sejarah group

44
BAB 1 : 1.1 PENGENALAN Kajian pascakolonial melihat bahawa kesusasteraan Komanwel ini penting diketahui untuk memahami punca-punca kelahiran wacana pascakolonial. Pascakolonial lahir berikutan keinginan warga tanah jajahan menolak peranan kesusasteraan Komenwel sebagai alat penerusan dominasi kolonial dalam wacana kolonial dahulu, Selain itu, kesusasteraan Komanwel ini tidak meluas cakupannya kerana hanya merujuk kepada negara-negara bekas tanah jajahan Inggeris. Meskipun kesusasteraan Komanwel sudah pun menggambarkan tentang karya arus perdana dan karya pinggiran, namun karya-karya yang digambarkan itu hanyalah yang lahir dinegara-negara bekas tanah jajahan Inggeris. Oleh itu, Wacana pascakolonial lahir dengan cakupan yang lebih luas dan lengkap kerana turut merangkumi negara-negara yang dijajahi oleh kuasa penjajah yang lain juga. Mishra dan Hodge (1994:276) yang membezakan kesusasteraan Komanwel dengan kesusasteraan pascakolonial. Istilah ini yang kemudiannya membentuk sejenis wacana dan korpus kesusasteraan, hanya mulai dikenali umum dan digunakan secara meluas pada tahun 1980-an, iaitu sesudah Ashcroft menggunakannya melalui sepotong frasa iaitu “post- colonial field” di dalam bukunya The Empire Writes Back. Namun, istilah ini sebenarnya wujud lebih awal lagi, iaitu dalam kamus Oxford English Dictionary pada 12 Disember 1959. Timbul debat dan kritik 1

Upload: pink

Post on 03-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

BAB 1 : 1.1 PENGENALANKajian pascakolonial melihat bahawa kesusasteraan Komanwel ini penting diketahui untuk memahami punca-punca kelahiran wacana pascakolonial. Pascakolonial lahir berikutan keinginan warga tanah jajahan menolak peranan kesusasteraan Komenwel sebagai alat penerusan dominasi kolonial dalam wacana kolonial dahulu, Selain itu, kesusasteraan Komanwel ini tidak meluas cakupannya kerana hanya merujuk kepada negara-negara bekas tanah jajahan Inggeris. Meskipun kesusasteraan Komanwel sudah pun menggambarkan tentang karya arus perdana dan karya pinggiran, namun karya-karya yang digambarkan itu hanyalah yang lahir dinegara-negara bekas tanah jajahan Inggeris. Oleh itu, Wacana pascakolonial lahir dengan cakupan yang lebih luas dan lengkap kerana turut merangkumi negara-negara yang dijajahi oleh kuasa penjajah yang lain juga. Mishra dan Hodge (1994:276) yang membezakan kesusasteraan Komanwel dengan kesusasteraan pascakolonial. Istilah ini yang kemudiannya membentuk sejenis wacana dan korpus kesusasteraan, hanya mulai dikenali umum dan digunakan secara meluas pada tahun 1980-an, iaitu sesudah Ashcroft menggunakannya melalui sepotong frasa iaitu post-colonial field di dalam bukunya The Empire Writes Back. Namun, istilah ini sebenarnya wujud lebih awal lagi, iaitu dalam kamus Oxford English Dictionary pada 12 Disember 1959. Timbul debat dan kritik yang sengit dan berpanjangan tentang pengertian istilah tersebut. Ini kerana beberapa orang sarjana melahirkan rasa kurang senang terhadap kekeliruan makna yang timbul daripada perkataan pasca pada bahagian hadapan perkataan kolonial itu. Kekeliruan makna ini terjadi kerana beberapa sebab. Kekeliruan timbul berkaitan istilah pascakolonial ini kerana wujudnya corak penjajahan yang berbeza di antara negara-negara bekas tanah jajahan yang ditadbir oleh peneroka-peneroka yang berasal dari negara penjajah. (settler colonies) dengan negara-negara yang ditadbir sendiri oleh anak watan tanah jajahan (non settler colonies). Penggunaan istilah pascakolonial ini mendapat bantahan daripada golongan Marxis yang menganggap ia mengelirukan, tidak kena pada tempat bahkan tidak mencerminkan realiti sebenar (Sohaimi Abdul Aziz. 1995:336). Kekeliruan tentang definisi pascakolonial juga timbul disebabkan bidang ini turut merangkumi pemikiran feminism, iaitu suatu pemikiran baru tentang dunia wanita. Pemikiran ini sentiasa mempersoalkan penguasaan dunia ilmu berkaitan wanta yang sering diwarnai dan dimonopoli oleh fikiran dan pandangan lelaki (Umar Junus ,1998:6; Smith dan Watsom, 1992;Sayers, 1991). Dalam bidang kesusasteraan, sejak penghujung tahun 1970-an lagi, istilah pascakolonial digunakan untuk merujuk kepada suatu wacana yang membicarakan pertembungan konsep dan pemikiran pertentangan-pertentangan yang timbul daripadanya, serta kesan-kesannya ke atas budaya anak watan, selaku impak daripada era dan proses penjajahan barat. Dalam sesetengah teks wujud sengkang yang memisahkan perkataan pasca dengan kolonial. Menurut Boehmar (1995:3), pascakolonial (tanpa sengkeng) sebenarnya digunakan untuk merujuk kepada karya-karya kesusasteraan yang memperlihatkan pengalaman penyingkiran dan perbezaan budaya yang dilalui oleh anak watan sewaktu masih berada di bawah pemerintahan kolonial. Pendapat ini juga sama dengan pendapat Mishra dan Hodge (1994:284). Menurut mereka, pascakolonialisme (tanpa sengkang) menggambarkan kecenderungan yang sentiasa wujud dalam karya-karya kesusasteraan hasil proses penjajahan kerana yang mewarnainya adalah dominasi budaya secara paksaan oleh suatu struktur kuasa pemerintah penjajah. Justeru pascakolonial sering digambarkan secara underside , atau dalam sisi yang berbeza daripada pandangan utama yang wujud dalam pascakolonial (dalam sengkang).

1.2 OBJEKTIF TEORI PASCAKOLONIAL

Setiap teori mempunyai objektifnya tersendiri. Objektif ini sama juga dengan tujuan. Iaitu tujuan penulisan teori ini. Objektif teori ini ialah pascakolonial ialah satu projek ilmiah bersifat disiplin yang telah meletakkan sebagai agenda akademiknya rangkaian tindakan yang berikut: mengingat kembali lau mengunjungi semula dan mepersoalkan dan meneliti pengalaman penjajahan setiap negara pascakolonial. Tujuannya adalah untuk mendedahkan dan menghuraikan betapa mendalamnya pengaruh penjajahan terhadap dunia mental, social, dan fizikal negara, masyarakat serta budaya yang pernah dijajah, sama ada dari sudut objektif ataupun subjektif, secara kritis.

Teori ini mampu membawa semula, sesiapa sahaja (baik negara, kelompok social, mahupun individu), ke ruang kolonial yang boleh mendedahkan hubungan dialektik, persis pahit manis, dan madu dan racun semata-mata untuk menunjukkan kejelakan perbuatan mereka yang menjajah dan kesannya terhadap mereka yang dijajah, di samping melihat bagaimana penjajah pula turut dikesani dan berubah akibat dipengaruhi oleh mereka yang dijajah. Yang ingin ditunjukkan juga ialah bahawa yang dijajah juga mampu menentang penjajah, dengan cara mereka sendiri, tetapi sering tidak terpampang jelas, seperti tindakan perang fizikal yang dilakukan oleh penjajah.

Teori ini memaparkan fakta bahawa yang dijajah bukan sahaja ruang fizikal yang bersifat wilayah, yakin permpasan segala yang terkandung diperut bumi negara yang dijajah dalam pelbagai bentuk khazanah dan kekayaan alam semula jadi, bahkan yang turut ditakluki ialah ruang epistemologi, yang terhimpun di dalamnya kepautakaan gemilang ilmu, minda, dan tamadun sesebuah masyrakat. Ertinya, apabila ruang fizikal dikuasai dan dieksploitasi untuk kepentingan penjajah, seiring ruang epistemology pun turut dirungkai oleh penjajah, lalu digubah secocok dengan keperluan fizikal tersebut. Dalam proses ini, sejarah dan struktur social serta sistem pemikiran masyarakat yang dijajah mengalami perubahan yang cukup radikal sehingga meninggalkan kesan sebati yang mendalam dalam jiwa dan peri laku yang dijajah.

1.3 KAEDAH TEORI YANG DIGUNAKAN

Teori pascakolonial dan bidang kajian pascakolonial tumbuh daripada uasaha untuk menghuraikan dan memahami satu prose s penting dalam pengalaman sejarah negara bekas tanah jajahan, iaitu proses penting dalam pengalaman sejarah negara bekas tanah jajahan, iaitu proses kebijajahan atau pengungkaian penjajahan (decolonization). Proses ini mendapat perhatian banyak pihak dan dua yang terpenting ialah kumpulan ahli politik dan para akademik. Kalau kumpulan ahli politik melihat prosese ini sebagai sesuatu yang bersifat public advocacy, iaitu sebagai suatu fenomena yang mengesahkan dan mengubah kehidupan social dalam sesebuah masyarakat, bagi ahli akademik pula, proses ini menjadi sasaran kupasan ilmiah. Yang dikupas oleh ahli akademik bukan hanya proses tersebut, tetapi juga manusia yang terlibat di dalamnya, sama ada yang menjajah dan yang dijajah, termasuk politik. Ada satu aspek dalam proses kebijajahan yang mendapat perhatian utama para akademik yang akhirnya mengukir suatu bidang kajian dan rangkaian teori yang dikenali sebagai kajian pascakolonial ataupun pascakolonialisme. Aspek yang dimaksudkan itu ialah fenomena yang dikenali sebagai amnesia pascakolonial, sesuatu yang mengungkapkan keinginan besar setiap negara bekas dijajah untuk melupakan, malah menidakkan pengalaman penjajahannya, seperti mahu memutuskan langsung hubungan sejarahnya itu. Pada asasnya, amnesia pascakolonial didorong dan digerakkan oleh keinginan yang berkobar-kobar untuk mencipta semula sejarah baru bagi sebuah negara yang mengikis memori pengalaman pahit penindasan penjajahan. Namun, kita semua tahu bahawa pengalaman sejarah, seperti keanggotaan kita dalam sesebuah keluarga, bukan pilihan kita dan tidak dapat diubah sesuka hati.

Kajian pascakolonial dan aliran pascakolonialisme dengan segala macam pendekatan, perpektif, konsep dan teorinya muncul dalam suasana pengelutan sejarah-memori serta politik-sosial yang amat emotif. Pascakolonialisme dapat dianggap sebagai suatu gerakan yang menyuarakan tentangan teoretis (theoretical resistance) terhadap tindakan yang bersifat amnesia politik anjuran negara pascakolonial yang merdeka.BAB 2 : HASIL PERBINCANGAN / KAJIAN2.1 KORPUS KETEGANGAN DALAM KESUSASTERAAN PASCAKOLONIALMemperkatakan soal pertembungan konsep dan ideologi yang mencetuskan penentangan anak watan terhadap mantan penjajahnya, maka ada du acara penentangan yang ditampilkan oleh anak watan dalam wacana pascakolonial ini. Pertama, penentangan secara tidak nyata atau berselindung dengan menggunakan simbol-simbol tertentu yang umumnya hanya difahami oleh masyarakat tanah jajahan. Penentangan cara ini dipraktikkan kerana mahu mengaburi mata penjajah yang ketika itu masih memerintah dan begitu berkuasa. Kedua, penentangan secara terbuka, iaitu selepas beroleh kemerdekaan daripada tangan penjajah. Penentangan cara ini menampilkan suatu dimensi baru dalam wacana pascakolonial kerana melaluinya anak watan diperlihatkan tidak sekadar berani mempersoalkan perlakuan pihak Barat yang menguasai politik dan menjajah ruang geografi negara mereka. Bahkan, anak watan menggunakan wacana ini untuk menangkis, mematah, menghujah, mendedah, mengungkit, mempertikai dan mempersoalkan secara kritis perbuatan, tindakan dan pandangan pihak Barat yang tidak betul terhadap mereka seperti yang terakam dalam wacana kolonial dahulu. Justeru, korpus kesusasteraan pascakolonial pun menampilkan ciri-ciri serupa, iaitu menolak Barat dengan segala macam pandangan negatifnya ke atas anak-anak watan, serta proses imperialisme dan kolonialisme yang dilakukan terhadap mereka. Menurut Susan Bassnet (1998:78), istilah penolakan dalam pascakolonial ini tidak sama dengan anti-kolonialisme atau penjajahan. Pandangan Bassnet itu agak sempit kerana tidak merangkumi korpus ketegangan yang turut wujud dalam karya-karya pascakolonial. Di negara-negara tanah jajahan/bekas tanah jajahan, ketegangan hubungan di antara anak watan dengan penjajah /bekas penjajahnya adalah suatu perkara yang tidak dapat dinafikan. Ketegangan yang terjadi berikutan penolakan dan penentangan anak watan terhadap penjajah/bekas penjajahnya itu sering pula menuju ke arah anti penjajahan. Walau bagaimanapun, penampilan sikap anti penjajah dalam wacana pascakolonial ini bukanlah berbentuk perlawanan fizikal untuk merebut kembali institusi budaya yang digugat oleh proses penjajahan Barat. Sebaliknya, korpus ketegangan yang ditonjolkan berbentuk perebutan melalui konsep dan ideologi yang mempamerkan percanggahan fikiran dan pegangan, serta pertikaian dan bantahan oleh anak watan terhadap penjajah . Menurut FOulcher (1999:14), korpus ketegangan ini ditandai oleh perebutan (melalui minda), ambivalen dan ketidakmampuan makna. Tentang hal ini, Umar Junus (1998:3) menyimpulkan:

Pascakolonial lebih mengatasi diri kepada wacana tanpa perlu melibatkan sesuatuYang fizikal. Yang ditentang bukan penjajahan sebagai kuasa politik yang mesti ditumbangkan. Di sini tidak ada usaha penumbangan. Yang ditentang hanya wacana kolonial yang selama ini menyuarakan suara kolonial, yang melihat semuanya dari kaca mata penjajah yang merasa diri lebih tinggi dari peribumi negara yang dijajah

Perasaan anti penjajah dalam bentuk ini berleluasa kerana anak watan, khususnya dalam kalangan yang berpendidikan, melihat bahawa penjajah Barat telah meminggirkan dan menafikan hak mereka dalam pelbagai hal sewaktu menjajah tanah air mereka. Anak watan juga menolak fahaman orientalisme yang tersemat kukuh dalam minda penjajah kerana faham tersebut membuatkan mereka mendabik dada dan mendakwa bahawa pemikiran, nilai budaya dan bangsa Baratlah yang lebih agung dan unggul berbanding dengan anak watan yang dijajahinya.

Justeru bagi anak watan, idea, teori, kepercayaan dan klise Barat yang sedemikianlah yang menyebabkan penjajah Barat membawa bersama mereka suatu agenda serong dalam dasar penjajahan mereka. Agenda serong itu diimpakkan ke atas sejarah , politik, peribadi, kebudayaan, pemikiran, pentadbiran, keupayaan dan sumber bumi anak watan sepanjang penjajahan mereka berlangsung. Perlakuan penjajah itu ketara di negara-negara tanah jajahan di Asia Selatan, Asia Tenggara, beberapa negara di Kepulauan Pasifik dan di Afrika. Hal inilah yang membangkitkan semangat dan wacana anti penjajah, yang mendorong anak watan untuk berpolitik kerana mahu berjuang menentang penjajah. Dalam kalangan mereka itu pula, muncul segolongan anak watan yang lebih ekstrem, yang mahu menolak dan melekangkan diri seratus peratus daripada penjajahnya. Mereka disebut new men oleh Fanon ini bertindak melakukan dekolonisasi dengan bangkit mempersoal dan mencabar kuasa Barat yang pernah menjajah mereka. Manifestasi daripada proses dekolonisasi ini terpancar dalam sesetengah korpus kesusasteraan pascakolonial oleh beberapa orang penulis new men yang berani menyuarakan tentangan melalui bahasa dan rasa kemanusiaan baharu. Namun begitu, pandangan Fanon itu terlalu idealistic, kerana manusia baharu di negara-negara yang baharu meneguk nikmat kemerdekaan itu pada hakikatnya masih memerlukan Barat. Malah, mereka tidak boleh melekangkan diri daripada pengaruh Barat yang telah menyerap masuk, dan sesetengahnya telah mendarah daging dalam budaya mereka. Sama ada rela atau tidak, mereka terpaksa menerima pengaruh Barat yang telah membudaya itu.Lantas, tentangan yang ditunjukkan oleh sesetengah pengarang pascakolonial yang mengakui akan pengaruh Barat yang telah membudaya dalam masyarakat mereka adalah lebih wajar. Hal ini kerana mereka tidak menentang Barat dengan memutuskan seratus peratus hubungan dengan Barat atau menyingkirkan sama sekali setiap pengaruh budaya Barat. Sebaliknya, tentangan itu ditunjukkan melalui konsep dan pemikiran sahaja. Caranya, ialah dengan berdialog dan mempersoalkan perlakuan Barat yang berat sebelah terhadap mereka. Justeru, bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada mereka dipergunakan untuk menjadikan karya mereka sebagai wadah bagi menyuarakan ketidakpuasan hati, memprotes, juga menterbalikkan pergantungan kepada Barat yang pernah menjadi pusat kauasa mereka. Kemudian, melalui karya yang sama mereka menonjolkan pula kelebihan yang ada pada diri dan bangsa mereka sendiri. Keadaan ini mengakibatkan wujudnya hubungan yang tegang dan sentiasa bergeser di antara anak watan dengan penjajah dan hali ini menjadi suatu identiti kepada kesusasteraan pascakolonial.Cara mereka mempraktikkannya sesuai seperti yang diperkatakan oleh Mishra dan Hodge (1994:276). It foregrounds a politics of opposition and struggle, and problematize the key relationship between centre and periphery.

Korpus-korpus yang dibicarakan di atas merupakan dasar-dasar yang digariskan sebagai landasan kepada karya-karya pascakolonial. Korpus-korpus tersebut dititikberatkan kerana tidak semua karya anak watan bekas tanah jajahan yang dicipta dan diterbitkan sebagai kesan terhadap penjajahan itu boleh terus dikelompokkan dalam korpus kesusasteraan pascakolonial. Hanya karya-karya yang memenuhi atau menepati ciri-ciri tersebut sahaja yang boleh diletakkan dalam kelompok kesusasteraan ini. Korpus-korpus berkenaan diperkukuhkan lagi oleh kerangka teori yang dicadangkan oleh Ashcroft, Tiffin dan Helen sebagai cara untuk meneliti karya-karya yang tergolong dalam kelompok kesusasteraan ini. Menurut mereka, teori kesusasteraan pascakolonial ini muncul kerana ketidakupayaan teori kesusasteraan Barat menangani karya-karya dalam korpus ini: . Post-colonial literary theory emerges from the inability of European theory to deal adequately with complexities and varied cultural provenance of post-colonial writing. European theories themselves emerge from particular traditions which are hidden by false notions of the universal. ( Ashcroft, Tiffin dan Helen, 1989:11 )

Kelainan-kelainan serta kepelbagaian lingkungan dan pengalaman yang mendasari karya-karya kesusasteraan yang muncul sebagai reaksi terhadap penjajahan ini menyebabkan teori kesusasteraan Barat tidak berupaya memahami dan menganalisis karya-karya tersebut. Justeru, teori kesusasteraan pascakolonial ditampilkan sebagai cara untuk berurusan dengan kerencaman dan kepelbagaian asal usul budaya dalam penulisan pascakolonial ini.

2.2 MODEL KETEGANGAN Aschroft, Griffiths dan Tiffin (1989:15) telah mengemukakan empat model untuk menjelaskan jenis-jenis karya yang tergolong dalam korpus kesusasteraan pascakolonial ini, iaitu:2.2.1 Model Kebangsaan atau SerantauModel ini tertumpu kepada kesusasteraan kebangsaan dan serantau yang menonjolkan sifat-sifat khas dalam budaya masyarakat yang melahirkan kesusasteraan berkenaan. Aschroft, Griffiths dan Tiffin menjelaskan model ini sebagai national or regional models, which emphasize the distinctive features of the particular national or regional culture.2.2.2 Model yang Berlandaskan Rumpun Bangsa (race)Model ini mengidentifikasikan beberapa ciri yang sama, yang dikongsi secara bersama oleh pelbagai kesusasteraan kebangsaan yang berasal daripada rumpun bangsa tersebut. Contohnya adalah hasil-hasil penulisan bangsa kulit hitam atau disebut sebagai Black-writing. Tentang model ini, Aschroft, Griffiths dan Tiffin menyatakannya sebagai race-based models which identify certain shared characteristics across various national literatures, such as the common racial inheritance in literatures of the African diaspora addressed by the Black-writing model.2.2.3 Model Hybridity dan SyncreticityModel ini membicarakan sifat-sifat kacukan (hybridity) dan sinkretisiti (syncreticity) sebagai ciri-ciri yang terkandung dalam semua karya kesusasteraan pascakolonial. Sifat-sifat kacukan dan sinkretisiti tersebut adalah hasil campur baur di antara unsur-unsur tempatan yang tinggal puing-puingnya sahaja dengan unsur-unsur luar yang dibawa masuk oleh penjajah. Model ini dihuraikan oleh Aschroft, Griffiths dan Tiffin sebagai more comprehensive comparative models which argue for features such as hybridity and syncreticity as constitutive elements of all post-colonial literatures (syncretism is the process by which previously distinct linguistic categories, and, by extension, cultural formations, merge into a single new form).2.2.4 Model KerencamanModel bandingan berkaitan kerencaman yang mencari punca kepada sifat-sifat Bahasa, dan sejarah budaya tertentu di dalam dua atau lebih kesusasteraan pascakolonial. Aschroft, Griffiths dan Tiffin menghuraikannya sebagai comparative models of varying complexity which seek to account for particular linguistic, historical, and cultural features across two or more post-colonial literatures. Model ini pada dasarnya menonjolkan ketegangan di antara dua pihak iaitu, pihak penjajah dengan pihak anak negeri yang pernah dijajah. Model ini juga turut menampilkan persoalan politik, sosial dan ekonomi apabila anak watan tanah jajahan mulai bangkit mencari jati diri mereka dengan berdialog dan mempersoalkan setiap campur tangan pihak penjajah/bekas penjajah dalam urusan kehidupan mereka.

Daripada keempat-empat model yang dibincangkan di atas, hanya model ketegangan dan konflik di antara pihak yang pernah dijajah dengan pihak yang pernah menjajah sahaja yang akan digunakan dalam perbincangan ini. Model ini dipilih kerana sesuai dan selaras dengan begitu rinci sebelumnya. Model ini dihuraikan oleh Aschroft, Griffiths dan Tiffin (1989:343) sebagai berikut: In this model the act of writing texts of any kind in post-colonial area is subject To political, imaginative and social control involved in the relationship between colonizerand colonized. Walaupun model ini memberi penekanan terhadap ketegangan di antara penjajah dengan yang dijajah dalam konteks politik, imaginative dan social sahaja seperti yang tertera dalam petikan di atas, namun hakikatnya bidang ekonomi turut terlibat. Hal ini kerana tanah jajahan telah dijadikan tempat oleh penjajah untuk mengaut sumber ekonomi dan dalam masa yang sama, kauasa politik anak watan dirampas, budaya serta dunia sosialnya dipandang asing, aneh dan rendah. Keadaan tersebut menyebabkan wujudnya hubungan yang sentiasa tegang dan bergeser di antara penjajah dengan yang dijajah sejak dari era kolonial hinggalah kini. Berkaitan dengan itu, persoalan ini sering diangkat atau dibayangkan oleh kebanyakan pengarang dalam karya-karya mereka sehingga bangkit menjadi suatu ciri kepada karya-karya pascakolonial. Antaranya seperti yang terakam dalam novel Putera Gunung Tahan oleh Ishak Haji Muhammad, puisi-puisi Harun Aminnurashid seperti mempertahankan hak kita dan taraf Melayu lepas perang, serta drama seperti Anak Tanjung oleh Nordin Hassan dan Imbas oleh Hassim Yassin. Pada dasarnya, persoalan ketegangan ini diketengahkan oleh sebilangan pengarang adalah sebagai suatu manifestasi kepada suara anak watan yang berasa takut dan tertindas, berasa tidak puas hati dan tersinggung dengan pandangan rendah, geli dan jijik penjajah terhadap mereka. Persoalan ini juga merupakan suatu manifestasi kepada perasaan marah dan geram anak watan terhadap penjajah kerana telah menyelongkar, mengaut dan memunggah hasil bumi mereka. Oleh itu, terbit kemahuan yang tinggi dalam jiwa mereka untuk bebas bertindak dan bersuara di tanah air sendiri, juga untuk mengembalikan jati diri yang hilang akibat penjajahn Barat itu. Kemahuan tersebutlah yang menyebabkan anak watan bangkit melakukan penentangan, walaupun dengan senjata yang ketinggalan zaman dan dengan tahap pendidikan yang rendah (Umar Junus, 1998:1). Pada waktu itu, sebilangan besar anak watan mendapat pendidikan ala kadar sahaja kerana kurikulum yang dibentuk oleh penjajah mengikut model mereka itu sekadar menginginkan anak watan celik huruf bagi memenuhi keperluan mereka terhadap tenaga buruh. Jadi, apabila anak watan bangun menentang dengan tahap pendidikan yang rendah dan senjata yang tidak ampuh ianya menjadi cemuhan dan bahan tertawa penulis Barat. Hal ini terakan dalam karya-karya tulisan penjajah dalam wacana kolonial. Namun, semangat dan keberanian anak watan untuk bangkit menentang penjajah, biarpun dengan upaya dan tahap peradaban yang serba serbi rendah itu telah meninggalkan suatu kesan yang mendalam dalam interpretasi kebudayaan dan kesusasteraan pascakolonial (Aschroft, Griffiths dan Tiffins 1989:30) Hal yang terjadi itu bukanlah sesuatu yang pelik. Menurut golongan Marxis dan golongan strukturalis, tekanan demi tekanan yang berterusan terhadap kaum bawahan akan menumbuhkan suatu revolusi ganas yang mengakibatkan pertumpahan darah orang ramai, sama ada yang bersalah atau pun tidak (Aschroft, Griffiths dan Tiffin, 1989:30). Golongan strukturalis menganggap yang tekanan itu berpunca daripada suatu kuasa pusat yang meletakkan semua yang lain di bawah pengawalannya. Walau bagaimanapun, wacana pascakolonial yang di dalamnya turut terangkum beberapa ciri aliran pasca-struktural, tidak mungkin pusat hadir tanpa unsur yang selama ini dianggap bukan pusat. Lantaran pusat tidak mungkin hadir tanpa unsur lain, maka dipersoalkan orang tentang hakikatnya sebagai pusat. Kemudian, pandangan golongan Marxis juga turut ditolak dan dikritik. Misalnya oleh E.P. Thompson yng menganggap bahawa pendekatan Marxis sangat terbatas. Thompson beranggapan sedemikian kerana suara golongan tertindas dalam kalangan wanita, kanak-kanak dan anggota golongan proletar tidak diberi perhatian (Shamsul Amri, 1998:3). Eric Hobsbawn yang meluaskan pandangan Thompson pula menghujah bahawa suara mereka yang dijajah dan dijadikan hamba abdi di luar Eropah juga turut tidak diperhatikan oleh pendekatan ini. Justeru, kemunculan wacana pascakolonial dan korpus kesusasteraan pascakolonial yang memberi perhatian yang mendalam terhadap kedua-dua yang di atas, telah mengisi lowongan kosong yang wujud pada pendekatan golongan structural dan Marxis itu.Hal tersebut dapat dilihat melalui kelahiran mazhab Subaltern Studies di India yang dipelopori oleh Ranajit Guha dan kawan-kawannya, yang memfokuskan perhatian terhadap golongan berkedudukan rendah. Hasil kajian mereka tentang golongan ini telah menghasilkan pelbagai buku yang sekali gus merakamkan history from below, yang diterbitkan di bawah siri Subaltern Studies (Shamsul Amri, 1998:3). Hasilnya, telah muncul perbincangan yang mendalam tentang nasionalisme, pembentukan negara bangsa dan identiti pada zaman colonial dan pascakolonial yang menekankan perhatian terhadap penjajah dan mereka yang dijajah.

2.3 Konsep MimikriSuatu perkara lagi yang dilihat dalam teori ini ialah mimikri. Menurut Ashcroft, Griffiths dan Tiffin (1998:139), mimikri merupakan:important term in post-colonial theory, because it has come to describe the ambivalent relationship between colonizer and colonized.Konsep mimikri digagaskan oleh Homi Bhabha sebagai perluasan terhadap pandangan Said tentang wacana colonial yang memperlihatkan betapa Barat atau penjajah selalu mengkonstruksi dan menimbulkan pelbagai tohmahan negatif tentang Timur. Lantas, Bhabha melihat dari arah yang bertentangan pula, iaitu Timur yang memandang Barat. Dalam kata lain, yang selaama ini diawasi tiba-tiba beralih menjadi yang mengawasi, atau yang selama ini dipandang telah beralih menjadi yang memandang. Pandangan itu adalah dengan tujuan untuk meniru, tetapi bukanlah secara tepat, tuntas dan sempurna; atau seperti kata Bhabha (1994:89), almost the same, but not quite.Pada dasarnya, Bhabha mengasaskan konsep ini setelah menemukan tujuan pendidikan oleh penjajah Inggeris ke atas anak watan di tanah jajahanny, India. Macaulay dalam teks ucapannya di Parlimen Inggeris menyatakan bahawa tujuan pendidikan Inggeris adalah untuk melahirkan suatu masyarakat tanah jajahan yang warna kulit dan darahnya adalah orang India, tetapi selera, pandnagan, moral dan intelektualnya adalah sepenuhnya orang Inggeris (Bhabha, 1994:89). Tujuan yang dipaparkan oleh Macaulay ini turut menunjangi tujuan pendidikan kuasa-kuasa penjajah yang lain terhadap warga tanah jajahannya di mana-mana lokasi pun. Maka, tujuan itulah juga yang didukung oleh penjajah Inggeris ketika memberi pendidikan kepada anak watan Malaysia sekitar pertengahan abad ke-19, atau oleh penjajah Belanda ketika memberi pendidikan kepada anak watan Indonesia sekitar dekad kedua abad ke-20. Cara pendidikan yang diamalkan oleh penjajah Barat itu Berjaya melajhirkan mimic man, iaitu kelompok anak watan tanah jajahan yang menjadi salinan kepada penjajahnya. Namun, salinan yang almost the same, but not quite ini menjadi tidak realistik atau cuma berbentuk blurred copy sahaja. Hal ini menyebabkan mimikri tidak jauh daripada mockery atau pengejekan. Tentang hal in, Bhabha berkata (1994:86):Rather, the result is a blurred copy of the colonizer that can be quite threatening. This is because mimicry is never far from mockery, since it can appear to parody whatever it mimics. Anak watan dikatakan meniru dengan tujuan mengejek adalah kerana mereka tidak pernah menghasilkan semula secara tepat kebiasaan-kebiasaan, nilai-nilai dan institusi-institusi yang mereka ambil dari Barat. Justeru, tidak seratus-peratusnya tepat, maka perkara-perkara itu menjadi salinan yang kabur. Konotasinya, adalah segala yang dating dari Barat dan dianggap sebagai kebenaran yang sah oleh alam atau kudrat itu, sesungguhnya amat rapuh, tidak mantap dan selalu berubah (Foulcher, 1999:16). Hal yang sedemikian mewujudkan konsep mimikri dalam wacana pascakolonial yang memperlihatkan hubungan penjajah dan yang dijajah dalam sifat yang ambivalen, sentiasa dalam ketidakstabilan dan perebutan makna (Ahmad Sahal, 1998:11). Pada satu pihak, mimikri membentuk suatu identiti atau persamaan, tetapi dalam masa yang sama, di pihak lain, mimikri mempertahankan perbezaan. Justeru, Faruk (1999:3) mengibaratkan mimikri sebagai tari kelana dalam budaya Jawa. Dalam tarian tersebut, ada dua tokoh yang berbeza kelas atau status sosialnya. Pada satu pihak, ada seorang sasteria yang menari dengan sempurna, dan pada pihak lain, ada seorang pembantu atau punakawan yang meniru tarian itu. Akan tetapi, seperti kata Bhabha, peniruan itu hampir sama, tetapi tidak sepenuhnya serupa. Namun, pada pihak yang lain, hal tersebut hanyalah olok-olok sang punakawan terhadap sang sateria dengan menempatkan tari sang sateria bukan dalam kerangka esensialisme, melainkan sebuah produk budaya yang dapat ditiru dan dipermainkan (Faruk,1999:3). Hal ini menyamai kata-kata Bhabha (1994:86) bahawa :The copying of the colonizing culture, behavior, manners and values by the colonized contains both mockery and a certain menace, so that mimicry is at once resemble and menace.Walaupun pada hakikatnya tidak semua peniruan anak watan terhadap penjajahnya bertujuan mengolok-olok dan mengejek, namun dalam perumpamaan tari kelana di atas, peniruan anak watan itu jelas untuk mengejek. Tujuannya adalah untuk merebut perhatian khalayak. Berikutan itu, tarian sang sastera tidak lagi menjadi pusat perhatian penonton, sebaliknya tarian sang punakawanlah yang lebih diperhatikan. Dalam konteks wacana poskolonial, sang punakawan yang diidentifikasikan sebagai anak watan itu sengaja mengejek sang sateria atau penjajah dengan tujuan merebut perhatian dunia terhadapnya dan menidakkan penjajahnya. Lantas bagi Bhabha (1990:2110, peniruan itu tidak membentuk batas yang membezakan tuan (kolonial Barat) dan budak atau hamba (anak watan), melainkan tuan yang diperbudakkkan, dan budak yang tidak mampu ditakluk. Keadaan inilah yang membangunkan konsep mimikri dalam wacana pascakolonial kerana pada suatu pihak, kebanyakan anak watan tanah jajahan mengikuti pengajian moden Barat kerana mahu meniru cara hidup dan cara berfikir penjajah Barat. Di Malaysia, Inggeris yang ditiru manakala di Indonesia, Belanda yang ditiru. Namun, peniruan itu pada pihak yang lain hanyalah sekadar suatu pemanfaatan wacana kolonial yang dimobilisasi untuk menuntut kemerdekaan, kemandirian, dan pemisahan total masyarakat dan budaya etnis-tradisional dari masyarakat dan budaya kolonial (Faruk, 1999:12). Segala yang bermanfaat yang ditiru daripada penjajah hanya berupaya membentuk sesuatu yang bersifat fizikal, atau dalam kata yang lain, sesuatu yang pada peringkat kulitnya sahaja kerana hasil tiruan itu tidak menyerap secara mendasar hingga menyentuh dunia batin anak watan yang mandiri.

2.4 Penjajahan dan jajahanWalau bagaimanapun, pendekatan yang hanya melihat dan membataskan kajian tentang penjajah dengan yang dijajah sahaja, atau dalam kata lain yang melihat bekas kuasa kolonial dengan bekas jajahannya sahaja akan menyekat perkembangan kajian ini. Pendekatan-pendekatan yang dikemukakan oleh Fanon, Memmi dan lain-lain pendahulu teori pascakolonial, seperti yang telah dibicarakan di atas itu, disifatkan oleh sesetengah pengkaji pascakolonial sebagai menjadikan wilayah kajian pascakolonial sempit, kaku, beku, dan eksklusif.Melani Budianta (1998:3) umpamanya menyatakan bahawa kajian yang difokuskan hanya kepada penjajah asing dengan tanah jajahan atau bekas tanah jajahannya dalam sesetengah kebudayaan sudah tidak menjadi perkara utama lagi. Hal ini kerana di sesetengah negara tnah jajahan yang telah lama merdeka, sering bangkit penjajahan bentuk baharu yang bukan lagi dilakukan sendiri oleh kuasa asing. Sebaliknya, penjajahan itu dilakukan sendiri oleh kuasa tempatan yang lebih dominan ke atas subkebudayaan yang lebih lemah. Hal ini disebut oleh Lo dan Gilbert (1998:1) sebagai penjajahan dalaman; juga oleh McClintock (1994:295), iaitu:Internal colonization occurs where the dominant part of a country treats a group or region as it might a foreign colony. Di beberapa buah negara seperti Pakistan, Iraq, Libya dan Myanmar pula, junta tentera yang kuat dan bersenjata memegang tampuk kuasa, merumuskan undang-undang mengikut cara mereka dan mengetepikan undang-undang yang seida ada sebelumnya. Hal ini boleh dilihat melalui tekanan yang dikenakan oleh pemerintah tentera Myanmar ke atas pemimpin prodemokrasinya, Aung San Suu Kyi, dan penyokong-penyokongnya. Di Malaysia pula, segelintir elit Melayu yang berkedudukan istimewa dalam masyarakat dan kaum Cina yang memegang kuasa ekonomi merupakan suatu kelompok sosial yang berpengaruh, lantas berupaya untuk mempengaruhi penggubalan sesetengah dasar.

Jenis yang kedua pula boleh dilihat di beberapa buah negara yang bebas daripada penjajahan Barat, tetapi pemerintah anak watannya bangkit menjadi penjajah dalaman kerana diangkat sebagai boneka oleh kuasa-kuasa besar Barat. Golongan ini turut mempraktikkan pemerintahan dictator setelah memperoleh mandat memerintah melalui rampasan kuasa (Sohaimi Abdul Aziz, 1995:343). Beberapa negara di Afrika seperti Algeria, Kenya, dan lain-lain negara atau daerah adalah memperlihatkan penjajahan dalaman seperti itu.LO dan Gilbert (1998:1) yang memperhatikan hal ini menghuraikan penjajahan dalaman itu sebagai:(a) internal colonialism- when the colonized elite perpetuate patterns of colonial power, surveillance and govermentality in post-imperial period;(b) regional neo-imperialism- when the culture is subject to new forms of imperialism or occasionally perpetuates them-as a result of changed geopolitical, economic, and cultural structures in local region.Perlawanan atau pertentangan, dan dekolonisasi yang diperlihatkan oleh yang ditindas kepada yang menindas melalui penjajahan dalaman ini jarang berlaku secara sederhana, tetapi tidak juga terlalu drastik. Melani Budianta (1998:6) memperlihatkannya sebagai berlaku di atas struktur yang ganda, bersifat kontradiktif, tidak selalu mudah dipilih kerana bersifat tidak lengkap, tidak selesai, ambiguis, dan sering kali berkompromi dengan aparatus yang ingin dibongkarnya. Sifatnya itu menjadikan pendekatan pascakolonial ini bersifat ambivalen seperti yang didakwa oleh Memmi, tidak stabil seperti yang dihujahkan oleh Fanon, lantas lebih praktis dan lebih terbuka untuk diteroka.

2.5 KESUSASTERAAN PASCAKOLONIAL: PERTEMBUNGAN DUA WACANA MEMBAWA DIMENSI BARU DALAM KESUSASTERAAN BANDINGANKajian terhadap kesusasteraan pascakonial mula menyerlah pada dekad-dekad terakhir abad kesusasteraan, khususnya kritikan sastera, memberi petanda bahawa kini telah berlaku perubahan persepsi nilai dan kayu ukur kesusasteraan yang selama ini dikusai oleh kesusasteraan Barat.2.5.1 Perluasan negara-negaraKesusasteraan pascakolonial membawa pandangan subversif terhadap penjajah dan penjajahan. Sejarah penjajahan berlaku secara teratur dan meluas apabila meletusnya revolusi industri di Eropah yang telah menyebabkan barang-barang perindustrian dikeluarkan secara besar-besaran. Selari dengan itu, permintaan terhadap bahan mentah juga meningkat. Keadaan ini telah menimbulkan masalah baru kepada Negara-negara maju untuk memasarkan pengeluaran mereka. Di samping itu, mereka harus mendapatkan bahan mentah yang sangat diperlukan dalam industri mereka. Sehubungan itu, abad ke-19 menyaksikan keghairahan Negara-negara maju Eropah yang juga merupakan kuasa-kuasa besar pada ketika itu seperti Inggeris, Belanda, Perancis dan Jerman mencari tanah jajahan baru, selain memperluaskan tanah jajahan yang sedia ada. Pada tahun 1880-an dan 1890-an berlaku apa yang dikenali sebagai scramble for Africa, iaitu penjajah secara rakus ke benua Amerika untuk dijadikan buruh murah dan hamba abdi di ladnag-ladang. Di Amerika Latin, Sepanyol dan Portugis pernah hadir sebagai penjajah. Di benua Asia, Inggeris menguasai India, Sri Lanka, Pakistan, Malaysia dan China.

Selain di Timur Tengah, Afrika dan Asia, penjajahan turut berlaku di benua Amerika Utara dan Selatan, Austrakia dan New Zealand. Di benua Amerika Selatan, Sepanyol dan Portugis menjadi penjajah utama yang rakus. Portugis juga bertapak di Kanada. Penjajahan Inggeris di Amerika dan Kanada. Penjajahan Inggeris di Amerika dan Kanada agak lewat berbanding kuasa-kuasa besar yang lain. Manakala di Australia dan New Zealand, Inggeris menjajah kedua-dua Negara ini dengan membawa masuk pendatang-pendatang Inggeris. Amerika, Kanada, Australia dan New Zealand mempunyai hubungan istimewa dengan kerajaan Inggeris yang dikenali sebagai mother land kerana penjajahan berlaku secara tidak langsung. Banyak aspek pentadbiran Negara diuruskan sendiri seperti ketenteraan, kewangan dan dasar luarnya. Maka Negara-negara settler colonies mempunyai pengalaman penjajahan yang berbeza daripada Negara-negara yang dikenali sebagai non- colonies seperti Negara-negara di Afrika dan Caribbean.Kedatangan penjajah membawa bersama-sama pemikiran dan budaya yang membina pemahaman mereka terhadap negara bangsa yang dijajah. Pemahaman mereka ini lazimnya dibina berasaskan konsep keunggulan dan keagungan mereka sebagai Negara dan bangsa yang bertamadun. Mereka menganggap budaya dan Negara mereka sahaja yang bertamadun. Lantaran itu sudah tercanai dalam fikiran mereka bahawa pemikiran dan nilai budaya serta bangsa mereka adalah unggul dan agung berbanding Negara-negara yang dijajah. Pemikiran ini dikenali sebagai etnosentrisme dan ia ada hubungannya dengan sejenis tanggapan yang dikenali sebagai orientalisme. Mengikut Edward Said (1978:204), orientalisme ialah kumpulan idea, teori, kepercayaan dan klise Barat terhadap budaya dan nilai Timur. Orientalisme dan etnosentrisme menjadi asas kepada perkembangan wacana colonial yang lebih meyeluruh.

2.5.2 KesusasteraanWacana pascakolonial ini juga diperlihatkan melalui kesusasteraan. Maka kini muncul kumpulan kesusasteraan pascakolonial. Lazimnya istilah pasca atau post merujuk kepada satu siri perubahan masa yang linear ataupun satu perkembangan masa yang berperingkat-peringkat,iaitu bermula dengan pracakonial, colonial dan berakhir dengan pascakolonial. Walau bagaimanapun, dari segi semantic, perkataan pasca merujuk hanya kepada selepas colonial. Namun istilah pasca dalam konteks wacana colonial tidak dikongkong oleh pengertian semantiknya. Wacana pascakonial merujuk kepada wacana yang wujud ketika penjajahan dan selepas penjajah berlaku.Penggunaan istilah pascakolonial juga boleh menimbulkan kekeliruan kerana terdapat negara-negara tertentu yang mengalami corak penjajahan yang berbeza. Misalnya, negara-negara do Afrika mengalami penjajahan yang berbeza berbanding Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan Kanada. Empat Negara ini mempunyai hubungan politik, ekonomi dan sosial yang istemewa dengan Negara-negara yang mejajah mereka. Mengikut Mishra dan Hodge (1994: 288), sungguhpun kita perlu membezakan antara dua jenis penjajahan itu, tetapi antara dua kedua-duanya memperlihatkan adanya kesinambungan antara kolonialisme dan pascakolonialisme. Dengan kata lain, istilah pascakolonial mencakupi reaksi terhadap kolonialisme oelh kedua-dua negara settler colonies non-settler walaupun corak kolonialisme yang dialami oleh kedua-dua jenis Negara itu berbeza.Kesusasteraan dan bahasa menjadi salah satu wahana bagi wacana colonial berakar dan tapak. Melalui bahasa, budaya penjajah disemai dan disuburkan. Melalui bahasa, budaya penjajah disemai dan disuburkan. Begitu juga dengan kesusasteraan. Kesusasteraan Inggeris telah dikembangkan ke jajahan takluknya dengan tujuan untuk memperlihatkan keunggulan dan keagungan bahasa dan kesusasteraannya, sekalis gus menafikan keistimewaan dan kekuatan bahasa dan kesusasteraan tempatan. Misalnya, apabila empayar Inggeris mula berpecah, masih terdapat usaha-usaha untuk memelihara keunggulan dan keagungan bahasa dan kesusasteraan Inggeris di beberapa pusat pengajian tinggi di Britian melalu Pengajian Kesusasteraan Komanwel (kesusasteraan dari Negara-negara yang pernah menjadi tanah jajahannya).2.5.3 Korpus Bagi memudahkan lagi usaha mengenali karya-karya yang berada dalam kelompok kesusasteraan pascakolonial, beberapa korpus telah dikemukakan sebagai panduan oleh Aschroft, Griffiths dan Tiffin (1989: 15). Korpus yang pertama berasaskan kepada kesusasteraan serantau. Dalam korpus ini, perhatian diberikan kepada sifat-sifat tertentu yang menonjol dalam sesuatu budaya nasional ataupun serantau. Korpus seterusnya berasaskan kepada bangsa, iaitu karya-karya yang mencakupi pelbagai kesusasteraan kebangsaan daripada bangsa tertentu yang memperlihatkan ciri-ciri yang tersendiri.Korpus ketiga bersandarkan tanggapan bahawa kesan penjajahan tidak dapat dinafikan secara total. Karya-karya yang berada dalam kelompok ini mengandungi unsur-unsur hybridity dan syncreticity, iaitu kacukan atau bancuhan antara unsur-unsur tempatan dengan unsur-unsur daripada penjajahan sehingga menghasilkan produk baru yang mempunyai sifat yang tersendiri. Korpus keempat berasaskan kepada ketegangan antara yang dijajah dan yang menjajah.

2.5.4 Hubungan kesusasteraan dengan pembentukan budayaPembetulan kesusasteraan kebangsaan mempunyai hubungan dengan pembentukan budaya kebangsaan yang berkaitan dengan perkara-perkara seperti kemerdekaan politik, kesedaran kebangsaan, bahasa kebangsaan, gambaran tempat/latar dan gaya sastera yang tertentu. Amerika dikatakan sebagai negara yang pertama membangunkan kesusasteraan kebangsaan. Bermula pada abad ke-18, khususnya selepas Revolusi Amerika (1775-1783), terdapat kecenderungan untuk mempunyai kelainan, bukan sahaja dari segi pengalaman, tetapi juga bahasa yang digunakan berbanding dengan kesusasteraan Inggeris (kesusasteraan pusat). Antara karya awal yang menghasilkan kesusasteraan Amerika ialah karya Imlay yang berjudul Emigrants (1793). Kesusasteraan Amerika memperlihatkan tiga tema utama, iaitu the sense of place, the individual dan Amerika dreams (harapan tentang masa depan yang berhubungan dengan konsep-konsep seperti kebebasan, keadilan dak kesamataan). Kelainan yang dibawa oleh kesusasteraan teraan Amerika telah diakui oleh dunia apabila karya-karya penulis besar seperti William Faulkner, Ernest Hemingway dan John Steinbeck dihargai kelainannya sehingga dianugerahi Hadiah Nobel.Kesusasteraan serantau pula berada dalam konteks geografi yang lebih luas merentasi sempadan bahasa dan bangsa. Kesusasteraan serantau memperlihatkan secara langsung atau pun tidak langsung satu identiti yang bersifat kolektif, seperti dari segi geografi, sejarah dan bahasa. Kesusasteraan Caribbean merupakan satu contoh kesusasteraan serantau. Dari sudut geografi, kesusasteraan Caribbean merangkumi Negara-negara seperti Haiti, Trinidad, Jamaica, Cuba dan Barbados yang berada di antara Amerika Utara dan Selatan. Pada dasarnya, tara Amerika Utara dan Selatan.

Pada dasarnya masyarakat di Negara-negara ini telah melalui pengalaman pahit yang sama seperti penjajahan, eksploitasi, kemiskinan dan diskriminasi bangsa. Kebanyakkan penduduknya ialah pendatang yang mempunyai latar belakang dan status social yang sama seperti hamba, buruh paksa dan pensalah yang dibawa oleh penjajah untuk bekerja di lading-ladang. Sehubungan dengan itu, terdapat satu kecenderungan yang sama dalam konteks pengalaman yang dirakamkan dalam karya-karya mereka.Kesusasteraan Nusantara yang meliputi kesusasteraan dari Negara-negara Malaysis, Kepulauan Indonesia, selatan Thailand, Singapura dan Brunei juga boleh dikaji dalam konteks korpus pertama ini. Ikatan tradisi amat erat dalam kesusasteraan Nusantara. Mengikut Boris Parnickel (1995: 2), ketika berlaku kemerosotan sejarah dari segi politik, Nusantara telah memperlihatkan kekayaannya dari segi budaya, khusunya kesusasteraan Melayu dan Jawa. Karya-karya yang dihasilkan pada masa itu mencari sumber kekuatan dalaman mereka daripada unsur-unsur lisan. Keadaan ini memang diterima dalam kesusasteraan pascakolonial yang melihat unsur-unsur tradisi sebagai sumber inspirasi, sama ada dari segi bentuk atau isinya untuk menjadi sumber subversive bagi menggugat wacana kolonial. Bahasa Melayu Polinesia juga telah mengikat kesusasteraan Nusantara di samping pengalaman penjajahan yang hamper sama.

2.5.5 Falsafah negitudeMelalui Afrika diaspora ini lahir satu pergerakan yang bertunjang kepada falsafah negitude yang berkembang sekitar tahun 1920-an dan 1930-an. Antara pelapor pegerakan itu ialah Aime Cesaire dan Leopold Sedar Sanghor. Pergerakan negitude mempunyai kaitan dengan sejenis kesedaran di kalangan pengarang kulit hitam yang dikenali sebagai black consciousness untuk menghasilkan black writing. Melalui kesedaran ini mereka bangkit setelah sekian lama lama menjadi mangsa penjajahan yang telah memerangkap mereka dalam diskriminasi, eksploitasi dan rasisme. Dengan balck consciousness, mereka bangun dan merombak sistem nilai yang dikenakan oleh penjajah, termasuklah aspek kesusasteraan. Maka lahirkan lahirkan perjuangan pengarang-pengarang kulit hitam yang berasaskan kepada black aesthetics.Pergerakan negitude mendapat sambutan di kalangan pengarang-pengarang Afrika yang menggunakan bahasa Perancis yang lebih dikenali sebagai Francophone untuk menulis. Namun di kalangan pengarang yang menulis dalam bahasa Inggeris-Anglophone-mereka juga memperjuangkan black consciousness, tetapi dalam pengertian yang lebih luas. Bagi pengarang-pengarang ini, kesusasteraan Afrika mempunyai kewibawaan yang tersendiri dan tidak dikaji menggunakan kayu ukur kesusasteraan Barat atau perspektif universal. Walau bagaimanapun, mereka beranggapan bahawa karya para penulis Afrika di Amerika (Africa American) berbeza daripada pengarang-pengarang di Afrika kerana pengalaman dan suasana yang berbeza.

2.5.6 Lahir penulis-penulisDi Amerika pula lahir penulis-penulis yang dikenali sebagai Afrika-Amerika seperti Richard Wright, Langston Huges, James Baldwin dan Ralph Baldwin. Melalui karya-karya mereka ditemui apa yang dikenali sebagai black experience. Tema begini dihasilkan daripada pengalaman pahit masyarakat kulit hitam ketika berada dalam dunia perhambaan, penindasan dan diskriminasi. Black experience juga ada hubungan dengan budaya hamba (salve culture) yang menghasilkan blues, jazz, folk song dan work song. Pengarang-pengarang Afrika-Amerika juga menghasilkan karya-karya dalam kelompok slave naratives yang membawa tema-tema yang berkaitan penentangan terhadap perhambaan.Berdasarkan black consciousness, pengarang-pengarang seperti Jemie Chinweizu dan Ngugi Wa ThoingO kembali kepada tradisi dalam berkarya, termasuk soal bahasa. Penulis seperti Ngugi Wa ThoingO berusaha merealisasikan dekolonisasi terhadap kesusasteraan seperti yang dikehendaki oleh Fanon. Terhadap kelompok tertentu di kalangan pengarang-pengarang Afrika yang tidak menyenangi pengarang seperti Ngugi Wa ThoingO, antaranya Wole Soyinka dan Edward Kamau Brathhwaite. Mereka lebih menyenangi korpus yang berasaskan unsur kacukan dan bancuhan pelbagai tradisi dan budaya dalam karya yang dihasilkan. Korpus ini berpaksi kepada pandangan bahawa Negara-negara yang pernah berada dalam cengkaman penjajah tidak dapat lepas daripada dipengaruhi oleh unsur-unsur yang hadir bersama-sama penjajahan itu. Maka proses dekolonisasi seperti yang ditekankan oleh Fanon tidak diterima dalam korpus ini. Korpus ini ketara dalam karya-karya daripada kesusasteraan Caribben kerana corak penjajahan yang dilalui telah memungkinkan pelbagai tradisi budaya dan bangsa hidup dan bercampur unik seperti yang diperlihatakan dalam novel-novel Wilson Haris dari Guyana dan Nicolas Guillen dari Cuba.

2.5.7 Perubahan dalam kajianBagi Bassnett, sungguhpun pascakolonialisme mencabar keunggulan dan kewibawaan budaya penjajah, ia tidak pula menafikan kesan penjajahan terhadap budaya tempatan. Walaupun terdapat dua pandangan berhubung pengertian wacana pascakolonialisme, sama ada yang radikal atau yang sederhana, wacana pascakolinial membawa satu perubahan yang penting dalam kajian kesusasteraan. Kelompok kesusasteraan pascakolonial dari Negara-negara yang selama ini dibisukaan suaranya dan terpinggir taraf kedudukan budaya dan pemikirannya telah mendapat perhatian dan kini memasuki gelanggang perdana kajian kesusasteraan dunia dengan nilai estetiknya yang tersendiri. Perkembangan ini mempengaruhi arus kajian dalam kesusasteraan bandingan.Dalam konteks kesusasteraan di Malaysia, karya Ishak Haji Muhammad yang bertajuk Putera Gunung Tahan boleh diangkat sebagai novel pascakolonial melalui korpus kacukan dan bancuhan. Pada mulanya, novel ini memaparkan pengarang menyerang wacana colonial. Keunggulan dan kewibawaan Inggeris dijatuhkan dan orang Inggeris dipersendakan, bahkan dihina melalu kisah-kisah seperti orang Inggeris diperbodohkan apabila dia ingin mengahwini seorang gadis sakai, iaitu etnik Orang Asli di Malaya. Namun pada akhir novel, Ratu Bongsu yang menjadi hero novel ini diperlihatkan jatuh cinta dan berkahwin dengan seorang wanita Inggeris yang menjadi janda setelah suaminya terbunuh. Peristiwa ini semacam anti-klimaks kepada serangan pengarang terhadap wacana colonial. Namun ia boleh ditafsir sebagai satu tanggapan pengarang bahawa masyarakat Melayu tidak dapat lari daripada menerima sebahagian saki-baki budaya penjajah.

Mengenal pasti karya-karya yang berada dalam kelompok kesusasteraan pascakolonial melalui korpus-korpus yang telah dibincangkan adalah langkah awal dalam perkembangan terkini kajian Kesusasteraan Bandingan. Langkah seterusnya ialah melakukan proses perbandingan. Mengikut Ashcroft, Griffiths dan Tiffin (1989:19) terdapat tiga pola utama yang boleh digunakan melakukan proses perbandingan: Pola perbandingan ini hanya melibatkan negar-negara yang pernah dijajah oleh Inggeris, sama ada secara langsung ataupun tidak. Pola ini boleh diperluaskan dengan mengambil kira karya-karya dari Negara yang pernah dijajah oleh penjajah lain seperti Sepanyol, Portugis dan Perancis. Maka sudah pasti ruang lingkupnya menjadi luas dan rencam. Keadaan ini sudah jelas memperkayakan kajian Kesusasteraan Bandingan.Kemunculan kesusasteraan pascakolonial telah membuka objek kajian kesusasteraan bandingan kepada pelbagai karya sastera yang berasal daripada geografi dan tradisi budaya berlainan. Walau bagaimanapun, korpus-korpus lain yang sesuai masih boleh dibincangkan. Perkembangan kesusasteraan pascakolonial menandakan kemunculan sejenis lagi kesusasteraan yang membawa wacana pascakolonial, iaitu wacana yang meneriakkan suara-suara mereka yang pernah dijajah dan selama ini dinafikan kewujudkannya.

BAB 3 : 3.1 RUMUSANBerdasarkan teori pascakolonial yang dikaji, terdapat beberapa kelemahan dan kekuatan yang didapati berdasarkan teori ini. Antara kelemahan teori ini ialah menimbulkan rasa ketidakpuashatian dalam diri seseorang individu atau segelintir masyarakat. Hal ini kerana knsep mimikri yang terdapat dalam teori ini merupakan suatu pengejekan yang dijalankan. Keadaan ini menyebabkan golongan yang diejek akan berasa tidak puas hati akan keadaan tersebut. Dalam teori ini juga, terdapat perkaitan dengan penjajah dan jajahan. Penjajahan dalam sesebuah negara akan menyebabkan negara yang dijajah itu menghadapi kesukaran. Hal ini kerana mereka tidak mampu untuk menjalankan aktiviti dengan senang, kerana penjajah masuk campur dalam urusan harian mereka.Antara kekuatan yang diperoleh berdasarkan teori ini ialah munculnya kumpulan kesusasteraan pascakolonial. Bidang kesusasteraan turut dapat diperkembangkan hasil daripada teori ini. Selain itu, teori ini juga menyebabkan munculnya penulis-penulis dan pengarang yang terkenal. Teori ini turut memberi kesan dalam kajian-kajian yang dijalankan oleh golongan penulis dan pengarang. Hal ini membolehkan mereka untuk mempelbagaikan lagi ilmu kesusasteraan agar mudah untuk dibaca oleh golongan seterusnya.Kesimpulannya, teori pascakolonial mempunyai banyak kekuatan, namun terdapat juga kelemahannya. Teori ini banyak digunakan dan dikaji dalam kalangan ahli bahasa serta golongan yang terkenal. Melalui teori ini, kita dapat mengenali ramai penulis dan pengarang. Teori ini juga mempunyai kesamaan dengan kajian teori feminism yang meliputi kajian humaniora yang lebih luas, sejajar dengan kajian posmoden atau postrukturialisme.

3.2 RUJUKAN

Bethan Benwell, James Procter, Gemma Robinson (2012). Postcolonial Audiences : Readers, Viewers and Reception. New York : Routledge.Bill Ashcroft, Pal Ahluwalia (2008). Edward Said : Routledge Critical Thinkers : Essential Guides for Literary Studies. New York : Routledge.Gina Wisker (2007). Key Concept In Postcolonial Literature. London.Katharine Burkitt (2012). Literary Form As Postcolonial Critique. Belgium : University of Liege.Jenni Ramone (2011). Transition Postcolonial Theories. Mohamad Daud Mohamad, Zabidah Yahya (2005). Pascakolonialisme Dalam Pemikiran Melayu. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka.Nurhadi (2007). Poskolonial : Sebuah Perbahasan. Rahimah A. Hamid (2010). Fiksyen Pascolonial : Yang Menjajah dan Dijajah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Walter Goebel, Saskia Schabio (2013). Locating Postcolonial Narrative Genres. New York : Routledge.

1