assignment 520

6
CED 520 SPORTS FIRST AID ASSIGNMENT 3 SJKT Bandar Springhill mempunyai dua tempat utama yang biasa digunakan untuk sebarang acara. Tempat- tempat tersebut adalah padang sekolah dan tapak perhimpunan. 1) Padang Sekolah Kawasan padang yang terletak di bahagian belakang sekolah mempunyai sebuah trek larian berjarak 150 meter mengelilingi padang tersebut. Keadaan padang adalah tidak rata, berbonggol- bonggol dan tidak dipenuhi rumput. Di tepi-tepi padang pula terdapat pokok-pokok yang tumbuh meliar yang sesetengahnya adalah tinggi. Keadaan padang adalah tidak kondusif untuk sebarang aktiviti tetapi ketiadaan pilihan lain menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan juga para pelajar melakukan aktiviti di situ baik kelas Pendidikan Jasmani mahupun latihan sukan. Sebelum permulaan aktiviti, guru-guru akan menerangkan kepada murid-murid mengenai risiko yang wujud disebabkan oleh keadaan padang. Kemudian guru akan mewujudkan “Zon Selamat” di mana suatu kawasan yang dirasakan selamat untuk aktiviti ditanda oleh guru menggunakan kon untuk mewujudkan suatu zon. Para pelajar hanya akan membuat aktiviti di dalam zon tersebut dan tidak boleh keluar dari zon. Secara kebiasaannya, zon selamat ini berada di bahagian tengah padang di mana terdapat rumput yang agak luas dan jauh daripada pokok-pokok liar yang tumbuh di tepi-

Upload: dollar-g

Post on 07-Sep-2015

22 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

CED 520 SPORTS FIRST AIDASSIGNMENT 3SJKT Bandar Springhill mempunyai dua tempat utama yang biasa digunakan untuk sebarang acara. Tempat- tempat tersebut adalah padang sekolah dan tapak perhimpunan.1) Padang SekolahKawasan padang yang terletak di bahagian belakang sekolah mempunyai sebuah trek larian berjarak 150 meter mengelilingi padang tersebut. Keadaan padang adalah tidak rata, berbonggol-bonggol dan tidak dipenuhi rumput. Di tepi-tepi padang pula terdapat pokok-pokok yang tumbuh meliar yang sesetengahnya adalah tinggi. Keadaan padang adalah tidak kondusif untuk sebarang aktiviti tetapi ketiadaan pilihan lain menyebabkan pihak sekolah terpaksa membenarkan juga para pelajar melakukan aktiviti di situ baik kelas Pendidikan Jasmani mahupun latihan sukan. Sebelum permulaan aktiviti, guru-guru akan menerangkan kepada murid-murid mengenai risiko yang wujud disebabkan oleh keadaan padang. Kemudian guru akan mewujudkan Zon Selamat di mana suatu kawasan yang dirasakan selamat untuk aktiviti ditanda oleh guru menggunakan kon untuk mewujudkan suatu zon. Para pelajar hanya akan membuat aktiviti di dalam zon tersebut dan tidak boleh keluar dari zon. Secara kebiasaannya, zon selamat ini berada di bahagian tengah padang di mana terdapat rumput yang agak luas dan jauh daripada pokok-pokok liar yang tumbuh di tepi-tepi padang. Untuk latihan sukan pula, para pelajar dinasihatkan untuk memakai kasut semasa sesi latihan. Mereka dilarang sama sekali untuk membuka kasut kerana keadaan padang yang berbonggol-bonggol boleh mendatangkan risiko kecederaan kepada para pelajar. Risiko kecederaan sentiasa wujud apabila menjalankan aktiviti di sekolah. Melalui langkah-langkah yang telah diterangkan, risiko-risiko tersebut dapat dikurangkan walau kehadirannya masih ada.

2) Tapak PerhimpunanTapak perhimpunan juga digunakan untuk menjalankan kelas PendidikanJasmani dan permainan Badminton. Penggunaan tapak perhimpunan yang dibina dengan tar ini adalah satu tindakan yang bahaya. Walau bagaimanapun guru-guru sekolah ini terpaksa menggunakannya kerana padang sekolah yang kecil tidak dapat menampung jumlah murid yang lebih.

Apabila digunakan untuk aktiviti sukan dan permainan, tapak perhimpunan yang ada mendatangkan risiko kecederaan sekiranya pelajar gagal mengawal diri dan terbabas ke kawasan-kawasan tersebut. Contohnya : pelajar berlari di tapak perhimpunan lalu terjatuh di atas jalan tar. Risiko kecederaan yang mungkin berlaku agak tinggi. Justeru, bagi setiap aktiviti yang dijalankan di dewan sekolah, guru yang melaksanakan aktiviti akan cuba menetapkan kawasan aktiviti dengan meletakkan kon di setiap penjuru kawasan. Ini bermaksud, pelajar hanya boleh melakukan aktiviti di dalam kawasan yang ditetapkan sahaja. Mereka tidak boleh keluar dari kawasan tersebut.

CED 520 SPORTS FIRST AIDASSIGNMENT 4PERATURAN PERATURAN DAN PROSEDURSEMASA MENJALANKAN AKTIVITI SUKAN DAN PENDIDIKAN JASMANISJKT BANDAR SPRINGHILL

1. Semua pelajar perlu berbaris dengan teratur di tapak perhimpunan dan menunggu kehadiran guru mata pelajaran.2. Pelajar dilarang bermain di tapak perhimpunan semasa ketiadaan guru.3. Guru perlu menerangkan peraturan keselamatan kepada pelajar sebelum memulakan kelas.4. Guru perlu mewujudkan Zon Selamat setiap kali kelas dijalankan.5. Guru perlu memastikan para pelajar sentiasa berada di dalam Zon Selamat sepanjang menjalankan aktiviti.6. Zon Selamat yang diwujudkan perlulah berada sekurang-kurangnya 5 kaki jaraknya daripada kawasan pentas dan tiang ( Tapak Perhimpunan) dan pokok-pokok (Padang Sekolah).7. Para pelajar perlu memakai kasut dan pakaian sukan yang lengkap sepanjang aktiviti berlangsung.8. Pelajar yang tidak memakai kasut tidak akan dibenarkan untuk mengikuti aktiviti.9. Pelajar tidak dibenarkan mengubah atau mengangkat peralatan-peralatan sukan yang berada di dewan atau padang tanpa arahan dan kebenaran guru. Contoh peralatan : tiang gol bola sepak dan tiang bola jaring.10. Sekiranya berlaku kecederaan semasa menjalankan aktiviti, para pelajar mestilah memaklumkan kepada guru mata pelajaran secepat mungkin.11. Sekiranya guru mata pelajaran dimaklumkan mengenai kecederaan pelajar, beliau mestilah mengambil tindakan segera dengan memberi bantuan awal kepada pelajar tersebut.12. Guru mata pelajaran boleh mendapatkan Peti Kecemasan yang disimpan di bilik guru.13. Sekiranya kecederaan tersebut memerlukan rawatan lanjut, guru mata pelajaran perlu memaklumkan situasi tersebut kepada Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid.14. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu memaklumkan situasi tersebut kepada guru yang bertugas untuk membawa pelajar tersebut ke hospital yang berdekatan.15. Pada masa yang sama, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid perlu menghubungi ibu bapa atau penjaga pelajar tersebut untuk memaklumkan situasi yang berlaku.16. Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid seterusnya akan memantau keadaan pelajar tersebut di hospital manakala Guru Bertugas yang menghantar pelajar tersebut ke hospital akan pulang semula ke sekolah.17. Sekiranya ibu bapa atau penjaga pelajar tersebut sudah hadir ke hospital, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid boleh menyerahkan tanggungjawab penjagaan pelajar tersebut kepada ibu bapa atau penjaganya.18. Guru Mata pelajaran yang berkenaan perlu menulis laporan di dalam Buku Rekod Insiden yang berada di pejabat sekolah.