asgmt prinsip rekabentuk visual

Upload: nana-maisara

Post on 03-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    1/21

    HBEF3103

    1

    ISI KANDUNGAN

    Bil. Isi kandungan Muka surat

    1. Soalan 1Pengenalan 1

    2. Simplisiti 2

    3. Dominan 4

    4. Pola 7

    5. Seimbang 9

    6. Variasi 11

    7. Harmoni 12

    8. Soalan 2

    Laman web yang dipilih 13

    9. Ciri 1 14

    10. Ciri 2 16

    11. Ciri 3 18

    12. Ciri 4 19

    13. Rujukan 20

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    2/21

    HBEF3103

    2

    SOALAN 1

    Pengenalan

    Visual memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berubah mengikut kemajuan teknologi, maka

    cara maklumat disampaikan dalan proses pengajaran dan pembelajaran juga harus berubah

    mengikut perkembangan zaman. Dalam sesuatu sesi pemgajaran dan pembelajaran, apa yang

    dititikberatkan ialah maklumat yang disampaikan hendaklah sampai kepada golongan sasar

    iaitu pelajar dengan cara efisyen dan menarik minat pelajar. Selain daripada itu, sesi

    pengajaran dan pembelajaran juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berfikir pelajar.

    Sesi pengajaran dan pembelajaran bukan sahaja menyampaikan maklumat kepadapelajar.Oleh itu seseorang tenaga pengajar harus memastikan bahawa pada setiap sesi

    pengajaran dan pembelajaran berlaku penglibatan yang aktif daripada pelajar. Antara aspek

    penting yang selalu dititik beratkan ialah aspek visual. Dengan kemajuan teknologi komputer

    dan maklumat, banyak bahan pengajaran dan pembelajaran boleh didapati daripada internet.

    Pengetahuan visual adalah penting dalam memilih bahan pengajaran dan pembelajaran

    berasaskan komputer dan internet. Ini bertujuan untuk menarik minat pelajar dan

    meningkatkan kemahiran berfikir mereka dala sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran.

    Dalam tugasan ini saya akan membincangkan mengenai prinsip rekabentuk visual

    yang terdapat dalam sesuatu bahan pengajaran dan pembelajaran berasaskan komputer

    daripada internet. Pada ketika ini terdapat banyak bahan pengajaran dan pembelajaran yang

    terdapat di dalam internet. Bagi tujuan ini saya telah memilih bahan pengajaran dan

    pembelajaran daripada laman web http://more.starfall.com/ . Laman web ini menyediakan

    bahan pengajaran dan pembelajaran bagi golongan sasar iaitu pelajar pra-sekolah sehingga

    pelajar tahun 3. Laman web ini menyediakan latihan asas matematik, ejaan dan nyanyian

    kanak dalam bahasa Inggeris. Saya akan menghuraikan mengenai prinsip rekabentuk visual

    yang terdapat dalam laman web ini dari segi:

    (a)Simplisiti(b)Domain(c)Pola(d)Seimbang(e)Variasi(f) Harmoni

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    3/21

    HBEF3103

    3

    Simplisiti

    Simplisiti mengikut tafsiran kamus Oxford dari segi bahasa bermaksud the quality or

    condition of being plain oruncomplicated in form or design . Perkataan simplisiti adalah

    kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang mempunyai maksud yang sama seperti yangdinyatakan di atas. Dari sudut prinsip rekabentuk visual pula ia bermaksud sesuatu rekaan

    haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Apabila kita menghasilkan sesuatu

    rekabentuk visual yang bertujuan untuk menyampaikan sesuatu mesej atau pengetahuan

    mengenai sesuatu subjek atau topik, maka rekabentuk visual yang kita hasilkan mewakili

    pengisian untuk berkomunikasi dengan audien.

    Sesuatu rekaan visual mewakili banyak perkara yang ingin disampaikan dalam satu

    masa dengan tepat dan jelas. Seseorang pereka bentuk visual harus peka kepada aspek

    simplisiti dalam rekaannya. Bahan visual yang dihasilkan bukan sahaja berfungsi sebagai

    penyampai maklumat, tetapi juga menarik minat audien untuk mengikuti apa yang ingin

    disampaikan. Maka aspek simplisiti ini mengambil peranan penting dalam sesuatu rekaan

    grafik komunikasi. Sesuatu rekaan grafik haruslah mudah difahami dalam masa yang singkat,

    tepat dan jelas. Dalam menghasilkan sesuatu rekaan, seseorang pereka juga hendak

    mengetahui golongan sasar yang akan mengikuti atau kepada siapakah sesuatu persembahan

    itu hendak diperlihatkan dan untuk tujuan apa.

    Dalam tugasan ini, saya akan mengkaji mengenai satu laman web pendidikan untuk

    kanak-kanak prasekolah sehingga tahun 3. Laman web tersebut ialah

    http://more.starfall.com/.

    Laman web ini menyediakan bahan pendidikan kanak-kanak. Terdapat bahan

    pendidikan asas matematik, ejaan dalam bahasa Inggeris dan nyanyian kanak-kanak. Dari

    aspek simplisiti, laman web ini mengaplikasikan aspek ini dengan cara yang sesuai dengan

    golongan sasar laman web ini. Sebagai contoh, dalam subjek matematik, pereka laman web

    ini menggunakan mukataip nombor yang besar dan jelas.

    http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/
  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    4/21

    HBEF3103

    4

    Elemen simplisiti di sini sesuai dengan kanak-kanak, terus kepada subjek yang ingin

    disampaikan tanpa menggunakan grafik yang tidak diperlukan. Selain dari itu grafik ini juga

    disertakan dengan audio sebutan nombor yang dipamerkan. Gerakan bahan pengajaran ini

    juga sangat mudah dimana murid berpeluang untuk bersama-sama menyebut nombor yang

    ditunjukkan sebelum guru klik untuk bergerak ke muka berikutnya.

    Elemen simplisiti yang digunakan dalam laman web ini bertujuan untuk memberikan

    kemudahan kepada golongan sasar laman web ini iaitu kanak-kanak prasekolah mudah

    memahami dengan cepat dan jelas. Tidak terlalu banyak butang untuk di tekan dan gambar-

    gambar yang mengelirukan kanak-kanak tidak dipaparkan.

    Elemen simplisiti dalam laman web ini dipraktikkan dengan baik untuk menarik

    perhatian golongan sasar terus menumpukan perhatian dan minat mereka.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    5/21

    HBEF3103

    5

    Dominan

    Dominan mengikut definisi kamus oxford bermaksud having power and influence

    over others. Dominan juga adalah kata pinjaman dari bahasa Inggeris yang membawa

    maksud yang sama. Dalam lapangan rekabentuk visual, dominan membawa maksud pusatpenumpuan atau minat. Item utama yang yang menjadi subjek dalam sesuatu rekaan grafik

    haruslah menguasai item-item lain yang bertujuan untuk menyokongnya. Ini bertujuan untuk

    menarik perhatian penonton atau pembaca agar tertumpu pada item utama (key elements).

    Terdapat pelbagai kaedah yang digunakan untuk menghasilkan dominan dalam

    sesuatu rekabentuk visual, antaranya :

    1. Menggunakan peraturan satu pertiga (Rule of Third)2. Warna dan bentuk dan kontras3. Saiz yang lebih besar4. Menggunakan anak panah yang menunjuk kea rah item utama5. Menggunakan garis-garis yang menunjuk kearah item utama6. Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual7. Menggunakan cahaya yang memancar.

    Dalam laman webhttp://more.starfall.com/,elemen dominan dicapai dalam banyak

    cara. Yang pertama ialah menggunakan peraturan satu pertiga seperti yang ditunjukkan dalam

    gambaraja di bawah

    Angka 1berada di pusat penumpuan penonton dan item-item lain yang menyokongnya

    berada di bahagian-bahagian yang lain. Apabila kita melihat kepada bahan pengajaran dan

    pembelajaran untuk kanak ini, angka satu sangat dominan dan sampai kepada golongan sasar

    isi pelajaran yang ingin disamapaikan.

    http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/
  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    6/21

    HBEF3103

    6

    Kedua, laman web ini mewujudkan dominan dengan menggunakan warna yang

    kontras bagi menarik tumpuan pelajar kepada item utama yang ingin disampaikan. Sebagai

    contoh saya menunjukkan beberapa gambarajah yang berkaitan

    Penggunaan warna latar belakang yang menggunakan warna-warna sejuk sebagai

    latar belakang berkontra dengan objek atau item utama yanggunakan skim warna panas. Ini

    dengan sendirinya mewujudkan dominan.

    Laman web ini juga menggunakan anak panah atau kursor yang menunjukan kearah

    item atau subjek yang ingin disampaikan. Langkah ini menarik perhatian pelajar untuk

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    7/21

    HBEF3103

    7

    mengambil dan memusatkan tumpuan mereka kepada subjek utama dalam sesuatu rekaan

    grafik.

    Elemen dominan ini penting bagi memusatkan perhatian pelajar kepada item-item

    utama yang ingin diperlihatkan kepada pelajar. Dalam laman web ini juga mewujudkan

    pergerakan atau animasi.

    Dominan ini adalah antara prinsip penting yang perlu diambilkira dalam sesuatu

    rekaan untuk mewujudkan penumpuan audien kepada sesuatu subjek yang ingin disampaikan

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    8/21

    HBEF3103

    8

    Pola

    Pola mengikut istilah Kamus Dewan Edisi keempat bermaksud contoh, model atau

    patrun. Pola juga bermaksud corak batik (tenun dll), ragi, suri. Dalam bidang rekabentuk

    visual, pola ialah corak berkaitan dengan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.Susunan item dalam sesuatu rekabentuk dititikberatkan kerana ia bertujuan untuk

    1. Menarik penglihatan mata ke arah item utama2. Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang yang

    betul

    3. Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahansehingga ke akhir.

    Pola boleh diertikan sebagai susunan item-item dalam sesuatu persembahan visual.

    pola persembahan visual yang baik berupaya mengekalkan perhatian dan tumpuan audien

    untuk terus mengikuti persembahan visual sehingga ke akhir. Apa bila sesuatu persembahan

    visual menarik perhatian penonton maka mudah sesuatu mesej atau isi kandungan hendak

    disampaikan. Terdapat pelbagai jenis pola yang digunakan dalam sesuatu rekaan visual

    antaranya bentuk geometri dan ada juga yang menggunakan tema organik. Selain daripada itu

    terdapat juga pola yang disusun secara formal dan pola yang disusun secara tidak formal

    bergantung kepada tema sesuatu persembahan visual. Pola sesuatu persembahan visual

    melibatkan semua item yang yang dipersembahkan termasuklah susunan huruf.

    Pola yang terdapat pada laman web http://more.starfall.com/ menggunakan pola

    yang bersesuaian dengan golongan sasar laman web ini. Corak susunan item di susun secara

    tidak formal agar audien lebih dekat dengan item yang hendak dipersembahkan. Begitu juga

    dengan susunan huruf yang disusun bertujuan untuk mendekatkan atau mesra dengan

    audiennya. Susunan animasi yang dipaparkan juga sangat mudah dan bersesuaian dengan

    tema persembahan.

    http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/
  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    9/21

    HBEF3103

    9

    Pola yang terdapat dalam laman web bukan sahaja mengambilberat susunan gambarajah atauilustrasi tetapi juga huruf, pergerakan animasi dan audio yang dipaparkan. Ini bertujuan untuk

    menarik perhatian kanak-kanak untuk mengikuti sehingga akhir sesi pembelajaran.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    10/21

    HBEF3103

    10

    Seimbang

    Seimbang bermaksud setimbang, sama berat dan tidak berat sebelah. Dalam sesebuah

    rekabentuk visual, keseimbangan adalah penting kerana sesebuah rekaan yang tidak

    seimbang akan membuatkan rekaan itu menjadi berat sebelah dan membuatkan penontonyang menyaksikannya akan keliru dan hilang tumpuan kepada subjek yang ingin di

    sampaikan.

    Keseimbangan terbahagi kepada dua iaitu seimbang formal dan seimbang tidak

    formal. Seimbang formal (bisymmetrical) bermakna bermakna sesebuah rekaan visual itu

    seimbang sama ada kiri dan kanan atau bahagian atas dan bawah mempunyai komposisi yang

    sama. Seimbang tidak formal (asymmetrical) bermakna pembahagian yang tidak sama rata

    antara item didalamnya. Tetapi keseimbangan boleh dicapai dengan menggunakan kaedah

    yang lain seperti penggunaan warna yang panas dan sejuk atau warna cerah dan gelap.

    Dalam contoh ilustrasi di atas, laman web yang menyediakan bahan latihan

    pengajaran, elemen seimbang di gunakan dengan menggunakan keseimbangan formal dimana

    ia adalah imej sebuah pintu dengan menggunakan tema warna terang yang menarik perhatian

    kanak-kanak.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    11/21

    HBEF3103

    11

    Disini kita dapati aspek keseimbangan diaplikasikan dengan menggunakan kaedah

    pembahagian sama rata bagi item utama dan latar belakang menggunakan aspek

    keseimbangan tidak formal, tetapi ia dicapai dengan menggunakan warna yang cerah dan

    memberi keseimbangan kepada visual.

    Dalam laman web ini juga kita dapati bahawa golongan sasar ialah kanak-kanak,maka pereka menghasilkan keseimbangan tidak formal agar visual tidak terlalu

    membosankan. Ini boleh kita lihat dengan susunan huruf yang tidak seimbang dan kemabali

    formal apabila pelajar sudah menyelesaikan latihan yang disediakan. Aspek kesimbangan ini

    akan terwujud sekiranya seseorang pereka peka terhadap audien sesuatu rekaan visual.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    12/21

    HBEF3103

    12

    Variasi

    Sesuatu rekaan visual haruslah mempunyai variasi. Varisasi merupakan sokongan

    kepada pola susunan item-item yang terdapat dalam sesebuah persembahan visual. Rekaan

    visual yang mempunyai variasi yang tidak membosankan akan mengekalkan perhatian dantumpuan penonton dan mengajak penonton untuk terus menonton visual yang seterusnya.

    Dalam laman web http://more.starfall.com/ , terdapat variasi dalam setiap

    persembahan. Visual yang dipaparkan tidak diulang-ulang bagi setiap subjek. Ilustrasi berikut

    menunjukkan beberapa variasi yang terdapat dalam laman web ini

    Variasi dalam laman web ini diaplikasikan dengan menggunakan objek atau watak

    yang digunakan bersesuaian dengan citarasa golongan kanak-kanak. Bagi setiap satu subjek

    aka nada watak yang berbeza bagi memandu urutan latihan-latihan yang disediakan. Variasi

    dari segi warna juga digunakan agar audien tidak jemu untuk melihat slaid-slaid yang

    ditayangkan. Begitu juga dengan huruf-huruf yang mempunyai pelbagai variasi agar tidak

    membosankan.

    http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/
  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    13/21

    HBEF3103

    13

    Harmoni

    Semua elemen yang membentuk sesebuah rekaan visual perlu berharmoni antara satu

    sama lain. Elemen-elemen yang harmoni dapat mewujudkan kesatuan dengan tema yang

    ingin dipersembahkan. Elemen yang harmoni menunjukkan kesinambungan idea atau buahfikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton atau pembaca mengikuti persembahan

    visual secara keseluruhan. Sesebuah rekaan visual yang harmoni dapat memberikan rasa

    yakin dan pasti kepada penonton. Penonton akan dapat melihat hubungan antara elemen-

    elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Apa yang lebih penting

    ialah penonton dapat merasai kedekatan mereka dengan subjek yang ingin disampaikan.

    Dalam http://more.starfall.com/ , harmoni antara elemen di wujudkan dengan

    berpandukan kepada tema pendidikan awal kanak-kanak, laman web ini menggunakan

    elemen yang mesra kanak-kanak dan mereka merasa begitu dekat elemen yang diwujudkan.

    Elemen-elemen seperti simplisiti, dominan, pola, keseimbangan, dan variasi

    berharmoni antara satu sama lain. Tema pendidikan kanak-kanak dapat diwujudkan dengan

    kepekaan pereka dengan elemen-elemen visual yang sesuai dengan tema setiap item utama

    yang dipaparkan. Harmoni ini diwujudkan dengan penggunaan warna, objek atau watak-

    watak yang digunakan serta reka letak huruf yang sesuai.

    http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/
  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    14/21

    HBEF3103

    14

    SOALAN 2

    Laman web yang dicadangkan

    Kemahiran berfikir adalah penting dalam sistem pendidikan demi menghasilkan

    generasi yang berupaya menangani masalah dan cabaran yang dihadapi.Setiap manusia yangdilahirkan mempunyai kemahiran berfikir secara semulajadi. Tetapi kemahiran berfikir juga

    seperti kemahiran yang lain perlu dipupuk agar ia berkembang sesuai dengan perkembangan

    semasa dan boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Kemahiran

    berfikir perlu dipupuk dari peringkat awal lagi. Sesuai dengan peredaran zaman dan

    kemajuan teknologi maklumat, kini terdapat banyak laman web berorientasikan pendidikan di

    internet. Sebagai seorang guru, kita tidak harus ketinggalan dalam arus teknologi maklumat

    yang menyediakan banyak bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan di

    dalam bilik darjah.

    Daripada penelitian yang telah saya buat, saya telah memilih laman web

    http://more.starfall.com/. Laman web ini mengkhusus untuk peringkat umur pelajar

    prasekolah sehingga ke tahun tiga. Saya memilih laman web ini kerana ianya menggalakkan

    kanak-kanak melatih kemahiran berfikir mereka mengikut aras pembelajaran yang sesuai

    dengan mereka. Laman web ini menyediakan pelbagai latihan bagi beberapa subjek seperti

    asas matematik, ejaan, menyusun ayat, mewarna dan nyanyian kanak-kanak. Grafik yang

    dipaparkan juga sesuai dengan golongan sasar laman web ini. Banyak aktiviti yang

    disediakan yang menjurus kepada pemupukan kemahiran berfikir kanak-kanak. Saya akan

    menghuraikan empat ciri rekabentuk pada laman web ini yang menggalakkan kemahiran

    berfikir.

    http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/http://more.starfall.com/
  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    15/21

    HBEF3103

    15

    Ciri 1

    Mudah, jelas dibaca dan difahami

    Laman web ini mensasarkan kepada kanak-kanak berusia 5-9 tahun, maka

    pengisiannya juga haruslah sesuai dengan peringkat umur mereka. Untuk menarik perhatiandan tumpuan peringkat umur seperti ini, isi pengajaran dan pembelajaran juga mesti sesuai

    dengan aras pemikiran mereka. Yang lebih penting sekali mereka berminat dengan apa yang

    mereka lihat dan dengar. Mengekalkan tumpuan mereka adalah satu cabaran kepada

    seseorang tenaga pengajar. Laman web ini menyediakan isi pengajaran yang mudah, jelas

    dibaca dan difahami. Kanak-kanak memerlukan motivasi yang tinggi untuk menggalakkan

    kemahiran berfikir mereka. Isi pelajaran yang susah dan tidak jelas akan sukar untuk mereka

    fahami. Keadaan ini akan menyebabkan mereka hilang tumpuan dan menjejaskan kemahiran

    berfikir mereka.

    1.

    2.

    3.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    16/21

    HBEF3103

    16

    4.

    Urutan animasi yang disediakan juga sangat mudah untuk difahami dan disertakan

    dengan audio yang jelas. Penggunaan item-item yang mudah sangat digemari oleh kanak-

    kanak. Kaedah ansurmaju digunakan bagi memudahkan kanak-kanak memahami apa yang

    diajarkan kepada mereka. Motivasi kanak-kanak untuk turut serta dalam sesi pengajaran dan

    pembelajaran juga akan meningkat apabila mereka berfikir mereka boleh melakukannya.

    Muka taip yang besar juga memudahkan pelajar untuk melihat. Apabila mereka bermotivasi

    maka akan mudahlah mereka untuk memahami isi pelajaran.

    Apa yang lebih penting dalam mengasuh kemahiran berfikir peringkat awal kanak-kanak ialah penyertaan mereka tanpa paksaan dalam sesuatu sesi pengajaran dan

    pembelajaran. Media pengajaran yang mudah, jelas dibaca dan fahami sangat penting untuk

    memperkembangkan kemahiran berfikir kanak-kanak.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    17/21

    HBEF3103

    17

    Ciri 2

    Isi kanduangan dan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur

    Mesej dapat ditafsir tanpa perlu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkin

    tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar,pelajar akan rasa kecewa dan bosan. Pendidikan awal kanak-kanak memerlukan kaedah

    latihan ansurmaju bagi mengekalkan minat mereka, oleh itu isi kandungan pengajaran dan

    pembelajaran juga harus selaras dengan kemahiran yang mereka telah perolehi. Item-item

    yang terdapat dalam rekabentuk laman web ini adalah sesuai dengan peringkat umur mereka.

    Latihan-latihan pengukuhan yang disediakan juga memupuk minat dan kemahiran berfikir

    mereka. Beberapa contoh yang memupuk kemahiran berfikir mereka adalah seperti berikut

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    18/21

    HBEF3103

    18

    Contoh ilustrasi yang ditunjukkan diatas adalah mengenai subjek matematik untuktajuk bahagi. Bagi memudahkan mesej ditafsir dengan baik oleh pelajar, objek pizza

    digunakan kerana mungkin ada sebahagian pelajar yang suka memakan pizza dan pada

    kebiasaannya pizza dibahagikan kepada lapan bahagian. Ini memudahkan guru mengaitkan

    kehidupan seharian dengan subjek yang disampaikan.

    Mesej yang disampaikan melalui aktiviti seperti ini menggalakkan kemahiran berfikir

    pelajar. Dalam masa yang sama juga pelajar merasa seronok dan berminat untuk mengikuti

    sesi pembelajaran. Rekabentuk yang menarik juga akan menggalakkan pelajar meneliti visual

    dengan terperinci. Aktiviti ini tidaklah terlalu mudah dan tidak juga terlalu sukar untuk

    pelajar memahaminya. Tetapi peranan guru juga penting dalam memimpin pelajar untuk

    memahami dan menarik minat pelajar dalam sesi pembelajaran.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    19/21

    HBEF3103

    19

    Ciri 3

    Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam

    visual

    Dalam laman web ini juga terdapat banyak latihan yang memerlukan interaksi aktif antarapelajar, guru dan bahan pengajaran dan pembelajaran. Interaksi seperti dapat menggalakkan

    pelajar berfikir secara kritis dengan penglibatan guru dan pelajar yang aktif yang dicetuskan

    oleh bahan-bahan yang disediakan. Ia juga memupuk sikap kendiri positif dalam diri pelajar

    dengan penglibatan dalam kelas yang aktif. Antaranya ialah seperti aktiviti seperti di bawah

    Daripada laman web ini terdapat satu aktiviti yang berkaitan dengan subjek

    matematik. Dalam aktiviti bertaju three times terdapat nyanyian yang mudah untuk disertai

    oleh pelajar dan guru. Dalam aktiviti ini, selain belajar matematik, guru dan pelajar akan

    bersama-sama melakukan ini latihan ini. Ini dapat mengasuh kemahiran berfikir kanak-kanak

    bukan sahaja dalam subjek yang berkaitan tetapi juga kemahiran berfikir untuk muzik dan

    interaksi dengan guru dan rakan sebaya.

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    20/21

    HBEF3103

    20

    Ciri 4

    Membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

    Dalam laman web ini juga, terdapat visual yang membantu memfokuskan kepada

    maksud yang terdapat dalam visual. Apabila pelajar fokus kepada sesi pengajaran , makaakan lebih mudahlah guru mengasah kemahiran berfikir pelajar. Rekabentuk yang

    meningkatkan kemahiran berfikir pelajar haruslah mempunyai visual yang menjuruskan

    pelajar untuk membuat pemerhatian dan penaakulan. Ini akan menggalakkan lagi kemahiran

    berfikir pelajar.

    Bagaimanakah sesuatu rekabentuk yang terdapat dalam laman web ini yang

    meningkatkan kemahiran berfikir? Beberapa contoh dibawah menjelaskannya.

    Fokus pelajar kepada pengisian pelajaran sangatlah penting bagi membentuk

    kemahiran berfikir. Contoh di atas membantu pelajar memahami ejaan dengan lebih baik dan

    beserta dengan ilustrasi dan sebutan objek yang menjadi bahan dalam rekabentuk diatas.

    Melalui aktiviti di atas kemahiran berfikir pelajar telah diasah dengan memfokus perhatian

    pelajar.

    (2741 patah perkataan)

  • 7/28/2019 Asgmt Prinsip Rekabentuk Visual

    21/21

    HBEF3103

    21

    RUJUKAN

    Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, Dr Rosini Abu,

    (2011), HBEF3103 Prinsip Teknologi Pengajaran, Open University Malaysia

    Otto G. Ocvirk, Robert E. Stinson, Philip R.Wigg, Robert O.Bone, David L. Clayton,

    (2006), Art Fundamentals theory and practice, McGraw-Hill International Edition

    Oxford University Press, (2012), Oxford Dictionary Online, Oxford University Press

    DBP,(2005), Kamus Dewan edisi keempat, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala

    Lumpur