basic fb group

19

Upload: azaz1001

Post on 19-Oct-2015

39 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Panduan asas menjana pendapatan dengan menggunakan FB Group.

TRANSCRIPT

  • Salam hormat.

    Terima kasih kerana anda meluangkan masa anda untuk membaca ebook

    ringkas ini yang mungkin boleh membantu anda memahami apa itu facebook

    group dan ketahui bagaimana anda boleh pelajari teknik step by step hasilkan

    income dari Facebook group.

    Ebook ringkas ini akan dedahkan...

    Ruang promosi di facebook wall

    Ruang promosi di facebook fanpage

    Teknik kebanyakkan usahawan facebook jana pendapatan melalui

    facebook fanpage

    Kelemahan teknik facebook fanpage + facebook ads.

    Penerangan ringkas teknik promosi di facebook group yang berkesan.

    Kekuatan Facebook group.

    3 Jenis Produk yang boleh anda promosi di Facebook group.

    Peluang untuk anda belajar step by step bagaimana hasilkan income

    melalui facebook group.

    Harap dengan report ini, anda akan lebih jelas dan tahu memanfaatkan

    facebook untuk bisnes anda sekaligus memperkenalkan anda pada cara yang

    betul untuk melakukan pemasaran di Facebook menggunakan facebook group.

    Baca sehingga habis!

  • Saya pasti ramai yang tahu tentang fungsi wall facebook ini dan dah cuba-cuba mempromosikan produk di wall masing-masing. Jika kurang pasti apa yang saya maksudkan ini, ini adalah gambar contoh promosi di wall Facebook:

    Dengan menggunakan kaedah promosi di wall facebook personal kita, kelebihannya adalah...

    ZERO COST bila kita update sahaja tentang produk yang kita ingin promosikan di wall facebook kita, dah tentu kita takkan dikenakan caj oleh facebook untuk update status kita. Jadi jika kita menjual produk melalui update status di wall facebook kita, dah tentu tiada kos untuk bayaran pengiklanan dikenakan. Kecuali kita mengambil keputusan untuk klik pada butang PROMOTE, then barulah kita akan dikenakan caj.

  • 100% TRUSTED of course kita promosikan pada kawan-kawan yang kita kenal di luar yang kini menjadi friends kita di Facebook. Jadi dah tentu mereka lebih mempercayai kita dan mudah untuk menjual produk.

    Namun begitu, ramai orang GAGAL hasilkan pendapatan melalui cara ini atas sebab-sebab berikut...

    Kurang friends apabila jumlah friends sangat sedikit, agak sukar untuk mempromosikan produk anda menggunakan wall facebook. Bayarangkan jika jumlah friends anda kurang dari 100 orang. Jadi dah tentu sebilangan kecil sahaja yang akan nampak update status anda dan terlalu kecil lagi yang akan terdorong untuk membeli produk dari anda.

    Friends berlainan minat bila anda menggunakan wall facebook personal anda, kawan-kawan anda (dalam friendlist) mungkin terdiri dari rakan sekolah anda dan mereka tidak mempunyai minat terhadap promosi anda. Tak kurang juga yang mempermainkan anda dan memperkecilkan bisnes anda. Ini saya lihat berlaku bila ada yang cuba untuk promosikan produk-produk seperti MLM (bukan nak cari downline, tapi nak jual barang yang BAGUS yang boleh memberi manfaat pun kawan-kawan boikot)...apa yang tak kena, saya pun tak tahu...kesian kawan kita ni.

    Teknik promosi yang TAK BETUL mungkin kawan-kawan kita boikot sebab kita tag gambar produk kita, mention nama dia suruh beli...beli...beli! Pasal tu lah ramai yang boikot, sila-silap unfriend dari facebook. Mana taknya, kita asyik jual barang je kat diorang...silap haribulan jumpa kat luar pun taknak sebab dah tahu dah kita ni asyik nak jual barang jer. Well...nak jual barang tu tak salah, Cuma teknik kita tu yang SALAH!

    Masalah kawan-kawan Bila kita menjual pada kawan-kawan ni di akaun facebook personal kita, mesti ramai yang minta diskaun...padahal kita untung pun ciput jer. Lepas tu, ada pula yang minta bayar ansur-ansur...yelah kawan-kawan kita pun kasi chance...tapi bila dah kasi chance ada jugak yang tak bayar sampai sudah. Last-last kita juga yang tanggung...yelah kawan-kawan

    Limited pada 5,000 orang akaun personal facebook kita sebenarnya hanya boleh terima friends sehingga 5,000 orang sahaja maksimum. Jadi ini akan

  • menghadkan promosi produk kita hanya pada 5,000 orang sahaja. Jadi susahlah kita untuk expand bisnes kita nanti.

    Dengan menggunakan akaun personal anda untuk mempromosikan produk ianya lebih sukar jika anda tiada strategi yang betul dan bilangan friends yang mempunyai minat pada solution yang diberikan oleh produk yang anda offer sangat sedikit. Kalau friends anda Cuma 100 orang jer...jangan mimpilah So Facebook ada berikan solution pada cabaran ini dengan mewujudkan Facebook Fanpage... Jom saya huraikan di page seterusnya, baca jangan tak baca!

  • Fanpage pula hampir sama seperti akaun facebook personal, cuma ia lebih sesuai untuk mewakili sesuatu jenama, artis, produk dan sebagainya. Sebagai usahawan internet, fanpage biasa digunakan untuk mempromosi produk tertentu. Maklumat tentang sesuatu produk boleh dipaparkan di wall dan mereka yang menjadi fans pada produk tersebut, akan dapat melihat update di news feed mereka. Contoh:

  • Dengan menggunakan fanpage, kelebihannya adalah...

    TIADA LIMIT FANS Berbanding friends dan fans...ianya adalah istilah yang berbeza di mana di facebook personal, kita gunakan friends manakala di fanpage kita gunakan fans. Jika di akaun personal tadi kita hanya boleh dapatkan sehingga 5,000 friends sahaja tetapi dengan menggunakan fanpage..IANYA TIADA LIMIT. Ini menjadikan promosi kita tiada had bergantung kepada jumlah fans kita. Jika kita ada 1000 fans, maka promosi kita akan sampai ke 1000 fans tadi. Jika kita ada 1 JUTA fans, maka promosi kita akan sampai kesemua 1 JUTA FANS tadi.

    FANS SELURUH DUNIA maksudnya di sini anda boleh dapatkan fans tersebut dari seluruh dunia, ini memberikan advantage jika anda ingin memesarkan produk anda ke seluruh dunia. Saya tak menolak kemungkinan ada MAT SALLEH yang akan beli produk anda nanti.

    TARGETED BUYERS Fans di sini bermaksud peminat bukan kipas! Hehehe... Mereka yang menjadi fans/peminat produk anda ini sebenarnya ingin mendapatkan update dan promosi dari anda. Jadi mereka sudahpun bersedia untuk membeli! Tinggal anda perlu selalu update tentang offer-offer anda sahaja.

    Punca fans? Well takkan dengan membuka fanpage sahaja, dah ada fans? Bukan begitu! Kalau ada pun mungkin sedikit (sangat sedikit). Jadi apa yang perlu anda lakukan adalah beritahu pada mereka (pengguna facebook) tentang kewujudan fanpage produk anda . Dengan kata lainnya, anda perlu promosikan Fanpage anda untuk dapatkan sebanyak like yang mungkin. Dan ini menggunakan Facebook Ads iaitu pengiklanan di Facebook. Dan ianya BERBAYAR! Bagi anda yang mempunyai budget, cara ini adalah cara yang sangat berkesan dan memang POWERFUL!

  • Ramai usahawan internet (lebih spesifik usahawan Facebook) menggunakan medium ini untuk menghasilkan pendapatan yang lumayan! Saya ringkaskan untuk pemahaman anda, mereka menggunakan... Facebook Fanpage + Facebook Ads = SALES Memang tak boleh lari, inilah formula kejayaan kebanyakkan usahawan Facebook! Tetapi ramai lagi yang GAGAL berbanding yang berjaya hasilkan income dengan cara ini disebabkan perkara-perkara berikut...

    KOS YANG TINGGI Bagi yang mempunyai budget, memanglah takde masalah! Terutama kalau anda mempunyai company bisnes sendiri...inilah cara terbaik dan terpantas. Tapi kalau anda usahawan yang baru nak start, modal pun tak banyak...cara ini mungkin akan SEDUT wang anda dengan cepat sekali.

    TERLALU TEKNIKAL Ada sesetengah orang dikurniakan pemahaman yang cepat dalam bab-bab ni...tetapi ada juga yang sukar nak faham aspek-aspek teknikal (walaupun mudah dan tak melibatkan coding, website dan sebagainya). Dengan menggunakan FB Ads, anda perlu memahami apa itu CPC, CPM, CTR...bila anda nak gunakan like marketing, bila pula nak guna post page engagement dan sebagainya. Benda-benda ini bagai sesetengah orang agak mengelirukan. Akhirnya di sebabkan benda ini, ramai yang give up!

    BANYAK NAK KENA BELAJAR Matlamat kita adalah nak hasilkan income tetapi disebabkan ianya terlalu teknikal, kita terpaksa pula belajar dan memahami aspek-aspek dalam Facebook ads ini pula.

    FACEBOOK ADS BERTUKAR-TUKAR dulu belajar FB Ads, cara nya lain...sekarang ni bila Facebook ubah jer interface dah lain pula caranya. Kalau tak ikut...sales kita juga yang merana. Jadi antara masalah terbesar dalam facebook ads adalah cara ads tersebut dibuat kerap berubah.

  • Kalau disebabkan cabaran-cabaran tersebut anda menyatakan bahawa sukar untuk anda hasilkan income dari Facebook... maka anda bersikap TIDAK ADIL pada diri anda dan tak mahu beri peluang untuk mencuba hasilkan sesuatu melalui Facebook. TIDAK MENGGUNAKAN facebook untuk melakukan bisnes adalah seperti anda meninggalkan selonggok emas di atas meja! Ada pelbagai cara lain untuk anda usahakan juga untuk hasilkan income tersebut. Salah satu SOLUTION nya adalah... Menggunakan Facebook Group! Facebook group adalah group atau kumpulan yang ditubuhkan oleh anda atau orang lain di Facebook bagi bertujuan untuk membincangkan tentang sesuatu perkara, contohnya group Persatuan Penduduk Taman XXXXXX contoh yang direka-reka sahaja! Jadi dah tentu facebook group untuk Persatuan Penduduk Taman XXXXXX tadi akan membincangkan tentang taman perumahan mereka...mungkin dari segi keselamatan, kejadian pecah rumah di taman tersebut, kemudahan-kemudahan yang di offer oleh penduduk taman contohnya seperti kelas tuisyen di taman tersebut dan sebagainya. Dari pandangan seorang usahawan, group ini boleh dijadikan sebagai salah satu platform untuk tujuan promosi produk tertentu. Hanya ahli-ahli group sahaja yang akan nampak tentang promosi ini.

  • Ini adalah kelebihan menggunakan Facebook group bagi tujuan bisnes...

    KOS ZERO Untuk anda dapatkan potential buyers atau prospek ke Facebook Group, anda tidak perlu lakukan sebarang Facebook ads. Jadi di sini bermakna anda tidak mengeluarkan kos untuk war-warkan tentang kewujudan fb group anda.

    UNLIMITED MEMBER Dalam group, tiada had ahli untuk join group tersebut. Ini menjadikan anda boleh mempromosikan kepada seramai mungkin orang yang berminat pada produk tersebut.

    UPDATE DI EMAIL Sebagai admin di dalam Facebook group, update anda bukan sahaja kelihatan di wall mereka yang join group facebook anda sahaja. Bahkan mereka juga akan terima notifiksi dari admin (jika anda pemilik group tersebut) terus ke email mereka. Kelebihan ini menjadikan anda bukan sahaja dapat promosi di facebook wall semata-mata tetapi anda juga berpeluang mempromosi terus ke email mereka.

    STRAIGHT TO THE POINT Tak perlu pening-pening kepala lagi dah nak study tentang fbads yang melibatkan CPC, CPM, CTR dan macam-macam lagi yang mengelirukan bagi sesetengah orang. Nak promosi, terus buat je dan boleh terus nampak result. Kan senang...

    CHANNEL PROMOSI BARU Jika anda dah familiar dengan fbads, jangan abaikan Kuasa FB Group ini kerana ianya merupakan salah satu lagi medium promosi tambahan yang boleh anda gunakan selain dari Fanpage dan FBads.

    100% TRSUTED Melalui Facebook Group, ahli akan nampak update di news feed dan juga dapat notifikasi melalui email. Ini mengukuhkan lagi relationship antara anda dan potential buyers/ client anda nanti. Jika mereka tak mahu dapatkan produk itu sekarang...mereka mungkin akan dapatkannya kemudian hari disebabkan promosi dan follow-up yang berterusan. Tambahan pula, mereka boleh lihat komen (secara tak langsung) anda menerima testimonial. Ini dapat meningkatkan kepercayaan mereka terhadap produk anda.

  • Menjual di Facebook mestilah ada matlamat! Anda perlu ketahui dulu apa produk yang boleh / sesuai dijual melalui Facebook group. Berikut adalah 3 jenis produk yang boleh anda jual melalui Facebook group

    1. Produk Fizikal Produk fizikal adalah produk yang boleh disentuh, dirasa, dilihat dan sebagainya seperti menjual tudung. Dah tentu selepas bayaran dibuat, tudung tersebut akan dihantar kepada buyer melalui pos dan buyer tadi boleh memakai tudung tersebut. Contoh lain adalah seperti t shirt, ubat kuruskan badan, buku, aksesori kereta dan lain-lain.

    2. Produk Digital

    Produk digital adalah produk seperti ebook, software, video yang boleh didownload terus dari laptop, smartphone, pc dan lain-lain. Produk digital kini mendapat sambutan yang menggalakan di Malaysia dan ianya mudah untuk dijual kerana ada kaedah tertentu di mana anda boleh menjualnya tanpa perlu simpan stok, atau perlu mencipta produk tersebut. Tambahan pula, hasilnya sangat lumayan berbanding dengan produk fizikal.

    3. Perkhidmatan / Servis

    Servis yang biasa dijual di Facebook adalah seperti consultation, training, membina website, servis pemasaran online dan sebagainya. Jika anda mempunyai kemahiran tersebut, anda boleh tawarkan servis anda di group. Contoh yang saya berikan tersebut hanyalah sebahagian sahaja, anda boleh berikan pelbagai servis lagi.

  • Ideanya sangat simple... begini,

    1. Pilih SATU produk atau produk berkaitan sahaja. Contohnya anda nak promote produk kurus, jadi fokus dalam group tu hanya produk kuruskan badan sahaja BUKAN produk lain pula.

    2. Tubuhkan Sebuah Facebook Group untuk promosikan sebuah produk.

    Pastikan nama group jelas dengan tujuan group.

    3. Invite seramai mungkin friends facebook anda ke group tersebut. AWAS! Jangan main add jer...nanti nampak macam spamming, sebaiknya invite sahaja.

    4. Hebahkan atau beritahu tentang kewujudan group ini supaya lebih ramai join. Lagi ramai lagi senang nak promote.

    5. Banyakkan perbincangan atau berikan tips, idea di dalam group tersebut untuk menampakkan group itu tidak tertumpu untuk menjual produk semata-mata. Sekali sekala selit promosi produk.

    Secara basicnya begitulah cara yang biasa digunakan oleh kebanyakkan facebook marketer yang menggunakan platform facebook group untuk menghasilkan jualan.

  • Memang betul, dengan menggunakan facebook group anda boleh hasilkan

    income, tetapi masih ada beberapa cabaran yang mungkin akan anda hadapi

    nanti...

    TIADA IDEA PRODUK Ramai yang nak bisnes di Facebook tapi sampai

    sudah takde idea nak bisnes produk apa. Cadangan yang terbaik dan

    termudah adalah dengan menggunakan produk digital.

    TIADA SIAPA NAK JOIN GROUP Group dah buka dah, tapi bila ajak takde

    orang pun nak join group. Mungkin anda tak ajak mereka dengan cara yang

    betul yang membuatkan mereka RASA PERLU untuk join group anda ni

    MEMBERS YANG SEDIKIT Kekuatan facebook group ini terletak pada

    bilangan members dan kepercayaan mereka. Jika sedikit members, maka

    agak sukar untuk anda hasilkan sales.

    TAK TAHU CARA PROMOSI Dah ada members yang ramai dalam group

    tapi tak tahu cara yang betul nak promosi supaya mereka tak leave group.

    PRODUK TERHAD Dah habis idea dah nak jual apa, dah try itu dan ini tapi

    sambutannya hambar, tak seperti yang diharapkan. Nak jual apa lagi ya?

    Dan banyak lagi cabaran yang bakal di hadapi!

    Namun begitu, cabaran-cabaran ini boleh anda atasi jika anda tahu bagaimana

    untuk menguasai fb group.

    Bukan semua halangan, cabaran dan masalah tiada penyelesaian! Pasti ada

    jalan keluarnya...

  • JANGAN BIMBANG! Cabaran-cabaran yang disebutkan tadi sebenarnya mempunyai penyelesaiannya! Teruskan bacaan untuk mengetahui di mana anda boleh ketahui dan pelajari secara step by step teknik-teknik menguasai fb group dengan promosi produk digital... Anda sebenarnya boleh mengetahui tentang perkara berikut...

    Peringkat awal sebelum anda menubuhkan group dan bagaimana untuk

    anda mula dapatkan ahli-ahli group yang berminat tentang produk digital

    anda yang hanya boleh ambil masa 10 hari sahaja untuk dilakukan.

    Teknik dan strategi bagaimana anda boleh CREATE INTEREST untuk ramai

    orang join FB group anda. Apa yang akan MEMIKAT minat mereka untuk

    join group anda.

    Apa yang anda perlu letakkan di Facebook group anda nanti supaya ianya

    aktif dan lebih mudah untuk anda nak offer produk anda nanti.

    Bagaimana anda boleh KEMBANGKAN lagi bilangan ahli group anda dari

    puluh-puluh ke ratus-ratus dan ke ribu-ribu ahli. Ada sedikit teknik viral +

    _______ boleh anda gunakan.

    Teknik tambah ahli group secara DRASTIK menggunakan WALL POST

    facebook orang lain dan mereka pun SUKA dan RELA HATI bantu anda

    kembangkan lagi group anda tu!

    7 Cara Monetization (hasilkan income) dari Facebook group anda. Ada

    income kecil dan ada yang income BESAR!

  • Bagaimana hasilkan 100% keuntungan tanpa cipta produk digital anda

    sendiri. Ini adalah teknik pantas dan termudah hasilkan income melalui

    produk digital.

    Miliki FULL CONTROL pada bisnes anda dengan bina list dari group FB anda.

    Inilah yang akan SECURE bisnes anda dan memberikan income stable untuk

    anda.

    Teknik PROMOTION LEVERAGE bagaimana mempergunakan ahli group

    untuk promosikan produk dengan berikan ________ . Cara nak dapat

    TRAFIK FREE ke offer anda.

    Bukan saya yang akan menunjukkan teknik dan strategi tersebut TETAPI salah seorang Top Internet Marketer di Malaysia iaitu Cikgu Hafis Anwar akan share teknik-teknik serta strategi beliau kepada anda nanti...

  • Ramai student beliau telahpun berjaya menjana pendapatan RM4-5 ANGKA

    dari pelbagai cara bisnes samada di Facebook atau medium pemasaran

    internet yang lain...

  • Ramai lagi dan banyak lagi testimonial student beliau yang telah SUKSES dalam

    bisnes internet yang mereka usahakan.

    Seperti yang saya janjikan di awal tadi, kini peluang anda untuk mengetahui

    dari beliau bagaimana anda boleh menguasai fb group dan hasilkan income

    darinya dengan mempromosikan produk digital.

    Anda boleh dapatkan maklumatnya di sini!

    KUASA FB GROUP

    KLIK LINK INI, JIKA ANDA INGIN KETAHUINYA!

    Buat duit dari Facebook bukannya susah jika anda tahu

    caranya! Nak dengan taknak sahaja!

    P/S : Alternatif panduan lain yang menggunakan FB Group sebagai

    medium pemasaran ;

    >>>> Panduan Dominasi FB Group

    Sila like https://www.facebook.com/pages/Income-Pemasaran-FB/646487138721288