asgmy group kushwn-alfaiz

45
PME 3073 - KEUSAHAWANAN A) LATAR BELAKANG SYARIKAT Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat yang tersenarai di bawah kumpulan syarikat-syarikat yang didaftarkan dengan SMIDEC. Syarikat ini telah ditubuhkan pada Ogos 2002 dan di daftarkan pada 17 September 2004 dengan menggunakan nombor pendaftaran 666285-D. Premis syarikat ini adalah jenis rumah kedai setingkat di mana premis ini disewa daripada orang perseorangan dan lokasinya adalah terletak di No. 10&11, Kawasan Industri IKS, Sungai Korok, Alor Biak, 06000 Jitra, Kedah Darul Aman. Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci mengenai syarikat dan produk keluaran syarikat ini, boleh menghubungi pihak pengurusan syarikat di talian 04- 7943736/3713 atau secara fax di nombor 04-7943621. Selain itu, orang ramai juga boleh memberikan sebarang pendapat atau cadangan mengenai produk keluaran syarikat ini melalui e-mail di alamat [email protected]. Al-Faiz Industries Sdn. Bhd adalah tergolong dalam jenis syarikat Sdn. Bhd dan merupakan syarikat bumiputera iaitu milik penuh En. Azhar Bin Hj Md Yusoff yang juga adalah Pengarah Urusan. Beliau turut mendapat sokongan padu 1

Upload: norlinda-mokhtar

Post on 01-Dec-2015

394 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

A) LATAR BELAKANG SYARIKAT

Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. merupakan salah satu syarikat yang tersenarai di

bawah kumpulan syarikat-syarikat yang didaftarkan dengan SMIDEC. Syarikat ini telah

ditubuhkan pada Ogos 2002 dan di daftarkan pada 17 September 2004 dengan

menggunakan nombor pendaftaran 666285-D. Premis syarikat ini adalah jenis rumah

kedai setingkat di mana premis ini disewa daripada orang perseorangan dan lokasinya

adalah terletak di No. 10&11, Kawasan Industri IKS, Sungai Korok, Alor Biak, 06000

Jitra, Kedah Darul Aman.

Sekiranya orang ramai mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan

maklumat dengan lebih terperinci mengenai syarikat dan produk keluaran syarikat ini,

boleh menghubungi pihak pengurusan syarikat di talian 04-7943736/3713 atau secara fax

di nombor 04-7943621. Selain itu, orang ramai juga boleh memberikan sebarang

pendapat atau cadangan mengenai produk keluaran syarikat ini melalui e-mail di alamat

[email protected].

Al-Faiz Industries Sdn. Bhd adalah tergolong dalam jenis syarikat Sdn. Bhd dan

merupakan syarikat bumiputera iaitu milik penuh En. Azhar Bin Hj Md Yusoff yang juga

adalah Pengarah Urusan. Beliau turut mendapat sokongan padu daripada isteri

tercintanya iaitu Pn. Suhana Binti Abdullah yang juga menyandang jawatan sebagai

Pengarah Urusan di syarikat ini. Syarikat ini terlibat secara langsung dalam industri

makanan dan minuman kesihatan yang berasaskan herba. Operasi syarikat ini

menumpukan sepenuhnya dalam perniagaan minuman Roselle dan juga minuman

bertenaga berasaskan Roselle Tongkat Ali dan Roselle Kacip Fatimah. Antara produk

keluaran syarikat ini yang berasaskan herba dan Roselle ialah kordial dan jus pekat,

minuman tenaga, jem, halwa, tea dan set bersalin.

1

Page 2: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

B) SEJARAH PENUBUHAN SYARIKAT

En. Azhar Bin Hj Md Yusoff menubuhkan syarikat ini dengan hasil titik peluhnya

sendiri di mana beliau menggunakan wang simpanannya yang ada sebagai modal

permulaan dengan tanpa membuat sebarang pinjaman dari mana-mana institusi

kewangan. Modal permulaan bagi menubuhkan syarikat ini ialah RM600,000.00 secara

tunai. Pengorbanan isterinya yang menjadi pendorong kepada En. Azhar Bin Hj Md

Yusoff untuk berjinak dalam bidang perniagaan ialah mendapat persetujuan isterinya

untuk menjual rumah yang diduduki mereka di mana merupakan satu-satunya harta

bernilai yang dimiliki mereka untuk dijadikan modal permulaan kepada perniagaan

syarikat ini. Hasil jualan rumah mereka yang berharga RM140,000.00 dijadikan asas

menghasilkan produk kesihatan berasaskan herba dan Roselle.

Oleh itu, En. Azhar Bin Hj Md Yusoff telah bertekad untuk menjual rumahnya

sebagai modal permulaan perniagaan disebabkan terdapat banyak masalah dan rintangan

yang terpaksa ditempuhi bagi mendapatkan pinjaman bank. Ini kerana sudah menjadi

lumrah bagi pihak bank yang agak sukar untuk memberikan pinjaman kewangan kepada

syarikat yang baru memulakan operasi perniagaan kerana mempunyai kadar risiko

kegagalan yang agak tinggi.

Tambahan pula terdapat prosedur dari pihak bank yang menuntut pemilik syarikat

baru yang berhasrat untuk mendapatkan pinjaman kewangan daripada pihak bank supaya

mencagarkan aset yang bernilai sebagai cagaran terhadap pinjaman kewangan yang

dipohon. Disamping itu, beliau menyatakan bahawa tindakan beraninya mengambil

risiko untuk menjual rumahnya sebagai modal perniagaan kerana keyakinannya terhadap

produk kesihatan berasaskan herba terutamanya gamat, aloe vera dan Roselle di mana

mempunyai pasaran luas berdasarkan permintaan yang tinggi ke atas barangan

menggunakan bahan semula jadi.

2

Page 3: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Namun begitu, usahawan muda yang berusia 42 tahun ini turut berpendapat

bahawa dengan menggunakan modal sendiri dapat menggalakkannya berusaha lebih

gigih dan tekun serta bijak menggunakan semua peluang yang ada. Menurutnya lagi,

apabila beliau menggunakan modal sendiri secara tidak langsung dapat mendidiknya

berjimat dan berhati-hati ketika mengeluarkan perbelanjaan. Baginya, setiap perkara

yang dilakukan perlu dikaji dengan teliti supaya tidak berlaku pembaziran. Kini, En.

Azhar Bin Hj Md Yusoff sedang di dalam proses membuat permohonan pinjaman

kewangan dengan pihak bank disebabkan oleh keperluan untuk operasi perniagaannya

yang semakin berkembang maju.

Nama Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. adalah tercetus daripada idea pengasas

syarikat ini sendiri iaitu En. Azhar Bin Hj Md Yusoff sempena gabungan nama tiga orang

cahaya matanya. Beliau dikurniakan seorang putera yang bernama Mohd Alif (Al) dan

dua orang puteri yang bernama Nor Fatin Shahira (Fa) dan Nor Azlin Izati (Iz). Beliau

menyatakan bahawa nama tersebut merupakan tanda kasih sayangnya terhadap anak-

anaknya yang selama ini menjadi semangat kepadanya untuk terus memajukan syarikat

ini. Di samping itu, beliau berhasrat agar di masa hadapan anak-anaknya akan mewarisi

pengurusan syarikatnya serta mengikut jejak langkahnya untuk menjadi usahawan.

Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. telah ditubuhkan oleh En. Azhar Bin Hj Md

Yusoff didorong atas minatnya yang mendalam semenjak kecil terhadap bidang

perniagaan. Ini turut disebabkan oleh latar belakang keluarganya yang terdiri daripada

ahli perniagaan di mana ayahnya telah menjalankan perniagan kedai runcit secara kecil-

kecilan. Di samping itu, beliau juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang

pemasaran semasa memegang Francais Mobikom pada tahun 1997.

Oleh itu, beliau telah memilih untuk menjalankan perniagaan yang mengeluarkan

produk kesihatan berasaskan herba dan Roselle disebabkan rasa penuh yakinnya bahawa

produk tersebut adalah suatu keperluan harian di masa kini. Tambahan pula, melihat

kepada permintaan pasaran semasa yang banyak tertumpu kepada minuman kesihatan

dan mempunyai pasaran kepenggunaannya yang meluas di Malaysia.

3

Page 4: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Pengasas syarikat ini juga telah menjalankan usaha sama dengan Pusat

Penyelidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk menguji keberkesanan barangan

kesihatan daripada adunan aloe vera, gamat dan Roselle di mana untuk mengetahui

khasiatnya kerana bahan tersebut banyak digunakan dalam industri kecantikan serta ubat

tradisional. Malahan, beliau juga sentiasa memastikan produknya diuji secara klinikal

oleh institusi bertauliah seperti UPM, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan

Chemical Engineering Pilot Plan (CEPP) supaya produknya benar-benar selamat

digunakan.

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan telah membuktikan bahawa produk

yang dihasilkan daripada penggunaan bahan tersebut dapat membantu menyelesaikan

pelbagai masalah kulit dan kesihatan. Di samping itu, keberkesanan produk keluaran

syarikat ini juga disebabkan oleh tiada penggunaan bahan kimia dalam penghasilannya.

Di awal penubuhan syarikat ini, bilangan tenaga kerja yang digunakan adalah

seramai 11 orang iaitu 3 orang telah ditempatkan di bahagian pengurusan syarikat dan 8

orang pula ditempatkan di bahagian pengeluaran. Pada masa kini, bilangan tenaga kerja

yang digunakan adalah seramai 10 orang iaitu 6 orang telah ditempatkan di ibu pejabat

syarikat di Jitra dan 4 orang pula ditempatkan di Sungai Petani di mana merupakan

cawangan syarikat ini untuk operasi mengeksport produk keluaran syarikat ke luar

negara.

Syarikat ini akan memulakan operasi perniagaannya dari pukul 8.30 pagi

sehingga 5.30 petang iaitu bergantung kepada permintaan pelanggan terhadap produk

keluaran syarikat. Sekiranya permintaan pelanggan terhadap produk keluaran syarikat ini

meningkat dari kebiasaannya, para pekerjanya akan melakukan kerja lebih masa (OT)

bagi memenuhi permintaan pelanggan tersebut. Pengasas syarikat Al-Faiz Industries

Sdn. Bhd. akan membayar gaji dan mencarumkan sejumlah amaun daripada gaji para

pekerjanya ke dalam KWSP dan PERKESO pada setiap akhir bulan. Manakala bonus

4

Page 5: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

akan diberikan kepada para pekerjanya mengikut pencapaian mereka semasa

melaksanakan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

5

Page 6: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

C) PERNIAGAAN TERAS DAN SAMPINGAN SYARIKAT

Gambar 1 : Roselle

Al-Faiz Industries Sdn Bhd merupakan syarikat bumiputera pertama yang

menghasilkan produk berasaskan Roselle. Syarikat ini merupakan syarikat yang

berdaftar dengan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) yang mana kilang pengeluaran

produk adalah bertapak di kawasan industri IKS Sungai Korok, Jitra, Kedah. Perniagaan

utama syarikat ini ialah mengeluarkan produk berasaskan Roselle dan menjalankan

pemasaran produk terus kepada agen-agen yang dilantik. Di samping itu Al-Faiz

Industries Sdn Bhd juga menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap

Roselle untuk menghasilkan pelbagai produk.

Produk utama Al-Faiz Industries Sdn Bhd yang berasaskan Roselle ialah Jus

Pekat (kordial) dan Minuman Jus Roselle. Produk ini merupakan produk terawal syarikat

setelah sekian lama melakukan R&D untuk memastikan khasiat dan kualiti produk

terjamin. Selain itu, Al-Faiz Industries Sdn Bhd juga mengeluarkan Minuman Bertenaga

Roselle Tongkat Ali dan Minuman Bertenaga Roselle Kacip Fatimah yang dikenali

dengan Minuman Glups! Honey. Selain minuman tenaga tersebut, terdapat juga jus

bertenaga iaitu Minuman Bertenaga ‘Bio Labisia’ dan Minuman Tongkat Ali ‘Bio

Genius’. Manakala produk kelima dan yang terbaru yang baru berada di pasaran pada

awal tahun 2007 ialah Teh Roselle.

6

Page 7: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Gambar 2 :

Produk pertama syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd iaitu Kordial Roselle dengan

isipadu minima sebanyak satu liter dikeluarkan pada tahun 2004 yang dijual dengan

harga RM9.80 pada harga pasaran. Produk ini baik untuk kesihatan kerana Roselle

mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi iaitu tiga kali ganda dari Blackcurrent.

Produk yang berasaskan Roselle ini mampu mengurangkan tekanan darah tinggi namun

ianya tidak sesuai untuk individu yang mengalami tekanan darah rendah. Biochem

Laboratories Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat yang mengeluarkan sijil analisis produk telah

membuat pemeriksaan terhadap produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd untuk mengetahui

kandungan maklumat pemakanan. Keputusan analisis dikeluarkan pada 3 September

2004 yang mana Kordial Roselle ini telah dikenal pasti mengandungi sebanyak 196 kcal

tenaga, 0.4g protein, 48.7g karbohidrat dan 0g lemak untuk setiap 100g.

Manakala sijil analisis produk Minuman Jus Roselle telah dikeluarkan pada 20

September 2004 yang mana maklumat pemakanan mengandungi 44 kcal tenaga, 0.3g

protein, dan 10.6g karbohidrat untuk setiap 100g yang mana kandungan utama produk

adalah pati roselle, gula, dan sodium benzoit. Harga pasaran untuk Minuman Jus Roselle

yang mana isipadu minimanya sebanyak 100 mililiter adalah RM1.50. Kedua-dua

produk, Kordial dan Minuman Jus menjadi pilihan pengguna kerana ianya membantu

menurunkan hipeotensi dan kolestrol dalam darah, memudahkan pencernaan atau

penghadaman makanan, membantu menguatkan daya ingatan, mengurangkan tekanan

7

Page 8: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

dan keresahan serta awet muda, kaya dengan Vitamin B1, B2, dan D serta kaya Vitamin

C, dan mempunyai antostorin iaitu sejenis antioksidan.

Gambar 3 :

Produk ketiga dan keempat Al-Faiz Industries Sdn Bhd iaitu minuman tenaga yag

merangkumi Minuman Bertenaga Roselle Tongkat Ali, Miniman Bertenaga Roselle

Kacip Fatimah, Minuman Bertenaga ‘Bio Labisia’ dan Minuman Tongkat Ali ‘Bio

Genius’. Minuman Bertenaga Roselle Tongkat Ali dan Roselle Kacip Fatimah yang

berjenama Glups! Honey yang dikeluarkan pada tahun 2006 berisipadu minima sebanyak

150 mililiter yang mana syarikat mengambil masa tiga tahun untuk menjalankan R&D

untuk memastikan mutu bertepatan dengan keperluan pasaran.

Produk minuman Glups! Honey berharga RM2.30 sebotol dihasilkan dengan

ramuan herba Tongkat Ali, Kacip Fatimah, Roselle, pati gamat dan madu yang amat

sesuai bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan ingin menambahkan berat badan.

Ia juga sesuai untuk pesakit gout, darah tinggi dan kencing manis kerana produk ini tidak

mengandungi sebarang kandungan gula atau perasa tiruan. Minuman ini sesuai untuk

lelaki dan wanita serta semua peringkat umur dari remaja dan ke atas. Ianya juga sesuai

untuk golongan wanita kerana ia membantu melancarkan haid serta mereka yang

mengalami kitaran haid yang tidak teratur (Harian Metro, 2006).

8

Page 9: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Biochem Laboratories Sdn Bhd juga telah mengeluarkan sijil analisis maklumat

pemakanan terhadap produk ini pada 3 September 2004 yang mana Minuman Bertenaga

Roselle Kacip Fatimah mengandungi tenaga sebanyak 78 kcal, 0.49g protein, dan 12.89g

karbohidrat untuk setiap 100g. Manakala Minuman Bertenaga Roselle Tongkat Ali

mengandungi 56kcal tenaga, 0.3g protein, dan 13.7g karbohidrat untuk setiap 100g.

Minuman Glups! Honey ini mengandungi Vitamin B1, B2, C dan D yang mana

membantu menambahkan tenaga bagi lelaki dan wanita, membantu merendahkan

kolestrol, membantu malambatkan proses penuaan, membantu menyembuhkan luka

dalaman, meningkatkan daya imuniti badan dan mengurangkan tekanan dan keresahan.

Minuman Bertenaga ‘Bio Labisia’ pula sesuai bagi wanita yang mengalami

masalah berat badan kerana ianya mengandungi khasiat buah Roselle dan akar Kacip

Fatimah. Minuman ini boleh mengurangkan hingga 1 kilogram berat badan jika diambil

dua minggu berturut-turut kerana ia dapat membantu memperbaiki system penghadaman.

Selain itu, khasiat buah Roselle juga baik untuk ibu yang baru bersalin kerana berkesan

membantu merapatkan semula peranakan selepas melahirkan anak. Minuman tenaga ini

juga dapat membantu masalah keputihan, menyembuhkan luka serta merendahkan

kolestrol dalam badan yang mana produk ini dijual dengan harga RM2.00 sebotol.

Manakala Minuman Tongkat Ali ‘Bio Genius’ pula dipercayai dapat membantu

melambatkan proses penuaan dan mempunyai kandungan gula asli yang dapat membantu

melancarkan peredaran darah serta sesuai untuk pesakit kencing manis. Minuman ini

boleh diminum golongan berusia lebih 12 tahun serta pelajar juga boleh mengambil ‘Bio

Genius’ kerana ia mampu menguatkan daya ingatan dan mengurangkan tekanan serta

keresahan kerana minuman ini diperkaya dengan Vitamin C dan A (Harian Metro, 2005).

9

Page 10: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Produk kelima dan juga merupakan produk terbaru Al-Faiz Industries Sdn Bhd

ialah Teh Roselle yang mula dipasarkan sejak Mei 2007. Idea penghasilan Teh Roselle

ini dibuat kerana ia memudahkan untuk eksport ke luar negara kerana ianya lebih ringan

berbanding Kordial Roselle. Ianya memberi kemudahan kepada pengguna dan

memudahkan untuk di eksport. Teh Roselle merupakan produk pertama di Malaysia

yang menggunakan 100 peratus Roselle yang mengandungi pelbagai khasiat dan

merupakan minuman seisi keluarga.

Pengeluaran Teh Roselle dibuat di kilang Al-Faiz Industries Sdn Bhd di Sungai

Petani manakala pembungkusannya dilakukan di kilang di kawasan industri IKS Sungai

Korok, Jitra. Pengambilan teh berasaskan Roselle secara berterusan dapat membantu

melambatkan proses penuaan dan mencegah penyakit kronik seperti kanser serta radang.

Teh Roselle yang boleh didapati pada harga runcit RM24.80 sekotak yang mengandungi

30 uncang juga dapat membantu menurunkan berat badan juga bertindak sebagai agen

pelawas, menghaluskan kulit, menyembuhkan luka, dan mengawal kencing manis

(http://www.bernama.com.my, 2007).

Dalam pengeluaran produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd, syarikat menggunakan

teknologi canggih yang mana mesin-mesin yang digunakan adalah menggunakan

teknologi India. Syarikat mempunyai tiga buah mesin yang bernilai RM 47,000.00 dan

satu bilik beku yang mampu menyimpan satu tan buah Roselle untuk sekali penghantaran

yang dibuat oleh pembekal buah Roselle. Penggunaan sepenuhnya mesin yang canggih

mampu meningkatkan mutu pengeluaran sesuatu produk dan juga mempercepatkan

10

Page 11: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

proses pengeluaran. Namun demikian, perlabelan dan pembungkusan adalah dilakukan

secara manual kerana ketiadaan mesin yang sesuai dan Al-Faiz Industreis Sdn Bhd dalam

usaha untuk meningkatkan penggunaan mesin untuk setiap pengeluaran produk syarikat.

Bahan mentah merupakan keperluan utama bagi sesebuah syarikat dalam

pengeluaran produk-produk mereka. Tanpa adanya bahan mentah yang baik dan

mencukupi sesuatu pengeluaran produk yang baik dan bermutu tidak akan dapat

dilakukan. Begitu juga dengan syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd yang mana bahan

mentah yang baik dan bermutu adalah keutamaan syarikat. Syarikat Al-Faiz Industries

Sdn Bhd mendapatkan sumber bahan mentah dari dua tempat yang berasingan melalui

‘Contract Farming’ iaitu di Pulau Pinang dan Kelantan. Di Pulau Pinang iaitu di Tasek

Gelugor penanaman buah Roselle dikawal selia oleh Profesor Zainal di bawah Universiti

Sains Malaysia (USM), di mana keluasan ladang adalah sebanyak 11 hektar. Penyediaan

bahan mentah adalah dilakukan oleh pihak syarikat manakala penanaman dibuat oleh

pihak USM. Bahan mentah dari Kelantan iaitu di Jeli adalah milik persendirian yang

mana ladangnya adalah seluas 8 hektar. Bekalan bahan mentah untuk kegunaan syarikat

dihantar terus oleh pembekal kepada syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd.

Syarikat Al-faiz Industries Sdn Bhd mengeluarkan produk hanya sekiranya

terdapat permintaan atau tempahan daripada agen yang telah dilantik oleh syarikat. Di

sebabkan Al-Faiz Industries merupakan pengeluar utama produk berasaskan Roselle

maka kuantiti pengeluar adalah tidak mengikut pesaing seperti HPA Industries Sdn Bhd.

Kuantiti pengeluaran sebulan adalah berdasarkan jenis produk yang mana satu mesin

memasak (cooker) mampu menghasilkan 700 liter atau 60 ‘carton’ sehari untuk sekali

masak. Satu ‘carton’ kordial Roselle mengandungi 12 botol, satu ‘carton’ jus Roselle

mengandungi 24 botol, dan satu ‘carton’ minuman tenaga mengandungi 48 botol.

Namun begitu, pengeluaran tidak dilakukan setiap hari kerana ianya tidak membuat

sebarang stok simpanan disebabkan pengeluaran bergantung kepada permintaan yang

dibuat oleh pelanggan semata-mata.

11

Page 12: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Setakat ini, produk yang paling laris dan mendapat sambutan pelanggan adalah

Kordial dan Minuman Jus Roselle. Ini kerana produk ini merupakan produk pertama dan

telah lama diperkenalkan. Produk ini juga merupakan produk pertama yang berasaskan

Roselle yang dipasarkan di pasaran dan sambutan yang diberikan oleh pengguna amat

menggalakkan. Khasiat yang diperolehi dari buah Roselle menjadikan produk ini

mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan.

Produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd juga sesuai untuk semua peringkat umur dan

bangsa. Namun dari apa yang dilihat oleh pihak syarikat, kebanyakan pelanggan adalah

terdiri dari bangsa Melayu. Selain itu, minuman tenaga hanyalah sesuai untuk golongan

remaja dan dewasa sahaja. Bagi kanak-kanak dan ibu mengandung pula tidak sesuai

menggunakannya kerana mengandungi herba yang panas yang boleh memberikan kesan

sampingan sekiranya meminumnya. Ini kerana tahap hormon dalam badan golongan

remaja dan dewasa adalah sesuai untuk menggunakan produk yang mengandungi herba

berbeza dengan kanak-kanak dan ibu mengandung.

12

Page 13: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

D) KEADAAN SEMASA/KEDUDUKAN SYARIKAT DALAM INDUSTRI YANG

DICEBURI BERBANDING PESAING

Setiap perniagaan yang dijalankan semestinya mempunyai pesaing. Walau apa

jua bidang perniagaan yang diceburi pasti terdapat pesaingnya samada ramai atau sedikit.

Syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd bagaimanapun tidak mempunyai ramai pesaing

dalam pengeluaran produk yang berasaskan Roselle. Ini kerana masih belum ada syarikat

lain yang mengeluarkan produk berasaskan Roselle kecuali HPA Industries Sdn Bhd

yang mana HPA Industries juga baru sahaja mengeluarkan produk hasil dari khasiat

Roselle iaitu Kordial Roselle. Setakat ini, syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd

menghadapi pesaing-pesaingnya dengan berkesan dari segi harga, pembungkusan,

penghantaran, promosi dan sebagainya.

Dari segi harga, produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd adalah lebih rendah

berbanding dengan pesaing. Contoh yang dapat dilihat ialah terhadap produk Kordial

Roselle yang mana harga yang ditawarkan oleh Al-Faiz Industries Sdn Bhd adalah lebih

rendah berbanding produk HPA Industries Sdn Bhd iaitu hanya RM9.80 sebotol

manakala Kordial Roselle HPA Industries Sdn Bhd berharga RM15.00 sebotol.

Manakala untuk Minuman Jus Roselle Al-Faiz Industries Sdn Bhd adalah lebih murah

iaitu RM1.50 sebotol berbanding Minuman Roselle HPA Industries Sdn Bhd iaitu

RM2.40 sebotol. Perbezaan harga yang ketara ini mungkin disebabkan oleh jenama

sesuatu produk yang mana syarikat HPA Industries Sdn Bhd telah lama dikenali dan telah

memasuki pasaran antarabangsa lebih awal dari Al-Faiz Industries Sdn Bhd

(http://www.hpa.com.my, 2007).

Selain itu, kita dapat lihat dari segi pembungkusan produk Al-Faiz Industries Sdn

Bhd yang mana pembungkusannya amat menarik dan memenuhi citarasa serta kehendak

pengguna mereka. Syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd menghasilkan reka bentuk

pembungkusan sendiri terhadap produknya kerana ia mementingkan citarasa dan

kehendak pengguna. Sebelum ini, reka bentuk pembungkusan produk adalah dihasilkan

oleh SIRIM, namun demikian reka bentuk tersebut tidak memenuhi citarasa pengguna.

13

Page 14: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Salah satu kejayaan yang dicapai hasil dari reka bentuk pembungkusan sendiri adalah,

pembungkusan produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd adalah memenuhi standard dan

piawaian untuk dieksport ke luar negara. Ini diperakui sendiri oleh pihak Malaysia

External Trade Development Corporation (MATRADE) apabila mereka menjalankan

pemeriksaan terhadap produk Al-FAiz Industries Sdn Bhd.

Namun demikian, syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd setakat ini tidak membuat

sebarang tempahan terhadap produk-produk syarikat. Produk-produk hanya dijual

melalui agen-agen yang dilantik seperti yang terdapat di Kuala Lumpur, Gombak dan

juga Pulau Pinang. Agen-agen yang dilantik akan mendapatkan produk yang diminta

oleh pelanggan di kilang pengeluaran di Sungai Korok, Jitra kemudian menjualnya

melalui kedai mereka. Setakat ini juga, produk keluaran Al-Faiz Industries Sdn Bhd

hanya dipasarkan di Kuala Lumpur, Gombak dan Pulau Pinang kerana agen-agen syarikat

hanya terdapat di tiga tempat tersebut. Agen-agen ini berperanan dalam melariskan

produk-produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd kerana produk syarikat belum berada di

pasaraya disebabkan masalah modal yang tidak mencukupi.

Seseorang individu yang ingin menjadi agen atau stokis Al-Faiz Industries Sdn

Bhd perlulah memenuhi kriteria yang telah ditetapkan yang mana agen dan stokis

syarikat adalah terbuka kepada semua usahawan. Syarat untuk menjadi seorang agen,

usahawan tersebut perlulah memiliki modal permulaan dari RM500.00 sahaja serta

perlulah mengekalkan jualan dan pesanan produk minimum RM500.00 sebulan dari

kilang. Kelebihan yang diperolehi sebagai agen adalah agen akan diberikan diskaun 30%

terhadap produk yang dijual. Pembelian produk boleh dibuat terus dari kilang atau

melalui stokis yang telah dilantik. Manakala untuk menjadi stokis negeri, ianya terbuka

kepada semua usahawan yang mana hanya seorang sahaja yang akan dilantik menjadi

wakil negeri. Modal permulaan adalah dari RM15,000.00 dan seseorang agen perlulah

mengekalkan jualan dan pesanan produk minimum RM10,000.00 sebulan dari kilang.

Walaupun produk Al-Faiz Industries Sdn Bhd belum lagi dijual di pasaraya,

namun syarikat mengambil langkah lain dalam memperkenalkan produk yang mana ianya

14

Page 15: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

mampu meningkatkan jualan dan keuntungan syarikat. Antara langkah yang diambil oleh

Al-Faiz Industries Sdn Bhd adalah dengan menyertai beberapa ekspo yang dijalankan di

Malaysia seperti menyertai ekspo Malaysia International Halal Showcase (MIHAS).

Melalui ekspo ini, syarikat boleh memperkenalkan produk bukan setakat kepada

pengguna Malaysia malah kepada pelancong-pelancong asing yang turut hadir. Promosi

yang giat dijalankan ketika ekspo berlangsung boleh meningkatkan jualan serta

memperkenalkan dan memasarkan produk keseluruh dunia. Selain promosi yang

dijalankan di tapak-tapak ekspo, Al-Faiz Industries Sdn Bhd juga menjalankan promosi

produk syarikat melalui media cetak iaitu memperkenalkan produk melalui akhbar Harian

Metro. Setiap kali terdapat produk baru yang dikeluarkan, pihak syarikat

menghebahkannya melalui akhbar Harian Metro yang mana bilangan pembacanya yang

cukup ramai.

Selain itu, Al-Faiz Industries Sdn Bhd juga berusaha untuk merebut peluang yang

ada agar dapat menandingi pesaing-pesaing mereka dalam pengeluaran produk

berasaskan kesihatan. Peluang yang ada dalam membangunkan serta mengeluarkan

produk perlulah diambil secepat mungkin untuk memastikan produk syarikat lebih

dikenali serta mendapat perhatian setiap lapisan pelanggan di dalam pasaran. Merebut

peluang yang ada adalah penting kerana dengan ini akan membolehkan syarikat

menguasai pasaran serta mengekalkan pelanggan dan untuk terus kekal berada dalam

pasaran yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi Al-Faiz Industries Sdn Bhd, pelbagai langkah yang telah diambil oleh Encik

Azhar Md Yusoff selaku Pengarah Urusan untuk merebut peluang perniagaan agar

syarikat lebih berdaya saing. Syarikat Al-Faiz Industries amat mementingkan

penghasilan dan pengeluaran produk yang belum lagi berada di pasaran. Sebagai contoh,

Al-Faiz Industries Sdn Bhd sedang menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D)

untuk menghasilkan teh dan kordial buah naga. Selain itu, R&D juga sedang giat

dijalankan untuk menghasilkan kordial dari khasiat buah belimbing, durian belanda, dan

juga jus buah ciku.

15

Page 16: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Ancaman merupakan satu bentuk keadaan yang perlu dihadapi oleh setiap

usahawan dalam menjalankan perniagaan mereka. Dengan adanya ancaman dari pesaing

akan meningkatkan semangat para usahawan dalam membangunkan dan menjayakan

perniagaan yang diceburi. Begitu juga yang dilalui oleh Pengarah Urusan Al-Faiz

Industries Sdn Bhd, bagi Encik Azhar Md Yusoff ancaman terhadap pengeluaran dan

perniagaan syarikat akan dilalui dengan baik.

Namun demikian, disebabkan Al-Faiz Industries Sdn Bhd merupakan pengasas

utama produk kesihatan yang berasaskan Roselle di pasaran, maka ancaman yang dilalui

oleh syarikat adalah tidak terlalu ketara. Dengan senario pengguna pada masa sekarang

yang lebih mementingkan kesihatan, produk kesihatan juga semakin banyak di pasaran.

Oleh itu, syarikat menghadapi ancaman dari segi pengeluaran produk kesihatan yang

mana terdapat banyak produk kesihatan di pasaran yang menggunakan pelbagai jenis

bahan semulajadi dan herba-herba terpilih.

Walaupun syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd hanyalah syarikat yang kecil dan

jualan yang diperolehi sedikit, namun syarikat ini mempunyai kelebihan yang tersendiri.

Kelebihan yang ada mampu meningkatkan keuntungan dan memajukan syarikat serta

produk yang dikeluarkan. Kelebihan yang ada perlulah digunakan sebaik mungkin untuk

memastikan produk terus berada di pasaran serta menjadikan produk yang dikeluarkan

menjadi pilihan pengguna untuk masa yang panjang. Setiap syarikat dan perniagaan

mempunyai kelebihan masing-masing dalam usaha untuk mencapai misi dan visi

syarikat.

Bagi Al-Faiz Industries Sdn Bhd, kelebihan yang ada adalah dari segi kualiti

produk-produk yang dikeluarkan. Ini kerana produk yang dihasilkan adalah

menggunakan bahan-bahan semulajadi sepenuhnya contohnya buah Roselle. Syarikat

menggunakan buah Roselle yang asli dan tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan

atau bahan kimia lain dalam pengeluaran produk-produknya. Selain itu, Al-Faiz

Industries Sdn Bhd amat mementingkan kualiti dari segi penggunaan teknologi mesin

yang canggih. Syarikat juga mengutamakan pengeluaran produk yang halal dan sumber

16

Page 17: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

bahan mentah yang diperolehi juga halal. Pengeluaran produk yang halal menjamin mutu

produk dan mampu meningkatkan hasil jualan syarikat.

Syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd yang merupakan syarikat Industri Kecil dan

Sederhana (IKS) setakat ini telah mendapat pengiktirafan Sijil Halal dari Majlis Agama

Islam Negeri Kedah (MAIK) dan sedang berusaha untuk mendapatkan Sijil Pengesahan

Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Pengiktirafan Sijil Halal adalah

amat penting bagi produk-produk yang dikeluarkan kerana ianya membantu

meningkatkan jualan dan menjamin mutu serta kesetiaan pelanggan. Produk-produk

yang halal adalah lebih mendapat perhatian pelanggan terutamanya pengguna Islam dan

begitu juga pengguna bukan Islam yang turut mementingkan produk yang halal. Selain

itu, syarikat juga sedang berusaha untuk mendapatkan Sijil GMP (Good Manufacturing

Practice) dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menjadikan produk syarikat lebih

bermutu.

Manakala bagi Pengarah Urusannya yang telah lama berkecimpung dalam dunia

perniagaan, pengiktirafan yang diperolehi dari Majlis Amanah Rakyat (MARA) amat

membanggakannya. Encik Azhar Md Yusoff telah mendapat Anugerah Usahawan

MARA peringkat Negeri Kedah bagi Kategori Usahawan Berdaya Cemerlang

(Pembuatan) pada tahun 2006. Ini menunjukkan usaha yang dilakukan beliau dalam

membangunkan produk kesihatan berasaskan buah Roselle telah memberikan hasil yang

membanggakan serta menjadikan beliau sebagai salah seorang usahawan bumiputera

yang berjaya di Malaysia.

17

Page 18: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

E) RANCANGAN MASA DEPAN/HALA TUJU SYARIKAT

Setiap syarikat harus membuat perancangan yang teliti dalam usaha memperbaiki

mutu dan produktiviti syarikat. Perancangan yang teliti dan berkesan akan membawa

syarikat menuju dan mencapai matlamat yang dikehendaki. Adalah agak sukar untuk

menetapkan perancangan dan menentukan hala tuju syarikat yang benar-benar

memberikan kepuasan dan keuntungan maksimum kepada syarikat. Ini kerana banyak

faktor yang perlu diambil kira dalam menetap atau membuat perancangan masa depan

syarikat.

Faktor seperti kewangan dan kemampuan merupakan faktor utama yang perlu

dititik beratkan supaya perancangan yang dibuat lebih realistik. Selain itu, dalam

membawa hala tuju syarikat ke arah yang lebih positif dan proaktif, sesebuah syarikat

perlu menetapkan beberapa matlamat seperti jangka pendek, sederhana atau matlamat

jangka panjang. Matlamat ini pula harus dibuat dan dirancang dengan tepat dan haruslah

mencabar tetapi mesti dalam jangkauan.

Mengenai rancangan masa depan atau hala tuju ini, pengarah syarikat iaitu

En.Azhar Md Yusoff pernah berkata bahawa pihaknya yakin minuman ‘Glups Roselle’

yang dihasilkan 100 peratus daripada bunga Roselle akan mendapat sambutan

menggalakkan daripada pelanggan kerana ia mempunyai pelbagai khasiat yang

bermanfaat kepada kesihatan. Atas keyakinan itu, pengeluar syarikat minuman yang

berasaskan bunga Rossele ini juga berhasrat untuk meluaskan rangkaian pengedarannya

ke seluruh negara dengan menambah pengedar atau agen yang sedia ada kerana agen

yang sedia ada tidak mencukupi.

Penambahan agen juga perlu bagi syarikat kerana pada masa sekarang syarikat

mempunyai kurang dari lima agen atau pengedar produk keluarannya. Jualan produk

turut bergantung kepada penjualan langsung di ekspo-ekspo. Walau bagaimanapun, ianya

masih tidak mencukupi kerana apabila syarikat hanya bergantung kepada beberapa agen

dan menjualnya sendiri di ekspo-ekspo, masih ramai pelanggan lain yang tidak sedar

18

Page 19: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

akan kewujudan produk ini. Oleh itu adalah tepat masanya bagi syarikat untuk

merancang penambahan agen ataupun pengedar dari semasa ke semasa.

Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd turut bercadang untuk mewujudkan

usahawan pemborong kerana ia selaras dengan misi untuk memberi peluang kepada

usahawan lain menceburkan diri dalam bidang produk herba seperti minuman herba dan

juga jus buah-buahan. Rancangan ini amat penting bagi syarikat kerana pada masa

sekarang, minuman tenaga yang di pasarkan dengan jenama ‘Glups Roselle memasuki

pasaran di luar Kedah. Maka pihak syarikat akan mengambil langkah yang agresif supaya

produk mereka mudah diperolehi oleh para pelanggan.

Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd juga bercadang untuk mengkomersialkan

lebih banyak buah-buahan tempatan untuk dijadikan jus, kordial dan juga jem supaya

ianya dapat di pasarkan di seluruh Malaysia dan juga ke peringkat luar negara.

Mengkomersialkan buah-buahan tempatan ini bukan sahaja dapat menguntungkan pihak

syarikat, malahan dapat memperkenakanl buah-buahan tempatan Malaysia yang kaya

dengan pelbagai khasiat di peringkat antarabangsa. Keperluan memasarkan produk ke

luar negara ini juga dibuat atas dasar untuk mengeksploitasi kepakaran dan pengalaman

yang ada pada syarikat dan cuba mengambil kelebihan dari peluang yang wujud.

Di sebabkan tekanan yang dihadapi oleh usahawan dalam pasaran global hari ini

dan persekitaran yang berubah dengan cepat serta kewujudan pesaing baru sama ada

tempatan atau antarabangsa telah menyebabkan syarikat melakukan tidakbalas. Antara

tindakbalas tersebut ialah dengan meningkatkan kadar keuntungan syarikat dan

melakukan inovasi ke atas produk.

Mencapai kejayaan dalam perniagaan pula bukan sesuatu yang mudah dan pihak

syarikat perlu sentiasa meningkatkan produktiviti dan kualiti di samping

mempelbagaikan jenis produk keluaran mereka. Oleh itu, pihak syarikat telah berusaha

untuk memasarkan pelbagai produk baru pada masa hadapan. Antara produk-produk

19

Page 20: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

yang dirancang akan dikeluarkan ialah produk kosmetik yang terdiri daripada pembersih

muka, penyegar muka, pelembab muka, krim siang dan juga krim malam untuk muka.

Selain daripada itu, terdapat juga produk baru yang akan dikeluarkan pada masa

hadapan yang kini sedang diuji sebelum dapat dikeluarkan iaitu jus belimbing, jus dan

kordial buah naga. Bagi memastikan produk-produk keluaran syarikat dapat diterima di

dalam pasaran, pihak syarikat juga akan berusaha untuk meningkatkan pembungkusan

dari botol kepada canning (mengetin) di masa hadapan. Syarikat ingin melakukan

modifikasi terhadap pembungkusan yang sedia ada bagi meningkatkan lagi mutu dan

imej produk dan syarikat secara amnya.

Mengenai perancangan masa hadapan yang berkaitan dengan teknologi, pihak

syarikat telah merancang untuk membangunkan sistem kualiti dan teknologi dengan lebih

baik. Pada masa sekarang syarikat hanya menjalankan sistem kualiti 5’s. Sistem ini

penting kerana pada masa sekarang syarikat yang berada di bawah Industri Kecil dan

Sederhana ini perlu menjalankan sistem secara manual kerana tidak mempunyai satu

sistem kualiti yang tinggi. Faktor saiz syarikat yang sederhana juga menyebabkan pihak

syarikat menjalankan sistem kualiti 5’s, di mana mereka dapat melakukan proses operasi

secara teratur bagi menjamin kebersihan dan kualiti produk yang akan dipasarkan.

Syarikat yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ini

juga sedang berusaha untuk membangunkan sistem kualiti dan teknologi dengan

‘Hygiene Practise’ seperti Good Manufacturing Practise (GMP) dan HACCP.

Mengenai perancangan untuk memperluas operasi syarikat pada masa hadapan,

pihak syarikat kini dalam proses membangunkan cawangan di Sungai Petani, Kedah.

Cawangan di sungai petani ini hanya digunakan untuk menjalankan operasi

mengeluarkan produk syarikat untuk di pasarkan ke luar negara iaitu di negara-negara

Asia Barat khususnya.

Menurut pengarah syarikat ini, beliau juga mempunyai perancangan dan

berhasrat untuk membangunkan laman web (website) bagi melancarkan dan melicinkan

20

Page 21: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

operasi pemasaran produk keluarannya. Pengarah syarikat sedar masyarakat pada hari ini

lebih gemar mendapatkan maklumat produk secara talian terus (online) dan ini

menambahkan lagi minat beliau untuk mendapatkan pakar bagi menjayakan penubuhan

laman web syarikatnya di masa hadapan. Tambahnya lagi, pada masa sekarang juga

pelanggan-pelanggan boleh mendapatkan maklumat syarikat dan produk dengan mudah

secara online melalui laman web sementara iaitu www.kedahbest.com sebelum laman

web rasmi syarikat dibangunkan.

21

Page 22: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

F) PERBINCANGAN TENTANG ASPEK YANG TERDAPAT DALAM

RANCANGAN MALAYSIA KESEMBILAN (RMKe-9)

RMKe-9 yang telah pun dibentangkan turut membincangkan tentang Perniagaan

Kecil dan Sederhana (PKS). PKS ini beroperasi hampir dalam semua industri tetapi unit

perniagaan ini bersifat heterogen. Di Malaysia terdapat sekurangnya 15 kementerian serta

lebih dari 60 agensi yang terbabit dalam membantu proses pembangunan dan

pertumbuhan sektor PKS sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Mengikut Bank Dunia, PKS adalah firma yang mempunyai pekerja sepenuh masa

di antara 5 hingga 199 orang dan Majlis Eropah mendefinisikan PKS sebagai firma yang

mempunyai bilangan pekerja kurang 500 orang. Jika mengikut definisi Majlis Eropah ini,

Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd berada dalam kategori perniagaan mikro yang mana

mempunyai pekerja yang kurang daripada sepuluh orang.

Berdasarkan definisi PKS di Malaysia pula, ia berasaskan kepada kriteria

kuantitatif yang tetap seperti bilangan pekerja, jumlah modal, jumlah aset dan jumlah

jualan tahunan. Terdapat banyak definisi PKS yang dibuat dan di antaranya ialah Majlis

koordinasi bagi Pembangunan Industri Kecil (The Coordinating Council for Development

of Small-Scale Industries) telah mendefinisikan PKS sebagai perniagaan yang

mempunyai aset tetap berjumlah kuarang daripada RM 250,000 atau sebagai syarikat

yang mempunyai tabung pemegang saham tidak lebih daripada RM 250,000. Ini

bermaksud, Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd memang tergolong sebagai ahli PKS.

Keadaan ekonomi yang semakin global, peningkatan daya saing dan daya tahan

negara merupakan matlamat utama RMKe-9. Trend yang wujud pada masa kini yang

menjurus kepada globalisasi dan pembangunan ekonomi ilmu memberikan kesan kepada

operasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS). Antara faktor utama yang memberikan

kesan operasi PKS pada masa kini ialah inovasi, kualiti, kepantasan dan pasaran.

22

Page 23: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Berhubung dengan kenyataan yang dibangunkan dalam RMKe-9 ini, Syarikat Al-

Faiz Industries Sdn. Bhd turut mengambil iktibar dan memainkan peranan dalam

melakukan perubahan dari aspek inovasi, kualiti, kepantasan dan pasaran. Ini dapat

dibuktikan apabila syarikat berusaha gigih untuk mempelbagai keluarannya dengan

melancarkan produk-produk baru seperti jus belimbing serta jus dan kordial buah naga.

Syarikat juga dari semasa ke semasa sentiasa memikirkan sistem kualiti yang lebih baik

untuk meningkatkan sistem kualiti sedia ada. Sebagaimana yang telah diterangkan

sebelum ini, pihak syarikat kini berusaha untuk membangunkan sistem kualiti dan

teknologi dengan ‘Hygiene Practise’ seperti Good Manufacturing Practise (GMP dan

HACCP.

Faktor pasaran turut diberi perhatian oleh syarikat, di mana syarikat kini sedang

dalam proses membuka cawangan di Sungai Petani, Kedah bagi menjalankan operasi dan

memasarkan produk ke Negara-negara Asia Barat. Ini bermakna syarikat ini turut

berusaha untuk merebut peluang melangkah ke pasaran yang lebih luas. Bagi pengarah

syarikat ini, beliau sememangnya mempunyai hasrat yang besar untuk membawa nama

Malaysia ke persada antarabangsa melalui produk keluarannya.

Ini adalah selaras dengan cadangan kerajaan yang berharap agar PKS Malaysia

membentuk perkongsian strategik dengan perusahan antarabangsa supaya mereka lebih

berdaya saing. Secara tidak langsung ia juga dapat membentuk budaya inovasi dan

keusahawanan yang tinggi dalam mendorong kepada pengembangan keupayaan yang

kukuh dalam mewujudkan permintaan dan pasaran baru.

Dalam RMKe-9 yang telah dibentangkan ini juga menyatakan bahawa Kerajaan

Malaysia telah menyediakan pembudayaan properniagaan dan pelbagai insentif termasuk

langkah fiskal, pembiayaan, pembentukan kemahiran, infrastruktur dan sistem sokongan

untuk memperkukuhkan infrastruktur yang membolehkan pembangunan PKS berprestasi

cemerlang. Kerajaan juga memberi tumpuan khusus untuk memperluas skop dan liputan

perjanjian serantau dan dua hala Malaysia, melalui perjanjian perdagangan bebas dan

23

Page 24: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

perjanjian perkongsian ekonomi. Tujuan kerajaan ini adalah untuk memastikan akses

yang lebih besar kepada pasaran, perdagangan dan peluang pelaburan.

Usaha murni kerajaan ini pula tidak akan tercapai sekiranya PKS tidak

mempunyai iltizam bagi menerajui usaha mencipta kelebihan bersaingan yang baru dan

dapat mengekalkannya. Menurut pihak kerajaan lagi, prestasi cemerlang hanya akan

terhasil melalui PKS yang berpandangan jauh, yang secara agresif meninggikan

kedudukannya dalam rantaian nilai dengan membangunkan dan menerima pakai

teknologi teras yang canggih sambil mencari peluang baru dalam industri dan

perkhidmatan utama.

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan itu, pengarah syarikat iaitu En.Azhar

Md Yusoff telah memohon kepada pihak Kerajaan Negeri Kedah sebanyak 10 hektar

tanah bagi mengambil peluang di atas pembiayaan dan peruntukkan yang telah

dikeluarkan oleh kerajaan pusat. Walau bagaimanapun menurut pengarah syarikat Al-

Faiz, permohonan tanah ini masih dalam peringkat perbincangan dengan pihak kerajaan.

Selain daripada itu, pihak kerajaan negeri turut meminta En.Azhar Md Yusoff

membuat kajian dan pembangunan (Reseach and Development-R&D) terlebih dahulu

bagi menghasilkan jus dan kordial yang berasaskan buah limau barli. Ini kerana pihak

kerajaan berhasrat untuk memberikan tanah sebanyak 10 hektar tersebut kepada

usahawan yang boleh mengeluarkan produk berasaskan buah limau barli, di mana pada

masa sekarang berlaku lambakan buah limau barli.

Seterusnya dalam RMKe-9, kerajaan akan meneruskan kerjasama dengan pihak

industri bagi meningkatkan rantaian antara firma dan akses kepada pasaran, termasuk

penggunaan ICT untuk meningkatkan produktiviti dan juga kecekapan pada sepanjang

dan pada setiap tahap rantaian bekalan. Dalam konteks ini, Syarikat Al-Faiz Industries

Sdn. Bhd. tidak menerima sebarang faedah atau peruntukan dari kerjasama tersebut.

24

Page 25: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

Rancangan masa hadapan syarikat juga adalah untuk mendapatkan pensijilan

produk halal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana

pada masa sekarang syarikat hanya memperolehi pensijilan halal yang dikeluarkan oleh

Majlis Agama Islam Kedah. Walaupun syarikat mengeluarkan produk kepada semua

bangsa dan kaum, namun pengesahan pensijilan halal amat diperlukan kerana di Malaysia

majoritinya diduduki oleh penduduk dan rakyat yang beragama Islam.

Keutamaan yang lebih tinggi akan diberikan terhadap R&D yang akan

berorientasikan pasaran dan meningkatkan kadar pengkomersialan. Bagi mempercepat

peningkatan keupayaan membangunkan teknologi tempatan di kalangan PKS, program

khusus akan dilaksanakan bagi memupuk PKS tempatan sebagai rakan kongsi R&D

untuk mengambil peluang daripada aktiviti penggunaan perkhidmatan pihak ketiga oleh

syarikat multinasional (MNC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk tujuan R&D.

Lebih banyak R&D sasaran akan dilaksanakan oleh universiti dan institut penyelidikan

dengan kerjasama PKS. Setakat ini, Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd ada melakukan

R&D iaitu untuk melakukan kajian terhadap buah belimbing, ciku, buah naga dan juga

buah durian belanda.

SMIDEC bersama-sama dengan agensi yang lain dan sektor swasta akan

mengkaji semula program latihan dan perantisan yang sedang dilaksanakan dan

merangka semula program baru merangkumi rancangan dan strategi pengurusan

pengetahuan serta aplikasi dan amalan berasaskan pengetahuan di kalangan PKS.

Berdasarkan kenyataan ini Syarikat Al-Faiz Industries Sdn. Bhd. telah menerima dan

mengikuti program latihan dan perantisan tersebut iaitu seperti program General

Manufacturing Production dan program Groom Big iaitu peningkatan dalam kualiti

produk.

Seterusnya, secara peribadi pengarah syarikat iaitu En.Azhar Md Yusoff berharap

agar pihak kerajaan dapat meneruskan usaha dalam membantu usahawan-usahawan kecil

sepertinya kerana bagi usahawan kecil ini, mereka sebenarnya mengalami masalah

kekurangan suntikan modal dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pengarah syarikat berharap

25

Page 26: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

agar beliau diberi peluang untuk mendapatkan pembiayaan yang ditawarkan oleh

kerajaan dan pihak-pihak lain. Beliau juga berharap agar tiada unsur gimik atau politik

dalam usaha kerajaan membantu golongan PKS kerana apabila ini berlaku yang menjadi

mangsa adalah mereka yang hanya akan menanti dan terus menanti janji-janji pihak

kerajaan untuk menghulurkan bantuan.

Jika diteliti dengan lebih mendalam, terlalu banyak usaha kerajaan dalam

membantu dan membangunkan PKS. Hal ini kerana, kerajaan sedar bahawa PKS

mempunyai peranan yang penting dalam sistem perniagaan di Malaysia. Kerajaan turut

mengakui bahawa PKS memberikan banyak sumbangan dalam pertumbuhan ekonomi

negara. Malahan, pihak kerajaan percaya bahawa sektor PKS ini berpotensi untuk

memberikan sokongan kepada pembangunan industri-industri yang telah wujud dan yang

baru.

Jelaslah pihak kerajaan menaruh harapan yang tinggi kepada PKS. Pihak kerajaan

mengharapkan PKS bukan sahaja akan menjadi lebih dinamik, malah mereka boleh

memberikan sokongan kepada negara dalam proses untuk menjadikan Negara Malaysia

sebuah negara perindustrian sepenuhnya menjelang tahun 2020.

26

Page 27: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

G) KESIMPULAN

Tidak dinafikan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia merupakan

tulang belakang kepada ekonomi Negara. Umpamanya perancangan yang termaktub

dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) baru-baru ini merupakan antara

komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap industri ini supaya dana yang telah

diperuntukkan dapat diagihkan dan memastikan industri ini terus subur. Walau

bagaimanapun, kewangan sahaja tidak menjamin kejayaan sesuatu industri itu jika tidak

disertakan proses dan pelan strategik yang baik. Justeru, adalah penting bagi usahawan-

usahawan dan bakal-bakal usahawan di Negara ini meningkatkan dan memantapkan

pelaksanaan program-program pembangunan usahawan melalui pendekatan-pendekatan

baru dalam sektor-sektor yang strategik dan dinamik. Sektor-sektor tersebut ialah sektor

teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), perkhidmatan perundingan dan profesional,

perdagangan pengedaran, pembuatan, kewangan, pelancongan dan pertanian.

Di dalam aspek perancangan dan pengurusan, usahawan-usahawan IKS dan

bakal-bakal usahawan seharusnya tidak mengenepikan potensi yang ada khususnya

dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) yang dapat menambah nilai dan

memberi persaingan dari segi produk dan perkhidmatan yang lebih berkualiti kepada para

pelanggan. Dapatan awal mendapati usahawan-usahawan dan pengusaha PKS di

Malaysia memerlukan bimbingan bukan sahaja dari segi bantuan kewangan tetapi juga

dari segi latihan dan kursus yang berterusan terutamanya yang melibatkan ICT di

samping sokongan khidmat nasihat dan kepakaran dari agensi-agensi utama seperti

SMIDEC, MECD, INTAN, Microsoft Malaysia, Intel dan pelbagai agensi lain supaya

sektor PKS di Malaysia dapat berkembang selari dengan aliran pantas teknologi

maklumat terkini.

Ini juga selaras dengan usaha kerajaan untuk mewujudkan Masyarakat

Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) adalah fokus utama yang akan

diteruskan dengan memberi penekanan kepada pewujudan usahawan Bumiputera yang

terlibat secara aktif dalam k-ekonomi di damping mengukuhkan daya maju dan daya

27

Page 28: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

tahan untuk mampu bersaing dalam era globalisasi. Selaras dengan itu juga kita akan

berusaha mewujudkan usahawan bertaraf dunia. Di antara cabaran utama dalam PKS ini

ialah anjakan dan peralihan kepada k-ekonomi, pendekatan baru dalam perniagaan

moden seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), penembusan

pasaran global dan implikasi polisi perdagangan terbuka iaitu ASEAN Free Trade Area

(AFTA).

Bagi syarikat Al-Faiz Industries Sdn Bhd yang merupakan pelopor utama

minuman tenaga berasaskan bunga Roselle seharusnya mengambil peluang ini meluaskan

rangkaian pengedarannya ke seluruh Negara dengan melantik agen-agen atau pengedar

baru yang lebih ramai lagi bagi membantu penembusan produknya terhasil. Kelebihan

yang ada pada Encik Azhar Md Yusoff selaku pengasas utama produk Roselle dan

merupakan usahawan Melayu pertama di Malaysia yang menghasilkan produk minuman

kesihatan berasaskan Roselle, kelebihan bersaing ini haruslah diambil oleh beliau secara

menyeluruh di dalam usahanya untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengeluaran

produknya.

Pada masa sekarang cetusan era globalisasi dan dunia tanpa sempadan sering

diperkatakan. Penggunaan laman web (website), internet, e-dagang, emel, transaksi dalam

talian telah menjadi keperluan dan tren yang mesti ada bagi setiap syarikat-syarikat besar

khususnya dalam memastikan operasi perniagaannya berjalan dengan lancar dan

berkesan. Bagi Al-Faiz Industries Sdn Bhd perancangan pembinaan laman web (website)

syarikat yang telah diwar-warkan sebelum ini merupakan suatu langkah bijak dan tepat

kerana akan memberi banyak kelebihan dan nilai tambah kepada syarikat dalam

meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Ini kerana penggunaan teknologi maklumat (IT) dilihat sebagai senjata strategik

kepada sesebuah syarikat dan organisasi amnya boleh menjadi semakin terserlah

kedudukannya. Selain itu, melalui penubuhan laman web ini, Syarikat Al-Faiz Industries

Sdn Bhd boleh memperoleh secara terus pendapat atau cadangan daripada pelanggan

dalam usaha meningkatkan lagi kualiti produk yang dihasilkan dan memenuhi citarasa

28

Page 29: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

pengguna. Selain itu, aktiviti mempromosi produk keluaran Syarikat Al-Faiz Industries

Sdn Bhd juga dapat dilaksanakan dengan lebih mudah, efektif dan jimat kos.

Atas dasar itu, Syarikat Al-Faiz Sdn Bhd harus meletakkan latihan sebagai

tumpuan utama yang sebagai suatu strategi untuk meningkatkan misi, visi dan objektif

yang telah ditetapkan kerana usahawan yang berkemahiran dan berkepakaran adalah asas

kepada syarikat dan organisasi yang berdaya saing dan maju. Latihan berterusan, tepat

dan mengikut keperluan semasa penting untuk melengkapkan diri usahawan untuk

menghadapi cabaran dan merupakan usaha ke arah kompetensi selaras dengan usaha

kerajaan mewujudkan usahawan bertaraf dunia.

29

Page 30: Asgmy Group Kushwn-Alfaiz

PME 3073 - KEUSAHAWANAN

RUJUKAN

Maznah Hamid (1994). Motivasi memburu kejayaan. Kuala Lumpur: Maznah Motivational Centre.

Norlaila Hamima Jamaluddin. (2002, 19 September). Jual rumah buat modal.Harian Metro, hal.17.

Norita Deraman, Armanurah Mohamad, Shuhymee Ahmad, Habshah Bakar, Mohamad Yusop Mohd Jani & Mohd Khairuddin Hashim. (2007). Keusahawanan. KualaLumpur: McGraw Hill.

Profile Syarikat Al-Faiz Industries Sdn.Bhd.

Zuliaty Zulkifli (2006, 20 Mac). Glups roselle cari pengedar. Harian Metro, hal. 24.

Zuliaty Zulkifli (2006, 14 Julai). Minuman glups! honey semakin popular. Harian Metro, Zuliaty Zulkifli (2005, 1 Ogos). Jus bertenaga lancar hadam. Harian Metro, hal. 25.

30