modul rekabentuk pakaian

101
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada Jun 2009 IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Upload: firdaus-azreen

Post on 18-Feb-2015

390 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

modul ppg

TRANSCRIPT

Page 1: Modul Rekabentuk Pakaian

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

RBT 3106

REKA BENTUK PAKAIAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Berkuat kuasa pada Jun 2009

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM

Page 2: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Cetakan Jun 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 3: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Page 4: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat

Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta

memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,

masyarakat, dan negara

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,

bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan

kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara

suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan

berdisiplin.

Cetakan Pertama 2009

Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 5: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Kandungan Muka surat

Falsafah Pendidikan Kebangsaan i

Falsafah Pendidikan Guru i

Kata Alu-aluan ii

Panduan Pembelajaran iii Pengenalan v Agihan Tajuk vii

Tajuk 1 Kelim

1

Sinopsis 1 Hasil Pembelajaran 1 Kerangka Konsep 1 1 Definisi kelim 2 1.2 Kegunaan Kelim 2 1.3 Pemilihan Kelim 2 1.4 Peraturan am menjahit kelim 2 1.5 Jenis-jenis kelim 3 - 15 Aktiviti 16 Bibliografi 17

Tajuk 2 Belah

18

Sinopsis 19 Hasil Pembelajaran 19 Kerangka Konsep 19 2.1 Definisi Belah 20 2.2 Jenis-jenis Belah 20 2.3 Fungsi Belah 20 2.4 Pemilihan belah 20 2.5 Belah Kelepet Sama lebar 21 2.6 Belah Berzip 26 2.7 Belah Berkun 30 - 32 Aktiviti 32 Bibliogrfi 33

Tajuk 3 Kancing 34

Sinopsis 34 Hasil Pembelajaran 34 Kerangka Konsep 34 3.1 Tujuan menjahit kancing 35 3.2 Jenis-jenis kancing 35 3.3 Cara-cara memimih Kancing 35 3,4 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjahit kancing 36 3.5 Butang 36 - 41 Aktiviti 41

Bibliografi

42

Page 6: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Tajuk 4 Penghilangan Gelambung

43

Sinopsis 43 Hasil Pembelajaran 44 Kerangka Konsep 44 4.1 Definisi Penghilangan Gelembung 44 4.2 Tujuan menghilangkan gelembung 45 4.3 Jenis-jenis Penghilangan gelembung 45 4.4 Jenis-jenis penghilangan gelembung 45-56

Aktiviti 56

Bibliografi 57

Tajuk 5 Lengan Padanan Rata

58

Sinopsis 58 Hasil Pembelajaran 59 Kerangka Konsep 59 5.1 Definisi Lengan 60 5.2 Fungsi Lengan 60 5.3 Langkah-langkah menjahit lengan padanan rata 60 5.4 Cara-cara mengemaskan lubang lengan 63-64 Aktiviti 64

Bibliografi 65

Tajuk 6 Penyudah Tepi

66

Sinopsis

66

Hasil Pembelajaran 66 Kerangka Konsep 66 6.1 Definisi Penyudah tepi 68 6.2 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit penyudah tepi 68 6.3 Jenis-jenis penyudah tepi 68-77 Aktiviti 78-79 Bibliografi 80

Tajuk 7 Garis Leher

81

Sinopsis 81 Hasil Pembelajaran 81 Kerangka Konsep 81 7.1 Definisi Kolar Lurus 82 7.2 Kegunaan Kolar 82 7.3 Ciri-ciri Kolar lurus 82 7.4 Perkara-perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus 82 7.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus 83- 89 Aktiviti 90 Bibliografi 91

Page 7: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

PANDUAN PELAJAR

Page 8: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri

pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran

pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti

maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelajaran anda.

Page 9: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

RBT 3106 REKA BENTUK PAKAIAN Pengenalan :

Modul ini memberi penekanan kepada tajuk-tajuk dalam Kursus RBT 3106 Reka bentuk

pakaian. Ia meliputi tajuk-tajuk, Kelim, Belah, Kancing, Penghilangan Gelembung,

Lengan padanan rata, Penyudah tepi dan Garis leher.

Rangka Isi Pelajaran:

Modul ini terbahagi kepada Tujuh;

Tajuk 1: Kelim

Tajuk 2: Belah

Tajuk 3: Kancing

Tajuk 4: Penghilangan Gelembung

Tajuk 5: Lengan Padanan Rata

Tajuk 6 : Penyudah Tepi

Tajuk 7 : Garis leher.

Page 10: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Tajuk 1: Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim.

Tajuk 2:. Membincangkan tujuan membuat belah pada pakaian mengenai fungsi belah, faktor pemilihan belah, jenis- jenis belah dan cara menjahit belah.

Tajuk 3: Menjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang

Tajuk 4: Menjelaskan definisi penghilangan gelembung, tujuan dan jenis-jenis penghilangan gelembung seperti kedut lepas, lisu beriring, lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan.

Tajuk 5: Membincangkan tentang lengan padanan rata, bagaimana menyediakan lengan, cara meyudahkan hujung lengan, mencantum lengan pada hujung baju dan cara –cara mengemaskan kelim di lubang lengan.

Tajuk 6 : Menjelaskan tentang definisi penyudah tepi, mengenalpasti pemilihan penyudah tepi, jenis-jenis penyudah tepi, cara menyesuaikan jenis penyudah tepi dan cara menjahit. .

Tajuk 7 : Menjelaskan salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus.

Page 11: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Minggu/ Tarikh

Topik/Tajuk Jam Interaksi (Seminggu)

Catatan

M 1 1. Pengenalan 2. Kajian Fabrik (Teori)

4

M 2 1. Kajian fabrik (Amali) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori)

4

M 3 1. Seni reka pakaian 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori)

4

M 4 1. Proses jahitan (Teori) 4

M 5 1. Penyediaan sample proses jahitan (Amali) 4

M 6 1. Proses jahitan 2. Penyediaan sample proses jahitan (Amali)

4

M 7 1. Proses jahitan 2. Penyediaan sample proses jahitan (Amali)

4

M 8 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali)

4

M 9 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali)

4

M 10 1. Mereka cipta stail pakaian 2. Membuat pakaian (Amali)

4

M 11 1. Rekod Kerja 2. Membuat pakaian (Amali)

4

M 12 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Membuat pakaian (Amali)

4

M 13 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Pengajaran mikro

4

M 14 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro

4

M 15 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro

4

JUMLAH 60 jam

Page 12: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Minggu/ Tarikh

Topik/Tajuk Modul Teori dan

Amali Jumlah

M1 1. Pengenalan 2. Kajian Fabrik (Teori)

4

4

M 2 1. Kajian fabrik (Amali) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori)

4 4

M 3 1. Seni reka pakaian (Teori) 2. Seni reka pakaian dan mereka cipta stail pakaian (Teori)

4 4

M 4 2. Proses jahitan (Teori). Kelim, Belah, Penyudah Tepi dan kancing.

2 2 4

M 5 1.Penyediaan sample proses jahitan (Amali). Menjahit Kelim, Belah,Penyudah Tepi dan Kancing

2 2 4

M 6

1.Proses jahitan Penghilangan Gelembung(Teori) 2.Penyediaan sample Penghilangan Gelembung (Amali)

2 2 4

M 7

1. Proses jahitan Lengan dan Garis Leher(kolar lurus) 2.Penyediaan sample jahitan Lengan dan Garis (kolar lurus) Amali)

2 2 4

M 8 1. Merekacipta stail pakaian 2. Rekod Kerja

1 3 4

M 9 1. Proses jahitan 2. Membuat pakaian (Amali)

1 3 4

M 10 1. Mereka cipta stail pakaian 2. Membuat pakaian (Amali)

1 3 4

M 11 1. Rekod Kerja 2. Membuat pakaian (Amali) Rujuk Modul

2 4 4

M 12 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Membuat pakaian (Amali) Rujuk Modul

1 2 4

M 13 1. Membuat pakaian (Teori) 2. Pengajaran mikro Rujuk Modul

1 4 4

M 14 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro

2 4

M 15 1. Penerapan unsur pedagogi 2. Pengajaran mikro

4

JUMLAH 15 jam 45 jam 60 jam

Page 13: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Huruf-huruf Ringkas Pada Pola

cm Sentimeter

mm Millimeter

S.L Sebelah Luar

S.D Sebelah Dalam

G.P Garisan Pemadan

G.T.H Garisan Tengah Hadapan. (satu garisan di pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada hadapan skirt atau baju)

G.T.B Garisan Tengah Belakang (satu garisan ini menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian, pada belakang skirt atau baju)

L.T.H Lipatan Tengah Hadapan (satu garisan yang menentukan kedudukan pertengahan pada sehelai pakaian iaitu pada bahagian hadapan baju atau skirt. Garisan ini hendaklah diletakkan pada lipatan kain supaya mendapat sekeping pakaian yang besar tanpa sambungannya pada G.T.H)

G.L Garisan Lipatan

L.T.B Lipatan Tengah Belakang

Simbol-simbol pada dasar pola

Tanda Pola Nama

Ira lurus

Garisan Pemadan

Tanda Imbangan atau notch

Tanda lipatan

Lisu Pemadan

Page 14: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

TAJUK 1

KELIM

SINOPSIS

Menjelaskan definisi kelim, pemilihan kelim, kegunaan kelim, peraturan am menjahit kelim, jenis-jenis kelim dan peraturan menjahit setiap jenis kelim.

Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

1. Menyatakan maksud ’Kelim’ 2. Mengenalpasti pemilihan kelim. 3. Menyenaraikan peraturan am menjahit kelim. 4. Mengenalpasti jenis-jenis kelim. 5. Menyenaraikan kebaikan dan keburukan setiap kelim. 6. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis kelim

Kerangka Konsep Tajuk 1

Definisi Kelim

Pemilihan Kelim

Peraturan Am untuk menjahit Kelim

Jenis-jenis Kelim - Kelim belah kangkung - Kelim betawi - Kelim papan mesin - Kelim papan tangan

- Kelim lipat tindih

Kegunaan Kelim

Cara-cara menjahit kelim

Page 15: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.1 Definisi Kelim

Kelim ialah cara menyambungkan/mencantumkan dua atau lebih kepingan fabrik. Ia juga digunakan untuk memberi bentuk dan stail pada pakaian.

1.2 Kegunaan Kelim

1.2 1 Untuk menyambungkan dua atau lebih kepingan fabrik.

1.2.2 Untuk mengukuh dan mengemaskan tepi fabrik

1.2.3 Untuk memberi bentuk pada pakaian supaya lebih padan

1.2 4 Untuk perhiasan.

1.3 Pemilihan Kelim

Pemilihan Kelim yang dibuat bergantung kepada: 1.3.1 Jenis fabrik - Kelim yang hendak dijahit mestilah sesuai dengan jenis fabrik. Contohnya fabrik yang mudah berbulu, nipis dan halus sesuai

dijahit dengan Kelim Betawi. 1.3.2 Jenis pakaian - Pakaian yang kerap dipakai dan selalu didobi memerlukan kelim yang lebih kukuh.Contohnya pakaian kanan-kanak. Selain daripada itu kelim papan mesin sesuai untuk jean tetapi tidak

seduai untuk gaun fabrik kapas. 1.3.3 Gaya dan kedudukan kelim – Sesuaikan jenis kelim dengan kedudukan kelim pada pakaian. Contohnya Kelim Betawi sesuai dijahit pada rusuk skirt atau blaus yang lurus tetapi tidak sesuai dan sukar untuk dijahit

pada kelim yang melengkung. Kelim yang rata hendaklah dijahit pada

pakaian dalam dan kelim yang lebih teguh, hendaklah dijahit pada pakaian yang selalu di dobi.

1.4 Peraturan Am untuk menjahit Kelim.

1.4.1 Pilih kelim yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit supaya ia

tahan lasak. 1.4.2 Sebaik-baiknya gunakan hanya satu jenis kelim pada seluruh pakaian yang dijahit. 1.4.3 Basi kelim mestilah sama lebar dan cukup di seluruh pakaian semasa memotong fabrik mengikut jenis pakaian dan jenis fabrik yang digunakannya. 1.4.4 Kelim hendaklah dijahit dengan baik dan tepat pada garis pemadan untuk menjaga bentuk dan rupa yang elok.

Page 16: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.4.4 Tegangan jahitan mesin mestilah betul untuk mengelakkan kelim daripada

berkedut. 1.4.5 Kelim hendaklah ditekan dengan baik supaya kelihatan kemas di sebelah luar dan dalam pakaian. 1.4.6 Ia mestilah rata supaya mudah didobi dan kukuh supaya tahan lasak 1.4.8 Lebar kelim mestilah sekata disepanjang pakaian 1.4.9 Gunting (snip) semua kelim yang berbentuk melengkung sebelum ia ditekan buka. 1.4.10 Kemaskan kelim selepas dijahit dan susupkan semua benang. Latihan 1.1

1.1.1. Berikan Definisi Kelim

1.1.2. Senaraikan kegunaan Kelim

1.5 Jenis-jenis Kelim

1.5.1 Kelim belah kangkung Kelim yang dijahit pada sebelah dalam (S.D) dan tidak kelihatan pada sebelah luar (S.L) 1.5.2 Kelim betawi. 1.5.3 Kelim papan mesin.

Kelim yang dijahit pada sebelah Luar (S.L) dan 1.5.4 Kelim papan tangan jahitannya boleh dilihat pada sebelah luar (S.L)

1.5.5 Kelim lipat tindih. Kelim betawi Kelim belah Kangkung Jenis-Jenis Kelim Kelim papan mesin

Kelim papan tangan

Kelim lipat tindih

Page 17: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.5.1 Kelim belah kangkung:

Kelim ini rata dan tidak tebal. Ia dijahit dengan satu baris jahitan di sebelah dalam (S.D) pakaian/fabrik. Kelim belah kangkung ini mudah dibuat dan ia sesuai untuk semua jenis pakaian dan fabrik. Apabila kelim ini dibuka dan ditekan dengan seterika ia tidak boleh nampak di sebelah luar. Lebar siap kelim ini ialah di antara 2 cm hingga 2.5 cm.

Kelim belah kangkung ini boleh dikemaskan dengan beberapa cara

seperti Jahit lilit ubi, jahit lilit kemas, jahit insang pari, jahit mesin, jahit zig-zag, menggunakan kedua-dua tepi kain, menggunakan kun dan menggunakan gunting pucuk rebung/zig-zag

1.5.1.1 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Langkah 1

- Temukan fabrik dengan sebelah luar berhadapan - Semat dengan peniti dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin di atas garisan pemadan.

Peniti

Rajah 1. 1Proses menjahit Kelim belah kangkung

Langkah 2 - Cabut benang jelujur

- Susup benang jahit mesin yang lebih

- Kemaskan tepi kelim (contoh jahit mesin/insang pari).

- Buka kelim dan tekan dengan seterika di sepanjang kelim di sebelah dalam

dan luar kelim.

Page 18: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Kemaskan tepi kelim

Kelim di tekan

buka

Susup benang jahit

mesin

Jahit mesin

Rajah 1.2 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Lebar siap

kbk

Buka Kelim dan tekan dengan seterika 1.5 cm–2.5

cm

Rajah 1.3 Proses menjahit Kelim belah kangkung

Page 19: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.5.1.2 Proses mengemas Kelim belah kangkung

(a) Jahit Insang pari

(b) Jahit mesin

(c) Menggunting

tepinya dengan bentuk pucuk rebung

(d) Menggunakan pita serung/kun

Rajah 1.4 Mengemas kelim belah kangkung

- Tujuan mengemaskan tepi kelim belah kangkung ialah untuk

mengelakkan tepi fabrik daripada berbulu.

- Kelim Belah Kangkung yang melengkung hendaklah di

gunting supaya kelim rata dan bahagian yang digunting

dikemaskan dengan jahit insang pari untuk mengelakkan

tepinya berbulu.

1.5.1.3 Kebaikan dan kelemahan Kelim belah kangkung

Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1 Kelim yang paling

mudah dijahit dan

mudah di dobi.

Ia rata Kelim mestilah ditekan

setiap kali selepas

didobi

2 Ia terdiri daripada

sebaris jahitan pada

sebelah dalam

pakaian

Jahitannya tidak

kelihatan di sebelah

luar pakain

Tidak begitu kukuh

kerana mempunyai

sebaris jahitan sahaja.

3 Lebar siap Kelim

belah kangkung 2 cm

hingga 2.5 cm

Kelim belah kangkung

tidak tebal oleh itu ia

sesuai untuk kain yang

tebal

Kelim belah kangkung

tidak sesuai untuk kain

yang jarang kerana

kelim boleh dilihat pada

sebelah luar pakaian.

Page 20: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Latihan 1.2 1. Namakan lima jenis pengemasan yang dibuat pada kelim belah

kelim belah kangkung 2. Berikan dua kebaikan dan dua kelemahan kelim belah kangkung

1.5.2 Kelim betawi.

Kelim betawi ialah kelim yang tidak nampak nyata dan ia juga dikenali sebagai kelim dalam kelim. Kelim ini terdiri daripada dua baris mata jahitan. Lebarnya kelim betawi yang telah siap ialah 6 mm atau kurang daripada 6 mm bagi fabrik yang nipis dan halus. Kelim betawi ini bergelembung. Ia sesuai bagi kebanyakan kain terutama kain yang berbulu. Kelim betawi ini teguh dan dikemaskan sendiri kerana tepi-tepi kelepet yang tidak berjahit itu adalah terkandung di dalamnya.

1.5.2.1 Proses menjahit kelim betawi Langkah 1

- Temukan S.D fabrik itu bersama-sama dengan garis pemadannya supaya sepadan.

- Semat dan jelujur 6 mm atas garis pemadan. - Cabut peniti Jelujur

Garisan pemadan peniti 6 mm

Rajah 1.5 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 2 - Jahit mesin sejauh 6 mm daripada garisan pemadan - Gunting basi kelim sehingga lebarnya 3 mm - Jahitan mesin kira-kira 4 mm dari garisan pemadan pada basi jahitan. - Gunting basi jahitan hingga tinggal 3 mm dari jahitan mesin.

Page 21: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Gunting basi kelim

3 mm Jahit 6 mm mesin

Rajah 1.6 Proses menjahit kelim betawi

Langkah 3 - Terbalikkan kelim ke SD. - Temukan S.L fabrik, semat dan jelujur. - Cabut peniti dan jahit mesin di garisan pemadan.

6mm/kurang

Garisan Pemadan

Jahit mesin

S.D. fabrik

Proses menjahit Rajah 1.7 Kelim betawi

Langkah 4

- Susup benang jahitan mesin - Tekan kelim ke bahagian belakang pakaian. Susup benang jahitan mesin

SD Tekan kelim ke bahagian

belakang

Bahagian Bahagian benang belakang hadapan Jahit mesin

S.L

Rajah 1.8 Proses menjahit kelim betawi

Page 22: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.5.2.2 Kebaikan dan kelemahan kelim betawi

Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1 Terdiri daripada dua

baris mata jahitan dan

dikenali kelim dalam

kelim

Teguh, Mudah didobi

dan tahan lasak

Kelim ini agak tebal dan

tidak sesuai bagi fabrik

yang tebal

2 Lebar siap kelim

betawi 6 mm atau

kurang bagi fabrik

yang halus

Ia terkemas dengan

sendiri

Kelim terdiri daripada

beberapa lipatan dan

oleh itu mangambil

masa yang lama untuk

mengeringkannya

3 Sesuai bagi

kebanyakan fabrik

terutamanya bagi

fabrik yang berbulu

Jahitannya tidak

kelihatan pada

sebelah luar pakaian.

Sukar untuk diubah

atau dipinda kerana

basi kelim sangat kecil

Kesilapan yang mungkin berlaku semasa menjahit kelim betawi

- Tepi kelim berbulu atau benang fabrik kelihatan pada sebelah luar

- Tepi kelim beralur pada sebelah dalam - Fabrik tertarik atau berkedut pada bahagian belakang kelim

1.5.3 Kelim papan Mesin

Kelim papan mesin ialah kelim yang dijahit dua kali. Ia kukuh kerana

dijahit dengan dua garisan jahit mesin. Kelim papan mesin boleh disudahkan atau dikemaskan di kedua-dua belah iaitu sebelah dalam atau sebelah luar Jika ia dibuat di sebelah luar fabrik, akan terdapat dua barisan jahitan mesin di sebelah luar, tetapi kalau dibuat di sebelah dalam fabrik, akan terdapat satu barisan jahitan mesin sahaja di sebelah luar. Kelim papan mesin mudah didobi dan sesuai dijahit pada skirt, blaus, kemeja, jeans, seluar, seluar pendek dan pijama.

1.5.3.1 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 1

- Temukan S.D kedua-dua bahagian sebelah dalam fabrik semat dan jelujur - Cabut peniti dan jahit mesin mesin di garis pemadan. - Cabut benang jelujur dan susup benang jahit mesin yang lebih.

Page 23: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

peniti

Jelujur

SL SD

Rajah 1. 9 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 2 - Buka dan tekan kelim supaya rata. - Gunting basi kelim bahagian belakang hingga tinggal kira-kira 5mm – 6 mm. - Gunting basi kelim bahagian hadapan hingga tinggal kira-kira 10 mm– 2 mm/1.2

cm

gunting

10 – 12 mm

5- 6 mm

Bahagian belakang SL

Bahagian

hadapan

Rajah 1. 10 Proses menjahit Kelim papan mesin

Langkah 3 - Lipatkan basi kelim bahagian hadapan membalut basi kelim bahagian belakang.

Page 24: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Semat dan jelujur jika perlu. - Jahit mesin ditepi lipatan kelim supaya selari dengan baris jahitan mesin yang

pertama.

Benang jahit

mesin lebar lipatan

6mm/ kurang bergantung

kepada jenis fabrik

Bahagian belakang Lipat basi

kelim SL

hadapan membalut

basi kelim belakang

kurang bergantung kepada jenis fabrik

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan mesin

1.5.3.2 Kebaikan dan kelemahan kelim papan mesin

Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1 Mempunyai dua baris jahitan

Kukuh dan tahan lasak

kerana dibuat dengan

dua baris jahitan

Ia agak tebal dan

lambat kering

2 Boleh dijahit pada sebelah luar

dan sebelah dalam pakaian.

- Jika dijahit di S.L fabrik akan

terdapat dua baris jahitan di

S.L.

- Jika dibuat di SD fabrik akan

terdapat satu baris jahitan di

S.L.

Rata,mudah didobi dan

kemas kerana semua

tepi fabrik terkemas di

dalam

Tidak sesuai bagi

fabrik yang jarang

kerana basi kelim

boleh dilihat di

sebelah luar fabrik.

3

Lebar kelim yang telah siap ialah

6 mm.

Kemas kerana semua

tepi fabrik terkemas di

dalam

Susah diubah sebab

basi kelim sangat

sempit

1.5.4 Kelim papan tangan

Kelim papan tangan lebih halus buatannya daripada kelim papan mesin. Ia

digunakan untuk kain yang nipis dan lembut seperti kain sutera. Biasanya kelim papan tangan ini digunakan pada pakaian bayi dan baju kurung johor.

Page 25: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.5.4.1 Proses menjahit kelim papan tangan

Langkah-langkah menjahit Kelim papan tangan - Temukan kedua-dua sebelah luar fabrik berhadapan,

semat, jelujur kasar dan jahit mesin di atas garisan pemadan. cabut jahitan jelujur kasar.

- Gunting basi kelim pada bahagian belakang sehingga 6 mm ( ¼”) dan bahagian hadapan sehingga 1.2cm.

- Lipat, semat dan jelujur basi kelim hadapan ke atas bahagian belakang. - Tekan kelim ke arah belakang baju - Jahit sembat tepi yang berlipat ke bahagian belakang pakaian. - Cabut jelujur kasar dan tekan kelim yang telah siap dengan kemas.

Jahit Sembat

Rajah 1. 11 Proses menjahit Kelim papan tangan

Kelim papan tangan biasanya dijahit pada baju kurung johor

Kelim yang dibuat pada baju tersebut lebih kecil dari kelim

papan tangan biasa. Lebar kelim biasanya berukuran kurang

dari 3mm

1.5.4.2 Kebaikan dan kelemahan kelim papan tangan

Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1 Sama seperti kelim papan

mesin tetapi ia dijahit pada

sebelah dalam fabrik dengan

jahitan tangan

Rata kemas dan

mudah didobi

Kelim ini tidak sesuai

untuk kain yang tebal

2

Kelim papan tangan sempit,

rata dan kemas tetapi tidak

sekukuh kelim papan mesin

Ia terkemas sendiri

Mengambil masa yang

lama untuk menjahit

dan jahitan sembat

kelihatan disebalah

luar pakaian.

Page 26: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.5.5 Kelim lipat tindih

Kelim lipat tindih atau kelim tampal ialah kelim yang biasa digunakan untuk menjahit bahagian dalam dan luar pakaian. Ia digunakan untuk stail dan perhiasan pada pakaian. Kelim ini dijahit di sebelah luar pakaian dengan sebahagian kelim itu menindih yang lain. Kelim ini kukuh kerana ia dijahit melalui tiga lapisan fabrik. Selalunya kelim lipat tindih digunakan untuk melekat atau mencantumkan bahagian atau kepingan-kepingan baju dan skirt, skirt mendatang, bahu mendatang, ben-ben dan ropol-ropol. Kelim lipat tindih ini sesuai untuk baju kanak-kanak, pijama, blaus dan baju ibu mengandung.

3.5.5.1 Proses menjahit Kelim lipat tindih Langkah 1 Sediakan bahagian atas pakaian.

- Tandakan Garisan tengah hadapan(GTH) dengan jahitan jelujur pada

bahagian atas pakaian atau bahu mendatang.

- Jahit jelujur di garisan pemadan.

Bahu mendatang

Garisan

Tengah

Hadapan

(GTH)

S.D

Rajah 1.12 Proses menjahit Kelim lipat tindih

Page 27: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 2 Sediakan bahagian bawah pakaian atau skirt

- Tandakan garisan pemadan

- Kedutkan 3 mm ke atas garisan pemadan dan 3 mm ke bawah g.

pemadan. -

GP ---------------------------------------- kedut

-------------------------------------

Sebelah

Luar Garisan

tengah

Rajah 1.13 Proses menjahit kelim lipat tindih

Langkah 3 Melekatkan bahagian atas pada bahagian bawah pakaian - Letak bahu mendatang di atas bahagian bawah

- Temukan garisan tengan atas dengan garisan tengah bawah

- Temukan garisan pemadan bahu mendatang dengan garisan pemadan bahagian

bawah pakaian

- Jelujur dan jahit mesin dan cabut benang jelujur.

Bahu

mendatang

S.L Garisan tengah Jelujur dan

Jahit mesin

Bahagian Garisan

Bawah tengah

Sebelah

Rajah 1 14 Proses menjahit kelim lipat tindih

Page 28: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 4

Mengemas Kelim lipat tindih

Cara 1

- Gunting basi kelim hingga tinggal 6 mm dan kemaskan dengan jahitan

insang pari.

Sebelah dalam Jahit insang pari

6 mm

Bahu Sebelah dalam

mendatang

Rajah 1. 15 Proses menjahit Kelim lipat tindih _____________________________________ Cara 2

- Gunting basi kelim dari bahagian bawah pakaian hingga tinggal kurang dari 6 mm

- Gunting basi kelim bahu mendatang hingga tinggal 1.5 mm – 1.9 mm - Bahagian rata membalut bahagian yang berkedut atau buat balutan

sendiri. - Jelujur dan jahit sembat pada tiap-tiap mata jahitan mesin. - Tanggalkan benang jelujur.

sebelah dalam

Bahu mendatang 6.mm

Jelujur dan

sembat

pada tiap- tiap

mata

Bahagian jahitan mesin

Sebelah dalam Bawah

Rajah 1. 16 Proses mengemas Kelim lipat tindih

Page 29: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

1.5.5.2 KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KELIM LIPAT TINDIH

Bil Sifatnya Kebaikan Kelemahan

1

Selalunya Kelim lipat

tindih ini digunakan untuk

mencantum satu

bahagian pakaian yang

rata pada bahagian

pakaian yang

bergelembung.

Kukuh kerana dijahit

menerusi tiga lapisan

fabrik

Kelim ini tidak sesuai

pada fabrik yang tebal

kerana terdiri daripada

satu bahagian yang

bergelembung dan kelim

ini dijahit melalui tiga

lapisan fabrik

2

Ia juga dikenali sebagai

kelim tampal

Kelim ini rata dan

mudah didobi

Tidak sesuai pada fabrik

yang jarang kerana basi

kelimnya kelihatan di

sebelah luar pakaian

3

Jahitannya dibuat pada

sebelah luar pakaian

Sangat sesuai untuk

mencantum bahagian

yang melengkung,

cekung atau pada

bentuk yang susah

dijahit dengan kelim-

kelim yang lain

Page 30: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

UJIAN 1 1. Kelim belah kangkung paling sesuai untuk ................. A. Kemeja sutera B. Skirt daripada kain kapas C. Blaus daripada kain rayon D. Baju tidur daripada kain nailon 2. Pakaian yang kerap didobi hendaklah mempunyai kelim yang ................ A. kemas dan nipis B. sekata dan tebal

C. kukuh dan tebal D. kukuh dan tahan lasak

3. Kelim papan mesin kukuh kerana........................ A. Ia mengemaskan basi kelim sendiri B. ia mempunyai dua baris jahitan mesin C. Ia mudah didobi dan mudah dikeringkan D. basi kelim menghadap ke arah belakang pakaian 4. Kelim betawi mempunyai ............lapisan fabrik A. dua B. tiga C empat D lima 5. Kelim lipat tindih boleh digunakan pada bahagian-bahagian pakaian kecuali ............................ A, Ikatan pinggang

B. lubang lengan C. garis bahu mandatang D. garis pinggang mendatang Ujian 2

1. Apakah kegunaan kelim? 2. Apakah peraturan am yang perlu anda ikuti untuk menjahit kelim? 3. Berikan bagaimana kamu menyedia dan menjahit kelim betawi? 4. Bincangkan bagaimana kelim papan mesin dan kelim papan tangan dibuat.

5. Senarai kebaikan dan kelemahan kelim-kelim dibawah.:-

Kelim Kebaikan Kelemahan

Kelim belah Kangkung

1

1

2

2

Kelim papan Mesin

,

1

2

2

Page 31: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

TAJUK 2

BELAH

Belah

lapik kain Belah selari Slit Berlapik Belah Slit Berlapik Belah lapik kain selari

Page 32: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

SINOPSIS

Belah di buat pada pakaian bertujuan untuk memudahkan seseorang memakai dan menanggalkan pakaian. Dalam tajuk belah akan dijelaskan mengenai fungsi belah, faktor pemilihan belah, jenis- jenis belah dan cara menjahit belah.

Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat: 6. Menyatakan definisi dan fungsi belah 7. Mengenalpasti pemilihan belah. 8. Mengenalpasti jenis-jenis belah. 9. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis belah 10. Membezakan belah kelepet sama lebar, belah berzip dan belah berkun 11. Memahami dan berkebolehan membuat belah-belah yang terdapat dalam tajuk

ini.

Kerangka Konsep Tajuk 2

Belah

Definisi Belah

Jenis-jenis belah Fungsi Belah Pilihan Belah Cara

menjahit belah

Page 33: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

2.1 Definisi Belah

Belah ialah satu proses jahitan yang terdapat di pakaian dan artikel untuk memudahkan dipakai atau ditanggalkan. Belah boleh dibuat di garis leher, di pinggang, di rusuk dan di lengan mengikut fesyen sesuatu pakaian itu.Panjangnya mestilah sesuai dengan tujuan belah dibuat.

2.2 Jenia-jenis Belah 2,2.1 Belah kelepet sama lebar 2.2.2 Belah slit berlapik 2.2.3 Belah lapik kain selari 2.2.4 Belah berkun 2.2.5 Belah berplaket 2.2.6 Belah berzip

2.3 Fungsi Belah

2.3.1 menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pemakai dan pengguna

2.3.2 memudahkan pergerakan dan mengekalkan ciri traditional 2.3.3 menjadi perhiasan

2.4 Pilihan belah bergantung kepada:

2.4.1 Jenis pakaian yang hendak dibuat misalnya kemeja atau seluar 2.4.2 Jenis fabrik mempengruhi pemilihan belah pada pakaian. Semua

jenis belah sesuai pada fabrik sederhana dan tebal. Pada fabrik nipis,

pemilihan belahnya adalah terhad. 2.4.3 Kedudukan belah

Garis tengah hadapan atau garis tengah belakang

blaus dan skirt

Garis tengah hadapan atau di rusuk kiri skirt atau

slek

Bahagian belakang pergelangan lengan atau kelim

lengan

Hujung seluar, chongsam dan samfoo

2.4.4 Fesyen pakaian di mampelbagai jenis belah yang digunakan sebagai fesyen pakaian

- Belah berplaket- Baju Melayu Cekak Musang.

- Belah slit berlapik- Baju Melayu Teluk Belanga, Baju

Kurung

Page 34: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Belah hadapan sembunyi

kancing- Baju Takwa

2.5 Belah Kelepet sama lebar

2.5.1. Belah kelepet sama lebar adalah mudah dibuat dan sangat kukuh. 2.5.2 Kain untuk belah diambil daripada pakaian itu sendiri dan dilipatkan ke SD

pada garis lipatan. 2.5.3 Ia boleh dibuat sepanjang seluruh belakang atau hadapan pakaian. 2.5.4. Ia digunakan pada blaus, kemeja, kot, pakaian kanak-kanak, pijama, sarung kusyen dan sarung bantal.

2.5.5. Pengancing yang digunakan adalah butang dan rumah butang atau butang katup, butang dan gelungan atau pita.

2.5.1 Langkah-langkah cara menjahit belah kelepet sama lebar

CARA 1

Langkah 1

- Tandakan GTH dan GL di fabrik - Lebar antara GTH dan GL ialah 1.5cm hingga 2.5 cm - Lebar lapik belah ialah 3 cm hingga 4 cm - Lebar lipatan pertama

3 mm

S .L

G G T L H 1.5 cm – 2,5 cm 3 cm – 4 cm

ruang butang 3 mm

Rajah 2.1 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Lipat 3 mm dan jahit mesin di sepanjangnya atau jahit tepi

Page 35: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

(edging) Atau gunakan tepi fabrik . Langkah 2

- Lipat pada bahagian GL ke S.L pakaian dan semat dengan jarum peniti. - Jelujur, cabut peniti dan tekan dengan seterika.

Rajah 2.3 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 3.

- Jahit dengan jahitan mesin dari lipatan hingga ke GTH.

- Snip basi jahitan seperti dalam gambarajah

Rajah 2.4 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Page 36: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 4

-. Balikkan lapik ke S.D. pakaian.

Ruang butang di g Leher setelah di balikan ke SL

Balikkan lapik ke SD pakaian

Rajah 2.5 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

CARA 2

Langkah 1

. - Tandakan GTH dan GL pakaian.(sama seperti Rajah 1 Cara 1)

SL

G G T L H 3cm – 4 cm

1.5 cm - 2,5 cm

Ruang butang 3 mm

Rajah 2.6 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Page 37: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 2 - Lipat GL ke SD dan semat dengan jarum peniti - Jahit dengan jahitan mesin pada kiri dan kanan kelepet supaya jarak antara keduanya adalah 3 cm.

Rajah 2.7 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

CARA 3

Langkah 1

- Tandakan garisan tengah hadapan dan garisan lipatan baju

Lapik

G G Bahagian Hadapan L T Baju H

Rajah 2.8 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 2

- Kemaskan tepi lapik dengan jahitan mesin/jahit tepi/menggunakan tepi

kain saja

Page 38: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Kelim Bahu GTH jelujur d j mesin SD

GTH

Garisan lipatan

Badan Hadapan

Rajah 2.9 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 3

- Lipat lapik ke SL mengikut garisan lipatan - Jelujur dan j. mesin di garis leher - Gunting basi lipatan dan snipkan sepanjang lengkung leher

GTB

Snip

G. lipatan

GTH

Kelepet belah

Rajah 2.10 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

Langkah 3

- Balikkan lapik ke SD pakaian - Tetapkan lapik pada pakaian dengan silang pangkah berkumpul

Page 39: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Kelim Bahu

j. sembat

Silang pangkah berkumpul

Rajah 2.11 Proses menjahit belah kelepet sama lebar

2.6 Belah Berzip

- Sejenis pengacing belah

- Belah berzip senang dipasang, tidak kelihatan di sebelah luar dan tahan

lama

- Zip senang dikancingkan, terdapat pelbagai warna, panjang dan berat fabriknya. - Selalunya zip digunakan pada blaus, gaun, skirt, seluar dan artikel

rumahtangga seperti sarung bantal, sarung kusyen ,beg dan lain-lain lagi.

2.6.1 Cara-cara memilih zip

2.6.1 Pilih zip yang sesuai untuk pakaian yang hendak dijahit. - Zip yang dibuat daripada nilon adalah lebih sesuai untuk fabrik-fabrik

nipis kerana ia ringan dan tidak tebal.

- Zip yang dibuat daripada logam bergigi kasar dan tidak sesuai untuk kain-kain tebal atau kain kelengkapan rumahtangga yang berat.

2.6.2 Beli zip yang bermutu dan warnanya padan dengan kain. 2.6.3 Periksa zip untuk menentukan bahawa ia boleh dibuka dan ditutup

dengan senang, dan perhentiannya adalah kukuh dan kuat. 2.6.4 Gunakan zip yang cukup panjang untuk belah yang hendak dibuat.

- 17.5 cm – 20 cm ( 7 – 8 inci ) untuk skirt, seluar dan sarung. - 23 cm – 30 cm ( 9 – 12 inci ) untuk belah rusuk.

- 45 cm – 55 cm ( 16 – 20 inci ) untuk belah di tengah hadapan atau - belakang gaun, jaket dan dirusuk baju chongsam, sepatu, sampul

kusyen.

2.6.2 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa memasang zip

Page 40: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

2.6.2.1 Pastikan lebar belah adalah cukup besar, iaitu lebih daripada 1.2 cm

hingga 2 cm

2.6.2.2 Mesinkan zip dengan penekan zip dan susupkan hujung benang untuk mengukuhkannya. 2.6.2.3 Bahagian atas zip hendaklah terletak: - Pada garisan pemadan untuk ikatan pinggang skirt atau seluar.

-1.2 cm daripada garis pemadan untuk belah di leher belakang pakaian. Hujung

atas belah selalunya akan dijahitkan dengan butang cangkuk dan matanya.

2.6.2.4 Pita zip hendaklah dikekalkan pada basi kelim dengan jahit silang pangkah

tompok/berkumpul supaya ia tidak tersangkut pada gigi zip. 2.6.2 5 Kukuhkan pangkal belah berzip dengan jahit ulat-ulat.

Langkah-langkah memasang zip

Langkah 1

- Tandakan GTB di S.D. pakaian. Sematkan dengan peniti untuk menanda pangkal belah.

- Sediakan pita zip yang sesuai dengan pakaian atau artikel yang hendak dijahit

- Panjang belah ialah panjang zip + 0.6 cm. - Jahit mesin hingga ke pangkal belah. - Tekan buka kelim.

Pita Zip

Perhentian Zip

Penarik Penolak zip zip

Gigi zip

Perhentian pangkal zip

Rajah 2.12 Proses menjahit zip

- Kemaskan bahagian bawah pita zip dengan Insang pari

- Rapatkan dengan jahit lilit ubi

Page 41: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Jahit insang Jahit lilit ubi

Langkah 2

- Menjahit zip pada belah dengan cara tersembunyi. - Sematkan pita zip ke bahagian kanan belah di sebelah dalam

belah.Tentukan penahan hujung zip terletak 7mm di bawah garis pemadan sementara penahan pangkal zip terletak di pangkal belah.

Rajah 2.13 Proses menjahit zip

Langkah 3

- Jelujur di atas lipatan di bahagian kanan zip tanpa menutupi zip itu. Jahit jelujur - Sematkan pita zip ke bahagian kiri belah. - Pastikan bahagian ini menutup semua gigi zip.

7mm di bawah - Bahagian kiri tepi lipatan belah hendaklah - G.P bertindih 2mm- 3mm tepi lipatan di

sebelah kanan. - Jelujur bahagian kiri zip SL Kiri

Rajah 2.14 Proses

menjahit zip

Page 42: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 4

-

Rajah 2.15 Proses menjahit zip

- Tutup zip dan jahit zip menggunakan tapak zip dari bahagian hujung belah kiri hingga ke pangkal belah

- kemudian melintang ke kanan dan terus ke bahagian atas di sebelah kanan. - Cabut atau tanggalkan jelujur. - Tetapkan kedudukan pita zip di kiri kelim di sebelah dalam pakaian. - Kukuhkan pangkal belah dengan jahitan ulat-ulat.

6 mm hujung

g.p hujung benang

j. mesin disusup jelujur s j. sil;ang

pengkah tegak jahit ulat-ulat

berku pul

Basi kelim jahit insang pari

SL pakaian SD pakaian

Page 43: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 2.15 Proses memasang zip yang telah siap

2.7 Belah Berkun

- Belah berkun sesuai untuk fabrik nipis dan halus dan fabrik sederhana tebal.

- Biasanya belah ini digunakan pada belahan seperti dileher blaus, gaun, pergelangan tangan, pakaian kanak-kanak dan pakaian dalam.

Langkah-langkah menjahit belah berkun Langkah 1

- Tandakan kedudukan belah pada pakaian/GTH - Ukur panjang belah yang dikehendaki - Tandakan pangkal belah - Gunting mengikut panjang belah

GP Panjang belah Ira fabrik SL

Rajah 2.16 Prosesmenjahit belah berkun

Langkah 2 Sediakan pita serong Rujuk Langkah-langkah menyediakan jalur serong tepat dalam topik 6 atau gunakan pita serong dagangan yang boleh didapati di kedai-kedai

- Panjang pita serung = 2 x panjang belah + basi jahitan ( 1 cm – 1.5 cm )

- lebar pita serung = 2 x lebar siap lapik + 2 basi jahitan - Lipat ke dua tepi ke tengah dan tekan dengan seterika

Page 44: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 3

- Temukan SL pakaian dengan SL jalur serong - Temukan tepi belah dengan tepi jalur serong - Jelujur dan jahit mesin 6mm dari tepi belah. (jika perlu jahit mesin sekali

lagi pada pangkal belah).Cabut benang jelujur.

Pangkal belah

Jahit mesin

SL jalur serung

Pakaian

SD

Rajah 2.17 Prosesmenjahit belah berkun

Langkah 4 - Halakan jalur serung ke atas dari SL pakaian dan tekan

- Lipat tepi lapik 2 mm dari GP ke SD dengan lipatannya bertemu dengan

jahit mesin di sebelah dalam seperti rajah (a). - Jelujur di sepanjang lipatan - Tetapkan jelur serong dengan jahit sembat seperti rajah

(b).Lalukan jahitan sembat di bawah jahitan mesin.

Jalur serung SD Jalur serung SD

Jahit sembat

Pakaian SD

Rajah (a) Rajah (b)

Rajah 2.18 Proses menjahit belah berkun

Langkah 5

Page 45: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Pada sebelah dalam kukuhkan pangkal belah dengan mesin atau kia tirus ke bawah seperti rajah ( c)

- Tekan dengan cermat - Jika perlu Jahit ulat-ulat di SL pakaian seperti rajah (d) untuk

mengukukuhkan pangkal belah.

SL

SD

SL pakaian jahit ulat-ulat

Jahit mesin atau kia

Rajah ( c ) Rajah ( d )

Rajah 2.19 Prosesmenjahit belah berkun

- lebar belah berkun yang siap dijahit biasanya selebar 5 – 6 mm

- Belah berkun biasanya di buat di :-

bahagian belakang baju kanak-kanak di leher baju wanita

1. Nyatakan tiga fungsi belah pada pakaian. 2. Terangkan dengan ringkas dan lukiskan gambarajah langkah-langkah

membuat belah berzip 3. Berikan empat perkara yang perlu dipertimbangkan semasa

menjahit/memasang zip pada pakaian. 4. Apakah tujuan menjahit ulat-ulat di pangkal belah berkun?

Page 46: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Tajuk 3

kancing

sinopsis Menjelaskan tujuan kancing dijahit pada pakaian,jenis-jenis kancing, cara-cara memilih kancing,perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing, dan cara-cara menjahit butang lubang dua atau empat dan cangkuk dan mata/palang Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

12. Menyatakan tujuan kancing dibuat pada pakaian atau artikel 13. Menbezakan jenis-jenis kancing 14. Mengetahui cara-cara memilih kancing 15. Mengetahui perkara-perka yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit

kancing. 16. mengenalpasti cara-cara menjahit Butang lubang butang dua atau empat, butang katup dan cangkuk dan palang mata.

Kerangka Konsep Tajuk 3

3.1 Tujuan menjahit kancing

Kancing dijahit pada pakaian ialah untuk:- - mengancingkan belah.

- sebagai perhiasan.

Tujuan menjahit kancing

Cara-cara memilih kancing

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menjahit kancing Kelim

Cara-cara menjahit- - Butang lubang butang dua/empat - Cangkuk dan palang/mata

Jenis-jenis kancing

Page 47: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Kancing biasanya dilekatkan pada lipat tindih atas dan lipat tndih bawah belah.

- Cara-cara melekatkan kancing pada pakaian bergantung kepada jenis kancing

yang dipilih.

3.2 Jenis-jenis kancing Terdapat dua jenis kancing yang utama: 3.2.1 Jenis kancing yang tersembunyi

- Butang katup - Butang cangkuk dan matanya - Butang cangkuk dan rumah - Butang cangkuk dan rumah cangkuk bersirat. -

3.2.2 Jenis kancing yang nampak - Butang dan rumah butang. - Butang dan rumah butang bersirat atau gelungan. - Pita dan simpul hias. - Reben dan bow - zip (sila rujuk bab36:belah pakaian.) - Gancu

3.3 Cara-cara memilih kancing.

Pilihan kancing bergantung kepada: 3.3.1 Jenis kain yang digunakan - .Kain yang halus mestilah dijahit dengan kancing yang lebih halus untuk mencegah berat kancing daripada mengoyakkan kain.

3.3.2 Jenis pakaian dan stail pakaian yang dijahit - .Pakaian kanak-kanak biasanya tidak menggunakan kancing logam untuk mengelakkan calar pada kulit kanak-kanak yang lembut. 3.3.2 Jenis belah dan kedudukan kancing .Kancing zip adalah lebih sesuai bagi belah yang bertempat di kelim rusuk skrit daripada yang dijahit pada belah kelepet sama lebar di hadapan pakaian.

3.4 Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan apabila menjehit kancing

3.4.1 Kancing hendaklah dijahit dengan kukuh supaya tidak cepat tercabut.

Page 48: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

3.4.2 Kancing hendaklah mencukupi dan terletak sama jaraknya di antara satu kancing dengan yang lain supaya belah ditutup dengan baik dan tidak ternganga.

3.4.3 Kancing hendaklah dijahit betul-betul bertentangan di antara satu sama lain dan elakkan daripada menjahit kancing terlalu ketat pada pakaian untuk mengelakkan:

- belah pakaian daripada berkedut. - belah pakaian itu tidak tertutup rapat. - pakaian kelihatan tidak kemas.

3.4.4 Jenis dan saiz butang mestilah sesuai dengan rumahnya dan gaya pakaian

supaya pakaian kelihatan lebih elok. 3.4.5 Kancing logam tidak sesuai untuk pakaian kanak-kanak,baju tidur dan

pakaian dalam. 3.4.6 Jenis kancing yang hendak dijahitkan pada pakaian mestilah ditentukan

semasa jenis belah untuk pakaian itu dipilih.

3.5.1 Butang lubang butang dua/empat

i. - Butang boleh didapati dalam pelbagai saiz, warna dan bentuk.

ii. - Butang diperbuat daripada plastik, logam ,tulang, kayu dan lain-lain lagi.

- Terdapat beberapa jenis butang iaitu butang berlubang dua, butang berlubang empat dan butang bertangkai

Butang lubang dua

Butang lubang empat

Butang

bertangkai Butang bertangkai

Lubang butang pada pakaian wanita biasanya dijahit di sebelah kanan belahan pakaian.

Page 49: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

3.5.2 Butang dan lubang butang

- Butang dan lubang hanya dijahit selepas belah pakaian itu siap atau apabila pakaian itu siap.

- Dijahit di atas dua lapisan fabrik - Kancing ini teguh ,kemas dan tahan lasak jika dijahit dengan baik. - Ia digunakan pada semua jenis pakaian dan kain kelengkapan

rumahtangga. - Butang dijahit selepas lubang butang telah siap kerana kedudukannya

boleh diubah-ubahkan supaya sesuai dengan rumah butangnya. - Terdapat dua jenis lubang butang iaitu lubang butang berjahit dan lubang

butang berkun - Lubang butang boleh dijahitkan melintang atau menegak

3.5.3 Perkara-perkara yang harus diingatkan apabila menjahit lubang butang.

- Lubang butang selalu dijahit pada 2 lapisan fabrik. - Jika lubang butang mesti dijahit pada selapis kain ,kukuhkan sebelah

dalamnya dengan sehelai kain pengukuh ,pita atau reben. - Semua mata jahitan hendaklah sama panjang dan sesuai dengan jenis

kain yang digunakan iaitu mata jahitan yang kecil dan halus pada kain yang nipis.

- Berlatihlah menjahit jahitan lubang butang sebelum menjahit pada pakaian sebenar.

- Selalu menjahit dari bahagian bawah pakaian menghala ke atas. - Gunting lubang butang satu per satu dan sudahkan satu lubang dahulu sebelum

menebuk lubang yang lain untuk mengelakkan tepinya daripada berbulu.

3.5.4 Langkah-langkah menjahit lubang butang

Langkah 1

- Menanda kedudukan lubang butang dengan peniti

Tepi belah GTH

Langkah 2 butang

- Ukuran lubang butang - ukuran garispusat butang+ 3mm(1/8 inci ) - Semat dan jelunjurkan lebar lubang butang dengan jelunjur halus pada kedua-dua belah lubang butang

Page 50: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 3

- Gunting lubang butang mengikut urat benang - .Lubang butang boleh digunting dengan : - Sepasang gunting kecil yang tajam

Langkah 4

- Mulakan menjahit dari hujung segiempat dengan menyusupkan jarum di antara 2 lapisan kain.

- Masukkan jarum di hujung lubang - dan keluarkan dari sebelah dalam kain - garisan jelunjur halus.Jarum hendaklah - tegak dan menghala ke arah penjahit. - Tarikkan kedua-dua benag dari mata - jarum ke kiri dan lilitkan ke bawah jarum. - Tarik benang ke atas sehingga simpul terjadi.

Langkah 5

- Jahit lubang butang di sepanjang tepi lubang hingga ke hujung bulat. - Pada hujung yang bulat , jahitkan 7 atau 9 mata jahitan lilit kemas.

Langkah 6

- Pusingkan kain supaya sebelah lubang Yang belum dijahit terletak berdekatan dengan penjahit. - Jahit lubang butang pada sebelah ini hingga ke hujung segiempat.

Langkah 7

- Apabila lubang butang yang terakhir sudah dijahit di hujung segiempat ,masukkan jarum ke kaki jahitan pertama dan keluar pada kaki jahitan yang akhir. - Jahit 2 atau 3 jahit lilit kemas di tempat yang sama di hujung

segiempat.

Page 51: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 8

- Jahit sebaris jahitan lubang butang pada hujung - segiempat. - Susupkan jarum di antara lapisan kain dan gunting benang di sebelah dalam baju.

Lubang butang melintang yang telah siap

Rajah 3.1 – Rajah 3.8

Rajah 3.9 Contoh-contoh jahitan butang empat lubang

.

3.5.5 Langkah-langkah menjahit butang berlubang dua

Langkah 1

Page 52: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Mulakan jahitan dengan jahitan kia pada butang.

- Masukkan jarum melalui satu daripada lubang butang

Langkah 2

- Letakan jarum melalui satu daripada lubang pada butang. Masukkan jarum pada lubang butang kedua menembusi belakang fabrik.

- Ulang jahitan/teruskan sehingga kukuh.

Langkah 3

- Tanggalkan jarum peniti. Keluarkan jarum di antara fabrik dan butang

- Lilitkan benang di keliling tangkai yang berbentuk

- Keluarkan jarum ke belakang fabrik

- Matikan jahitan dengan jahitan kia.

- Butang yang mempunyai dua lubang untuk dijahit pada pakaian

- Di perbuat dari plastik atau besi.

Butang berlubang dua

- Mulakan dengan jahit kia pada tempat

butang - Terus menjahitkan butang pada fabrik

melalui lubang butang sebanyak 3 atau 4 kali.

- Sudahkan di sebelah dalam dengan jahit - ulat-ulat. - Ukuran lubang butang untuk butang

bertangkai = lebar butang bertangkai + 6mm.

Butang bertangkai

Rajah 3.10 – Rajah 3.15

3.5.6 Langkah-langkah menjahit cangkuk dan palang

Langkah 1

- Mulakan dengan jahitan kis

Page 53: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Jahit jahitan lilit kemas/jahitan lurus 4-5 kali

- Matikan dengan jahitan kia

Langkah 2

- Mulakan jahitan dengan jahitan kia.

- Masukkan jarum pada satu daripada lubang pada palang.

- Jahit jahitan lilit kemas 4 – 5 kali

- Susup jarum ke lubang kedua pada palang.

- Teruskan proses menjahit sehingga siap

- Matikan jahitan dengan jahitan kia

Rajah 3.16 – Rajah 3.17

Aktiviti

1. Apakah tujuan menjahit kancing pada pakaian

2. Berikan perbezaan antara kancing tersembunyi dan kancing nampak. Berikan

dua contoh kancing setiap satu.

3. Dengan berpandukan gambarajah nyatakan langkah-langkah menjahit butang

berlubang dua.

4. Nyatakan lima perkara yang harus diingat semasa menjahit lubang butang.

Page 54: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

TAJUK 4

PENGHILANGAN GELEMBUNG

SINOPSIS

Penghilangan Gelembung ialah proses mengecilkan atau memendekkan fabrik berlebihan supaya pakaian padan dengan si pemakai. Penghilangan Gelembung atau lisu digunakan untuk perhiasan, memberi bentuk pada pakaian, memadankan pakaian dan memudahkan seseorang bergerak. Dalam tajuk akan menjelaskan tentang definisi penghilangan gelembung, tujuan dan jenis-jenis penghilangan gelembung seperti kedut lepas, lisu beriring, lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan.

Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

Page 55: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

17. Menyatakan definisi penghilangan gelembung dan fungsinya. 18. Mengenalpasti dan membezakan jenis-jenis penghilangan gelembung 19. Memahami ciri-ciri setiap penghilangan gelembung 20. Mengenalpasti cara-cara menjahit setiap jenis penghilangan gelembung 21. Menyediakan dengan sempurna contoh-contoh penghilangan gelembung 22. Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

Kerangka Konsep Tajuk 4

Penghilangan Gelembung

Definisi Penghilangan Gelembung

4.1 Definisi Penghilangan Gelembung

Penghilangan Gelembung ialah satu proses pengecilan sebahagian pakaian atau artikel untuk memberi bentuk, padanan yang elok serta keselesaan kepada pemakai. Penghilangan gelembung boleh juga digunakan sebagai hiasan

4.2 Tujuan menghilangkan gelembung

- Untuk memberi bentuk pada pakaian - Memberi lebih ruang supaya si pemakai dapat bergerak dengan dengan mudah - Supaya pakaian yang dipakai oleh si pemakai lebih elok pedannya. - Membolehkan pakaian dipanjangkan dan diperbesarkan - Sebagai perhiasan untuk memberikan rupa pakaian.

Jenis-jenis Penghilangan Gelembung Kedut lepas, Lisu beriring, Lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan

Tujuan menghilangkan gelembung

Langkah-langkah menjahit Penghilangan Gelembung. (Kedut lepas, Lisu beriring, Lisu terbalik, lisu bertentang dan lisu pemadan)

Page 56: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

4.3 Jenis-jenis Penghilangan Gelembung

- Kedut Lepas - Lisu beriring, , lisu terbalik lisu bertentang - Lisu pemadan - Kedut berjalur - Lisu perhiasan - Smoking

4.4 Jenis Penghilangan Gelembung

4.4.1 Kedut Lepas

Rajah 4.1

- Kedut lepas digunakan untuk mengawal atau mengimbangkan lebihan fabrik, memudahkan pergerakan dan sebagai perhiasan.

- Kedut lepas dihasilkan dengan cara menarik satu atau dua baris jahitan mesin longgar atau jelujur halus.

- Kedut lepas sesuai untuk fabrik lembut dan halus. - Kedut lepas memerlukan fabrik dua atau tiga kali ganda daripada ukuran yang

siap.

- Kedut lepas boleh dibuat di lengan yang disambung dengan kuf atau manset, di hujung lengan, di bahu mendatang, pinggang blaus, di garisan pinggang dan di punggung skirt

4.4.1.1 Ciri-ciri Kedut Lepas - Kedut dibahagikan sama rata keseluruhannya. - Lipatan kedut sama halus pada keseluruhannya. - Kedut lepas mengikut ira lurus bagi membolehkan fabrik tergantung dengan

elok. 4.4.1.2 Langkah-langkah menjahit Kedut Lepas Langkah 1

Page 57: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Tandakan jarak di antara

kedudukan kedut dengan notch.

- Tandakan garis pemadan

(GP) dan garis tengah (GT) pada fabrik.

Rajah 4.2 Langkah 2

- Laraskan pelaras jahitan mesin

untuk mendapatkan mata jahitan kasar atau jahit jelujur halus.

- Jahit dua baris jahitan mesin dengan mata kia yang paling kasar dan jahit jelujur halus di atas dan di bawah garisan pemadan pada jarak yang sama iaitu 0.3cm.

Rajah 4.3 Langkah 3

- Tarik benang bawah dari kedua-dua hujung sehingga mendapat ukuran kedut yang dikehendaki.

- Lilit benang pada jarum peniti mengikut bentuk 8.

- Ratakan kedut lepas

Rajah 4.4

- Kedut lepas akan menampakan orang kurus menjadi gempal

- - Apabila kain untuk kedut lepas sangat lebar, bahagikan kain kepada dua

bahagian yang sama untuk mengelakkan benang kedut putus kerana ketegangan semasa mengedut

- Kata kedut atas hendaklah berpadanan dengan yang di bawah supaya menghasilkan kedut yang sekata.

4.4.2 Lisu Beriring

- Lisu menggunakan tiga kali ganda lebar siap

Page 58: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Lisu Beriring dilipat mengarah ke satu hala yang sama, sama ada ke kiri atau kanan.

LISU BERIRING

Rajah 4.5

Langkah-langkah menjahit Lisu Beriring

Langkah 1 - Tandakan kedudukan lisu pada fabrik - Lisu mempunyai tiga bahagian iaitu lebar lisu, lipatan bawah lisu dan tapak

lisu. yang ketiga-tiganya sama lebar.. - Lebar lisu yang siap bergantung atas stail pakaian. - Lisu mestilah rata

Rajah 4.6 Langkah 2

- lipatkan pada jahit tanda (a) dan letakkannya keatas tapak lisu. - Tekan dan pin. - Jelujur tegak di tengah-tengah lisu

Page 59: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 4.7

Langkah 3 - Lisu beriring boleh dibiarkan lepas atau dijahit tepinya. - Ada 4 cara menjahit tepi lisu.

Jahit mesin di tepi lipatan Jahit mesin 6mm dari tepi lipatan Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tegak dengan lipatan Jahit mesin mengikut tepi lipatan dan tirus ke lipatan

Rajah 4.8

Page 60: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

4.4.3 LISU TERBALIK

- Lisu terbalik dibuat dengan melipatkan dua lisu berhadapan antara satu sama lain

- Lipatan-lipatan lisu ini hendaklah bertemu di sebelah luar (SL) pakaian

Rajah 4.9

Langkah 1

- Tandakan lisu pada fabrik dengan jahit tanda

Rajah 4.10 Langkah 2

- Lipat kain sepanjang garisan 1. Semat dan jelujur di sepanjang lipatan dari atas ke arah kelepet

Rajah 4.11 Langkah 3

Page 61: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Bawa lipatan sepanjang garisan 1 selaras dengan garisan 3. Semat lisu-lisu pada

tempatnya.

Rajah 4.12

Langkah 4 - Lipat sepanjang garisan 1 di sebelah kanan pula serta bawa lipatan selaras

dengan garisan 3 supaya kedua-dua lisu itu berhadapan antara satu sama lain. - Semat lisu itu pada tempatnya. Jelujur lisu terbalik dengan menggunakan jelujur

tegak.

Rajah 4.13

Cara-cara menyudahkan lisu

Lengkuk membulat Lengkuk besiku Lengkuk meruncing

4.4.4 LISU BERTENTANG

Page 62: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Lisu ini dibuat dengan melipatkan dua lisu beriring yang terletak membelakang di antara satu sama lain.

- Lipatan-lipatan lisu ini hendaklah bertemu di sebelah dalam (SD) pakaian

Rajah 4.14 Langkah 1

- Tanda kedudukan lisu bertentang pada kain dengan jelujur tanda

Rajah 4.15 Langkah 2

- Lipat kain sepanjang garisan 1. Semat dan jelujur sepanjang lipatan dari atas ke arah kelepet

Rajah 4.16

Langkah 3 - Bawa lipatan sepanjang garisan 1 selaras dengan garisan 3. Semat lisu pada

tempatnya.

Page 63: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 4.17 Langkah 4

- Lipat sepanjang garisan 1 di sebelah kanan pula sepanjang garisan 3 supaya kedua-

dua lisu itu membelakang satu sama lain pada arah yang bertentangan. - Semat lisu di tempatnya. Jelujur lisu bertentang dan kemas dengan

menggunakan jelujur tegak.

Rajah 4.18

4.4.5 LISU PEMADAN

Lisu pemadam ialah sejenis penghilangan gelembung yang penting untuk memberi bentuk kepada pakaian dan memberi keselesaan. Jika dijahit dengan betul ianya tidak berapa kelihatan.Lisu dibentuk dengan menjahit dari bahagian yang lebar ke bahagian yang kecil, atau dari hujung yang tirus ke hujung yang tirus (jika dibuat di bahagian pinggang blaus)

Lisu dibuat dibahagian pakaian ;

- Lisu pemadan leher belakang (untuk menyesuaikan bentuk tengkuk) - Lisu pemadan bahu hadapan dan belakang (untuk menyesuaikan buah dada dan

tulang bahu). - Lisu pemadan rusuk (untuk menyesuaikan buah dada) - Lisu pemadan siku pada lengan panjang atau lengan tiga suku panjang - Lisu pemadan skirt (untuk menyesuaikan punggung) - Lisu pemadan pinggang (ini boleh ditiruskan pada kedua-dua hujung untuk

menyesuaikan buah dada dan punggung jika tiada cantuman dibuat pada pinggang).

Page 64: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Lisu pemadan

Rajah 4.19 Ciri Lisu Pemadan

- Bentuknya runcing - Lisu tidak bergulung - Lisu ditekan rata - Hujung Jahitan dikemaskan di bahagian yang tirus - Tidak terdapat lubang di sebelah luar pakaian pada hujung yang tirus. - Tidak ada alur disebelah luar.

Langkah-langkah menyediakan lisu pemadan (CEMBUNG)

Langkah 1

Tandakan kedudukan lisu pemadan.

Rajah 4.20

Page 65: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 2

- Temukan sebelah luar (SD) fabrik dan sematkan di garis pemadan. - Pastikan kedua-dua garis pemadan bertemu. - Semat dengan peniti dan jelujur dan kemudian jahit mesin dari hujung lebar

ke hujung runcing. - Kemaskan hujung benang dengan menyusupkannya di antara mata jahitan

benang pada empat mata jahitan mesin yang akhir

Rajah 4.21

Page 66: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 3 - Tekan lisu pemadan supaya rata. - Tekan lisu di bahu dan di pinggang arah ke garis tengah hadapan (GTH) atau

garis tengah belakang (GTB) pakaian. - Di lubang lengan dan rusuk, tekan hala ke bawah pakaian. - Lisu pemadan pada fabrik tebal ditekan supaya terbahagi dua atau digunting

tengah dan dikemaskan dengan jahitan insang pari.

I

Jahitan Insang pari Rajah 4.22

LANGKAH-LANGKAH MENYEDIAKAN LISU PEMADAN (CEKUNG)

Langkah 1

- Tandakan kedudukan lisu pemadan

.

Rajah 4.23

Page 67: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 2

- Temukan sebelah luar (SL) fabrik dan sematkan di garis pemadan. - Pastikan kedua-dua garisan pemadan bertemu. - Semat dan jelujur

Rajah 4.24

Langkah 3

- Mula jahit mesin di garisan pinggang ke satu hujung tirus.

- Tindih mata jahitan awal sepanjang dua cm di garisan pinggang dan mesin ke

hujung yang satu lagi.

- Susup semua hujung benang.

Rajah 4.24

Langkah 4

- Langkah 4 Snip di garisan pinggang sehingga 5mm dari garis jahitan untuk

mengurangkan tegangan pada lisu bagi membolehkan lisu melengkung

dengan rata.

- Kemas tepi yang disnip dengan jahitan insang pari.

- Tekan lisu menghala ke tengah pakaian

Page 68: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 4.25

Aktiviti

1. Apakah tujuan penghilangan gelembung dibuat pada pakaian atau artikel rata 2. Huraikan ciri kedut lepas di pakaian 3. Lukiskan tiga rajah pakaian atau artikel yang menunjukkan lisu beriring digunakan

di berlainan kedudukan 4. Senaraikan kedudukan lisu pemadan di pakaian. Lukiskan rajah tiap-tiap lisu

pemadan tersebut 5. Lukiskan perbezaan di antara lisu terbalik dengan lisu bertentang

Page 69: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

TAJUK 5

LENGAN PADANAN RATA

Kembang payung Bishop

Padanan rata Gelembung

Padanan rata Raglan Loceng Kimono Persegi Teterun Magyar

Sinopsis Lengan terbahagi kepada dua jenis iaitu lengan padanan atau yang dipasang ke pakaian dan lengan tambahan dari badan. Lengan padanan ialah seperti lengan padanan rata, lengan gelembung, lengan bishop dan lengan raglan.Lengan tambahan pula ialah seperti lengan magyar(lengan pendek) dan lengan kimono (tiga suku panjagn atau panjang kepegelangan tangan. Dalam tajuk ini akan hanya membincangkan mengenai lengan padanan rata. Bagaimana menyediakan lengan, cara meyudahkan hujung lengan, mencantum lengan pada hujung baju dan cara –cara mengemaskan kelim di lubang lengan.

- Lengan padanan sama dengan cantuman

- Lengan tambahan dengan tanpa cantuman

Hasil Pembelajaran

Page 70: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

1. Definisi lengan 2. Membezakan antara lengan padanan rata dengan jenis lengan yang lain 3. Mengetahui bentuk pola lengan padanan rata 4. Mengetahui cara melukis rajah lengan padanan rata 5. Menggunting dan menanda fabrik dengan tepat 6. Menjahit proses lengan padanan rata mengikut urutan yang betul 7. Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

Kerangka Konsep Tajuk 5

Lengan

Padanan Rata

- Definisi lengan - Fungsi lengan

Langkah-langkah menjahit lengan

- Cara-cara mengemaskan lubang lengan

- Cara-cara mengemaskan hujung lengan

Page 71: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

5.1 Definisi Lengan

Lengan ialah tambahan pakaian dari lubang lengan. Ia boleh jadi sepotong fabrik yang dicantumkan ke lubang lengan atau pun tambahan daripada badan. Lengan biasa yang dicantumkan dengan baik mempunyai ira lurus yang terletak di garis atas lengan.Hujung lengan boleh disiapkan dengan kelepet, lapik atau kun. 5.2 Fungsi Lengan

- Melindungi daripada cuaca panas dan sejuk - Melindungi kecacatan di lengan - Menambah keanggunan si pemakai jika sesuai dengan fesyen dan fabrik - Mengekalkan ciri tradisi sesuatu pakaian seperti baju kurung teluk belanga dan

sari.

Ciri lengan padanan rata

- Garis tengah lengan bertemu dengan garis bahu - Kelim lengan bertemu dengan kelim rusuk baju - Basi kelim lubang lengan dikemaskan - Cantuman lengan tidak berkedut - Lengan yang baik akan bergantung dengan elok

- - Kelim lubang lengan rata

5.3 Langkah-langkah Menjahit Lengan Padanan Rata Langkah 1

- Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian seperti mana dalam rajah 5.1

SD Tanda imbang belakang Tand imbang hadapan SD

Rajah 5.1

Page 72: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 2

- Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin longgar yang ke dua 3 mm di bawah gp. lihat rajah 5.2

Jahitan longgar

Rajah 5.2

- Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat - Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan - Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim - Kemaskan hujung lengan dengan kelepat - Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.

Rajah 5.3

-Tepi-tepi lengan baju hendaklah disiapkan dahulu sebelum mencantumkan lengan ke lubang lengan.

Page 73: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 3 Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan

- Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk menyeratakan

ukuran lengan dengan lubang lengan. - Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu.

Hadapan Hadapan Pakaian lengan

Rajah 5.4 Langkah 4

- Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang.

- Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.

- Jejulur pada garis pemadan - Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan. - Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah

bertindih atas.

Rajah 5.5

Page 74: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Jahit dengan jahitan mesin di GP lubang lengan. Mata jahitan mesin yang akhir menindih mata jahitan mesin yang awal 3 cm hingga 4 cm untuk mengukuhkan kelimTekan dan seterika kelim dari SD supaya rata.

5.4 Cara-cara mengemaskan lubang lengan. Kelim lubang lengan boleh dikemaskan dengan beberapa cara di antaranya adalah seperti berikut:-

Jahit mesin

Bentuk pucuk rebung

J. Insang pari.

Balutansendiri

Page 75: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

5.5 Cara-cara mengemaskan hujung lengan. Hujung lengan boleh dikemaskan dengan beberapa cara di antaranya adalah seperti berikut:-

Kun

Lapik

Kaf Ben

Aktiviti 2. Bentangkan hasil kerja lengan padanan rata dalam bentuk carta 3. Huraikan ciri-ciri lengan padanan rata yang baik 4. Apakah tujuan lengan dipasang pada pakaian.

Page 76: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

TAJUK 6

PENYUDAH TEPI

SINOPSIS

Penyudah tepi adalah salah satu proses jahitan. Ia dibuat untuk melindungi tepi fabrik daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Dalam tajuk penyudah tepi anda akan di jelaskan mengenai definisi penyudah tepi, mengenalpasti pemilihan penyudah tepi, jenis-jenis penyudah tepi, cara menyesuaikan jenis penyudah tepi dan cara menjahit. .

Hasil Pembelajaran

23. Menyatakan maksud ’Penyudah Tepi’ 24. Mengenalpasti pemilihan Penyudah Tepi. 25. Menyenaraikan jenis-jenis Penyudah Tepi. 26. Mengenalpasti cara-cara menjahit Penyudah Tepi 27. Membanding bezakan cara-cara menjahit Penyudah Tepi. 28. Menyesuaikan jenis penyudah tepi dengan pakaian atau artikal yang

hendak dijahit. 29. Menjahit beberapa ciontoh penyudah tepi

Kerangka Konsep Tajuk 6

PENYUDAH TEPI (Kelepet dan Kun)

Definisi Penyudah Tepi

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan Semasa menjahit Penyudah Tepi

Jenis-jenis Penyudah Tepi

Langkah-langkah menjahit Penyudah tepi kelepet dan kuni

1. Kelepet 2. penjuru 3. Lapik 4. Kun 5. Renda 6. Ikatan Pinggang 7. Kasing 8. jahitan Sulaman

Page 77: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

lapik berbentuk

kun

renda kun

kelepet

Kelepet

SD

Jahit lilit ubi jahit lilit ubi SL Sembat susup kelepet tindih sembat susup SD Alas pinggan yang di Kemaskan dengan jahitan sulaman tebuk (cut work Embroidery) sebagai Penyudah tepi(perhiasan)

Chairback (alas belakang kerusi)

Yang dikemaskan dengan jahitan sulaman sebagai penyudah tepi (perhiasan)

Page 78: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Jenis-jenis penyudah tepi

6.1 Definisi Penyudah tepi.

Penyudah tepi adalah proses jahitan yang dibuat untuk melindungi, mengemas, mengukuh dan menghias tepi pakaian dan kelengkapan rumahtangga daripada berjerumbai atau berjurai-jurai. Pemilihan penyudah tepi bergantung kepada jenis fabrik yang digunakan, jenis pakaian dan stailnya dan jenis tepi yang dikemaskan.

6.2 Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan semasa menjahit penyudah

tepi. 1. Penyudah tepi mestilah sesuai untuk tepi yang hendak dikemaskan. 2. Kukuh, tahan lasak , dijahit dengan baik kemas dan rata. 3. Lebarnya dan basinya mestilah sama dan tepi yang melengkung mestilah rata/licin. 4. Warna benang mesti sama dengan warna fabrik. 5. Warna benang untuk penyudah tepi sulaman mestilah sesuai dan cantik

dijadikan perhiasan.

6.3 Jenis-jenis Penyudah Tepi.

6.3.1 Kelepet

Kelepet ialah penyudah tepi yang dibuat pada bahagian bawah pakaian dan juga di tepi kelengkapan rumahtangga. Ia terdiri daripada dua lipatan. Kelepet digunakan untuk menyudahkan tepi yang lurus dan yang melengkung. Lebar dan kemasan kelepet berbeza mengikut jenis fabrik dan tujuan diadakan kelepet itu. Kelepet yang halus biasanya dibuat pada bahagian yang melengkung dan kelepet-kelepet yang lebar digunakan pada bahagian yang lurus. Kelepet boleh dikekalkan pada pakaian atau kain kelengkapan rumahtangga dengan jahitan mesin, jahit sembat susup atau jahit silang pangkah.

6.3.1.1 Proses menjahit kelepet lurus

Langkah 1 Langkah 2 Tandakan kedudukan kelepet Lipat lipatan pertama ke sebelah dalam Selebar 6 mm

6mm 6mm 6 66mm 6mm

6

langkah 2

Page 79: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 6.1 dan 6.2 Proses menjahit Kelepet Lurus

Langkah 3 Langkah 4 - Lipat lipatan kedua di garisan kelepet - Cabut peniti selebar 2 ½ cm – 6 1/2 cm - Jahit sembat susup di sepanjang - semat dan jelujur kelepet.

2 ½ cm - 6 ½ cm

Rajah 6.3 dan 6.4 Proses menjahit Kelepet Lurus

Menetapkan kelepet pada pakaian Memetapkan kelepet pada pakaian Dengan jahit silang pangkah dengan jahit sembat

Rajah 6.5 dan 6.6 Proes menjahit Kelepet Lurus

Page 80: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

6.3.1.2 Proses menjahit kelepet melengkung (a) Kelepet Lisu

(b) Kelepet Kedut Lepas (a) Kelepet Lisu Langkah 1 Langkah 2 - Sediakan dan kemaskan kelim - Lipat fabrik pada g.pemadan - Jelujur pada garisan pemadan - Tekan dan semat dengan peniti

Kelepet Skirt garisan pemadan S.D Jelujur pada

lipatan kelepet

Rajah 6.7 dan 6.8 Proses menjahit Kelepet Melengkung

Langkah 3 Langkah 4

- Lisukan fabrik yang lebih dan - Jahit sembat pada lisu halakan ke kelim rusuk. - Lipat lipatan pertama dan tetapkan

- Semat dan jelujur pada lisu. - kelepet pakaian dengan jahit sembat susup

Kelepet melengkung

Halakan Lisu S.D SD ke kelim rusuk

sembat susup

Jahit jelujur pada lisu Lisu disembat

Rajah 6.9 dan 6.10 Proses menjahit Kelepet Melengkung

Page 81: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

(b) Kelepet Kedut Lepas Langkah 1 Sediakan saperti Langkah 1 (Kelepet Lisu )

Langkah 2 Langkah 3 - Lipat 6 mm untuk lipatan pertama - Cantum garisan kelim. - Jahit mesin mata kia kasar di - Lipat pada garisan kelepet dan tekan. garisan lipatan pertama untuk - Tarik jahitan mesin longgar serta membuat kedut halus. kedutkan dan padankan kedudukan kelim supaya kelepet terletak rata pada pakaian.

- Tetapkan kelepat dengan jahitan yang sesuai.

S.D S..D

sembat susup Garis kelepet

kelepet

S.L

Garis lipatan pertama

Jahit mesin kasar Jelujur

Rajah 6.11 dan 6.12 Proses menjahit Kelpet Melengkung

Page 82: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

3.2 Penjuru Penjuru adalah salah satu daripada penyudah tepi. Ia dibuat untuk mengurangkan tebal fabrik pada basi lipatan kelepet. Penjuru boleh disudahkan dengan dua cara iaitu penjuru jahit tindih dan penjuru temu sudut atau kelongsong. Penjuru jahit tindih selalunya terdapat pada belah kelepet sama lebar blaus, kemeja dan jaket, langsir, kelengkapan rumahtangga yang mempunyai dua kelepet sama lebar atau tidak. Penjuru temu sudut atau kelongsong hanya dibuat pada penjuru yeng mempunyai kelepet yang sama lebar. Penjuru ini selalunya digunakan pada kelengkapan rumahtangga. 6.3.2.1 Proses menjahit penjuru Jahit tindih (a) Penjuru jahit tindih

Langkah 1 Langkah 2

- Lipat dan tekan supaya mendapat - Buka penjuru yang telah ditekan kesan garisan kelepet dan gunting bahagian X 6 mm - Tandakan dengan peniti dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti peniti 6mm S.L

kelepet S.L gunting 6 mm tindih bahagian atas X S.D

Buka penjuru yang telah ditekan dan Gunting bahagian ‘X’ 6mm dari lipatan atas dan 6 mm dari peniti

Langkah 3

- lipat semula kelepet dan jahit jelujur jahit lilit ubi - Kemas kelepet dengan jahit sembat susup - Jahit sembat halus - Jahit lilit ubi kelepet kelepet S.L tindih S.L S.D

Page 83: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Sembat susup

Rajah 6.13 Proses menjahit Penjuru Jahit Tindih

(b) Penjuru Temusudut atau Kelongsong

Langkah 1 Langkah 2

- Tekan supaya mendapat kesan - Lipat semula kelepet, kemudian kelepet atau lipatan jahit jelujur - tandakan dengan peniti 6 mm dari lipatan

S..L

garisan lipatan S.D

Lebat lipatan/kelepet

.

Langkah 3 Sebelah dalam

- Jahit sembat, sembat susup atau sulam menyulam Sembat susup - Jahit lilit ubi

Sebelah luar

lilit ubi

Rajah 6.14 Proses menjahit Penjuru Temu Sudut/Kelongsong

Page 84: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

6.3.3 Jalur serong tepat

Jalur serong tepat ialah sekeping fabrik yang digunting dengan menggunakan ira serong tepat. Lebarnya bergantung lebar penyudah tepi yang hendak dijahit.Rujuk rajah 6.15 6.3.3.1 Langkah-langkah menyediakan jalur serung tepat (rujuk rajah6.13)

Lipat kain supaya benang longsin selari dengan benang pakan.

Ukur dan tandakan lebar jalur serong dengan peniti kemudian guntingkan jalur serong.

Untuk menyambungkan jalur serong tepat, gunting hujung jalur supaya Ked ua-dua tepinya mengikut ira lurus.

Temukan S.L. jalur serong dengan hujungnya terkeluar 9 mm.

Jelujur dan jahit mesin jalur serong.

Tekan buka kelim jalur dan gunting hujung yang terkeluar.

peniti

Lipatan serung tepat

(a) (b)

Tepi jalur mengikut ira lurus hujung digunting

jahit mesin

(c)

hujung terkeluar 9mm kelim menyambung

Rajah 6.15 Jalur serong tepat

Page 85: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

.3.3.2 Langkah-langkah Kun di tepi lurus (sebagai lapik)

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan 2. Tanggalkan benang benang jelujur dan gunting tepi hingga 6 mm 3. Terbalikkan ke sebelah belakang.

Sebelah dalam

Mengemaskan lapik dengan

sembat susup

Sebelah luar

Rajah 6.16 Jalur serong tepat

6.3.3.3 Langkah-langkah menjahit lapik jalur serong tepat pada tepi

melengkung

Langkah 1

Gunting jalur serong tepat mengikut panjang yang dikehendaki.

Lebar jalur serong tepat ialah lebar lapik yang siap campur dengan dua basi

lipatan yang selebar 6 mm ( ¼ inci ).

Lebar lapik yang siap tidak boleh lebih daripada 2.5 cm (1 inci). Langkah 2

Sambungkan kedua-dua hujung lapik.

Temukan S.L. pakaian dengan S.L. lapik, semat,jelujur dan jahit mesin di garis

pemadan.

Page 86: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Gunting kain yang lebih daripada basi kelim lubang lengan dan snip di sepanjang tepi melengkung.

Langkah 3

Tekan buka kelim dan lipatkan lapik serong tepat ke sebelah dalam baju

Jahit mesin lapik yang berdekatan dengan kelim lubang lengan.

Tetapkan lapik ke baju dengan jahit sembat susup. Langkah 1

Lubang lengan ; jalur serung tepat

Lipat

SL baju

SL baju

Langkah 2

Basi kelim lubang Garis pemadan lengan disnip

Kelim jalur serung tepat S.D Lapik ditemukan dengan kelim baju

kelim baju

Langkah 3 Kelim bahu baju

Jahit sembat susup

Jahit mesin

Kelim lapik

Kelim baju

Page 87: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 6.16 : Lapik jalur serong tepat pada tepi melengkung

6.3.4 Kun Kun ialah salah satu cara penyudah tepi yang menggunakan jalur serong tepat untuk membalut tepi kain.Penyudah tepi cara ini selalunya digunakan pada tepi-tepi pakaian yang lurus dan melengkung. Ia digunakan untuk menyudahkan tepi pakaian seperti di garis leher, hujung lengan, lubang lengan dan kelepet, Kun juga digunakan sebagai perhiasan,lubang butang berkun dan dijadikan gelungan fabrik.(rouleau)

6.3.4.1 Langkah-langkah Kun Sebagai balutan di tepi lurus

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan 2. Gunting hingga 6 mm dari garisan jahit mesin 3. Snip di tepi hingga dekat garisan mesin. 4. Terbalikan ke sebelah dalam

Page 88: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 6.18 Kun di tepi lurus (sebagai balutan )

6.3.4.2 Langkah-langkah Kun Sebagai balutan di tepi Cembung dan di tepi Cekung

1. Jelujur dan jahit mesin di garisan pemadan 2. Gunting tepi hingga tinggal 6 mm 3. Terbalikkan ke sebelah dalam

Tepi Cembung Tepi Cekung

Rajah 6.18 Kun di tepi cembung dan cekung (sebagai balutan )

UJIAN 1

1. Berapa banyak lipatan dibuat pada kelepet?

A. Satu B. Dua C. tiga D, empat

2. Jalur serung tepat dipotong .......... ganda daripada lebar kun yang siap A . 1 kali

Page 89: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

B. 2 kali C. 3 kali D 4 kali 3. Gambarajah di bawah menunjukkan ........................

Rajah 2 A. Kelim B. Kelepet C. Penjuru lipat tindih D. Penjuru temu sudut

4. Bagaimana kamu menghilangkan gelembung pada tepi yang melengkung? i. Dengan menjahit sembat susup ii. Dengan membuat lisu-lisu kecil iii. Dengan menjahit lilit ubi atau insang pari. iv. Dengan mengedutkan kelepet menggunakan jahit mesin. A. i dan ii B. ii dan iii C. i dan iii D. ii dan iv 5. Penyudah tepi yang dijahit dengan baik mestilah................... A. rata dan kemas B sekata lebarnya C. kukuh dan kemas D. sekata lebarnya, kukuh dan kemas. Ujian 2

1. Apakah perbezaan Kelepet dengan Kun? 2. Lukis gambarajah dan terangkan cara membuat di tepi cembung. 3. Terangkan langkah-langkah untuk menjahit kelepet lurus pada pakaian. 4. Dengan bantuan gambarajah huraikan bagaimanan hendak menggunting

dan menyambung jalur serung tepat.

Page 90: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

TAJUK 7

Garis leher

sinopsis Garis leher ialah sebahagian daripada pakaian yang dikemaskan dengan menggunakan lapik, kun, ropol, renda, kolar, lapik berbentuk dan sulaman. Tajuk ini akan menjelaskan salah satu dari pengemasan yang dibuat pada garis leher iaitu kolar lurus. Hasil Pembelajaran Diakhir tajuk ini, pelajar dapat:

30. Definisi kolar lurus 31. Kegunaan kolar lurus 32. Ciri-ciri kolar lurus 33. Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyedia dan

melekatkan kolar 34. Memilih lapik dalam kolar yang betul

35. Menjahit proses kolar lurus mengikut langkah-langkah urutan yang betul 36. Mengamalkan aspek keselamatan semasa melakukan kerja

Kerangka Konsep Tajuk 7

GARIS LEHER – KOLAR LURUS

Definisi

kolar

Kegunaan kolar lurus

Ciri-ciri

kolar lurus

Perkara yang dipertimbangkan

semasa menjahit kolar

lurus

Langkah-langkah menjahit

kolar lurus

Page 91: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

7.1 Definisi kolar lurus.

Kolar ialah dua kepingan kain yang dibentuk, dicantumkan dan kemudian dilekatkan pada garis leher. Kolar ini berbentuk lurus dan tegak pada bahagian belakang garis leher. Lebar kolar pada bahagian belakang adalah kira-kira setengah atau kurang daripada setengah lebar kolar.

7.2 Kegunaan Kolar

- Untuk menyudahkan garis leher pada pakaian.

- Memberi gaya atau stail pada pakaian - Sebagai perhiasan supaya pakaian kelihatan lebih menarik - Memberikan kepanasan kepada pakaian

7.3 Ciri-ciri Kolar Lurus

- Kolar biasanya mempunyai dua lapisan fabrik - Permukaan kolar rata - Kolar terletak rata dan kemas di garis leher - Bahagian kanan dan kiri kolar hendaklah seimbang - Kedua-dua hujung kolar sama lebar - Cantuman kelim kolar tidak beralur

7.4 Perkara yang dipertimbangkan semasa menjahit kolar lurus - Potong kolar diatas dua lapis fabrik mengikut ira fabrik kain yang betul. - Tandakan semua garisan pola dan tanda imbangan dengan tepat dan

jelas. - Jahit tepi garis leher dengan jahit mesin atau sebaris jelujur halus supaya

garis leher itu tidak memberi. - Jahit kolar dengan betul di atas garis pemadan untuk menjaga bentuk

yang baik. - Gunting kain yang berlebihan dan snip semua bahagian yang

melengkung dan penjuru sebelum menterbalikkan kolar ke sebelah luar. - Ini mengurangkan ketebalan kolar dan membuatnya rata. - Gunakan lapik dalam jika perlu. - Tanda garis tengah belakang kolar adalah sebagai asas perimbangan. - Jahit jelujur halus pada tepi kolar dan jelujur tegak pada tengah kolar

disebelah luar supaya kedua – dua lapis kolar itu sama rata.

Rajah 7.1

Page 92: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

7.5 Langkah-langkah menjahit kolar lurus

CARA A

A. Menyediakan Kolar Lurus Langkah 1

- Temukan SL kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.

- Semat, jelujur dan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher.

- Buka jelujur - Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di

penjuru.

Rajah 7.1 Langkah 2

- Balikkan kolar ke SL fabrik dan seterika. - Jelujur di sekeliling tepi kolar - Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.

Rajah 7.2

Page 93: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

B. menyediakan Badan Pakaian

Langkah 1

- Lipat tepi lapik badan ke sebelah dalam fabrik. - Jelujur dan mesin atau jahit tepi.

Rajah 7.3

Langkah 2

- Lipat lapik badan pada garis lipatan ke sebelah luar pakaian. - Jelujur dan jahit mesin pada garis leher dari garis lipatan ke garis tengah

hadapan. Buka jelujur. - Snip dari sudut basi leher hingga ke garis leher dan gunting basi leher di

sudut hingga tinggal 6mm.

Rajah 7.4

Page 94: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Langkah 3

- Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian.

Rajah 7.5

- Padankan garis leher lapik badan ke garis leher badan hadapan. - Sembat hujung lapik ke kelim bahu pakaian.

Rajah 7.6

Page 95: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

C MENJAHIT KOLAR KE PAKAIAN Langkah 1

- Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

Rajah 7.7

- Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur. - Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Snip basi penjahit 6mm – 1.3cm jarak.

Langkah 2

- ik kolar keluar dari pakaian dan seterika.

Rajah 7.8

- Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur - Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin.

CARA 2

Page 96: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

A. Menyediakan Kolar Langkah 1 - Seperti langkah 1 menyediakan kolar cara 1 tetapi apabila menjahit hujung kolar,

jahit hingga tepi basi leher.

Rajah 7.8 Langkah 2 - Seperti langkah 2 menyediakan kolar cara 1.

Rajah 7.9

B. Menyediakan Badan Pakaian Seperti Langkah 1 menyediakan badan pakaian cara 1.

C. Menjahit Kolar ke Pakaian

Langkah 1

- Letakkan kolar bawah ke sebelah luar pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke garis tengah belakang pakaian dan garis leher kolar ke garis leher pakaian.

Page 97: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

Rajah 7.10

- Jelujur kedua-dua lapis kolar dari garis tengah hadapan hingga ke kelim bahu.

- Snip kolar atas yang terletak di kelim bahu hingga ke garis leher - Jelujur hanya kolar bawah ke bahagian belakang pakaian.

Langkah 2

- Balikkan lapik badan ke sebelah luar pakaian mengikut garis lipatan. - Jelujur garis leher lapik badan ke garis leher pakaian. - Jahit mesin di atas garis leher. - Buka jelujur. - Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm. - Snip basi penjahit 6mm – 1.3mm jarak.

Rajah 7.10

Langkah 3

- Balikkan lapik badan ke sebelah dalam pakaian dan tarik kolar keluar dari pakaian dan

seterika. - Tepi kolar atas yang bebas dilipat mengikut garis leher ke sebelah dalam fabrik.

Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.

Page 98: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

- Letakkan tepi yang berlipat ini ke atas garis leher badan belakang dan di atas jahitan

mesin. Jelujur. - Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin. - Sembat hujung lapik badan ke kelim bahu.

Rajah 7.11 MENJAHIT KOLAR DENGAN MENGGUNAKAN LAPIK BERBENTUK PADA BAHAGIAN LEHER BELAKANG.

A. Menyediakan Kolar. Seperti menyediakan kolar CARA 2.

B. Menyediakan badan pakaian - Cantumkan sebelah luar hujung lapik badan ke sebelah luar hujung lapik leher

belakang dengan kelim belah kangkung. - Buat yang sama dengan sebelah yang kedua. Gunting basi kelim hingga tinggal

6mm. - Lipat tepi lapik badan dan lapik leher belakang ke sebelah dalam fabrik. - Jelujur dan jahit tepi.

Latihan

1. Reka dan lakarkan dua stail pakaian yang berkolar lurus 2. Huraikan ciri-ciri kolar lurus 3. Berpandukan gambarajah lukiskan cara-cara melekatkan kolar lurus di garis leher

mengikut urutan yang betul 4. Mengapakah perlu dijelujur tegak sebelum mencantumkan kolar di garis leher.

Page 99: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

BIBLIOGRAFI

1. ASRA SHAMSUDIN, BETTY LIM , FOZIAH BUANG(1999). EKONOMI RUMAHTANGGA FOKUS JINGGA SPM . PELANGI KUALA LUMPUR.

2. AZMAWATI BINTI ABDUL AZIZ, ZAITUN ZAKIAN BINTI MOHD. NOOR DAN LAMAH BINTI

ABDUL GHANI (2002). PENGURUSAN PAKAIAN TINGKATAN 4: BAHAN SUMBER PENGAJARAN KUALA LUMPUR: EDU SYSTEM BHD

3. COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK – READER’S Digest 1979 4. G.N.LOW, S.SAMSIAH,HG. CHEAH W.NG, A.ZAINAL DAN G.S. TAN. PANDUAN DINAMIK

PILIHAN EKONOMI RUMAHTANGGA(1990) DELTA PETALING JAYA MALAYSIA. 5. LINDA HETZER, SUSAN C. HOE, THERESE L.HOEHLEN,GAYLAVISALLI (1979),

COMPLETE GUIDE TO NEEDLEWORK. READER’ S DIGEST.UNITED STSTES AMERICA 6. NG SAU YAN DAN YONG FONG CHOON,(1988) SAINS RUMANTANGGA. DELTA

PETALING JAYA KUALA LUMPUR. 7. NOOR HABABIAH HASSAN BT OTHMAN, FAUDZIAH BINTI MD DIN DAN ZAHRAH BINTI

ESA, (2002). PENGAJIAN PAKAIAN TINGKATAN. KUALA LUMPUR; EDUSYSTEM SDN. BHD

8. MARIAM ABU BAKAR (2004) PANDUAN MEMBUAT PAKAIAn, PANDUAN LENGKAP

LANGKAH DEMI LANGKAH TEKNIK MENJAHIT . KUALA LUMPUR: 9. MELITA M NEAL(1961) NEEDLEWORK FOR SCHOOL. BLACKIE & SON LIMITED.

GLASGOW 10. PUAN R.ARULANANTHAN DAN NORAZIAH BTE MOHD NOH (1975),SAINS

RUMAHTANGGA PRAKTIK PRESTON TIMES SDN.BHD. KUALA 11. ROBA’AYAH HJ ABD. WAHAB, SUSAN MANIKAM, (1978). PANDUAN SAINS

RUMAHTANGGA

12. SARIMAH BINTI ABD. RAZAK, ZAHARAH BINTI ESA(2003). BLUE-T COMMUNICATION SDN. BHD. SELANGOR.

13. WONG SIEW FOONF, FATIMAH JAILANI,VICKNESWARY A/P SITHAMPARAPPILA(2002).

EKONOMI RUMAHTANGGA TINGKATAN 4. ZETI ENTERPRISE BATU PAHAT JOHOR.

14. ZAITUN ZAKIAH BINTI MOHD NOOR, NORZAINI BINTI ABDUL GHANI DAN NAWAWI BIN MOHD JAN.(2006) KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH MENENGAH MEMBUAT PAKAIAN TINGKATAN 4 DAN 5. DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA.

Page 100: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit

PANEL PENULISAN PANDUAN PEMBELAJARAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (REKA BENTUK PAKAIAN)

NAMA KELAYAKAN

FUZIAH BINTI ISHAK Pensyarah, Institut Pendidikan Guru, Kampus Tun Hussein Onn KM 7.75 Jalan Kluang, 83009 Batu Pahat Johor.

Kelulusan: Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan KH UTM Sarjana Pendidikan Teknik dan Vokasional UTM Sijil Perguran Khas (Sains Rumah Tangga), MPTI Sijil Perguruan (Sains Rumah Tangga), MPPM Pengalaman: Pensyarah IPG Kampus Tun Hussein Onn Ketua Panitia Sains Rumah Tangga Guru Sains Rumah Tangga

PANEL PEMURNIAN MODUL

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL)

NAMA KELAYAKAN

ABD AZIZ BIN OSMAN Pensyarah, Institut Perguruan Malaysia, Kampus Pendidikan Teknik Jalan Yaakop Latip, 56000 Kuala Lumpur

Kelulusan: M.Sc (Pendidikan Teknik & Vokasional), UPM Bac. Pend. (Sains Pertanian), UPM Sijil Perguran Khas (Sains Pertanian), MPTI Sijil Perguruan (Sains Pertanian), MPTI Pengalaman: Pensyarah IPGM Kampus Teknik Penolong Pengarah, Unit Dasar BPG KPM Pesyarah IPGM Kampus Perlis, Ketua Panitia Sains Pertanian Guru Sains Pertanian

ISMAIL BIN BAHARUDDIN Pensyarah, Institut Perguruan Malaysia Kampus Perli, Jalan Behor Pulai, 01000 Kangar

Kelulusan: Bac. Pend. (Sains Pertanian), UPM Sijil Perguruan (Sains Pertanian), MPTI Pengalaman: Pensyarah IPGM Kampus Perlis, Guru Sains Pertanian, Ketua Pasukan Pemeriksa Kertas Sains Pertanian SPM Ketua Pentaksir Negeri Kerja Kursus Sains Pertanian SPM Jurulatih Utama Sains Pertanian

Page 101: Modul Rekabentuk Pakaian

modul 3106.doc Sulit