aspirasi pekerjaan para pelatih institut kemahiran … · pelatih ikm johor bahru terhadap latihan...

94
ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA (IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI FAIZAH BINTI SHARIP FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: vanthien

Post on 02-Mar-2019

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA

(IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

FAIZAH BINTI SHARIP

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

i

Page 3: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

ii

ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN MARA

(IKM) JOHOR BAHRU TERHADAP LATIHAN YANG DIIKUTI

FAIZAH BINTI SHARIP

Laporan Projek Ini Dikemukakan Sebagai Memenuhi

Sebahagian Syarat Penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

FEBRUARI, 2004

Page 4: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

iii

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dai skop dan kualiti untuk tujuan penanugerahan Ijazah Sarjana Muda

Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup Manipilatif ).”

Tandatangan :

Nama Penyelia : En. Yahya Bin Buntat

Tarikh :

Page 5: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya

sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : ….……………………………

Nama Penulis : FAIZAH BINTI SHARIP.

Tarikh : ………………………………

Page 6: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

v

DEDIKASI

Buat Suami Tercinta,

Terimakasih di atas pengorbanan, kesetiaan, kasih sayang, serta

doronganmu yang tidak terhingga. Perangsangmu telah menguatkan azam dan

semangatku dalam mengharungi liku-liku dan pahit getir perjuangan ini.

Untuk Allahyarhamah Ibuku dan Ibu Mertua Tersayang,

Doa, kasih sayang dan pengorbananmu hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.

Untuk Allahyarham ayah dan Allahyarham ayah mertuaku,

Jasamu yang diberikan akan kukenang sepanjang hayatku.

Cahaya mataku,

Muhammad Amir Haziq dan Nurin Syahmina.

Pengorbanan ibu adalah untuk kalian dan jadikanlah ia sebagai perangsang untuk kalian

mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Seluruh Ahli Keluarga Dan Sahabat-sahabatku,

Terima kasih di atas perhatian kalian.

Page 7: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

vi

PENGHARGAAN

“Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang”

Syukur kita kehadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya, maka kajian

ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, penulis ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia iaitu Encik Yahya Bin Buntat di atas segala bimbingan, tunjuk

ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang telah diberikan itu

sangat berguna dan telah membuka laluan mudah bagi menyiapkan kajian ini.

Sesungguhnya, hanya Allah S.W.T. yang mampu membalasnya.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas.

Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih kepada Pegawai MARA Johor Bahru,

Pengetua IKM Johor Bahru dan individu yang terlibat di atas kerjasama yang diberikan.

Page 8: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

vii

ABSTRAK

Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti aspirasi pekerjaan para

pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik

menggunakan instrumen yang berbentuk soal selidik yang mengandungi 30 item soalan

dan dibahagikan kepada 2 bahagian.

Pengedaran soal selidik dilakukan sendiri oleh penyelidik. Data yang diperolehi diproses

dengan menggunakan perisian SPSS. Kaedah min digunakan sebagai cara penganalisaan

bagi kajian ini. Hasil daripada kajian ini mendapati majoriti pelatih IKM Johor Bahru

mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikuti. Pelatih-pelatih

ini mempunyai keyakinan bahawa dengan latihan yang diikuti mereka akan dapat

mengaplikasi kemahiran yang diperolehi untuk digunakan apabila bekerja nanti.

Kebanyakkan pelatih juga lebih berminat untuk bekerja sendiri dan mereka yakin dengan

latihan yang diperolehi, peluang-peluang pekerjaan untuk mereka adalah lebih luas.

Mereka juga berpendapat dengan latihan yang diikuti juga, dapat menepati kehendak

mereka untuk mendapatkan pekerjaan yang mereka inginkan.

Page 9: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

viii

ABSTRACT

The purpose of this study is to determine the vocation aspiration of the Institut

Kemahiran Mara Johor Bahru trainees to ward their training. In this research, the

researcher used questionnaire as an instrument, which contained 30 items, and it is

divided into two sections. The researcher herself has done the distributions of the

questionnaire. All data has been collected and processed using the SPSS 11.5. Mean

method has been used to analyze in these research. The result shows the majority of the

Institut Kemahiran Mara trainees have some confident in their training. They believe

that the training they get can be used the world outsides. Some of them like to built their

own business and confident that the training they’re got will give them a wide choice of

vocations. In their opinion, the training they’re will help them to get the vocation they

dream of.

Page 10: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

ix

KANDUNGAN

HALAMAN JUDUL i

HALAMAN PENGAKUAN ii

DEDIKASI iv

PENGHARGAAN v

ABSTRAK vi

ABSTRACT vii

KANDUNGAN viii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI LAMPIRAN xiv

BAHAGIAN SATU

PENGENALAN

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Penyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 7

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.7 Skop dan Batasan Kajian 8

1.8 Definisi istilah 9

Page 11: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

x

BAHAGIAN DUA

SOROTAN KAJIAN

BAB 2 TAJUK

2.1 Pengenalan 12

2.2 Aspirasi Pekerjaan 19

2.3 Aplikasi 20

2.4 Peluang Pekerjaan 20

2.5 Kemahiran 21

2.6 Pengetahuan 22

2.7 Rumusan 24

BAHAGIAN TIGA

METODOLOGI KAJIAN

BAB 3 TAJUK

3.1 Pengenalan 25

3.2 Rekabentuk Kajian 25

3.3 Tempat Kajian 26

3.4 Populasi dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 28

3.6 Kajian Rintis 29

3.7 Prosedur Kajian 30

3.8 Analisis Data 32

3.9 Kesimpulan 33

Page 12: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

xi

BAHAGIAN EMPAT

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN

BAB 4 TAJUK

4.1 Pengenalan 34

4.2 Bahagian A (Latar Belakang Responden) 35

4.2.1 Taburan Responden Mengikut Peringkat

Umur 35

4.2.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2.3 Taburan Responden Mengikut Taraf

Perkahwinan 36

4.2.4 Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 37

4.2.5 Taburan Responden mengikut Aliran

Pendidikan Di Sekolah 37

4.2.6 Taburan Responden Mengikut Jenis

Sekolah 38

4.2.7 Taburan Responden Mengikut Bidang

Program Latihan 38

4.3 Analisis Deskriptif (Bahagian B) 39

4.3.1 Perihal Instrumen Bahagian B 40

4.3.2 Analisis Data Persoalan Kajian Ke-1 41

4.3.3 Analisis Data Persoalan Kajian Ke-2 43

4.3.4 Analisis Data Persoalan Kajian Ke-3 45

4.3.5 Analisis Data Persoalan kajian Ke-4 47

Page 13: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

xii

BAHAGIAN LIMA

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

BAB 5 TAJUK

5.1 Pengenalan 50

5.2 Rumusan 50

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian 52

5.3.1 Perbincangan persoalan Kajian 1 52

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 53

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 55

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 56

5.4 Cadangan 58

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 59

5.6 Penutup 60

BAHAGIAN ENAM

RUJUKAN 62

LAMPIRAN 66

Page 14: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

xiii

SENARAI JADUAL

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.2 Jadual Nama-Nama Institut Kemahiran

Mara Yang Terdapat Di Malaysia 3

2.1 Jadual Jenis Program Latihan Diperingkat

Sijil Yang Ditawarkan 14

2.2 Jadual Jenis Program Dan Latihan Diperingkat

Diploma Yang Ditawarkan 16

2.3 Jadual Laporan Bilangan Pelatih Mengikut

Kursus (Sijil) 16

2.4 Jadual Laporan Bilangan Pelatih Mengikut

Kursus (Diploma) 18

3.1 Jadual Penetapan Sampel 27

4.2.1 Jadual Taburan Responden Mengikut

Peringkat Umur 35

4.2.2 Jadual Taburan Responden Mengikut Jantina 36

4.2.3 Jadual Taburan Responden Mengikut Taraf

Perkahwinan 36

4.2.4 Jadual Taburan Responden Mengikut Kelulusan

Akademik 37

4.2.5 Jadual Taburan Responden Mengikut Aliran

Pendidikan di Sekolah 37

4.2.6 Jadual Taburan Responden Mengikut Jenis

Sekolah 38

4.2.7 Jadual Taburan Responden Mengikut Bidang

Program Latihan 38

4.3 Jadual Instrumen Bahagian B 35

Page 15: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

xiv

NO.JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.3.1 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-1 41

4.3.2 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-2 43

4.3.3 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-3 45

4.3.4 Jadual Analisis Data Persoalan Kajian Ke-4 47

Page 16: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

xv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 66

B Surat Pengesahan Dari Fakulti 73

Pendidikan, Universiti Teknologi

Malaysia

C Maklumat Kebolehpercayaan 74

(Kajian Sebenar)

D Carta De Morgan 76

E Surat Pengesahan Soal Selidik 77

Page 17: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
Page 18: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

1

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Usaha ke arah membangunkan sumber manusia yang lebih terarah dan

tersusun telah pun dilaksanakan oleh kerajaan melalui program pendidikan dan

latihan kemahiran teknik dan vokasional dalam pelbagai peringkat. Sehingga

kini, pendidikan teknik dan vokasional berubah mengikut peredaran masa dan

zaman. Ianya direalisasikan untuk menghasilkan sumber tenaga manusia yang

berkualiti tinggi, bagi memenuhi permintaan negara di dalam menuju hasrat

Wawasan 2020.

Sebagai sebuah negara yang sedang membangun, keperluan sumber

tenaga manusia merupakan perkara penting yang perlu difikirkan untuk

memenuhi pelbagai sektor pekerjaan. Sehubungan dengan itu, pelbagai usaha

dilakukan untuk menampung keperluan sumber tenaga manusia yang mahir

dan separuh mahir telah dijalankan. Kerajaan telah menyarankan agar institusi

yang terlibat dalam penyediaan sumber tenaga manusia, meningkatkan

keupayaan dan latihan yang dijalankan. Dengan adanya pelbagai latihan,

Page 19: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

2

diharapkan agar para belia dapat merebut peluang yang disediakan, sebagai

jaminan untuk mendapatkan pekerjaan.

Secara umumnya, pekerjaan merupakan sesuatu keperluan bagi setiap

individu untuk menyara kehidupan. Dengan adanya pekerjaan, terutamanya

kepada pelatih lepasan institusi kemahiran, menjadikan latihan yang diperolehi

semasa di pusat latihan dapat memberikan faedah kepada kehidupan mereka.

Sehubungan dengan itu, para pelatih di institusi kemahiran, seharusnya

mempunyai aspirasi pekerjaan terhadap latihan yang diikuti, bersesuaian

dengan matlamat latihan yang disediakan.

Menurut Kuvlesky & Bealer 1966; Lueptow 1981 di dalam kajian

Zakaria dan T. Subahan, aspirasi pekerjaan ditarifkan sebagai pekerjaan yang

dikehendaki oleh seseorang sekiranya diberi kebebasan memilih. Ia

merupakan cita-cita seseorang terhadap sesuatu pekerjaan tanpa mengira

halangan-halangan yang mungkin dihadapinya. Oleh yang demikian,

seharusnya latihan yang disediakan di sesebuah institusi kemahiran bukan

sahaja dapat memenuhi kehendak industri, malah ia dapat memenuhi aspirasi

pekerjaan para pelatihnya.

Sehubungan dengan itu, Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang

membangun, telah menyediakan beberapa buah institusi kemahiran bagi

memenuhi permintaan sumber tenaga manusia yang dikehendaki. Disamping

itu, ia juga dapat menyediakan para belia untuk mendapatkan latihan

kemahiran bagi memudahkan mereka memasuki bidang pekerjaan tertentu.

Institusi-istitusi yang terlibat adalah seperti Institut Kemahiran Belia Negara

(IKBN), Institiut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Giat Mara dan sebagainya.

Selain daripada itu, salah sebuah agensi kerajaan yang turut menyumbangkan

ke arah pembangunan sumber manusia ialah Institut Kemahiran MARA

(IKM).

Page 20: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

3

Sebagai sebuah institusi kemahiran, Institut Kemahiran Mara merupakan

salah sebuah institusi yang telah dipertanggungjawabkan untuk melatih para

belia dalam bidang kemahiran tertentu dan bertanggungjawab terhadap

pembangunan sumber manusia sejajar dengan matlamat penubuhannya.

Menurut Datuk Hishammuddin bin Tun Hussein, di dalam pengurusan

pembangunan belia, pihak kerajaan telah mengeluarkan belanja yang agak

banyak dimana untuk tahun 2004 sahaja, sebanyak RM82.5 juta diperuntukkan

untuk melatih para belia yang sedang mengikuti latihan di institusi kemahiran

di seluruh negara (Ramli Abdul Karim, 2004). Latihan yang berteraskan

pendidikan teknik dan vokasional ini, diharapkan akan dapat melahirkan

tenaga kerja berkemahiran yang amat diperlukan oleh industri dan dapat

meningkatkan ekonomi negara. Seterusnya dapat menyumbang kepada

peningkatan serta kemajuan negara ke arah mencapai Wawasan 2020.

1.2 Latar Belakang Masalah

Di Malaysia terdapat 13 buah Institut Kemahiran Mara yang sedang

beroperasi melatih para belia di dalam beberapa kursus kemahiran yang

ditawarkan mengikut negeri masing-masing. Kursus-kursus yang ditawarkan

pula adalah mengikut kemudahan yang diberikan kepada setiap negeri serta

keperluan bagi setiap negeri.

Page 21: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

4

Jadual 1.2 : Nama-Nama Institut Kemahiran Mara Yang Terdapat Di

Malaysia.

BIL NAMA-NAMA INSTITUT KEMAHIRAN

1 Institut Kemahiran Mara, Jasin, Melaka

2 Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru, Johor

3 Institut Kemahiran Mara, Pasir Mas, Kelantan

4 Institut Kemahiran Mara, Besut, Trengganu

5 Institut Kemahiran Mara, Tasya, Pekan,

Pahang

6 Institut Kemahiran Mara, Kuala Lumpur

7 Institut Kemahiran Mara, Petaling Jaya

8 Institut Kemahiran Mara, Alor Setar Kedah

9 Institut Kemahiran Mara, Kuching, Sarawak

10 Institut Kemahiran Mara, Sg. Petani, Kedah

11 Institut Kemahiran Mara, Beseri, Perlis

12 Institut Kemahiran Mara, Lumut, Perak

13 Institut Kemahiran Mara, Kota Kinabalu,

Sabah

Selaras dengan kepesatan perindustrian dan permintaan terhadap sumber

tenaga manusia, Institut Kemahiran Mara dibentuk berdasarkan objektifnya

iaitu, untuk menambahkan bilangan gunatenaga mahir bumiputera dalam

beberapa bidang dan tahap kemahiran bagi sektor perdagangan dan

perindustrian disamping mewujudkan sumber bakal-bakal usahawan.

Selain daripada untuk menyediakan sumber tenaga manusia atau usahawan,

Institut Kemahiran MARA ini juga, dapat memberi peluang kepada pelajar

lepasan SPM atau SPMV yang mendapat kelulusan sederhana atau kurang

memuaskan untuk meneruskan pendidikannya. Disamping itu, ia juga dapat

Page 22: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

5

mengelakkan penggangguran khususnya dikalangan para belia. Oleh yang

demikian, terdapat banyak institusi kemahiran ditubuhkan oleh pihak negeri

untuk melatih para belia bagi memenuhi permintaan terhadap tenaga kerja

yang terlatih.

Institut Kemahiran Mara merupakan salah sebuah pusat latihan yang

berfungsi sama dengan institusi-institusi latihan lain, dimana ia berfungsi

untuk melatih para belia dalam pelbagai kemahiran vokasional bagi memenuhi

pelbagai sektor pekerjaan yang berasaskan kepada kemahiran yang diperlukan.

Menurut Awang Mohamad (1999), pemilihan kerjaya merupakan satu

perkara yang penting dalam perkembangan seseorang dan dengan itu perlu

dibuat dengan teliti kerana tindakan tersebut memberi kesan jangka panjang

terhadap masa depannya. Malahan, mendapat pekerjaan merupakan suatu

impian dan kemestian pada setiap individu yang telah tamat tempoh pengajian,

tidak kira apa taraf kelulusan akademik yang diperolehinya (Bloch,1995).

Menurut Dr. Peter Shephard (1989) pula, pekerjaan mempunyai potensi

untuk memenuhi bukan sahaja keperluan ekonomi seseorang tetapi juga

memberikan atau memenuhi keperluan sosial dan peribadi seseorang. Selain

dari itu, seseorang itu juga, mungkin akan selesa dan kurang rasa tertekan

sekiranya kerjaya yang dipilihnya bersesuaian dengan konsep kendirinya.

Justeru itu, latihan yang diterima haruslah mempunyai kesinambungan

dengan aspirasi pekerjaan dikalangan para pelatih di Institut Kemahiran Mara,

supaya latihan yang diterima benar-benar memberikan faedah untuk

menentukan masa depan kerjaya mereka.

Page 23: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

6

1.3 Penyataan Masalah

Dengan adanya pelbagai pusat latihan kemahiran di negara ini, adalah

diharapkan ianya dapat melatih para belia bagi memenuhi keperluan sumber

tenaga manusia dipelbagai sektor perindustrian. Usaha ini bukan sahaja dapat

memberi peluang yang baik kepada para pelatih, malah dapat meningkatkan

taraf pendidikan tenaga kerja dan seterusnya membawa kebaikan dan

keuntungan kepada negara.

Namun begitu, sebagai penyumbang kepada sumber tenaga pekerja kepada

negara, segala bentuk program latihan kemahiran yang diberikan, haruslah

memenuhi aspirasi pekerjaan dikalangan para pelatih. Ini adalah kerana pada

dasarnya, latihan yang diikuti adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan

para pelatih bagi menjamin masa depan yang lebih cerah serta pekerjaan yang

sesuai. Dengan ini, latihan kemahiran yang telah diikuti oleh pelatih, tidak

akan menjadi sia-sia.

Walau bagaimana pun, kedapatan para pelatih yang tidak mendapat

pekerjaan atau tidak memasuki bidang pekerjaan mengikut kemahiran yang

telah dijalani semasa mereka menjalankan latihan kemahiran di Institut

Kemahiran Mara. Keadaan ini menjadikan satu masalah bukan sahaja kepada

negara yang telah banyak melabur ke atas latihan kemahiran yang telah dijalani

oleh para pelatih ini, tetapi ia juga menjadi masalah kepada keluarga serta

pelatih itu sendiri

Oleh yang demikian, penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji

berkenaan dengan aspirasi pekerjaan para pelatih Institiut Kemahiran Mara

terhadap latihan yang diikuti, bagi mengungkap apakah masalah yang dihadapi

oleh pelatih melibatkan masalah peribadi pelatih atau masalah-masalah luar

lain yang berkaitan.

Page 24: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

7

1.4 Objektif Kajian

Bagi mencapai objektif kajian, maka beberapa objektif dinyatakan di bawah

ini.

(1) Mendapatkan pandangan para pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan

kemahiran yang diikuti di institusi ini

(2) Mengenalpasti jenis pekerjaan yang akan diceburi oleh para pelatih setelah

mengikuti latihan di institusi ini.

(3) Mengenalpasti sama ada latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan

yang luas kepada pelatih Institut Kemahiran Mara.

(4) Mengenalpasti sama ada latihan yang diikuti memenuhi kehendak pekerjaan

para pelatih Institut Kemahiran Mara.

1.5 Persoalan Kajian

(1) Apakah pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan yang

diikuti?

(2) Apakah bentuk pekerjaan yang akan diceburi setelah para pelatih tamat latihan

di institut ini?

(3) Adakah latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang luas?

(4) Adakah latihan yang diikuti menepati kehendak para pelatih untuk mendapat

pekerjaan?

Page 25: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

8

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini diharap dapat memberi manfaat kepada pihak-pihak tertentu.

Hasil kajian ini nanti adalah penting untuk :

a) Pihak Kementerian meyelaraskan pendidikan latihan kemahiran agar ia

selaras dengan kehendak industri.

b) Dijadikan panduan kepada masyarakat khususnya para belia, untuk

menimba ilmu kemahiran dan pengetahuan yang dapat digunakan untuk

meningkatkan taraf pendidikan, status serta taraf hidup mereka.

c) Malah kajian ini juga dapat membantu pihak MARA mempertingkatkan lagi

usaha kearah meningkatkan lagi mutu pendidikan dan latihan selaras dengan

permintaan gunatenaga dibidang perindustrian.

1.7 Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini secara umumnya adalah untuk meninjau aspirasi pekerjaan

dikalangan para pelatih Institut Kemahiran Mara Johor Bahru terhadap latihan

yang diikuti. Dalam kajian ini, pengkaji menghadkan kajiannya dengan

menggunakan responden dari pelatih IKM Johor Bahru yang berada di dalam

tahun akhir latihan. Ini adalah kerana pelatih pada tahun akhir ini, lebih diberi

penekanan serta pengetahuan yang luas untuk memasuki alam pekerjaan.

Page 26: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

9

1.8 Definisi kajian

Di dalam kajian ini terdapat beberapa definisi atau istilah yang digunakan

oleh penyelidik bagi menjelaskan dan menerangkan maksud perbendaharaan

kata yang hendak disampaikan bertujuan mengelakkan kekeliruan di samping

dapat memberikan kemudahan untuk memahami maksudnya. Di antara

definisi atau istilah yang akan digunakan ialah seperti berikut :

1.8.1 Institiut Kemahiran Mara

Institiut Kemahiran Mara merupakan sebuah institusi yang terletak di

bawah pentadbiran MARA (Majlis Amanah Rakyat). Ia telah

dipertanggungjawabkan untuk memberi latihan kemahiran dan juga

pengetahuan kepada para belia dan beliawanis, sama ada diperingkat sijil atau

diploma bagi melengkap dan mempertingkatkan tahap kemahiran dan ilmu

sejajar dengan pembangunan semasa.

1.8.2 Aspirasi

Menurut Kamus Dewan (1993), aspirasi bermaksud keinginan yang

kuat bagi mencapai sesuatu tujuan serta kemahuan atau keinginan untuk

mengadakan

Page 27: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

10

sesuatu. Di dalam penyelidikan ini, aspirasi itu sendiri bermaksud kehendak

atau keinginan para pelatih Institut Kemahiran Mara memperolehi pekerjaan

terhadap latihan yang diikuti.

1.8.3 Pelatih

Pelatih merupakan orang yang sedang menerima latihan, Kamus

Dewan (1993). Bagi tujuan kajian ini sendiri, pelatih bermaksud individu atau

belia yang sedang mengikuti kursus di Institut Kemahiran Mara.

1.8.4 Latihan

Latihan adalah pelajaran atau didikan untuk memahirkan atau

membiasakan (Kamus Dewan, 1992). Dalam penyelidikan ini, latihan

bermaksud segala bentuk pembelajaran yang sedang diikuti oleh para pelatih

sama ada pembelajaran amali atau teori di dalam bidang masing-masing di

Institut Kemahiran Mara.

1.8.5 Pekerjaan

Menurut Kamus Dewan (1992), pekerjaan bermaksud sesuatu yang

diusahakan yang dilakukan secara berterusan kerana mencari nafkah. Dalam

Page 28: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

11

kajian ini, pekerjaan bermaksud usaha atau sesuatu yang hendak dilakukan

oleh para pelatih setelah menjalani latihan di Institut Kemahiran Mara bagi

tujuan memenuhi keperluan kehidupan pelatih bagi menjamin masa depannya.

Page 29: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

12

BAB II

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

Perkembangan pendidikan di Malaysia membawa kepada perubahan-

perubahan pada sistem dan dasar-dasarnya. Ini dilakukan bagi mencapai ke arah

sebuah negara maju yang berteknologi tinggi serta mampu bersaing dengan

negara-negara maju yang lain. Sistem pendidikan juga seharusnya dapat

melahirkan generasi belia yang bukan sahaja mampu memenuhi kehendak

sumber tenaga negara, tetapi juga mempunyai pelbagai kemahiran tertentu di

dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya mereka.

Bidang kemahiran vokasional merupakan komponen yang penting di

dalam membangunkan sumber tenaga yang berkemahiran. Ini terbukti apabila

terdapat kenyataan yang mengfokuskan tentang pendidikan vokasional di dalam

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Perlaksanaan Dasar Pelajaran 1979,

seperti berikut;

“Komponen vokasional bertujuan melatih murid-murid menguasai

kemahiran dan kecekapan tertentu sesuai dengan perkembangan

perindustrian dan pembangunan negara. Isi kandungan kurikulum

ini seharusnya lebih cenderung kepada penekanan terhadap

Page 30: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

13

aspek-aspek amali dari aspek-aspek teori. Penekanan ini juga

hendaklah dicerminkan dalam segala peperiksaan yang diambil oleh

murid-murid. Liputan kurikulum yang baru ini hendaklah luas dan

anjal pula strukturnya. Kurikulum tersebut hendaklah sanggup

memenuhi kemungkinan berbagai permintaan yang timbul

akibat dari perubahan teknologi yang tidak dapat dijangkakan.”

(m.s 110)

Robiah Sidin (1998), menyatakan bahawa pendidikan vokasional boleh

didefinasikan sebagai pendidikan yang bertujuan membolehkan seseorang itu

menjalankan atau membuat beberapa pekerjaan tertentu.

Menurut Shahril (1998), pendidikan teknik dan vokasional adalah

merupakan salah satu pendidikan yang penting bagi pembangunan sumber

manusia khususnya bagi melahirkan pekerja mahir dan separa mahir. Latihan

dalam bidang vokasional yang berkesan akan dapat menyediakan sumber tenaga

manusia yang boleh menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal dan sentiasa

mempelajari sesuatu yang baru dalam pekerjaan.

Dalam perubahan ekonomi perdagangan dunia yang bebas dan pesat,

perkembangan teknologi tinggi dan keutamaan peningkatan kualiti kemahiran

tenaga kerja merupakan cabaran yang perlu ditangani oleh semua pihak (Zainal

dan Fauzi, 1997).

Justeru itu, sebagai kesinambungan dari pendidikan vokasional dan

teknik diperingkat sekolah, pelbagai institusi kemahiran disediakan bagi melatih

para

belia di dalam pelbagai bidang kemahiran. Salah sebuah institusi kemahiran

yang terdapat di Negara kita ialah Institiut Kemahiran Mara.

Page 31: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

14

Institut Kemahiran Mara adalah merupakan sebuah institusi kemahiran

yang menyediakan pendidikan di dalam pelbagai bidang kemahiran. Matlamat

penubuhannya adalah untuk menambahkan bilangan gunatenaga mahir

bumiputra dalam beberapa bidang dan tahap kemahiran bagi sektor perdagangan

dan perindustrian. Ia menawarkan 11 buah kursus di peringkat sijil dan 2 buah

kursus diperingkat diploma. Dalam merancang, mengatur dan menyelia kursus

kemahiran vokasional ketika ini, Institut Kemahiran Mara telah menawarkan

beberapa kursus, tempohnya serta skop pekerjaan seperti dalam Jadual 2.1 di

bawah.

Jadual 2.1:Jenis Program Latihan Diperingkat Sijil Yang Ditawarkan,

Tempohnya Serta Skop Pekerjaan

Bil. KURSUS Tempoh Latihan Skop Pekerjaan

01 Teknologi Kejuruteraan

Marin

18 bulan 1. Mekanik

2. Juruteknik

02 Teknologi Kejuruteraan

Elektrik (Domestik dan

Industri)

24 bulan 1.Pendawai

Elektrik

2. Juruteknik

03 Teknologi Kejuruteraan

Elektrik (Penjaga

Jentera-A1)

36 bulan 1. Juruteknik

2. Penyelia

04 Teknologi Kejuruteraan

Elektronik (Instrumen)

24 bulan Juruteknik

05 Teknologi Kejuruteraan

Elektronik

(Komunikasi)

24 bulan Juruteknik

Page 32: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

15

Sambungan : Jadual 2.1

Bil. KURSUS Tempoh Latihan Skop Pekerjaan

06 Teknologi Kimpalan

dan Fabrikasi

18 bulan 1. Juruteknik

2. Jurukimpal

07 Teknologi

Kejuruteraan

Mekanikal ( mesin)

18 bulan 1. Juruteknik

2. Jurukimpal

08 Teknologi

Kejuruteraan

Mekanikal

(Pembuatan)

18 bulan Juruteknik

09 Teknologi Elektro

Penyaduran

18 bulan Juruteknik

10 Teknologi

Kejuruteraan

Mekatronik

24 bulan Juruteknik

mekatronik

11 Teknologi

Kejuruteraan

Mekanikal (Lukisan

dan Rekabentuk

24 bulan Juruteknik

Page 33: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

16

Jadual 2.2:Jenis Program Latihan Diperingkat Diploma Yang Ditawarkan,

Tempohnya Serta Skop Pekerjaan

Bil. KURSUS Tempoh

Latihan

Skop Pekerjaan

01 Diploma Teknologi

Mekanikal (Gas)

36 bulan Pembantu Jurutera

02 Diploma Teknologi

Mekanikal (Penyejukan

& Penyamanan Udara)

36 bulan Pembantu Jurutera

Jadual 2.3 Laporan Bilangan Pelatih Mengikut Kursus (Sijil) Bagi Bulan

Julai 2003 (Sumber Institut Kemahiran Mara, Johor Bahru)

Bil. KURSUS

Sem 1 Sem

2

Sem

3

Sem

4

Sem

5

Sem

6

JUMLAH

01 Teknologi

Kejuruteraan

Marin

21 18 20 0 0 0 59

02 Teknologi

Kejuruteraan

Elektrik

(Domestik dan

Industri)

32 30 32 32 0 0 126

03 Teknologi

Kejuruteraan

Elektrik (Penjaga

Jentera-A1)

32 31 29 16 16 16 140

Page 34: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

17

(Sambungan) : Jadual 2.3

04 Teknologi

Kejuruteraan

Elektronik

(Instrumen)

18 15 19 19 0 0 71

05 Teknologi

Kejuruteraan

Elektronik

(Komunikasi)

0 0 13 15 0 0 28

06 Teknologi

Kejuruteraan

Mekatronik

38 15 18 16 0 0 87

07 Teknologi

Kejuruteraan

Mekanikal

15 14 16 0 0 0 45

08 Teknologi

Kimpalan dan

Fabrikasi

32 30 28 0 0 0 90

09 Teknologi

Kejuruteraan

Mekanikal

(mesin)

32 16 14 0 0 0 62

10 Teknologi

Kejuruteraan

Mekanikal

(Pembuatan)

31 13 15 0 0 0 59

11 Teknologi

Elektro

Penyaduran

32 9 28 0 0 0 69

JUMLAH BESAR 283 191 232 98 16 16 836

Page 35: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

18

Jadual 2.4 : Laporan Bilangan Pelatih Mengikut Kursus (Diploma)

Mengikut Kursus Bagi Bulan Julai 2003 (Sumber IKM, Johor Bahru)

BIL

KURSUS

Sem

1

Sem

2

Sem

3

Sem

4

Sem

5

Sem

6

JUMLAH

01

Diploma Teknologi

Mekanikal (Gas)

17 8 17 9 14 10 75

02 Diploma Teknologi

Mekanikal (PPU)

14 6 12 16 30 12 90

JUMLAH BESAR

31 14 29 25 44 22 165

Mansor (1983) dalam Muhd Mansur Abdullah dan Siti Nordinar Mohd

Tamin menyatakan bahawa seseorang calon pekerja tahu jenis dan bentuk kerja

yang diceburinya. Apabila diterima nanti ini memudahkan mereka

menyesuaikan diri serta melaksanakan tugas dengan sempurna serta

mengasimilasikan sifat cinta dan kasih sayang mereka pada pekerjaan. Selaras

dengan skop pekerjaan yang dinyatakan di dalam jadual di atas, ianya adalah

bertujuan untuk makluman kepada para pelatih berkenaan dengan kursus serta

pekerjaan yang boleh diceburi oleh para pelatih setelah tamat mengikuti latihan.

Sehubungan dengan itu, matlamat penubuhan Institut Kemahiran Mara

adalah untuk menyediakan para belia bagi memasuki bidang pekerjaan yang

memerlukan

pelbagai kemahiran tertentu serta melahirkan bakal-bakal usahawan yang

dinamik ke arah pembentukan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani,

jasmani, intelek serta dapat menyumbangkan kepada pembangunan negara.

Page 36: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

19

2.2 Aspirasi Pekerjaan

Pendidikan memang telah lama dikaitkan dengan pekerjaan. Biasanya

semakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin cerah alam pekerjaannya pada

masa hadapan. Walau bagaimanapun, perkembangan dan pembaharuan dalam

sektor-sektor ekonomi dan alam pekerjaan memerlukan dan merubah tanggapan

kita tentang fungsi pendidikan dan peluang pekerjaan untuk belia.

Robiah Sidin(1994), menyatakan bahawa secara lebih spesifik

perkembangan yang terdapat hari ini memerlukan kita meneliti dan memikirkan

tentang pendidikan vokasional, falsafah dan dasar perkembangannya serta

pengubahsuaian yang perlu dibuat terhadapnya selari dengan tuntutan dalam

alam pekerjaan. Justeru itu, aspirasi yang merupakan kehendak dan keinginan

terhadap sesuatu pekerjaan memerlukan para pelatih IKM bekerja keras untuk

mencapainya.

Sebagai manusia kita perlulah membuat keputusan yang tepat di dalam

membuat pemilihan kerjaya agar tidak menyesal di kemudian hari. Menurut

Hoult dan Ford (1969) di dalam Hishamuddin Tajuddin (1995) menyatakan

bahawa kerjaya merupakan satu proses yang berterusan dan memakan masa

yang agak panjang. Ini bermakna seseorang itu perlu memikirkannya dengan

sebaik mungkin untuk memilih kerjayanya agar ia mendapat kepuasan bekerja

yang maksimum. Ini adalah kerana, sekiranya kepuasan terhadap sesuatu

pekerjaan seseorang itu dapat dipenuhi, maka produktiviti kerjanya adalah lebih

baik dan memberangsangkan.

Page 37: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

20

2.3 Aplikasi

Aplikasi latihan kemahiran adalah merujuk kepada keupayaan atau

kebolehan seseorang untuk menggunakan kemahiran yang dimiliki dalam

sesuatu kerja atau pekerjaan. Ia amat penting bagi membolehkan seseorang itu

mendapat tempat serta pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran yang ada.

Selain dari itu, sekiranya seseorang itu dapat mengaplikasikan latihan yang

diterima di institusi kemahiran, membolehkan ia lebih dipercayai serta

berpeluang untuk kenaikan pangkat yang sesuai.

Menurut Ibrahim (1996), program latihan yang berkesan ialah satu

program latihan yang dapat dipraktikkan sepenuhnya di tempat mereka bekerja.

Oleh itu reka bentuk program latihan hendaklah mengintergrasikan semua

aktiviti pembelajaran yang diperlukan untuk melaksanakan sesuatu tugas di

tempat pelatih bekerja. Adalah tidak bermakna sekiranya kemahiran yang ada

tidak dapat diaplikasikan dalam sesuatu kerja.

2.4 Peluang pekerjaan

Peluang pekerjaan adalah perkara yang paling penting yang perlu

difikirkan oleh seseorang pelatih, apabila mereka mengikuti sesuatu latihan

kemahiran. Peluang-peluang pekerjaan yang luas, dapat memberikan peluang

kepada pelatih untuk membuat pilihan terhadap pekerjaan yang dikehendaki.

Abdul Fatah Abdul Malik (1992) dalam tesis Awang Mohammad

menyatakan bahawa Pendidikan vokasional adalah satu corak pendidikan yang

bertujuan membolehkan seseorang pelajar itu mendapatkan pekerjaan. Sistem

Page 38: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

21

pendidikan yang mementingkan pendidikan yang bercorak latihan kemahiran

adalah keperluan bagi kerja-kerja yang memerlukan kemahiran. Selaras dengan

itu, peluang-peluang pekerjaan para pelatih kemahiran adalah cerah kerana

pendidikan yang bercorak latihan kemahiran, adalah aset kepada keperluan di

dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Pengarah Persijilan, Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK),

Pang Chau Leong, di dalam kajian Ajazi (2002) berkata, latihan teknikal dan

vokasional menyediakan peluang melanjutkan pengajian tidak terhad untuk

lepasan sekolah dan golongan yang sedang bekerja. Selain itu, lepasan program

latihan kemahiran juga berpeluang menyertai sektor kerjaya yang menarik

berbanding lulusan program akademik dan mempunyai laluan peningkatan

kepada kedudukan lebih baik.

2.5 Kemahiran

Aspek kemahiran adalah perlu apabila seseorang menjalani latihan

kemahiran. Penguasaan kemahiran melalui latihan akan menunjukkan kepada

kita tentang keberkesanan latihan yang telah diikuti tersebut. Untuk itu beberapa

perkara penting yang boleh dijadikan garis panduan dalam perlaksanaan

program latihan untuk menjamin keberkesanan program tersebut. Menurut

Rozhan (1997), garis panduan itu adalah seperti berikut;

(a) Pelatih mestilah mempunyai kemahuan untuk belajar iaitu sekiranya

pelatih tidak berminat dan mengambil sikap tidak endah, segala program

latihan akan menjadi sia-sia sahaja.

Page 39: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

22

(b) Motivasi pelatih bagi mengikuti sesuatu program akan meningkat

sekiranya terdapat harapan untuk mendapat ganjaran selepas mengikuti

program latihan.

(c) Penilaian hendaklah dilakukan bagi mengenalpasti sama ada

pembelajaran telah berlaku.

(d) Pengajaran hendaklah diberi secara berperingkat dengan diikuti oleh

pemberian maklum balas di setiap peringkat.

(e) Pembelajaran dianggap telah berlaku hanya apabila pelatih berjaya

melakukan tindak-tanduk atau aktiviti yang diinginkan.

(f) Pembelajaran hendaklah diberi sejauh mana yang boleh melibatkan

pengalaman praktis.

2.6 Pengetahuan

Berhubung dengan aspek pengetahuan, ahli-ahli psikologi kognitif

membahagikan pengetahuan manusia kepada dua jenis pengetahuan iaitu

pengetahuan pernyataan dan pengetahuan prosedur. Pengetahuan pernyataan

menyatakan secara eksplisit takrifan sesuatu konsep, menghuraikan peristiwa

yang biasa dialami dan membentuk gambaran mental. Sebagai contoh, melalui

pengetahuan pernyataan, misalnya, burung ditakrifkan sejenis haiwan yang

boleh terbang. Manakala pengetahuan prosedur pula ditakrifkan oleh ahli

epistemology sebagai pengetahuan bagaimanakah orang melaksanakan tugas,

seperti memahami bahasa, menyelesaikan masalah dan melaksanakan kemahiran

perangkaan. Pengetahuan prosedur yang diperoleh dan mencapai tahap

keautomatisannya melalui praktis atau latihan biasanya diwakili melalui

peraturan pengeluaran, melibatkan satu set keadaan dan satu set tindakan

(Muhamed Awang, 1999).

Page 40: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

23

Disebabkan pengetahuan prosedur didapati melalui latihan dan

pengalaman, yang memerlukan kemahiran kognitif, maka kegunaannya lebih

pantas dan automatis berbanding dengan pengetahuan pernyataan. Dalam

proses latihan kemahiran aspek pengetahuan amat penting bagi membolehkan

bekas pelatih dapat melakukan sesuatu kerja. Penguasaan ilmu atau

pengetahuan yang mendalam serta luas amatlah perlu dalam menilai

keberkesanan program yang diikuti. Pengetahuan yang diperolehi melalui

latihan tersebut akan membawa kepada anjakan paradigma (shift paradigm) bagi

golongan berkemahiran dalam meneroka ke alam pekerjaan yang akan

menjadikan mereka lebih yakin dan berpengetahuan.

Masyarakat selalu melabelkan kursus kemahiran dengan mereka yang

tidak mempunyai kelulusan akademik yang baik. Persepsi ini harus diubah

kerana pada masa kini kursus-kursus kemahiran di institusi-institusi tertentu

adalah sesuatu yang telah diiktiraf oleh kerajaan. Sejak tahun 1993, MLVK

telah menstruktur Sijil Kemahiran Malaysia agar ianya selari atau setaraf dengan

kelulusan akademik biasa. Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia ini

dibangunkan bertujuan mengembangkan pengiktirafan kemahiran di negara ini,

seperti yang diperakukan di dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengenai

Latihan (JKML) 1991. Ia menyediakan suatu laluan kerjaya dan pembangunan

diri yang menarik dan setanding dengan laluan kerjaya yang berasaskan

kelayakan akademik. Pada asasnya, sistem ini akan membekalkan lebih ramai

pekerja mahir yang terlatih dan berkelayakan untuk mempertingkatkan daya

saing industri tempatan di pasaran dunia.

Bloom (1989), mengkategorikan pengetahuan seperti berikut;

(a) Pengetahuan mengenai perkara-perkara khusus.

(b) Pengetahuan mengenai cara-cara dan kaedah menghadapi perkara-

perkara khusus.

(c) Pengetahuan mengenai perkara-perkara universal dan pengabstrakan-

pengabstrakan dalam sesuatu bidang.

Page 41: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

24

Pengetahuan yang dikuasai oleh pelatih adalah berkait dengan aspek

kemahiran. Kedua-dua aspek itu adalah saling bergantungan antara satu sama

lain. Pengetahuan yang dikuasai melalui latihan akan menjadikan pelatih lebih

bersedia untuk memasuki pasaran kerja yang terbuka luas. Mereka juga boleh

hidup berdikari dengan membuka perniagaan sendiri. Oleh yang demikian,

penguasaan pengetahuan dikalangan pelatih institut kemahiran haruslah diberi

penekanan supaya latihan yang diperolehi akan dapat di aplikasikan oleh mereka

apabila mereka menceburi bidang pekerjaan nanti.

2.7 Rumusan

Aspirasi pekerjaan merupakan perkara utama di dalam memastikan,

latihan yang diperolehi bagi setiap pelatih di sesebuah institusi kemahiran,

adalah berfaedah bagi diri mereka. Ini adalah perlu, supaya latihan yang

diperolehi adalah bersesuaian dengan aspirasi pekerjaan mereka. Disamping itu,

ia dapat menjamin kepuasan bekerja diperingkat yang maksimum untuk

meningkatkan produktiviti semasa di dalam latihan mahu pun di alam pekerjaan.

Page 42: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

25

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

Perkara yang akan diberikan tumpuan dalam bab ini adalah mengenai

prosedur dan metadologi yang digunakan dalam kajian. Ini meliputi reka bentuk

kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian, instrumen kajian, kajian

rintis, prosedur kajian, skop kajian dan kaedah menganalisis data.

3.2 Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah kajian berbentuk deskriptif. Kaedah yang

digunakan dalam kajian ini adalah kaedah kuantitatif iaitu tinjauan dengan

menggunakan instrumen soal selidik yang diedarkan kepada para pelatih untuk

dijawab. Menurut Mohd Majid (2000), penyelidikan deskriptif bermatlamat

untuk menerokai sesuatu bidang yang belum atau kurang dikaji. Kajian yang

dilakukan adalah bertujuan untuk menerangkan dan menjelaskan sesuatu

keadaan atau fenomena yang berlaku.

Oleh yang demikian kajian deskriptif merupakan penyelidikan terhadap

sesuatu fenomena dengan menganalisa data deskriptif yang diperolehi dari soal

Page 43: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

26

selidik atau media-media lain. Kajian berbentuk deskriptif ini merupakan kajian

yang boleh meninjau sampel atau populasi.

Reka bentuk ini dipilih kerana ia amat sesuai memandangkan peranannya

untuk meninjau dan mengenalpasti aspirasi pekerjaan pelatih-pelatih terhadap

latihan yang dijalani kerana mereka sendiri sedang mengalami latihan tersebut.

3.3 Tempat Kajian

Kajian ini dijalankan terhadap para pelatih di Institut Kemahiran Mara

Johor Bahru yang sedang menjalani latihan. Institut Kemahiran Mara ini dipilih

kerana ia merupakan salah sebuah Institusi yang menawarkan lebih banyak jenis

kursus berbanding dengan Institut Kemahiran Mara yang lain. Selain dari itu ia

juga mempunyai ramai pelatih yang sedang menjalani latihan sama ada di dalam

kursus sijil atau diploma. Oleh yang demikian lokasinya ialah di Institut

Kemahiran Mara Johor Bahru.

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

Populasi merangkumi tiap-tiap ahli yang terdapat dalam populasi itu

(Alias Baba, 1997). Mohd Najib (1999), menyatakan populasi ialah dari siapa

kita mendapat data. Kita perlu mengenalpasti kelompok individu yang kita

selidik. Semua ahli dalam kelompok ini dipanggil populasi.

Page 44: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

27

Dalam kajian ini populasinya adalah terdiri daripada pelatih-pelatih

IKM Johor Bahru yang berada dalam tahun akhir bagi sesi 2003/2004. Jumlah

populasi dalam kajian ini ialah seramai 98 orang.

Sampel kajian pula, merangkumi ahli-ahli dari kumpulan yang kecil

yang dipilih secara rawak dari populasi untuk mengkaji sifat atau parameter

populasi (Alias Baba, 1997). Bilangan responden untuk dijadikan sample dalam

kajian ini ialah seramai 77 orang. Jumlah ini mengikut panduan yang

dikemukakan oleh Krejcie dan Morgan (1970). Mereka berpendapat bahawa ia

dapat memberikan ketepatan 95 peratus dalam kajian.

Jadual 3.1 : Jadual Penetapan Jumlah Sampel

N S

85

90

95

100

110

70

73

76

80

86

Sumber dari :Petikan Krejcie. RV And Morgan, D. W determining sample for

research Eucational and Psychological Measurement 1970, 30, 607 – 610

N = Populasi , S = Sampel

Jadual 3.1 menunjukkan penetapan sampel yang digunakan dalam sesuatu

kajian. Ianya digunakan sebagai panduan kepada penyelidik untuk menetapkan

bilangan sampel yang akan digunakan di dalam kajian ini. Oleh kerana jumlah

populasi ialah 98 orang, maka jumlah sampel yang saya gunakan ialah 77 orang.

Page 45: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

28

Jadual 3.2 : Jadual Persampelan Responden Mengikut Kursus dan

Semester Pengajian.

Bil Kursus Sem 4 Sem 5 Jumlah

1 Teknologi Kejuruteraan Elektrik

(Penjaga Jentera-A1)

12 12 24

2 Diploma Teknologi Makanikal (Gas) 12 10 22

3 Diploma Teknologi Mekanikal

(Penyejukbekuan dan Penyamanan

Udara)

22 9 31

JUMLAH BESAR 46 31 77

Kaedah pemilihan sampel adalah kaedah rawak mudah. Mohamad Najib

(1999), menyatakan perkara yang penting dalam pemilihan sampel bukanlah

bilangannya tetapi ialah sampel mesti mewakili populasi.

3.5 Instrumen Kajian

Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set soal

selidik yang mempunyai dua bahagian iaitu bahagian A dan B (LAMPIRAN

A). Bahagian A mempunyai 6 item yang merangkumi soalan berkaitan dengan

maklumat diri pelajar seperti umur, jantina, kelulusan akademik tertinggi dan

bidang kursus. Latar belakang responden ini amat penting bagi kegunaan

penyelidik membuat perkaitan dengan persoalan yang hendak dikaji mengikut

Page 46: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

29

keperluan tertentu. Responden dikehendaki menandakan tanda “a” pada

ruangan petak yang disediakan serta menyatakan jawapan pada ruangan kosong

yang diberikan.

Bahagian B ialah mengenai pandangan para pelatih terhadap latihan yang

diikuti, kecenderungan pelatih untuk bekerja sendiri, peluang pekerjaan serta

ketepatan latihan mengikut kehendak pelatih bagi mendapatkan pekerjaan yang

dibentuk dalam bentuk soalan mengikut Skala Likert.

Responden hanya perlu menandakan jawapan yang difikirkan sesuai

pada petak yang disediakan. Kaedah ini digunakan kerana ianya dapat

menjimatkan kos, masa dan senang untuk mendapat kerjasama daripada

responden serta dapat menghasilkan item-item yang konsisten dan boleh

dipercayai. Menurut Mohd Najib (1998), dua perkara yang penting berkaitan

dengan statistik yang perlu dipastikan ialah kesahan dan kebolehpercayaan.

Kesahan membawa maksud data yang diperolehi adalah melambangkan apa

yang ingin diukur.

Oleh yang demikian, penyelidik telah meminta jasa baik En. Mohsin Bin

Uzir untuk mengesahkan soal selidik yang telah disediakan (LAMPIRAN E)

3.6 Kajian Rintis

Kajian rintis dijalankan adalah seperti kajian yang sebenar, Cuma ianya

berbeza dari aspek bilangan sampel yang digunakan. Dalam kajian rintis,

penyelidik mengambil sampel daripada populasi secara rawak. Satu kajian rintis

telah dijalankan untuk menguji keesahan dan kebolehpercayaan item-item dalam

soal selidik, sebelum kajian seterusnya dijalankan. Selain itu ia juga bagi

Page 47: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

30

menentukan aras signifikan item soalan yang dibina sesuai dan boleh diterima.

Menurut Mohamad Najib (1998), untuk tujuan kesahan isi, saiz sample kajian

rintis tidak perlu besar tetapi memadai untuk memenuhi tujuan perbincangan

awal yang berkesan tentang ujian iaitu 6 hingga 9 orang. Lebih ramai responden

adalah lebih baik. Oleh demikian, penyelidik menggunakan seramai 10 orang

responden yang dipilih dari populasi secara rawak. Melalui kajian rintis,

penyelidik dapat mengesan kelemahan dalam item, agar matlamat kajian dapat

dicapai.

Hasil daripada analisis yang dijalankan dengan menggunakan SPSS 11.5,

didapati pekali keboleh percayaan iaitu ‘alpha’ adalah 0.9315 terhadap item soal

selidik yang dikemukakan. Menurut Mohd. Najib Ghafar (1998), walaupun

tiada batasan khusus yang boleh digunakan bagi menentukan pekali keboleh

percayaan yang sesuai bagi sesuatu alat ukur, maka hasil kajian bagi pekali

kebolehpercayaan yang melebihi 0.60 akan menjadi instrumen yang sering

digunakan. Ini bermakna nilai kebolehpercayaan soal selidik yang digunakan

dalam kajian adalah tinggi.

3.7 Prosedur Kajian

Untuk menjalankan kajian ini, beberapa prosedur tertentu perlu

dilaksanakan bagi melicinkan perjalanan kerja penyelidikan. Antara prosedur-

prosedur yang perlu diikuti oleh penyelidik adalah seperti berikut:

a) Mendapat perakuan serta kebenaran daripada pihak pentadbir di

Fakulti Pendidikan, UTM.

Page 48: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

31

b) Mendapat kelulusan daripada pihak Pengurus Besar Majlis Amanah

Rakyat (MARA), Johor Bahru

c) Mendapatkan kebenaran dan kelulusan daripada Pengetua Institiut

Kemahiran MARA Johor Bahru dengan membawa surat kebenaran

dan kelulusan dari MARA bagi membolehkan maklumat diperolehi

dan kajian dapat dijalankan.

d) Kajian rintis dijalankan di IKM Johor Bahru terhadap 10 orang

sample yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang dipilih secara

rawak.

e) Mengedarkan soal selidik kepada bekas pelatih dengan kerjasama

pihak IKM.

f) Mengumpulkan soal selidik yang diterima.

g) Membuat analisis data menggunakan perisian SPSS 11.5.

h) Mendapatkan keputusan mengenai tajuk kajian.

Untuk melihat atau memahaminya dengan lebih jelas lagi mengenai

prosedur kajian ini, rajah 3.2 menunjukkan carta aliran mengenai prosedur

kajian yang dibuat oleh penyelidik.

Page 49: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

32

Rajah 3.2: Carta Aliran Prosedur Kajian

3.8 Analisis Data

Data mentah yang diperolehi akan dikumpulkan untuk dikodkan dan

dianalisis. Analisis data merupakan tahap terakhir dalam kajian penyelidikan.

Semua data yang diperolehi dari soal selidik terlebih dahulu disemak agar segala

arahan yang diberikan diikuti dengan betul. Data-data yang diperolehi akan

Mendapat perakuan Pentadbir Fakulti, UTM

Mendapat kelulusan dari pihak MARA

Mendapat kebenaran dari Pengetua IKM

Mengedarkan soal selidik

Mengumpulkan soal selidik

Membuat analisis

Keputusan penyelidikan

Kajian Rintis

Page 50: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

33

dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences

(SPSS 11.5) untuk mendapatkan kekerapan (frekuensi) peratusan dan min.

Penyelidik menggunakan statistik deskriptif dalam menyusun dan

mempertunjukkan data untuk mudah difahami serta dapat mencapai matlamat

kajian. Sebagai langkah keselamatan, untuk mengelakkan berlakunya kesilapan

semasa memproses data, maka pengiraan hendaklah dilakukan beberapa kali

oleh penyelidik.

Dari penganalisaan data-data tersebut, penyelidik akan membuat

perbincangan,. rumusan dan cadangan.

3.9 Kesimpulan

Secara keseluruhannya dalam bab ini adalah berkaitan dengan kaedah

yang digunakan oleh penyelidik dalam memperolehi maklumat dan menganalis

data. Instrumen kajian iaitu borang soal selidik merupakan sumber maklumat

utama dalam penyelidikan ini. Pemprosesan data menggunakan statistik

deskriptif dalam penyelidikan ini akan dapat memberikan jawapan kepada

persoalan kajian dan seterusnya rumusan serta cadangan kajian akan dapat

dikemukakan bagi memperbaiki atau mengatasi masalah yang timbul berhubung

dengan penyelidikan ini.

Page 51: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

34

BAB IV

ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN KAJIAN 4.1 Pengenalan

Dalam bab ini, penyelidik akan mengemukakan hasil yang telah

dikumpul dan dianalisis berkaitan dengan keputusan berdasarkan penyelidikan

yang dijalankan. Hasil atau keputusan yang diperolehi adalah berdasarkan

kepada persepsi yang telah diberikan oleh para pelatih terhadap kursus atau

program latihan kemahiran vokasional yang mereka ikuti semasa menjalani

latihan tersebut di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Dapatan hasil

penyelidikan dibahagikan kepada dua bahagian seperti berikut;

Bahagian A – Latar belakang responden

Bahagian B – Analisis deskriptif

Dalam mengkaji aspirasi pekerjaan para pelatih Institut Kemahiran Mara

Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti, perkara yang hendak dilihat adalah

berdasarkan kepada empat faktor iaitu pengaplikasian latihan, kecenderungan

untuk bekerja sendiri atau makan gaji, peluang pekerjaan yang luas dan latihan

yang bersesuaian dengan kehendak para pelatih untuk mendapatkan pekerjaan.

Di dalam pengedaran borang soal selidik, penyelidik mendapat kerjasama

daripada pihak pengurusan Institut Kemahiran Mara sendiri, dimana semua

borang soal selidik sebanyak 77 set dapat dikumpulkan semula.

Page 52: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

35

4.2 Bahagian A – Latar Belakang Responden

Responden untuk penyelidikan ini adalah seramai 77 orang pelatih tahun

akhir di Institut Kemahiran Mara Johor Bahru. Untuk bahagian latar belakang

responden, terdapat 7 soalan telah dikemukakan yang terdiri daripada 1 soalan

berbentuk terbuka dan 6 soalan berbentuk tertutup. Soalan latar belakang terdiri

daripada umur, jantina, status, kelulusan, aliran sekolah, jenis sekolah dan

bidang kursus di Institut Kemahiran Mara.

4.2.1 Latar Belakang Responden Jadual 4.2.1: Taburan Responden Mengikut Peringkat Umur

Peringkat Umur Frekuensi Peratus

15 hingga 20 46 59.7

21 hingga 25 31 40.3

Jumlah 77 100

Jadual 4.2.1 menunjukkan taburan bilangan responden mengikut

peringkat umur. Terdapat seramai 46 orang (59.7%) berumur antara 15 hingga

20 tahun. Ini diikuti oleh peringkat 21 hingga 25 tahun iaitu seramai 31orang

(40.3%).

Page 53: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

36

Jadual 4.2.2 : Taburan Responden Mengikut Jantina

Jantina Frekuensi Peratus

Lelaki 61 79.2

Perempuan 16 20.8

Jumlah 77 100

Jadual 4.2.2 menunjukkan majoriti responden didominasi oleh kaum lelaki

iaitu sebanyak 61 orang (79.2%). Manakala perempuan hanyalah seramai

16orang (20.8%).

Jadual 4.2.3: Taburan Responden Mengikut Taraf Perkahwinan

Taraf Perkahwinan Frekuensi Peratus

Bujang 77 100

Berkahwin 0 0

Jumlah 77 100

Jadual 4.2.3 menunjukkan taburan responden mengikut taraf

perkahwinan. Berdasarkan jadual ini, didapati kesemua responden adalah

berstatus bujang iaitu seramai 77 orang (100%).

Page 54: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

37

Jadual 4.2.4: Taburan Responden Mengikut Kelulusan Akademik

Kelulusan Akademik Frekuensi Peratus

SPM 66 85.7

SPMV 10 13

Lain-lain 1 1.3

Jumlah 77 100

Jadual 4.2.4 menunjukkan taburan responden mengikut kelulusan

akademik tertinggi. Kebanyakan responden adalah terdiri daripada berkelulusan

akademik di peringkat SPM iaitu seramai 66 orang (85.7%). Ini dikuti oleh

mereka yang berkelulusan SPMV iaitu seramai 10 orang (13%). Terdapat juga

responden yang mempunyai kelulusan akademik yang lain iaitu STPM dimana

ia melibatkan seorang responden (1.3%).

Rajah 4.2.5: Taburan Responden Mengikut Aliran Pendidikan di Sekolah

Bidang Program Latihan Frekuensi Peratus

Sains Tulen 17 22.1

Sastera 34 44.2

Teknik 10 13

Vokasional 12 15.6

Lain-lain 4 5.2

Jumlah 51 100

Page 55: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

38

Rajah 4.2.5 menunjukkan taburan responden mengikut aliran pendidikan

semasa di sekolah yang telah memberikan respon terhadap instrumen kajian.

Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang berada di dalam aliran

sastera iaitu seramai 34 orang (44.2%). Ini diikuti oleh responden dalam aliran

sains tulen iaitu seramai 17orang (22.1%), aliran vokasional 12 orang (15.6%),

aliran teknik seramai 10 orang (13 %) dan lain-lain seramai 4 orang (5.2%).

Jadual 4.2.6: Taburan Responden Mengikut Jenis Sekolah

Jenis Sekolah Frekuensi Peratus

Akademik 55 71.4 Teknik 17 22.1

Asrama Penuh 1 1.3 Vokasional 4 5.2

Jumlah 25 100

Jadual 4.2.6 menunjukkan taburan responden mengikut jenis sekolah.

Seramai 55 orang (71.4%) adalah dari sekolah akademik biasa, diikuti seramai

17 orang (22.1%) dari sekolah Teknik, 4 orang (5.2%) dari sekolah vokasional

dan bakinya seorang (1.3%) dari sekolah berasrama penuh.

Rajah 4.2.7: Taburan Responden Mengikut Bidang Program Latihan

Bidang Program Latihan Frekuensi Peratus

Teknologi Kejuruteraan

Elektrik (Penjaga Jentera-A1)

24 31.17

Page 56: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

39

(Sambungan) : Rajah 4.2.7:

Bidang Program Latihan Frekuensi Peratus

Diploma Teknologi Mekanikal

(Penyejukan dan Penyamanan

Udara)

31 40.25

Diploma Teknologi Mekanikal

(Gas)

22 28.57

Jumlah 77 100

Rajah 4.2.7 menunjukkan taburan responden mengikut bidang kursus di

IKM Johor Bahru yang telah memberikan respon terhadap instrumen kajian.

Kebanyakan responden terdiri daripada mereka yang mengikuti bidang kursus

Diploma Teknologi Mekanikal pengkhususan Gas, iaitu seramai 36 orang

(46.8%). Ini diikuti oleh responden dalam kursus peringkat Sijil dalam bidang

Teknologi Kejuruteraan Elektrik pengkhususan Penjaga Jentera A1, iaitu

seramai 22 orang (28.6%) dan Diploma Teknologi Mekanikal pengkhususan

Penyejukan dan Penyamanan Udara seramai 10 orang (19.6 %).

4.3 Jawapan Kepada Persoalan Kajian

Bahagian B – Analisis Deskriptif

Pada instrumen soal selidik iaitu pada bahagian B, sebanyak 30 item atau

pernyataan telah digunakan bagi mendapat maklum balas mengenai aspirasi

Page 57: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

40

pekerjaan para pelatih di IKM Johor Bahru yang berdasarkan kepada aspek-

aspek seperti berikut;

Jadual 4. 3 : Instrumen Bahagian B

Bil Aspek Jumlah

Item

Nombor

Soalan

1 Pandangan pelatih Institut

Kemahiran Mara terhadap latihan

yang diikuti?

8 1-8

2 Jenis pekerjaan yang akan diceburi

oleh para pelatih setelah tamat

latihan di institusi ini.

8 9-16

3 Keadaan peluang pekerjaan yang

luas terhadap latihan yang yang

diikuti.

7 17-23

4 Kebolehan latihan yang diikuti

memenuhi kehendak para pelatih

terhadap pekerjaan.

7 24-30

Setelah dianalisis, berikut adalah data yang menunjukkan frekuensi,

peratus dan min terhadap item soal selidik bagi menjawab persoalan-persoalan

kajian yang menggunakan format jawapan skala Likert lima mata. Format ini

menggunakan jawapan tertutup iaitu Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Tidak Pasti

(TP), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS).

Page 58: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

41

4.3.1 Apakah pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap

latihan yang diikuti?

Jadual 4.3.1: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min

Bagi Aspek pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan

yang diikuti

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

1 Saya dapat menggunakan

peralatan kerja amali yang

berada di bengkel IKM

dengan baik.

22

28.6

54

70.1

- 1

1.3

- 4.26

2 Saya dapat menjalankan

kerja-kerja amali/praktikal

yang diarahkan oleh tenaga

pengajar di bengkel IKM

dengan baik.

28

36.4

49

63.6

- - - 4.36

3 Saya dapat menyiapkan

kerja-kerja amali yang

diarahkan oleh tenaga

pengajar di institusi ini

dengan baik.

27

35.1

50

64.9

- - - 4.35

4 Saya berupaya menggunakan

mesin yang berada di

bengkel IKM tanpa bantuan

orang lain.

24

31.2

51

66.2

2

2.6

- - 4.29

Page 59: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

42

Sambungan : Jadual 4.3.1

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

5 Projek atau hasil kerja

amali/praktikal di bengkel

institusi ini, dapat memberi

kepuasan kepada diri saya.

29

37.7

47

61.0

1

1.3

- - 4.36

6 Saya tidak menghadapi

masalah untuk menyiapkan

sesuatu kerja amali yang

diberikan oleh tenaga

pengajar.

24

31.2

51

66.2

2

2.6

- - 4.29

7 Saya merasa lebih yakin

untuk melakukan sesuatu

tugasan yang diarahkan oleh

tenaga pengajar setelah

mengikuti latihan

amali/praktikal di institusi

ini.

27

35.1

49

63.6

1

1.3

- - 4.34

8 Latihan kemahiran yang

diikuti di institusi ini amat

berfaedah kepada diri saya

apabila saya bekerja nanti.

43

55.8

34

44.2

- - - 4.56

Purata keseluruhan : 4.35

Page 60: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

43

Jadual 4.3.1 menunjukkan frekuensi dan peratus serta purata min

responden menjawab penyataan setiap item bagi pandangan para pelatih

terhadap latihan yang diikuti. Penyataan item latihan kemahiran yang diikuti

amat berfaedah kepada pelatih apabila bekerja nanti, menunjukkan purata skor

min yang tertinggi iaitu sebanyak 4.56 yang mewakili 55.8% pada sangat setuju

dan 44.2% menyatakan setuju. Penyataan berkaitan dengan pengunaan peralatan

kerja amali yang berada di bengkel dengan baik adalah penyataan yang

menunjukkan min yang terendah diantara keseluruhan min, di mana telah

memperlihatkan purata skor min sebanyak 4.26 iaitu mewakili jawapan setuju

70.1%, sangat setuju 28.6% dan tidak pasti 1.3%. Skor purata keseluruhan bagi

persoalan kajian ini adalah 4.35

4.3.2 Apakah bentuk pekerjaan yang akan diceburi oleh para pelatih

setelah tamat latihan di institut ini?

Jadual 4.3.2: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min

Bagi Bentuk pekerjaan yang akan diceburi oleh para pelatih

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

9 Saya yakin akan dapat

berdikari selepas menjalani

latihan di institusi ini.

35

45.5

41

53.2

1

1.3

- - 4.43

Page 61: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

44

Sambungan : Jadual 4.3.2

10 Saya bercita-cita untuk

membuka perniagaan pada

suatu hari nanti.

22

28.6

52

67.5

2

2.6

1

1.3

- 4.23

11 Saya lebih berminat untuk

membuka perniagaan apabila

tamat latihan di institusi ini.

12

15.6

52

67.5

6

7.8

7

9.1

- 3.90

12 *Saya lebih berminat untuk

bekerja makan gaji apabila

tamat latihan di institusi ini.

5

6.5

51

66.2

3

3.9

17

22.1

1

1.3

3.55

13 Bekerja sendiri adalah lebih

baik daripada makan gaji.

26

33.8

51

6.2

- - - 4.34

14 Bekerja sendiri memberikan

lebih kepuasan di dalam

kehidupan saya.

26

33.8

50

64.9

1

1.3

- - 4.32

15 Bekerja sendiri memudahkan

saya untuk memenuhi cita-

cita saya.

4

5.2

23

29.9

13

16.9

37

48.1

- 3.08

16 Bekerja makan gaji hanya

untuk mencari pengalaman

sahaja

16

20.8

61

79.2

- - - 4.21

Purata Keseluruhan : 4.0

* Bagi penyataan negatif data diterbalikan

Jadual 4.3.2 menunjukkan taburan responden mengikut frekuensi,

peratusan dan purata min bagi setiap item berdasarkan kecenderungan pelatih

untuk bekerja sendiri. Penyataan saya yakin akan dapat berdikari selepas

menjalani latihan di institusi ini, menunjukkan purata skor min tertinggi iaitu

4.43. Penyataan ini menunjukkan 53.2% pada tahap setuju, 45.5% sangat setuju

Page 62: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

45

dan bakinya 1.3% adalah pada kedudukan tidak pasti. Pernyataan bekerja

makan gaji memudahkan saya untuk mencapai cita-cita saya menunjukkan min

yang terendah, di mana purata skor minnya adalah 3.08 iaitu mewakili 48.1%

menyatakan tidak setuju, 29.9% setuju, 16.9% tidak pasti dan 5.2% sangat

setuju. Skor purata bagi persoalan kajian ini adalah sebanyak 4.0.

4.3.3 Adakah latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang

luas?

Jadual 4.3.3: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan

Min Berkaitan Keadaan Peluang Pekerjaan Yang Luas.

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

17 Saya yakin banyak sektor

pekerjaan yang boleh saya

ceburi setelah tamat latihan di

institusi ini.

28

36.4

49

63.6

- - - 4.36

18 Saya yakin akan mendapat

pekerjaan yang saya ingini

setelah mengikuti latihan di

institusi ini.

25

32.5

52

67.5

- - - 4.32

Page 63: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

46

Sambungan : Jadual 4.3.3

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

19 Latihan amali yang saya ikuti

adalah mencukupi untuk

dijadikan panduan apabila

saya bekerja nanti.

17

22.1

60

77.9

- - - 4.22

20 Saya telah mengetahui

tentang pekerjaan yang

sesuai dengan kursus yang

saya ikuti sekarang sebelum

memasuki institusi ini.

26

33.8

51

66.2

- - - 4.34

21 Latihan kemahiran yang

diikuti dapat memberi

pelbagai peluang pekerjaan.

30

39.0

47

61.0

- - - 4.39

22 Terdapat pelbagai agensi

yang datang untuk

memberikan ceramah tentang

kerjaya yang sesuai dengan

kursus yang diambil oleh

pelatih di institusi ini.

15

19.5

62

80.5

- - - 4.19

23 Terdapat banyak agensi yang

datang untuk menemuduga

pelatih bagi mengisi

kekosongan di dalam sektor

pekerjaan pada tahun akhir

latihan di institusi ini.

18

23.4

59

76.6

- - - 4.23

Purata Keseluruhan : 4.30

Page 64: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

47

Jadual 4.3.3 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan,

bilangan dan purata skor min bagi setiap item berdasarkan keadaan peluang

pekerjaan yang luas. Penyataan latihan kemahiran yang diikuti dapat memberi

pelbagai peluang pekerjaan, menunjukkan purata skor min tertinggi iaitu 4.39.

Penyataan ini mewakili 61.0% menyatakan setuju, 39% adalah sangat setuju dan

tiada peratusan bagi jawapan tidak setuju serta tidak pasti dengan pernyataan ini.

Penyataan terdapat banyak agensi yang datang untuk memberi ceramah,

menunjukkan skor min yang terendah iaitu 4.19 yang mewakili 80.5 %

menyatakan setuju, 19.5% sangat setuju dan tiada peratusan bagi penyataan

tidak pasti serta tidak setuju. Skor purata keseluruhan bagi persoalan kajian ini

pula adalah sebanyak 4.30

4.3.4 Adakah latihan yang diikuti menepati kehendak para pelatih untuk

mendapat pekerjaan?

Jadual 4.3.4: Taburan Responden Mengikut Peratusan, Frekuensi dan Min

Bagi Aspek kebolehan latihan yang diikuti memenuhi kehendak para

pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap pekerjaan.

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

24 Saya telah memilih bidang

pekerjaan yang sesuai

dengan kursus yang diikuti di

institusi ini.

32

41.6

45

58.4

- - - 4.42

Page 65: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

48

Sambungan : Jadual 4.3.4

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

25

Latihan yang saya ikuti di

institusi ini adalah untuk

mendapatkan peluang

pekerjaan yang lebih baik.

41

53.2

36

46.8

- - - 4.53

26 Saya lebih berkeyakinan

untuk menceburi bidang

pekerjaan dengan mengikuti

latihan di institusi ini.

30

39.0

47

61.0

- - - 4.39

27 Pekerjaan yang akan saya

ceburi selepas tamat kursus

ini mempunyai kaitan

dengan latihan yang saya

ikuti sekarang.

31

40.3

45

58.4

1

1.3

- - 4.39

28 Saya yakin dengan latihan

yang diperolehi sekarang

akan memudahkan saya

untuk mendapatkan

pekerjaan yang saya

kehendaki.

23

29.9

54

70.1

- - - 4.30

29 Latihan yang diikuti di

institusi ini dapat memenuhi

kehendak pekerjaan yang

akan saya ceburi.

24

31.2

53

68.8

- - - 4.31

Page 66: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

49

Sambungan : Jadual 4.3.4

BIL SOALAN SS

f

%

S

f

%

TP

f

%

TS

f

%

STS

f

%

MIN

30 Saya yakin masa hadapan

kerjaya saya lebih cerah

dengan mengikuti latihan di

institusi ini.

42

54.5

35

45.5

- - - 4.55

Purata Keseluruhan : 4.41

Jadual 4.3.4 menunjukkan taburan responden mengikut peratusan,

frekuensi dan purata min bagi setiap item berdasarkan kebolehan latihan yang

diikuti memenuhi kehendak para pelatih terhadap pekerjaan yang akan diceburi.

Penyataan saya yakin masa hadapan kerjaya saya lebih cerah dengan mengikuti

latihan di institusi ini, menunjukkan purata skor min yang tertinggi iaitu 4.55 di

mana ia mewakili jawapan sangat setuju sebanyak 54.5%, 45.5% adalah setuju

dan tiada peratusan mewakili jawapan tidak pasti serta tidak setuju untuk

pernyataan ini. Manakala penyataan Saya yakin dengan latihan yang diperolehi

sekarang akan memudahkan saya untuk mendapatkan pekerjaan yang saya

kehendaki, adalah mewakili min yang terendah. Min untuk penyataaan ini

adalah 4.30 yang mewakili 70.1% menyatakan setuju, 29.9% sangat setuju dan

tiada jawapan bagi pentaan tidak pasti serta tidak setuju. Skor purata

keseluruhan bagi persoalan kajian ini adalah sebanyak 4.41

Page 67: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

50

BAB V

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 PENGENALAN

Bab ini membincangkan hasil dapatan kajian yang telah dianalisis dan

seterusnya dirumuskan serta mengemukakan beberapa cadangan yang difikirkan

releven dengan objektif kajian. Segala perbincangan yang dibuat adalah

berdasarkan kepada analisis yang telah dilakukan kepada setiap item yang

ditunjukkan kepada responden.

Hasil kajian bergantung kepada peratusan dan min yang diperolehi.

Seterusnya rumusan dan perbincangan mengenai hasil dapatan yang dibuat

adalah dijelaskan dengan lebih mendalam mengikut skop persoalan yang hendak

dikaji. Penyelidik juga telah menyarankan beberapa cadangan positif yang

membina untuk mengatasi masalah yang telah dikenalpasti.

5.2 RUMUSAN

Pekerjaan merupakan salah satu keperluan kepada setiap manusia yang

hidup di muka bumi ini. Pekerjaan dan latihan juga tidak dapat dipisahkan

Page 68: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

51

kerana dengan adanya latihan seseorang itu akan lebih memahami tugas-tugas

yang perlu dilaksanakannya di dalam bidang pekerjaan yang diceburi.

Daripada analisis, di dapati pandangan para pelatih terhadap latihan yang

diikuti menunjukkan purata min yang tinggi iaitu dengan purata 4.35. Ini

menunjukkan responden dapat menguasai kemahiran yang diperolehi di IKM

untuk disalurkan ke dalam bidang pekerjaan yang akan diceburi mengikut

keperluan dan kehendak mereka di dalam bidang pekerjaan.

Responden juga lebih berkecenderungan untuk bekerja sendiri dimana

purata min skornya menunjukkan purata min yang tinggi iaitu 4.0. Pernyataan

seperti saya bercita-cita untuk membuka perniagaan sendiri pada suatu hari nanti

menunjukkan purata min yang tinggi di mana dengan latihan yang diperolehi,

responden lebih berkeyakinan untuk berdikari dengan membuka perniagaan

sendiri dengan lain kata bekerja sendiri.

Dengan latihan yang diikuti, responden juga merasakan peluang-peluang

pekerjaan untuk mereka adalah lebih luas. Ini dapat dibuktikan dengan

kehadiran wakil dari pelbagai agensi yang datang untuk menemuduga pelatih

pada tahun akhir latihan mereka di IKM. Ianya selaras dengan pernyataan bagi

soalan ke 23 iaitu terdapat banyak agensi yang datang untuk menemuduga

pelatih bagi mengisi kekosongan di dalam sektor pekerjaan pada tahun akhir

latihan di institusi ini. Selain daripada itu pendapat bahawa pelatih lepasan

institusi latihan yang berasaskan vokasional tidak perlu menunggu begitu lama

untuk mendapatkan pekerjaan seperti yang dinyatakan oleh Mohamad (1992)

dan ia di sokong oleh pendapat Ismail Mamat (1993), yang mendapati 82%

bekas pelatih mendapat pekerjaan dalam tempoh kurang dari satu tahun.

Berdasarkan analisis juga, latihan yang diikuti dapat memenuhi

kehendak pelatih untuk mendapatkan pekerjaan juga menunjukkan skor yang

Page 69: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

52

tinggi. Ini jelas menunjukkan bahawa latihan yang diperolehi dapat memenuhi

kehendak responden bagi mendapatkan pekerjaan.

Justeru itu, latihan-latihan kemahiran yang diperolehi oleh para belia kita

di negara ini, seharusnya bukan sahaja dapat memenuhi keperluan sumber

tenaga manusia negara, perkara-perkara yang berkaitan dengan peribadi belia itu

sendiri iaitu dari segi keperluan atau kehendak juga perlu diambil kira. Ini

adalah supaya para belia yang menyumbangkan tenaga kepada negara dapat

menyeimbangkan emosinya supaya dapat melakukan pekerjaan yang dilakukan

dengan penuh rasa minat, bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab.

5.3 Perbincangan Dapatan Kajian

5.3.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1:

Apakah pandangan pelatih Institut Kemahiran Mara terhadap latihan

yang diikuti?

Secara keseluruhannya pandangan responden terhadap latihan yang diikuti

menunjukkan skor min yang tinggi. Berdasarkan kepada dapatan analisis data,

didapati pelatih merasakan kemahiran yang diikuti di Institut Kemahiran Mara

amat berfaedah kepada diri mereka apabila bekerja nanti. Keupayaan responden

menjalankan kerja amali di bengkel pula, penyataan dapat menggunakan

peralatan kerja amali yang berada di bengkel IKM dengan baik, juga

menunjukkan purata min yang tinggi. Ini menunjukkan keyakinan responden

Page 70: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

53

untuk mengendalikan peralatan dan mesin yang ada di bengkel, di mana ia

adalah suatu aspek yang amat penting berkaitan dengan kebolehan dalam kerja

responden. Responden juga berkeyakinan di dalam menjalankan kerja-kerja

yang diarahkan oleh tenaga pengajar setelah menjalani latihan atau tunjuk ajar

yang diberikan oleh tenaga pengajar di institusi ini.

Pakar psikologi ada mengatakan bahawa manusia itu akan belajar dengan

lebih mudah dan baik apabila diberi peluang untuk mengamalkan (aplikasi)

segala kemahiran baru dan pengetahuan yang mereka perolehi khasnya untuk

latihan kerja di mana kemahiran-kemahiran khusus adalah sangat diperlukan

(Wan Azmi Ramli, 1984).

Begitu juga dengan latihan kemahiran yang diberikan kepada para pelatih di

Institusi kemahiran, seharusnya dididik dengan tanggapan, pemikiran,

kemahiran dan sikap yang betul supaya mereka dapat menyesuaikan diri dengan

sebarang keadaan. (Tajul Ariffin Noordin, 1990)

Oleh yang demikian, latihan kemahiran yang diberikan kepada para pelatih

di institusi kemahiran seharusnya benar-benar dapat memberikan faedah

sepenuhnya untuk digunakan para pelatih apabila mereka memasuki ke alam

pekerjaan.

5.3.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2:

Adakah pelatih berkecenderungan untuk bekerja sendiri?

Secara keseluruhannya aspek pelatih berkecenderungan untuk bekerja

sendiri, menunjukkan ianya adalah pada tahap yang tinggi. Keadaan ini

Page 71: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

54

menggambarkan responden yang dilatih kebanyakkannya, lebih berminat dan

bercita-cita untuk berusaha menjalankan perniagaan sendiri atau lebih dikenali

sebagai usahawan. Keadan ini dapat dilihat di dalam beberapa soalan yang

diajukan kepada responden seperti soalan ke 10, dimana pernyataan saya lebih

berminat untuk membuka perniagaan sendiri apabila tamat latihan di institusi ini

menunjukan sebanyak 67.5% menyatakan setuju, 15.6% sangat setuju dan

selebihnya menyatakan tidak pasti atau tidak setuju.

Fenomena ini memberikan gambaran positif kepada Negara, dimana tahap

kesedaran dikalangan belia dapat ditingkatkan dengan adanya belia-belia seperti

ini yang tidak hanya bergantung kepada orang lain dan juga pihak kerajaan

selain daripada mengurangkan masalah pengangguran di kalangan belia. Ini

adalah kerana pada kebiasaannya pelatih-pelatih sukar untuk memperolehi

pekerjaan dimana mereka terpaksa bersaing dengan belia-belia lain daripada

pelbagai institusi kemahiran atau pun pekerja asing yang upah mereka lebih

rendah berbanding dengan pekerja tempatan. Ini selaras dengan penyataan Che

Mat (2000), dimana pelatih-pelatih yang keluar dari institusi latihan kemahiran

juga menghadapi masalah untuk mendapatkan tempat bekerja yang sesuai

dengan bidang latihan yang diikuti. Antara faktor penghalangnya ialah daya

maju perusahaan industri kecil dan sederhana yang menjadi tumpuan tempat

mendapatkan pekerjaan.

Negara kita yang sedang pesat membangun ini sememangnya perlu kearah

bagi menyediakan rakyat yang lebih berdikari terutama golongan belia, bagi

menjayakan wawasan 2020. Ini selaras dengan pernyataan YAB En. Anwar

Ibrahim sewaktu beliau menjadi Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan di dalam

Tajul Ariffin Noordin(1990), yang menyatakan,

Page 72: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

55

“…..segala rancangan pada masa depan bertujuan untuk

mencelikan masyarakat berdasarkan prinsip-prinsip yang sedia

ada dan bukanya menjadikan masyarakat yang sentiasa menunggu

untuk menerima bantuan dari mana-mana pihak….”

Merujuk kepada soalan 13, penyataan berkenaan bekerja sendiri adalah

lebih baik daripada makan gaji dan soalan 14, bekerja sendiri memberikan lebih

kepuasan kepada saya adalah antara faktor yang menyebabkan mengapa pelatih

berminat untuk bekerja sendiri dimana masing-masing menunjukkan min yang

tinggi. Ini merupakan perkembangan yang terbaik di mana dengan adanya belia

seperti ini, Negara kita bukan sahaja akan memperolehi usahawan muda yang

berwawasan, malah Negara juga dapat memperkembangakan lagi kepesatan

ekonomi serta belia yang lebih berfikiran positif dan berdikari dalam dunia

pekerjaan.

5.3.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3:

Adakah latihan yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang luas?

Dilihat daripada dapatan daripada soal selidik mengenai aspek latihan

yang diikuti dapat memberi peluang pekerjaan yang luas menunjukan purata min

yang tinggi, dimana pernyataan seperti (soalan 17) saya yakin banyak sektor

pekerjaan yang boleh saya ceburi setelah tamat latihan di institusi ini dan

(soalan21) latihan kemahiran yang diikuti di institusi ini dapat memberi pelbagai

peluang pekerjaan menunjukkan 100% menyatakan setuju atau sangat setuju.

Page 73: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

56

Responden berasa yakin dengan situasi ini kerana pada pernyataan

soalan 23 menyatakan terdapat banyak agensi yang datang untuk menemuduga

pelatih bagi mengisi kekosongan di dalam sektor pekerjaan pada tahun akhir

latihan di institusi ini, menunjukan 100% menyatakan setuju atau sangat setuju.

Situasi ini menunjukan bahawa dengan menjalani latihan di institusi ini pelatih

akan memperolehi pelbagai peluang pekerjaan dengan terdapatnya pihak agensi

sendiri yang datang untuk menemudaga pelatih tanpa pelatih keluar untuk

mencari pekerjaan.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa keperluan sumber tenaga

manusia bagi negara adalah amat diperlukan bagi menjayakan wawasan untuk

menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju dalam sektor

perindustrian. Dengan itu adalah diharapkan supaya latihan yang dibekalkan di

institusi-institusi kemahiran dapat membekalkan tenaga kerja yang

berkemahiran dimana, latihan yang disediakan di institusi kemahiran lebih

menekankan kepada usaha membentuk belia sebagai pekerja separuh mahir atau

mahir untuk membolehkan mereka memasuki pasaran tenaga kerja yang lebih

mencabar akibat perubahan teknik dan teknologi yang lebih canggih atupun

menggalakkan perkembangan dan pertumbuhan industri kecil dan sederhana

(Che Mat, 2000). Situasi ini, menjadikan peluang-peluang pekerjaan bagi

pelatih-pelatih di institusi kemahiran ini lebih luas berbanding dengan belia-

belia tanpa latihan kemahiran.

5.3.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4:

Adakah latihan yang diikuti menepati kehendak para pelatih untuk

mendapat pekerjaan?

Page 74: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

57

Secara keseluruhannya aspek bagi persoalan kajian ke empat ini juga

menunjukkan purata min yang tinggi. Dengan ini, dapatlah dinyatakan bahawa

latihan yang diikuti oleh para pelatih di institusi ini menepati kehendak para

pelatih untuk mendapatkan pekerjaan. Situasi ini dapat dilihat dengan

pernyataan soalan seperti soalan 28 yang menyatakan saya yakin dengan latihan

yang diperolehi sekarang akan memudahkan saya untuk mendapatkan pekerjaan

yang saya kehendaki dimana, 70.1% responden menyatakan setuju dan 29.9%

menyatakan sangat setuju. Ini adalah kerana pelatih berasa yakin untuk

menceburi bidang pekerjaan dengan mengikuti latihan di institusi ini bagi

pernyataan soalan 26 dimana, 61% responden menyatakan setuju dan 39%

menyatakan sangat setuju.

Ini menunjukkan dengan latihan yang diperolehi di institusi ini, bukan

sahaja dapat memberikan latihan dan kemahiran yang mencukupi bagi

membolehkan mereka memasuki bidang pekerjaan untuk keperluan ekonomi

kehidupan mereka, malah ia juga dapat memenenuhi kehendak mereka di dalam

bidang pekerjaan. Perkara ini selaras dengan pernyataan Dr. Peter Shephard

(1989) dimana beliau menyatakan bahawa pekerjaan seharusnya mempunyai

potensi untuk memenuhi bukan sahaja keperluan ekonomi seseorang tetapi juga

memberikan atau memenuhi keperluan sosial dan peribadi.

Oleh yang demikian adalah perlu latihan yang diikuti dapat memenuhi

kehendak para pelatih terhadap pekerjaan supaya mereka dapat melakukan

sesuatu kerja itu dengan penuh minat, dedikasi, bersungguh-sungguh serta

bertanggungjawab.

Page 75: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

58

5.4 CADANGAN

Walaupun penyelidikan ini hanya tertumpu pelatih di IKM Johor Bahru,

namun dapatan dari penyelidikan ini diharapkan boleh digunakan pelbagai

lapisan dari institusi latihan lain sama ada swasta mahupun kerajaan yang

mengendalikan program latihan kemahiran vokasional. Adalah diharapkan

penyelidikan ini dapat menjadi sumber pengetahuan, rujukan serta panduan

kepada semua pihak terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung ke

arah kemajuan pendidikan vokasional dan teknik di negara ini.

Berdasarkan keputusan dan hasil penyelidikan yang diperolehi, berikut

adalah disenaraikan beberapa cadangan kepada pelbagai pihak terlibat

khususnya kepada pihak IKM sendiri, MARA, Kementerian Sumber Manusia

dan juga pelbagai pihak lagi yang terlibat di dalam menjayakan latihan

kemahiran ini. Antara cadangan penyelidik adalah seperti berikut;

5.4.1 Adalah disarankan agar pihak institusi latihan dapat memberikan latihan

yang setaraf dengan apa yang diperlukan oleh pihak agensi pekerjaan bagi

membolehkan tahap pengaplikasian kemahiran yang diperolehi oleh

pelatih dapat di gunakan secara maksimum. Oleh itu perlulah adanya

perhubungan yang baik diantara pihak institusi dengan pihak industri.

5.4.2 Hasil daripada dapatan kajian menunjukkan ramai diantara responden

berminat untuk bekerja sendiri. Dengan itu, adalah perlu bagi pihak yang

terlibat menentukan latihan yang diberikan berteraskan kepada amalan

perniagaan serta mengadakan seminar-seminar keusahawanan supaya

pelatih dapat didedahkan kepada dunia perniagaan serta lebih bersedia

menempuhi alam perniagaan.

Page 76: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

59

5.4.3 Adalah perlu bahawa pelatih mengetahui bidang pekerjaan yang sesuai

yang akan diceburi dengan latihan yang diikuti. Dengan ini, pelatih akan

mengetahui kehendak-kehendak latihan yang perlu dikuasai berdasarkan

kepada bidang pekerjaan. Oleh itu adalah perlu bagi setiap institusi

latihan menekankan bidang pekerjaan yang boleh diceburi oleh para

pelatihnya setelah tamat latihan. Bukan sahaja sebelum latihan bermula,

malah semasa latihan juga, penekanan perkara ini perlu juga diberi

perhatian dengan sewajarnya.

5.4.4 Adalah perlu bagi sesebuah institusi latihan itu untuk menyediakan

sumber tenaga bagi keperluan negara. Walaubagaimana pun perlu diingat

bahawa pelatih-pelatih ini juga merupakan manusia biasa yang

mempunyai naluri kehendak serta keperluan peribadi yang perlu dipenuhi.

Oleh itu, latihan yang diberikan juga perlulah menitik beratkan nilai-nilai

yang boleh membawa kepada perkembangan positif pelatih dengan

memberikan latihan yang dapat menyeimbangkan kehendak dan keperluan

pelatih itu sendiri. Dengan ini, adalah perlu bagi pihak yang terlibat untuk

merangka latihan yang selaras dengan penyataan yang dinyatakan tadi.

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Berdasarkan kepada penyelidikan yang telah dijalankan, berikut adalah

beberapa saranan untuk kajian lanjutan, antaranya adalah seperti berikut;

Page 77: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

60

5.5.1 Penyelidikan ini dijalankan untuk melihat aspirasi pekerjaan pelatih IKM.

Namun demikian penyelidikan boleh dilakukan ke atas pelatih untuk

melihat apakah faktor-faktor yang menyebabkan mereka memilih IKM

dan tidak institusi lain sebagai tempat untuk menerima latihan kemahiran

vokasional.

5.5.2 Penyelidikan ini hanya melibatkan responden yang berada di tahun akhir

sahaja. Bagi kajian akan datang, bolehlah disarankan agar menggunakan

responden dikalangan pelatih yang mungkin berada di tahun satu atau dua.

5.5.3 Penyelidikan akan datang juga boleh menumpukan kepada aspek aspirasi

pekerjaan yang melibatkan satu situasi dimana kajian boleh dilakukan

dengan lebih berfokus dan dapat menghasilkan kajian yang lebih tepat

serta jitu.

5.6 PENUTUP

Berdasarkan analisis data, perbincangan dan rumusan yang dibuat, dapatlah

dibuat kesimpulan bahawa responden dari Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

ini mempunyai aspirasi pekerjaan yang positif terhadap latihan yang diikuti. Ini

bermakna latihan yang diikuti amat bermakna kepada mereka untuk

diaplikasikan apabila bekerja nanti.

Disamping itu, pelatih juga mempunyai peluang yang luas untuk

mendapatkan pekerjaan yang dikehendaki dengan mengikuti latihan di institusi

Page 78: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

61

ini, tidak kira sama ada mereka ingin bekerja sendiri atau makan gaji. Dengan

adanya latihan di institusi ini juga, pelatih lebih berfikiran positif untuk

memajukan diri tanpa bergantung dengan makan gaji sahaja. Kebanyakan

daripada mereka berminat dan bercita-cita untuk berdikari dengan menjadi

usahawan. Ini merupakan perkembangan yang positif dimana, dengan latihan

yang diikuti kita bukan sahaja memperolehi belia yang mempunyai wawasan,

malah kita juga memperolehi usahawan-usahawan yang dapat membantu di

dalam perkembangan ekonomi negara.

Walau bagaimana pun, terdapat juga kelemahan-kelemahan yang perlu di

atasi oleh pihak-pihak tertentu supaya latihan yang diikuti benar-benar berkesan

dan bermanfaat kepada setiap pelatih yang mengikuti latihan di institusi ini.

Bagi mengatasi masalah yang ada, cadangan-cadangan yang dikemukan oleh

pengkaji diharapkan dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh pihak-pihak

yang berwajib agar dapat mempertingkatkan lagi mutu latihan pendidikan

kemahiran di Negara kita, insyaallah.

Page 79: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

RUJUKAN

Alias Baba (1997). “ Statistik Penyelidikan dalam Pendidikan dan Sains Sosial”.

Selangor: Universiti Kebangsaan Bangi.

Awang Mohamad (1999). “Hala tuju Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Elektrik

( Domestik dan Industri), Selepas tamat Pengajian Di Institiut Kemahiran

MARA”. Projek Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.

Bloch S. and Bates T. (1995). “Employability”. London : Kogan Page Ltd.

Bloom, B. S. (Ed.) (1989). “Taksonomi Objektif Pendidikan.” (Abdullah Junus).

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (1979).

Che Mat (2000). “Pengurusan Kerjaya.” Kuala Lumpur: Utusan Publications and

Distributors.

Dr. Peter Shephard (1989), “Panduan Perancangan Hidup Dan Kerjaya.” Selangor

: Fong and Sons Printers Pte. Ltd.

Hishamuddin Tajuddin ( 1995). “ Hala Tuju Pelajar-Pelajar Kejuruteraan Elektrik

( Juru Elektrik dan Penjaga Jentera Elektrik ) Selepas Tamat Pengajian di

IKBN, Dusun Tua Satu Kajian Kes”. Tesis Sarjana Muda UTM.

Ibrahim Mamat (1996).” Reka bentuk Dan Pengurusan Latihan Konsep Dan

Amalan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 80: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

Ismail Mamat (1993). “ Satu tinjauan ke atas kesesuaian kursus penyejukbekuan

dan penyamanan udara (aliran kemahiran) di Sekolah Menengah Vokasional

dengan keperluan industri penyejukbekuan dan penyamanan udara di

Malaysia.” Projek Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.

Kamus Dewan (1992). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “ Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengkaji Dasar Pelajaran (1979)”. Kuala Lumpur : Jabatan Cetakan Negara

Malaysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (1999). “Penyelidikan Pendidikan.” Skudai:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamad Samad (1992), “Penerimaan industri terhadap lepasan Sekolah

Menengah Vokasional (SMV) jurusan elektronik.” Projek Sarjana Muda

Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Majid Konting (2000). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan” Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamed Awang (1999). “Psikologi Kognitif.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Muhd.Mansur Abdullah, Siti Nordinar Mohd. Tamin (1989). “Kaunseling Kerjaya

(Teori dan Amalan).” Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ramli Abdul Karim (2004), “Wawancara : usah Serik Tangani gejala Sosial”

Kuala Lumpur : Mingguan Malaysia. Februari 1, 2004.

Page 81: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

Robiah Sidin (1998). “Pemikiran Dalam Pendidikan” Shah Alam: Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Robiah Sidin (1994). “Pendidikan di Malaysia: Cabaran Untuk Masa Depan”.

Kuala Lumpur : Fajar Bakti Sdn. Bhd.Selangor : Darul Ehsan.

Rozhan Othman (1997). “Pengurusan Personel dan Perancangan Guna Tenaga.”

Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tajul Ariffin Nordin (1990), “Pendidikan Belia.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa

Dan Pustaka

Universiti Teknologi Malaysia (1999), “Panduan Menulis Tesis”, Pusat Pengajian

Siswazah.

Shahril @ Chairil Marzuki et.al (1998). “Pendidikan di Malaysia.” Kuala

Lumpur: Utusan Publications & Distributors.

Wan Azmi Ramli (1984). “Latihan Satu Halacara Profesional.” Petaling Jaya:

Penerbit Fajar Bakti.

Zainal Mohd Salleh dan Fauzi Mat Daud (1997). “Sekolah Untuk Kerja: Cadangan

Untuk Dipertimbangkan Dalam Sistem Pendidikan Malaysia.” Kertas Kerja

Seminar Kebangsaan Pendidikan Teknik dan Vokasional. UPM: “Tidak

diterbitkan.”

Page 82: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

Zakaria Abd. Rashid, T. Subahan Mohd. Meerah (1990). “Aspirasi Kerjaya di

kalangan Pelajar Sekolah Menengah Vokasional Pertanian”. Jurnal

Universiti Pertanian Malaysia.

Page 83: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

66

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG SOAL SELIDIK

**************************************************

TAJUK :

Aspirasi pekerjaan para pelatih Institut Kemahiran Mara Johor Bahru

terhadap latihan yang diikuti

**************************************************

Adalah diharapkan saudara-saudari dapat memberi kerjasama sepenuhnya

bagi menjawab serta memberi keterangan secara jujur dan ikhlas terhadap soalan

yang dikemukakan.

Segala maklumat yang dicatat adalah RAHSIA dan ianya digunakan

semata-mata untuk memenuhi kehendak Kajian Projek Sarjana Muda. Segala

kerjasama yang diberikan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang benar…..

FAIZAH BT. SHARIP SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP)

Page 84: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

67

BAHAGIAN A

Sila tanda ( / ) dan tuliskan diruang yang disediakan.

BIODATA DIRI

1. Umur: 15 - 20 thn 25 – 30 thn

21 – 25 thn 31 – 35 thn

lebih 35 thn

2. Jantina: Lelaki Perempuan

3. Status : Bujang Berkahwin

4. Kelulusan Akademik: PMR SPM

SPMV

Lain-lain …………………………

Page 85: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

68

5. Aliran: Sains Tulen Sastera

Teknik Vokasional

Lain-lain ……………………….

6. Jenis Sekolah: Akademik Teknik

Asrama Penuh Vokasional

Lain-lain ……………………

7. Bidang kursus di IKM : ……………………………….

Page 86: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

69

BAHAGIAN B

Terdapat 5 pilihan jawapan yang disediakan. Anda hanya perlu menandakan

SATU sahaja jawapan yang difikirkan sesuai. Sila tanda ( / ) pada kotak

jawapan. Pilihan jawapan adalah seperti berikut :

1. Sangat Tidak Setuju

2. Tidak Setuju

3. Tidak Pasti

4. Setuju

5. Sangat Setuju

BIL SOALAN SS

5

S

4

TP

3

TS

2

STS

1

1 Saya dapat menggunakan peralatan kerja

amali yang berada di bengkel IKM dengan

baik.

2 Saya dapat menjalankan kerja-kerja

amali/praktikal yang diarahkan oleh tenaga

pengajar di bengkel IKM dengan baik.

3 Saya dapat menyiapkan kerja-kerja amali yang

diarahkan oleh tenaga pengajar di institusi ini

dengan baik.

4 Saya berupaya menggunakan mesin yang

berada di bengkel IKM tanpa bantuan orang

lain.

5 Projek atau hasil kerja amali/praktikal di

bengkel institusi ini, dapat memberi kepuasan

kepada diri saya.

Page 87: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

70

BIL SOALAN SS

5

S

4

TP

3

TS

2

STS

1

6 Saya tidak menghadapi masalah untuk

menyiapkan sesuatu kerja amali yang

diberikan oleh tenaga pengajar.

7 Saya merasa lebih yakin untuk melakukan

sesuatu tugasan yang diarahkan oleh tenaga

pengajar setelah mengikuti latihan

amali/praktikal di institusi ini.

8 Latihan kemahiran yang diikuti di institusi ini

amat berfaedah kepada diri saya apabila saya

bekerja nanti.

9 Saya yakin akan dapat berdikari selepas

menjalani latihan di institusi ini.

10 Saya bercita-cita untuk membuka perniagaan

sendiri pada suatu hari nanti.

11 Saya lebih berminat untuk bekerja sendiri

apabila tamat latihan di institusi ini.

12 Saya lebih berminat untuk bekerja makan gaji

apabila tamat latihan di institusi ini.

13 Bekerja sendiri adalah lebih baik daripada

makan gaji.

14 Bekerja sendiri memberikan lebih kepuasan di

dalam kehidupan saya.

15 Bekerja sendiri memudahkan saya untuk

memenuhi cita-cita saya.

16 Bekerja makan gaji hanya untuk mencari

pengalaman sahaja

Page 88: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

71

BIL SOALAN SS

5

S

4

TP

3

TS

2

STS

1

17 Saya yakin banyak sektor pekerjaan yang

boleh saya ceburi setelah tamat latihan di

institusi ini.

18 Saya yakin akan mendapat pekerjaan yang

saya ingini setelah mengikuti latihan di

institusi ini.

19 Latihan amali yang saya ikuti adalah

mencukupi untuk dijadikan panduan apabila

saya bekerja nanti.

20 Saya telah mengetahui tentang pekerjaan yang

sesuai dengan kursus yang saya ikuti sekarang

sebelum memasuki institusi ini.

21 Latihan kemahiran yang diikuti di institusi ini

dapat memberi pelbagai peluang pekerjaan.

22 Terdapat pelbagai agensi yang datang untuk

memberikan ceramah tentang kerjaya yang

sesuai dengan kursus yang diambil oleh

pelatih di institusi ini.

23 Terdapat banyak agensi yang datang untuk

menemuduga pelatih bagi mengisi kekosongan

di dalam sektor pekerjaan pada tahun akhir

latihan di institusi ini.

Page 89: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan

72

BIL SOALAN SS

5

S

4

TP

3

TS

2

STS

1

24 Saya telah memilih bidang pekerjaan yang

sesuai dengan kursus yang diikuti di institusi

ini.

25

Latihan yang saya ikuti di institusi ini adalah

untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang

lebih baik.

26 Saya lebih berkeyakinan untuk menceburi

bidang pekerjaan dengan mengikuti latihan di

institusi ini.

27 Pekerjaan yang akan saya ceburi selepas tamat

kursus ini mempunyai kaitan dengan latihan

yang saya ikuti sekarang.

28 Saya yakin dengan latihan yang diperolehi

sekarang akan memudahkan saya untuk

mendapatkan pekerjaan yang saya kehendaki.

29 Latihan yang diikuti di institusi ini dapat

memenuhi kehendak pekerjaan yang akan

saya ceburi.

30 Saya yakin masa hadapan kerjaya saya lebih

cerah dengan mengikuti latihan di institusi ini.

Page 90: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
Page 91: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
Page 92: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
Page 93: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
Page 94: ASPIRASI PEKERJAAN PARA PELATIH INSTITUT KEMAHIRAN … · pelatih IKM Johor Bahru terhadap latihan yang diikuti. Di dalam kajian ini, penyelidik Di dalam kajian ini, penyelidik menggunakan