assignment a1016

9
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI Islamic Education A1016 Assignment: Jahiliyah AHLI: MOHAMMAD AMIRUL BIN ARIFFIN 05DIP09F1106 NURNICKMAT SAZAKI KELAS: DIP2D 1

Upload: emirulumara

Post on 18-Jun-2015

637 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assignment a1016

POLITEKNIK KUCHING SARAWAKJABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

DAN KOMUNIKASI Islamic Education

A1016 Assignment:

Jahiliyah

AHLI: MOHAMMAD AMIRUL BIN ARIFFIN 05DIP09F1106

NURNICKMAT

SAZAKI

KELAS: DIP2D

NAMA PENSYARAH : ENCIK AZHAR

1

Page 2: Assignment a1016

Jahiliyah

Pengenalan

1.1 Pengertian

Dari segi bahasa, jahiliyah merupakan perkataan yang diambil daripada kata dasar jahala dan kata terbitan jahlun yang bermaksud bodoh dan sesat atau jahil. Yang dimaksudkan di sini ialah Masyarakat Jahiliyah di Semenanjung Arab 1500 tahun dahulu iaitu masyarakat yang mundur dari segi akhlak dan sosial.

1.2 Istilah:

1.2.1 Menurut Al-Quran:

Zaman yang tidak mempunyai nabi dan kitab suci sebagai petunjuk Zaman yang tidak mempunyai peradaban dan tamadun Zaman yang masyarakatnya tidak berakhlak,angkuh dan bongkak Zaman yang masyrakatnya jahil kerana tidak boleh menulis dan membaca

Menurut ayat al-Quran yang bermaksud:

"Apakah hukum Jahiliyah yang mereka kehendaki dan hukum siapakah yang lebih baik dari (hukum) Allah bagi orang yang yakin..." (Surah al-Maa’idah:50)

Ayat tersebut menyatakan bahawa istilah Jahiliyah itu membawa maksud kekufuran, keangkuhan dan kebodohan dari segi ilmu pengetahuan kerana golongan Arab Jahiliyah tidak ramai yang tahu membaca dan menulis yang merupakan asas kepada ilmu pengetahuan. Keadaaan buta huruf dikalangan masyarakat Arab ketika itu adalah amat berleluasa. Dengan ketiadaan nabi dan kitab suci yang boleh menjadi petunjuk, mereka menjadi lebih sesat dan tidak berakhlak.

Walaubagaimanapun pengertian Jahiliyah telah disalah ertikan oleh golongan orentalis barat menyatakan masyarakat Jahiliyah merupakan masyarakat yang bertamadun tinggi. Mereka menjadikan zaman kerajaan Saba’ sebagai rujukan ketamadunan Arab yang berjaya. Sebenarnya, keadaan masyarakat jahiliyah bermula apabila runtuhnya ketamadunan tersebut. Golongan ini juga menyatakan bahawa masyarakat Arab Jahiliyah hanya jahil dari segi agama, bukan dari aspek lain seperti bidang kesusasteraan atau kejuruteraan yang mereka telah lama maju.

2

Page 3: Assignment a1016

Ringkasnya,jahiliyah bukanlah mereka yang jahil ataupun bodoh,tetapi mereka sudah buta dengan agama yang sebenar.Mereka meninggalkan pimpinan agama yang dibawa kepada mereka sebelum kedatangan Nabi Muhammad,seperti Nabi Hud,Nabi Syuib, Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail menyebabkan mereka sesat dan lupa nilai-nilai kemanusiaan dan rohani.

1.2.2 Menurut Sejarah

Iaitu zaman selepas keruntuhan Kerajaan Saba’ peringkat ketiga atau peringkat akhir Himyar ( Tubba’) atau selepas runtuhnya empangan Ma’rib di Yaman ,sekitar tahun 300M hingga turunya al-Quran dan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w pada tahun 610M.

Ringkasnya,ketika dan pada zman Saba’ atau sebelumnya tidak boleh dianggap zaman jahiliyah kerana ketika itu terdapat para nabi dan rasul serta Kitab-Kitab Suci.

1.3 Ciri-ciri Amalan Jahiliyah Masa Kini

Terdapat beberapa amalan masa kini yang dapat diklasifikasikan sebagai amalan jahiliyah dan amalan itu kini menjadi ikutan sebahagian masyarakat Islam yang tidak kuat pegangannya:

1.3.1 Tidak beriman kepada Allah dengan Keimanan Sebenar

Ini merupakan cirri yang utama yang terdapat dalam semua bentuk jahiliyah. Ketiadaan iman ini adalah merupakan perkara asasi yang menyebabkan lahirnya jahiliyah dan yang menimbulkan pelbagai bentuk penyelewengan lainnya.

Mengikut sejarah,tidak ada penyelewengan yang tidak menimbulkan kekacauan. Ini jelaslah bahawa dengan keimanan yang sebenar terhadap Allah sahaja akan dapat membetulkan segala penyelewengan. Ini adalah kerana tenaga utama yang bergerak dan menguasai diri manusia seperti aklaknya,sikapnya,perbuatannya,dan perasaannya adalah merupakan tenaga yang digerakkan hasil dari keimanannya kepada Allah.

1.3.2 Jahiliyah tidak mengikut hokum Allah tetapi hanya berlandaskan nafsu.

Inilah cirri yang kedua bagi segala macam bentuk jahiliyah yang lahir disebabkan ketiadaan iman yang sebenar terhadap Allah,serta tidak mematuhi undang-undangNya.

Nafsu tidak boleh dijadikan hakim bagi mengawal kehidupan manusia sebab kehendak nafsu sentias tamak dan cenderung kepada kejahatan,kehendak nafsu sentiasa berubah dari semasa dari suatu keadaan kepada suatu keadaan.Tetapi syariat Allah adalah bersih tidak dipengaruhi oleh nafsu,sebab Allah tidak mempunyai sesuatu muslihat tertentu terhadap mana-mana jua kumpulan manusia.

1.3.3 Mempunyai taghut

Setiap bentuk jahiliyah mempunyai taghut di muka bumi ini. Taghut ertinya setiap mereka yang berusaha memalingkan manusia daripada beriman dan beribadah kepada Allah dan menghukum

3

Page 4: Assignment a1016

manusia mengikut hawa nafsu mereka ,orang yang bercita-cita sedemikian sama ada individu lainatau jemaah atau apa jua kuasa yang cuba menjauhkan manusia dari Allah adalah taghut namanya.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya:

“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Ia menguluarkan mereka dari kegelapan(kekafiran) kepada cahaya(keimanan). Dan orang-orang kafir pelindungnya adalah syaitan(taghut). Syaitan mengeluarkan mereka dari cahaya kepada kegelapan(kekafiran).mereka itu adalah penghuni neraka,. Mereka kekal di dalamnya.

Apa jua bentuk taghut tidak suka melihat manusia beriman dan mengabdikan diri kepada Allah. Mereka tidak boleh hidup dengan adanya kesetiaan dan keimanan kepada Allah.Oleh sebab itu,mereka sentiasa memusuhi aqidah yang sebnar untuk berkuasa.

4

Page 5: Assignment a1016

1.4 Ancaman jahiliyah masa kini

Akidah

Akidah jahiliyah adalah bertentangan dengan akidah Islam,sama ada dari segi kepercayaan,perkataan,atau pun perbuatan. Akidah jahiliyah adalah karut iaitu tidak mahu menerima dan patuh dengan ajaran Islam serta mengingkari hokum-hukum yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan al-sunnah. Contohnya mempercayai tilik nasib,bomoh dan juga tangkal azimat.

Ibadah

Ancaman jahiliyah terhadap ibadah umat islam hari ini adalah dengan mewujudkan pusat-pusat hiburan seperti pub,karaoke,cyber café dan sebagainya. Begitu juga dengan media cetak dan media elektronik yang turut memaparkan perlbagai jenis hiburan yang ada sesetengahnya tidak sesuai untuk dibaca dan ditonton. Pusat-pusat hiburan ini akan member kesan kepada umat islam,terutamanya golongan remaja dari mengerjakan ibadah.

Sosial

Sistem sosial yang diamalkan oleh golongan jahiliyah ialah pilihan antara individu dan masyarakat. Sekiranya mereka memilih kehidupan individu,hak itu dianggap suci dan tidak boleh dicerobohi. Mereka memandang tinggi kedudukan individu sehingga mengabaikan masyarakat. Masyarakat tidak boleh mencampuri urusan peribadi, mereka bebas melakukan apa sahaja tanpa batasan.

Akhlak

Akhlak masyarakat jahiliyah sangat buruk,di mana mereka boleh melakukan apa sahaja tanpa batasan. Mereka tidak ada system seperti wajib,haram,harus,sunat,makruh yang member balasan kepada pelakunya sama ada mendapat pahala ataupun dosa. Oleh sebab itu,mereka bebas bergaul antara lelaki dan perempuan,melakukan zina,meminum arak,berjudi,berzina,hisap dadah,memakan pil dan sebagainya.

Pemikiran

Jahiliyah sentiasa ingin merosakkan pemikiran umat islam dari segi aspek hubungannya dengan tuhan,dengan alam,dan kehidupan sesama manusia. Mereka menyelewengkan mengenai hakikat ketuhan sebenar serta hubungan manusia dengan tuhan. Mereka menyeleweng dari tujuan asal mengapa manusia diciptakan sebagai khalifah Allah yang ditugaskan untuk menegakkan islam dan menjaga keharmonian di dunia.

Ekonomi.

5

Page 6: Assignment a1016

Ekonomi jahiliyah lebih menguasai ekonomi islam. Amalan riba semakin bertambah. Bagi orang-orang yang mengamalkan ekonomi jahiliyah,riba’ telah menjadi nadi dalam kehidupan seharian.

6

Page 7: Assignment a1016

Rujukan

http://ms.wikipedia.org/wiki/Jahiliyah

modul pendidikan islam 1 A1016

7