asinmen 3101 tumbuhan

7

Click here to load reader

Upload: mohd-noor-khairizam

Post on 18-Jul-2015

92 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asinmen 3101 tumbuhan

Kaedah pembiakan tanaman

PEMBIAKAN TUMBUHAN

Pembiakan adalah satu proses di mana tiap-tiap organisma menambah dari segi bilangan

individu beranak dan berkembang dalam peredaran masa. Tumbuhan membiak dan

berkembang dengan dua cara :

•seksual; contoh biji benih, spora

•Tampang (vegetatif); contoh keratan, belahan, cantuman, organ-organ khas dan lain-lain.

Biji benih

Kebanyakan tumbuhan dibiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim,

pokok saka dan juga daripada jenis renek walaupun pokok-pokok ini boleh dibiak secara

tampang.

Kebaikan Pembiakan Secara Biji Benih

•Boleh menghasilkan baka-baka baru

•Dapat menyediakan pokok-pokok sebagai pokok penanti untuk cantuman

•Murah dan menghasilkan lebih banyak pokok

•Anak pokok mungkin lebih cergas (hybrid vigour) berbanding dengan induknya.

Keburukan Pembiakan Secara Biji Benih

•Biji benih mungkin mempunyai masa rehat (dormancy)

•Mengambil masa yang panjang untuk matang

•Kemungkinan menghasilkan tumbuhan yang berbeza daripada induknya

•Setengah tumbuhan hanya dapat dibiakkan pada masa-masa tertentu kerana pengeluaran

buah dan biji benihnya bermusim

Pemilihan Biji benih

Biji benih dengan ciri-ciri berikut perlu dipilih:

•Matang

•Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain)

•Berisi, segar dan bersih dari kekotoran

•Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah)

•Bebas dari penyakit dan perosak

Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak.

Biji itu dibersihkan. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang

terbuka dan ternaung. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa

seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya

percambahan dengan cepat. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di

tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya.

Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.

Percambahan biji benih

Percambahan biji benih bergantung pada faktor-faktor seperti peratus lembapan, suhu, cahaya

dan oksiogen. Percambahan biji benih yang tidak serentak disebabkan oleh faktor-faktor

Page 2: Asinmen 3101 tumbuhan

fizikal, fisiologikal dan persekitaran. Fenomena ini berlaku oleh kerana kulit biji benih (testa)

tidak telap air atau biji benih mengeluarkan bahan beracun dan lain-lain faktor dalaman.

Kadangkala biji benih memerlukan rawatan tertentu untuk mempercepatkan percambahan.

Rawatan percambahan biji benih

Terdapat beberapa cara rawatan untuk percambahan biji benih:

•Pelelasan (scarification)

Satu proses dimana kulit biji benih dirawat supaya biji benih telap air. Cara-caranya biasa

dilakukan ialah membuang atau mengikis testa, merendam biji benih dalam asid atau air

panas.

•Stratifikasi

Stratifikasi adalah proses melembutkan testa ddengan meletakkan biji benih dalam timbunan

pasir, tanah atau habuk papan yang basah pada suhu yang turun naik.

•Vernalisasi

Vernalisasi adalah satu proses menyebabkan biji-biji benih mengeluarkan hormon untuk

percambahan dengan meletakkan biji benih pada suhu yang rendah.

•Pemeraman (fermentation)

Pemeraman adalah satu proses merendam biji benih ke dalam air atau menyimpannya dalam

beg plastik yang diikat untuk menanggalkan selaput biji benih.

Menyemai Biji benih

a. Rawatan sebelum menyemai

Biji benih yang hendak disemai sebaik-baiknya dirawat terlebih dahulu bagi mengelakkan

dari serangan penyakit terutama penyakit dari jenis kulat.

Bahan-bahan kimia yang digunakan ialah seperti Thiram, Benlate atau kuprum sulfat (kadar

bancuhan 1 gm/liter air)

b. Medium Percambahan

Medium percambahan yang digunakan harus mempunyai ciri-ciri berikut:

•mampu menyokong anak-anak benih,

•menyimpan air secukupnya

•mempunyai cukup rongga untuk pengudaraan dan penembusan akar

•bebas dari biji benih rumpai

Contohnya; vermiculite, perlite, tanah gambut, tanah loam, habuk papan atau cocopeat reput,

pasir atau campuran bahan-bahan di atas J.I.S.).

c. Cara menyemai

Biji benih disemai mengikut saiznya. Terdapat perbezaan teknik menyemai untuk biji benih

Page 3: Asinmen 3101 tumbuhan

halus dan kasar.

Biji benih halus

Sediakan campuran tanah J.I.S dan dimasukkan kedalam bekas semaian. Siram bekas ini

sehingga lembab. Biji benih halus digaul dengan pasir halus dengan nisbah 1 bahagian benih

: beberapa bahagian pasir halus dan kering untuk memudah dan meratakan taburan biji benih

atas permukaan tanah. Selepas ditabur, tutup biji benih dengan satu lapisan tanah peroi dan

disiram. Bekas menyemai boleh ditutup dengan gelas atau plastik lutsinar hingga benih

bercambah.

Biji benih kasar

1. Sediakan medium percambahan, dan bekas semaian yang sesuai.

2. Pilih biji benih yang bernas dengan merendamkannya di dalam air. Biji benih yang timbul

dibuang. Semai secepat mungkin dengan menggunakan teknik yang betul.

3. Setelah biji benih mengeluarkan 2-3 helai daun sebenar (true leaves) bolehlah diubah ke

dalam beg politena.

Pembiakan Tampang

Pembiakan tampang ialah pembiakan yang menggunakan bahagian-bahagian vegetatif

tumbuhan seperti akar, batang, daun untuk memperbanyakkan tumbuhan yang sama dengan

induknya. Tumbuh-tumbuhan yang dihasilkan secara demikian dipanggil klon. Bahagian-

bahagian vegetatif ini adalah paling istimewa oleh sebab tiap-tiap sel ini mewakili pokok

keseluruhannya. Oleh itu, pokok yang dibiak 100 tahun dahulu adalah sama dengan yang

dibiak sekarang.

Kebaikan Pembiakan Tampang

* Boleh mendapat pokok yang seragam

* Ciri-ciri anak pokok menyerupai induknya

* Cepat berbunga atau berbuah

* Boleh dibiakkan sepanjang tahun

* Dapat dibiak dengan banyak dalam satu masa

* Dapat digunakan untuk membiakkan tumbuhan yang tidak mengeluarkan biji benih bernas

Keburukan Pembiakan Tampang

* Tidak semua jenis tumbuhan dapat dibiak dengan cara ini

* Pemindahan penyakit lebih mudah terutama penyakit virus

* Setengah kaedah memerlukan kemahiran teknikal yang agak rumit

Jenis-jenis Pembiakan Tampang

A) Secara Semula Jadi

a.Rayapan (stolon) – batang yang keluar dari aksil daun dan biasanya tumbuh menjalar secara

mendatar di atas permukaan tanah. Contoh: Episcia dan chlorophythum.

b. Sulur - Anak atau rumpun pokok yang dipisahkan dari pokok induk. Contoh: Pisang kipas

(Ravenala), Keladi

c.Umbisi - Contoh: Gladiolus, abaca

Page 4: Asinmen 3101 tumbuhan

d.Bebawang (leaf scale) Contoh : Lily, Amaryllis

e.Rizom – batang yang menjalar di bawah permukaan tanah. Contoh : halia, bunga tasbih,

iris,

rumput, kunyit

f.Tuber Contoh: kentang, keladi

g.Akar Tuber - Akar yang membesar dalam tanah. Mata tunas terdapat pada jemala akar.

Contoh: dahlia, keledek, gloriosa

Pembahagian boleh dilakukan kepada beberapa jenis bahagian tumbuhan tersebut di atas

dengan memotongnya kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil. Contoh kentang,

bebawang.

B. Secara Buatan

KERATAN

a. Keratan dahan atau batang

Keratan dahan terdiri daripada keratan kayu keras, kayu sederhana dan keratan kayu hijau

atau lembut.

Cara mengambil keratan batang:

Pilih dahan atau ranting yang subur dan tidak berpenyakit. Panjangnya keratan anantara 15 -

20cm. Potong pangkal keratan itu serong di bawah satu mata tunas. Tinggalkan 2 atau 3 helai

daun. Tentukan sekurang- kurangnya ada 1 tunas untuk akar dan 1 tunas untuk pucuk. Tanam

keratan itu sedalam kira-kira 5 - 7cm (1/3 daripada keratan). Tekan di sekeliling pangkal

keratan. Siram. Untuk keratan yang susah berakar, rawat pangkal keratan dengan hormon

penggalak akar seperti IBA, ABA, NAA. Jenis-jenis hormon ini ada dijual dalam bentuk

debu.

b. Keratan daun

Jenis ini terdiri daripada keratan bahagian daun, keratan urat daun, keratan tangkai daun dan

keratan helaian daun.

Keratan helai daun dibuat dengan mengambil sehelai daun yang bertangkai atau tidak

bertangkai di mana ianya ditanam dalam medium pengakaran seperti pasir. Akar dan daun

baru akan keluar dari sebelah bawah daun. Pokok Begonia boleh dibiak dengan meletak

sehelai daun yang telah dikerat urat daunnya di atas pasir. Pokok sanseiveria boleh dibiak

dengan cara keratan bahagian daun. Untuk membuat keratan tangkai daun tentukan lai daun

mempunyai batang sepanjang 2.5 – 4cm panjang.

c. Keratan Akar

Keratan akar dibuat dengan memotong bahagian-bahagian akar yang sihat dan tidak

berpenyakit kira-kira 7 - 15cm panjang dan kemudian ditanam dengan membaringkan akar di

dalam pasir yang bercampur serbuk papan atau tanah gambut. Pastikan paras atas akar adalah

sama paras dengan pasir.

Page 5: Asinmen 3101 tumbuhan

Ada setengah pokok tidak mengeluarkan biji dan susah pula dibiak dengan cara lain,

(misalnya pokok sukun, dahlia, Plumbago). Oleh itu akarnya boleh digunakan sebagai bahan

pembiakan.

Penjagaan Keratan

Penjagaan rapi adalah mustahak semasa pengakaran. Sebaiknya keratan jangan diubah-ubah

kerana akar-akar baru sangat lembut dan senang patah. Kebersihan kawasan perlu dijaga

untuk mengelakan dari jangkitan penyakit.

Peratus kelembapan dikurangkan secara berperingkat setelah pengakaran mula berlaku dan

keamatan cahaya dipertingkatkan. Keratan-keratan tadi sedia diubah apabila mengeluarkan

akar sekunder. Elakkan akar tercedera semasa mengubah dengan menyiramnya terlebih

dahulu sebelum dicungkil. Kemudian tanam di dalam bekas yang mengandungi campuran

tanah yang bersesuaian. Siram secukupnya dan beri teduhan selama 7-14 hari.

Cantuman

Cantum satu pembiakan tampang biasanya digunakan untuk membiak pokok buah-buahan.

Namun ianya sesuai juga untuk pokok-pokok hiasan.

Pembiakan cara cantuman terbahagi kepada 3 jenis :

a) Cantuman tunas atau Cantuman dekatan

i) Sandingan

b) Cantuman mata tunas

i) Cantuman 'T'

ii) Cantuman tampal

iii) Cantuman takuk

c) Cantuman Belahan

i) Belahan tepi

ii) Belahan rencung

iii) Belahan baji

Pokok Penanti (Stock Plant)

Pokok penanti ialah pokok yang ditanam dari biji benih untuk tujuan mendapatkan sistem

akar yang baik. Cantuman boleh dilakukan apabila pokok penanti mencapai saiz batang yang

sesuai (berukuran lebih kurang 1 cm garispusat) untuk menerima mata tunas.

Mata tunas

Terdapat dua jenis mata tunas iaitu mata tunas rehat dan mata tunas ketiak. Pokok-pokok

yang mempunyai mata tunas rehat ialah seperti rambutan, bunga kertas, ciku, cempedak dan

lain-lain. Pokok-pokok yang mempunyai mata tunas ketiak ialah seperti durian dan ros.

Cara mencantum mata tunas

Page 6: Asinmen 3101 tumbuhan

Contoh: Cantuman tampal

a) Sediakan pokok penanti

b) Potong dua garisan daripada atas ke bawah, panjang kira-kira 4cm pada batang pokok

penanti, dengan menggunakan pisau cantuman yang tajam dan bersih.

c) Potongan dibuat kira-kira 15cm daripada tanah. Jarak antara garisan kira-kira 1cm.

d) Buat satu garisan melintang di sebelah bawah dan kopek sedikit kulit bagi menentukan

sama

ada kulit itu boleh dikopek.

e) Pilih satu mata tunas yang baik, potong dua garisan sebesar dengan yang dibuat pada

pokok

penanti tadi. Kemudian potong kepingan tunas daripada kayu mata tunas dan tanggalkan

kulitnya beserta mata tunas.

f) Kopekkan kulit daripada pokok penanti tadi dan tampalkan mata tunas. Buangkan kulit

pokok

penanti dan tinggalkan lebih kurang 1cm.

g) Antara 20 - 30 hari mengikut jenis-jenis pokok, buka balutan pita plastik itu.

h) 1 minggu selepas pita plastik dipotong, bahagian atas pokok penanti dipotong kira-kira

5cm - 8cm daripada bahagian yang dicantum.

Dalam masa 2 - 3 minggu selepas pokok penanti dipotong, mata tunas akan mulai membesar.

Tunas-tunas yang tumbuh daripada bahagian-bahagian lain sepanjang pokok penanti

hendaklah dibuang.

Untuk memastikan kejayaan cantuman perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:

a) Pisau cantuman mestilah tajam dan bersih

b) Pokok penanti dan mata tunas yang hendak dicantum mestilah dari keluarga yang sama.

c) Saiz mata tunas dan saiz kelaran di pokok penanti mestilah sama.

d) Proses mencantum mesti dibuat dengan cepat untuk mengelakkan kambium atau mata

tunas

menjadi kering

e) Pokok penanti dan mata tunas mestilah sihat dan subur.

f) Tentukan ikatan jangan terlalu kuat atau terlalu longgar

g) Kerja mencantum eloklah dibuat di waktu pagi atau petang sebelum siraman dilakukan.

LENTURAN (layering)

Lenturan adalah satu proses pembiakan tampang menggunakan bahagian pokok yang masih

menjadi sebahagian daripada pokok induk yang masih hidup.

Terdapat empat jenis lenturan:

a) Lenturan Pucuk (tip layerage)

b) Lenturan Busut

c) Lenturan Peparitan (berbaringan)

d) Lenturan udara (tut)

a) Lenturan udara (tut)

Lenturan yang biasa di buat. Pembiakan cara ini sesuai digunakan untuk pokok-pokok yang

susah dibiak dengan cara tampang yang lain. Biasanya dilakukan pada pokok-pokok jenis

Page 7: Asinmen 3101 tumbuhan

kayu keras seperti pokok kenanga, cempaka, limau dan ciku.

Cara-cara mengetut

Sediakan tanah campuran yang sesuai yang mempunyai sifat-sifat senang dikepal, melekat

dan yang boleh menyimpan air dengan secukupnya selama masa dahan dalam proses

pengakaran.

Tanah campuran biasa digunakan ialah:

a) 2 bahagian isipadu tanah peroi 1 bahagian isipadu baja organik

b) 4 bahagian isipadu habuk papan 3 bahbahagian isipadu tanah peroi 2 bahagian isipadu baja

organik

Cara memilih dahan yang sesuai

a) Dahan dipilih daripada pokok sihat, segar dan tidak berpenyakit atau diserang serangga.

b) Dahan mestilah dari kayu keras atau sederhana keras, sekurang-kurangnya lcm garis pusat.

c) Dahan yang dipilih sebaiknya seimbang percabangan, berbentuk lurus dan mendapat cukup

cahaya matahari.

Cara mengetut

a) Sediakan kepalan campuran tanah sebesar telur ayam dan direnjis air sehingga lembab.

b) Pilih dahan yang sesuai serta buangkan daun-daun dan ranting-ranting di bawah kelaran

yang akan dibuat.

c) Buatkan kelaran keliling, pertama di bawah mata tunas dan kelaran kedua dibuat

sekurang-kurangnya 3cm di bawah dari kelaran pertama.

d) Kupas kulit di antara dua kelaran dan kikiskan (kambium) hingga ke kayu.

e) Sapukan hormon penggalak akar di kelaran atas

f) Ikatkan plastik di bahagian kelaran bawah.

g) Dekatkan tanah yang telah dikepal di bahagian dahan yang telah dikikis tadi, tentukan

tanah

itu padat dan melekat dengan baik.

h) Bungkuskan kepalan tanah dengan kertas plastik dan diikat pada kedua-dua hujungnya.

i) Selepas 2 - 3 bulan, tut ini akan mengeluarkan akar dan boleh dipotong bahagian bawah

dan

diubah ke dalam beg plastik.

http://yuzamri.blogspot.com/2008/05/kaedah-pembiakan-tanaman.html