assg kesihatan gaya hidup sihat

Upload: noormazrita-azam

Post on 19-Oct-2015

96 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

pendidikan kesihatan

TRANSCRIPT

0.1Pendahuluan.Konsep gaya hidup sihat sebenarnya adalah amalan atau cara individu dan masyarakat menyusun kehidupan seharian mereka kearah kehidupan yang mementingkan kesihatan yang optimum.Pepatah Arab ada mengatakan bahawa al- aql salim fil jismi salim, ia membawa maksud aqal yang sihat datangnya daripada tubuh badan yang sihat.Manakala ungkapan pepatah Inggeris pula mengatakan bahawa there is no health without mental health, ia membawa maksud tiada kesihatan sekiranya kesihatan mental terabai.Maka semua ini boleh disimpulkan bahawa kesihatan fizikal dan mental adalah berhubung kait dan tidak boleh dipisahkan.Kesejahteraan mental, kestabilan emosi , kemantapan sahsiah dan personaliti, kecergasan fizikal, serta perhubungan sosial yang positif amatlah penting bagi menjalani kehidupan yang benar-benar sihat.Situasi ini adalah benar dan sejajar dengan definisi kesihatan seperti mana yang dinyatakan oleh World Health Organization atau WHO, iaitu Health is a state of complete physical, mental and social well being and not merely the absence of disease or infirmity

Berdasarkan definisi yang dinyatakan bahawa bagi menjadi individu yang sihat, hendaklah sihat dan sejahtera dari segi mental dan fizikal.Maka kesihatan mental memerlukan pandangan dan sikap yang positif dan proaktif terhadap diri sendiri dan orang lain serta perhubungan kita dengan mereka, disamping memiliki sikap yang positif terhadap persekitaran kita.

1.0DEFINISI KESEJAHTERAAN HIDUP.

Konsep kesejahteraan dari segi Bahasa ialah kesejahteraan berasal daripada kata dasar sejahtera.Kamus Pelajar Edisi Kedua (Dewan Bahasa Dan Pustaka,2010) telah mentakrifkan bahawa sejahtera sebagai bebas daripada segala macam kesusahan dan lain-lain, aman sentosa dan makmur, selamat, kesejahteraan pula membawa maksud hal atau keadaan sejahtera, keamanan, keselamatan dan ketenteraman.

Dari segi istilah pula, para sarjana telahpun membincangkan maksud kesejahteraan manusia dengan pelbagai makna, Gasper (2002),Travers dan Richardson (1997) telah membincangkan maksud kesejahteraan sebagai satu konsep atau asbrak yang digunakan bagi merujuk kepada apa sahaja yang digunakan untuk menilai situasi dan keadaan kehidupan seseorang.Secara ringkasnya ia merupakan satu penerangan tentang keadaan hidup seseorang manusia.

Konsep kesejahteraan hidup merupakan suatu proses yang agak dinamik yang memberikan nilai kepada manusia tentang bagaimana kehidupan mereka berkembang, iaitu sama ada bertambah baik atau sebaliknya.Meskipun ia mempunyai dimensi yang pelbagai namun secara tradisinya ia diukur melalui petunjuk ekonomi iaitu tingkat pendapatan (Fabrica dan David)

Kesejahteraan hidup diukur menggunakan dua pendekatan iaitu pendekatan objektif dan pendekatan subjektif.Pendekatan objektif dibangunkan secara mekanikal dan tidak boleh menjadi pengukuran yang tepat bagi kesejahteraan hidup .Dalam konteks ini, pengukuran objektif yang digunakan adalah tingkat pendapatan.Pengukuran subjektif mengambilkira perasaan dan pengalaman sebenar dalam pengukurannya (Rabobank, 2011)

Norizan (2003), Pengukuran secara subjektif merangkumi aspek yang lebih luas dan menyeluruh seperti pendapatan dan pengagihan, persekitaran kerja, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, dan kehidupan.Apa yang dimaksudkan dengan pengukuran kesejahteraan hidup ialah yang dilakukan berdasarkan petunjuk-petunjuk tertentu dan ia berbeza di antara kumpulan masyarakat.

Menurut Fred (1979), persoalan tentang kesejahteraan hidup banyak dibahaskan dan dikaji dalam kajian-kajian terdahulu dan dikaitkan dengan pelbagai aspek seperti fenomena politik, sikap, tindakan, kestabilan, optimis dalam jangkaan terhadap kehidupan masa depan, kepuasan terhadap kerajaan, kuasa, dan penglibatan politik.Veenhoven (2006), mengaitkan bahawa kesejahteraan hidup dengan kegembiraan.Kegembiraan pula didefinisikan sebagai sejauhmana seseorang itu menyukai akan kehidupan yang dilaluinya atau darjah di mana seseorang itu menilai keseluruhan kehidupannya secara positif.Beliau juga mengatakan bahawa perkataan sejahtera itu sendiri memberi makna tentang kegembiraan, kualiti kehidupan, kepuasan hidup, kebajikan merupakan perkataan yang menerangkan konsep yang sama iaitu kehidupan yang baik.Kesejahteraan hidup memberi makna yang luas tentang fenomena termasuk respon emosi individu, bidang kepuasan, dan penilaian global terhadap kepuasan hidup.

Manakala menurut kajian yang dibuat oleh Renwick (2006) yang sekaligus mendefinisikan kesejahteraan hidup sebagai suatu perkara yang menyebabkan seseorang merasa seronok , bahagia dan merasakan hidupnya bermakna.

Berdasarkan kesemua pendapat yang diutarakan , maka adalah jelas bahawa kesejahteraan hidup bukan sahaja bermakna kesihatan tubuh badan semata-mata malahan ia melibatkan keseluruhan roda kehidupan individu.Sama ada dari sudut kesihatan tubuh badan, keagamaan, kekeluargaan, ekonomi, hubungan sesame manusia, harta benda, kebebasan dan kasih saying.Kesemua elemen ini hendaklah bergabung dan mewujudkan rasa gembira dan senang terhadap individu.Maka itu barulah dikatakan kesejahteraan hidup.Kesejahteraan hidup juga membawa maksud keseimbangan kehidupan individu dari segi kesejahteraan kesihatan tubuh badan, kesejahteraan emosi, kesejahteraan kerjaya, kesejahteraan sosial, kesejahteraan fizikal, kesejahteraan Intelektual, kesejahteraan persekitaran dan kesejahteraan spiritual.Kesemua kesejahteraan yang dinyatakan hendaklah seimbang dan membawa kebahagian dalam hidup.Seandainya salah satu elemen pincang maka kesejahteraan hidup yang optimun tidak akan tercapai dan kepuasan dalam hidup juga tidak dikecapi.

2.0Roda Kesejahteraan Ballard (2012).

2.1 Kesejahteraan Intelektual

Kesejahteraan intelektual merupakan situasi dimana individu melibatkan diri dalam aktiviti kreatif serta menggunakan sumber-sumber yang ada bagi memperluaskan ilmu pengetahuan, perkembangan, aplikasi dan artikulasi pemikiran yang kritis.Kesejahteraan intelektual merangkumi kemampuan individu untuk menaakul, memproses dan bertindak balas terhadap maklumat, kemampuan untuk mengenalpasti nilai dan kepercayaan serta kemampuan membuat keputusan.Malahan menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (2005) turut menyelitkan kesejahteraan fizikal sebagai salah satu unsur dalam kesihatan yang holistik.Kesejahteraan fizikal melibatkan komponen daya tahan kardiovaskular, otot dan komposisi badan.

Ini bermakna individu yang mempunyai intelek yang baik akan mampu menyumbang kearah kesejahteraan hidup yang baik. Ini disebabkan individu tersebut mampu untuk membuat dan menilai setiap keputusan serta sesuatu perkara dengan tepat dan logik.

2.2Kesejahteraan Physical (psikologi).

Pengertiaan kesejahteraan Physical ataupun psikologi(Psychological Well-Being) menurut Corsini ( 2002), pengertian well being adalah suatu kondisi subjektif yang baik, iaitu termasuk kebahagian , self-esteem, serta kepuasan dalam hidup .Manakala menurut Ryff(1995), kesejahteraan psikologi adalah suatu kondisi seseorang yang bukan hanya bebas dari segi tekanan dalam kehidupan atau masalah-masalah mental sahaja malahan lebih daripada kemampuan seseorang menerima diri sendiri mahupun kehidupan masa lalu (self-acceptance), perkembangan atau pertumbuhan diri (personal growth).Malahan keyakinan bahawa hidupnya bermakna dan memiliki tujuan (purpose in life), memiliki kualiti hubungan positif dengan orang lain (positive relationsiap with others).Selain itu, keupayaan untuk mengatur kehidupan dan persekitaran secara efektif (environmental mastery).Malahan kemampuan untuk menentukan tindakan sendiri (autonomy).

Berdasarkan pendapat yang dinyatakan merujuk kepada roda kesejahteraan, maka adalah jelas bahawa kesejahteraan hidup perlulah seimbang dengan memiliki kesejahteraan psikologi yang baik.Individu tersebut hendaklah bebas daripada tekanan hidup yang kritikal.Walaupun individu mempunyai tekanan dalam hidup tetapi individu mampu menanggani tekanan hidup dengan baik. Maka itu barulah dikatakan kesejahteraan dalam hidup.

2.3Kesejahteraan Emotional.

Emosi didefinisikan sebagai suatu ekspresi perasaan naluri yang kuat seperti kasih sayang, gembira, malu, sedih, takut dan sebagainya.Iaitu kehebatan dan kesensitifan perasaan yang selalu diluahkan dari dalaman kepada tingkah laku tertentu atau cara kita menyampaikan persaan.Perasaan-perasaan yang kuat akan mempengaruhi tindak balas luaran sama ada perubahan tubuh fizikal terkawal seperti mimic muka dan tidak terkawal seperti badan berpeluh kerana ketakutan.

Manakala menurut Kamus Dewan Melayu (1994), menyatakan emosi bermaksud perasaan pada jiwa yang kuat seperti sedih, marah dan lain-lain.Oxford Advanced Learners Dictionary (1995), menyatakan emosi sebagai perasaan yang kuat dan pelbagai jenis kasih sayang, keriangan, benci, takut, cemburu, keseronokkan atau gangguan pada perasaan.

Dari segi istilah psikologi, emosi membawa maksud Bahasa dalaman seseorang yang berkait rapat dengan tindakbalas fizikal dari sudut sensitivity perasaan dalaman dan luaran iaitu pergaulan sosial.Ia adalah suatu pergerakkan dalam minda yang dikeluarkan oleh pengaruh luaran.Minda adalah pasif dan sentiasa menerima semua yang terlintas untuk mempengaruhinya.Apabila minda tersebut bangkit untuk menunjukkan apa yang dirasainya.

Emosi yang sihat berkait rapat dengan setiap tindak-tanduk kita, justeru itu wajar diberi perhatian.Apabila emosi sihat, perasaan serta tindakan juga akan lebih terkawal.Malahan ia akan membuatkan individu lebih tabah dalam menghadapi dugaan, mampu menjalinkan hubungan yang bermakna dan bersemangat kental.

Kesejahteraan emosi merupakan kesejahteraan sikap dan kepercayaan individu terhadap diri dan kehidupan.Iannya merangkumi konsep kendiri yang positif dan realistik, identiti diri, tahap penghargaan kendiri dan kesedaran dalam mengawal perasaan.Ini bermakna kesejahteraan hidup turut bergantung kepada kestabilan emosi yang sangat baik. Bukan itu sahaja, kepincangan emosi boleh memberi kesan yang tidak baik kepada kesejahteraan hidup.

2.4Kesejahteraan Spritual.

Kesejahteraan spiritual merupakan suatu aspek yang terintegrasi dari manusia secara keseluruhan, yang ditandai oleh makna dan harapan (Clark et al, 1991).Kesejahteraan spiritual juga didefinisikan sebagai dimensi yang holistik merangkumi pencarian makna dalam kehidupan, nilai-nilai intrinsik, hubungan dengan tuhan, dan komuniksi spiritual.

(Nahid 2009), kesejahteraan spiritual merupakan kunci kepada kehidupan manusia.Kekuatan fizikal yang kita miliki adalah lahir daripada kekuatan atau kecerdasan spiritual.Oleh sebab itu, kita kana dapat menjalankan tugas dengan baik sekiranya kita memiliki kekuatan atau kecerdasan spiritual yang tinggi.

Spritual bermaksud hubungan manusia dengan Tuhannya.Kecerdasan spiritual adalah ukuran tahap hubungan manusia dengan Tuhannya.Seseorang mempunyai kecerdasan spiritual akan mempunyai hubungan yang baik dengan Tuhannya dan juga sesame manusia (Siti Lutfiyah,2008).Kekuatan spiritual yang tinggi, akan menjadikan diri kita mampu mengawal segala tingkahlaku kita daripada melakukan perkara-perkara negatif.

Kesejahteraan spiritual menurut kacamata Islam adalah merujuk kepada konsep kehambaan kepada Tuhan.Mereka yakin dengan pertolongan yang diberikan oleh Tuhan mereka pada setiap masa dan mereka melakukan ibadat kepada Tuhan tanpa rasa terbeban (Syamil Yusuff,2007).Malahan beliau turut menyatakan bahawa, kesejahteraan spiritual mengikut pandangan barat bermaksud mencari kehidupan yang lebih bermakna.kecerdasan spiritual mampu membawa kebahagian kepada manusia kerana di dalam diri manusia terdapat potensi yang terpendam dan ia akan membantu mencari makna kehidupan yang sebenar.

Individu yang mempunyai kesejahteraan spiritual yang baik akan memberi kesan yang baik dalam kesejahteraan hidup.Ini disebabkan kesejahteraan akan memberi kesan yang positif dari segi ketenangan jiwa.Ketenangan jiwa mampu melahirkan individu yang berfikiran waras seterusnya mampu membuat sebarang keputusan dalam hidupnya dengan tepat dan baik.Bukan itu sahaja, sudah pasti bersikap positif dalam menanggani sebarang masalah yang dihadapi.

2.5Kesejahteraan Social (Sosial).

Secara ringkasnya kesejahteraan sosial merangkumi kadar dan kualiti interaksi dengan orang lain, komuniti, dan persekitaran.Suharto (2009), pengertian kesejahteraan sosial adalah suatu institusi atau bidang kegiatan yang melibatkan aktiviti organisasi yang diselenggarakan baik oleh pemerintah mahupun pihak swasta yang bertujuan untuk mencegah, mengatasi atau memberikan kontribusi terhadap pemecahan masalah sosial dan peningkatan kualiti hidup individu, kelompok dan masyarakat.

Berdasarkan penjelasan diatas, ia memberi maksud masalah kesejahteraan sosial tidak boleh ditanggani oleh sebelah pihak sahaja, malahan ia harus melibatkan keseluruhan jentera organisasi.Perubahan sosial yang secara dinamis mampu menanggani masalah sosial dengan baik.Ini kerana masalah sosial akan sentiasa ada selagi kita hidup.Namun demikian, akan dapat diatasi sekiranya kita mempunyai hubungan yang baik dengan komuniti luar.

Kesejahteraan sosial adalah sebagai suatu keadaan yang digambarkan sebagai ideal tentang corak kehidupan yang merangkumi kehidupan metarial, spiritual, dengan menempatkan satu aspek yang lebih penting dari yang lain.

Adi Isbandi (2005), menyatakan bahawa kesejahteraan hidup ialah sesuatu keupayaan individu mengembangkan pemikiran serta memanafaatkan , meningkatkan kualiti hidup melalui menanggani masalah sosial, keperluan hidup bermasyarakat dan keupayaan pergantunggan antara satu sama lain.

Secara kesimpulannya, kesejahteraan sosial menjamin kesejahteraan hidup individu.Ini kerana sebagai manusia normal pergantunggan antara individu dengan individu yang lain amat penting.Malahan sebagai manusia normal juga bagi memenuhi keperluan hidup yang sejahtera memerlukan hubungan yang baik dengan individu yang ada disekeliling serta kita tidak mampu untuk hidup bersendirian.Hidup bersendirian akan menyebabkan kita kesunyian, ekoran situasi itu kita tidak akan bahagia.Bila tidak bahagia mana mungkin hidup akan sejahtera.

2.6Kesejahteraan Enviroment (Persekitaran).

Kesejahteraan persekitaran merupakan keseimbangan antara kehidupan individu dan perhubungan dengan persekitaran dan sumber-sumber dalam komuniti.Physical Belonging merujuk kepada hubungan seseorang dengan persekitaran iaitu jiran, tempat kerja, serta kumuniti yang lebih besar iaitu masyarakat.Sub komponen ini termasuklah perasaan mereka apabila berada dirumah dalam persekitaran itu.Selain itu, sub komponen ini merangkumi kebebasan individu bagi mempamerkan apa yang dimilikinya dengan selamat.Individu juga berkehendakkan masa untuk diri sendiri dalam persekitarannya.

Social belonging, pula membawa maksud tentang hubungan individu dengan persekitarannya.Ia memfokuskan kepada perhubungan yang bermakna, contohnya hubungan dengan pasangan, keluarga, rakan sekerja,jiran-jiran dan individu-individu lain yang sebangsa dan seagama.

Community belonging, pula adalah tentang rangkaian atau hubungan yang dimiliki oleh individu itu dengan sumber-sumber asas yang tersedia untuk ahli-ahli komuniti dan masyarakat tersebut.Ini termasuklah maklumat tentang bagaimana untuk mendapatkan pendapatan yang lebih baik, pekerjaan, pendidikan, program-program rekreasi, perkhidmatan kesihatan dan sosial serta aktiviti-aktiviti sosial (Renwick & Brown :1996).

Maka boleh disimpulkan bahawa kesejahteraan persekitaran berkaitan dengan kesejahteraan hidup.Seandainya kesejahteraan persekitaran diabaikan maka banyak benda yang terpaksa kita lepaskan.Kekosongan perkara yang penting dilepaskan akan mengakibatkan kepincangan dalam kesejahteraan hidup.

Model Kesejahteraan Hidup.

3.0AKIBAT KETIDAK KESEIMBANGAN DIMENSI-DIMENSI KESEJAHTERAAN HIDUP

3.1Penceraian.

Pada asasnya, individu yang berkeluarga memainkan peranan penting kearah melahirkankeluarga yang sejahtera.Ini kerana kekuatan sesebuah keluarga dalam komuniti bergantung kepada ahli-ahlinya yang saling memahami dan kuat mempertahankan keutuhan sesebuah keluarga.Statik penceraian pada tahun 2005 hingga 2009, menunjukkan peningkatan iaitu 2005 (17 749), 2006 (19 475), 2007 (21 051), 2008 (22 289) dan 2009 (27 116) : sumber (Jakim,2009).Berdasarkan peningkatan kes penceraian setiap tahun seolah-olah menunjukkan bahawa komuniti kita sedang mengalami tekanan jiwa, tidak serasi dan stress dalaman sehingga menyebabkan penceraian berlaku sewenang-wenangnya.Kesihatan dalaman jiwa dan psikologi merupakan eleman yang penting dalam sesebuah perkahwinan dan keluarga.Jika keadaan ini tidak dipenuhi maka jalan terbaik adalah penceraian.Penceraian seharusnya dielakkan kerana penceraian memberi gambaran bahawa sesebuah keluarga yanh tidak sejahtera.Selain itu, kesejahteraan psikologi dan emosi juga merujuk kepada tekanan emosi yang dialami oleh seseorang individu .Stres, tertekan, kemurungan dan emosi tidak stabil saling berkaitan antara satu sama lain.Namun demikian, keadaan ini dikaitkan dengan kesihatan mental yang berkeadaan sejahtera.Sempurna pemikiran, emosi, dan tingkah laku individu berfungsi dalam segala pekerjaan (Mohammad Jamil,2007).Pemikiran yang tidak rasional akan menjurus kearah emosi untuk bertindak berasaskan kepa ketakrasionalan itu menyebabkan kesihatan psikologi terjejas.

3.2Masalah Sosial .

Akhir-akhir ini boleh dikatakan setiap hari kita dikhabarkan dengan masalah sosial, antara yang paling ketara ialah isu pembuangan bayi, seks rambang, penyalahgunaan dadah dan macam-macam bentuk masalah sosial yang timbul.Masalah isu sosial bukan sahaja terjadi di negara nmembangun malahan negara maju juga.Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan Singapura 2 tahun lalu, menunjukkan kira-kira 600 belia antara 10 tahun hingga 19 tahun dijangkiti penyakit kelamin dengan separuhnya adalah remaja Melayu..Di samping itu, lebih 400 belia Melayu dibawah usia 19 tahun telahpun menjadi ibu pada usia yang sangat muda.Manakala 430 remaja Melayu menjalani pengguguran dalam tempoh yang sama.Situasai ini sangat membimbangkan masyarakat kita.

Punca yang utama adalah kepincangan keluarga.Kepincangan keluarga boleh dikategorikan dengan kepincangan kesejahteraan sosial dan persekitaran.Ini disebabkan ibu bapa yang terlalu mengejar harta sehingga lupa akan tanggungjawab sosial terhadap anak-anak.Pengabaian ini boleh menyebabkan anak-anak tidak memiliki kepuasan dalam hidup.Maka disinilah ketidakseimbangan kesejahteraan emosi, psikologi, sosial dan spritual berlaku.Kepincangan ini turut menyumbang kepada gejala-gejala sosial yang dihadapi.

Punca yang kedua penyebab masalah sosial yang dihadapi ialah kurang ilmu pengetahuan,khusunya bagi remaja Islam.Bukan itu sahaja, kegagalan ibu bapa memberi dan menyediakan didikan agama dengan sempurna telah menyebabkan remaja Islam cenderung melakukan perkara-perkara yang merosakkan diri.Ini disebabkan, mereka tidak boleh berfikir dengan baik dan suka mengambil sesuatu tindakan tanpa pertimbangan ilmu yang ada.Justeru itu, ketidakseimbangan ilmu dalam roda kesejahteraan hidup boleh menyebabkan ketidak sejahteraan hidup individu.Komponen pendidikan telahpun menyumbang dengan ketara kepada kemajuan kualiti kesejahteraan hidup, di mana indeksnya telah meningkat sebanyak 18.4 mata di antara tahun 1990 dan 2000 (Unit Perancang Ekonomi:2002)

3.3Masalah Mental.

Kesan penyakit mental sebenarnya lebih banyak mendatangkan keburukkan dan bebanan kepada kita semua dalam pelbagai aspek kehidupan, khususnya terhadap pesakit, keluarga mereka, majikan, kehilangan produktif dan pendapatan.Seterusnya akan menjejaskan ekonomi negara dan sistem penjagaan kesihatan.Memang sudah dimaklumi bahawa penyakit mental, tekanan emosi dan gangguan tingkahlaku turut mendatangkan pelbagai kesengsaraan dan ketidakupayaan lain.Ia bukan sahaja menjejaskan produktif, tetapi juga kesannya yang negatif terhadap keperibadian dan perhubungan sosial, malah boleh membawa kepada pelbagai penyakit mental dan fizikal lain serta ada yang berakhir dengan kematian.

Hasil kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2006, Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan trend peningkatan kes gangguan mental dan tingkahlaku sebanyak 6% di kalangan masyarakat berbanding kajian yang sama pada 1996.Masalah kesihatan mental golongan dewasa meningkat dari 13% peratus kepada 20.3%.Malahan kajian ini turut menyaksikan seramai 3 juta daripada 26 juta rakyat mengalami masalah kesihatan mental.

Menurut kajian Persekutuan Psikologi dan Kesihatan Mental ASEAN, bukan sahaja akan menyebabkan ketidak seimbangan dari segi kesejahteraan emosi, psikologi, dan sosial yang langsung penyebab kepincangan kesejahteraan hidup.Malahan masalah mental yang timbul juga akan menyebabkan terjejasnya ekonomi dan produktif sehingga RM1 billion akibat penyakit mental yang tidak terkawal.

Secara rumusnya, kepincangan kesejahteraan emosi,psikologi dan sosial penyumbang kepada kepincangan kesejahteraan hidup yang seterusnya menyebabkan timbulnya masalah sakit mental.

3.4Masalah Kesihatan Fizikal.

Komponen kesihatan yang merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat (Unit Perancang Ekonomi:1993).Konsep kesihatan telah dibincangkan daripada pelbagai perspektif. Terdapat perbezaan yang signifikan dari segi definisi kesihatan berdasarkan kepada konteks sosial dan politik.Definisi yang terbaik ialah yang dikeluarkan oleh WHO (1993) iaitu: Keadaan yang melibatkan kesempurnaan fizikal, mental, dan sosial serta tidak mempunyai penyakit.Malahan, sebenarnya terdapat satu kajian yang menunjukkan bahawa kualiti hidup dan promosi kesihatan berbanding dengan kualiti kehidupan dan kesihatan.Situasi ini merupakan satu fakta yang dikeluarkan oleh offawa charter for health promotion yang menggunakan konsep kualiti hidup iaitu Kesihatan yang baik adalah. Satu dimensi yang penting dalam kualiti kehidupan (WHO:1993) terdapat pengecualian dalam kajian yang dijalankan oleh Green dan Kreuter (1991).Dalam model promosi kesihatan ini kualiti hidup ini ialah sebahagian daripada diagnosis sosial .

Tekanan-tekanan hidup dan kesibukkan memenuhi keperluan hidup akan menyebabkan ketidak seimbangan dalam roda kesejahteraan.Tekanan-tekanan ini akan menyebabkan individu menghadapi masalah khususnya dari segi psikologi, sosial, emosi dan spiritual.Kepincangan kesejahteraan tersebut boleh menyumbang kearah pelbagai penyakit seperti hypertension ataupun darah tinggi yang seterusnya akan menyumbang kepada pelbagai penyakit-penyakit lain seperti jantung.

Maka dapat dirumuskan bahawa, ketidak seimbangan salah satu roda kesejahteraan hidup akan menyebabkan pelbagai penyakit yang timbul.Justeru itu, adalah penting mengekalkan kesimbangan kesejahteraan roda hidup.

4.0Amalan Gaya Hidup Sihat.

Berdasarakn roda kesejahteraan, amalan gaya hidup sihat diperlukan bagi mengimbangi roda kesejahteraan kehidupan.Gaya hidup sihat merupakan suatu amalan kehidupan yang membina dimana ia dapat membawa kesan yang sangat positif kepada kehidupan kita.Amalan gaya hidup sihat merupakan factor kearah kesejahteraan hidup.

Bagi memiliki kesejahteraan hidup, amalan gaya hidup sihat yang diamalkan seperti makanan seimbang, aktiviti senaman yang melibatkan fizikal dan persekitaran.Kesemua amalan gaya hidup sihat yang diamalkan akan membawa kepada banyak manafaat dan kebahagian kepada hidup kita.

Bagi memastikan kesejahteraan hidup, seterusnya gaya hidup sihat juga mampu menjamin kestabilan kesejahteraan.Antaranya ialah, amalan berehat dan tidur yang cukup.Tidur yang cukup dapat mengurangkan tekanan dan menenagkan tubuh badan serta minda.Berdasarkan amalan prihatin terhadap masa rehat dan masa tidur proses metabolisma juga dapat dijalankan dengan lancar.

Selain itu, pengamalan pemikiran yang positif juga menjadikan kita mampu menghadapi sebarang masalah dan mampu berfikir dengan waras dalam setiap tidakan jalan penyelesaian.Bukan itu, sahaja mampu menyelesaikan masalah-masalah yang serius.

Pengamalan kepentingan ilmu dalam hidup juga mampu menjadikan hidup kita sejahtera.Ini kerana ilmu sangat penting dalam apa jua kehidupan yang kita hadapi.Tanpa ilmu pengetahuan sudah pasti kita tidak mampu mengambil tindakan dengan sewajarnya.

Amalan harian yang sentiasa diamalkan bagi memastikan kesejahteraan hidup ialah amalan kesejahteraan sosial dan persekitaran.Gaya hidup sihat sebenarnya mampu menjadikan kita individu yang berdisiplin dan sihat dari segi fizikal dan persekitarannya.Sentiasa menjaga kebersihan diri dan persekitaran turut menghalang wabak-wabak penyakit dari terus tersebar.Amalan menjaga kebersihatn diri serta persekitaran melalui mandi, berpakaian bersih, gotong-royong dan membuang sampah- sarap akan mendisiplinkan diri.Disiplin membolehkan kita menyusun perjalanan hidup yang tersusun seterusnya akan menjadikan hidup yang lebih sejahtera.Selain itu, amalan gaya hidup sihat yang diamalkan juga seperti mengekalkan jaringan hubungan antara masyarakat sekeliling seperti melibatkan kerja-kerja dengan komuniti.

Amalan gaya hidup yang diamalkan lagi ialah dalam hidup kita harus ada jadual seharian seperti harus ada masa untuk kerja iaitu mencari rezeki.Tidak tertumpu kepada pencarian harta semata-mata dalam jadual juga perlu ada ketenangan dalam hidup agar kita mampu mengawal emosi, hubungan sosial, persekitaran dan psikologi kita dengan baik.Dari segi penjagaan emosi haruslah mempunyai rehat yang cukup dan boleh diseimbangkan antara kerja dan keluarga dan untuk diri sendiri.

Dari sudut spiritual, sebagai orang yang beragama Islam, sudah pasti amalan-amalan rohaniah yang boleh memberi ketenangan.Kewajipan-kewajipan terhadap ketuhanan mampu memberi santapan dan senaman rohaniah dan sekaligus menyumbang kearah kesejahteraan hidup.

5.0Roda Kesejahteraan Diri Sendiri.

5.1 Kesejahteraan Kerjaya.Kesejahteraan kerjaya merupakan tahap di mana individu dapat mempersembahkan nilai dalam diri dan memperolehi kepuasan kendiri menerusi kerjaya dan aktiviti yang diceburi.Ianya merangkumi sikap terhadap kerja serta kebolehan untuk menyeimbangkan pelbagai peranan dalam pekerjaan/ aktiviti yang diceburi serta bagaimana individu menggunakan kemahiran dan keupayaan bagi menyumbang kepada masyarakat.

Kesejahteraan kerjaya akan memberi pulangan yang baik terhadap ekonomi.Komponen pekerjaan atau status ini memberi ganjaran kepada individu melalui pemilikan tempat kediaman, kenderaan, pakaian, makanan dan sebagainya.Aspek ekonomi juga merupakan komponen kualiti hidup yang memberi peluang kepada setiap individu dalam meningkatkan kualiti hidup masing-masing supaya lebih selesa.Perkara ini melibatkan pekerjaan yang bagus, status kehidupan yang baik.Pendapatan yang baik membolehkan kita menampung perbelanjaan bagi diri serta keluarga.Seterusnya boleh menyumbang kearah kesejahteraan hidup.

5.2Kesejahteraan Fizikal.Kesejahteraan fizikal merupakan proses aktif yang berterusan untuk mengekalkan tahap aktiviti secara optimum yang mengfokuskan kepada nutrisi, penjagaan diri dan gaya hidup sihat.

Komponen kesihatan yang merangkumi kesejahteraan jasmani dan mental membolehkan manusia bekerja dengan produktif serta melibatkan diri secara aktif dalam kehidupan sosial dan ekonomi masyarakat.(Unit Perancang Ekonomi:1993).Kesihatan fizikal termasuklah nutrisi dan keseimbangan.Ia juga berkaitan dengan mobility fizikal dan ketangkasan seperti kebersihan diri dan kekemasan.Keseimbangan pengambilan nutrisi mampu memberi kesihatan fizikal yang baik.Kesihatan fizikal yang baik akan memberi kesejahteraan dalam kehidupan.

6.0Kesimpulan.

Kesejahteraan hidup sebenarnya dimana individu memiliki kepuasan dan kebahagian dalam hidupnya.Walaupun berharta tidak bermakna kehidupan individu tersebut sejahtera.Individu yang memiliki kesejahteraan hidup bukan sahaja menyumbang kepada kesenangan hidupnya sendiri malahan turut menyumbang kepada negara.

Dalam kesungguhan Negara untuk mencapai matlamat Wawasan 2020, sebelum negara kita dapat diistiharkan sebagai Negara maju,setiap negari perlu terlebih dahulu mencapai status negeri maju.Kemajuan sesebuah negeri adalah dinilai berdasarkan kemajuan dan kesejahteraan hidup seluruh rakyatnya.Mana-mana kumpulan masyarakat yang gagal ditingkatkan kesejahteraan hidupnya, akan akhirnya mengagalkan atau sekurang-kurangnya melambatkan matlamat pencapaian negeri dan Negara Maju.

Dalam memastikan kelancaran perjalanan kearah pencapaian matlamat Negara maju menjelang 2020, maka peningkatan menanggani kesejahteraan hidup masyarakat merupakan salah satu cabaran yang perlu ditanda tanggani dengan segara supaya matlamat Negara maju dapat dicapai menjelang tahun 2020 nanti.