assg ind sekolah.docx

34
OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh pendidikan dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia. PERSOALAN KAJIAN 1. Bagaimana sistem pendidikan Malaysia boleh digunakan sebagai alat untuk membentuk negara bangsa? 2. Adakah pembentukan identiti nasional melalui sistem pendidikan Malaysia dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial? 3. Apakah halangan yang dihadapi dalam pembentukan identiti nasional melalui sistem pendidikan Malaysia? DRAF KAJIAN 1 Bagi menjawab PERSOALAN 1 Faktor pemangkin negara bangsa Peranan pendidikan negara dalam pembentukan negara bangsa Program-program yang dijalankan KPM melalui RMK 9 Bagi menjawab PERSOALAN 2 Implikasi pembentukan negara bangsa melalui pendidikan terhadap pembangunan ekonomi dan sosial Bagi menjawab PERSOALAN 3 Cabaran dan kekangan dalam pembentukan identiti nasional UNTUK MENGENALPASTI PENGARUH PENDIDIKAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA. Isu yang dibangkitkan: ISU SEKOLAH WAWASAN

Upload: memy-zul

Post on 06-Nov-2015

276 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

OBJEKTIF KAJIANObjektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh pendidikan dalam pembinaan negara bangsa di Malaysia.PERSOALAN KAJIAN1. Bagaimana sistem pendidikan Malaysia boleh digunakan sebagai alat untuk membentuk negara bangsa?2. Adakah pembentukan identiti nasional melalui sistem pendidikan Malaysia dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial?3. Apakah halangan yang dihadapi dalam pembentukan identiti nasional melalui sistem pendidikan Malaysia?DRAF KAJIAN UNTUK MENGENALPASTI PENGARUH PENDIDIKAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA.

Isu yang dibangkitkan:ISU SEKOLAH WAWASAN

1.0 PENGENALANSebagai sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum, usaha pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi menjamin kesejahteraan bersama. Keupayaan membina Negara Bangsa adalah bergantung kepada perkongsian nilai dan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakatnya. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang bukan sahaja membenarkan pengaliran secara bebas teknologi maklumat; malahan juga sistem nilai, budaya dan amalan kepercayaan dari pelbagai negara luar. Malaysia yang mempunyai kepelbagaian penduduk memerlukan usaha secara berterusan dan berpanjangan untuk menyatu-padukan kaum melalui proses pembinaan negara bangsa ini. Proses ini bertujuan untuk menyedarkan warganegara tentang pentingnya harga diri sebagai satu bangsa yang sama-sama merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju dari pelbagai aspek. Oleh itu. pembinaan negara bangsa ini merupakan suatu usaha yang dilakukan secara bersama oleh seluruh lapisan masyarakat di negara ini, supaya dapat meletakkan bangsa dan juga negara Malaysia setaraf dengan bangsa dan negara maju yang lain yang terdapat di dunia. Oleh itu, pendidikan dilihat memainkan peranan yang penting sebagai asas dan wadah yang terbaik untuk mencapai impian sebagai sebuah negara bangsa yang unggul mengikut acuan sendiri sepertimana yang telah menjadi matlamat kerajaan selama ini. Pendidikan yang terdapat di Malaysia, memainkan peranan yang penting bukan sahaja bertujuan memenuhi keperluan manusia tetapi juga untuk meningkatkan perpaduan antara kaum. Sesungguhnya pendidikan yang ada pada hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara untuk mewujudkan perpaduan kaum dan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat di negara ini. Kesinambungannya, kerajaan telah menjadikan matlamat untuk membina negara bangsa ini sebagai teras pertama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Pelan Induk ini telah dilancarkan pada 16 Januari 2007, bagi menyahut dan menjayakan agenda pendidikan di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, yang ingin membentuk sebuah negara dan masyarakat yang maju dari segi ekonomi, seimbang dalam pembangunan sosialnya, sekali gus melahirkan warga yang bersatu padu, berbudaya, berpekerti mulia, berkemahiran, berfikiran maju serta berpandangan jauh.

2.0 PERANAN PENDIDIKAN NEGARA DALAM PEMBENTUKAN NEGARA BANGSAMenurut Andy Green (2003), sistem pendidikan digunakan untuk mengasimilasikan pendatang, mempromosikan doktrin-doktrin agama yang ditubuhkan, menyebarkan penggunaan bahasa kebangsaan, membentuk identiti nasional dan kebudayaan kebangsaan. Pendidikan berperanan untuk membentuk warganegara sebagaimana yang diinginkan, mewajarkan tindakan kerajaan terhadap rakyat dan menekankan tanggungjawab rakyat kepada negara.Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010, terdapat beberapa faktor pemangkin negara bangsa:i) Lingua francaii) Integrasiiii) Kewarganegaraaniv) Patriotismev) DemokrasiBerdasarkan faktor pemangkin negara bangsa ini, KPM membentuk pelbagai program sebagai usaha membentuk negara bangsa. Dalam tempoh PIPP, KPM akan membina Negara Bangsa melalui pendidikan dengan memberi tumpuan kepada beberapa fokus dan strategi pelaksanaan.

2.1 Lingua FrancaLingua Franca merupakan bahasa yang dikongsi bersama oleh rakyat dalam perhubungan rasmi dan kehidupan bermasyarakat. Dalam konteks Negara Bangsa Malaysia, Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi yang menjadi alat perpaduan dan juga selaku bahasa perhubungan utama masyarakat. Oleh itu, pendidikan telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di sekolah. Pelajar daripada pelbagai bangsa perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka sesama pelajar yang lain. Sehubungan itu, fokus KPM dalam membina Negara Bangsa mencakupi usaha-usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagi asas perpaduan dan bahasa ilmu serta memantapkan perpaduan dan integrasi nasional.Bagi faktor pemangkin pertama ini, KPM menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasakan bahasa kebangsaan, memantapkan pelaksanaan Dasar Buku Negara, menyelaras peranan semua pihak terlibat untuk menggiatkan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan, pengkaryaan, penterjemahan dan penerbitan serta mewujudkan bulan bahasa dan sastera negara dalam usaha memperkasakan bahasa kebangsaan.

2.1.1 Menggerakkan Gelombang Baru Gerakan Memperkasakan Bahasa KebangsaanMenurut Tun Faisal (2009), matlamat akhir gelombang baru gerakan Memperkasa Bahasa Kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysia yang berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka, mempunyai kefasihan yang tinggi dalam bahasa ini, sedia memberikan penghormatan dan kedudukan yang sewajarnya kepadanya serta gembira mempromosikannya di mana sahaja mereka berada di dalam dunia.Selain bermatlamat untuk memupuk rasa cinta terhadap Bahasa Melayu, usaha ini juga diteruskan bagi memperkukuhkan kedudukan Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi moden. Kerajaan juga tidak akan teragak-agak meminda sebarang akta atau dasar berkaitan bahasa Melayu dalam usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa tersebut. Langkah tegas itu juga akan turut melibatkan tindakan undang-undang jika berlaku pengabaian terhadap penggunaan bahasa berkenaan termasuk di papan tanda. Ketegasan itu bagi memastikan bahasa Melayu bukan sahaja boleh dipertahan serta dihargai tetapi juga diguna dalam pelbagai aspek kehidupan seharian. Tindakan ini juga sejajar usaha Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan untuk mencari kaedah, pendekatan, mekanisme penyelarasan dan program yang terbaik dalam usaha memperkasa bahasa itu.

2.1.2 Memantapkan Pelaksanaan Dasar Buku Negara (DBN)Berdasarkan PIPP 2006-2010, bagi memastikan Jawatankuasa Induk Penggerak DBN pula berupaya melaksanakan tugas untuk merancakkan industri penerbitan dan perbukuan di dalam negara, lima buah jawatankuasa kerja telah dibentuk, iaitu:i) Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesional, ii) Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan, iii) Jawatankuasa Kerja Penggalakan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti, iv) Jawatankuasa Kerja Pembangunan dan Penggalakan Industri Penterjemahan, v) Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran.Setiap jawatankuasa ini dianggotai oleh pihak berkepentingan dalam perjuangan bahasa Melayu, di dalam dan di luar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Dengan penglibatan pelbagai pihak berkepentingan ini, diharapkan agar mereka bukan sahaja dapat memberikan idea tentang langkah-langkah yang perlu dilaksanakan bagi memperkasa bahasa kebangsaan, tetapi mereka juga diharapkan dapat membantu melaksanakan setiap langkah-langkah yang mereka cadangkan. Peranan yang perlu dimainkan oleh jawatankuasa-jawatankuasa ini adalah sebagai tambahan kepada tugas-tugas yang perlu dilaksanakan oleh agensi-agensi utama seperti Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM). Berikut merupakan matlamat DBN: Untuk memastikan supaya buku dalam Bahasa Melayu dapat memainkan peranan yang berkesan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan kebudayaan, sesuai dengan keperluan dan cita-cita negara; Untuk memastikan supaya buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat di negara ini; Untuk memastikan supaya rakyat di negara ini mempunyai minat membaca yang tinggi, dan boleh dianggap seratus peratus masyarakat yang membaca; Untuk memastikan supaya semua buku yang diterbitkan di negara ini mencapai mutu yang baik daripada segi isi dan juga daripada segi bentuk fizikalnya

2.1.3 Menyelaras Peranan Semua Pihak TerlibatTun Faisal (2009) berpendapat hasrat dan impian melalui program ini tidak dapat dicapai sekiranya tidak ada koordinasi antara penggerak-penggerak utama. Justeru, sebagai inisiatif mengatasi cabaran ini maka pada tahun 2005 telah diwujudkan dua buah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Induk Memperkasa Bahasa Kebangsaan dan Jawatankuasa Induk Penggerak Dasar Buku Negara (DBN). Dua jawatankuasa ini telah dipengerusikan secara bersama oleh Menteri Pelajaran, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, dan Menteri Penerangan.

2.1.4 Mewujudkan Bulan Bahasa Dan Sastera NegaraSalah satu langkah paling penting yang telah diambil oleh KPM bagi menggerakkan gelombang baru gerakan memperkasa Bahasa Kebangsaan, ialah dengan menyenaraikan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN) sebagai salah satu perayaan utama KPM. Dengan menaikkan taraf dan kedudukannya, BBSN diharapkan dapat membawa kesan dan erti yang lebih besar kepada bukan sahaja warga DBP dan KPM, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang berbilang keturunan. Dalam BBSN 2008, pelajar asing di enam buah IPTS sekitar Lembah Kelang telah dilibatkan dengan aktiviti Sayembara Deklamasi Puisi Antarabangsa Bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Melayu Lim Kok Wing University London.KPM melalui DBP telah terlibat melaksanakan Program Penghayatan Sastera dan Budaya dalam Program Latihan Khidmat Negara, bermula sejak tahun 2006, melibatkan seramai 80,000 peserta dan 900 fasilitator setiap tahun. Dalam tahun 2009, satu bahagian khusus iaitu Bahagian Pengembangan Sastera Pelbagai Kaum ditubuhkan di DBP bagi menyemarakkan program pemerkasaan sastera dalam kalangan khalayak pelbagai kaum.KPM juga telah berjaya mengetengahkan penulis tempatan ke peringkat antarabangsa. Langkah mengantarabangsakan karya tempatan, seperti yang diusahakan oleh ITNM dan MBKM ketika ini secara tidak langsung akan turut sama mengantarabangsakan bahasa serta budaya Melayu dan Bangsa Malaysia. Di Pesta Buku Frankfurt 2008, hasil kreativiti Datuk Lat, Kampung Boy terbukti telah berjaya menembusi pasaran sembilan negara dalam sembilan bahasa. Melalui ITNM juga, projek penterjemahan 100 karya sastera kini sedang giat dilaksanakan di bawah PIPP. Sehingga kini, 30 peratus daripadanya telah sempurna diterjemahkan ke dalam beberapa bahasa dan dijangka projek ini akan siap sepenuhnya menjelang 2010.

2.2 IntegrasiIntegrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satu identiti nasional antara kumpulan-kumpulan daripada segi sosial, wilayah, ekonomi, kebudayaan, pendidikan dan politik. Bagi faktor pemangkin negara bangsa yang kedua ini, KPM telah melaksanakan beberapa strategi antaranya;2.2.1 Melaksanakan sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan satu kurikulumkebangsaan untuk semua jenis sekolah dan satu sistem penilaian dan peperiksaan yangseragam.2.2.2Menjadikan agenda memperkasakan SK menjadi salah satu teras dasar pelaksanaanRMKe-9 bagi merealisasikan matlamat menjadikan SK sebagai tempat memupukperpaduan kaum dan pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang akademik dan bukanakademik2.2.3Menerapkan nilai jati diri, budi bahasa dan seni budaya dilaksanakan secara sisipandalam tajuk-tajuk mata pelajaran yang bersesuaian2.2.4Memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan pada tahun 2003 diperingkat rendah dan menengah bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajartentanghak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat pelbagai kaum serta pentingnyasemangat patriotisme, kesejahteraan dan keharmonian antara kaum2.2.5Memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan sebagai salah satu pendekatan untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan menempatkan duaatau tiga jenis sekolah rendah yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan kantin. 2.2.5.1Konsep Dan Pelaksanaan Sekolah WawasanKementerian Pendidikan kini giat merancang dan melaksanakan program Sekolah Wawasan. Dalam hal ini, kerajaan tidak mempunyai sebarang agenda untuk menghapuskan ciri-ciri sekolah vernakular dalam pelaksanaan Sekolah Wawasan melainkan mahu mengelakkan prejudis kaum di kalangan golongan muda negara pada masa depan. Sekolah integrasi ini berpegang kepada konsep belajar bersama-sama di bawah satu bumbung atau satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum dan agama. Konsep ini bermaksud dua atau tiga buah sekolah yang berlainan aliran dan pentadbiran dibina dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan-kemudahan asas seperti padang permainan, dewan, pusat sumber, bilik komputer, kantin dan sebagainya. Perkongsian kawasan dan kemudahan sekolah ini memungkinkan usaha-usaha penerapan nilai-nilai masyarakat majmuk serta memupuk semangat persefahaman dan toleransi antara kaum, khususnya di kalangan murid-murid sekolah sejak di peringkat rendah lagi. Matlamat penubuhan Sekolah Wawasan adalah seperti berikut: Mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa, latar belakang dan fahaman agama. Memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran. Melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu. Menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Ciri-ciri dan pelaksanaan Sekolah Wawasan melalui aspek Pentadbiran dan Pengurusan Kewangan: Sekolah Wawasan mempunyai dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran (SK/SJK/SJKT) yang terletak dalam satu kawasan dan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Tiap-tiap sekolah mempunyai nama sekolah yang tersendiri termasuk lencana sekolah, lagu sekolah, logo sekolah dan peperiksaan sekolah masing-masing. Bagi Sekolah-Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) dan (Tamil), lembaga pengelola yang sedia ada akan terus kekal seperti yang diperuntukkan dalam Akta Pendidikan 1996. Sekolah Wawasan mempunyai pentadbiran secara berasingan (Peruntukan Kewangan, Anggaran Belanja Mengurus dan Pembangunan, Guru Besar dan personel yang lain-lain) bagi aliran masing-masing seperti yang dipraktikkan oleh sekolah kerajaan. Pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mengekalkan identiti asal sekolah-sekolah berkenaan. Warga Sekolah Wawasan digalak menggunakan sebahagian kemudahan sekolah secara bersama seperti kantin, lapangan perhimpunan, gelanggang permainan dan padang. Satu Jawatankuasa Penyelaras yang terdiri daripada Guru Besar dan dua orang guru dari setiap sekolah diwujudkan untuk menyelaras hal-hal pengurusan mengenai kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh salah seorang daripada Guru Besar dari Sekolah Wawasan berkenaan secara bergilir-gilir mengikut kesesuaian sama ada satu atau dua tahun sekali. Jawatankuasa Penyelaras tidak akan menggantikan fungsi Lembaga Pengelola SJKK (Cina) dan SJK (Tamil).

Kantin sekolah akan dikendalikan bersama-sama oleh sekolah-sekolah berkenaan. Dalam urusan ini, sensitiviti semua kaum akan diambil kira dan bayaran sewa akan diagihkan kepada sekolah -sekolah berdasarkan nisbah murid. Makanan yang disediakan adalah makanan yang halal dan juga mengambil kira sensitiviti pelbagai kaum. Ciri-ciri dan pelaksanaan Sekolah Wawasan melalui aspek Kurikulum dan Bahasa Pengantar: Sekolah Wawasan menggunakan Kurikulum Kebangsaan dengan bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan ialah Bahasa Malaysia manakala SJK(C) menggunakan Bahasa Cina dan SJK(T) menggunakan Bahasa Tamil. Mata pelajaran yang diajar di sekolah adalah mengikut Kursus-Kursus Pengajian bagi jenis aliran sekolah. Pengajaran dan pembelajaran di Sekolah Wawasan juga adalah mengikut jenis aliran sekolah dan jumlah tenaga pengajarnya adalah mengikut norma perjawatan yang telah ditetapkan. Manakala ciri pelaksanaan melalui aspek Kokurikulum pula adalah seperti berikut: Selain daripada aktiviti kokurikulum yang sedia ada di setiap sekolah, warga Sekolah Wawasan digalak menjalankan aktiviti kokurikulum tambahan secara bersama. Bahasa pengantar masing-masing juga boleh digunakan semasa aktiviti kokurikulum dijalankan oleh sekolah masing-masing. Dalam sebarang bentuk pertandingan sama ada aktiviti kurikulum atau aktiviti kokurikulum, sekolah-sekolah berkenaan akan menghantar wakil terbaik dari sekolah masing-masing. Di samping itu, sekolah berkenaan boleh menghantar wakil sebagai satu pasukan sekolah wawasan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum yang melibatkan pasukan yang mempunyai ramai penyertaan. Untuk mengeratkan perpaduan antara kaum, Sekolah-Sekolah Wawasan adalah digalakkan mengadakan Temasya Sukan Tahunan, Hari Guru, Hari Kebangsaan, Hari Kantin secara bersama. Namun demikian, sekolah masing-masing boleh mengadakan acara-acara tersebut secara berasingan. Perhimpunan bulanan hendaklah dijalankan secara bersama dengan menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi perhimpunan. Bagaimanapun, bahasa Cina dan bahasa Tamil juga boleh digunakan untuk memperjelaskan jika ada isu-isu yang perlu diperjelaskan. Sekolah-sekolah berkenaan boleh menjalankan perhimpunan mingguan dan perhimpunan-perhimpunan lain dengan menggunakan bahasa pengantar masing-masing. Kesimpulannya, pelaksanaan Sekolah Wawasan akan mampu membentuk bangsa Malaysia yang bersatu padu, bekerjasama dan hidup harmonis dengan rasa taat setia dan pengabdian yang tidak berbelah bahagi terhadap bangsa dan negara.

2.3 KewarganegaraanKewarganegaraan membentuk identiti rakyat dalam negara. Semangat bersatu padu dan rasa kesepunyaan dalam budaya, pendidikan, bahasa, ekonomi dan politik boleh menyatupadukan rakyat.Seni, warisan dan budaya merupakan elemen penting bagi membentuk jati diri masyarakat Bangsa Malaysia yang mahu maju mengikut acuan sendiri. KPM berhasrat untuk memastikan pelajar menghayati, menghargai dan menyayangi seni, warisan dan budaya yang membentuk identiti unik Bangsa Malaysia. Ketika ini, KPM telah berusaha untuk merakyatkan seni, warisan dan budaya kepada semua rakyat melalui aktiviti kokurikulum. Seni, warisan dan budaya Bangsa Malaysia ialah seperti tarian, muzik, bangsawan, teater, kraf, tulisan Jawi, pantun, syair, gurindam, permainan tradisional dan sukan rakyat, seni mempertahankan diri, budi bahasa dan semangat bergotong-royong.Melalui program ini juga berhasrat membentuk pelajar yang mampu menghayati ciri-ciri budaya negara bangsa seperti nilai hormat-menghormati, sopan-santun, penekanan terhadap budaya Timur dan menghormati adat resam pelbagai kaum. Keadaan ini juga secara tidak langsung dapat menanam nilai penghargaan terhadap hasilan seni dan budaya. Pelajar berbangga dengan hasil karya tempatan dan menyedari kraf tradisional juga mempunyai nilai komersial.

2.4 PatriotismePatriotisme merupakan perasaan cintakan tanah air yang mendalam berasaskan kesedaran seseorang terhadap kewarganegaraannya dan kesetiaan teragung sehingga sanggup berkorban nyawa untuk tanah airnya. Menerusi patriotisme, bangsa akan menjadi kuat, berani, mempunyai ketahanan mental, emosi dan fizikal dalam membentuk ketahanan nasional dan menghadapi cabaran mendatang.Pada tahun 2006, Jabatan Perdana Menteri telah mengetengahkan dasar perpaduan dan integrasi nasional dalam Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional (2006-2010) yang bertujuan untuk memperkukuh lagi perpaduan dan integrasi nasional di kalangan masyarakat. Pelan tersebut merangkumi falsafah perpaduan dan integrasi nasional dengan merujuk dasar-dasar Kerajaan yang ada dan berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara dan Wawasan 2020. Ia bertujuan mencapai objektif khusus seperti berikut: memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan dan patriotik serta bangga sebagai rakyat Malaysia; mengurangkan segregasi kaum dan kerenggangan dalam perhubungan inter dan intra kaum dan wilayah; meningkatkan toleransi dan keharmonian antara kaum; meningkatkan integrasi wilayah antara Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan dengan Semenanjung dan antara negeri-negeri di Semenanjung; dan menghadapi cabaran Wawasan 2020 untuk mewujudkan satu Bangsa Malaysia yang bersatu padu.Meningkatkan semangat patriotik melalui aktiviti kokurikulum seperti Kelab Rukun Negara, penyebaran maklumat dan Kempen Cintakan Warisan Bangsa dan Negara. Selain itu, KPM juga berhasrat menanamkan semangat hormat-menghormati dan peka terhadap sensitiviti masyarakat pelbagai kaum dalam usaha pembinaan negara bangsa dalam diri pelajar.

2.5 DemokrasiDemokrasi merupakan pemberian hak kepada semua warganegara dalam memilih pemerintahan negara. Ia merupakan alat mewujudkan keutuhan pentadbiran. Negara Bangsa wujud apabila terdapat kefahaman mendalam tentang demokrasi yang memberikan peluang dan ruang kepada rakyat terlibat dalam pentadbiran negara. Melalui pendidikan, bagi faktor pemangkin demokrasi ini maka pemilihan jawatankuasa pelajar di sekolah perlulah dilaksanakan secara adil di mana setiap pelajar tanpa mengira kaum dan agama diberi peluang untuk bertanding dan memegang jawatan di sekolah sama ada sebagai pengawas, ketua kelas, pengawas pusat sumber atau sebagainya.

3.0 IMPLIKASI PEMBENTUKAN NEGARA BANGSA MELALUI PENDIDIKAN TERHADAP PEMBANGUNAN EKONOMI DAN SOSIALZulhilmi Paidi dan Rohani Abdul Ghani (2003) berpendapat bahawa negara bangsa merupakan gabungan tiga komponen utama, iaitu negara, individu dan bangsa, selain daripada tiga syarat utama. Pertama kehidupan masyarakat dalam negara tersebut bersatu padu tanpa berlaku sebarang pemisahan atau diskriminasi. Masyarakat tidak dibezakan atas dasar perkauman atau sebab perbezaan kepercayaan, bahasa, kebudayaan, jenis pekerjaan, penempatan atau apa jua sebab yang boleh membawa kepada perpecahan dan huru hara. Kedua penduduk dan rakyat negara itu juga mestilah berkongsi pegangan kepada suatu ideologi yang sama dan ketiga, penduduk juga haruslah mempunyai kepercayaan dan keyakinan yang sepenuhnya terhadap sistem pemerintahan dan undang-undang negara.

Oleh itu, implikasi pembinaan negara bangsa melalui pendidikan dapat dilihat melalui ketiga-tiga komponen tersebut terhadap pembangunan ekonomi dan sosial.

3.1 Perpaduan Dalam Seni Warisan dan Budaya Kreatif Meningkatkan Nilai Kebersamaan

Perpaduan antara masyarakat yang melibatkan aspek seni warisan dan budaya penting dalam mencapai kesepakatan dan kesatuan bangsa. Perlunya perpaduan sebegini adalah kerana keteguhan bangsa membolehkan masyarakat maju dalam pelbagai lapangan di samping menikmati kehidupan aman dan bebas daripada ketakutan.

Salah satu daripada tujuan mempelajari dan mendepani seni warisan dan budaya kreatif ialah untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan satu bangsa. Timbulnya tujuan ini adalah untuk menjaga dan memartabatkan kesenian dan kebudayaan sebagai satu gagasan kerana kita sedar bahawa ianya dapat menyatu dan meningkatkan maruah bangsa seterusnya dapat mencapai gagasan satu Malaysia.Menurut Sabzali (2011), apabila menyentuh soal kesenian dan kebudayaan, rata-rata berfikiran bahawa kesenian dan kebudayaan adalah cabang yang membawa kepada hiburan. Pemikiran konvensional sebegini menghalang kita daripada meneroka kesenian dan kebudayaan yang kita warisi dengan lebih mendalam lagi, sedangkan sedar atau tidak pemikiran ini telah membuatkan masyarakat kita kian lupa akan kesenian dan kebudayaan bangsa sendiri.Bagi mencapai perpaduan bangsa yang padu, maka kita perlulah berpegang kepada prinsip dan nilai agama yang tinggi, menghormati budaya, mencintai seni warisan, mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan, memelihara maruah diri, berdisiplin, bertoleransi, prihatin dan pendamaian. Perpaduan sesuatu bangsa akan terbentuk dengan adanya kesedaran. Apabila ianya mulai sedar, segala pembentukan dan perlaksanaan pelbagai agenda ke arah satu gagasan mudah digerak dan dirancang.

Menyentuh tentang perpaduan mencapai gagasan satu Malaysia melalui kesenian, warisan dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan bangsa satu Malaysia bukan sahaja tinggi nilai estetika dalam seni drama tari sahaja (merujuk kepada persembahan Mak Yong yang merupakan seni budaya dari Malaysia) malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen, dan filem dan sebagainya.Selain itu, penglibatan pelakon daripada pelbagai bangsa dalam seni perfileman negara juga dapat memberi gambaran pembangunan sosial yang dikecapi oleh rakyat memandang mereka dapat bekerjasama dengan baik bagi menghasilkan seni filem yang menarik. Kerjasama ini seterusnya meningkatkan imej negara ke mata dunia dan menyumbang kepada perkembangan seni perfileman seterusnya meningkatkan ekonomi secara amnya. Filem Sepet, Talentine, dan filem 29 Febuari merupakan karya hasil lakonan pelbagai kaum di Malaysia dengan menariknya di gambarkan melalui seni perfileman.Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu memperkukuhkan perpaduan bangsa dan mencapai gagasan satu Malaysia di Nusantara sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh dilakukan. Ini kerana, aktiviti serta dan program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Dengan penglibatan menjayakan aktiviti dan program sebegini sesuatu bangsa akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain. Penglibatan dalam aktiviti dan program sebegini secara tidak langsung akan menganjurkan perpaduan bangsa kita melalui aktiviti bekerja berpasukan, bertukar-tukar pendapat atau idea serta persepakatan. Sesuatu persembahan kesenian dan kebudayaan akan berjaya dengan adanya sifat-sifat yang dinyatakan. Jadi, jelaslah bahawa penganjuran aktiviti dan program sebegini mampu memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan di negara kita bersesuaian dengan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di rantau ini.

3.2 Peningkatan Taraf Hidup Melalui Pembinaan Negara Bangsa Mampu Menyediakan Individu dalam Persaingan Ekonomi GlobalApabila dalam sesebuah negara, rakyat saling menghormati, mengamalkan sikap tolak ansur dan bekerjasama dalam banyak perkara dan berkongsi kepakaran maka keadaan ini dapat meningkatkan taraf hidup penduduknya. Peningkatan taraf hidup dapat membentuk individu yang mampu bersaing di peringkat ekonomi global seterusnya membawa kepada perkembangan dan pembangunan negara.Kepelbagaian corak kehidupan masyarakat Malaysia yang diwarnai dengan pelbagai kaum, agama, budaya dan adat resam memerlukan kepimpinan negara menyediakan landasan yang tepat untuk setiap rancangan. Perancangan yang menyeluruh dan mampan adalah titik tolak kerajaan yang sentiasa peka dengan denyut nadi rakyat agar kemakmuran dan keadilan dapat diagih secara saksama. Kerajaan sentiasa menyediakan perancangan yang tersusun, menyeluruh dan adil untuk pembangunan negara dan rakyat yang berbilang kaum.Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10) adalah kesinambungan pelan rancangan pembangunan negara jangka sederhana untuk tempoh lima tahun. RMK10 adalah bagi tempoh 2011 hingga 2015 dirangka amat kritikal bagi meneruskan agenda pembangunan negara ke arah menuju Wawasan 2020 dengan berpaksikan negara maju serta berpendapatan tinggi. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan, kerajaan menggarap rancangan ini untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat tanpa mengira kaum, sempadan geografi dan politik.Pendidikan dan pembangunan sumber manusia (PSM) adalah kunci kepada peningkatan daya saing negara. Sistem pendidikan harus mampu memenuhi kehendak komersil dan industri, dan boleh menghasilkan tenaga kerja yang berupaya dan bersifat inovatif, produktif dan berkemahiran. Tenaga kerja ini merupakan input yang sangat penting dari segi pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sumber ini merupakan kepada input lain dalam proses perolehan. Tanpa sumber manusia, maka input-input lain seperti modal fizikal dan bahan mentah tidak dapat digemblengkan dengan sempurna. Ekoran ini banyak kajian dilakukan untuk menunjukkan kepentingan perancangan pendidikan dalam pembangunan dan pengurusan serta hubungan antara pendidikan dan pekerjaan (Carnoy 1977, Caillods & deGrauwe 2006). Sanyal (2008) telah membentuk sistem maklumat untuk menilai rantaian antara pendidikan dan pasaran buru. Pendek kata pembentukan modal manusia melalui pendidikan dan latihan memang sangat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara (Fernandez dan Mauro 2000).

4.0 CABARAN DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA 4.1 Berbeza Dalam Sistem PendidikanPada zaman penjajahan, Tanah Melayu langsung tidak mempunyai dasar pendidikan yang jelas. Sewaktu zaman pemerintahan British, mereka telah melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan pendidikan Inggeris, di mana sekolah-sekolah aliran Inggeris ini mengajar mata pelajaran dalam bahasa Inggeris.Pada zaman penjajahan ini, dasar pendidikan tidak menghasilkan keberkesanan yang positif, terutama untuk perpaduan dan pelaksanaannya mempunyai banyak kelemahan keranan British pada masa itu hanya mementingkan kepentingan ekonomi dan kedudukan sendiri sahaja. Pihak Inggeris juga telah mewujudkan sekolah vernakular Melayu, vernakular Cina dan vernakular Tamil yang sudah pasti ianya telah menyebabkan masyarakat Melayu, Cina dan India dipisahkan mengikut sistem persekolahan dan hubungan antara mereka menjadi semakin renggang. Sekolah-sekolah vernakular ini mempunyai kepentingan tersendiri bagi setiap kaum atau etnik tersebut. Masalah untuk membentuk perpaduan menjadi bertambah rumit apabila pihak British tidak memainkan peranan dengan adil, terutama dari segi layanan yang setaraf kepada semua bangsa atau kaum.Selepas Merdeka 1957, Malaysia merupakan sebuah negara baru dan memulakan zaman untuk mengukuhkan semula pendidikan negara supaya selari dengan matlamat perpaduan nasional. Akta Pelajaran 1961 merupakan bukti usaha murni yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat supaya mereka memahami dasar pendidikan yang dilaksanakan kerajaan adalah demi kepentingan masyarakat Malaysia yang majmuk. Menurut Abu Bakar Nordin (1994), Laporan Razak 1956 boleh dijadikan sebagai batu loncatan ke atas dasar dan sistem pendidikan kebangsaan yang mempunyai perubahan positif, terutama membentuk dan memupuk perpaduan negara. Perpaduan antara masyarakat majmuk merupakan asas utama yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ketika menggubal dasar pendidikan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.Peristiwa berdarah 13 Mei 1969 telah mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial masyarkat Malaysia di mana selepas peristiwa itu berlaku, pihak kerajaan telah mewujudkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang bermatlamat mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. Peristiwa berdarah ini turut memberi impak yang besar kepada dasar pendidikan.Bermula tahun 2010, sistem pendidikan di Malaysia telah bergerak seiring dengan keperluan semasa keranan masyarakat juga turut berubah disebabkan oleh arus permodenan dan globalisasi. Sehingga kini, Malaysia masih meneruskan kesinambungan sistem persekolah lama dengan mengekalkan sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Isu-isu ini telah kerap kali dibincang dan diperdebatkan namun akhirnya tiada jalan penyelesaian yang dilakukan bagi mengubah kepada sistem persekolahan yang baru. Isu-isu ini sebenarnya merupkan isu yang sensitif bagi masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa, kerana bukan sesuatu yang mudah untuk mendapatkan persetujuan daripada masyarkat yang mempunyai pandangan, pendapat dan kepentingan yang berbeza.Kewujudan sekolah yang pelbagai aliran ini telah menjejaskan perpaduan kaum di Malaysia. Kini ianya sudah tidak relevan untuk digunapakai kerana sekiranya ia masih diteruskan, maka hubungan antara masyarakat Malaysia akan menjadi semakin pudar dan renggang. Ini kerana sekolah merupakan tempat mula-mula masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa bertemu untuk saling kenal mengenali.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengatakan bahawa beliau bersedia menimbangkan untuk mewujudkan hanya satu sistem sekolah sahaja yang diguna pakai sekiranya rakyat Malaysia bersetuju untuk mengikut sistem tersebut. Memang kita tidak dapat nafikan, di dalam usaha melaksanakan satu-satu dasar baru, kerajaan perlu mengambil kira kehendak rakyat kerana ingin menggelakkan timbulnya perbalahan dan kesan buruknya akan balik kepada rakyat dan juga negara. Sehingga kini, masyarakat Malaysia masih belum bersetuju dan mencapai kata sepakat di dalam menggunakan satu sistem sekolah sahaja. Masyarakat Cina dan India dilihat masih mahu menggunakan sistem sekolah pelbagai aliran yang dianggap dapat menjaga bahasa ibunda mereka dan menjamin hak-hak mereka.Namun pada pendapat saya, idea menubuhkan satu aliran sistem persekolahan perlu dilaksanakan kerana melaluinya semangat perpaduan di kalangan rakyat akan dapat dipupuk. Pelaksanaan sistem ini tidak akan menyebabkan kehilangan identity kaum-kaum tertentu, malah ia akan terus menyemai semangat perpaduan yang kukuh di kalangan masyarkat Malaysia. Masyarakat Cina, India dan semua kaum masih boleh mengekalkan penggunaan bahasa ibunda mereka, walaupun mereka belajar di sekolah yang sama aliran.

4.2 Fokus Yang Berlainan Dalam Sektor EkonomiSejak zaman penjajahan lagi, masalah integrasi telah wujud terutamanya semasa penjajahan British. Mereka menjalankan dasar divide and rule iatu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan mengeksploitasi ekonomi negara. Dasar ini jugalah yang memisahkan kaum-kaum utama negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat melayu mengendalikan pertanian dan ditempatkan di kawasan luar Bandar iaitu di kampong-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan dilombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di lading-ladang getah. Perubahan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan hubungan semakin terhada dan menjadi bertambah renggang.

Cabaran dari segi ekonomi yang paling nyata ialah perbezaan dari segi pekerjaan di mana perbezaan ini diwujudkan oleh pihak British melalui pecah dan perintah sepertimana dinyatakan sebelum ini. Masalah ini telah mewujudkan perasaan curiga dan telah mewujudkan jurang ekonomi antara kaum-kaum terbabit.Akaibat daripada dasar yang dicipta oleh British itu, kesannya masih lagi dapat dilihat sampailah sekarang di mana sektor perniagaan masih lagi didominasi oleh orang Cina dan kebanyakkan orang India masih lagi tinggal di lading-ladang. Perbezaan pekerjaan ini telah membataskan interaksi sosial antara mereka kerana masa banyak diluangkan ditempat kerja dan sekiranya rakan sekerja terdiri daripada kaum atau etnik yang sama maka interaksi dan komunikasi hanya berlaku dan berada dalam lingkungan kaum yang sama sahaja. Kesannya adalah di mana perasaan prasangka dan perkauman akan menjadi semakin kuat dan menebal di antara sesama kaum terbabit.Dominasi kaum dalam satu-satu bidang juga adalah cabaran ke dua daripada aspek ekonomi. Ini adalah kerana kaum-kaum lain tidak dapat menyelit atau masuk ke dalam bidang tertentu yang didominasi oleh kaum-kaum tertenuu dan ini adalah kerana kaum yang mendominasi itu mahu terus mengekalkan hak dan kuasa dominasi mereka. Diantara contoh yang boleh dibawa di sini ialah dominasi di dalam bidang perniagaan yang telah didominasi oleh kaum Cina sejak dahulu lagi dan sehingga sekarang, masyarakat Cina masih lagi mendominasi bidang ini walaupun kerajaan sentiasa menggalakkan mereka untuk menceburkan diri ke dalam bidang lain juga seperti bekerja dengan pasukan beruniform (polis, askar) dan juga perguruan. Kerajaan juga telah membuka peluang kepada mereka dalam sektor perkhidmatan awam namun gagal dan kurang mendapat sambutan. Dr Ridhuan Tee (2009) pernah menyatakan bahawa Mereka (kaum Cina) yang terlalu bangga dengan tamadun mereka serta lebih suka berdikari dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang menjadi darah daging mereka. Di dalam mengatasi masalah dan cabaran ini, banyak dasar-dasar yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan seperti DEB dan juga RMK, namun pihak kerajaan hanya mampu merapatkan dan mengurangkan jurang ini dan bukan menghapuskannya.4.3 Berbeza Ideologi Politik dan PengaruhMajoriti parti politik di Malaysia ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing. Contohnya, seperti UMNO dan PAS untuk orang Melayu, MCA,PAP dan DAP untuk orang Cina, dan MIC untuk orang India. Faktor penubuhan parti-parti ini telah menguatkan sikap dan semangat perkauman yang tinggi . Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan pasti akan melambatkan proses perpaduan yang selama ini diusahakan oleh pihak kerajaan yang sudah pastinya diimpikan oleh seluruh rakyat Malaysia.Memang tidak dinafikan terdapat sebahagian parti berlainan bangsa yang bergabung tetapi perjuangan mereka sedikit sebanyak tetap berbaur perkauman. Kewujudan parti-parti politik yang berasaskan kaum ini juga menjadikan pengaruh perkauman turut merebak kepada institusi keluarga dan juga pendidikan. Menurut Funston (2001), setiap etnik akan memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing terutama hal-hal yang berkaitan dengan bahasa, pendidikan dan kebudayaan, sedangkan dalam membina integrasi nasional dan perpaduan yang utuh semua rakyat tanpa mengira kaum mahupun agama mestilah sama-sama berganding bahu dan tenaga mencapai satu perjuangan dan matlamat yang sama demi negara yang menjadi tempat tumpah darah mereka dan semua rakyatnya.Kita dapat melihat semangat perkauman ini di dalam isu bahasa di mana tahun 1966, kira-kira 1200 pertubuhan keturunan Cina menjalankan kempen mengutip tandatangan menuntut supaya bahasa Cina dijadikan salah satu dari bahasa rasmi negara. Isu yang berkaitan dengan perancangan untuk mewujudkan Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah menentang penubuhan sekolah ini dengan mengatakan bahawa identiti rakyat Cina akan hilang sedangkan pewujudan sekolah tersebut akan mewujudkan perpaduan antara masyarakat.Dari dahulu sehingga sekarang masih ada lagi pertelingkahan yang melibatkan bahasa dan juga pendidikan yang sudah pastinya akan menambahkan retak-retak perpecahan rakyat yang sudah pasti akan membantut atau menghalang usaha integrasi nasional yang cuba dilaksanakan oleh pihak kerajaan yang memerintah.5.0 KESIMPULANMembina sebuah negara-bangsa yang sempurna bukanlah tugas mudah apatah lagi bagi sebuah negara seperti Malaysia. Dengan kepelbagaian kaum serta etnik dari latar sejarah, bahasa dan budaya yang berbeza serta diperkukuhkan pula oleh sentimen warisan berbeza menyumbang kepada munculnya persoalan dan masalah yang kompleks. Ibarat sebuah resepi masakan, negara bangsa bukanlah sekadar pelengkap rasa tetapi merupakan bahan utama bagi menghasilkan satu masakan yang bukan sekadar enak dan lazat malah menyihatkan. Di sebalik kesukaran dan pelbagai alasan yang memungkinkan kegagalan mencapainya ia sebenarnya sesuatu yang tidak mustahil untuk dikecapi. Melalui pengalaman sejarah yang disalurkan secara sistematik khususnya melalui sektor pendidikan impian untuk membentuk negara bangsa yang selama ini berteraskan kepada bangsa idaman mungkin akan menjadi kenyataan.Pembinaan negara bangsa amat penting bagi memastikan identiti nasional yang dihasratkan tercapai. Ia memerlukan usaha yang gigih dan kerjasama yang erat daripada semua pihak. Semangat bersatu padu, cinta dan kesetiaan kepada negara, patriotisme, berorientasi glokal, keharmonian dan toleransi, berbudi bahasa dan beradab serta memahami, menyanjung budaya dan seni bangsa bukan saja perlu difahami tetapi diamalkan sepenuhnya. Pendidikan ialah pemangkin kepada pembinaan negara bangsa terutama bagi menyemai semangat kenegaraan khususnya pada peringkat awal perkembangan pelajar dan diteruskan pada peringkat pendidikan yang lebih tinggi. Kepimpinan yang sedia ada harus berusaha untuk terus memperkukuh perpaduan melalui aktiviti-aktiviti yang melibatkan pelbagai kaum dan etnik di Malaysia. Ia merupakan satu proses yang panjang tetapi satu keperluan Malaysia. Pembinaan negara bangsa perlukan penyertaan menyeluruh setiap anggota masyarakat dan jentera kerajaan. Faktor pemangkin perlu difahami, dihayati, diaplikasikan untuk mengukukuhkan usaha pembinaan bangsa Malaysia. Ancaman perlu ditangani dengan bijak sebagai satu kelebihan. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh warganegara Malaysia.1