kk s5 bmm1 new

56
Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu 2014 LEW YEN LEE 710331025226 Page 1 Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104 dengan jayany a. Pertama sek ali saya mengucapk an ribuan terima kasi h kepada PPG dan Institut Pengajian Sultan Abdul Halim kerana memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran untuk memperkayakan ilmu pengetahuan saya. Di sini, saya juga merakamkan setinggi-tingginya penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah BMM 3104 , Encik Abdul Rahim Othman, be liau telah banyak memberi tunjuk ajar, memberi contoh peta pemikiran kepada kami untuk membuat rujukan serta memberi penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa mertua saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus mencari maklumat dan  juga bertukar-tukar idea dalam menyiapk an kerja kursus ini.

Upload: yen-lee-lew

Post on 11-Oct-2015

35 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kerja Kursus BMM

TRANSCRIPT

Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

Saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus mata pelajaran Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104dengan jayanya. Pertama sekali saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPG dan Institut Pengajian Sultan Abdul Halim kerana memberi peluang kepada saya melanjutkan pelajaran untuk memperkayakan ilmu pengetahuan saya.

Di sini, saya juga merakamkan setinggi-tingginya penghargaan dan ribuan terima kasih kepada pensyarah BMM 3104 , Encik Abdul Rahim Othman, beliau telah banyak memberi tunjuk ajar, memberi contoh peta pemikiran kepada kami untuk membuat rujukan serta memberi penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sejak tugasan ini diedarkan sehinggalah dalam proses menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa mertua saya yang banyak memberi sokongan serta dorongan dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat saya menghasilkan tugasan ini dengan sempurna seperti rakan-rakan lain. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus mencari maklumat dan juga bertukar-tukar idea dalam menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya ucapkan terima kasih kepada murid-murid Tahun 5UM yang telah menghadiri pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu saya pada 27 Feb 2014, mereka telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kehadiran mereka telah menjayakan pengajian saya dalam pengaplikasian kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu.

Sebagai seorang pendidik, saya berjanji akan mengaplikasikan segala ilmu pengetahuan dalam perancangan Rancangan Pengajaran Harian agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan efektif.

Menghuraikan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik pengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca, kemahiran menulis, pendekatan pengajaran kemahiran menulis, kemahiran mengarang, prosedur pengajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar dan penilaian pengajaran kemahiran menulis. sebagai elemen kemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik darjah dalam bentuk peta pemikiran (I-Think). (30%)

PENGENALAN

Kemahiran berbahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku. Penguasaan kesemua kemahiran ini amat penting bukan sahaja dalam pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran malahan menjadikan proses pengajaran dan pempelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan. Kemahiran bahasa yang berhubung dengan kemahiran lisan melibatkan dua komponen asas, iaitu mendengar dan bertutur. Kedua-dua komponen ini berkait rapat dan saling melengkapi. Kemahiran membaca dan menulis pula merupakan kemahiran bukan lisan.Kemahiran mendengar dan bertutur merupakan aspek asas yang palingpenting dalam kemahiran berbahasa.Hal ini demikian sebab para pelajar yang menguasai kemahiran mendengar dan bertutur dengan baik biasanya berpotensi cenderung menguasai kemahiran membaca dan menulis dengan lebih berkesan. Kemahiran mendengar yang baik membolehkan seseorang memperoleh dan memproses maklumat dengan tepat. Demikian juga seseorang yang mempunyai kemahiran bertutur yang baik membolehkan seseorang menyampaikan perasaan dan fikirannya dengan berkesan. Ini bermakna seseorang pendengar dan penutur yang baik lebih berpotensi menguasasi kemahiran membaca dan menulis dengan baik kerana keupayaan mendengar dan bertutur denganbaik akan membantunya dalam proses membaca danmenulis. Manakala kemahiran membaca dan memahami merupakan kemahiran yang salinga melengkapi. Kemahiran membaca harus diajar mengikut peringkat-peringkatnya supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Semuanya harus bermula daripada yang mudah kepada yang sukar supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran membaca senyap dan memahami apa yang dibaca.Kemahiran menulis turut melatih para pelajar umtuk menggunakan bentuk penggunaaan bahasa yant betul berdasarkan sesuatu jenis karangan tertentu. Apabila menulis, penulis sering berasakan dirinya dalam situasi terasing seperti perlakuan penulis dengan helaian kertas yang digunakan semasa menulis. Keadaan tersebut menggambarkan penulis melakukan tingkah laku sosial bagi memberikan respons kepada orang lain atau memaparkan persekitaran dan pengalaman yang dilaluinya.Di samping itu, penulisan adalah proses menyampaikan buah fikiran, idea, atau pendapat dengan tepat dan berkesan epada khalayak atau pembaca dengan menggunakan bentu grafik. Bentuk grafik tersebut disusun sehingga melambangkan bunyi bahasa yang dapat dibaca dan difahami maksudnya .Dengan itu, pelajar boleh menggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar sehari-hari. Ini dapat melatih para pelajar melahirkan idea dan mengembangkan idea mereka sendiri..

belajar kemahiran bertutur drp pengalaman kecerdasan otakberlaku di peringkat produksigabungan dari bunyi bahasadipengaruhi oleh aspek fizikal, kesuhtan, kecerdasan otak, jantina dan tahap sscial ekonomimemberi arahanmembina soalanmenjawab soalanmengaitkan aksi dengan pertuturan

bertukar pendapatbertutur menggunakan bahasa yg tepatmemberi peneranganbertemu ramahmelapor peristiwabertutur secara tatasusilamenyampai pendapat peribadimenyebut dengan jelasKonsep1.Kemahiran Bertuturberbual melalui telefonperbahasanProses Dan BentukObjektifDramasimulasimain perananperbincangan forum

menguasai bahasa drp apa yang dilihat dan dialami.kemahiran utama dan pertama yang perlu dikuasaimemperoleh ideapeserkitaran merupakan model

mencari isi penting

Objektifmelakukan arahanKonsep

2.Kemahiran Mendengar

mentafsir makna-makna tersirat

mengenal pasti perkara yang berhubungan dan tidak berhubungan

secara pasif

Proses dan Bentuk

secara berhati-hati dengan pengamatansecara bertelau-telau

tanpa tindak balassecara kritikal

dengan beremosisecara menebuk-nebuk

mendeklamsi puisi membuat deskripsimemberi arahan

membuat ayatmenyoal soalanmengkritik cerpenmemberi komenmenyampai komenmembaca iklan

murid perlu diberi peluang untuk berlatih kemahiran mendengar kecerdasanKesihatanFizikalpeserkitaran DwibahasaJantinaKemahiran mendengar perlu diajar bersam-sama kemahiran berbahasa bertutur, membaca dan menulis Prinsip PengajaranUnsur dan Faktor KeberkesananPeringkat PenguasaanPeringkat MajuPeringkat PertengahanPeringkat Awalguru perlu bermotivasi utk mengekalkan minat murid aktiviti dilaksanakan secara berperingkat-peringkat aktiviti dan kemahiran yg hendak diajar hendak dirancang 3.Kemahiran Mendengar dan Bertutur

4,Kemahiran Mendengar dan Bertuturlatih tubi

bersoal jawabkaedah teruskaedah audio-Lingualkaedah fonetikkaedah komunikatifkaedah eklektikperbincanganberceritaperbualanberbahaspermainan bahasamain peranantunjuk caramelapor beritaKaedah Pengajaran Kemahiran BertuturTeknik Pengajaran Kemahiran Bertutur

Kemahiran Mendengar dan BertuturPengetahuan sedia adaObjektif pengajaran

PersediaanMaklumat AmIsi pelajaran

5. Penyediaan Rancangan Pengajaran AktvitiMendengar Dan Bertutur

TugasanPenutupKesimpulanPenilaianUlasan kendiriPenyampaian

Set induksiPerkembangan

Kemahiran PeneguhanKemahiran menyoal

Kemahiran Menggunakan papan tulisKemahiran variasi rangsanganPengajaran Kemahiran Bahasa Melayu2014

LEW YEN LEE 710331025226Page 7

6. Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Mendengar

Peringkat PramendengarPeringkat Selepas MendengarPeringkat Semasa Mendengar

Guru menghuraikan kembali tentang apa yang tidak difahami oleh muridGuru memastikan murid dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap bahan rangsanganGuru memberi tugasan

memberi gambaran yang menyeluruh tentang apa yang hendak diperdengarkan.

Guru perlu mengatasi sebarang gangguan yang mungkin timbulGuru turut memberi penekanan kepada aspek-aspek penting dalam bahan itu

memberi arahan yang jelas tentang tugasan

memastikan murid menyempurnakan tugasan dan melakukan pengukuhan

Pastikan murid dalam keadaan sedia untuk mengikut aktiviti

guru menjalankan aktiviti tindakan susulan

7. Langkah-langkah Sebelum, Semasa dan Selepas Aktiviti Bertutur

Peringkat Semasa BertuturPeringkat Persediaan Aktiviti BertuturPeringkat Selepas Bertutur

Guru memberi kerja rumah sebagai aktiviti pengukuhanGuru menyelia dan membimbing kelas, kumpulan atau pasangan yang menjalankan aktiviti.Guru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasanGuru mengedarkan bahan-bahan yang diperlukan untuk menjalankan aktivitiGuru menerangkan tugasan yang akan dilakukan oleh muridPenilaian dijalankan secara berterusanGuru memastikan semua alat dan bahan mencukupi dan murid memahami tugasan

Bahan yang menepati objektif pengajaranaspek rangsanganpemikirantingkah lakuBahan yang jimat dan murah.Bahan yang bersifat luwesBahan yang SesuaiObjektif dan matlamatpengajranPendekatan, kaedah danteknik pengajarankeadaan pelajarSuasana pembelajaranminat pelajarBahan yang pratikalBahan yang menarik minat murid-murid.8. Prinsip Pembinaan dan Penggunaan Bahan Pengajaran dan PembelajaranKemahiran Mendengar dan BertuturBahan yang dipilih mesti mencabar.Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Peringkat kebolehan murid9. Prinsip Dan Prosedur Pembinaan Instrumen Penilaian Kemahiran Mendengar dan BertuturPilih tajuk yg hendak dinilaiLangkah Menyediakan JSUPenggunaan Bahasa yang tepatPemikiran Peringkat TinggiKelancaran BahasaKecekapan MendengarPengetahuan FaktaKefahaman KonsepAspek yang dinilaiMerancang Pembinaan Instrumen PenilaianPemerhatianPenulisan LiasanWajaran asas kesukaranTajuk-tajuk yg dinilaiMata pelajaranPenentuan Hasil Pembelajaran Bergantung kepadaPenggunaan JSUmenentukan hasil pembelajaran, kaedah penilaian dan instrument penilaianFormatifSumatifJenis PenilaianPastikan soalan menepati kehendak objektif kurikulumTentukan hasil pembelajaranTentukan bil soalan mengikut aras

mengenal huruf, menyebut nama dan bunyi hurufmembaca secara senyap dan pantasmendalami maksud yang dibacamenghidupkan minat suka menyiasat meluaskan kosa katamembaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betulmengumpul pelbagai pendapatmembaca dengan sendirimembina sikap suka membaca proses kebalikan daripada proses menulis

Melibatkan kedua-dua aktiviti verbal danliterasi secara serentak

menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan

menterjemahkankembalilambang-lambang bertuliskepada lambang-lambang bunyimemperluaskan ilmu yang terakam dalam bahan bertulis

Sebut perkataanMencerakinkan perkataan dan kataMembina dan membaca ayatMembaca ayatMenyebut a-z huruf besar & kecilMenyebut suku kata V dan KVMengeja suku kata, perkataan & frasaMembaca ayatMembunyikan hufuf dan asosiasiMembatang suku kata dan perkataanMembaca frasa dan ayat

P & P dapat berjalan dengan lancarPengajaran menepati kehendak Sukatan PelajaranGambarKeratan Akhbar14. Penyediaan Rancangan Pelajaran Kemahiran MembacaMencapai objektif pengajaranObjektifModel KontritRadio/ TVCartaRakaman SuaraVideo/ SlaidKad ImbasanBuku TeksGuna BBM yang dapat menarik minat murid dan menjadikan pembelajaran lebih seronokLangkah-langkah Persediaan

15. Penilaian Kemahiran Membaca

Membolehkan seseorang berhubung dengan orang lainKonsepPeringkatJenis Penulisan16.Kemahiran MenulisTujuanProses merakamkan perkara yang dialami dalam bentuk tulisan.PramenulisMekanisPelahiranMeluaskan kosa kata pelajarDapat menggunakan kemahiran berfikir.Mengelakkan perasaan jemu pelajarDapat mengolah idea berdasarkan tajukMemenuhi keperluan psikologi pelajar.Dapat melahirkan dan mengembangkan ideaKreatifBebasSepara BerpanduSeparaTerkawalBerpanduTerkawal

18. Kemahiran MenulisObjektif MengarangKemahiran MengarangMencari isi menggunakan bahan rangsanganMengaitkan isi dengan tajuk, kohensi, koheren dan pemerenggananKemahiran kosa kata, gaya persembahan, mengedit dan mengembangkan ideaLangkah-langkah MengarangMemilih tajuk atau soalanBaca dan fahami soalan yang diberiFahami bentuk soalanMemilih soalan/ tajuk yang boleh dikuasaiMemahami kata kunci atau kehendak soalanFikirkan pengenalan, isi dan penutupMenulis karanganMenyemak karanganMenyusun rangka karanganMenyemak karanganMelatih murid-murid mengembangkan karangan dalam bentuk pemerengganan yang betulMelatih murid-murid menghujah dan mengembangkan ideaMenggunakan pengalaman menulis karangan ke dalam situasi sebenar seharianMelatih murid-murid menggunakan bentuk penggunaan bahasa yang betulMelatih murid-murid menggunakan format karangan yang betulMelatih murid-murid melahirkan idea

KonsepAktiviti menulis semula sesuatu petikanPerlu kuasai kemahiran huruf,mengeja, tanda baca dan perbendaharaan kataPastikan tempat hentian bacaanPetikan dibaca dengan jelasCara-cara pengajaran ImlakPetikan yang sesuaiPetikanBarangan rumahIlustrasi GambarRakaman audio(ceramah, ucapan, perbahasan)Filem Jigsaw puzzleKad imbasanRakaman videoKetepatan maklumat kandunganKetepatan bahasa dan gayaSesuai dengan umur, tahap dan keupayaan pelajarSesuai dengan objektif pengajaranSesuai dengan masa pengajaranMudah diguna dan dikendalikanSesuai dengan masyarakat, agama dan budayaPrinsip-prinsipProsedur Pengajaran dan Penyediaan Bahan Bantu MengajarBerikan petikan teks dan minta murid bacaMemilih bahagian untuk diimlakkanMenyebut perkataan dan murid menulisDilaksanakan selepas aktiviti lisan/membacaImlakBahan PerangsangKetepatan ejaan, penggunaan perkataan, bentuk huruf dan tanda baca dinilai.

Dilihat melalui aktiviti-aktivitiMenulis laporanMenulis suratKarangan (pelbagai bentuk)Mengisi borangMengembangkan maklumatMencatat nota

Merancang dan menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut format yang lengkap merangkumi penggabungjalinan kemahiran berbahasa dan teknik-teknik pengajaran yang sesuai. (20%)Bincangkan berserta contoh-contoh yang relevan sejauh manakah kemahiran berbahasa dan teknik yang anda gunakan itu dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. (30%)

Pengenalan Rancangan pengajaran harian (RPH) merupakan satu rekod khas yang disediakan oleh guru sebelum menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Rancangan pengajaran harian ini penting bagi guru sebagai persediaan mengajar supaya melaksanakan semua yang dirancang secara sistematik dan teratur.Selain itu, rancangan pengajaran harian ini juga merupakan satu garis panduan kepada guru dalam menjamin pencapaian objektif bagi sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Tambahan pula, melalui rancangan pengajaran harian ini guru dapat meningkatkan keyakinan diri dalam mengajar mengikut seperti yang telah dirancangkan. Ini dapat membantu dalam kelancaran penyampaian input sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.Rancangan pengajaran ini penting sebagai bahan bukti bahawa guru telah bersedia sebelum mengajar. Biasanya mengandungi tiga peringkat dalam rancangan pengajaran harian iaitu peringkat perancangan sebelum pengajaran, peringkat perlaksanaan pengajaran serta peringkat penilaian. Pada peringkat perancangan sebelum mengajar, dua perkara penting yang perlu dikenalpasti adalah isi kandungan yang bersesuaian dengan tahap keupayaan murid serta penetapan objektif pembelajaran. Dalam merancang isi kandungan, guru perlu memahami terlebih dahulu konsep-konsep asas yang seharusnya dikuasai untuk membolehkan seseorang dapat mempelajari sesuatu topik tersebut. Seterusnya, cara mengajar dirancang berpandukan kepada objektif pembelajaran. Kita perlu memikirkan aktiviti atau langkah pengajaran yang sesuai untuk mencapai objektif yang ditetapkan dan murid dinilai secara berterusa

Rancangan Pengajaran Harian Bahasa MalaysiaMata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTahun: Tahun 5 UMBilangan Murid: 35 orang Tarikh : 27 Feb 2014Hari: KhamisMasa: 8:10a.m. 9:10a.m. ( 60 minit )Tema: Makanan Berkhasiat Hidup SihatTajuk Pelajaran: Sayur-sayuran

Hasil Pembelajaran

Fokus Utama : 5.2 Membaca kuat teks prosa dan puisi dengan sebutan danintonasi yang betul dan lancar serta memahami perkara yang dibaca. Aras 3 : i. Membaca lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. Fokus Sampingan :1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan sesuatutransaksi dalam urusan untuk mendapatkan barangan danperkhidmatan. Aras 1 i. Mengenal pasti keperluan dan menyatakannya dengan jelas. ii. Menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

Objektif Pelajaran: Pada akhir pembelajaran ini, murid-murid dapat : i) Membaca teks dengan lancar serta gaya sebutan dan intonasi yang betul. ii) Membezakan dan menyatakan jenis zat makanan yang berkhasiat untuk kesihatan. iii) Mengisi tempat kosong dengan Kata Seru yang sesuai dan melakon berdasarkan dialog yang dibaca.

Sistem Bahasa : i) Tatabahasa ( Kata Seru ) ii) Sebutan dan intonasi ( Membaca teks pelbagai laras )

Ilmu: Pendidikan Moral

Kemahiran Bernilai Tambah i) Kecerdasan Pelbagai (Lingustik, Interpersonal, Muzik) ii) Kemahiran Berfikir ( Menjana idea dan membuat keputusan )iii) Keusahawan (Aplikasi ilmu dan kemahiran asas pengurusan dalam konteks perniagaan )

Strategi Pengajaran : Pembelajaran Kontekstual ( Menghubung kait pengajaran kehidupan )

Kemahiran Generatik : Kemahiran Belajar ( Pemerolehan maklumat daripada pelbagai sumber )

Penekanan Konsep 5P : Penggabungjalinan : 1. Kemahiran Membaca 2. Kemahiran Mendengar dan BertuturPenyerapan : Ilmu : Pendidikan Moral Nilai-nilai Murni : Keberanian, Baik hati dan Kejujuran.Pemulihan : Meminta murid membaca semula teks dengan bantuan rakan sebaya yang telah menguasai kemahiran membaca.Pengayaan : Membaca dialog lain di pusat Sumber dan meminta murid membina ayat dengan menggunakan Kata Seru dan kosa kata yang diajar.Penilaian : Murid menjawab soalan yang diberikan oleh guru.

Bahan Bantu Mengajar : Komputer Riba, pemancar LCD / Radio / Gambar / Papan Gulung / Kad Imbasan

Pengetahuan Sedia ada : Pelajar pernah mendengar makanan seimbang dan mengetahui kepentingan menjaga gaya pemakanan.

Langkah/ MasaIsi PelajaranAktiviti Pengajaran Dan PembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)

Video Bergambar ( Rujuk lampiran CD)

Video bergambar : sayur-sayuran, buag-buahan, gula-gula, nasi, yogurt , ikan, roti, bijirin, dan minuman ringgan.2. Soalan :(a) Di manakah tempat ini ?(b) Apakah makanan yang kamu nampak tadi ? (c) Apakah makanan yang kamu gemari ?(d) Bolehkah kita hanya makan makanan yang digemari kita sahaja ?(e) Apakah makanan yang berkhasiat dalam gambar video itu?1. Guru menayangkan gambar video dengan menggunakan LCD. Murid diminta menyebut tempat tayangan tersebut. 2. Guru bersoal jawab tentang nama makanan yang ditayangkan. 3. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran hari ini ,iaitu Makanan Berkhasiat Hidup Sihat.

KB: Menghubung kait

BBM: Gambar

Nilai: MenjagaKesihatan,Keberanian

Strategi : Komunikatif

Kemahiran Mendengar dan Bertutur

Langkah 1(15 minit)

( Rujuk lampiran 1 )

Makanan Berkhasiat adalah makanan yang membekalkan karbohidrat, protein, vitamin, zat galian dan kalsium.( Rujuk lampiran 2 : Gambar Makanan )1. Guru memaparkan jadual makanan yang dibahagikan kepada 4 jenis zat makanan .2. Guru membimbing murid menerangkan jenis zat yang terdapat dalam makanan. 3. Murid-murid dikehendaki tampil ke depan untuk menampalkan gambar supaya berpadan dengan jenis zat makanan.4. Guru memastikan jawapan murid betul. Jawapan yang betul diberi pujian dan motivasi.

KB: memadankanBBM: GambarNilai: Keberanian, Kerajinan

Kemahiran melihat dan berfikir

Langkah 2(10 minit)

Gambar sayur-sayuran dan cara masakan sayur. ( Rujuk lampiran 3 )

Petikan teks ( Rujuk lampiran 4)

1. Guru memaparkan pelbagai jenis gambar sayur-sayuran dan cara masakan sayur-sayuran yang sihat dan panduan pemakanan untuk kesihatan melalui projector.2. Guru meminta murid membaca teks mengikutintonasi dan sebutanyang betul dan kuat.3. Guru menerangkan petikan teks berkenaan kuantiti makanan yang disarankan, cara memilik dan memasak sayur adalah penting untuk kesihatan.KB: MenerangkanBBM: LCDKad imbasanNilai: Kesyukuran,Kesabaran, Kerajinan

Kemahiran Mendengar dan Membaca

Langkah 3(15 minit)

Ayat Kata Seru (Rujuk lampiran 5)1. Hai, sudah lama kita tidak bertemu !2. Amboi, mahal betul sayur itu !3. Eh, apa nama sayur itu ?4. Wah, cantiknya sayur itu !

Dialog membeli belah di pasar.( Rujuk lampiran 6)

1. Guru menyuruh murid tampil ke depan mengundi sekeping kertas dan baca ayat seru tersebut dengan suara yang melahirkan perasaan . 2. Guru memberi penerangan tentang fungsi kata seru yang dipaparkan di papan gulung.

3. Murid dibahagikan kepada 5 kumpulan. Murid diberi arahan untuk mendengar dengan teliti rakaman dialog yang disediakan oleh guru.4. Guru memaparkan dialog rakaman di papan gulung. Murid membaca dan memahami situasi yang diberikan.5. Murid berbincang secara kumpulan untuk memainkan peranan tentang membeli-belah di pasar.KB: Berdialog

BBM:Papan gulung,

Strategi : KoperatifNilai: Saling menghormatiKemahiran Bertutur

Langkah 4(10 minit)Latihan pengukuhan dan pemulihanLembaran kerja

1. Guru mengedarkan latihan pengukuhan kepada semua murid.2. Murid jawab soalan berdasarkan teks yang dibaca dan isi tempat kosong dengan kata seru yang dipelajari.3. Lembaran 2 diedar kepada murid untuk menyiapkan di rumah.Kemahiran menulis

Penutup(5 minit)

Penutup : i) Kognitif (secara rumusan)Gambar Piramid (Rujuk lampiran 7)ii) Sosial ( keseronokan )Tayangan slaid mengenai senikata lagu Ikan Kekek.( Rujuk lampiran 8)

1. Guru menunjukkan gambar piramid makanan dan menyebut sekali lagi makanan yang baik untuk kesihatan. 2. Murid-murid menyanyikan lagu Ikan Kekek bersama-sama sambil membuat gaya pergerakan mengikut rentak lagu. Guru membuat rumusan badan akan cergas dan aktif sekiranya makan makanan yang berkhasiat.KB: Menghubung kaitBBM: Gambar LCD Radio

Nilai:KeceriaanKesyukuran

TPK : Muzik

Penerangan :Makanan yang seimbang dan berkhasiat ialah makanan yang mengandungi semua jenis zat makanan yang diperlukan oleh badan. Makanan yang perlu dilebihkan adalah makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, kalsium, vitamin, dan zat galian. Sementara itu, makanan yang berlemak, berminyak, bergula, dan banyak garam mestilah dikurangkan.Lampiran 1

Lampiran 2

Lampiran 3 Lampiran 4

rebus sayur

kukus sayur

celur sayurLampiran 5

1. Hai, sudah lama kita tidak bertemu !2. Amboi, mahal betul sayur itu !3. Eh, apa nama sayur itu ?4. Wah, cantiknya sayur itu !

( Penerangan tentang kata seru )Kata seru ialah bentuk kata yang berfungsi melahirkan berbagai-bagai perasaan dan digunakan dalam ayat seruan.

Kata SeruFungsi

Haimenyapa

Amboikagum atau mengusik

Ehamat hairan dan terkejut

Wahkagum dan hairan

Lampiran 6

Sook Yee: Hai, Lee Hong , lama tak jumpa !Lee Hong: Eh, Sook Yee ! Tak sangka kamu pun beli sayur di pasar ini.Sook Yee: Ya, mari kita membeli sayur bersama-sama. Sook Yee : Wah, banyaknya sayur di sini, pak cik !Peniaga: Ya, di sini ada pelbagai jenis sayur. Antaranya kacang panjang, kangkung, bayam, kalian, dan sawi.Sook Yee: Saya mahukan seikat sayur bayam yang elok dan segar. Berapa harganya ?Peniaga: Tiga ringgit seikat.Lee Hong: Amboi , mahalnya pak cik !Peniaga: Sayur di sini semuanya tanaman organik. Tidak guna racun serangga. Sook Yee: Kalau begitu, saya pun mahukan seikat bayam.Peniaga: Baiklah, ini sayurnya.Lee Hong: Terima Kasih !

Lembaran Kerja 1Latihan Pengukuhan

Nama : __________________ Tarikh:________________ Kelas : ____________A. Jawap soalan di bawah :1. Apakah jenis makanan yang perlu kita makan lebih?Jenis makanan yang perlu kita makan lebih ialah makanan jenis kekacang dan bijirin.2. Apakah jenis zat yang terkandung dalam sayur-sayuran dan buah-buahan? Sayur-sayuran dan buah-buahan kaya dengan vitamin, zat galian dan sumber serat.B. Isi tempat kosong dengan kata seru : Wah Eh Amboi Hai

Lembaran Kerja 2Latihan Pengukuhan

Nama : __________________ Tarikh:________________ Kelas : ____________ Lihat gambar makanan di bawah dan tuliskan jenis zatmakanan tersebut berdasarkan perkataan diberi.

( kalsium , vitamin dan zat galian , karbohidrat , protein )Lembaran Kerja 3Latihan Pemulihan

Nama : __________________ Tarikh:________________ Kelas : ____________Lihat gambar makanan di bawah dan isi tempat kosong berdasarkan perkataan yang diberi. ( kalsium , vitamin dan zat galian , karbohidrat , protein )

Makanan yang membekalkan karbohidrat.Makanan yang membekalkan vitamin, dan zat galian.

Makanan yang membekalkan kalsium.Makanan yang membekalkan protein.

Lembaran Kerja 4Latihan Pemulihan

Nama : __________________ Tarikh:________________ Kelas : ____________Isi tempat kosong dengan kata seru : Wah Eh Amboi Hai

Lampiran 7

Gambar Piramid Makanan Lampiran 8

Lirik lagu: Ikan KekekIkan kekek mak iloi iloi,Ikan gelama mak ilai-ilai,Nanti adik mak iloi-iloi,Pulang sama mak ilai-ilai .Ada satu si ikan parang,Badannya panjang berbelang-belang,sinya sikit banyak tulang,Sedap makan kalau masak pindang.

Bincangkan berserta contoh-contoh yang relevan sejauh manakah kemahiran berbahasa dan teknik yang anda gunakan itu dapat meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas._________________________________________________________________________________________________Proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) merupakan elemen yang paling penting dalam usaha memastikan para pelajar dapat memahami isi kandungan mata pelajaran yang diajar oleh guru. Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan pula merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti dalam usaha mempertingkatkan potensi insan dari segipsikomotor, kognitifdan afektifke tahap yang paling optimum. Kemahiran berbahasa terdiri daripada kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Memandangkan kepentingan kemahiran bahasa merupakan salah satu kemahiran yang utama untuk para pelajar menguasainya sejak kecil lagi, maka, sebagai seorang pendidik kita perlu meneliti terlebih dahulu tentang peringkat penguasaan, unsur dan factor keberkesanan serta pendekatan, langkah dan prinsip pengajaran kemahiran bahasa bagi melaksanakan aktivitiproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan bermakna. Dalam pengajaran kemahiran Bahasa Melayu, peangajaran bertutur perlu dimulakan dari peringkat awal pengajaran untuk mendorong minat murid-murid belajar bahasa. Jadi, saya menggunakan pendekatan Situasi dan Komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan menayangkan video melalui projektor dan menanya soalan untuk menarik perhatian, minat , dan memotivasikan pelajar dalam sesi set induksi. Saya mengaplikasikan pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur dengan mengaitkan kaedah pembelajaran Konstruktivisme yang berkaitkan dengan pengetahuan sedia ada murid, di samping itu, aktiviti Kemahiran Bertutur turut digunakan iaitu dengan mengemukakan soalan-soalan mengenai pelbagai makanan di pasaraya untuk menjanakan ilmu dan perasaan ingin tahu murid. Saya mendapati bahawa sebahagian besar murid-murid di kelas saya telah memberi respon secara aktif dengan mengemukakan jawapan mereka mengikut pengalaman masing-masing.

Menerusi teknik penyoalan, murid-murid mampu menjawab soalan-soalan guru dengan sebutan, intonasi dan nada yang jelas dan tepat. Dalam sesi pertuturan, murid-murid bertukar-tukar pendapat dan maklumat, mereka dapat melahirkan pendapat peribadi dan memberi penerangan dan alasan tentang jenis makanan berkahsiat yang patut kita lebihkan makan. Tambahan pula, pengaplikasan pendekatan berpusatkan bahan dan murid dalam langkah set induksi ini telah berjaya memotivasikan murid agar berfikir dan meningkatkan minat murid untuk terus belajar. Dalam sesi perkembangan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, saya menggunakan kaedah terus dan pendekatan berdasarkan bahan dan tematik untuk membolehkan murid saya memahami konteks pelajaran dengan lebih mudah dan berkesan. Contohnya, saya memaparkan pelbagai jenis gambar makanan untuk murid memahami jenis zat makanan yang berkhasiat untuk kesihatan. Melalui Kaedah Pandang dan Sebut, saya telah berjaya meningkatkan minat dan kefahaman murid dalam sesi pengajaran ini bahawa murid-murid saya telah melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu mereka dapat memadankan gambar dengan jenis zat makanan dengan betul.Kemahiran membaca dan memahami adalah kemahiran yang saling melengkapi. Saya mengaplikasikan kemahiran membaca secara berperingkat supaya penguasaannya memperlihatkan satu perkembangan yang meningkat. Saya menggunakan jenis bacaan mekanis dengan meminta murid saya membaca teks mengikut intonasi dan sebutan yang betul dan kuat dalam sesi perkembangan pengajaran iaitu langkah ke-2. Selain itu, saya mengaplikasikan proses pengajaran kemahiran bahasa melalui pendekatan berasaskan bahan dan kaedah terus dengan menerangkan kosa kata melalui gambar yang ditunjukkan untuk meningkatkan kefahaman murid. Saya juga mengajar kosa kata melalui kaedah Ajuk Hafaz dan teknik latih tubi dengan mengulang kosa kata yang diajar melalui menyoal dan membaca. Di sini, saya dapati bahawa murid saya mula berasa kebosanan terhap teknik latih tubi ini, terutamanya murid-murid pada aras tinggi .Kemungkinan teknik ini telah mengehadkan kebebasan berfikir dan daya kreatif mereka. Walau bagaimanapun, murid-murid dalam kelas ini dapat membaca kuat dan lancar teks pelbagai laras bahasa dengan sebutan dan intonasi yang betul serta gaya yang sesuai. Saya telah mempelbagaikan aktiviti membaca dengan cara individu, pasangan dan kumpulan untuk menghilangkan kebosanan murid. Memandangkan pengajaran dan pembelajaran kemahiran mendengar membolehkan murid-murid menguasai kemahiran mendengar dengan teliti terhadap bunyi-bunyi bahasa dan seterusnya memahami mesej yang dibawa oleh bunyi-bunyi bahasa tersebut. Prinsip dalam mengajar kemahiran mendengar iaitu mendengar merupakan gabungan daripada apa yang dilihat, di dengar dan diingat membuktikan bahawa dalam proses mendengar, seseorang pendengar yang baik menggunakan alat pendengaran dan keupayaan akalnya secara bijaksana dan amat bertepatan dengan penyataan individidu lebih banyak belajar mendengar melalui pengalamannya berbanding kecerdasan otaknya. Pendengaran yang cekap menyatukan idea secara logik dan berkesan. Tambahan pula, merujuk Teori Interaksionalisme yang saya pelajari, murid perlu digalakkan untuk belajar dalam situasi dan konteks sosial yang sebenar. Maka, di samping mengajar penggunaan tatabahasa iaitu kata seru, saya telah menggunakan Kaedah Audio-Lingual dengan menggunakan alat-alat rakaman bagi tujuan pengajaran kemahiran bertulis membina dialog urusan jual beli. Melalui penggunaan teknik permainan bahasa, murid saya dipimpin untuk berlakon berpandukan dialog yang ditulis secara perbincangan kumpulan (dialog urusan jual beli) . Teknik ini dapat merangsang interaksi verbal murid, meneguhkan kegunaan unsur-unsur bahasa selain dapat menwujud situasi sosial yang sihat dan suasana pembelajaran yang selesa. Kebanyakan murid berasa seronok kerana mereka bukan sahaja diberi peluang berinteraksi, bekerjasamana antara rakan sebaya, malahan mereka dapat mencapai kemahiran berkomunikasi, nilai bertanggungjawab dan juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Dalam proses pengajaran dan pembelajarna ini, saya juga mengaplikasikan Kemahiran Bernilai Tambah iaitu Keusahawanan semasa murid berlakon urusan jual beli dengan aplikas ilmu dan kemahiran asas pengurusan dalam konteks perniagaan. Untuk menilai kemahiran bertutur di kalangan murid, saya telah menggunakan teknik inkuiri menyoal murid secara reflektif untuk mengesan sebutan bahasa dengan betul mengikut nada dan intonasi yang sesuai dengan konteks pertuturannya. Di samping itu, saya juga mengedarkan latihan pengukuhan dan pemulihan kepada murid saya untuk menilai kemahiran membaca dan kefahaman mereka . Murid saya dapat menjawab soalan berdasarkan teks yang dibaca dan latihan mengisi tempat kosong dengan kata seru yang dipelajari. Ini bermakna proses pengajaran kemahiran bahasa yang saya aplikasikan dengan pelbagai pendekatan, strategi, kaedah dan teknik telah mencapai objektif pembelajaran. Oleh sebab kesuntukan masa dalam kelas, saya mengedarkan lembaran kerja yang kedua kepada murid untuk disiapkan di rumah.Untuk mengukuhkan lagi ilmu pengetahuan mengenai makanan yang berkhasiat, maka saya menggunakan strategi kemahiran berfikir dengan menunjukkan gambar piramid makanan dan meminta murid menyebut sekali lagi makanan yang baik untuk kesihatan dan jenis zatnya yang terdapat dalam makanan itu. Teknik ini memberi peluang kepada murid mengingatkan semula isi kandungan yang telah disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini. Selain itu , saya menggunakan penutup sosial dengan menyanyi lagu Ikan Kekek untuk menimbulkan perasaan pencapaian murid saya. Di samping itu, saya juga memberi peneguhanpositif kepada murid atas penglibatan mereka secara aktif sepanjang proses pengajaran kemahiran bahasa.Secara umumnya, untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran bahasa, kita patut mengaplikasikan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran kemhiran Bahasa Melayu berdasarkan latar belakang, minat dan keupayaan murid. Penggunaan variasi pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran dapat menarik perhatian murid dan mengekalkan perhatian murid terhadap sesi pengajaran guru. Pengajaranyang berkesan juga sangatbergantung kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan,secara kritis dan kreatif. Justeru, di samping kekayaan pengetahuan dalam pengaplikasian pendekatan, strategi, kaedah dan teknik dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan berkesan. Guru yang berkualiti dapat melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan lancar tanpa adasebarang masalah kerana dia sudah membuat persediaan awal dengan mengatur langkah-langkah pengajaran dengan sebaiknya. Ini adalah kerana rancangan pengajaran adalah sangat penting dalam proses pengajarannya kerana ia akan menentukan pencapaian optimum seorang murid di dalam kelas iaitu dengan melihat respon yangdiberikan semasa sesi pengajaran. Kesimpulannya, pengajaran kemahiran bahasa yangberkesan memerlukanguruyang berpengetahuan, berkualiti, berkebolehan untuk mengaplikasikan teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran yang berjaya menarik minat murid. Dengan itu, murid berasa seronok, bertambah minat, faham, menghayati bahan yang diajar, perubahan kelakuan ini dapat meningkatkan kemahiran dan mengembangkan aspek kognitif utuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan proses pengajaran yang telah dijalankan impakakhir lahir murid cemerlang dalam akademik serta sahsiahnya seterusnya merealisasikan dasar Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru.

Untuk merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna kepada para pelajar, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang pendekatan, kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijaksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul. Pada setiap interaksi pengajaran dan pembelajaran, guru sering kali berhadapan dengan murid yang berbeza dari segi kekuatan dan kebolehan mereka. Dalam situasi inilah kepakaran guru penting dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran. Hal ini bermakna, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu bukan sahaja berpotensi memerangsangkan minat pelajar belajar secara aktif malah harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar serta dapat menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Guru seharusnya kreatif dalam merencana pengajaran dan pembelajaran yang bervariasi bagi menarik perhatian pelajar dalam sesuatu pengajaran. Aktiviti-aktiviti yang direncana hendaklah menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep-konsep dapat diterjemahkan secara jelas dan mudah untk diterima oleh semua pelajar. Aktiviti-aktiviti yang terancang juga harus mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. Semasa merancang persediaan mengajar, aktiviti-aktiviti yang dipilih perlu mempunyai urutan yang tersusun dan sempurna. Urutan pengajaran perlu diselaraskan dengan isi kemahiran dan objektif pengajaran. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah berbentuk gerak kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian pelajar, berupaya meningkatkan kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu guru untuk menjelaskan pengajarannya.Kaedah projek yang diasaskan oleh John Dewey misalnya, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Dari segi penggunaan teknik pula, guru boleh menggunakan apa sahaja teknik yang difikirkan sesuai sama ada teknik menerang, teknik mengkaji, teknik penyelesaian mudah, teknik bercerita dan teknik perbincangan.Pengaplikasian kaedah dan teknik yang bervariasi akan menjadikan sesuatu pengajaran itu menarik dan akan memberi ruang kepada pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan sentiasa mengambil bahagian sepanjang sesi pengajaran tanpa merasa jemu dan bosan. Dalam pengajaran dan pembelajaran, terdapat beberapa kaedah dan teknik yang berkesan boleh digunakan oleh guru. Oleh yang demikian pemilihan kaedah dan teknik pelulah dilakukan secara teliti dan berhati-hati supaya pendekatan ini tidak mehalang guru melaksanakan proses pembentukan konsep-konsep secara mudah dan berkesan.

Penulisan Reflektif (20%)

Saya berasa bersyukur kerana kerja kursus Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu BMM3104yang diedarkan oleh pensyarah , Encik Abdul Rahim Othman telah berjaya disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Ketika saya baru mendapat tugasan ini, bagi saya ia adalah satu cabaran kerana saya kena menghuraikan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik pengajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca, kemahiran menulis, pendekatan pengajaran kemahiran menulis, kemahiran mengarang, prosedur pengajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar dan penilaian pengajaran kemahiran menulis dalam bentuk peta pemikiran serta bina satu Rancangan Pengajaran Harian yang lengkap untuk pengajaran 60 minit dengan mengaplikasi teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Tugasan ini agak susah sebab saya kena membaca dan memahami keempat-empat kemahiran pengajaran terlebih dahulu untuk menulis isi penting dalam bentuk peta pemikiran.

Di sini, saya berasa bersyukur sebab menemui seorang pensyarah yang baik, iaitu Encik Abdul Rahim Othman . Beliau merupakan seorang peramah, penyabar dan penyayang kerana kesungguhan beliau mengajar kita pengajaran kemahiran Bahasa Melayu semasa kita menghadiri interaksi di IPG. Di samping itu, beliau telah menjelaskan serta memberi contoh kepada kita mengenai bentuk peta pemikiran ( i-think) dan cara-cara untuk menjalankan kerja kursus ini. Beliau banyak memberi tunjuk ajar dan penerangan yang teliti kepada kita tentang penulisan bentuk i-think dan format Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Di sini, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih atas buka hati beliau.

Melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif, saya dan rakan-rakan sekelas bekerjasama mencari maklumat dan rujukan mengenai tajuk-tajuk kursus menerusi internet. Seterusnya kita merujuk kepada modul BMM 3104dan mengunjung ke Perpustakaan IPSAH dan Perpustakaan Awam di Sungai Petani untuk meminjam buku-buku yang berkaitan dengan Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Saya mendapati bahawa tidak sukar untuk mendapatkan bahan rujukan tetapi agak sukar untuk saya memilih bahan dan sumber yang paling tepat dan jelas untuk menyelesaikan tugasan ini. Tidak dinafikan bahawa semakin banyak rujukan yang saya lakukan, semakin bertambah ilmu pengetahuan yang saya perolehi.

Dalam tugasan ini, walaupun mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu adalah di luar pengetahuan dan pengalaman saya, malahan cabaran ini tidak menghalang saya untuk menjalankan tugasan ini sebaliknya ia menjadi satu momentum bagi saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Berdasarkan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu yang telah dibuat pada semester tiga dan empat yang lepas, sayasudah mendapat ilmu pengetahuan tentang pendekatan,strategi, kaedah, dan teknik pengajaraan dan pembelajaran Bahasa Melayu dalam penghasilan Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu. Oleh itu, saya berasa senang hati untuk merancang dan menghasilkan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang merangkumi penggabungjalinan kemahiran berbahasa dan teknik-teknik pengajaran yang sesuai.

Di sini, izinkan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada cikgu Teh kerana kesudian beliau meminjam dua waktu kepada saya untuk mengajar Bahasa Melayu di kelas 5UM. Saya mengambil tahu terlebih dahulu tentang minat, pengetahuan sedia ada dan keupayaan murid 5UM dalam Bahasa Melayu sebelum membuat perancangan pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan untuk murid Tahun 5UM , saya bukan sahaja memahami bahawa pengaplikasian kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, kemahiran menulis, pendekatan, strategi, kaedah dan teknik ini membentuk suatu rangka luaryang kukuh dan memayungi perancangan pengajaran yang berkesan, malahan saya dapati bahawa latar belakang, minat, pengetahuan sedia ada dan keupayaan murid juga merupakan factor penting untuk memilih dan menggunakan samada kemahiran, pendekatan, strategi, kaedah atau teknik yang sesuai, tepat dan betul supaya proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara efektif.

Kesimpulannya, sepanjang menghasilkan kerja kursus ini, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam tentang Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu , memahami dengan lebih lanjut tentang kempat-empat kemahiran, pendekatan, kaedah, dan teknik pengajaran adalah saling berkait dan menjadi elemen yang menunjangi Rancangan Pengajaran Harian bagi menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk murid sekolah rendah. Tambahan pula, saya mendapat ilmu pengetahuan dalam menulis peta pemikiran dengan menggunakan pelbagai jenis perisian komputer yang diturun muat dari internet. Antara perisian komputer yang saya gunakan untuk menulis peta minda selain daripada Microsoft Word ialah Edraw Mind Map dan Mindjet Mind Manager. Saya belajar persendirian kedua-dua perisian ini melalui laman web Youtube. Di sinilah saya memperkayakan ilmu pengetahuan pengajaran dan ilmu teknologi semasa menghasilkan kerja kursus ini. Sekian Terima Kasih !