assg edu 3093

8
EDU 3093 PENGENALAN Malaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu. Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut. Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar. DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau pengabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62) Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu NORAZIZAH BINTI PADU Page 1

Upload: norazizah-padu

Post on 14-Nov-2015

7 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

EDU 3093

EDU 3093

PENGENALANMalaysia merupakan sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari segi kepercayaan, budaya dan bahasa. Perbezaan ini menyukarkan para pemimpin untuk memacu pembangunan negara. Oleh itu, perlu ada suatu formula yang jitu dan ampuh untuk mencapai perpaduan dan integrasi semua etnik menjadi satu bangsa Malaysia yang bersatu.

Justeru itu, aspek pendidikan telah dijadikan salah satu wadah utama kerajaan untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum di Malaysia. Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Oleh yang demikian, perancangan yang rapi dan terperinci telah dibuat untuk mencapai hasrat dan matlamat tersebut.

Bagi setiap negara yang sudah mencapai kemerdekaan, salah satu aspek penting yang amat dititikberatkan dalam usaha untuk menuju ke arah negara yang maju dan membangun dari aspek politik, ekonomi dan sosial ialah penekanan terhadap perlaksanaan sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan yang dilaksanakan di dalam sesebuah negara, penting bukan sahaja kerana fungsi kebajikan dan sosialisasinya iaitu di mana kanak kanak dididik untuk menjadi insan yang berjaya dan mengenali budaya serta alam sekeliling, tetapi juga boleh digunakan sebagai wadah untuk menyampaikan ideologi kebangsaan kepada masyarakat iaitu melalui penerapan tentang kefahaman serta nilai nilai positif untuk perpaduan kaum di kalangan para pelajar.

DEFINISI PERPADUAN DAN INTEGRASI NASIONAL

Perpaduan bermaksud penggabungan, manakala integrasi pula membawa maksud penggabungan atau pengabungan dua atau beberapa kaum menjadi satu kesatuan atau penyatuan (Kamus Dewan, 2002). Jika digabungkan dua perkataan ini, iaitu integrasi perpaduan ia membawa maksud mewujudkan satu masyarakat yang bersatu padu dengan satu identiti nasional. Kerjasama ini meliputi integrasi wilayah, ekonomi, kebudayaan, sosial, pendidikan dan politik (Mohd Ridhuan Tee Abdullah, 2010: 62)

Manakala konsep integrasi nasional, merupakan penyatuan kelompok masyarakat yang mempunyai latar belakang yang berbeza, menjadi satu entiti yang terikat oleh norma dan nilai serta kepentingan bersama, yang mempunyai unsur penting iaitu anggota kelompok masyarakat yang bersatu padu sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan mempunyai satu kelompok yang sama (a sense of belonging). Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual, hasil daripada satu penghayatan dalam mana akhirnya berlaku perkongsisn pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional lebih merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180).

KONSEP INTERGRASI NASIONAL

Integrasi Nasional Shamsul Amri (2007) memberikan maksud integrasi sebagai satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah daripada segi budaya, sosial dan lokasi dalam sesebuah unit politik. Noriati A.Rashid (2010) menyatakan integrasi nasional merupakan satu proses penyatuan antara kumpulan manusia yang berbeza dari segi latar belakang,status sosial dan budaya untuk membentuk entiti yang mempunyai pegangan norma serta mengamalkan kehidupan bersama.

Daripada penyatuan yang terbentuk, maka akan wujudlah perkongsian persefahaman dan pemikiran antara kaum di dalam sesebuah negara. Integrasi sebegini merupakan satu proses yang berlaku hasil ikatan batin, iaitu ikatan perasaan antara manusia sendiri. Ia adalah proses kerohanian atau spiritual yang merupakan hasil daripada satu penghayatan di mana akhirnya berlaku perkongsian pemikiran dan hati, jauh merentasi perbezaan budaya dan kumpulan etnik. Integrasi nasional merupakan satu proses berbentuk abstrak, satu proses penyatuan atau ikatan yang sebati dan berpanjangan (Modul Kenegaraan, 2011: 179-180). Jawatankuasa Integrasi Nasional, Jun (1991) menyatakan bahawa Integrasi Nasional merujuk kepada satu proses dinamik untuk merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam Malaysia khususnya di antara negeri-negeri di Semenanjung dengan Negeri Sabah dan Sarawak, untuk membentuk satu. Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa sekolah dan pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam pembinaan dan pembentukan warga negara dan masyarakat yang bersatu padu dan hidup dalam suasana yang harmoni. Integrasi nasioanal telah dapat memupuk semangat nasionalisme yang mendalam kepada semua kaum di negeri ini tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit dalam masyarakat hari ini. Ini dapat dibuktikan daripada interaksi yang baik yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia baik antara satu sama lain walaupun berbeza agama dan bangsa. Sebagai contoh, di sekolah menengah, para pelajar yang terdiri dengan pelbagai kaum dapat belajar dalam satu sekolah yang sama melalui penubuhan Sekolah Wawasan.

Melalui penubuhan Sekolah Wawasan ini ia menempatkan tiga aliran sekolah yang berbeza di dalam sebuah kawasan yang akan membolehkan pelajar-pelajar SRJK dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik terutama dalam pertuturan iaitu ketika berkomunikasi dengan rakan-rakan yang datang dari pelbagai bahasa dan budaya serta pemikiran. Konsep Sekolah Wawasan berusaha untuk melahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih bersifat cintakan negara dengan menyatukan sekolah dalam satu sistem pendidikan yang seragam yang dahulunya terasing antara satu sama lain untuk mewujudkan satu pertembungan etnik dalam satu ruang yang sama.

Selain itu juga, melalui aktiviti kokurikulum seperti aktiviti kebudayaan, keseniaan dan sukan telah menunjukkan semangat perpaduan di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum. Tambahan pula, aktiviti sebegini boleh merapatkan hubungan dan membangkitkan semangat tolong-menolong, semangat setiakawan dan saling percaya-mempercayai di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang terlibat. Penglibatan pelajar secara aktif dalam bidang kokurikulum akan melahirkan individu pelajar yang berfikiran terbuka dan matang dalam perhubungan dan bersosial dalam masyarakat

Seseorang pendidik amat memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum. Guru ialah ejen keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberhasilan guru terhadap tanggungjawab, keilmuan dan peribadi yang luhur disifatkan sebagai cabaran yang harus didepani dengan profesional. Justeru itu, guru perlulah menangani cabaran integrasi nasional dengan cara menggalakan penggunaan bahasa kebangsaan di sekolah sebagai bahasa perpaduan. Sebagai guru, mereka perlu sentiasa memupuk rasa kecintaan murid-muridnya pada teras perpaduan kaum melalui penggunaan bahasa Melayu yang maksima dalam apa jua situasi dan keadaan masa kini. Guru haruslah mengutamakan menanamkan rasa cinta pada Bahasa Melayu itu ke dalam jiwa setiap pelajarnya. Di antara cara untuk memperkasakan bahasa ini ialah dengan mengadakan program-program seperti pertandingan pidato, pertandingan debat dan bahas, Pertandingan menulis artikel, Minggu Bahasa dan Kebangsaan .Salah satu program yang dianjurkan oleh KPM untuk memantapkan lagi perpaduan negara dan integrasi nasional, KPM telah memperkenalkan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP). RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Justeru itu, guru perlulah menerima cabaran ini dan berusaha untuk memantapkan lagi perpaduan masyarakat di Malaysia. KAITAN INTERGRASI NASIONAL DENGAN IMPLIKASI PROGRAM YANG TELAH DILAKSANAKAN DI SEKOLAH DAN PIBG UNTUK MEREALISASIKAN INTERGRASI DI TEMPAT BERTUGASDisekolah ada pelbagai program dan aktiviti yang boleh dilaksanakan demi untuk menjayakan konsep intergrasi nasional dikalangan pelajar dan juga penduduk setempat melalui anjuran bersama PIBG sekolah. Contohnya di sekolah tempat saya bertugas, pihak sekolah menjalinkan kerjasama yang baik dikalangan penduduk sekitar dengan pelbagai program seperti aktiviti Gotong Royong Perdana, Ceramah Jenayah Juvana dan Narkotik, Majlis Sambutan Maulidul Rasul, Program Pemuafakatan Antara Waris dan Program RIMUP. Program atau aktiviti yang di rancang memberi implikasi yang besar terutama dalam jalinan kerjasama diantara guru dan ibubapa dan juga dengan penduduk setempat.

RIMUP ialah satu program yang menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama murid-murid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Program yang dijalankan melibatkan dua buah sekolah yang berdekatan iaitu diantara Sekolah Kebangsaan Kinabutan Besar dan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hwa. Antara aktiviti yang dijalankan melalui program ini ialah Persembahan Dikir Barat dan Persembahan Tarian Singa bagi kaum Cina. Melalui program tersebut, secara tidak langsung membentuk ikatan perpaduan dan juga mempelajari budaya dan .

Untuk menangani cabaran Integrasi Nasional, guru perlulah menyemai dan memupuk semangat patriotisme secara berterusan dalam kalangan pelajar. Contohnya, semangat ini boleh dipupuk ke dalam diri pelajar melalui nyanyian lagu kebangsaan seperti Sabah Tanah Airku, lagu patriotik iaitu Negaraku serta lagu sekolah. Ianya dapat diaplikasikan ke dalam perhimpunan mingguan di sekolah. Selain itu juga, semangat patriotisme dapat dipupuk melalui sambutan bulan Kemerdekaan yang diadakan di sekolah. Pelajar boleh melibatkan diri dalam segala aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah seperti mendeklamasikan sajak, syair, pantun, puisi, penulisan karya kreatif, pertandingan nyanyian lagu-lagu patriotik , bercerita dan lain-lain. Penyertaan mereka dalam aktiviti yang dianjurkan ini akan meningkatkan serta menyemarakkan lagi semangat cintakan tanah air yang tercinta. Penyertaan ini akan melibatkan murid-murid dari peringkat umur prasekolah lagi untuk membiasakan murid-murid dengan memupuk semangat patriotic seawal umur mereka agar dapat menjiwai semangat anak merdeka.

Selain itu juga, guru juga boleh memberikan peluang kepada semua pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berbilang kaum dan agama untuk berinteraksi antara satu sama lain dan melibatkan diri dengan semua aktiviti yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Contohnya, penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum seperti Kempen Kibar Jalur Gemilang, Pertandingan Menceriakan Kelas sempena Hari Kemerdekaan, sukan tahunan sekolah , aktiviti perkhemahan Unit Beruniform dan lain-lain akan dapat membina kekuatan jati diri serta menanamkan rasa cintakan kepada bangsa dan negara Malaysia.Berikut merupakan program-program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah dan PIBG di sekolah saya bertugas iaitu SK. Kinabutan Besar Tawau dalam merialisasikan intergrasi nasional. Antara program-program tersebut ialah:i. Program Seminar Juvana Dan Narkotik

NORAZIZAH BINTI PADUPage 6