aspirasi pekerjaan para pelatih institut … · pelatih ikm johor bahru terhadap latihan yang...
TRANSCRIPT
ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA
(IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI
FAIZAH BINTI SHARIP
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
ii
ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA
(IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI
FAIZAH BINTI SHARIP
Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi
Sebahagian Syarat Penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
FEBRUARI, 2004
iii
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dai skop dan kualiti untuk tujuan penanugerahan Ijazah Sarjana Muda
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup Manipilatif ).”
Tandatangan :
Nama Penyelia : En. Yahya Bin Buntat
Tarikh :
iv
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya
sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ….……………………………
Nama Penulis : FAIZAH BINTI SHARIP.
Tarikh : ………………………………
v
DEDIKASI
Buat Suami Tercinta,
Terimakasih di atas pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, serta
doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan
semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.
Untuk Allahyarhamah Ibuku dan Ibu Mertua Tersayang,
Doa, kasih sayang dan pengorbananmu hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.
Untuk Allahyarham ayah dan Allahyarham ayah mertuaku,
Jasamu yang diberikan akan kukenang sepanjang hayatku.
Cahaya mataku,
Muhammad Amir Haziq dan Nurin Syahmina.
Pengorbanan ibu adalah untuk kalian dan jadikanlah ia sebagai perangsang untuk kalian
mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.
Seluruh Ahli Keluarga Dan Sahabat-sahabatku,
Terima kasih di atas perhatian kalian.
vi
PENGHARGAAN
“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”
Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka kajian
ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.
Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima
kasih kepada penyelia iaitu Encik Yahya Bin Buntat di atas segala bimbingan, tunjuk
ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu
sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini.
Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.
Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak
memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.
Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai MARA Johor Bahru,
Pengetua IKM Johor Bahru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.
vii
ABSTRAK
Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti aspirasi pekerjaan para
pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik
menggunakan instrumen yang berbentuk soal selidik yang mengandungi 30 item soalan
dan dibahagikan kepada 2 bahagian.
Pengedaran soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi diproses
dengan menggunakan perisian SPSS. Kaedah min digunakan sebagai cara penganalisaan
bagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini mendapati majoriti pelatih IKM Johor Bahru
mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikuti. Pelatih-pelatih
ini mempunyai keyakinan bahawa dengan latihan yang diikuti mereka akan dapat
mengaplikasi kemahiran yang diperolehi untuk digunakan apabila bekerja nanti.
Kebanyakkan pelatih juga lebih berminat untuk bekerja sendiri dan mereka yakin dengan
latihan yang diperolehi, peluang-peluang pekerjaan untuk mereka adalah lebih luas.
Mereka juga berpendapat dengan latihan yang diikuti juga, dapat menepati kehendak
mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan.
viii
ABSTRACT
The purpose of this study is to determine the vocation aspiration of the Institut
Kemahiran Mara Johor Bahru trainees to ward their training. In this research, the
researcher used questionnaire as an instrument, which contained 30 items, and it is
divided into two sections. The researcher herself has done the distributions of the
questionnaire. All data has been collected and processed using the SPSS 11.5. Mean
method has been used to analyze in these research. The result shows the majority of the
Institut Kemahiran Mara trainees have some confident in their training. They believe
that the training they get can be used the world outsides. Some of them like to built their
own business and confident that the training they’re got will give them a wide choice of
vocations. In their opinion, the training they’re will help them to get the vocation they
dream of.
ix
KANDUNGAN
HALAMAN JUDUL i
HALAMAN PENGAKUAN ii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAHAGIAN SATU
PENGENALAN
BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 6
1.4 Objektif Kajian 7
1.5 Persoalan Kajian 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Skop dan Batasan Kajian 8
1.8 Definisi istilah 9
x
BAHAGIAN DUA
SOROTAN KAJIAN
BAB 2 TAJUK
2.1 Pengenalan 12
2.2 Aspirasi Pekerjaan 19
2.3 Aplikasi 20
2.4 Peluang Pekerjaan 20
2.5 Kemahiran 21
2.6 Pengetahuan 22
2.7 Rumusan 24
BAHAGIAN TIGA
METODOLOGI KAJIAN
BAB 3 TAJUK
3.1 Pengenalan 25
3.2 Rekabentuk Kajian 25
3.3 Tempat Kajian 26
3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26
3.5 Instrumen Kajian 28
3.6 Kajian Rintis 29
3.7 Prosedur Kajian 30
3.8 Analisis Data 32
3.9 Kesimpulan 33
xi
BAHAGIAN EMPAT
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN
BAB 4 TAJUK
4.1 Pengenalan 34
4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 35
4.2.1 Taburan Responden Mengikut Peringkat
Umur 35
4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf
Perkahwinan 36
4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 37
4.2.5 Taburan Responden mengikut Aliran
Pendidikan Di Sekolah 37
4.2.6 Taburan Responden Mengikut Jenis
Sekolah 38
4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bidang
Program Latihan 38
4.3 Analisis Deskriptif (Bahagian B) 39
4.3.1 Perihal Instrumen Bahagian B 40
4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Ke-1 41
4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ke-2 43
4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Ke-3 45
4.3.5 Analisis Data Persoalan kajian Ke-4 47
xii
BAHAGIAN LIMA
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
BAB 5 TAJUK
5.1 Pengenalan 50
5.2 Rumusan 50
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 52
5.3.1 Perbincangan persoalan Kajian 1 52
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 53
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 55
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 56
5.4 Cadangan 58
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 59
5.6 Penutup 60
BAHAGIAN ENAM
RUJUKAN 62
LAMPIRAN 66
xiii
SENARAI JADUAL
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.2 Jadual Nama-Nama Institut Kemahiran
Mara Yang Terdapat Di Malaysia 3
2.1 Jadual Jenis Program Latihan Diperingkat
Sijil Yang Ditawarkan 14
2.2 Jadual Jenis Program Dan Latihan Diperingkat
Diploma Yang Ditawarkan 16
2.3 Jadual Laporan Bilangan Pelatih Mengikut
Kursus (Sijil) 16
2.4 Jadual Laporan Bilangan Pelatih Mengikut
Kursus (Diploma) 18
3.1 Jadual Penetapan Sampel 27
4.2.1 Jadual Taburan Responden Mengikut
Peringkat Umur 35
4.2.2 Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 36
4.2.3 Jadual Taburan Responden Mengikut Taraf
Perkahwinan 36
4.2.4 Jadual Taburan Responden Mengikut Kelulusan
Akademik 37
4.2.5 Jadual Taburan Responden Mengikut Aliran
Pendidikan di Sekolah 37
4.2.6 Jadual Taburan Responden Mengikut Jenis
Sekolah 38
4.2.7 Jadual Taburan Responden Mengikut Bidang
Program Latihan 38
4.3 Jadual Instrumen Bahagian B 35
xiv
NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.3.1 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-1 41
4.3.2 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-2 43
4.3.3 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-3 45
4.3.4 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-4 47
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 66
B Surat Pengesahan Dari Fakulti 73
Pendidikan, Universiti Teknologi
Malaysia
C Maklumat Kebolehpercayaan 74
(Kajian Sebenar)
D Carta De Morgan 76
E Surat Pengesahan Soal Selidik 77
1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Usaha ke arah membangunkan sumber manusia yang lebih terarah dan
tersusun telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui program pendidikan dan
latihan kemahiran teknik dan vokasional dalam pelbagai peringkat. Sehingga
kini, pendidikan teknik dan vokasional berubah mengikut peredaran masa dan
zaman. Ianya direalisasikan untuk menghasilkan sumber tenaga manusia yang
berkualiti tinggi, bagi memenuhi permintaan negara di dalam menuju hasrat
Wawasan 2020.
Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, keperluan sumber
tenaga manusia merupakan perkara penting yang perlu difikirkan untuk
memenuhi pelbagai sektor pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha
dilakukan untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia yang mahir
dan separuh mahir telah dijalankan. Kerajaan telah menyarankan agar institusi
yang terlibat dalam penyediaan sumber tenaga manusia, meningkatkan
keupayaan dan latihan yang dijalankan. Dengan adanya pelbagai latihan,
2
diharapkan agar para belia dapat merebut peluang yang disediakan, sebagai
jaminan untuk mendapatkan pekerjaan.
Secara umumnya, pekerjaan merupakan sesuatu keperluan bagi setiap
individu untuk menyara kehidupan. Dengan adanya pekerjaan, terutamanya
kepada pelatih lepasan institusi kemahiran, menjadikan latihan yang diperolehi
semasa di pusat latihan dapat memberikan faedah kepada kehidupan mereka.
Sehubungan dengan itu, para pelatih di institusi kemahiran, seharusnya
mempunyai aspirasi pekerjaan terhadap latihan yang diikuti, bersesuaian
dengan matlamat latihan yang disediakan.
Menurut Kuvlesky & Bealer 1966; Lueptow 1981 di dalam kajian
Zakaria dan T. Subahan, aspirasi pekerjaan ditarifkan sebagai pekerjaan yang
dikehendaki oleh seseorang sekiranya diberi kebebasan memilih. Ia
merupakan cita-cita seseorang terhadap sesuatu pekerjaan tanpa mengira
halangan-halangan yang mungkin dihadapinya. Oleh yang demikian,
seharusnya latihan yang disediakan di sesebuah institusi kemahiran bukan
sahaja dapat memenuhi kehendak industri, malah ia dapat memenuhi aspirasi
pekerjaan para pelatihnya.
Sehubungan dengan itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang
membangun, telah menyediakan beberapa buah institusi kemahiran bagi
memenuhi permintaan sumber tenaga manusia yang dikehendaki. Disamping
itu, ia juga dapat menyediakan para belia untuk mendapatkan latihan
kemahiran bagi memudahkan mereka memasuki bidang pekerjaan tertentu.
Institusi-istitusi yang terlibat adalah seperti Institut Kemahiran Belia Negara
(IKBN), Institiut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Giat Mara dan sebagainya.
Selain daripada itu, salah sebuah agensi kerajaan yang turut menyumbangkan
ke arah pembangunan sumber manusia ialah Institut Kemahiran MARA
(IKM).
3
Sebagai sebuah institusi kemahiran, Institut Kemahiran Mara merupakan
salah sebuah institusi yang telah dipertanggungjawabkan untuk melatih para
belia dalam bidang kemahiran tertentu dan bertanggungjawab terhadap
pembangunan sumber manusia sejajar dengan matlamat penubuhannya.
Menurut Datuk Hishammuddin bin Tun Hussein, di dalam pengurusan
pembangunan belia, pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja yang agak
banyak dimana untuk tahun 2004 sahaja, sebanyak RM82.5 juta diperuntukkan
untuk melatih para belia yang sedang mengikuti latihan di institusi kemahiran
di seluruh negara (Ramli Abdul Karim, 2004). Latihan yang berteraskan
pendidikan teknik dan vokasional ini, diharapkan akan dapat melahirkan
tenaga kerja berkemahiran yang amat diperlukan oleh industri dan dapat
meningkatkan ekonomi negara. Seterusnya dapat menyumbang kepada
peningkatan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.
1.2 Latar Belakang Masalah
Di Malaysia terdapat 13 buah Institut Kemahiran Mara yang sedang
beroperasi melatih para belia di dalam beberapa kursus kemahiran yang
ditawarkan mengikut negeri masing-masing. Kursus-kursus yang ditawarkan
pula adalah mengikut kemudahan yang diberikan kepada setiap negeri serta
keperluan bagi setiap negeri.
4
Jadual 1.2 : Nama-Nama Institut Kemahiran Mara Yang Terdapat Di
Malaysia.
BIL NAMA-NAMA INSTITUT KEMAHIRAN
1 Institut Kemahiran Mara, Jasin, Melaka
2 Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru, Johor
3 Institut Kemahiran Mara, Pasir Mas, Kelantan
4 Institut Kemahiran Mara, Besut, Trengganu
5 Institut Kemahiran Mara, Tasya, Pekan,
Pahang
6 Institut Kemahiran Mara, Kuala Lumpur
7 Institut Kemahiran Mara, Petaling Jaya
8 Institut Kemahiran Mara, Alor Setar Kedah
9 Institut Kemahiran Mara, Kuching, Sarawak
10 Institut Kemahiran Mara, Sg. Petani, Kedah
11 Institut Kemahiran Mara, Beseri, Perlis
12 Institut Kemahiran Mara, Lumut, Perak
13 Institut Kemahiran Mara, Kota Kinabalu,
Sabah
Selaras dengan kepesatan perindustrian dan permintaan terhadap sumber
tenaga manusia, Institut Kemahiran Mara dibentuk berdasarkan objektifnya
iaitu, untuk menambahkan bilangan gunatenaga mahir bumiputera dalam
beberapa bidang dan tahap kemahiran bagi sektor perdagangan dan
perindustrian disamping mewujudkan sumber bakal-bakal usahawan.
Selain daripada untuk menyediakan sumber tenaga manusia atau usahawan,
Institut Kemahiran MARA ini juga, dapat memberi peluang kepada pelajar
lepasan SPM atau SPMV yang mendapat kelulusan sederhana atau kurang
memuaskan untuk meneruskan pendidikannya. Disamping itu, ia juga dapat
5
mengelakkan penggangguran khususnya dikalangan para belia. Oleh yang
demikian, terdapat banyak institusi kemahiran ditubuhkan oleh pihak negeri
untuk melatih para belia bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja
yang terlatih.
Institut Kemahiran Mara merupakan salah sebuah pusat latihan yang
berfungsi sama dengan institusi-institusi latihan lain, dimana ia berfungsi
untuk melatih para belia dalam pelbagai kemahiran vokasional bagi memenuhi
pelbagai sektor pekerjaan yang berasaskan kepada kemahiran yang diperlukan.
Menurut Awang Mohamad (1999), pemilihan kerjaya merupakan satu
perkara yang penting dalam perkembangan seseorang dan dengan itu perlu
dibuat dengan teliti kerana tindakan tersebut memberi kesan jangka panjang
terhadap masa depannya. Malahan, mendapat pekerjaan merupakan suatu
impian dan kemestian pada setiap individu yang telah tamat tempoh pengajian,
tidak kira apa taraf kelulusan akademik yang diperolehinya (Bloch,1995).
Menurut Dr. Peter Shephard (1989) pula, pekerjaan mempunyai potensi
untuk memenuhi bukan sahaja keperluan ekonomi seseorang tetapi juga
memberikan atau memenuhi keperluan sosial dan peribadi seseorang. Selain
dari itu, seseorang itu juga, mungkin akan selesa dan kurang rasa tertekan
sekiranya kerjaya yang dipilihnya bersesuaian dengan konsep kendirinya.
Justeru itu, latihan yang diterima haruslah mempunyai kesinambungan
dengan aspirasi pekerjaan dikalangan para pelatih di Institut Kemahiran Mara,
supaya latihan yang diterima benar-benar memberikan faedah untuk
menentukan masa depan kerjaya mereka.
6
1.3 Penyataan Masalah
Dengan adanya pelbagai pusat latihan kemahiran di negara ini, adalah
diharapkan ianya dapat melatih para belia bagi memenuhi keperluan sumber
tenaga manusia dipelbagai sektor perindustrian. Usaha ini bukan sahaja dapat
memberi peluang yang baik kepada para pelatih, malah dapat meningkatkan
taraf pendidikan tenaga kerja dan seterusnya membawa kebaikan dan
keuntungan kepada negara.
Namun begitu, sebagai penyumbang kepada sumber tenaga pekerja kepada
negara, segala bentuk program latihan kemahiran yang diberikan, haruslah
memenuhi aspirasi pekerjaan dikalangan para pelatih. Ini adalah kerana pada
dasarnya, latihan yang diikuti adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan
para pelatih bagi menjamin masa depan yang lebih cerah serta pekerjaan yang
sesuai. Dengan ini, latihan kemahiran yang telah diikuti oleh pelatih, tidak
akan menjadi sia-sia.
Walau bagaimana pun, kedapatan para pelatih yang tidak mendapat
pekerjaan atau tidak memasuki bidang pekerjaan mengikut kemahiran yang
telah dijalani semasa mereka menjalankan latihan kemahiran di Institut
Kemahiran Mara. Keadaan ini menjadikan satu masalah bukan sahaja kepada
negara yang telah banyak melabur ke atas latihan kemahiran yang telah dijalani
oleh para pelatih ini, tetapi ia juga menjadi masalah kepada keluarga serta
pelatih itu sendiri
Oleh yang demikian, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji
berkenaan dengan aspirasi pekerjaan para pelatih Institiut Kemahiran Mara
terhadap latihan yang diikuti, bagi mengungkap apakah masalah yang dihadapi
oleh pelatih melibatkan masalah peribadi pelatih atau masalah-masalah luar
lain yang berkaitan.
7
1.4 Objektif Kajian
Bagi mencapai objektif kajian, maka beberapa objektif dinyatakan di bawah
ini.
(1) Mendapatkan pandangan para pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan
kemahiran yang diikuti di institusi ini
(2) Mengenalpasti jenis pekerjaan yang akan diceburi oleh para pelatih setelah
mengikuti latihan di institusi ini.
(3) Mengenalpasti sama ada latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan
yang luas kepada pelatih Institut Kemahiran Mara.
(4) Mengenalpasti sama ada latihan yang diikuti memenuhi kehendak pekerjaan
para pelatih Institut Kemahiran Mara.
1.5 Persoalan Kajian
(1) Apakah pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan yang
diikuti?
(2) Apakah bentuk pekerjaan yang akan diceburi setelah para pelatih tamat latihan
di institut ini?
(3) Adakah latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang luas?
(4) Adakah latihan yang diikuti menepati kehendak para pelatih untuk mendapat
pekerjaan?
8
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.
Hasil kajian ini nanti adalah penting untuk :
a) Pihak Kementerian meyelaraskan pendidikan latihan kemahiran agar ia
selaras dengan kehendak industri.
b) Dijadikan panduan kepada masyarakat khususnya para belia, untuk
menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan yang dapat digunakan untuk
meningkatkan taraf pendidikan, status serta taraf hidup mereka.
c) Malah kajian ini juga dapat membantu pihak MARA mempertingkatkan lagi
usaha kearah meningkatkan lagi mutu pendidikan dan latihan selaras dengan
permintaan gunatenaga dibidang perindustrian.
1.7 Skop Dan Batasan Kajian
Kajian ini secara umumnya adalah untuk meninjau aspirasi pekerjaan
dikalangan para pelatih Institut Kemahiran Mara Johor Bahru terhadap latihan
yang diikuti. Dalam kajian ini, pengkaji menghadkan kajiannya dengan
menggunakan responden dari pelatih IKM Johor Bahru yang berada di dalam
tahun akhir latihan. Ini adalah kerana pelatih pada tahun akhir ini, lebih diberi
penekanan serta pengetahuan yang luas untuk memasuki alam pekerjaan.
9
1.8 Definisi kajian
Di dalam kajian ini terdapat beberapa definisi atau istilah yang digunakan
oleh penyelidik bagi menjelaskan dan menerangkan maksud perbendaharaan
kata yang hendak disampaikan bertujuan mengelakkan kekeliruan di samping
dapat memberikan kemudahan untuk memahami maksudnya. Di antara
definisi atau istilah yang akan digunakan ialah seperti berikut :
1.8.1 Institiut Kemahiran Mara
Institiut Kemahiran Mara merupakan sebuah institusi yang terletak di
bawah pentadbiran MARA (Majlis Amanah Rakyat). Ia telah
dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan kemahiran dan juga
pengetahuan kepada para belia dan beliawanis, sama ada diperingkat sijil atau
diploma bagi melengkap dan mempertingkatkan tahap kemahiran dan ilmu
sejajar dengan pembangunan semasa.
1.8.2 Aspirasi
Menurut Kamus Dewan (1993), aspirasi bermaksud keinginan yang
kuat bagi mencapai sesuatu tujuan serta kemahuan atau keinginan untuk
mengadakan
10
sesuatu. Di dalam penyelidikan ini, aspirasi itu sendiri bermaksud kehendak
atau keinginan para pelatih Institut Kemahiran Mara memperolehi pekerjaan
terhadap latihan yang diikuti.
1.8.3 Pelatih
Pelatih merupakan orang yang sedang menerima latihan, Kamus
Dewan (1993). Bagi tujuan kajian ini sendiri, pelatih bermaksud individu atau
belia yang sedang mengikuti kursus di Institut Kemahiran Mara.
1.8.4 Latihan
Latihan adalah pelajaran atau didikan untuk memahirkan atau
membiasakan (Kamus Dewan, 1992). Dalam penyelidikan ini, latihan
bermaksud segala bentuk pembelajaran yang sedang diikuti oleh para pelatih
sama ada pembelajaran amali atau teori di dalam bidang masing-masing di
Institut Kemahiran Mara.
1.8.5 Pekerjaan
Menurut Kamus Dewan (1992), pekerjaan bermaksud sesuatu yang
diusahakan yang dilakukan secara berterusan kerana mencari nafkah. Dalam
11
kajian ini, pekerjaan bermaksud usaha atau sesuatu yang hendak dilakukan
oleh para pelatih setelah menjalani latihan di Institut Kemahiran Mara bagi
tujuan memenuhi keperluan kehidupan pelatih bagi menjamin masa depannya.
12
BAB II
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
Perkembangan pendidikan di Malaysia membawa kepada perubahan-
perubahan pada sistem dan dasar-dasarnya. Ini dilakukan bagi mencapai ke arah
sebuah negara maju yang berteknologi tinggi serta mampu bersaing dengan
negara-negara maju yang lain. Sistem pendidikan juga seharusnya dapat
melahirkan generasi belia yang bukan sahaja mampu memenuhi kehendak
sumber tenaga negara, tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran tertentu di
dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya mereka.
Bidang kemahiran vokasional merupakan komponen yang penting di
dalam membangunkan sumber tenaga yang berkemahiran. Ini terbukti apabila
terdapat kenyataan yang mengfokuskan tentang pendidikan vokasional di dalam
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979,
seperti berikut;
“Komponen vokasional bertujuan melatih murid-murid menguasai
kemahiran dan kecekapan tertentu sesuai dengan perkembangan
perindustrian dan pembangunan negara. Isi kandungan kurikulum
ini seharusnya lebih cenderung kepada penekanan terhadap
13
aspek-aspek amali dari aspek-aspek teori. Penekanan ini juga
hendaklah dicerminkan dalam segala peperiksaan yang diambil oleh
murid-murid. Liputan kurikulum yang baru ini hendaklah luas dan
anjal pula strukturnya. Kurikulum tersebut hendaklah sanggup
memenuhi kemungkinan berbagai permintaan yang timbul
akibat dari perubahan teknologi yang tidak dapat dijangkakan.”
(m.s 110)
Robiah Sidin (1998), menyatakan bahawa pendidikan vokasional boleh
didefinasikan sebagai pendidikan yang bertujuan membolehkan seseorang itu
menjalankan atau membuat beberapa pekerjaan tertentu.
Menurut Shahril (1998), pendidikan teknik dan vokasional adalah
merupakan salah satu pendidikan yang penting bagi pembangunan sumber
manusia khususnya bagi melahirkan pekerja mahir dan separa mahir. Latihan
dalam bidang vokasional yang berkesan akan dapat menyediakan sumber tenaga
manusia yang boleh menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal dan sentiasa
mempelajari sesuatu yang baru dalam pekerjaan.
Dalam perubahan ekonomi perdagangan dunia yang bebas dan pesat,
perkembangan teknologi tinggi dan keutamaan peningkatan kualiti kemahiran
tenaga kerja merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak (Zainal
dan Fauzi, 1997).
Justeru itu, sebagai kesinambungan dari pendidikan vokasional dan
teknik diperingkat sekolah, pelbagai institusi kemahiran disediakan bagi melatih
para
belia di dalam pelbagai bidang kemahiran. Salah sebuah institusi kemahiran
yang terdapat di Negara kita ialah Institiut Kemahiran Mara.
14
Institut Kemahiran Mara adalah merupakan sebuah institusi kemahiran
yang menyediakan pendidikan di dalam pelbagai bidang kemahiran. Matlamat
penubuhannya adalah untuk menambahkan bilangan gunatenaga mahir
bumiputra dalam beberapa bidang dan tahap kemahiran bagi sektor perdagangan
dan perindustrian. Ia menawarkan 11 buah kursus di peringkat sijil dan 2 buah
kursus diperingkat diploma. Dalam merancang, mengatur dan menyelia kursus
kemahiran vokasional ketika ini, Institut Kemahiran Mara telah menawarkan
beberapa kursus, tempohnya serta skop pekerjaan seperti dalam Jadual 2.1 di
bawah.
Jadual 2.1:Jenis Program Latihan Diperingkat Sijil Yang Ditawarkan,
Tempohnya Serta Skop Pekerjaan
Bil. KURSUS Tempoh Latihan Skop Pekerjaan
01 Teknologi Kejuruteraan
Marin
18 bulan 1. Mekanik
2. Juruteknik
02 Teknologi Kejuruteraan
Elektrik (Domestik dan
Industri)
24 bulan 1.Pendawai
Elektrik
2. Juruteknik
03 Teknologi Kejuruteraan
Elektrik (Penjaga
Jentera-A1)
36 bulan 1. Juruteknik
2. Penyelia
04 Teknologi Kejuruteraan
Elektronik (Instrumen)
24 bulan Juruteknik
05 Teknologi Kejuruteraan
Elektronik
(Komunikasi)
24 bulan Juruteknik
15
Sambungan : Jadual 2.1
Bil. KURSUS Tempoh Latihan Skop Pekerjaan
06 Teknologi Kimpalan
dan Fabrikasi
18 bulan 1. Juruteknik
2. Jurukimpal
07 Teknologi
Kejuruteraan
Mekanikal ( mesin)
18 bulan 1. Juruteknik
2. Jurukimpal
08 Teknologi
Kejuruteraan
Mekanikal
(Pembuatan)
18 bulan Juruteknik
09 Teknologi Elektro
Penyaduran
18 bulan Juruteknik
10 Teknologi
Kejuruteraan
Mekatronik
24 bulan Juruteknik
mekatronik
11 Teknologi
Kejuruteraan
Mekanikal (Lukisan
dan Rekabentuk
24 bulan Juruteknik
16
Jadual 2.2:Jenis Program Latihan Diperingkat Diploma Yang Ditawarkan,
Tempohnya Serta Skop Pekerjaan
Bil. KURSUS Tempoh
Latihan
Skop Pekerjaan
01 Diploma Teknologi
Mekanikal (Gas)
36 bulan Pembantu Jurutera
02 Diploma Teknologi
Mekanikal (Penyejukan
& Penyamanan Udara)
36 bulan Pembantu Jurutera
Jadual 2.3 Laporan Bilangan Pelatih Mengikut Kursus (Sijil) Bagi Bulan
Julai 2003 (Sumber Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru)
Bil. KURSUS
Sem 1 Sem
2
Sem
3
Sem
4
Sem
5
Sem
6
JUMLAH
01 Teknologi
Kejuruteraan
Marin
21 18 20 0 0 0 59
02 Teknologi
Kejuruteraan
Elektrik
(Domestik dan
Industri)
32 30 32 32 0 0 126
03 Teknologi
Kejuruteraan
Elektrik (Penjaga
Jentera-A1)
32 31 29 16 16 16 140
17
(Sambungan) : Jadual 2.3
04 Teknologi
Kejuruteraan
Elektronik
(Instrumen)
18 15 19 19 0 0 71
05 Teknologi
Kejuruteraan
Elektronik
(Komunikasi)
0 0 13 15 0 0 28
06 Teknologi
Kejuruteraan
Mekatronik
38 15 18 16 0 0 87
07 Teknologi
Kejuruteraan
Mekanikal
15 14 16 0 0 0 45
08 Teknologi
Kimpalan dan
Fabrikasi
32 30 28 0 0 0 90
09 Teknologi
Kejuruteraan
Mekanikal
(mesin)
32 16 14 0 0 0 62
10 Teknologi
Kejuruteraan
Mekanikal
(Pembuatan)
31 13 15 0 0 0 59
11 Teknologi
Elektro
Penyaduran
32 9 28 0 0 0 69
JUMLAH BESAR 283 191 232 98 16 16 836
18
Jadual 2.4 : Laporan Bilangan Pelatih Mengikut Kursus (Diploma)
Mengikut Kursus Bagi Bulan Julai 2003 (Sumber IKM, Johor Bahru)
BIL
KURSUS
Sem
1
Sem
2
Sem
3
Sem
4
Sem
5
Sem
6
JUMLAH
01
Diploma Teknologi
Mekanikal (Gas)
17 8 17 9 14 10 75
02 Diploma Teknologi
Mekanikal (PPU)
14 6 12 16 30 12 90
JUMLAH BESAR
31 14 29 25 44 22 165
Mansor (1983) dalam Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd
Tamin menyatakan bahawa seseorang calon pekerja tahu jenis dan bentuk kerja
yang diceburinya. Apabila diterima nanti ini memudahkan mereka
menyesuaikan diri serta melaksanakan tugas dengan sempurna serta
mengasimilasikan sifat cinta dan kasih sayang mereka pada pekerjaan. Selaras
dengan skop pekerjaan yang dinyatakan di dalam jadual di atas, ianya adalah
bertujuan untuk makluman kepada para pelatih berkenaan dengan kursus serta
pekerjaan yang boleh diceburi oleh para pelatih setelah tamat mengikuti latihan.
Sehubungan dengan itu, matlamat penubuhan Institut Kemahiran Mara
adalah untuk menyediakan para belia bagi memasuki bidang pekerjaan yang
memerlukan
pelbagai kemahiran tertentu serta melahirkan bakal-bakal usahawan yang
dinamik ke arah pembentukan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani,
jasmani, intelek serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara.
19
2.2 Aspirasi Pekerjaan
Pendidikan memang telah lama dikaitkan dengan pekerjaan. Biasanya
semakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin cerah alam pekerjaannya pada
masa hadapan. Walau bagaimanapun, perkembangan dan pembaharuan dalam
sektor-sektor ekonomi dan alam pekerjaan memerlukan dan merubah tanggapan
kita tentang fungsi pendidikan dan peluang pekerjaan untuk belia.
Robiah Sidin(1994), menyatakan bahawa secara lebih spesifik
perkembangan yang terdapat hari ini memerlukan kita meneliti dan memikirkan
tentang pendidikan vokasional, falsafah dan dasar perkembangannya serta
pengubahsuaian yang perlu dibuat terhadapnya selari dengan tuntutan dalam
alam pekerjaan. Justeru itu, aspirasi yang merupakan kehendak dan keinginan
terhadap sesuatu pekerjaan memerlukan para pelatih IKM bekerja keras untuk
mencapainya.
Sebagai manusia kita perlulah membuat keputusan yang tepat di dalam
membuat pemilihan kerjaya agar tidak menyesal di kemudian hari. Menurut
Hoult dan Ford (1969) di dalam Hishamuddin Tajuddin (1995) menyatakan
bahawa kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dan memakan masa
yang agak panjang. Ini bermakna seseorang itu perlu memikirkannya dengan
sebaik mungkin untuk memilih kerjayanya agar ia mendapat kepuasan bekerja
yang maksimum. Ini adalah kerana, sekiranya kepuasan terhadap sesuatu
pekerjaan seseorang itu dapat dipenuhi, maka produktiviti kerjanya adalah lebih
baik dan memberangsangkan.
20
2.3 Aplikasi
Aplikasi latihan kemahiran adalah merujuk kepada keupayaan atau
kebolehan seseorang untuk menggunakan kemahiran yang dimiliki dalam
sesuatu kerja atau pekerjaan. Ia amat penting bagi membolehkan seseorang itu
mendapat tempat serta pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang ada.
Selain dari itu, sekiranya seseorang itu dapat mengaplikasikan latihan yang
diterima di institusi kemahiran, membolehkan ia lebih dipercayai serta
berpeluang untuk kenaikan pangkat yang sesuai.
Menurut Ibrahim (1996), program latihan yang berkesan ialah satu
program latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat mereka bekerja.
Oleh itu reka bentuk program latihan hendaklah mengintergrasikan semua
aktiviti pembelajaran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas di
tempat pelatih bekerja. Adalah tidak bermakna sekiranya kemahiran yang ada
tidak dapat diaplikasikan dalam sesuatu kerja.
2.4 Peluang pekerjaan
Peluang pekerjaan adalah perkara yang paling penting yang perlu
difikirkan oleh seseorang pelatih, apabila mereka mengikuti sesuatu latihan
kemahiran. Peluang-peluang pekerjaan yang luas, dapat memberikan peluang
kepada pelatih untuk membuat pilihan terhadap pekerjaan yang dikehendaki.
Abdul Fatah Abdul Malik (1992) dalam tesis Awang Mohammad
menyatakan bahawa Pendidikan vokasional adalah satu corak pendidikan yang
bertujuan membolehkan seseorang pelajar itu mendapatkan pekerjaan. Sistem
21
pendidikan yang mementingkan pendidikan yang bercorak latihan kemahiran
adalah keperluan bagi kerja-kerja yang memerlukan kemahiran. Selaras dengan
itu, peluang-peluang pekerjaan para pelatih kemahiran adalah cerah kerana
pendidikan yang bercorak latihan kemahiran, adalah aset kepada keperluan di
dalam pelbagai bidang pekerjaan.
Pengarah Persijilan, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK),
Pang Chau Leong, di dalam kajian Ajazi (2002) berkata, latihan teknikal dan
vokasional menyediakan peluang melanjutkan pengajian tidak terhad untuk
lepasan sekolah dan golongan yang sedang bekerja. Selain itu, lepasan program
latihan kemahiran juga berpeluang menyertai sektor kerjaya yang menarik
berbanding lulusan program akademik dan mempunyai laluan peningkatan
kepada kedudukan lebih baik.
2.5 Kemahiran
Aspek kemahiran adalah perlu apabila seseorang menjalani latihan
kemahiran. Penguasaan kemahiran melalui latihan akan menunjukkan kepada
kita tentang keberkesanan latihan yang telah diikuti tersebut. Untuk itu beberapa
perkara penting yang boleh dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan
program latihan untuk menjamin keberkesanan program tersebut. Menurut
Rozhan (1997), garis panduan itu adalah seperti berikut;
(a) Pelatih mestilah mempunyai kemahuan untuk belajar iaitu sekiranya
pelatih tidak berminat dan mengambil sikap tidak endah, segala program
latihan akan menjadi sia-sia sahaja.
22
(b) Motivasi pelatih bagi mengikuti sesuatu program akan meningkat
sekiranya terdapat harapan untuk mendapat ganjaran selepas mengikuti
program latihan.
(c) Penilaian hendaklah dilakukan bagi mengenalpasti sama ada
pembelajaran telah berlaku.
(d) Pengajaran hendaklah diberi secara berperingkat dengan diikuti oleh
pemberian maklum balas di setiap peringkat.
(e) Pembelajaran dianggap telah berlaku hanya apabila pelatih berjaya
melakukan tindak-tanduk atau aktiviti yang diinginkan.
(f) Pembelajaran hendaklah diberi sejauh mana yang boleh melibatkan
pengalaman praktis.
2.6 Pengetahuan
Berhubung dengan aspek pengetahuan, ahli-ahli psikologi kognitif
membahagikan pengetahuan manusia kepada dua jenis pengetahuan iaitu
pengetahuan pernyataan dan pengetahuan prosedur. Pengetahuan pernyataan
menyatakan secara eksplisit takrifan sesuatu konsep, menghuraikan peristiwa
yang biasa dialami dan membentuk gambaran mental. Sebagai contoh, melalui
pengetahuan pernyataan, misalnya, burung ditakrifkan sejenis haiwan yang
boleh terbang. Manakala pengetahuan prosedur pula ditakrifkan oleh ahli
epistemology sebagai pengetahuan bagaimanakah orang melaksanakan tugas,
seperti memahami bahasa, menyelesaikan masalah dan melaksanakan kemahiran
perangkaan. Pengetahuan prosedur yang diperoleh dan mencapai tahap
keautomatisannya melalui praktis atau latihan biasanya diwakili melalui
peraturan pengeluaran, melibatkan satu set keadaan dan satu set tindakan
(Muhamed Awang, 1999).
23
Disebabkan pengetahuan prosedur didapati melalui latihan dan
pengalaman, yang memerlukan kemahiran kognitif, maka kegunaannya lebih
pantas dan automatis berbanding dengan pengetahuan pernyataan. Dalam
proses latihan kemahiran aspek pengetahuan amat penting bagi membolehkan
bekas pelatih dapat melakukan sesuatu kerja. Penguasaan ilmu atau
pengetahuan yang mendalam serta luas amatlah perlu dalam menilai
keberkesanan program yang diikuti. Pengetahuan yang diperolehi melalui
latihan tersebut akan membawa kepada anjakan paradigma (shift paradigm) bagi
golongan berkemahiran dalam meneroka ke alam pekerjaan yang akan
menjadikan mereka lebih yakin dan berpengetahuan.
Masyarakat selalu melabelkan kursus kemahiran dengan mereka yang
tidak mempunyai kelulusan akademik yang baik. Persepsi ini harus diubah
kerana pada masa kini kursus-kursus kemahiran di institusi-institusi tertentu
adalah sesuatu yang telah diiktiraf oleh kerajaan. Sejak tahun 1993, MLVK
telah menstruktur Sijil Kemahiran Malaysia agar ianya selari atau setaraf dengan
kelulusan akademik biasa. Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ini
dibangunkan bertujuan mengembangkan pengiktirafan kemahiran di negara ini,
seperti yang diperakukan di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai
Latihan (JKML) 1991. Ia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan
diri yang menarik dan setanding dengan laluan kerjaya yang berasaskan
kelayakan akademik. Pada asasnya, sistem ini akan membekalkan lebih ramai
pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya
saing industri tempatan di pasaran dunia.
Bloom (1989), mengkategorikan pengetahuan seperti berikut;
(a) Pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus.
(b) Pengetahuan mengenai cara-cara dan kaedah menghadapi perkara-
perkara khusus.
(c) Pengetahuan mengenai perkara-perkara universal dan pengabstrakan-
pengabstrakan dalam sesuatu bidang.
24
Pengetahuan yang dikuasai oleh pelatih adalah berkait dengan aspek
kemahiran. Kedua-dua aspek itu adalah saling bergantungan antara satu sama
lain. Pengetahuan yang dikuasai melalui latihan akan menjadikan pelatih lebih
bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang terbuka luas. Mereka juga boleh
hidup berdikari dengan membuka perniagaan sendiri. Oleh yang demikian,
penguasaan pengetahuan dikalangan pelatih institut kemahiran haruslah diberi
penekanan supaya latihan yang diperolehi akan dapat di aplikasikan oleh mereka
apabila mereka menceburi bidang pekerjaan nanti.
2.7 Rumusan
Aspirasi pekerjaan merupakan perkara utama di dalam memastikan,
latihan yang diperolehi bagi setiap pelatih di sesebuah institusi kemahiran,
adalah berfaedah bagi diri mereka. Ini adalah perlu, supaya latihan yang
diperolehi adalah bersesuaian dengan aspirasi pekerjaan mereka. Disamping itu,
ia dapat menjamin kepuasan bekerja diperingkat yang maksimum untuk
meningkatkan produktiviti semasa di dalam latihan mahu pun di alam pekerjaan.
25
BAB III
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
Perkara yang akan diberikan tumpuan dalam bab ini adalah mengenai
prosedur dan metadologi yang digunakan dalam kajian. Ini meliputi reka bentuk
kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian
rintis, prosedur kajian, skop kajian dan kaedah menganalisis data.
3.2 Rekabentuk Kajian
Kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk deskriptif. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu tinjauan dengan
menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada para pelatih untuk
dijawab. Menurut Mohd Majid (2000), penyelidikan deskriptif bermatlamat
untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Kajian yang
dilakukan adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu
keadaan atau fenomena yang berlaku.
Oleh yang demikian kajian deskriptif merupakan penyelidikan terhadap
sesuatu fenomena dengan menganalisa data deskriptif yang diperolehi dari soal
26
selidik atau media-media lain. Kajian berbentuk deskriptif ini merupakan kajian
yang boleh meninjau sampel atau populasi.
Reka bentuk ini dipilih kerana ia amat sesuai memandangkan peranannya
untuk meninjau dan mengenalpasti aspirasi pekerjaan pelatih-pelatih terhadap
latihan yang dijalani kerana mereka sendiri sedang mengalami latihan tersebut.
3.3 Tempat Kajian
Kajian ini dijalankan terhadap para pelatih di Institut Kemahiran Mara
Johor Bahru yang sedang menjalani latihan. Institut Kemahiran Mara ini dipilih
kerana ia merupakan salah sebuah Institusi yang menawarkan lebih banyak jenis
kursus berbanding dengan Institut Kemahiran Mara yang lain. Selain dari itu ia
juga mempunyai ramai pelatih yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam
kursus sijil atau diploma. Oleh yang demikian lokasinya ialah di Institut
Kemahiran Mara Johor Bahru.
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
Populasi merangkumi tiap-tiap ahli yang terdapat dalam populasi itu
(Alias Baba, 1997). Mohd Najib (1999), menyatakan populasi ialah dari siapa
kita mendapat data. Kita perlu mengenalpasti kelompok individu yang kita
selidik. Semua ahli dalam kelompok ini dipanggil populasi.
27
Dalam kajian ini populasinya adalah terdiri daripada pelatih-pelatih
IKM Johor Bahru yang berada dalam tahun akhir bagi sesi 2003/2004. Jumlah
populasi dalam kajian ini ialah seramai 98 orang.
Sampel kajian pula, merangkumi ahli-ahli dari kumpulan yang kecil
yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau parameter
populasi (Alias Baba, 1997). Bilangan responden untuk dijadikan sample dalam
kajian ini ialah seramai 77 orang. Jumlah ini mengikut panduan yang
dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Mereka berpendapat bahawa ia
dapat memberikan ketepatan 95 peratus dalam kajian.
Jadual 3.1 : Jadual Penetapan Jumlah Sampel
N S
85
90
95
100
110
70
73
76
80
86
Sumber dari :Petikan Krejcie. RV And Morgan, D. W determining sample for
research Eucational and Psychological Measurement 1970, 30, 607 – 610
N = Populasi , S = Sampel
Jadual 3.1 menunjukkan penetapan sampel yang digunakan dalam sesuatu
kajian. Ianya digunakan sebagai panduan kepada penyelidik untuk menetapkan
bilangan sampel yang akan digunakan di dalam kajian ini. Oleh kerana jumlah
populasi ialah 98 orang, maka jumlah sampel yang saya gunakan ialah 77 orang.
28
Jadual 3.2 : Jadual Persampelan Responden Mengikut Kursus dan
Semester Pengajian.
Bil Kursus Sem 4 Sem 5 Jumlah
1 Teknologi Kejuruteraan Elektrik
(Penjaga Jentera-A1)
12 12 24
2 Diploma Teknologi Makanikal (Gas) 12 10 22
3 Diploma Teknologi Mekanikal
(Penyejukbekuan dan Penyamanan
Udara)
22 9 31
JUMLAH BESAR 46 31 77
Kaedah pemilihan sampel adalah kaedah rawak mudah. Mohamad Najib
(1999), menyatakan perkara yang penting dalam pemilihan sampel bukanlah
bilangannya tetapi ialah sampel mesti mewakili populasi.
3.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal
selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan B (LAMPIRAN
A). Bahagian A mempunyai 6 item yang merangkumi soalan berkaitan dengan
maklumat diri pelajar seperti umur, jantina, kelulusan akademik tertinggi dan
bidang kursus. Latar belakang responden ini amat penting bagi kegunaan
penyelidik membuat perkaitan dengan persoalan yang hendak dikaji mengikut
29
keperluan tertentu. Responden dikehendaki menandakan tanda “a” pada
ruangan petak yang disediakan serta menyatakan jawapan pada ruangan kosong
yang diberikan.
Bahagian B ialah mengenai pandangan para pelatih terhadap latihan yang
diikuti, kecenderungan pelatih untuk bekerja sendiri, peluang pekerjaan serta
ketepatan latihan mengikut kehendak pelatih bagi mendapatkan pekerjaan yang
dibentuk dalam bentuk soalan mengikut Skala Likert.
Responden hanya perlu menandakan jawapan yang difikirkan sesuai
pada petak yang disediakan. Kaedah ini digunakan kerana ianya dapat
menjimatkan kos, masa dan senang untuk mendapat kerjasama daripada
responden serta dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh
dipercayai. Menurut Mohd Najib (1998), dua perkara yang penting berkaitan
dengan statistik yang perlu dipastikan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.
Kesahan membawa maksud data yang diperolehi adalah melambangkan apa
yang ingin diukur.
Oleh yang demikian, penyelidik telah meminta jasa baik En. Mohsin Bin
Uzir untuk mengesahkan soal selidik yang telah disediakan (LAMPIRAN E)
3.6 Kajian Rintis
Kajian rintis dijalankan adalah seperti kajian yang sebenar, Cuma ianya
berbeza dari aspek bilangan sampel yang digunakan. Dalam kajian rintis,
penyelidik mengambil sampel daripada populasi secara rawak. Satu kajian rintis
telah dijalankan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam
soal selidik, sebelum kajian seterusnya dijalankan. Selain itu ia juga bagi
30
menentukan aras signifikan item soalan yang dibina sesuai dan boleh diterima.
Menurut Mohamad Najib (1998), untuk tujuan kesahan isi, saiz sample kajian
rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan
awal yang berkesan tentang ujian iaitu 6 hingga 9 orang. Lebih ramai responden
adalah lebih baik. Oleh demikian, penyelidik menggunakan seramai 10 orang
responden yang dipilih dari populasi secara rawak. Melalui kajian rintis,
penyelidik dapat mengesan kelemahan dalam item, agar matlamat kajian dapat
dicapai.
Hasil daripada analisis yang dijalankan dengan menggunakan SPSS 11.5,
didapati pekali keboleh percayaan iaitu ‘alpha’ adalah 0.9315 terhadap item soal
selidik yang dikemukakan. Menurut Mohd. Najib Ghafar (1998), walaupun
tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali keboleh
percayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, maka hasil kajian bagi pekali
kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 akan menjadi instrumen yang sering
digunakan. Ini bermakna nilai kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan
dalam kajian adalah tinggi.
3.7 Prosedur Kajian
Untuk menjalankan kajian ini, beberapa prosedur tertentu perlu
dilaksanakan bagi melicinkan perjalanan kerja penyelidikan. Antara prosedur-
prosedur yang perlu diikuti oleh penyelidik adalah seperti berikut:
a) Mendapat perakuan serta kebenaran daripada pihak pentadbir di
Fakulti Pendidikan, UTM.
31
b) Mendapat kelulusan daripada pihak Pengurus Besar Majlis Amanah
Rakyat (MARA), Johor Bahru
c) Mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Pengetua Institiut
Kemahiran MARA Johor Bahru dengan membawa surat kebenaran
dan kelulusan dari MARA bagi membolehkan maklumat diperolehi
dan kajian dapat dijalankan.
d) Kajian rintis dijalankan di IKM Johor Bahru terhadap 10 orang
sample yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang dipilih secara
rawak.
e) Mengedarkan soal selidik kepada bekas pelatih dengan kerjasama
pihak IKM.
f) Mengumpulkan soal selidik yang diterima.
g) Membuat analisis data menggunakan perisian SPSS 11.5.
h) Mendapatkan keputusan mengenai tajuk kajian.
Untuk melihat atau memahaminya dengan lebih jelas lagi mengenai
prosedur kajian ini, rajah 3.2 menunjukkan carta aliran mengenai prosedur
kajian yang dibuat oleh penyelidik.
32
Rajah 3.2: Carta Aliran Prosedur Kajian
3.8 Analisis Data
Data mentah yang diperolehi akan dikumpulkan untuk dikodkan dan
dianalisis. Analisis data merupakan tahap terakhir dalam kajian penyelidikan.
Semua data yang diperolehi dari soal selidik terlebih dahulu disemak agar segala
arahan yang diberikan diikuti dengan betul. Data-data yang diperolehi akan
Mendapat perakuan Pentadbir Fakulti, UTM
Mendapat kelulusan dari pihak MARA
Mendapat kebenaran dari Pengetua IKM
Mengedarkan soal selidik
Mengumpulkan soal selidik
Membuat analisis
Keputusan penyelidikan
Kajian Rintis
33
dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences
(SPSS 11.5) untuk mendapatkan kekerapan (frekuensi) peratusan dan min.
Penyelidik menggunakan statistik deskriptif dalam menyusun dan
mempertunjukkan data untuk mudah difahami serta dapat mencapai matlamat
kajian. Sebagai langkah keselamatan, untuk mengelakkan berlakunya kesilapan
semasa memproses data, maka pengiraan hendaklah dilakukan beberapa kali
oleh penyelidik.
Dari penganalisaan data-data tersebut, penyelidik akan membuat
perbincangan,. rumusan dan cadangan.
3.9 Kesimpulan
Secara keseluruhannya dalam bab ini adalah berkaitan dengan kaedah
yang digunakan oleh penyelidik dalam memperolehi maklumat dan menganalis
data. Instrumen kajian iaitu borang soal selidik merupakan sumber maklumat
utama dalam penyelidikan ini. Pemprosesan data menggunakan statistik
deskriptif dalam penyelidikan ini akan dapat memberikan jawapan kepada
persoalan kajian dan seterusnya rumusan serta cadangan kajian akan dapat
dikemukakan bagi memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul berhubung
dengan penyelidikan ini.
34
BAB IV
ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan mengemukakan hasil yang telah
dikumpul dan dianalisis berkaitan dengan keputusan berdasarkan penyelidikan
yang dijalankan. Hasil atau keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan
kepada persepsi yang telah diberikan oleh para pelatih terhadap kursus atau
program latihan kemahiran vokasional yang mereka ikuti semasa menjalani
latihan tersebut di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Dapatan hasil
penyelidikan dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut;
Bahagian A – Latar belakang responden
Bahagian B – Analisis deskriptif
Dalam mengkaji aspirasi pekerjaan para pelatih Institut Kemahiran Mara
Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti, perkara yang hendak dilihat adalah
berdasarkan kepada empat faktor iaitu pengaplikasian latihan, kecenderungan
untuk bekerja sendiri atau makan gaji, peluang pekerjaan yang luas dan latihan
yang bersesuaian dengan kehendak para pelatih untuk mendapatkan pekerjaan.
Di dalam pengedaran borang soal selidik, penyelidik mendapat kerjasama
daripada pihak pengurusan Institut Kemahiran Mara sendiri, dimana semua
borang soal selidik sebanyak 77 set dapat dikumpulkan semula.
35
4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden
Responden untuk penyelidikan ini adalah seramai 77 orang pelatih tahun
akhir di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Untuk bahagian latar belakang
responden, terdapat 7 soalan telah dikemukakan yang terdiri daripada 1 soalan
berbentuk terbuka dan 6 soalan berbentuk tertutup. Soalan latar belakang terdiri
daripada umur, jantina, status, kelulusan, aliran sekolah, jenis sekolah dan
bidang kursus di Institut Kemahiran Mara.
4.2.1 Latar Belakang Responden Jadual 4.2.1: Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur
Peringkat Umur Frekuensi Peratus
15 hingga 20 46 59.7
21 hingga 25 31 40.3
Jumlah 77 100
Jadual 4.2.1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut
peringkat umur. Terdapat seramai 46 orang (59.7%) berumur antara 15 hingga
20 tahun. Ini diikuti oleh peringkat 21 hingga 25 tahun iaitu seramai 31orang
(40.3%).
36
Jadual 4.2.2 : Taburan Responden Mengikut Jantina
Jantina Frekuensi Peratus
Lelaki 61 79.2
Perempuan 16 20.8
Jumlah 77 100
Jadual 4.2.2 menunjukkan majoriti responden didominasi oleh kaum lelaki
iaitu sebanyak 61 orang (79.2%). Manakala perempuan hanyalah seramai
16orang (20.8%).
Jadual 4.2.3: Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan
Taraf Perkahwinan Frekuensi Peratus
Bujang 77 100
Berkahwin 0 0
Jumlah 77 100
Jadual 4.2.3 menunjukkan taburan responden mengikut taraf
perkahwinan. Berdasarkan jadual ini, didapati kesemua responden adalah
berstatus bujang iaitu seramai 77 orang (100%).
37
Jadual 4.2.4: Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik
Kelulusan Akademik Frekuensi Peratus
SPM 66 85.7
SPMV 10 13
Lain-lain 1 1.3
Jumlah 77 100
Jadual 4.2.4 menunjukkan taburan responden mengikut kelulusan
akademik tertinggi. Kebanyakan responden adalah terdiri daripada berkelulusan
akademik di peringkat SPM iaitu seramai 66 orang (85.7%). Ini dikuti oleh
mereka yang berkelulusan SPMV iaitu seramai 10 orang (13%). Terdapat juga
responden yang mempunyai kelulusan akademik yang lain iaitu STPM dimana
ia melibatkan seorang responden (1.3%).
Rajah 4.2.5: Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan di Sekolah
Bidang Program Latihan Frekuensi Peratus
Sains Tulen 17 22.1
Sastera 34 44.2
Teknik 10 13
Vokasional 12 15.6
Lain-lain 4 5.2
Jumlah 51 100
38
Rajah 4.2.5 menunjukkan taburan responden mengikut aliran pendidikan
semasa di sekolah yang telah memberikan respon terhadap instrumen kajian.
Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang berada di dalam aliran
sastera iaitu seramai 34 orang (44.2%). Ini diikuti oleh responden dalam aliran
sains tulen iaitu seramai 17orang (22.1%), aliran vokasional 12 orang (15.6%),
aliran teknik seramai 10 orang (13 %) dan lain-lain seramai 4 orang (5.2%).
Jadual 4.2.6: Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah
Jenis Sekolah Frekuensi Peratus
Akademik 55 71.4 Teknik 17 22.1
Asrama Penuh 1 1.3 Vokasional 4 5.2
Jumlah 25 100
Jadual 4.2.6 menunjukkan taburan responden mengikut jenis sekolah.
Seramai 55 orang (71.4%) adalah dari sekolah akademik biasa, diikuti seramai
17 orang (22.1%) dari sekolah Teknik, 4 orang (5.2%) dari sekolah vokasional
dan bakinya seorang (1.3%) dari sekolah berasrama penuh.
Rajah 4.2.7: Taburan Responden Mengikut Bidang Program Latihan
Bidang Program Latihan Frekuensi Peratus
Teknologi Kejuruteraan
Elektrik (Penjaga Jentera-A1)
24 31.17
39
(Sambungan) : Rajah 4.2.7:
Bidang Program Latihan Frekuensi Peratus
Diploma Teknologi Mekanikal
(Penyejukan dan Penyamanan
Udara)
31 40.25
Diploma Teknologi Mekanikal
(Gas)
22 28.57
Jumlah 77 100
Rajah 4.2.7 menunjukkan taburan responden mengikut bidang kursus di
IKM Johor Bahru yang telah memberikan respon terhadap instrumen kajian.
Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang mengikuti bidang kursus
Diploma Teknologi Mekanikal pengkhususan Gas, iaitu seramai 36 orang
(46.8%). Ini diikuti oleh responden dalam kursus peringkat Sijil dalam bidang
Teknologi Kejuruteraan Elektrik pengkhususan Penjaga Jentera A1, iaitu
seramai 22 orang (28.6%) dan Diploma Teknologi Mekanikal pengkhususan
Penyejukan dan Penyamanan Udara seramai 10 orang (19.6 %).
4.3 Jawapan Kepada Persoalan Kajian
Bahagian B – Analisis Deskriptif
Pada instrumen soal selidik iaitu pada bahagian B, sebanyak 30 item atau
pernyataan telah digunakan bagi mendapat maklum balas mengenai aspirasi
40
pekerjaan para pelatih di IKM Johor Bahru yang berdasarkan kepada aspek-
aspek seperti berikut;
Jadual 4. 3 : Instrumen Bahagian B
Bil Aspek Jumlah
Item
Nombor
Soalan
1 Pandangan pelatih Institut
Kemahiran Mara terhadap latihan
yang diikuti?
8 1-8
2 Jenis pekerjaan yang akan diceburi
oleh para pelatih setelah tamat
latihan di institusi ini.
8 9-16
3 Keadaan peluang pekerjaan yang
luas terhadap latihan yang yang
diikuti.
7 17-23
4 Kebolehan latihan yang diikuti
memenuhi kehendak para pelatih
terhadap pekerjaan.
7 24-30
Setelah dianalisis, berikut adalah data yang menunjukkan frekuensi,
peratus dan min terhadap item soal selidik bagi menjawab persoalan-persoalan
kajian yang menggunakan format jawapan skala Likert lima mata. Format ini
menggunakan jawapan tertutup iaitu Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Pasti
(TP), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS).
41
4.3.1 Apakah pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap
latihan yang diikuti?
Jadual 4.3.1: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min
Bagi Aspek pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan
yang diikuti
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
1 Saya dapat menggunakan
peralatan kerja amali yang
berada di bengkel IKM
dengan baik.
22
28.6
54
70.1
- 1
1.3
- 4.26
2 Saya dapat menjalankan
kerja-kerja amali/praktikal
yang diarahkan oleh tenaga
pengajar di bengkel IKM
dengan baik.
28
36.4
49
63.6
- - - 4.36
3 Saya dapat menyiapkan
kerja-kerja amali yang
diarahkan oleh tenaga
pengajar di institusi ini
dengan baik.
27
35.1
50
64.9
- - - 4.35
4 Saya berupaya menggunakan
mesin yang berada di
bengkel IKM tanpa bantuan
orang lain.
24
31.2
51
66.2
2
2.6
- - 4.29
42
Sambungan : Jadual 4.3.1
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
5 Projek atau hasil kerja
amali/praktikal di bengkel
institusi ini, dapat memberi
kepuasan kepada diri saya.
29
37.7
47
61.0
1
1.3
- - 4.36
6 Saya tidak menghadapi
masalah untuk menyiapkan
sesuatu kerja amali yang
diberikan oleh tenaga
pengajar.
24
31.2
51
66.2
2
2.6
- - 4.29
7 Saya merasa lebih yakin
untuk melakukan sesuatu
tugasan yang diarahkan oleh
tenaga pengajar setelah
mengikuti latihan
amali/praktikal di institusi
ini.
27
35.1
49
63.6
1
1.3
- - 4.34
8 Latihan kemahiran yang
diikuti di institusi ini amat
berfaedah kepada diri saya
apabila saya bekerja nanti.
43
55.8
34
44.2
- - - 4.56
Purata keseluruhan : 4.35
43
Jadual 4.3.1 menunjukkan frekuensi dan peratus serta purata min
responden menjawab penyataan setiap item bagi pandangan para pelatih
terhadap latihan yang diikuti. Penyataan item latihan kemahiran yang diikuti
amat berfaedah kepada pelatih apabila bekerja nanti, menunjukkan purata skor
min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.56 yang mewakili 55.8% pada sangat setuju
dan 44.2% menyatakan setuju. Penyataan berkaitan dengan pengunaan peralatan
kerja amali yang berada di bengkel dengan baik adalah penyataan yang
menunjukkan min yang terendah diantara keseluruhan min, di mana telah
memperlihatkan purata skor min sebanyak 4.26 iaitu mewakili jawapan setuju
70.1%, sangat setuju 28.6% dan tidak pasti 1.3%. Skor purata keseluruhan bagi
persoalan kajian ini adalah 4.35
4.3.2 Apakah bentuk pekerjaan yang akan diceburi oleh para pelatih
setelah tamat latihan di institut ini?
Jadual 4.3.2: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min
Bagi Bentuk pekerjaan yang akan diceburi oleh para pelatih
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
9 Saya yakin akan dapat
berdikari selepas menjalani
latihan di institusi ini.
35
45.5
41
53.2
1
1.3
- - 4.43
44
Sambungan : Jadual 4.3.2
10 Saya bercita-cita untuk
membuka perniagaan pada
suatu hari nanti.
22
28.6
52
67.5
2
2.6
1
1.3
- 4.23
11 Saya lebih berminat untuk
membuka perniagaan apabila
tamat latihan di institusi ini.
12
15.6
52
67.5
6
7.8
7
9.1
- 3.90
12 *Saya lebih berminat untuk
bekerja makan gaji apabila
tamat latihan di institusi ini.
5
6.5
51
66.2
3
3.9
17
22.1
1
1.3
3.55
13 Bekerja sendiri adalah lebih
baik daripada makan gaji.
26
33.8
51
6.2
- - - 4.34
14 Bekerja sendiri memberikan
lebih kepuasan di dalam
kehidupan saya.
26
33.8
50
64.9
1
1.3
- - 4.32
15 Bekerja sendiri memudahkan
saya untuk memenuhi cita-
cita saya.
4
5.2
23
29.9
13
16.9
37
48.1
- 3.08
16 Bekerja makan gaji hanya
untuk mencari pengalaman
sahaja
16
20.8
61
79.2
- - - 4.21
Purata Keseluruhan : 4.0
* Bagi penyataan negatif data diterbalikan
Jadual 4.3.2 menunjukkan taburan responden mengikut frekuensi,
peratusan dan purata min bagi setiap item berdasarkan kecenderungan pelatih
untuk bekerja sendiri. Penyataan saya yakin akan dapat berdikari selepas
menjalani latihan di institusi ini, menunjukkan purata skor min tertinggi iaitu
4.43. Penyataan ini menunjukkan 53.2% pada tahap setuju, 45.5% sangat setuju
45
dan bakinya 1.3% adalah pada kedudukan tidak pasti. Pernyataan bekerja
makan gaji memudahkan saya untuk mencapai cita-cita saya menunjukkan min
yang terendah, di mana purata skor minnya adalah 3.08 iaitu mewakili 48.1%
menyatakan tidak setuju, 29.9% setuju, 16.9% tidak pasti dan 5.2% sangat
setuju. Skor purata bagi persoalan kajian ini adalah sebanyak 4.0.
4.3.3 Adakah latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang
luas?
Jadual 4.3.3: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan
Min Berkaitan Keadaan Peluang Pekerjaan Yang Luas.
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
17 Saya yakin banyak sektor
pekerjaan yang boleh saya
ceburi setelah tamat latihan di
institusi ini.
28
36.4
49
63.6
- - - 4.36
18 Saya yakin akan mendapat
pekerjaan yang saya ingini
setelah mengikuti latihan di
institusi ini.
25
32.5
52
67.5
- - - 4.32
46
Sambungan : Jadual 4.3.3
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
19 Latihan amali yang saya ikuti
adalah mencukupi untuk
dijadikan panduan apabila
saya bekerja nanti.
17
22.1
60
77.9
- - - 4.22
20 Saya telah mengetahui
tentang pekerjaan yang
sesuai dengan kursus yang
saya ikuti sekarang sebelum
memasuki institusi ini.
26
33.8
51
66.2
- - - 4.34
21 Latihan kemahiran yang
diikuti dapat memberi
pelbagai peluang pekerjaan.
30
39.0
47
61.0
- - - 4.39
22 Terdapat pelbagai agensi
yang datang untuk
memberikan ceramah tentang
kerjaya yang sesuai dengan
kursus yang diambil oleh
pelatih di institusi ini.
15
19.5
62
80.5
- - - 4.19
23 Terdapat banyak agensi yang
datang untuk menemuduga
pelatih bagi mengisi
kekosongan di dalam sektor
pekerjaan pada tahun akhir
latihan di institusi ini.
18
23.4
59
76.6
- - - 4.23
Purata Keseluruhan : 4.30
47
Jadual 4.3.3 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan,
bilangan dan purata skor min bagi setiap item berdasarkan keadaan peluang
pekerjaan yang luas. Penyataan latihan kemahiran yang diikuti dapat memberi
pelbagai peluang pekerjaan, menunjukkan purata skor min tertinggi iaitu 4.39.
Penyataan ini mewakili 61.0% menyatakan setuju, 39% adalah sangat setuju dan
tiada peratusan bagi jawapan tidak setuju serta tidak pasti dengan pernyataan ini.
Penyataan terdapat banyak agensi yang datang untuk memberi ceramah,
menunjukkan skor min yang terendah iaitu 4.19 yang mewakili 80.5 %
menyatakan setuju, 19.5% sangat setuju dan tiada peratusan bagi penyataan
tidak pasti serta tidak setuju. Skor purata keseluruhan bagi persoalan kajian ini
pula adalah sebanyak 4.30
4.3.4 Adakah latihan yang diikuti menepati kehendak para pelatih untuk
mendapat pekerjaan?
Jadual 4.3.4: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min
Bagi Aspek kebolehan latihan yang diikuti memenuhi kehendak para
pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap pekerjaan.
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
24 Saya telah memilih bidang
pekerjaan yang sesuai
dengan kursus yang diikuti di
institusi ini.
32
41.6
45
58.4
- - - 4.42
48
Sambungan : Jadual 4.3.4
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
25
Latihan yang saya ikuti di
institusi ini adalah untuk
mendapatkan peluang
pekerjaan yang lebih baik.
41
53.2
36
46.8
- - - 4.53
26 Saya lebih berkeyakinan
untuk menceburi bidang
pekerjaan dengan mengikuti
latihan di institusi ini.
30
39.0
47
61.0
- - - 4.39
27 Pekerjaan yang akan saya
ceburi selepas tamat kursus
ini mempunyai kaitan
dengan latihan yang saya
ikuti sekarang.
31
40.3
45
58.4
1
1.3
- - 4.39
28 Saya yakin dengan latihan
yang diperolehi sekarang
akan memudahkan saya
untuk mendapatkan
pekerjaan yang saya
kehendaki.
23
29.9
54
70.1
- - - 4.30
29 Latihan yang diikuti di
institusi ini dapat memenuhi
kehendak pekerjaan yang
akan saya ceburi.
24
31.2
53
68.8
- - - 4.31
49
Sambungan : Jadual 4.3.4
BIL SOALAN SS
f
%
S
f
%
TP
f
%
TS
f
%
STS
f
%
MIN
30 Saya yakin masa hadapan
kerjaya saya lebih cerah
dengan mengikuti latihan di
institusi ini.
42
54.5
35
45.5
- - - 4.55
Purata Keseluruhan : 4.41
Jadual 4.3.4 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan,
frekuensi dan purata min bagi setiap item berdasarkan kebolehan latihan yang
diikuti memenuhi kehendak para pelatih terhadap pekerjaan yang akan diceburi.
Penyataan saya yakin masa hadapan kerjaya saya lebih cerah dengan mengikuti
latihan di institusi ini, menunjukkan purata skor min yang tertinggi iaitu 4.55 di
mana ia mewakili jawapan sangat setuju sebanyak 54.5%, 45.5% adalah setuju
dan tiada peratusan mewakili jawapan tidak pasti serta tidak setuju untuk
pernyataan ini. Manakala penyataan Saya yakin dengan latihan yang diperolehi
sekarang akan memudahkan saya untuk mendapatkan pekerjaan yang saya
kehendaki, adalah mewakili min yang terendah. Min untuk penyataaan ini
adalah 4.30 yang mewakili 70.1% menyatakan setuju, 29.9% sangat setuju dan
tiada jawapan bagi pentaan tidak pasti serta tidak setuju. Skor purata
keseluruhan bagi persoalan kajian ini adalah sebanyak 4.41
50
BAB V
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
5.1 PENGENALAN
Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis dan
seterusnya dirumuskan serta mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan
releven dengan objektif kajian. Segala perbincangan yang dibuat adalah
berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan kepada setiap item yang
ditunjukkan kepada responden.
Hasil kajian bergantung kepada peratusan dan min yang diperolehi.
Seterusnya rumusan dan perbincangan mengenai hasil dapatan yang dibuat
adalah dijelaskan dengan lebih mendalam mengikut skop persoalan yang hendak
dikaji. Penyelidik juga telah menyarankan beberapa cadangan positif yang
membina untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti.
5.2 RUMUSAN
Pekerjaan merupakan salah satu keperluan kepada setiap manusia yang
hidup di muka bumi ini. Pekerjaan dan latihan juga tidak dapat dipisahkan
51
kerana dengan adanya latihan seseorang itu akan lebih memahami tugas-tugas
yang perlu dilaksanakannya di dalam bidang pekerjaan yang diceburi.
Daripada analisis, di dapati pandangan para pelatih terhadap latihan yang
diikuti menunjukkan purata min yang tinggi iaitu dengan purata 4.35. Ini
menunjukkan responden dapat menguasai kemahiran yang diperolehi di IKM
untuk disalurkan ke dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi mengikut
keperluan dan kehendak mereka di dalam bidang pekerjaan.
Responden juga lebih berkecenderungan untuk bekerja sendiri dimana
purata min skornya menunjukkan purata min yang tinggi iaitu 4.0. Pernyataan
seperti saya bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri pada suatu hari nanti
menunjukkan purata min yang tinggi di mana dengan latihan yang diperolehi,
responden lebih berkeyakinan untuk berdikari dengan membuka perniagaan
sendiri dengan lain kata bekerja sendiri.
Dengan latihan yang diikuti, responden juga merasakan peluang-peluang
pekerjaan untuk mereka adalah lebih luas. Ini dapat dibuktikan dengan
kehadiran wakil dari pelbagai agensi yang datang untuk menemuduga pelatih
pada tahun akhir latihan mereka di IKM. Ianya selaras dengan pernyataan bagi
soalan ke 23 iaitu terdapat banyak agensi yang datang untuk menemuduga
pelatih bagi mengisi kekosongan di dalam sektor pekerjaan pada tahun akhir
latihan di institusi ini. Selain daripada itu pendapat bahawa pelatih lepasan
institusi latihan yang berasaskan vokasional tidak perlu menunggu begitu lama
untuk mendapatkan pekerjaan seperti yang dinyatakan oleh Mohamad (1992)
dan ia di sokong oleh pendapat Ismail Mamat (1993), yang mendapati 82%
bekas pelatih mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang dari satu tahun.
Berdasarkan analisis juga, latihan yang diikuti dapat memenuhi
kehendak pelatih untuk mendapatkan pekerjaan juga menunjukkan skor yang
52
tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa latihan yang diperolehi dapat memenuhi
kehendak responden bagi mendapatkan pekerjaan.
Justeru itu, latihan-latihan kemahiran yang diperolehi oleh para belia kita
di negara ini, seharusnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sumber
tenaga manusia negara, perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadi belia itu
sendiri iaitu dari segi keperluan atau kehendak juga perlu diambil kira. Ini
adalah supaya para belia yang menyumbangkan tenaga kepada negara dapat
menyeimbangkan emosinya supaya dapat melakukan pekerjaan yang dilakukan
dengan penuh rasa minat, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian
5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1:
Apakah pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan
yang diikuti?
Secara keseluruhannya pandangan responden terhadap latihan yang diikuti
menunjukkan skor min yang tinggi. Berdasarkan kepada dapatan analisis data,
didapati pelatih merasakan kemahiran yang diikuti di Institut Kemahiran Mara
amat berfaedah kepada diri mereka apabila bekerja nanti. Keupayaan responden
menjalankan kerja amali di bengkel pula, penyataan dapat menggunakan
peralatan kerja amali yang berada di bengkel IKM dengan baik, juga
menunjukkan purata min yang tinggi. Ini menunjukkan keyakinan responden
53
untuk mengendalikan peralatan dan mesin yang ada di bengkel, di mana ia
adalah suatu aspek yang amat penting berkaitan dengan kebolehan dalam kerja
responden. Responden juga berkeyakinan di dalam menjalankan kerja-kerja
yang diarahkan oleh tenaga pengajar setelah menjalani latihan atau tunjuk ajar
yang diberikan oleh tenaga pengajar di institusi ini.
Pakar psikologi ada mengatakan bahawa manusia itu akan belajar dengan
lebih mudah dan baik apabila diberi peluang untuk mengamalkan (aplikasi)
segala kemahiran baru dan pengetahuan yang mereka perolehi khasnya untuk
latihan kerja di mana kemahiran-kemahiran khusus adalah sangat diperlukan
(Wan Azmi Ramli, 1984).
Begitu juga dengan latihan kemahiran yang diberikan kepada para pelatih di
Institusi kemahiran, seharusnya dididik dengan tanggapan, pemikiran,
kemahiran dan sikap yang betul supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan
sebarang keadaan. (Tajul Ariffin Noordin, 1990)
Oleh yang demikian, latihan kemahiran yang diberikan kepada para pelatih
di institusi kemahiran seharusnya benar-benar dapat memberikan faedah
sepenuhnya untuk digunakan para pelatih apabila mereka memasuki ke alam
pekerjaan.
5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2:
Adakah pelatih berkecenderungan untuk bekerja sendiri?
Secara keseluruhannya aspek pelatih berkecenderungan untuk bekerja
sendiri, menunjukkan ianya adalah pada tahap yang tinggi. Keadaan ini
54
menggambarkan responden yang dilatih kebanyakkannya, lebih berminat dan
bercita-cita untuk berusaha menjalankan perniagaan sendiri atau lebih dikenali
sebagai usahawan. Keadan ini dapat dilihat di dalam beberapa soalan yang
diajukan kepada responden seperti soalan ke 10, dimana pernyataan saya lebih
berminat untuk membuka perniagaan sendiri apabila tamat latihan di institusi ini
menunjukan sebanyak 67.5% menyatakan setuju, 15.6% sangat setuju dan
selebihnya menyatakan tidak pasti atau tidak setuju.
Fenomena ini memberikan gambaran positif kepada Negara, dimana tahap
kesedaran dikalangan belia dapat ditingkatkan dengan adanya belia-belia seperti
ini yang tidak hanya bergantung kepada orang lain dan juga pihak kerajaan
selain daripada mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia. Ini
adalah kerana pada kebiasaannya pelatih-pelatih sukar untuk memperolehi
pekerjaan dimana mereka terpaksa bersaing dengan belia-belia lain daripada
pelbagai institusi kemahiran atau pun pekerja asing yang upah mereka lebih
rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Ini selaras dengan penyataan Che
Mat (2000), dimana pelatih-pelatih yang keluar dari institusi latihan kemahiran
juga menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat bekerja yang sesuai
dengan bidang latihan yang diikuti. Antara faktor penghalangnya ialah daya
maju perusahaan industri kecil dan sederhana yang menjadi tumpuan tempat
mendapatkan pekerjaan.
Negara kita yang sedang pesat membangun ini sememangnya perlu kearah
bagi menyediakan rakyat yang lebih berdikari terutama golongan belia, bagi
menjayakan wawasan 2020. Ini selaras dengan pernyataan YAB En. Anwar
Ibrahim sewaktu beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di dalam
Tajul Ariffin Noordin(1990), yang menyatakan,
55
“…..segala rancangan pada masa depan bertujuan untuk
mencelikan masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip yang sedia
ada dan bukanya menjadikan masyarakat yang sentiasa menunggu
untuk menerima bantuan dari mana-mana pihak….”
Merujuk kepada soalan 13, penyataan berkenaan bekerja sendiri adalah
lebih baik daripada makan gaji dan soalan 14, bekerja sendiri memberikan lebih
kepuasan kepada saya adalah antara faktor yang menyebabkan mengapa pelatih
berminat untuk bekerja sendiri dimana masing-masing menunjukkan min yang
tinggi. Ini merupakan perkembangan yang terbaik di mana dengan adanya belia
seperti ini, Negara kita bukan sahaja akan memperolehi usahawan muda yang
berwawasan, malah Negara juga dapat memperkembangakan lagi kepesatan
ekonomi serta belia yang lebih berfikiran positif dan berdikari dalam dunia
pekerjaan.
5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3:
Adakah latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang luas?
Dilihat daripada dapatan daripada soal selidik mengenai aspek latihan
yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang luas menunjukan purata min
yang tinggi, dimana pernyataan seperti (soalan 17) saya yakin banyak sektor
pekerjaan yang boleh saya ceburi setelah tamat latihan di institusi ini dan
(soalan21) latihan kemahiran yang diikuti di institusi ini dapat memberi pelbagai
peluang pekerjaan menunjukkan 100% menyatakan setuju atau sangat setuju.
56
Responden berasa yakin dengan situasi ini kerana pada pernyataan
soalan 23 menyatakan terdapat banyak agensi yang datang untuk menemuduga
pelatih bagi mengisi kekosongan di dalam sektor pekerjaan pada tahun akhir
latihan di institusi ini, menunjukan 100% menyatakan setuju atau sangat setuju.
Situasi ini menunjukan bahawa dengan menjalani latihan di institusi ini pelatih
akan memperolehi pelbagai peluang pekerjaan dengan terdapatnya pihak agensi
sendiri yang datang untuk menemudaga pelatih tanpa pelatih keluar untuk
mencari pekerjaan.
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa keperluan sumber tenaga
manusia bagi negara adalah amat diperlukan bagi menjayakan wawasan untuk
menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor
perindustrian. Dengan itu adalah diharapkan supaya latihan yang dibekalkan di
institusi-institusi kemahiran dapat membekalkan tenaga kerja yang
berkemahiran dimana, latihan yang disediakan di institusi kemahiran lebih
menekankan kepada usaha membentuk belia sebagai pekerja separuh mahir atau
mahir untuk membolehkan mereka memasuki pasaran tenaga kerja yang lebih
mencabar akibat perubahan teknik dan teknologi yang lebih canggih atupun
menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan industri kecil dan sederhana
(Che Mat, 2000). Situasi ini, menjadikan peluang-peluang pekerjaan bagi
pelatih-pelatih di institusi kemahiran ini lebih luas berbanding dengan belia-
belia tanpa latihan kemahiran.
5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4:
Adakah latihan yang diikuti menepati kehendak para pelatih untuk
mendapat pekerjaan?
57
Secara keseluruhannya aspek bagi persoalan kajian ke empat ini juga
menunjukkan purata min yang tinggi. Dengan ini, dapatlah dinyatakan bahawa
latihan yang diikuti oleh para pelatih di institusi ini menepati kehendak para
pelatih untuk mendapatkan pekerjaan. Situasi ini dapat dilihat dengan
pernyataan soalan seperti soalan 28 yang menyatakan saya yakin dengan latihan
yang diperolehi sekarang akan memudahkan saya untuk mendapatkan pekerjaan
yang saya kehendaki dimana, 70.1% responden menyatakan setuju dan 29.9%
menyatakan sangat setuju. Ini adalah kerana pelatih berasa yakin untuk
menceburi bidang pekerjaan dengan mengikuti latihan di institusi ini bagi
pernyataan soalan 26 dimana, 61% responden menyatakan setuju dan 39%
menyatakan sangat setuju.
Ini menunjukkan dengan latihan yang diperolehi di institusi ini, bukan
sahaja dapat memberikan latihan dan kemahiran yang mencukupi bagi
membolehkan mereka memasuki bidang pekerjaan untuk keperluan ekonomi
kehidupan mereka, malah ia juga dapat memenenuhi kehendak mereka di dalam
bidang pekerjaan. Perkara ini selaras dengan pernyataan Dr. Peter Shephard
(1989) dimana beliau menyatakan bahawa pekerjaan seharusnya mempunyai
potensi untuk memenuhi bukan sahaja keperluan ekonomi seseorang tetapi juga
memberikan atau memenuhi keperluan sosial dan peribadi.
Oleh yang demikian adalah perlu latihan yang diikuti dapat memenuhi
kehendak para pelatih terhadap pekerjaan supaya mereka dapat melakukan
sesuatu kerja itu dengan penuh minat, dedikasi, bersungguh-sungguh serta
bertanggungjawab.
58
5.4 CADANGAN
Walaupun penyelidikan ini hanya tertumpu pelatih di IKM Johor Bahru,
namun dapatan dari penyelidikan ini diharapkan boleh digunakan pelbagai
lapisan dari institusi latihan lain sama ada swasta mahupun kerajaan yang
mengendalikan program latihan kemahiran vokasional. Adalah diharapkan
penyelidikan ini dapat menjadi sumber pengetahuan, rujukan serta panduan
kepada semua pihak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung ke
arah kemajuan pendidikan vokasional dan teknik di negara ini.
Berdasarkan keputusan dan hasil penyelidikan yang diperolehi, berikut
adalah disenaraikan beberapa cadangan kepada pelbagai pihak terlibat
khususnya kepada pihak IKM sendiri, MARA, Kementerian Sumber Manusia
dan juga pelbagai pihak lagi yang terlibat di dalam menjayakan latihan
kemahiran ini. Antara cadangan penyelidik adalah seperti berikut;
5.4.1 Adalah disarankan agar pihak institusi latihan dapat memberikan latihan
yang setaraf dengan apa yang diperlukan oleh pihak agensi pekerjaan bagi
membolehkan tahap pengaplikasian kemahiran yang diperolehi oleh
pelatih dapat di gunakan secara maksimum. Oleh itu perlulah adanya
perhubungan yang baik diantara pihak institusi dengan pihak industri.
5.4.2 Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan ramai diantara responden
berminat untuk bekerja sendiri. Dengan itu, adalah perlu bagi pihak yang
terlibat menentukan latihan yang diberikan berteraskan kepada amalan
perniagaan serta mengadakan seminar-seminar keusahawanan supaya
pelatih dapat didedahkan kepada dunia perniagaan serta lebih bersedia
menempuhi alam perniagaan.
59
5.4.3 Adalah perlu bahawa pelatih mengetahui bidang pekerjaan yang sesuai
yang akan diceburi dengan latihan yang diikuti. Dengan ini, pelatih akan
mengetahui kehendak-kehendak latihan yang perlu dikuasai berdasarkan
kepada bidang pekerjaan. Oleh itu adalah perlu bagi setiap institusi
latihan menekankan bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh para
pelatihnya setelah tamat latihan. Bukan sahaja sebelum latihan bermula,
malah semasa latihan juga, penekanan perkara ini perlu juga diberi
perhatian dengan sewajarnya.
5.4.4 Adalah perlu bagi sesebuah institusi latihan itu untuk menyediakan
sumber tenaga bagi keperluan negara. Walaubagaimana pun perlu diingat
bahawa pelatih-pelatih ini juga merupakan manusia biasa yang
mempunyai naluri kehendak serta keperluan peribadi yang perlu dipenuhi.
Oleh itu, latihan yang diberikan juga perlulah menitik beratkan nilai-nilai
yang boleh membawa kepada perkembangan positif pelatih dengan
memberikan latihan yang dapat menyeimbangkan kehendak dan keperluan
pelatih itu sendiri. Dengan ini, adalah perlu bagi pihak yang terlibat untuk
merangka latihan yang selaras dengan penyataan yang dinyatakan tadi.
5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan
Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dijalankan, berikut adalah
beberapa saranan untuk kajian lanjutan, antaranya adalah seperti berikut;
60
5.5.1 Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat aspirasi pekerjaan pelatih IKM.
Namun demikian penyelidikan boleh dilakukan ke atas pelatih untuk
melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka memilih IKM
dan tidak institusi lain sebagai tempat untuk menerima latihan kemahiran
vokasional.
5.5.2 Penyelidikan ini hanya melibatkan responden yang berada di tahun akhir
sahaja. Bagi kajian akan datang, bolehlah disarankan agar menggunakan
responden dikalangan pelatih yang mungkin berada di tahun satu atau dua.
5.5.3 Penyelidikan akan datang juga boleh menumpukan kepada aspek aspirasi
pekerjaan yang melibatkan satu situasi dimana kajian boleh dilakukan
dengan lebih berfokus dan dapat menghasilkan kajian yang lebih tepat
serta jitu.
5.6 PENUTUP
Berdasarkan analisis data, perbincangan dan rumusan yang dibuat, dapatlah
dibuat kesimpulan bahawa responden dari Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
ini mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikuti. Ini
bermakna latihan yang diikuti amat bermakna kepada mereka untuk
diaplikasikan apabila bekerja nanti.
Disamping itu, pelatih juga mempunyai peluang yang luas untuk
mendapatkan pekerjaan yang dikehendaki dengan mengikuti latihan di institusi
61
ini, tidak kira sama ada mereka ingin bekerja sendiri atau makan gaji. Dengan
adanya latihan di institusi ini juga, pelatih lebih berfikiran positif untuk
memajukan diri tanpa bergantung dengan makan gaji sahaja. Kebanyakan
daripada mereka berminat dan bercita-cita untuk berdikari dengan menjadi
usahawan. Ini merupakan perkembangan yang positif dimana, dengan latihan
yang diikuti kita bukan sahaja memperolehi belia yang mempunyai wawasan,
malah kita juga memperolehi usahawan-usahawan yang dapat membantu di
dalam perkembangan ekonomi negara.
Walau bagaimana pun, terdapat juga kelemahan-kelemahan yang perlu di
atasi oleh pihak-pihak tertentu supaya latihan yang diikuti benar-benar berkesan
dan bermanfaat kepada setiap pelatih yang mengikuti latihan di institusi ini.
Bagi mengatasi masalah yang ada, cadangan-cadangan yang dikemukan oleh
pengkaji diharapkan dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak-pihak
yang berwajib agar dapat mempertingkatkan lagi mutu latihan pendidikan
kemahiran di Negara kita, insyaallah.
RUJUKAN
Alias Baba (1997). “ Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial”.
Selangor: Universiti Kebangsaan Bangi.
Awang Mohamad (1999). “Hala tuju Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Elektrik
( Domestik dan Industri), Selepas tamat Pengajian Di Institiut Kemahiran
MARA”. Projek Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.
Bloch S. and Bates T. (1995). “Employability”. London : Kogan Page Ltd.
Bloom, B. S. (Ed.) (1989). “Taksonomi Objektif Pendidikan.” (Abdullah Junus).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1979).
Che Mat (2000). “Pengurusan Kerjaya.” Kuala Lumpur: Utusan Publications and
Distributors.
Dr. Peter Shephard (1989), “Panduan Perancangan Hidup Dan Kerjaya.” Selangor
: Fong and Sons Printers Pte. Ltd.
Hishamuddin Tajuddin ( 1995). “ Hala Tuju Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Elektrik
( Juru Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik ) Selepas Tamat Pengajian di
IKBN, Dusun Tua Satu Kajian Kes”. Tesis Sarjana Muda UTM.
Ibrahim Mamat (1996).” Reka bentuk Dan Pengurusan Latihan Konsep Dan
Amalan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Mamat (1993). “ Satu tinjauan ke atas kesesuaian kursus penyejukbekuan
dan penyamanan udara (aliran kemahiran) di Sekolah Menengah Vokasional
dengan keperluan industri penyejukbekuan dan penyamanan udara di
Malaysia.” Projek Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.
Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “ Laporan Jawatankuasa Kabinet
Mengkaji Dasar Pelajaran (1979)”. Kuala Lumpur : Jabatan Cetakan Negara
Malaysia.
Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai:
Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.
Mohamad Samad (1992), “Penerimaan industri terhadap lepasan Sekolah
Menengah Vokasional (SMV) jurusan elektronik.” Projek Sarjana Muda
Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhamed Awang (1999). “Psikologi Kognitif.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Muhd.Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd. Tamin (1989). “Kaunseling Kerjaya
(Teori dan Amalan).” Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Ramli Abdul Karim (2004), “Wawancara : usah Serik Tangani gejala Sosial”
Kuala Lumpur : Mingguan Malaysia. Februari 1, 2004.
Robiah Sidin (1998). “Pemikiran Dalam Pendidikan” Shah Alam: Fajar Bakti
Sdn. Bhd.
Robiah Sidin (1994). “Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan”.
Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.Selangor : Darul Ehsan.
Rozhan Othman (1997). “Pengurusan Personel dan Perancangan Guna Tenaga.”
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tajul Ariffin Nordin (1990), “Pendidikan Belia.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka
Universiti Teknologi Malaysia (1999), “Panduan Menulis Tesis”, Pusat Pengajian
Siswazah.
Shahril @ Chairil Marzuki et.al (1998). “Pendidikan di Malaysia.” Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors.
Wan Azmi Ramli (1984). “Latihan Satu Halacara Profesional.” Petaling Jaya:
Penerbit Fajar Bakti.
Zainal Mohd Salleh dan Fauzi Mat Daud (1997). “Sekolah Untuk Kerja: Cadangan
Untuk Dipertimbangkan Dalam Sistem Pendidikan Malaysia.” Kertas Kerja
Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. UPM: “Tidak
diterbitkan.”
Zakaria Abd. Rashid, T. Subahan Mohd. Meerah (1990). “Aspirasi Kerjaya di
kalangan Pelajar Sekolah Menengah Vokasional Pertanian”. Jurnal
Universiti Pertanian Malaysia.
66
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG SOAL SELIDIK
**************************************************
TAJUK :
Aspirasi pekerjaan para pelatih Institut Kemahiran Mara Johor Bahru
terhadap latihan yang diikuti
**************************************************
Adalah diharapkan saudara-saudari dapat memberi kerjasama sepenuhnya
bagi menjawab serta memberi keterangan secara jujur dan ikhlas terhadap soalan
yang dikemukakan.
Segala maklumat yang dicatat adalah RAHSIA dan ianya digunakan
semata-mata untuk memenuhi kehendak Kajian Projek Sarjana Muda. Segala
kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Yang benar…..
FAIZAH BT. SHARIP SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)
67
BAHAGIAN A
Sila tanda ( / ) dan tuliskan diruang yang disediakan.
BIODATA DIRI
1. Umur: 15 - 20 thn 25 – 30 thn
21 – 25 thn 31 – 35 thn
lebih 35 thn
2. Jantina: Lelaki Perempuan
3. Status : Bujang Berkahwin
4. Kelulusan Akademik: PMR SPM
SPMV
Lain-lain …………………………
68
5. Aliran: Sains Tulen Sastera
Teknik Vokasional
Lain-lain ……………………….
6. Jenis Sekolah: Akademik Teknik
Asrama Penuh Vokasional
Lain-lain ……………………
7. Bidang kursus di IKM : ……………………………….
69
BAHAGIAN B
Terdapat 5 pilihan jawapan yang disediakan. Anda hanya perlu menandakan
SATU sahaja jawapan yang difikirkan sesuai. Sila tanda ( / ) pada kotak
jawapan. Pilihan jawapan adalah seperti berikut :
1. Sangat Tidak Setuju
2. Tidak Setuju
3. Tidak Pasti
4. Setuju
5. Sangat Setuju
BIL SOALAN SS
5
S
4
TP
3
TS
2
STS
1
1 Saya dapat menggunakan peralatan kerja
amali yang berada di bengkel IKM dengan
baik.
2 Saya dapat menjalankan kerja-kerja
amali/praktikal yang diarahkan oleh tenaga
pengajar di bengkel IKM dengan baik.
3 Saya dapat menyiapkan kerja-kerja amali yang
diarahkan oleh tenaga pengajar di institusi ini
dengan baik.
4 Saya berupaya menggunakan mesin yang
berada di bengkel IKM tanpa bantuan orang
lain.
5 Projek atau hasil kerja amali/praktikal di
bengkel institusi ini, dapat memberi kepuasan
kepada diri saya.
70
BIL SOALAN SS
5
S
4
TP
3
TS
2
STS
1
6 Saya tidak menghadapi masalah untuk
menyiapkan sesuatu kerja amali yang
diberikan oleh tenaga pengajar.
7 Saya merasa lebih yakin untuk melakukan
sesuatu tugasan yang diarahkan oleh tenaga
pengajar setelah mengikuti latihan
amali/praktikal di institusi ini.
8 Latihan kemahiran yang diikuti di institusi ini
amat berfaedah kepada diri saya apabila saya
bekerja nanti.
9 Saya yakin akan dapat berdikari selepas
menjalani latihan di institusi ini.
10 Saya bercita-cita untuk membuka perniagaan
sendiri pada suatu hari nanti.
11 Saya lebih berminat untuk bekerja sendiri
apabila tamat latihan di institusi ini.
12 Saya lebih berminat untuk bekerja makan gaji
apabila tamat latihan di institusi ini.
13 Bekerja sendiri adalah lebih baik daripada
makan gaji.
14 Bekerja sendiri memberikan lebih kepuasan di
dalam kehidupan saya.
15 Bekerja sendiri memudahkan saya untuk
memenuhi cita-cita saya.
16 Bekerja makan gaji hanya untuk mencari
pengalaman sahaja
71
BIL SOALAN SS
5
S
4
TP
3
TS
2
STS
1
17 Saya yakin banyak sektor pekerjaan yang
boleh saya ceburi setelah tamat latihan di
institusi ini.
18 Saya yakin akan mendapat pekerjaan yang
saya ingini setelah mengikuti latihan di
institusi ini.
19 Latihan amali yang saya ikuti adalah
mencukupi untuk dijadikan panduan apabila
saya bekerja nanti.
20 Saya telah mengetahui tentang pekerjaan yang
sesuai dengan kursus yang saya ikuti sekarang
sebelum memasuki institusi ini.
21 Latihan kemahiran yang diikuti di institusi ini
dapat memberi pelbagai peluang pekerjaan.
22 Terdapat pelbagai agensi yang datang untuk
memberikan ceramah tentang kerjaya yang
sesuai dengan kursus yang diambil oleh
pelatih di institusi ini.
23 Terdapat banyak agensi yang datang untuk
menemuduga pelatih bagi mengisi kekosongan
di dalam sektor pekerjaan pada tahun akhir
latihan di institusi ini.
72
BIL SOALAN SS
5
S
4
TP
3
TS
2
STS
1
24 Saya telah memilih bidang pekerjaan yang
sesuai dengan kursus yang diikuti di institusi
ini.
25
Latihan yang saya ikuti di institusi ini adalah
untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang
lebih baik.
26 Saya lebih berkeyakinan untuk menceburi
bidang pekerjaan dengan mengikuti latihan di
institusi ini.
27 Pekerjaan yang akan saya ceburi selepas tamat
kursus ini mempunyai kaitan dengan latihan
yang saya ikuti sekarang.
28 Saya yakin dengan latihan yang diperolehi
sekarang akan memudahkan saya untuk
mendapatkan pekerjaan yang saya kehendaki.
29 Latihan yang diikuti di institusi ini dapat
memenuhi kehendak pekerjaan yang akan
saya ceburi.
30 Saya yakin masa hadapan kerjaya saya lebih
cerah dengan mengikuti latihan di institusi ini.