assgnmt kk

Upload: ehalee-leamal

Post on 04-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 aSSgnmt Kk

    1/3

    KTIVITI 1: PENCARIAN MAKLUMAT (T1A1)

    Sediakan satu penulisan latar belakang tentang persatuan atau kelab sekolah anda.

    Anda boleh mencari maklumat melalui pembacaan buku-buku, jurnal-jurnal, makalah-makalahbercetak, arkib sekolah, brosur ataupun pencarian atas talian (internet).

    Maklumat pertandingan persatuan atau kelab yang diperlukan adalah seperti berikut:

    Tujuan persatuan atau kelab.

    Senarai aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang akan dilaksanakan.

    Kelebihan atau manfaat penganjuran aktiviti atau pertandingan.

    Undang-undang atau peraturan.

    Cabaran-cabaran atau halangan yang dihadapi untuk menggalakkan penyertaan dalamaktiviti-aktiviti atau pertandingan yang dianjurkan.

    Lain-lain maklumat yang bersesuaian mengikut kreativiti anda.

    Peringatan:

    Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 1 sebelum atau pada 7 Mac 2013(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A1.

    AKTIVITI 2: PERSEDIAAN SEBELUM PERTANDINGAN (T1A2)

    Sebelum melaksanakan sesuatu aktiviti atau pertandingan, perancangan yang rapi amat perlu. Oleh

    itu, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut:

    Membentuk satu Jawatankuasa Pengelola Pertandingan. Ahli Jawatankuasa ini boleh terdiri daripadarakan guru di sekolah atau murid-murid anda sendiri. Contoh: Murid-murid Tahun Enam. Antaraaktiviti Jawatankuasa Pengelola adalah seperti berikut:

    Merangka jadual kerja (Carta Gantt)

    Mempromosi pertandingan

    Menyediakan tempat pertandingan

    Menyediakan peralatan pertandingan

    Membentuk format pertandingan

    Menyediakan syarat-syarat pertandingan

    Melantik pengadil atau pegawai pertandingan

    Merancang jadual latihan murid-murid.

    Surat-menyurat panggilan mesyuarat jawatankuasa, lantikan ahli jawatankuasa,

    pinjaman peralatan dan kebenaran menggunakan tempat pertandingan.

    Lain-lain perkara yang berkaitan.

    Peringatan:

  • 7/29/2019 aSSgnmt Kk

    2/3

    Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 2 sebelum atau pada 19 Mac 2013(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A2.

    AKTIVITI 3: PELAKSANAAN PERTANDINGAN SEBENAR (T1A3)

    a. Laksanakan pertandingan seperti mana yang telah dirancang. Anda boleh laksanakanpertandingan dalam satu hari atau beberapa hari mengikut keselesaan dan situasi sekolah anda.

    b. Rakamkan semua aktiviti-aktiviti yang berlaku semasa pertandingan sama ada dalambentuk gambar foto dan/atau audio-video yang boleh digunakan untuk ditayangkan kepadapelawat atau pegawai pendidikan atau pelawat atau bagi taklimat ibu bapa yang datang kesekolah anda atau bagi tujuan membuat laporan post-mortem nanti (tidak melebihi lapan minittayangan).

    c. Muat naik semua rakaman dan juga bahan-bahan semasa pertandingan seperti laporan

    pengadil ke portal EPiC.

    Peringatan:

    Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 3 sebelum atau pada 25 April 2013(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A3.

    Rujuk pengumumanAnnouncementdi EPiC untuk mengetahui cara mengubah format fail rakamanatau menyertakan link rakaman yang melebihi saiz file yang dibenarkan.

    AKTIVITI 4: JURNAL REFLEKTIF (T1A4)

    Penulisan jurnal reflektif adalah aktiviti terakhir dalam menyempurnakan tugasan anda.

    a. Jurnal Reflektif merupakan catatan reflektif anda semasa membuat Aktiviti 1 hinggaAktiviti 3.

    b. Penulisan jurnal reflektif meliputi perlaksanaan proses pengurusan, kemahiran,kejurulatihan, kepegawaian dan penilaian yang anda lakukan.

    c. Catatan anda hendaklah dalam bentuk esei dan buat satu rumusan keseluruhan. Berikancadangan-cadangan penambahbaikan atau tindakan susulan di mana perlu.

    d. Anda dinasihati membuat refleksi dari aspek seorang individu, ibu bapa, seorang anak,seorang ahli masyarakat majmuk Malaysia dan seorang guru yang bertanggungjawabmembentuk generasi akan datang.

    e. Hadkan penulisan Jurnal Reflektif bagi tugasan anda kepada 3-5 muka surat sahaja.

  • 7/29/2019 aSSgnmt Kk

    3/3

    Soalan panduan penulisan Jurnal Reflektif:

    Adakah aktiviti-aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan perlu dikekalkan disebabkan

    oleh trend masa sekarang yang mementingkan teknologi moden.

    Adakah terdapat nilai-nilai yang dapat diterapkan melalui proses pengurusan,kemahiran, kejurulatihan, kepegawaian dan penilaian.

    Dapatkah pihak sekolah menyebarluaskan aktiviti-aktiviti dan pertandingan persatuanatau kelab dengan melibatkan komuniti atau masyarakat di luar sekolah.

    Muat naik Jurnal Refleksi ke dalam portal EPiC setelah anda selesai melaksanakantugasan ini.

    Peringatan:

    Anda dinasihatkan untuk muat naik (upload) laporan Aktiviti 4 sebelum atau pada 25 April 2013(5.00pm). Namakan fail laporan anda sebagai T1A4.