assignment (ahmad naqib)

Upload: ahmad-naqib

Post on 06-Jan-2016

248 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HAHA

TRANSCRIPT

Perbezaan Carta Gantt dan Carta AliranCarta Gantt dan Carta Aliran digunakan dengan cara yang berbeza dalam organisasi sukan. Carta Gantt ialah satu jenis Carta bar, dimana Carta yang menunjukkan atau menggambarkan jadual sesuatu projek yang hendak dilaksanakan. Carta Gantt lebih sesuai digunakan dalam merangka program yang memerlukan jangka masa yang panjang seperti program latihan selama satu tahun. Ini kerana acara-acara sukan memerlukan penjadualan sistematik dari awal latihan hingga akhir program latihan. Manakala, Carta Aliran pula ialah sejenis rajah yang mewakili suatu proses dimana ia ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunannya dihubungkan dengan dengan anak panah. Dalam organisasi sukan, Carta Aliran lebih sesuai digunakan dalam proses yang mempunyai banyak prosedur seperti proses pendaftaran dalam organisasi sukan, pendaftaran dalam acara sukan, proses rayuan dan lain-lain lagi. Secara ringkasnya Carta Aliran dibuat dalam bentuk gambar rajah, manakala Carta Gantt dibuat dalam bentuk jadual dan juga Carta bar memanjang bagi menerangkan fasa-fasa latihan.Kepentingannya adalah Carta Gantt mampu membantu mengenalpasti semua aktiviti yang telah dirancang. Selain itu, membantu kita melihat penjadualan terperinci tempoh masa bermula dan tamatnya sesuatu kerja tertentu. Disamping itu melalui Carta Gantt juga, pemerhatian teliti terhadap masa penyerahan akan dapat dibuat dan dengan itu dapat memperbaiki perkhidmatan pelanggan dan juga masa terbiar.Manakala kepentingan bagi Carta Aliran pula antaranya ialah, mewakili satu proses untuk menangani masalah lampau yang tidak berfungsi, mempunyai proses yang ringkas iaitu permulaan, input, proses dan penamat. Carta ini juga amat sesuai digunakan untuk langkah pemanasan dalam aktiviti sukan.

Rajah 1: Carta Gantt menunjukkan takwim tahunan sukan

Rajah : Contoh Carta Aliran yang digunapakai

Bilakah Carta Gantt dan Carta Aliran sesuai digunakan ?Carta Gantt sesuai digunakan dalam membuat perancangan bagi acara-acara sukan, terutamanya sukan yang berbentuk temasya kerana ia memerlukan satu penjadualan yang teratur dan terperinci. Carta Gantt juga sesuai digunakan pada aktiviti yang lebih kompleks. Carta Gantt juga sesuai digunakan pada projek pembinaan agar aktiviti dapat dijalankan dengan teliti. Dalam pada itu, Carta Gantt boleh digunakan dalam merangka sesi latihan bagi acara sukan. Ini dapat digunakan untuk menyediakan pemain dalam satu jangka masa yang tertentu.Carta Aliran pula lebih seuai digunakan dalam proses yang mempunyai banyak prosedur seperti proses pendaftaran dalam organisasi sukan, proses pendaftaran dalam acara sukan, proses rayuan dan lain-lain. Carta Aliran sesuai digunakan pada garis panduan penyediaan belanjawan. Carta Aliran juga boleh digunakan dalam organisasi pejabat bagi menerangkan tentang hierarki sesebuah organisasi