

tahun 1946, Enakmen Kesatuan Sekerja 1940 dilaksanakan dan dikuatkuasakan ke seluruh Tanah

Melayu dan kemudian mewajibkan setiap kesatuan sekerja didaftarkan dengan Pendaftar

Kesatuan Sekerja. Sebuah Jabatan baru ditubuhkan bagi mengendalikan urusan pendaftaran dan

penyeliaan aktiviti kesatuan. Jabatan Penasihat Kesatuan Sekerja turut diwujudkan bagi

memberi khidmat nasihat berkenaan kesatuan sekerja. Kesatuan Sekerja Pan-Malayan

Kebangsaan kemudiannya diwujudkan yang mana sebilangan besar anggotanya dipengaruhi oleh

komunis.

Kerajaan British akhirnya membuat beberapa pindaan ke atas Enakmen Kesatuan Sekerja

berikutan peningkatan angka mogok dan pergerakan buruh yang lebih bermotifkan politik pada

tahun 1948. Ianya dipinda bagi menyekat keanggotaan kesatuan sekerja kebangsaan di samping

mengenakan syarat dan peraturan baru terhadap kesatuan yang sedia ada. Akibatnya aktiviti Parti

Komunis Malaya melalui kesatuan sekerja menjadi semakin lemah. Semenjak itu, pengawalan

3 194707

Page 4: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

undang-undang terhadap kesatuan sekerja masih diteruskan walaupun selepas Malaysia

mencapai kemerdekaan. Ia bertujuan menghalang kesatuan sekerja daripada disalahgunakan bagi

perkara-perkara yang boleh mengancam dan menggugat keselamatan dan kemajuan ekonomi

negara.

Pada hari ini Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Disemak 1981) digunakan oleh semua kesatuan di

seluruh Semenanjung Malaysia dan kemudian diperluaskan ke Sabah dan Sarawak pada tahun

1965.

4.0 Peranan dan fokus kesatuan sekerja

Kebajikan pekerja menjadi fokus kesatuan sekerja kerana banyak perkara yang melibatkan

pekerja. Antaranya ialah:

perubahan struktur pekerjaan, terma dan keadaan pekerjaan.

pembangunan sumber manusia.

mobiliti antara kerja secara mendatar dan menegak.

kesihatan dan keselamatan pekerja.

kualiti kehidupan pekerja dan keselamatan sosial (PERKESO)

Balakrishnan (2003) menyatakan fokus kesatuan sekerja adalah seperti berikut:

Memperluas ruang antara pembahagian pendapatan dengan kekayaan dalam

masyarakat

Memperkembang sektor informal dalam pasaran buruh

Kemerosotan keselamatan dalam sistem pekerjaan, upah benar dan faedah

minimum pekerja menurut kehendak undang-undang

Isu pengangguran dan guna tenaga

4 194707

Page 5: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Peningkatan dari segi kadar kemiskinan

Hilangnya ciri demokrasi dan juga hak kesatuan sekerja di tempat kerja

Penswastaan tanpa mengambil kira kesan-kesan sosial terhadap golongan pekerja

Peningkatan marginal pekerja terutamanya pekerja wanita, golongan pekerja asing

dan peningkatan buruh kanak-kanak dalam pasaran buruh.

Peranan kesatuan sekerja adalah mengikut kesatuan masing-masing. Sebagai contoh, Awang

Abdullah (2002) menegaskan bahawa perjuangan MTUC adalah lebih tertumpu kepada:

a. hak gaji minimum

b. hak pekerja

c. pembangunan kemahiran dan buruh asing

d. piawaian keselamatan dan kesihatan pekerja

e. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

5.0 Motif menyertai kesatuan sekerja

Kuasa pekerja yang dikumpulkan daripada individu dalam usaha mendapatkan faedah dan

manfaat dari majikan memberi manfaat kepada setiap ahli dalam perundangan ekonomi,

perundangan kerja, perubahan sosial dan kepuasan diri sekaligus memenuhi tuntutan peribadi

mereka dari majikan masing-masing. Maimunah (2007) menyatakan tiga motif utama pekerja

ingin melibatkan diri dalam kesatuan pekerja iaitu:

Motif Ekonomi

Motif Sosial

Perlindungan Hak

5,1 Motif ekonomi

5 194707

Page 6: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Dorongan dan harapan ke arah kehidupan yang lebih baik menjadi pilihan pekerja dan

cara untuk mendapatkan apa yang diingini ialah dengan menyertai kesatuan sekerja yang

ditubuhkan. Dengan menyertai kesatuan, mereka dapat memperbaiki syarat-syarat

perkhidmatan pekerjaan yang lebih baik dan memuaskan di samping menyuarakan

pendapat mereka masing-masing terhadap pentadbiran dan faedah yang mereka perolehi.

Contohnya tuntutan kenaikan gaji oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam

Perkhidmatan Awam (CUEPACS) awal tahun yang lalu telah menyebabkan kerajaan

bersetuju untuk menaikkan kadar gaji baru kepada kakitangan kerajaan seluruh negara.

Peningkatan kuasa perundingan hasil daripada penyatuan dan penggabungan pekerja

untuk berunding secara kolektif dengan majikan berkaitan syarat-syarat pekerjaan yang

lebih baik. Faedah yang ditawarkan oleh majikan boleh dinikmati seperti ;

MTUC yang menyediakan pendidikan kesatuan dan latihan

NUEB menyediakan perlindungan insuran

NUPW memberi biasiswa kepada anak-anak ahli, dan

NUPCIW menyediakan pampasan kepada keluarga ahli yang meninggal dunia,

banjir, kebakaran atau mala petaka yang lain.

5.2 Motif sosial

Hidup secara berkesatuan menjadikan setiap individu merasa diri mereka mendapat

sokongan dan bantuan. Justeru, dengan menyertai kesatuan, mereka akan dapat

memenuhi keperluan sosial iaitu:

a) Keperluan untuk dipunyai dalam kumpulan (Teori Hirarki Keperluan

Maslow)

6 194707

Page 7: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Dalam kumpulan, hubungan yang rapat, minat dan keperluan sosial yang sama

memberi semangat kepada pekerja untuk membina faedah yang lebih banyak

seperti polisi insuran, pusat jagaan dan lain-lain faedah.

Contohnya MTUC menyediakan faedah yang diberikan merupakan keperluan

sosial yang diperlukan oleh pekerja.

b) Pengaruh rakan sejawat

Perlu beberapa ahli untuk mendapatkan pengiktirafan supaya dapat mendorong

pekerja lain menyertai kesatuan bagi menyokong aktiviti rakan sejawat.

c) Memperlihatkan daya kepimpinan

Memberi peluang kepada pekerja mengamalkan sifat-sifat kepimpinan dalam

hirarki kesatuan. Seterusnya dapat membantu rakan sejawat untuk membaiki

syarat-syarat dan keadaan pekerjaan.

5.3 Perlindungan hak

Dengan melibatkan diri dalam kesatuan, masalah diskriminasi, diversiti, eksploitasi dan

layanan yang tidak adil di tempat kerja dapat dielakkan dan diatasi dan keadilan terhadap

pekerja tanpa mengira perbezaan genetik mahupun persekitaran.

Contohnya kes yang berlaku di Sea Firebricks di mana pembayaran gaji yang berlainan

berdasarkan gender untuk jumlah kerja yang sama, Di sini jelas terdapat layanan yang

tidak adil berdasarkan gender pekerjanya.

Selain itu, penyertaan dalam kesatuan juga melindungi pekerja dari segi jaminan kerja

melalui kontrak kesatuan yang menuntut peraturan-peraturan yang tegas bagi

mengelakkan pekerja dari menjadi mangsa pembuangan dan pemecatan yang tidak adil

oleh pihak majikan.

7 194707

Page 8: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Terdapat faktor-faktor lain yang mempengaruhi pekerja untuk menyertai kesatuan sekerja

telah dijelaskan oleh Farnham dan Pimplott (1995) sebagai:

i) Pertukaran struktur di dalam corak pekerjaan kebangsaan (structural changes in

the pattern of national employment)

ii) Pertumbuhan dan penurunan di dalam ekonomi nasional (growth and decline in

the national economy)

iii) Politik, perundangan dan persekitaran sosial perusahaan perindustrian (political,

legal and social climate of industrial relations)

iv) Imej kesatuan, tarikan dan pemimpin (trade union image, appeal and leadership)

6.0 Halangan penubuhan kesatuan oleh majikan

Walaupun penyertaan dalam kesatuan sekerja memberi lebih banyak faedah kepada pekerja,

namun ianya tidak membawa manfaat yang besar kepada majikan berikutan peningkatan kos

tenaga buruh, pekerja yang tidak cekap diberikan perlindungan dan mengganggu perkhidmatan

awam.

Contohnya syarikat makanan segera, McDonalds. R. Queenland (eksekutif dan pengurus)

menyatakan bahawa implikasi pertama berurusan dengan kesatuan sekerja ialah peningkatan kos

gaji dan lain-lain faedah sampingan telah membebankan majikan untuk mengekalkan kebajikan

pekerja untuk jangka masa yang panjang.

7.0 Reaksi majikan terhadap kesatuan

Kesatuan sekerja dilihat daripada perspektif positif dan negatif oleh majikan. Biasanya, kekuatan

kesatuan sekerja ialah berjaya dalam konflik yang dibuat secara terbuka dengan majikan seperti

8 194707

Page 9: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

yang berlaku di Perancis iaitu mogok pekerja kereta api. Selagi permintaan mereka tidak

ditunaikan oleh majikan, mogok akan diteruskan. Apabila kerajaan bersetuju dengan beberapa

tuntutan kesatuan, para pekerja kembali bekerja dan perkhidmatan pengangkutan awam kereta

api pulih seperti sedia kala. Pertelingkahan secara terbuka tetapi terkawal dapat mengurangkan

tempoh konflik kerana kedua-dua pihak, pekerja dan majikan dapat mengawal keadaan.

Apabila usaha CUEPACS menuntut bonus diberikan kepada kakitangan kerajaan gagal,

CUEPACS masih cuba mencari penyelesaiannya sehingga tuntutan yang dibuat dipersetujui oleh

kerajaan.

Permintaan kesatuan sekerja bagi sesuatu isu kadang kala diterima dengan senang hati. Apabila

majikan mendapati prestasi organisasi sangat memberangsangkan, mereka memikirkan bentuk

penghargaan yang boleh diberikan kepada pekerja. Biasanya kesatuan sekerja memohon

kenaikan gaji, bonus atau kebajikan pekerja yang lebih baik. Jika permintaan berpatutan, majikan

akan menunaikannya dengan mudah. Suasana yang lebih mudah ialah wujud kerjasama di antara

kesatuan sekerja dan majikan. Kerjasama ini akan membantu golongan pekerja dan majikan

meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi masing-masing. Maka, kedua-dua pihak

mendapat manfaat yang berkekalan dan berlaku ‘win win situation’.

8.0 Strategi majikan untuk menghalang tindakan kesatuan

Di sesetengah negara, majikan akan mencari jalan menghalang kesatuan sekerja bertindak kerana

imej yang dibawa kesatuan sekerja membawa trauma kepada majikan. Keadaan ini akan menjadi

tegang jika kesatuan sekerja merancang mengadakan demonstrasi atau mogok. Tindakan

demonstrasi atau mogok akan mencemarkan imej majikan dan memberi kesan negatif dan

sekalgus menjejaskan produktiviti dan prestasi organisasi. Jadi, bagi mengelakkan kesatuan

9 194707

Page 10: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

sekerja membuat tuntutan yang melampau, ada beberapa cara yang digunakan oleh majikan

seperti:

membayar gaji dan faedah yang lebih baik

melibatkan pekerja dalam proses pembuatan keputusan, pelaksanaan polisi sistem terbuka

secara efektif

menawarkan latihan, pembangunan dan jaminan tempoh jawatan

memupuk perasaan percaya dan setia dalam organisasi melalui maklum balas terhadap

ketidakpuasan pekerja terhadap organisasi.

Contohnya majikan di kilang-kilang elektronik di Malaysia berjaya mengelak daripada

pekerjanya menyertai kesatuan selama 15 tahun dengan mengambil beberapa langkah berikut:

pembayaran gaji yang berpatutan

memberi khidmat nasihat kepada pekerja yang bermasalah

menyediakan persekitaran tempat kerja yang bersih dan selamat

menjaga kebajikan pekerja melalui penghargaan seperti sambutan hari lahir dan anugerah

pekerja contoh

menyediakan kemudahan pengangkutan percuma pergi dan balik pekerja

9.0 Contoh : Proses Penubuhan dan Pendaftaran kesatuan sekerja Syarikat Zaira Sdn

Bhd, Kuching, Sarawak.

9.1 Sejarah / Latar Belakang Syarikat

Syarikat Zaira Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 03 Februari 2003, beroperasi di No.2, Lot

32, Kuching Commercial Centre, 93250 Kuching, Sarawak di bawah tanggungjawab

seorang pengurus besar, seorang penolong pengurus, dan dilaksanakan oleh 32 orang

10 194707

Page 11: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

pekerja. Syarikat Zaira Sdn Bhd merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan tekstil

di Kuching Sarawak. (Carta organisasi dilampirkan di Lampiran A)

9.2 Peraturan-Peraturan kesatuan sekerja

(Sila rujuk Lampiran B)

9.3 Prosedur Penubuhan

9.4 Isu Tuntutan Pengiktirafan

Kesatuan sebulat suara bersetuju untuk menuntut agar :

i) proses pembayaran elaun lebih masa dibayar dengan jumlah yang tepat tanpa

penolakan atas sebab-sebab kelewatan pada rekod kedatangan yang tidak

melebihi satu jam lewat

Tuntutan ini dibuat kerana terdapat ahli kesatuan yang telah melakukan kerja

lebih masa tetapi tidak dibayar penuh hanya kerana pekerja tersebut lewat datang

beberapa minit sahaja. Maka ini dianggap diskriminasi dan pekerja beranggapan

bahawa majikan telah mengambil kesempatan ke atas pekerja ini.

ii) prosedur berkenaan sebab-sebab cuti kecemasan disemak semula

Tuntutan berkenaan prosedur cuti kecemasan dibuat kerana terdapat aduan dari

ahli kesatuan yang dipotong gajinya atas sebab beliau mengambil cuti kecemasan

sungguhpun bukti yang rasmi seperti sijil kematian atau surat yang disahkan oleh

pakar perubatan yang diiktiraf. Hal ini dianggap tidak adil kerana, pekerja

tersebut terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana berlaku kes kematian di

kalangan keluarga terdekat dan ada di antara sebab lain ialah anak atau isteri atau

ibu bapa pekerja yang jatuh sakit secara tiba-tiba dan perlu dirawat di hospital

dengan segera. Maka, kesatuan setelah berbincang dengan aman, menuntut agar

11 194707

Page 12: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

majikan lebih teliti dan bertimbang rasa dalam menjaga kebajikan pekerja. Selain

itu, majikan dipohon agar tidak memotong gaji pekerja yang telah mengambil cuti

kecemasan dan mengemukakan bukti yang sahih.

9.5 Pengendalian Tuntutan Pengiktirafan Kesatuan Sekerja

Borang A iaitu Notis Tuntutan Pengiktirafan bertarikh 05 Mei 2010 telah

dilengkapkan dan dihantar kepada majikan. Pada 18 Mei 2010, surat maklumbalas

iaitu Keputusan Mengenai Tuntutan Pengiktirafan yang telah dipertimbangkan

dan diluluskan oleh majikan telah diterima.

9.6 Strategi Penyelesaian

1) Aplikasikan Teori Motivasi / Keharmonian di Tempat Kerja

2) Mengadakan Latihan dan Kursus kepada pengurus dan pekerja

3) Menganjurkan team building, hari keluarga, makan malam, menganjurkan

anugerah pekerja contoh bulanan @ tahunan

4) Pemberian insentif kepada pekerja yang memberi komitmen tinggi

5) Melibatkan wakil kesatuan dalam proses pembuatan keputusan atau perkara

yang melibatkan penguatkuasaan undang-undang syarikat.

10. Pendaftaran

Menurut seksyen 8 Akta Kesatuan Sekerja, setiap kesatuan mesti didaftarkan menurut undang-

undang dalam tempoh satu bulan ia ditubuhkan. Permohonan mestilah dikemukakan kepada

Ketua Pengarah yang akan memutuskan sama ada kesatuan tersebut boleh didaftarkan atau

sebaliknya. Dalam keadaan tertentu, Ketua Pengarah berhak melanjutkan tempoh pendaftaran

(tidak melebihi enam bulan) sekiranya perlu.

12 194707

Page 13: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Bagi tujuan pendaftaran ini, setiap permohonan mestilah ditandatangani oleh sekurang-

kurangnya tujuh orang anggota kesatuan. Setiap permohonan mestilah disertakan bersama yuran

yang ditetapkan dengan satu salinan bercetak berkenaan kaedah atau peraturan kesatuan yang

ditandatangani oleh anggota kesatuan yang membuat permohonan tersebut.8 Di samping itu,

maklumat lain yang perlu disertakan adalah seperti nama, jawatan dan alamat ahli-ahli yang

membuat permohonan, nama dan alamat ibu pejabat kesatuan serta nama, umur, alamat dan

jawatan pegawai kesatuan. Sebaik sahaja kesatuan sekerja didaftarkan dengan sempurna, Ketua

Pengarah akan mengeluarkan pengakuan atau sijil pendaftaran kesatuan.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu, Ketua Pengarah berhak menolak pendaftaran

kesatuan. Keadaan ini mungkin berlaku sekiranya Ketua Pengarah mendapati kesatuan sekerja

yang mewakili pekerja-pekerja dalam pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang sama sudah

wujud sehingga tidak lagi menjadi suatu kepentingan bagi mewujudkan kesatuan sekerja yang

lain.

Selain daripada itu, Ketua Pengarah juga berhak menolak pendaftaran kesatuan sekerja sekiranya

dia berpendapat bahawa:

(a) Kesatuan sekerja itu akan digunakan bagi tujuan yang menyalahi udang-undang atau

bertentangan dengan tujuan penubuhannya.

(b) Tujuan kesatuan sekerja adalah menyalahi undang-undang.

(c) Kesatuan sekerja gagal mematuhi Akta dan peraturannya.

(d) Tujuan, kaedah dan keanggotaan kesatuan sekerja bercanggah dengan peruntukan Akta dan

peraturannya.

(e) Nama kesatuan sekerja itu:

(i) sama atau hampir sama dengan nama kesatuan sekerja yang lain.

13 194707

Page 14: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

(ii) tidak diingini (pada pendapat Ketua Pengarah), melainkan nama itu dapat diubah dan

diterima oleh Ketua Pengarah.

Dalam keadaan tertentu, kesatuan sekerja yang didaftarkan juga boleh memohon kepada Ketua

Pengarah supaya membatalkan kesatuan tersebut. Ketua pengarah juga dalam hal-hal tertentu

berhak membatalkan kesatuan sekerja atas alasan yang dinyatakan di bawah seksyen 15 iaitu

apabila:

(a) Pengakuan pendaftaran diperoleh dengan cara yang salah atau menipu.

(b) Tujuan atau kaedah kesatuan sekerja menyalahi undang-undang.

(c) Keanggotaan kesatuan sekerja menyalahi undang-undang.

(d) Kesatuan sekerja digunakan bagi tujuan yang menyalahi undang-undang.

(e) Kesatuan sekerja melanggar peraturan Akta Kesatuan Sekerja atau melakukan tindakan yang

bercanggah dengannya.

(f) Wang kesatuan sekerja dibelanjakan bagi tujuan yang bertentangan dengan undang-undang

atau peraturan kesatuan.

(g) Kesatuan sekerja sudah tidak wujud lagi.

Ketua pengarah juga mempunyai kuasa menggantung mana-mana kesatuan sekerja yang

melanggar peruntukan AKS atau kaedah kesatuan. Dalam masa perintah penggantungan ini,

kesatuan sekerja dilarang sama sekali menjalankan sebarang aktiviti kesatuan sehinggalah

perintah ini dibatalkan.

Kesatuan sekerja yang tidak berdaftar atau permohonannya ditolak atau dibatalkan, jika masih

menjalankan sebarang aktiviti, tindakan tersebut dianggap sebagai menyalahi undang-undang.

Pada dasarnya kesatuan tersebut tidak berhak menikmati sebarang hak, kekebalan dan

14 194707

Page 15: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

keistimewaan sebagaimana kesatuan sekerja berdaftar yang lain. Dalam keadaan ini, kesatuan

sekerja tersebut perlulah dibubarkan.

Persekutuan kesatuan sekerja yang terdiri daripada dua atau lebih kesatuan sekerja juga boleh

diwujudkan di mana anggotanya terdiri daripada yang bekerja dalam suatu tred, pekerjaan atau

industri yang sama. Persekutuan kesatuan ini mesti mendapat sokongan atau undi majoriti yang

dibuat di dalam mesyuarat agung atau mesyuarat wakil. Prosedur pendaftaran persekutuan

kesatuan11 ini hampir sama dengan pendaftaran kesatuan sekerja iaitu perlu didaftarkan dalam

tempoh satu bulan daripada tarikh ia ditubuhkan. Per-mohonan pendaftaran ini hendaklah

ditandatangani oleh setiausaha dan tujuh anggota bagi setiap kesatuan yang bersetuju

membentuk persekutuan kesatuan sekerja. Kesatuan sekerja berdaftar juga boleh bergabung

dengan persekutuan kesatuan sekerja yang mewakili tred, pekerjaan atau industri yang serupa.

Semua peruntukan dalam AKS termasuk penalti turut sama diguna pakai bagi persekutuan

kesatuan sekerja.

11.0 Keanggotaan

Setiap pekerja mempunyai hak membentuk dan melibatkan diri dalam kesatuan sekerja sama ada

dia seorang pekerja tempatan ataupun pekerja asing12 seperti mana yang dinyatakan di bawah

Akta Perhubungan Perindustrian 196113, iaitu:

(a) Majikan tidak berhak meletakkan sebarang syarat dalam kontrak pekerjaan bagi menghalang

pekerjanya daripada memasuki kesatuan sekerja.

(b) Majikan tidak berhak menolak pengambilan seorang pekerja atas alasan dia adalah ahli atau

pegawai kesatuan sekerja.

15 194707

Page 16: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

(c) Majikan tidak sepatutnya melakukan diskriminasi pekerja, contohnya dalam hal kenaikan

pangkat, atas alasan dia adalah ahli atau pegawai kesatuan sekerja.

(d) Seorang pekerja tidak boleh dipecat hanya kerana dia melibatkan diri dalam kesatuan sekerja

atau aktivitinya.

(e) Majikan tidak boleh mendorong seseorang supaya berhenti daripada menjadi ahli atau

pegawai kesatuan sekerja.

Apabila hak pekerja di bawah peruntukan ini diganggu maka pekerja tersebut boleh

mengemukakan aduan di Jabatan Perhubungan Perindustrian untuk siasatan.

Penglibatan seseorang pekerja dalam kesatuan sekerja tertakluk kepada dua perkara iaitu umur

dan jenis pekerjaan.14 Pekerja yang berusia tidak melebihi 21 tahun tetapi melebihi 16 tahun

boleh menjadi ahli biasa kesatuan sekerja berdaftar. Bagi pelajar politeknik, universiti, kolej dan

sebagainya, mereka tidak dibenarkan menyertai mana-mana kesatuan melainkan (a) dia secara

bona fide diambil bekerja sebagai seorang pekerja; dan (b) usianya melebihi 18 tahun.15 Di

samping itu, pekerja yang menganggotai kesatuan mestilah memastikan bahawa dia telah

memasuki kesatuan mengikut jenis pertubuhan, tred, pekerjaan atau industri yang sama.

Undang-undang juga menetapkan pekerja yang berumur 16 tahun ke atas tetapi di bawah 18

tahun boleh melibatkan diri dengan kesatuan tetapi tidak berhak mengundi dalam sesetengah hal

atau perkara yang melibatkan keputusan kesatuan. Perkara-perkara tersebut adalah:

(a) Mogok dan tutup-pintu atau perkara yang berkaitan dengannya.

(b) Mengenakan suatu levi.

(c) Membubarkan kesatuan sekerja atau persekutuan yang berhubung dengannya.

(d) Meminda kaedah kesatuan sekerja yang mengakibatkan tambahan kepada liabiliti anggota

untuk mencarum atau mengurangkan faedah yang sepatutnya ahli itu berhak.

16 194707

Page 17: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Seperti mana yang dinyatakan, bagi pekerja yang berkhidmat di sektor awam, tidak semua

mereka boleh menganggotai kesatuan sekerja walaupun dalam pekerjaan, jabatan atau

kementerian yang sama. Polis, tentera, perkhidmatan penjara dan mereka yang terlibat dalam

kerja-kerja sulit dan keselamatan tidak dibenarkan sama sekali melibatkan diri dalam kesatuan.

Begitu juga bagi pekerja-pekerja kumpulan pengurusan dan profesional, melainkan sekiranya

mereka dikecualikan oleh Ketua Setiausaha Kerajaan.

12.0 Pegawai dan Pekerja Kesatuan

Kesatuan sekerja biasanya diuruskan oleh pegawai-pegawai yang dilantik oleh ahli-ahli melalui

undian.Pegawai kesatuan hendaklah mereka yang berkelayakan seperti berikut:

(a) Warganegara Malaysia.

(b) Bekerja sekurang-kurangnya satu tahun dalam mana-mana penubuhan, tred, pekerjaan atau

industri yang kesatuan itu bersangkutan.

(c) Bukan pegawai atau eksekutif kesatuan sekerja yang pernah dibatalkan atau ditarik balik

pendaftaran menurut undang-undang.

(d) Bukan pekerja atau memegang jawatan dalam parti politik.

(e) Tidak disabitkan dengan pecah amanah, peras ugut atau kesalahan yang pada pendapat Ketua

Pengarah boleh menjadikannya tidak layak menjadi pegawai kesatuan sekerja.

(f) Bukan seorang yang bankrap.

Syarat (a) dan (b) tidak digunakan apabila Menteri ber-pendapat kesatuan sekerja itu bertujuan

mewakili orang-orang yang bukan penduduk Malaysia Barat, Sabah atau Sarawak.

Kesatuan sekerja juga boleh mengambil pekerja-pekerja tertentu yang terdiri daripada setiausaha,

bendahari dan lain-lain supaya bekerja secara sepenuh masa dengan kesatuan. Menurut seksyen

17 194707

Page 18: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

29, seseorang itu tidak boleh diambil bekerja dengan kesatuan sekerja sekiranya dia:

(a) Bukan warganegara.

(b) Disabitkan dengan kesalahan jenayah dan Ketua Pengarah beranggapan dia tidak layak

diambil bekerja kerana tuduhan itu.

(c) Pekerja atau pegawai kesatuan sekerja yang lain.

(d) Pekerja atau memegang jawatan dalam parti politik.

Walau bagaimanapun syarat (a) dan (c) tidak digunakan bagi kesatuan yang pada pendapat

Menteri ianya bertujuan mewakili orang-orang yang tidak tinggal di Malaysia.

13.0 Hak dan Liabiliti Kesatuan Sekerja

Kesatuan sekerja yang berdaftar akan mendapat hak, kekebalan dan keistimewaan tertentu

berbanding kesatuan sekerja yang tidak berdaftar. Hak dan keistimewaan tersebut adalah:

(a) Kekebalan daripada pendakwaan sivil terhadap tindakan atau lanjutan daripada pertikaian

perusahaan yang menyebabkan berlakunya pelanggaran kontrak perkhidmatan, gangguan dalam

tred, perniagaan atau pekerjaan mana-mana orang lain.

(b) Kekebalan daripada liabiliti berasaskan tort.

(c) Kekebalan daripada liabiliti berasaskan kontrak yang tidak sah.

(d) Tidak boleh dikenakan pendakwaan jenayah mengenai konspirasi atau komplot atas sebab

sekatan per-dagangan, contohnya mogok.

(e) Hak mendakwa dan didakwa atas nama kesatuan itu sendiri.

14.0 Wang dan Akaun

18 194707

Page 19: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

Kesatuan sekerja biasanya mengenakan yuran tertentu kepada anggotanya. Wang ini perlu

digunakan bagi tujuan kesatuan sebagaimana yang disarankan oleh Akta Kesatuan Sekerja 1959.

Antara tujuan-tujuan itu termasuklah:

(a) Pembayaran gaji, elaun dan perbelanjaan pegawai dan pekerja kesatuan.

(b) Kos dan perbelanjaan pentadbiran termasuk mengaudit akaun kesatuan.

(c) Pendakwaan atau pembelaan prosiding undang-undang yang berkaitan dengan kesatuan atau

anggotanya.

(d) Pampasan kepada anggota yang mengalami kerugian akibat pertikaianperdagangan yang sah

di sisi undang-undang.

(e) Pengendalian pertikaian perdagangan yang tidak bercanggah dengan undang-undang.

(f) Elaun kepada anggota kesatuan dan tanggungan mereka akibat kematian, kemalangan,

penyakit, atau tiada pekerjaan.

(g) Perbelanjaan berhubung dengan percetakan, penyuntingan dan pengedaran jurnal atau

majalah kesatuan.

(h) Perbelanjaan dalam mengadakan aktiviti sosial, sukan, pelajaran dan kebajikan anggota.

Bagi memastikan kesatuan sekerja menggunakan wang mengikut tujuan yang dibenarkan sahaja,

seksyen 56 menghendaki kesatuan menyerahkan akaun yang sudah diaudit kepada Ketua

Pengarah setiap tahun bagi tujuan semakan. Buku-buku akaun dan rekod yang berkaitan

hendaklah disimpan bagi tujuan pemeriksaan oleh anggota kesatuan yang lain sekiranya perlu.

15.0 Kesimpulan

Di bawah Dasar Pandang Ke Timur, kerajaan Malaysia menggalakkan kegiatan kesatuan sekerja

dalaman. Ini kerana ia amat praktikal kerana golongan pekerja dan majikan dapat membuat

19 194707

Page 20: Assignment Buruh

GMGM 3073 Pentadbiran Buruh di Malaysia

sesuatu keputusan dengan segera demi meningkatkan produktiviti syarikat. Elemen-elemen baru

hubungan industri seperti kerja dalam pasukan, penglibatan pekerja, perkongsian keuntungan

akan menjadi perhatian utama kesatuan sekerja dan majikan pada masa depan.

Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah peranan kesatuan sekerja adalah penting dalam menjaga

kepentingan tiga pihak iaitu pekerja, majikan dan kerajaan bagi meningkatkan produktiviti dan

kualiti hidup supaya negara dapat membangun dengan pantas dalam merealisasikan

wawasannya. Pergerakan kesatuan sekerja berpendapat bahawa pekerja-pekerja bukan semata-

mata faktor pengeluaran. Mereka sewajarnya dihargai sebagai rakan kemajuan dan perlu dilayan

berdasarkan pengiktirafan dan status mereka dalam masyarakat. Kesatuan sekerja berharap

kerajaan dan majikan tidak meminta kesatuan sekerja menjadi rakan hanya pada waktu-waktu

sukar dan mengenepikan atau mengabaikan pekerja-pekerja apabila keadaan ekonomi

memuncak. Walau bagaimanapun untuk menjayakannya, semua kesatuan sekerja yang wujud di

negara ini perlulah bersatupadu dan mengelakkan pertelingkahan sebagaimana yang terjadi

dalam perlantikan wakil ke persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) seperti tahun-

tahun sebelumnya. MTUC, CUEPACS dan Pertubuhan Buruh Malaysia (MLO) masing-masing

berebut peluang untuk menjadi wakil Malaysia ke persidangan tersebut sedangkan urusan

perlantikan wakil ke persidangan itu terletak pada budi bicara Menteri Sumber Manusia.

20 194707